Novel : Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin 10,11

29 January 2013  
Kategori: Novel

13,644 bacaan 47 ulasan

Oleh : UMI SYIDAH

BAB 10

Mizan merenung bungkusan nasi dan lauk yang tidak berusik. Matanya menoleh ke arah pintu bilik di tepi dapur. Boleh tahan budak ni tak keluar-keluar bilik, bisik hati Mizan. Dari tadi Mizan belikan semasa dia keluar makan tengahari, sampai ke petang makanan masih terletak di atas meja. Orang tak sudi, Mizan nak buat macam mana. Suka hati kaulah.

Penat buat baik je….tak bersambut. Hari tu pun macam tu jugak. Masuk ini dah dua kali. Lain kali jangan harap Mizan nak fikir-fikir pasal budak tu lagi. Geram yang datang tak payah dijemput.

Yuhanis keluarkah?.. atau masih bertapa? Perlukah Mizan memanggil gadis itu untuk jemput makan?…..eeeeeii, apasal dia tetiba nak ambil pot pasal budak tu? Lantak dialah. Bukankah selama ini, pandai je budak tu nak hidup? Siap beragar-agar bagai. Siap berpuding lagi. Sampai ane dan aci, jiran depan rumah pun dah terhutang budi. Nasib baik Thanalingam a/l Muthusamy tak masuk meminang. HAH !

Mizan beredar ke ruang tamu. Dah siap pasang badan tapi tetiba je rasa malas pulak nak keluar. Hati sedang geram, tak sedar jiwa kacau meragam. Remote TV dicapai. Tekan ajelah…tengok saja apa yang keluar.

Drama Melayu muncul di kaca TV . Layan saja. Rasa bosan bertamu bila menonton babak suami isteri bergaduh….agak-agak kalau tak ada adegan gaduh, tak jadi drama kot…bebel Mizan. Mizan jegilkan mata melihat jugak. Itu dah kira habis bosan tahap gaban. Tengok je sapa yang kena makan penampar. Si suami dera isteri ke atau si isteri dera suami?

Terjerit-jerit sang isteri menjawab amarah dan maki hamun si suami.Macam dah biasa je. Hari-hari ada saje drama macam ni. Jemu.Begini ke rumah tangga orang Melayu?….Ya Allah, Mizan terlupa, rumahtangganya pun berakhir seperti dalam drama. Rasa serik nak kahwin tapi terkahwin juga. Budak tulah punya pasal.

Tiba-tiba Mizan ternampak ada seseorang berdiri di luar pagar di hadapan rumahnya. Siapa ye ?…Budak tulah! Yuhanis? Aaik!…keluar rupanya minah ni. Bila masa pulak minah tu keluar? Ingat baik sangat berkurung dua puluh empat jam dalam bilik.

Tiba-tiba teringin pula Mizan melihat reaksi Yuhanis bertembung empat mata dengannya. Hari tu melarikan diri. Takut betul budak ni nak jumpa aku. Macamlah aku ni jahat sangat, bebel Mizan…..Tak apa, tak apa. Kalau aku usik, macam mana ye?Eemm,… menarik. Tentu menarik. ..kalau buat drama, part ni pasti menarik.

Macam orang yang tak ada kerja Mizan menunggu dengan sabar. Menunggu apa reaksi Yuhanis jika Mizan tetap di tempatnya, duduk di ruang tamu. Mizan tak akan berganjak dari sofa itu. Mata Mizan memerhati Yuhanis yang masih teragak-agak nak masuk ke rumah. Masih terkial-kial di luar pagar.

‘Kalau Yuhanis tak masuk juga…bagaimana?…Tak kan budak tu nak duduk di luar sampai malam….Lambat laun tentu dia kena masuk jugak.’

‘Kalau Yuhanis masuk, aku nak buat apa ye?…Nak jerkah?…nak marah?..eeh, gila apa nak marah-marah….bukan urusan aku pun.’

‘Kalau Yuhanis tegur dia, apa aku patut buat?…buat tak tau?….atau jawab dan cakap baik-baik….eeeh, aku tak nak buat baik, nanti orang naik kepala. Dia dah serik…Mizan tak mahu pisang berbuah dua kali.’

RING,RING,RIIINNGGG….

Mizan mencapai telefon bimbitnya dari poket seluar. Matanya masih memerhati Yuhanis di luar pagar. ‘Bilalah budak ni nak masuk’ gerutu hati Mizan sambil menekan butang hijau dengan malas tanpa melihat siapa pemanggilnya.

“Hello..”kata Mizan acuh tak acuh dengan mata mamandang tajam ke arah Yuhanis yang sedang mendekati pintu pagar.

“Hello to you too ….assalamualaikum abang.” Kedengaran suara seseorang di talian.

Mizan terpacak tegak tiba-tiba dari sofa. Mizan nampak Yuhanis sudah melangkah ke halaman rumah! Telinga di sana, mata di sini.

Mizan terkedu….Mizan tak terkata…salam pun Mizan tak terjawab.’ Masih pandai bagi salam…emm, baguslah.’…itu yang terdetik di hati Mizan. Mizan sempat melihat Yuhanis menutup pintu pagar. Siap kunci mangga lagi.

“Abang Mizan…ini Suraya lah.” Kedengaran lembut dan manja suara bekas isterinya. Perhatian Mizan tertumpu pada Yuhanis yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Tengah buka kasut.

“Yes ?….so what ?”tanya Mizan, hambar… tiada minat. Mata Mizan masih terarah kepada Yuhanis yang sedang menjinjit kasutnya pula sekarang…sambil …

RING,RING,RIINNNGGG….telefon Yuhanis pula berbunyi kali ini.

Yuhanis menggagau telefon bimbitnya dari beg galas. Sambil menjawab telefon Yuhanis melangkah masuk ke rumah. ‘The Rock’ juga kelihatan sedang bercakap di telefonnya. Yuhanis mengambil peluang ini untuk melarikan diri masuk ke biliknya…tapi tak delah nak lari betul-betul. Yuhanis cuba berlagak biasa.

“Waalaikummussalam…emm, Hani sihat…terima kasih.” Yuhanis terpaksa menjawab salam yang diberi sambil melangkah ke ruang tamu. Terpaksa pula melintas di hadapan ‘The Rock’. Di sana terpaksa, di sini pun terpaksa….aeei, entah hapa-hapa..bebel Yuhanis, dalam hati.

Kalau tak jawab,nanti Abang Nizam akan berasa hati. Selalu Abang Nizam akan kata..”Abang Mizan tak bagi kita cakap ye?….So…Yuhanis cuba mendengar apa cerita Abang Nizam hari ni….. Yuhanis ambil peluang buat-buat sibuk. Sibuk cakap di telefon. Buat-buat tak nampak ‘The Rock’ sebab sibuk.

