Novel : Pemegang Watak Cinta 7

28 January 2013  
Kategori: Novel

1,591 bacaan 2 ulasan

Oleh : Nurrul Shuada

Bab 7

Wafa resah menanti kehadiran teman baiknya, Mar yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya. Dari tadi dia mundar – mandir di ruang tamu rumahnya sambil memegang telefon bimbit di tangan. Langsirnya yang belum digantung sempurna dibiarkan tergendala. Alamak, aku nak menipu apa lagi ni hah? Mar cuma tahu sepupu aku si Najwa gedik tu je. Kalau dia tanya lebih – lebih nanti macam mana pulak?

“ Akak kenapa ni macam risau semacam je?” tanya Waiz yang tiba – tiba muncul di muka pintu bersama – sama Ali. Barangkali kerja menyuci kereta sudah selesai.

Wafa terperanjat kecil apabila memandang kelibat kedua – dua lelaki muda yang berada di muka pintu rumahnya itu. “ Fuh, semangat… Em tak ada apa – apa lah. Korang dah siap cuci kereta akak ke?”

Waiz dan Ali menganggukkan kepala serentak lantas mereka melangkah ke dapur untuk menyimpan perkakas mencuci yang digunakan tadi. Wafa pula hanya memandang sepi kelibat dua lelaki yang berlalu pergi di hadapannya itu. Fikirannya masih serabut.

Sepuluh minit kemudian, seperti yang dijanjikan bunyi deruman kereta yang sudah diparkir di belakang kereta Wafa kedengaran di gegendang telinganya. Wafa menjengukkan kepalanya sedikit di cermin tingkap. Kelihatan seorang perempuan muda yang sebaya dengannya turun dari kereta Produa Alza berwarna ungu.

Ya, itulah Mardiana binti Marzuki atau nama komersialnya Mar. Seorang arkitek wanita yang berkaliber di sebuah syarikat construction di Taiping. Dan dengan secara tidak sengaja, Mardiana ni telah menjadi teman baik aku sejak aku mula pindah ke kawasan utara Perak ni. Aku kenal dia pun sebab aku ternampak dia menangis seorang diri di Taman Tasik Taiping sewaktu aku jogging. Aku pun dengan baik hatinya pergi lah tanya apa sebab dia menangis. Rupa – rupanya sebab boyfriend. Dan dari saat itu lah, setiap kali dia ada masalah dengan boyfriend, dia akan cari aku. Macam apa yang sedang berlaku sekarang ni.

“ Assalamualaikum, Wafa. Aku masuk tau rumah kau ni.” kedengaran suara Mardiana memberi salam dari luar. Lantas dia melangkah masuk seperti rumahnya sendiri dan menghenyakkan punggungnya di atas sofa.

“ Waalaikumussalam.” Balas Wafa sambil membetulkan langsir tingkapnya yang diintai tadi.

“ Astaghfirullahalazim.. terkejut aku Wafa. Kau ni entah dari mana – mana je muncul.” Mardiana mengurut dadanya perlahan.

Wafa mengambil tempat berhadapan dengan temannya itu lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa. “ Aku yang patut terkejut tau tengok kau dah landing kat sofa aku ni.”

“ Ops sorry la Wafa.” Balas Mardiana sambil tersengih.

“ Ha kenapa kau kelam – kabut sangat tadi datang rumah aku ni Mar?”

“ Eh, lupa pulak. Aku ada satu berita baik dan satu berita buruk. Kau nak dengar yang mana dulu, Wafa?”

Wafa memandang pelik temannya itu. “ Berita baik dulu lah. Nanti aku tak ada mood pulak bila dah dengar berita buruk kau tu.”

Mardiana tersengih memandang Wafa yang tidak sabar menunggu. “ Pandai kau kan? Tapi aku akan bagitau berita buruk dulu lah. Baru nampak suspen sikit, betul tak?”

“ Haish kau ni ada – ada je lah. Bagitau je lah apa berita hot kau tu?”

“ Berita buruknya adalah aku dah clash dengan boyfriend aku.” Mardiana berkata perlahan.

