Novel : Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin 9

8 January 2013  
Kategori: Novel

7,448 bacaan 48 ulasan

Oleh : UMI SYIDAH

‘Nak keluar, tak keluar….eh, susahnya.’

‘Nak keluar, tak keluar….eeh, macam mana ni!’

Yuhanis menguak langsir tingkap biliknya. Pemandangan perkarangan di belakang rumah direnung. Cuaca sangat baik pagi ini. Kalau dia dapat keluar tentu Yuhanis dapat bersama Sara dan Suri sehari ini. Hujung minggu, hari Sabtu mereka tidak ke sekolah. Juga hari Ahad esok. Yusri pula tentu tak lepaskan peluang pergi kerja…kerana hujung minggu ‘double pay’.

Cuma,masaalahnya… ‘The Rock’ juga tidak pergi bekerja di hujung minggu. Bagaimana Yuhanis nak loloskan diri tanpa dilihat. Jika sekarang ‘The Rock’ sudah melepak di ‘pot’ kesukaannya….mampukah Yuhanis nak melenggang di depan matanya keluar rumah…aish, leceh betul!

Sebelum ini Yuhanis tidak kisah terperap saja di dalam bilik selama dua hari, Sabtu dan Ahad. Macam macam dia boleh buat untuk memenuhi masa itu….paling tak kuasa nak buat apa-apa, Yuhanis akan buat taik mata.

Setelah rapat dengan Suri dan Sara, Yuhanis rasa rugi pulak jika dia hanya duduk menghabiskan masa di rumah. Yuhanis mahu tolong mengemas rumah ‘adik-adiknya’. Terutama dapur. Lepas tu bilik tidur mereka dan juga ruang tamu. Terlalu banyak yang hendak Yuhanis lakukan. Yuhanis siap merangka untuk membawa adik-adiknya itu pergi membeli baju baru.

‘Mmm…ada pintu pagar belakang. Pintu kecil saja tapi mesti berkunci punya. Bukan dia tak kenal sifat ‘The Rock’ yang sangat ‘perfect’ tu. Semua yang boleh dikunci, wajib dikunci. Hati Yuhanis aje orang tu tak nak kunci. Kalau orang tu sudi…kecil tapak tangan, nyiru Yuhanis tadahkan..kalau zaman ni susah nak cari nyiru, boleh guna besen kot…..ewah,ewah. Mengigau apa kamu ni Yuhanis?….Mengigau di siang hari,jawabnya.

Yuhanis menggaru-garu kepalanya. Ada tudung….garuk atas tudung jadinya. Yuhanis sedang berkira-kira. Mungkin ada kunci pintu pagar itu tersimpan di mana-mana kabinet dapur. Kalau dicari, mesti boleh jumpa. Jangan-jangan ada sekali dalam sebabun kunci di kabinet depan.

Nak cari tulah yang jadi masaalah. Macamlah ‘The Rock’ akan diam dan tengok saja Yuhanis menyelongkar rumahnya. Nak sakit telinga, boleh je cuba….tapi malaslah. Hidup sepatutnya dilalui dengan ketenangan,kegembiraan dan keamanan. Yuhanis tak suka kecoh-kecoh…lagi-lagi kalau telinganya yang nak menanggung.

Yuhanis duduk semula di katilnya. Novel di bawah bantal ditarik keluar. Yuhanis menyelak tempat yang ditanda lalu menyambung membaca novel yang telah dua hari ditinggalkan. Satu, dua, tiga muka surat…Yuhanis berhenti.

Yuhanis tidak dapat menumpukan perhatian pada pembacaannya. Hero entah ke mana. Heroin entah ke mana….bila nak jumpa part ‘happy ending’….jawabnya lambat lagilah. Novel ditutup lalu diletakkan semula di bawah bantal. Ligat kepala Yuhanis berfikir.

Seketika Yuhanis bangun meninggalkan katil lalu melangkah menghampiri pintu bilik. Perlahan-lahan Yuhanis membuka pintu…setengah inci saje. Tak nampak apa-apa pun. Yuhanis memberanikan dirinya membuka daun pintu sedikit luas… seinci lagi….dan seinci lagi. Masih tak nampak apa-apa…..maknanya tak ada sapa-sapa di dapur. Aaah…bagus,bagus….tapi di ruang tamu bagaimana?