‘Alhamdulillah…Syukur’…bisik hati Yuhanis pada rencana Allah. Tak sempat jadi halimunan pun tak apa. ‘The Rock’ juga sedang sibuk. Atau pura-pura sibuk kerana nak mengelak dari bertegur sapa dengannya. Baguslah…Tak payahlah Yuhanis nak ber’hai-hai’ dengan ‘The Rock’. Penat pikir je tadi….berdebar tak menentu.

“Abang..Su nak jumpa abang…dah lama betul kita tak jumpa…abang tak rindu ke pada Su..Su rindu pada ab…..”kedengaran suara Suraya seperti waktu mereka mula-mula berkenalan dahulu. Lembut dan menggoda….tapi Mizan dah tak dengar. Mata Mizan merenung Yuhanis yang sudah berada di hadapannya. Hati Mizan berbulu.

Sikit pun Yuhanis tak pandang Mizan .

Sikit pun Yuhanis tak tegur Mizan.

Macamlah sibuk sangat…Sedang ralit mendengar perbualan di talian aje pun. Tiba-tiba Mizan teringat….. NIZAM !!!!

“Sorry..aku BUSY sekarang!…DON’T YOU EVER CALL me AGAIN!!!” Jerit Mizan tiba-tiba. Tetiba je naik hantu. Hantu apa yang sampuk, entahlah.

“OPOCOT, MONYET KAU !”…terpancut latah dari mulut Yuhanis. Yuhanis terkejut sangat-sangat… sampai terlatah macam mak nenek. Sampai terangkat kepala Yuhanis memandang Mizan di hadapannya. Punyalah dari tadi menunduk.

Nak mengelak sangat dari memandang ….kini bulat mata Yuhanis memandang Mizan. ‘Bukan salah dia…siapa suruh jerit…kan dah kena panggil monyet’..Yuhanis menggigit bibir…

Mizan turut terkejut mendengar ‘MONYET KAU’…dan dan tertoleh menatap muka Yuhanis.

Mata Mizan dan Yuhanis perpandangan. Kelu lidah kedua-duanya.

‘Melatah minah ni rupanya.’…mata Mizan tajam menatap riak wajah Yuhanis….’atau sengaja ambil peluang nak kenakan aku’.

‘Garang betullah ‘The Rock’ ni’…bulat mata Yuhanis menatap wajah Mizan, mencari kesan latahnya…’aaiik, nak kena jerit lagi ke?’

Hanya hati masing-masing yang berbicara….mengutuk sebenarnya.

“HANI…Hani…kenapa ni? apa yang terjadi kat sana tu…HANI?” suara di talian kerisauan.

“Ops, sorry…tak ada apa-apa…apa?…monyet?….er..monyet ni..eh, bukan, bukan…maksud Hani…..” Hani melangkah laju ke biliknya. Muka rasa panas. Jantung berdebak debuk. Jangan dia tersampuk dengan hantu di luar tu, sudah…keluh Hani. Nak jawab apa kat Abang Nizam ni ye?….ADA MONYET….ha,ha,ha.

* * * * * * * * * *

Mizan melempar telefonnya ke atas katil. Hati Mizan tengah bengang. Bengang ganda dua. Perempuan !!! Mizan menghenyakan punggungnya di birai katil. Rambutnya yang sudah disikat kemas disugun-sugun…dah jadi macam rambut rakyat kat Tanjung Rambutan.

Mizan meraup kedua-dua tangannya ke muka. AAAAAAHHHHH !!!!

Mizan tak faham mengapa dia begini. Rasa begini. Berperasaan begini tiba-tiba.

Adakah kerana Suraya ?…Oh tidak…NO, NO and NO…. sudah lama nama itu dibuang dari kotak memorinya.Perempuan seperti Suraya bukan stock untuk dibuat isteri. Kalau masa boleh diputar kembali…Mizan tak hingin mengenali perempuan jenis Suraya.

Kalau bukan Suraya, siapa ?

Budak tu…Yuhanis ?

HUH !…Tak ada maknanya….lagi pun, apake halnya Mizan nak naik angin pasal minah tu.

Sebab Yuhanis isterinya ?

Aah…bukan Mizan yang nak kahwin pun dengan minah tu.

Habis tu kenapa Mizan begitu, naik angin macam disampuk hantu. Tak suka Yuhanis almaklum dah tentu, jadi tak kanlah nak kata cemburu.

CEMBURU ???

Tetiba perkataan keramat itu terlintas di kepala Mizan. Mizan mencebik.

NO…titik….fullstop.

* * * * * * * * * * *

Usai sembahyang Subuh Yuhanis membaca Quran seperti biasa. Cuma hari ni Yuhanis hanya baca tiga baris ayat sahaja. Yuhanis harus bersegera. Yuhanis perlu keluar sebelum hari menjadi cerah.

Yuhanis siap berpakaian seperti dia hendak pergi berjoging saja gayanya. T-shirt dan seluar trek. Beg sandangnya tak perlu dibawa. Biar nampak real…Cuma bawa purse kecil yang disimpan dalam kocek seluarnya.

Yuhanis pasti ‘The Rock’ masih di biliknya. Gelap gelita seluruh dapur dan ruang tamu. Terhendap-hendap, terjingkit-jingkit Yuhanis melangkah keluar. Nak kunci pintu pun jenuh Yuhanis berdoa agar tiada sebarang bunyi. Lepas satu bab.

Bab kedua tentulah pintu pagar. Terdongak-dongak Yuhanis mengendap dan meninjau bilik di tingkat atas bertentang dengan pintu pagar. Sambil membuka kunci Yuhanis mengetap gigi menahan debar.

‘Janganlah ‘The Rock’ bangun menjengah ke bawah ni.’…doa Yuhanis….tapi, kalau terjadi jugak…nak kata apa ?’

‘Hai…I nak pergi jogging.’…..mmm, yelah tu. Jangan-jangan mencicit lari.

* * * * * * * * * *

“Wah ! Bestnya Kak Hani !” jerit Sara sambil terlompat-lompat gembira.

“ Yes,yes…bestnya…Kita nak pergi mana Kak Hani ?”Suri tersengih sambil memaut lengan Yuhanis. Tak sabar nak tahu jawapannya.

“Cakap saja, Sara dengan Suri nak pergi mana…Kak Hani ikut saja.” Ujar Yuhanis.

“WUUI …Sara ngan Suri yang nak bawa Kak Hani pergi jalan jalan rupanya…bunyi macam Kak Hani nak ikut je tu…..Ini sapa bawa sapa, sebenarnya ?”Tanya Yusri selamba. Memang dia ni mat selamba.

Sara, Suri dan Yuhanis sudah ketawa-ketawa. Yusri buat-buat makan macam dah setahun kelaparan. Mulut Yusri penuh dengan mee goreng…maka sudah tentu Yusri tak boleh nak gelak. Sibuk mengunyah sambil menyembunyikan sengihan.