“ Kali ni betul – betul serius ke?” soal Wafa bersahaja.

Wafa langsung tidak terkejut dengan berita yang baru didengarnya itu. Bukannya dia tak tahu kali ni sahaja dah masuk kali kelima dia mendengar berita Mardiana dengan Shafiq putus hubungan. Asal gaduh aje nak putus. Apa pun tak boleh. Tapi nampaknya, selesai sudah tanggungjawab aku menjadi pendengar setia cerita cinta untuk si Mardiana ni.

“ Aku serius kali ni Wafa. Aku yakin sangat Shafiq tu bukan tercipta untuk aku.”

“ Sabar lah Mar. Kumbang kan bukan sekuntum. Ha apa pulak berita baik yang kau nak bagitau aku tadi?”

“ Kumbang bukan seekor la makcik. Em berita baiknya pulak aku akan duduk rumah kau selama seminggu. Seronoknya Wafa. Tak sabar aku tau.” Mardiana tersenyum riang memberitahu hasrat hatinya itu.

“ Apa?!!!” Terkejut beruk muka Wafa tika ini memandang temannya. Dirasanya seperti kilat sabung – menyabung dan guruh berdentuman di langit apabila menerima berita hangit dari teman baiknya. Dalam otaknya sudah terbayang wajah Ali.

“ Kenapa kau ni Wafa? Macam kena electric shock je.” Mardiana menayang muka pelik.

“ Ke.. kenapa kau nak tumpang rumah aku pulak Mar?” Tergagap Wafa dibuatnya.

“ Oh, sebabnya aku ada projek dekat Parit Buntar ni baru start. Kau ada nampak tak construction site tepi highway nak ke Kamunting tu? Tu company aku punya projek lah. Dalam masa seminggu, hari – hari aku kena pergi lawat site tu. Dah alang – alang construction site tu dekat sini, aku tumpang je lah rumah kau untuk seminggu. Jimat sikit minyak kereta aku betul tak?” Panjang lebar Mardiana menerangkannya.

Wafa pula boleh dikatakan hanya mendengar dengan telinga kanan dan segala – galanya keluar semula di telinga kiri. Ya Allah, ujian apakah ini? Macam mana dengan Ali kalau Mar tumpang rumah aku nanti? Kalau ini lah yang dikatakan berita baik, maka ini lah berita paling buruk yang pernah aku dengar. Argh tension!

Mardiana mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 6 petang di ruang tamu itu. “ Wafa, aku balik rumah dulu lah ye. Dah petang dah ni. Hari Isnin ni aku datang bawak pakaian semua ok?” lantas Mardiana bangun dari tempat duduknya.

Wafa pula masih dalam keadaan terpinga – pinga memandang sahabatnya. Apa pun perkataan tidak mampu diluahkannya tika ini. Belum sempat Mardiana melangkah keluar, kedengaran seseorang memulas tombol pintu bilik. Langkah Mardiana terhenti. Alamak! Mintak – mintak lah Waiz yang bukak pintu bilik tu. Wafa memejamkan matanya rapat takut untuk melihat kelibat orang yang membuka pintu bilik itu.

Mardiana memandang lama wajah tampan yang dilihatnya itu. Terpegun! Wafa pula mencelikkan matanya perlahan – lahan. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan berat. Akhirnya, kantoi jugak! Perlu ke kau nak keluar dari bilik tu time ni jugak, Ali? Bentak hati Wafa. Wafa memandang pelik temannya yang masih diam seribu bahasa apabila melihat kelibat lelaki itu. Ditoleh pula ke arah Ali yang juga sedang memandang Mardiana lama. Apahal pulak diorang ni?

“ Eh, tadi bukan kau cakap nak balik rumah ke Mar? Baik kau balik cepat. Hari dah nak malam ni.” Wafa segera menarik tangan temannya itu ke muka pintu.

Mardiana yang seperti baru tersedar dari khayalan hanya menurut perintah. Dia menekan alarm keretanya sambil memandang pelik ke arah Wafa yang berada di sebelahnya.

“ Siapa lelaki tadi tu, Wafa? Aku tak pernah tengok pun selama ni.”