Yuhanis memasang telinga. Sunyi sepi. Mungkin ‘The Rock’ masih di alam mimpi. Hujung minggu…faham-faham sajalah. Good,good…peluang masih ada, bisik hati Yuhanis. Belum cuba, belum tahu.

Semangat Yuhanis mencanak. Yuhanis segera bersiap. Beg galasnya disandang. Kasut siap dijinjit. Perlahan-lahan pintu dibuka. Yuhanis kena berani. Apa benda pun kena berusaha. Yeah…memang tiada orang.

Pintu dibuka lebih luas. Selangkah keluar bilik…selangkah ke ruang tamu…terjojol mata Yuhanis. ‘Mak aiii,body dia’…..Yuhanis segera berundur… melangkah kebelakang semula. Pintu bilik ditutup perlahan-lahan. Nasib baik, orang tu menghadap ke arah lain.

Yuhanis mengusap dadanya perlahan-lahan. Kenapalah kau cik jantung nak berdebar tak tentu pasal…kalau terkejut,masih boleh dimaafkan. Jangan tergoda sudah. Silap hari bulan….’pinggan tak retak,nasi tak dingin….orang tu tak hendak, dia pulak yang teringin. Ya ampun…takutnya, minta simpang banyak-banyak…minta lorong banyak-banyak, aaah apa-apalah.

“Hisss…. kenapalah tetiba buat exercise tengah rumah pagi ni….kenapa tak dalam bilik aje, atau pergi le kat taman mana-mana. “ rungut Yuhanis lalu menghempaskan badannya ke tilam.

“Aduh!…sakitnya.” Yuhanis menyeringai seketika. Yuhanis terlupa tilamnya yang nipis itu. Tak pasal-pasal badannya menyukat papan katil. Sudahlah tadi matanya tercemar…nasib baik, tak tergoda. ‘The Rock’ ni pun satu…adake exercise pakai seluar dalam saje…eeh, tak senonoh!

* * * * * * * * * *

Mizan melihat jam di dinding ruang tamu sambil berlari setempat. Lagi lapan minit. Belum cukup setengah jam, Mizan akan bertahan. Peluh yang mengalir di tubuh sasanya dilap saja dengan baju singletnya yang sudah lama ditanggalkan. Baju singlet disangkutkan semula ke belakang sofa. Sambil exercise mata Mizan melihat keluar rumah. Sengaja dia membuka pintu utama luas-luas agar angin pagi dapat menyegarkan suasana ruang tamunya itu.

Cukup setengah jam Mizan berhenti. Namun dia tidak terus duduk diam.Mizan menggerakkan tangannya ke atas ke bawah…depan, belakang beberapa kali. Begitu juga kakinya….kaki kanan diangkat, digoyang-goyangkan…kemudian dihayun ke depan dan ke belakang empat lima kali. Setelah itu kaki kiri pula.

Tak sempat ke gym, kat rumah pun Mizan tetap akan buat exercise… ‘to keep fit’. Dia seorang yang kuat mengikut peraturan. Seminggu, tiga kali mesti Mizan akan ke gym. Jika tak kesempatan Mizan akan tetap lakukan juga dengan berjoging di sekitar kawasan perumahannya. Cuma hari ni saje buat kat ruang tamunya yang luas itu.

Setelah selesai Mizan berdiri di tepi tingkap melihat keluar. Kelihatan Uncle Muthu juga sedang bersenam di perkarangan rumahnya. Bagus juga bersenam di luar tapi Mizan malas nak tukar pakaian. Tidur dengan boxer, bangun pagi terus buat exersice.

Bukan ada sesiapa yang nak dimalukan. Yuhanis ?…budak tu macam tak wujud aje kat rumahnya…lagi pun Yuhanis tak akan berani nak tengok dia dengan boxer saja. Mau mencicit macam tikus lari masuk ke sarang.

Mizan teringat peristiwa tempoh hari. Pada petang Mizan bertembung dengan Yuhanis di hadapan rumah. Tiba-tiba Mizan tersenyum kecil teringatkan gelagat Yuhanis. Tak pernah Mizan berjumpa perempuan seperti Yuhanis. Apa yang lainnya, susah Mizan nak jelaskan…tapi Mizan dapat rasai sendiri.