“Betul…abang tak mau ikut ni ?” tanya Suri.

“Abang kena kerja….abang kena ganti Kak Timah hari ni, Kak Timah nak ambil cuti belah petang….lain kali abang ikut, Ok… Sara dengan Suri pergi bersiap, Kak Hani boleh sarapan …boleh teman abang makan sekejap….nanti jangan nakal-nakal tau, dengar cakap Kak Hani.” Pesan Yusri kepada adik-adiknya.

Yuhanis dan Yusri berbalas senyum melihat Sara dan Suri serentak bergegas ke bilik mereka tanpa bertangguh-tangguh. Riuh suara mereka berbincang berdua sampai ke bilik.

“Yusri, Kak Hani dah siap bekal mee goreng untuk bawak pergi kerja…boleh buat makan tengahari….akak buh lebih ni, nanti boleh bagi Kak Timah dengan kawannya sorang lagi tu rasa.” Kata Yuhanis sambil duduk di meja makan di hadapan Yusri. Bekal yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi meja.

“Kak Hani, Yusri nak uc….

“Kalau Yusri cakap lagi sekali terima kasih kat akak….Kak Hani nak balik sekarang jugak.”

“Apalah Kak Hani ni, orang cakap terima kasih pun nak merajuk sampai nak balik pulak…kang Yusri merajuk jugak, hah…baru Yusri pun boleh ikut akak balik sekali…hi,hi,hi.”

Yuhanis tergelak mendengar kata-kata Yusri…ada-ada saje si Yusri ni. Tak kering gusi Yuhanis bila bersama Yusri.

“Eh, Kak Hani…semalamkan abang handsome yang nak ngorat akak hari tu kan, datang tanya pasal akak lagi tau….pandai pulak tu, bisik-bisik kat Yusri…katanya tak mahu orang lain tahu…macam-macam dia tanya kat Yusri…sapa nama penuh akak, berapa umur Kak Hani…tinggal kat mana, ada alamat tak…dah ada yang punya tak, dah tunang ke, dah kahwin ke belum…entah macam-macam lagi.”

“Ala Yusri, cakap aje Kak Hani dah kahwin…senang, habis cerita.”

“Buat apa nak tipu kak ? Abang ni baik tau, sudahlah handsome, kaya pulak tu…janganlah lepaskan peluang ni…..zaman sekarang bukan senang nak cari calon suami yang ada ‘complete package’, kak.”

“ Apalah Yusri ni…Kak Hani kata Kak Hani dah kahwin, tak nak percaya pulak…tapi selalu je tanya akak dah kahwin ke belum,dah kahwin ke belum….mmm, tak percaya …sudah…tapi untuk pengetahuan Yusri…handsome belum tentu baik…kaya pun belum tentu ihklas…yang penting…perkahwinan adalah untuk seumur hidup, perlu ada cinta dan kesefahaman, hormat menghormati…percaya mem…”….Yusri memotong kata-kata Yuhanis.

“Ok,ok ..cukup dulu sampai kat situ kak…nanti bila Yusri nak kahwin Yusri akan tanya akak balik….sekarang ni,Yusri STP pun tak lepas lagi… nanti tercemar minda Yusri pulak…hi,hi,hi.”

“Aeei, sapa yang mula dulu tadi..Yusri kan ?”tanya Yuhanis. Sudu di tangannya diketuk-ketukkan di tepi pinggan makan Yusri.

“Yelah salah Yusri..tapi Kak Hani cakap…macam pro je bab kahwin ni.”

“Tulah orang cakap tak nak percaya….Serius ni…Kak Hani betul-betul dah ada suami, dah kahwin…..kalau tak kahwin lagi….awal-awal lagi Kak Hani dah ngorat abang handsome tu, tau.”

“Handsome?…mmm, Kak Hani mengaku le abang Omar tu handsome ye….nantile, kalau dia tanya sendiri kat akak…Kak Hani nak kata apa…..jawap, jangan tak jawab sendiri tau.”

“Omar?”

“Minat nampak ?…mm, tak pa…Yusri boleh tolong Kak Hani, Itu nama yang dia bagi kat kami di kedai dobi…dia pakai kereta BMW….Yusri ada nombor telefon dia, Kak Hani boleh tanya lain-lain kat dia sendiri nanti.”

“Yusri beriya-ria nak akak berkawan dengan abang handsome ni ada apa-apa ke ?”

“Ada apa-apanya kak ?”

“Kotlah dapat komision dari abang hansome tu sebab berjaya pujuk Kak Hani kawan dengan dia.”

“Kak Hani kawan ke…kahwin ke dengan dia, Yusri tak dapat apa-apa…Cuma er..eer….?”

“Apa?”

“Nanti ada orang yang boleh jaga Kak Hani…hingga.. akhir.. hayat…Yusri tak yakin Yusri boleh jaga Kak Hani…sekarang ni pun tengoklah…Yusri dan adik-adik hanya menyusahkan akak saje.”perlahan suara Yusri . Tiada kata-kata lucu kali ini. Ada nada sebak di hujung kata-katanya.

“Yusri, Kak Hani dah dewasa..akak dah biasa…

“Dewasa ?….yelah tu…umur akak berapa…er, dua puloh empat…mmm, tuanya…Yusri baru sembilan belas… betullah…Kak Hani memang dah tualah …..

“OK,ok…Kak Hani tua sikit dari Yusri..Kak Hani nak jaga Yusri, Sara dan Suri….akak nak Yusri terima Kak Hani jadi kakak angkat…

“Tak…..{mulut Yuhanis mula ternganga..Cuma seketika}…Yusri nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab Kak Hani sudi terima Yusri ,Sara dan Suri jadi keluarga akak…jadi adik-adik Kak Hani..jadi….

“Taraaa…” Sara dan Suri berdiri di depan meja dengan seragam… seluar trek dan t-shirt putih yang sudah tak berapa putih.

Yuhanis menelan air liur, hatinya sayu….Yuhanis sudah dapat adik-adik sekarang…Allah memberi pengganti buat arwah Yusri Amri, Sarimah dan Surina…untuknya.

‘ALHAMDULILLAH….Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

* * * * * * * * * *

BAB 11

“Sara, Suri…cuba kasut ni dulu…lepas tu baru kita pilih warna pula…saiz berapa kasut ni ye…ok, Sara cuba ni..Suri cuba yang ini.” Yuhanis menghulur kasut yang dipilihnya….sepasang kepada Sara. Sepasang kepada Suri. Bersinar-sinar mata si kembar!