Mampus lah aku kali ni. Apa aku nak jawab pulak ni? Nak menipu ke tak nak? “ Errr lelaki tu sebenarnya errr sebenarnya aku punya…” Wafa gagap. Tidak tahu apa yang hendak dijawabnya tika itu.

“ Saya sepupu Wafa. Selamat berkenalan.” Tiba – tiba kedengaran suara garau seorang lelaki dari muka pintu.

Kedua – dua perempuan itu memandang Ali serentak. Ali memberikan senyuman tampan. “ Ha dia sepupu aku, Mar. Ali nama dia.” Wafa menarik nafas lega. Harap – harap makcik ni percaya lah cakap aku.

“ Ali? Oh, selamat berkenalan jugak.” Balas Mardiana tersenyum ke arah Ali. Lantas dia berbisik ke telinga Wafa.

“ Handsome gila sepupu kau ni Wafa. Aku rasa macam jatuh cinta pandang pertama pulak.” Mardiana tersengih memandang Wafa.

“ Pandang pertama? Sudah la tu kau balik cepat nanti lambat.” Wafa cepat – cepat memaksa Mardiana masuk ke dalam kereta. Usai menghidupkan enjin kereta, Mardiana mengundurkan keretanya ke luar garaj. Sempat lagi dia melambaikan tangannya ke arah Ali yang masih tercegat di muka pintu sebelum meninggalkan perkarangan rumah itu.

Wafa akhirnya menghembuskan nafas yang teramat lega sekali. Tamat sudah saat – saat genting yang dihadapinya tadi. Fuh, nasib baik Mar percaya cakap aku tadi. Kalau tak, memang tamat lah riwayat aku malam ni. Seketika kemudian, dia segera mencari kelibat Ali.

“ Thanks Ali. Awak muncul tepat pada masanya tadi.” Wafa menepuk bahu Ali dengan penuh perasaan bangga lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Ali masih lagi terpinga – pinga dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

***

Usai menunaikan solat Maghrib, Wafa menuju ke dapur untuk menyiapkan makan malam bagi mereka sekeluarga. Dijenguknya ke ruang tamu. Suasana sunyi seperti tiada penghuni dalam rumah itu. Diorang dalam bilik lagi kot. Em apa aku nak masak malam ni ye? Masak nasi goreng ayam sudah lah. Sebelum tu, aku nak basuh kain dulu. Tak lah membazir masa aku. Lepas habis masak, kain baju pun dah siap basuh. Hehe bijak betul otak aku ni. Wafa mengomel sendirian sambil tersengih. Lantas dia menuju ke arah mesin basuh yang terletak di tepi pintu bilik air.

Wafa membetulkan setiap helai pakaian yang hendak dicampaknya ke dalam mesin basuh. Tiba – tiba dia terlihat seluar slack hitam lelaki di dalam bakul pakaian yang belum dibasuh itu. Eh, ni kan seluar yang Ali pakai waktu aku accident hari tu. Dibelek – beleknya seluar itu. Ada sedikit kesan koyak dan calar pada lutut dan kaki seluar. Dia menyentuh perlahan kesan koyak di seluar itu. Mesti teruk aku langgar kau hari tu kan Ali? Aku minta maaf sangat – sangat. Aku betul – betul berdosa dengan kau. Lantas Wafa membetulkan seluar yang terkalih itu lalu dicampaknya ke dalam mesin basuh.

Usai membiarkan mesin basuh menjalankan kerjanya, Wafa kembali ke dapur untuk memasak. Dia membuka pintu peti ais dan membongkokkan badannya sedikit untuk mencari bahan yang hendak dimasaknya. Lantas dia mencapai ayam mentah lalu menutup pintu peti aisnya semula.

“ Astaghfirullahalazim.. Ali? Boleh tak jangan muncul secara tiba – tiba kat depan saya? Kalau saya ada sakit jantung macam mana?” Wafa mengurut dadanya perlahan apabila terlihat Ali sedang memeluk tubuh sambil memandang tepat ke arahnya.

“ Ada apa – apa yang boleh saya tolong?”