Tiba-tiba mata Mizan merenung cermin tingkap di depan mata. Sudah lama dia tidak membersihkan rumahnya…tapi…Mizan meneliti semula kaca tingkap. Bersih saja. Mizan mencalit satu jarinya ke kaca tingkap. Wah!..Sedikit pun tiada debu.

Seingat Mizan kali terakhir dia mengemas rumah dan membersihkan tingkap ialah….aa, hujung minggu sebelum Mizan balik ke kampung untuk….kenduri perkahwinan Nizam dan… Mizan yang terkahwin.

Lama tu, dah sebulan. Ini bermakna ada orang yang tolong bersihkan. Siapa lagi selain Mizan yang ada di rumah itu. MMmm…. rajin juga budak tu, bisik hati Mizan. Seingat Mizan… Suraya, bekas isterinya pun tak pernah nak ambil tahu akan hal bersihkan rumah. Jauh sekali untuk memegang penyapu, lebih-lebih lagi batang mop.

Yang Suraya tahu hanya… hari-hari merengek minta carikan orang gaji. Sudahnya Mizan yang terpaksa membersihkan rumah tiap-tiap hujung minggu, kerana sayangkan isteri. Alasan Suraya ialah dia perlu menjaga kukunya agar jangan rosak dan kulit tangannya agar jangan kasar…. sebab kerjaya Suraya sebagai model sambilan ketika itu memerlukan Suraya sentiasa dalam keadaan cantik, bersih, gebu dan sexy.

Memang Mizan akui isterinya seorang yang cantik. Ditambah lagi dengan alat make up yang up to date. Disalut pula dengan pakaian-pakaian cantik pereka fesyen terkenal. Isterinya sudah bertukar jadi cantik menawan bak bidadari.

Belum lagi bab pakaian yang seksi yang terdedah sana sini. Tubuh seksi Suraya yang sebelum ini hanya untuk santapan matanya seorang….sudah menjadi idaman dan igauan setiap lelaki yang memandang.

Sudahnya…semua kerja rumah Mizan terpaksa lakukan. Sampaikan pakaian dalam Suraya juga Mizan yang cucikan dengan senang hati. Sehinggalah mereka mendapat pembantu rumah.

Akhirnya memang Suraya berjaya mencapai cita-cita nya. Suraya bukan lagi model sambilan. Nama Suraya sudah terkenal. Model yang paling terkenal dengan seksi dan ‘daring’…berani tangkap maut punya. Tidak hairanlah Suraya jadi model paling terlaris di Malaysia.

Mizan tumpang bangga. Bertambah bangga apabila Suraya berjaya melangkah lebih jauh. Sudah melangkah jauh keluar negara…jadi model profesional yang bertaraf antara bangsa. Entah berapa kali dapat gelaran yang gah-gah.

Malangnya bangga Mizan tak lama. Bangga hanya sebelum Mizan tersedar. Bila tersedar, semuanya sudah terlambat. Bangga Mizan bertukar jadi mimpi ngeri.

Mizan mengetap gigi menahan geram mengingat dirinya yang telah diperbodohkan ‘isteri tersayang’. Sungguh dia serik dengan perempuan. Bukan senang Mizan nak jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta, cintanya tidak dihargai dan dipermainkan. Mizan fobia dengan perempuan.

‘Aaah, pergi jahanam dengan cinta..’dengus hati Mizan. Mizan segera meninggalkan ruang tamu. Sambil melangkah ke dapur, mata Mizan memerhati sekelilingnya. Sekali-sekali jari Mizan mencalit perabut berdekatan. Memang bersih, tak berdebu.

Bagus juga budak tu ada di rumah…bicara hati Mizan. Pandai jaga diri…tak rugi Mizan menghulurkan duit poket kepada gadis itu. Sudah empat kali Mizan tinggalkan duit poket untuk Yuhanis. Semuanya diambil gadis itu. Mungkin Mizan patut tambah lagi duit poket itu. Mungkin budak tu nak duit…sebab tu buat-buat rajin.