Yuhanis meninggung di hadapan Sara dan Suri. Senyuman puas terlakar di wajah Yuhanis bila melihat wajah teruja Sara dan Suri yang sedang mencuba kasut baru. Yuhanis mengambil kasut lama mereka untuk diletakkan ke tepi, agar kasut baru mudah dicuba.

Semasa datang tadi Sara dan Suri memakai kasut sekolah mereka. Yuhanis menyangka mereka tiada kasut sukan untuk dipadankan dengan pakaian tema mengikut gaya Yuhanis…iyalah orang pergi jogging. Kasut sekolah mereka sudah lusuh sangat dan berbulu.

Terasa sesuatu di jarinya, Yuhanis membalikkan kasut melihat di bahagian tapak. Ada lubang. Kasut sekolah Sara dan Suri sudah berlubang tapaknya. Bukan baru berlubang. Tentu telah lama Sara dan Suri memakai kasut berlubang ini ke sekolah, memandangkan lubang yang sudah besar…. sebesar duit silling lima puluh sen.

Yuhanis mengetap giginya kuat-kuat melihat tapak yang masih ada pun sudah sangat nipis. Jika berjalan di jalan raya, sudah pasti akan terasa batu kerikil di tapak kaki. Yuhanis rasa nak menangis. Segera Yuhanis buat-buat menenyeh matanya seolah-olah telah dimasuki habuk. Kalau kasut sekolah pun begitu keadaannya…masakan ada kasut khusus untuk berjoging sekali sekala.

Tiba-tiba Yuhanis terasa seperti sedang diperhatikan. Yuhanis segera menoleh ke kiri ke kanan. Masih awal, tapi agak ramai pelanggan di kedai kasut itu. Perempuan, lelaki sama banyak. Ada beberapa kumpulan remaja sedang melihat kesana kemari membuat keadaan nampak sesak. Kelihatan beberapa pasangan suami isteri bersama dengan anak-anak masing-masing sibuk mencari keperluan masing-masing.

Tiada sesiapa pun yang memandang ke arahnya. Mmm… perasan dia saja kot, kata hati Yuhanis lalu memberikan perhatiannya semula pada Sara dan Suri. Hampir sejam juga mereka berada di kedai kasut tersebut.

Dua pasang kasut sekolah, sepasang sneakers, sepasang sandal dan sepasang kasut selipar harian untuk Sara dan Suri setiap seorang. Beberapa barangan keperluan sekolah seperti stoking dan kapur kasut juga turut dibeli.

Seronok membeli untuk si kembar. Semua sama saiz dan warna pun hendak yang sama. Oooh..seronoknya kalau dia dapat anak kembar nanti..lamun Yuhanis. Kejap je…lepas tu Yuhanis tersedar diri.

‘Eerk…dekat pun suami tak sudi, ada hati nak dapat anak…kembar pulak tu. Hu alah…tukar channel, tukar channel.’

Yuhanis, Sara dan Suri berdiri di hadapan kaunter sementara menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Mereka memerhati jurujual memasukkan belian mereka ke dalam beg plastik agar tidak bertukar dengan barang belian pelanggan lain….lebih-lebih lagi selonggok kasut-kasut yang terletak di tepi barangan mereka.

Pelik..tapi mungkin kebetulan. Ada pelanggan lain yang turut membeli kasut-kasut hampir sama seperti mereka. Cuma warna saja berlainan.

“Eh..Kak Hani tengok ni, orang ni beli sama macam kita… saiz kasut pun sama macam saiz Sara dan Suri.” Bisik Sara di sebelah Yuhanis.

“Yalah, tengok ni…semua kasut ada dua,dua… agaknya orang ni pun anaknya kembar macam kita ….warna aje yang tak sama.” Tokok Suri sambil mengunjuk dan mengalih-alih kasut -kasut yang berdekatan dengannya dengan jari telunjuknya.

“Eh, jangan usik barang orang…nanti orang marah.” Ujar Sara yang selalu berkelakuan seperti kakak yang lebih tua. Sedangkan beza hanya empat lima minit saja umur kelahiran mereka.

Siapa yang lahir dulu, siapa yang kemudian… Yuhanis masih lupa nak tanya…mungkin benda tu tak berapa penting baginya yang belum pernah beranak…er, bukan…mempunyai anak. Ya, itu perkataan yang betul. ‘Beranak’ ada maksud lain.

“Kak Hani tak nampak pun budak lain yang kembar kat kedai ni.”….Yuhanis melihat sekeliling kalau-kalau ternampak budak kembar yang lain…tak ada pun. Mungkin ada mak ayah yang datang membeli mengikut saiz saja.

Kejadian yang sama berulang lagi semasa mereka bertiga di kedai pakaian. Yuhanis membeli dua helai baju kurung, beberapa helai lagi baju muslimah,t-shirt, baju tidur serta tuala mandi untuk Sara dan Suri…begitu juga, orang entah sapa-sapa…turut memilih pakaian yang sedikit berlainan, tapi saiz yang sama. Yuhanis rasa semakin pelik. Tak kanlah kebetulan terjadi berturut-turut.

Apa yang boleh dia lakukan?…. melilau mata Yuhanis melihat sekeliling. Sara dan Suri turut mengikut melihat ke kiri kanan dan keliling kedai. Semua pelanggan sedang membuat urusan masing-masing. Tak kan Yuhanis nak pergi tanya setiap orang pula. Gila apa…nak tanya apa pun Yuhanis tak pasti.

* * * * * * * * * *

“Terima kasih Kak Hani.” kata Sara.

“Terima kasih Kak Hani.”kata Suri.

“Mmm, sedapnye ayam KFC ni.”kata Sara.

“Betullah, sedap sangat ayam KFC ni.” kata Suri.

Yuhanis tersenyum. Seperti mendengar rekod rosak…ikut kata-kata orang tua-tua. Sekarang rekod pun susah nak jumpa. Akan sampai satu masa nanti, di mana generasi muda tidak tahu apa itu rekod dan bagaimana rupanya.

“Nak lagi..boleh tambah, kita order lain….sebelum balik nanti, kita beli untuk AbangYusri pula…makan kenyang-kenyang.” Ujar Yuhanis.

“Lepas ni kita nak pergi mana lagi, Kak Hani.”tanya Suri.

“Kita pergi tengok baju sukan pulak… kita beli baju jogging serupa tiga orang sekali, nak tak…tentu nampak smartkan?” cadang Yuhanis.

“Kak Hani selalu pergi jogging ke?” tanya Suri.

“Assalamualaikum!”

Perbualan Yuhanis dengan si kembar terhenti. Serentak ketiga-tiga mereka mendongak melihat lelaki yang tetiba berdiri di hadapan meja. Ingatkan tadi pelanggan yang lalu lalang mencari tempat duduk.

“Awak ?”….Yuhanis terkedu dan ternganga. Yusri baru beritahu namanya Omar.