Wafa memandang tubuh lelaki itu dari atas hingga bawah. “ Awak tahu masak ke?”

“ Itupun kalau awak ajar lah.” balas Ali selamba.

“ Cis, baik tak payah tolong kalau macam tu.” Wafa menjuihkan bibirnya.

“ Ok awak yang jual mahal eh.” Ali mula melangkah pergi.

“ Eh, kejap. Em awak tolong basuh ayam lah kalau macam tu. Basuh bersih – bersih tau.” Wafa meletakkan ayam mentah yang belum dibersihkan itu ke dalam sinki. Haha senang kerja aku bila ada orang gaji tanpa upah ni. Tapi ni bukan kes buli eh. Dia sendiri yang offer nak tolong aku tadi. Hehehe.

Ali hanya menurut perintah lalu menuju ke arah sinki. Dia mula menyiang ayam mentah yang sudah dipotong kecil – kecil itu. Wafa pula menjalankan tugas menghiris bawang dan memotong sayur – sayuran yang hendak ditumis. Suasana menjadi sunyi seketika di antara mereka. Yang hanya kedengaran cuma bunyi air paip yang digunakan untuk membasuh ayam.

Sesekali Wafa mengerling ke arah Ali sambil tangannya masih ligat memotong sayur. Agaknya mamat ni asal dari mana eh? Muka dia memang aku akui handsome pun macam kacukan pun ada. Dari gaya dia macam anak orang berada je. Mana tidaknya, time breakfast nak makan roti bakar dan peanut butter. Kalau aku, mahu muak pagi – pagi makan benda alah tu.

“ Em kenapa awak tak duduk dengan parents awak?” Ali memecah kesunyian.

Wafa tersentak dari lamunannya. Air mukanya serta – merta berubah. “ Ibu dan ayah saya dah lama tak ada. Diorang meninggal dunia waktu saya dan Waiz kecil lagi.” Balas Wafa perlahan.

“ Oh, saya minta maaf. Saya tak tahu pulak yang..” belum sempat Ali menghabiskan ayatnya, Wafa terus menyampuk.

“ Its ok Ali. Saya tahu awak mesti pelik bila tengok keluarga saya cuma ada Waiz je kan?”

“ Bersyukur lah Wafa. Sekurang – kurangnya awak bertuah tau, awak masih ada adik. Macam saya ni, saya tak tahu siapa diri saya sebenarnya. Yang saya tahu, sejak saya celik mata kat hospital hari tu, hanya awak seorang yang kenal saya. Siapa family saya pun, saya tak tahu.”

Wafa hanya memandang sayu lelaki di sebelahnya itu. Tidak tahu apa yang hendak dijawabnya lagi. Semuanya salah aku, Ali. Terlampau banyak dosa aku dengan kau.

“ Em perempuan yang datang siang tadi tu kawan awak ke?” Ali menukar topik.

Hah? Perempuan yang datang siang tadi? Alamak, macam mana aku boleh lupa pasal Mar ni. Wafa segera menganggukkan kepalanya laju.

“ Aah dia kawan saya. Kenapa awak tanya?”

“ Dia selalu datang sini ke?” soal Ali lagi.

“ Kadang – kadang je dia datang.” Balas Wafa ringkas.

“ Tapi kenapa dia tak kenal saya langsung? Kan saya dah lama duduk kat sini.”

Alamak, err apa aku nak jawab ni ha? “ Sebenarnya, baru dua kali dia datang sini. Pertama kali dia datang dulu, awak keluar ada hal.”

“ Oh, hal apa pulak?”

“ Hal apa? Err entah lah saya pun tak ingat.” Banyak la pulak soalan mamat ni. Tolong lah jangan tanya apa – apa dah.

Ali hanya mendiamkan diri tanda mengerti. Tidak ada soalan lagi yang hendak diajukan. Wafa pula sudah menarik nafas lega. Macam mana lah aku nak hidup kalau hari – hari kena lalui benda macam ni?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Pemegang Watak Cinta 7”
  1. nisa says:

    writer ade blog x

  2. klik je pade nama sy tu ye..
    terima ksh sbb sudi baca :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"