“Boleh saya tumpang duduk kat sini …tempat semua penuh, ramai betul orang hari ni.”

Sara dan Suri memandang Yuhanis. Yuhanis mengangkat kedua-dua kening kepada mereka. ‘Kalau cakap tak boleh…boleh ke ? …Yuhanis berkira-kira.

Sara dan Suri menoleh kepada Omar dan serentak mereka mengangguk. Mereka budak baik…faham erti kesusahan. Tak sempat habis anggukkan, Omar sudah siap menarik kerusi dan duduk di sebelah Yuhanis, mengadap Sara dan Suri. Habis tu…boleh halau ke ?

Yuhanis melihat sekeliling sekilas. Lepas tu tengok set KFC di talam di depan abang handsome. Tak kan nak suruh angkat kerusi, pergi makan kat meja lain. Kesian pulak..Lepas ni kalau ada sapa-sapa nak tumpang duduk, ada dua lagi kerusi kosong. ‘The more the merrier… Lagi ramai, lagi meriah !

Masin betul mulut Yusri. Pagi tadi sebut nama…sekarang bertembung dengan abang handsome di Mega Mall. Hari ni dah jadi hari kebetulan sedunia. Jangan terserempak dengan “The Rock’, sudah !

“Tak sangka kita boleh jumpa kat sini ye?” ujar abang handsome.

“Ooh…awak shopping jugak ke?” tanya Yuhanis. Saje buat-buat tanya sebab tak tahu nak cakap apa. Sedangkan sah-sah orang datang ke Mega Mall untuk shopping,…eh, window shopping dan eye shopping pun boleh gak….yang last tu…maknanya tengok orang.

“Hai, nama abang…Omar, nama adik-adik ni.?….

Sara dan Suri tersenyum simpul…tak boleh jawab, sebab mulut tengah penuh.

Terpaksalah Yuhanis membuka mulut untuk perkenalkan. Budi bahasa budaya kita. Sara dan Suri sambung makan. Sambil mengunyah mata si kembar bergilir-gilir memandang Yuhanis dan Omar. Yuhanis boleh nampak bijik mata mereka sekejap bergerak ke kiri, sekejap bergerak ke kanan.

“Yang ini Sara…ini pula Suri.” Kata Yuhanis. Ringkas saje. Harap-harap Encik Omar boleh segera beredar selepas habis makan. Yuhanis dan sikembar ada agenda lain. Lagi pun Yuhanis tak mahu rapat dengan lelaki lain. Nanti pening kepala. Yang kat rumah tu pun dah cukup bagi pening.

“Sara..Suri, abang tengok macam kembar saja, kembar ye?…kalau abang ada adik kembar macam Sara dan Suri ni… tentu best, seronok…boleh bawa jalan-jalan buat kawan…taklah sorang-sorang macam abang sekarang.”

‘Ceh, orang handsome giler macam ni, nak jalan-jalan bawak adik buat apa….mesti mak we keliling pinggang…’ Bisik hati Yuhanis.

“Sara dengan Suri dah round habis ke? Lepas ni nak pergi mana?” ramah mesra abang handsome bertanya. Yuhanis tak jawap sebab abang handsome sedang tunduk bertanya pada sikembar. Sara dan Suri saling mencuit. Sorang kena jadi jurucakap.

Yuhanis menghabiskan makanan, sambil mengetap gigi. Dia tak sepatutnya melayan mana-mana lelaki. Yuhanis tidak mahu mengundang dosa. Dirinya bukan ‘single’ lagi…walaupun keadaan rumahtangganya tak seperti rumahtangga orang lain, Yuhanis kena pandai menjaga maruah diri.

“Tak tau…kami ikut saja Kak Hani nak pergi mana.” Lurus saja kata-kata Sara. Yuhanis rasa macam nak tekup-tekup aje mulut Sara. Sekarang abang handsome dah tahu namanya, Hani…tapi bukan salah Sara dan Suri. Si kembar mana tahu halnya mahu mengelak dari abang handsome itu.

“Terima kasih bagi abang tumpang meja…taklah abang makan sorang-sorang..” Oooi…abang handsome dah keluar ayat sedih.

Sambil makan,sambil pancing. Omar nak pancing apa?..kalau cakap pun, belum tentu si kembar akan faham. Lagi-lagilah kalau buaya darat yang nak memancing.

Terkebil-kebil Sara dan Suri merenung Omar. Simpati agaknya.

“Selalu ke Kak Hani bawak Sara dan Suri makan KFC kat sini ?..mungkin kita boleh berjumpa lagi.”Omar tersenyum sambil memandang Yuhanis di sisinya. Soalan ni tanya kat sapa pun Yuhanis tak tau. Macam tanya kat Sara dan Suri…tapi boleh pulak pandang kat Yuhanis.

Sara dan Suri menggeleng-gelengkan kepala. Tentu Sara dan Suri menyangka abang handsome adalah kenalan Yuhanis. Dah tu duduk dekat, macam dah kenal lama.

Yuhanis mendiamkan diri…tapi di kepala cuba merangka ayat-ayat sopan nak suruh Omar yang dah habis makan pergi dulu…tapi tak jadi sebab abang handsome telah meminta diri. Bagus ! Goodbye and bye,bye….tahu jugak dia jaga diri.

Sedang mereka bersiap untuk bergerak keluar, datang seorang pelayan menjinjit dua beg plastik besar ada logo KFC di kedua-dua belah tangan. Hadiah tanda terima kasih untuk si kembar…dan sebab sudi berkongsi meja,kata pesanan penaja..siapa lagi?..Encik Omar empunya diri…melalui pelayan yang mewakili.

Yuhanis tak boleh tolak sebab KFC tu bukan untuknya…Sara dan Suri sudah tersenyum-senyum. Senyum lebar sampai ke telinga. Nampaknya tak jadilah mereka nak ke mana-mana lagi. KFC dah ajak balik !

* * * * * * * * * *

Lepas solat Magrib dan mengaji baru dua baris Yuhanis surrender. Awal-awal dah tumbang. Penat sampai tak sempat nak menghafaz. Entah berapa lama Yuhanis terlena.. Cuma tersedar bila terdengar deringan telefon bimbitnya. Yuhanis segera mencapai telefon yang terletak di atas meja solek. Tengah cas bateri.

“Mak ngan ayah sihat ke ?” tanya Yuhanis selepas menjawab salam Mak Azmah.

“Kami dua-dua sihat…saje mak telefon. Nak telefon siang tadi, risau pulak kot-kot Hani dengan Mizan ada hal kemana-mana. Mak tak naklah kacau…lagi pun bukan ada perkara mustahak nak cakap pun.”

“Ala mak, kan Hani dah pesan kat mak…bila-bila pun kalau mak terasa nak cakap ngan Hani, mak call aje…tak payah risau-risau… baju kot ke, baju melayu ke…kalau mak tengah pakai sari pun boleh call Hani, hi,hi,hi…

“Ish, budak ni…loyar buruk pulak. Abang Mizan kamu tengah buat apa..kalau boleh bila Hani nak berbual dengan Nizam mintalah izin Mizan, dia suami Hani…mak tak mahu nanti dia salah sangka ..tak pasal-pasal dia cemburu pulak.

‘Bercakap pun tidak, nak minta izin apenye…lagi-lagilah cemburu. Cemburu amende…suka pun tidak’, bisik Yuhanis di dalam hati.

“ Mmm,ok mak…er, lain kali mak buat miss call aje, Hani akan call mak balik dengan segera…ayah tengah buat apa mak ?” Yuhanis segera tukar tajuk…jauh dari bab suami dan bab cemburu-cemburu…nak elak dari sakit hati je… erk..sakit hati pasal suami tak cemburu?..ha,ha,ha..dia pun sama naik mereng macam ‘The Rock’.

“Ayah kamu….waktu ni ke masjid le…nak ke mana lagi. Haa, Nizam pun pergi sekali…Mak rasa senang hati sikit tengok Nizam sekarang ni…dah macam dulu, ke masjid pun dah rajin. Haa, sebelum mak lupa…ni, mak nak cakap terima kasih kat Hani kerana mau juga bercakap, bagi nasihat, bagi semangat kat Nizam.”

“Ala mak..apale yang Hani buat…tak ada apa-apa pun…mak, Hani rasa lama betul Hani tak jumpa mak ngan ayah…Hani rasa rindu pulak nak balik.”lagi sekali tukar tajuk. Malas nak cakap pasal Abang Nizam juga. Ada rasa sedikit kesal di hati..tapi Yuhanis sedang berusaha membaik pulih hati…hu,hu…redho’lah hati,mesti ada hikmahnya Allah jodohkan dia dengan ‘The Rock’ si hati batu, Yuhanis memujuk hati.

“Kalau Abang Mizan kamu tu boleh balik …Hani bolehle balik sekali. Balik berdua…manis sikit…Mak bukan apa, ni…si Shila tu…bukan Hani tak kenal dengan perangai dia …cemburu semacam….Shila tu sebenarnya takut Nizam nanti rapat dengan Hani.”

“UH, nak cemburu buat apa…Hanikan dah kahwin dengan Abang Mizan, Hani dengan Abang Nizam dah jadi adik dengan kakak ipar….apa lagi dia nak risaukan.”

“Entahle susah mak nak cakap….mungkin dia sayang jugak kat Nizam tu,iyalah…orang perempuan dengan suami, tak suka tak sayang pun….kalau dah tidur sekatil sebantal…lama-lama boleh jatuh suka, cinta…sayang….Haaa…macam Hani dengan Mizan kan ?”

Yuhanis telan air liur, nasib baik tak tersedak. Mak Azmah ni saja suka-suka serkap jarang….’.Mmmm, alahai, nak kena bohong sunat kat mak lagi le nampaknya.’

“Kami ok..biasa-biasa je mak…Cuma Abang Mizan tu sibuk dengan kerja memanjang…eem, mak, Hani nak cerita satu benda kat mak….” Hani cuba mengubah tajuk. Kena bawak cerita jauh-jauh darihal rumah tangganya dengan Mizan…lebih-lebih lagi bab tidur sebantal, setilam, sekatil dan entah ape-ape se….lagi.

“Apa halnye?..pasal Mizan ke ?….atau..er, kamu berdua er.. emm.. er..kamu berdua gaduh ke…..kamu..kamu…jangan nak bagi mak risau Hani.”suara Mak Azmah kedengaran cemas. Alahai, kalau Mak Azmah tau hal sebenar..mau pitam jadi puteri beradu…kena tunggu Ayah Marzuki cium kat mulut..baru sedar. Isk, apalah aku melalut ni, marah Yuhanis pada dirinya sendiri.

“Mak tak payah risau-risau….Abang Mizan ok je….mak ingat tak, hari tukan Hani dah cerita kat mak pasal Hani terjumpa dengan budak nama Yusri tu…budak anak yatim tu…Yusri ni ada dua adik perempuan ..tiga-tiga mereka ni masih sekolah, Yusri belajar tingkatan enam atas…hujung tahun ni dia ambil periksa STP…dua orang adik perempuannya pula baru masuk sekolah menengah. Budak-budak ni duduk tiga beradik saja kat rumah peninggalan mak ayah mereka, tak ada sapa-sapa jaga…ada saudara-mara jauh, tapi tak ada sapa nak peduli…jadi sekarang ni Hani kawan dengan budak-budak ni..kadang-kadang Hani pergi tolong kemaskan rumah mereka sikit-sikit….Hani nak…….mak…mak….mak lena apa?”

“Hiss, budak ni..kita dengar dia cerita…kata kita lena pulak.”

“He,he,he…tak adale mak…senyap aje, takut-takut Hani cakap sorang-sorang pulak.”

“Mmm, kalau dekat sini…tentu mak boleh jaga, tolong-tolong tengokkan budak –budak tu…teringin jugak kalau mak dapat jumpa mereka.”

“Hani dah agak…mak mesti cakap macam tu…bertuah Hani dapat jadi anak mak…mak..’the best mother in the world’….nantile bila ada peluang, Hani akan bawak budak-budak ni jumpa mak….tapi dengan satu syarat.”

“Aai..bersyarat-syarat pulak…syarat apa tu ?”

“Mak tak boleh sayang mereka lebih dari mak sayang Hani..mak kena adil..eh, tak delah mak, saja main-main….hi,hi,hi.”

“Aish, budak ni…main-main pulak.”

Sudahnya mak Azmah pula yang tertawa. Lepas sedikit rindu Yuhanis pada mak Azmah. Nak balik Sungai Rokam pun, kena tengok ramalan cuaca. Harap-harap cepatlah mak labu tu bersalin. Cepat bersalin, cepat le Yuhanis boleh balik kampung. Kalau boleh balik bawa Yusri, Sara dan Suri tentu seronok. Tak sabar-sabar Yuhanis nak ketemukan adik-adiknya pada Mak Azmah dan ayahnya.

* * * * * * * * * * *

Sembahyang Isyak sudah. Mengaji sudah. Menghafaz pun sudah…Cuma malam ni Yuhanis hanya menghafaz satu ayat saja…ayat ke sembilan belas surah al- Waqiah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Penat macam mana pun Yuhanis berusaha agar tidak tinggalkan lansung usahanya untuk menghafaz surah al Waqiah.. Itu azam Yuhanis. Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah Kalsum yang mengatakan Rasullullah pernah bersabda iaitu sesiapa yang membaca surah ini, orang itu akan dilindungi daripada kesusahan dan kefakiran. Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan.

Badan dah penat…tilam nipis pun nampak indah. So..landing time! Tangan Yuhanis menggagau novel di bawah bantal. Waktu rehat hendak diisi dengan membaca sedikit…perlu bacaan yang ringan dan mengembirakan hati. Sebab itu Yuhanis suka novel yang ada unsur-unsur komedi dan lucu.

Kalau hidup sendiri pun ada masaalah dan sedih…buat apa nak baca cerita yang sedih lagi. Buat menambah senak di dada. Pahit di hati. Sesak di jiwa.

Baik baca novel romantik dan lucu…aaa, itulah favourite Yuhanis. Mungkin besok Yuhanis nak meluangkan sedikit masa untuk ke kedai buku. Nak cari novel baru yang best-best. Yang lucu. Yang kelakar.

Ha,ha,ha…nak pergi ke ceruk kedai, koyak plastik pembalut, baca kat depan sikit, kat tengah sikit dan kat part akhir…tang happy ending tulah…Jangan kena jerkah dek tuan kedai sudah…itu baru sad ending…isk,isk,isk.

Yuhanis membuka muka surat yang ditandanya dua malam sudah. Sambil membetulkan badannya Yuhanis mula membaca.

“RING<RING<RING…..

Kelam kabut Yuhanis mencapai telefonnya. Janganlah bunyi deringan telefonnya menerjah sampai ke bilik orang kat atas tu. Manalah tau, malam-malam yang sunyi sepi begini…jarum jatuh ke lantai pun boleh kedengaran kuat seperti bunyi bom meledak.

‘Abang Nizam !’

Salam disambut. Tugas kaunselor rumah tangga sudah bermula ! Suka tak suka, sedih tak sedih..Yuhanis kena sabar melayan. Rupanya bukan senang nak membalas jasa orang …sampai mati agaknya. Untuk orang yang mengenang jasalah…sebab itu orang yang tak tahu membalas jasa …dipanggil, orang yang tak kenang budi…kenapa bunyi pun macam tak sedap didengar ye… eerrk!!

“Yuhanis dah tidur ke?..”.

“Dah..”

Ha,ha,ha…Nizam ketawa.

“Kenapa Abang Nizam ketawa pulak ?”….Yuhanis menduku kepala sendiri. Azam nak panggil Nizam saja..tapi tak jadi-jadi. Dah terbiasa berabang dengan Nizam membuatnya sukar untuk menukar panggilan itu walaupun status mereka sudah berubah.

“Ada orang sedang mengigau menjawap telefon…hi,hi,hi….sorrylah, kalau abang mengganggu….sebenarnya abang rindu dengan Hani….abang nak…

HUH !!…..Yuhanis kecut perut. Kata-kata Nizam seterusnya sudah kedengaran tenggelam timbul di telinganya.

“Hani setuju tak ?”

HUH !…setuju apa ni?….setuju kahwin lari ke ? Bingung! Bengong!

“Hani tak dengarlah…telefon ni meragam sikit.”

“Abang kata…abang dah fikir masak-masak…abang nak kita….

“Sekejap-sekejap…abang kat mana sekarang ni?”Yuhanis bertambah risau. Takut jadi orang ketiga.

“Abang kat dalam kereta, kat luar…malas nak berada kat rumah tu, lagi-lagi kalau abang bercakap lama sikit kat telefon, mesti bergaduh dengan Shila…kalau boleh telefon abang ni pun dia nak jaga.”

“Dia cemburu kot…bila ada cemburu tandanya ada sayang. Lagi pun isteri mana tak rasa cemburu kalau suaminya bergayut kat telefon dengan perempuan lain….Abang Nizam kena sabar, kena faham dengan isteri abang tu.”

”Yuhanis lupa ke dia menyebabkan kita terpisah…abang tak cinta dia, abang masih sayang pada Hani.”

“Abang,….kan hari tu kita dah bincang pasal hal ni…apa yang terjadi adalah kehendak Allah…kalau Allah tak izinkan, kita ikhtiar macam mana pun tak akan terjadi…kita kena banyak berdoa, banyakkan sembahyang taubat, sembahyang hajat…sembahyang waktu lagilah kena jaga betul-betul…abang dah janji dengan Hanikan…abang nak berubah.”

“Jadi Hani suka sangatlah tak jadi kahwin dengan abang…apa…Hani dah seronok ye jadi isteri Abang Mizan tu…sampai Hani dah lupa pada cinta kita, janji kita.”

“Abang,… kita kena belajar redho..kita sama-sama dah kahwin….Hani dah kahwin, Hani kena setia pada suami…selagi Abang Mizan mahu Hani jadi isterinya, selagi itu Hani akan berada di sisinya.”

“OK..kalau Abang Mizan tak mahu Hani….maknanya Hani boleh balik pada abang?…begitukan ?”

“Eh, apasal abang cakap macam tu….isteri abang tu nak letak kat mana…tak lama lagi dah nak bersalin…baby tu tentu co….

“Itu bukan anak abang!…Hani kan dah tahu, Shila tu mengandung bukan anak abang!”

“Ok,ok…abang bertenang, istigfar banyak-banyak…apa-apa pun dia isteri abang…dah tidur sebantal, sekatil,….abang dah bersama Shila…[glup!!!..Hani memukul-mukul mulut sendiri yang terlebih pandai]]….maksud Hani..abang dah kahwin selama enam, tujuh bu…

“Ok…betul!…abang dah kahwin dengan Shila..kami dah sebantal, sekatil selama exactly enam bulan…abang dah bersama Shila banyak kali…’having sex with her’…HAH!..itu yang Hani nak tanyakan….Ingat abang tak cemburu ke mengenangkan Hani sebantal, sekatil dengan Abang Mizan…’sleeping with him, having sex with….

TUT,TUT,TUT….TUT,TUT,TUT…..

Yuhani terkedu seketika. Kaunseling yang tak menjadi. Yuhanis menggaruk-garuk kepalanya yang tetiba terasa gatal sangat-sangat. Macam mana jadi macam ni….tulah, mulut ni…suka tercakap salah. Salahke apa yang dia cakap tadi?

‘Bersama’…tanyale kat cikgu sekolah mana-mana…Yuhanis pasti dia tak salah cakap. Abang Nizam yang otak kuning, otak biru, otak hitam..ape-apele! Yuhanis geram pada Abang Nizam.

Yuhanis melempar novel ke lantai….kemudian nak melempar telefon pula…tapi tak jadi. Yuhanis sayang telefon pemberian Abang Nizam, hadiah yang terakhir kepadanya. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan lagi tempat bermanja.

Telefon Yuhanis berbunyi lagi. Entah yang ke berapa kali…Yuhanis malas nak cakap lagi. Sudahnya Yuhanis matikan telefonnya. Cuma kali ni, tak kena rongkah…nasiblah kau telefon.

Sudahnya sampai sayup malam Yuhanis masih terkebil-kebil dalam gelap, melayan mata yang tak mahu lena. Semuanya gara-gara sebab sudah sedap dapat lena selepas Solat Magrib tadi. Juga sebab paling, paling besar… sebab mulut Abang Nizam.

Terngiang-ngiang kata-kata Abang Nizam sebentar tadi….eeeeiii, malunya nak sebut tapi kepala otaknya yang tak malu teringat-ingat. Tiba-tiba Yuhanis teringatkan ‘The Rock’ yang tentunya sedang sedap-sedap lena kat atas.

Mizan kat atas. Yuhanis kat bawah. Bantal masing-masing. Katil asing-asing.

Yuhanis menarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Dari kaki sampai kepala….harap-harap dia dapat menutup mindanya dan matanya sekali.

* * * * * * * * * *

BAB 12

Mizan terkebil-kebil. Badannya dikalih ke kanan pula. Tadi dah kalih ke kiri tapi tetap rasa tak selesa. Mizan menelentang, merenung ke siling pula. Cuba mengingati sesuatu yang ‘boring’ yang boleh melenakannya…tapi tak berjaya.

Mizan bangun meninggalkan tilam empuknya. Pintu kaca gelongsor dibuka. Mizan melangkah ke balkoni.

Kepala pulak asyik dok fikir bilakah akan tiba waktu Yuhanis dan Mizan akan dapat balik ke Kampong Sungai Rokam berdua-duaan. Besok ?…Mustahil. Mungkin setahun…dua tahun…tiga tahun…entah berapa tahun lagi.

* * * * * * * * ** * *

Bukan setakat bertembung dan bersapa…tapi dah join jadi satu kumpulan. Nak halau, tak berapa sesuai….sudahnya memandai aje abang handsome melantik diri sendiri, jadi ketua menjaga mereka bertiga.

Pagi ini Yuhanis dapat lagi satu surat cinta. Dari siapa?…mana ada orang lain kat rumah tu.

THANK YOU, SEBAB IZINKAN SAYA MAKAN AGAR-AGAR

AWAK BUAT KE ? SEDAP. LAIN KALI BUAT BANYAK SIKIT.

Eh,eh…puji-puji ni, rupanya ada udang sebalik mee. Yuhanis tersenyum menatap nota anak tak yatim ni. Yuhanis terus menyinsing lengan untuk projek memikat suami…ha,ha,ha….buh ubat guna-guna kang… baru tau.

Selesai projek membuat agar-agar dan puding, Yuhanis melangkah meninggalkan rumah dengan senang hati dan senyuman meleret.

* * * * * * * *

Sejak hari itu setiap hari Yuhanis singgah ke kedai dobi. Kedai dobi sudah menjadi tempat melepak Yuhanis. Jika hari sekolah Yuhanis akan berjumpa Yusri selepas pukul satu, selepas waktu sekolah.

Hari ini Yusri datang kerja awal pagi, maknanya dia ponteng sekolah. Yusri sakitkah ? Yuhanis merenung wajah tak bermaya di hadapannya. Nasi lemak yang Yuhanis belikan untuk Yusri cuma dikuis-kuis…Cuma sekali sekali saja disuap ke mulut.

“Yusri tak sihatkah ? Yusri demam ke ?” tanya Yuhanis. Mata merenung wajah pucat Yusri.

“Yusri tak apa-apa kak….Cuma letih berjaga malam. Suri, adik yang kecik tu demam…panas satu badan….tu yang berjaga satu malam….dok jelun,bagi sejuk….kalau tak nanti tarik pulak.”terang Yusri.

“Dah bawa pergi klinik ke ?” tanya Yuhanis…namun dalam hati sudah boleh mengagak jawapannya.

“Petang karang kot…kejap lagi dapat gaji…petang bolehlah ke klinik.” Perlahan saja suara Yusri….mesti segan nak cakap tak ada duit…bisik hati Yuhanis.

“Ok, macam nilah…apa kata kita pergi sekarang…tangguh-tangguh, nanti malam mangkin teruk…lagi susah…dengan Yusri Yusri sekali demam….semalam berjaga,malam karang kalau kena berjaga lagi….kalau Yusri sakit…kesian kat adik-adik tu.”Yuhanis cuba menerangkan kenyataan yang sememangnya Yusri juga sedar.

“Eh, tak apalah kak…susahkan akak saja…pas tu kena pakai duit akak lagi…Yusri seganlah kak.”kata Yusri sambil menggaru-garu kepala. Rambut yang tak bersikat itu bertambah berserabut..tercacak sana sini.

“Kalau Yusri tak sudi..akak balik sekarang…pas tu akak tak datang-datang sini lagi…putus sahabat.” Ugut Yuhanis.

* * * * * * * *

Hampir bertabur air mata Yuhanis melihat rumah dan keadaan kehidupan tiga beradik…Yusri, Sara dan Suri yang telah mengharungi hidup yatim piatu sejak dua tahun lalu. Tiba-tiba terlintas di hatinya untuk mengambil ketiga-tiga mereka menjadi adik-adiknya. Biarlah binti mereka berbeza, tapi rasa hati anak yatim piatu mereka sama.

Yuhanis melangkah masuk ke bilik tidurnya. Pintu bilik di tutup perlahan-lahan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

47 ulasan untuk “Novel : Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin 10,11”
  1. UMI SYIDAH says:

    TQ,TQ LeeyaAsyikin’
    jg. sume kekawan yg memberi sokongan dan semangat utk sya sudahkan apa yg sya mulakan…walaupun sgt susaaaah rupenye nak mengarang ni…TQ,TQ sume.

  2. LeeyaAsyikin says:

    xpe2 sy doakn umi berjaya mghasilkn yg tebaik.sy tau bkn senang utk mghasilkn satu jln cerita yg menarik dan mmenuhi citarasa semua pembaca..ppun teruskn usaha…krn setiap kjayaan itu bmula dgn keperitan dan kepyhan..gud luck umi…alll the best :-)

  3. UMI SYIDAH says:

    TK,TK…LeeyaAsyikin
    just for you…visit my blog bab 13.

  4. LeeyaAsyikin says:

    haaaa tq tq umi…luv u so much…muuuaahhhh ;-)

  5. LeeyaAsyikin says:

    dah baca bab 13..ok citer ne makin sweet. x sbr nak tgk mizan jatuh hati dgn yuhaniz..hehe..thanks a lot umi krn upload n3 tbaru.smoga lps ne cepat2 lg n3 baru masuk..hehe

  6. airisyz Naziila says:

    jqdi kn satu novel… x sbr nak beli novel ni

  7. nor says:

    Dh ade d pasaran ke novel ni??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"