Mizan membuka peti sejuk. Apa lagi yang ada di rumahnya. Minum sajalah air mineral sampai diri terasa rajin nak keluar mencari makan. Mizan terdiam seketika. Mata Mizan tak berkedip melihat ke dalam peti sejuk.

Ada satu bekas agar-agar laici. Satu bekas lagi.. ..mmm, macam agar-agar..tapi lain sikit,…puding kot, bisik hati Mizan. Semalam dia tak masuk ke dapur…mungkin semalam budak tu buat,agak Mizan.

Mizan teringat akan agar-agar yang ditinggalkan untuknya.Teringat akan keenakkan agar-agar yang pernah dirasainya tempoh hari, tanpa disedari tangan Mizan mencapai sepotong agar-agar lalu disuap ke mulutnya. Lapar punya pasal, benda lain Mizan dah tak ingat…lagi pun Mizan betul-betul dah tergoda dengan agar-agar laici tu!

Habis sepotong. Mizan ambil lagi sepotong. Kemudian Mizan mencuba sepotong puding pula. Sedap! Mizan rasa lagi sepotong. Sambil mengunyah Mizan melihat sekitar dapur. Baru Mizan terperasan. Sudah lama Mizan tidak membersihkan dapur juga. Namun dapurnya kelihatan bersih dan tersusun.

Kini ada sedikit perubahan. Ada satu pasu pokok kaktus di tepi tingkap. Kecil saja…tapi nampak comel pulak menghiasi dapurnya. Mata Mizan mula meneliti sekitar dapur.

Tiba-tiba mata Mizan ternampak kelap-kelip lampu ‘water heater’ yang menyala. Yes!..ada air panas. Di tepi ‘water heater’ pula kini ada satu talam kecil berisi beberapa bekas kecil. Mizan mendekati dan memeriksa isinya. Wah, bagus,bagus…kata hati Mizan.

Beberapa minit kemudian Mizan sudah duduk di meja dapur menghirup koko panas. Dua bekas… puding dan agar-agar laici di hadapannya. Untuk pertama kali untuk sekian lamanya Mizan menikmati sarapan di dapur rumahnya sambil mata memandang keluar tingkap melihat matahari yang mula menyinar.

‘Gendang gendut tali kecapi…kenyang perut, senang hati.’

Selepas kenyang Mizan bangun untuk memcuci mug yang telah kosong. Tiba-tiba Mizan tersenyum senget. Mug diletakkan semula di atas meja. Lebihan makanan disimpan ke dalam peti sejuk. Tak disimpan nanti bersemutlah pula…siapa yang rugi…dialah.Hendak menguji pun, kenalah berhati-hati. Salah langkah mau kempunan nanti.

Sepanjang langkah ke biliknya Mizan memerhati keliling. YES! Mizan yakin dan pasti… gadis itu tidak pernah jejakkan kakinya ke tingkat atas. Sekarang Mizan sudah tahu Yuhanis duduk di bilik mana.

MMM.. ..Mizan mula tersenyum jahat. Dia ada rancangan. Dah nak sangat jadi isterinya….kenapa Mizan tidak gunakan saja gadis itu. Mizan ada hak sebagai suami…kenapa dia tidak pergunakan gadis itu sepuas hatinya…. senyuman terleret di bibir Mizan.

Perempuan bukan boleh diberi muka. Sudah diberi betis nak peha. Bagi peha naik kepala. Pengalaman mengajar Mizan jadi kental. Hatinya jadi keras.

Yuhanis suka atau tidak….Mizan ada kuasa untuk memaksa.

Yuhanis rela atau tidak….Mizan boleh menunjuk kuasanya.

‘Either she stay or she go’….Mizan tak rugi apa-apa.

Sampai lena senyuman jahat melekat di bibir Mizan.

* * * * * * * * * *

Yuhanis terjaga. Serta merta Yuhanis teringat. ‘Hish…macam mana boleh terlena pulak.’rungut Yuhanis. Dengan tudung-tudung sekali pulak tu.. Yuhanis bangun mengadap cermin yang retak menanti belah… lalu membetulkan tudungnya yang sudah senget benget…dah macam mak nya giler pun ada, tapi mana ada nyonya yang pakai tudung ye tak? Yang siuman pun tak pakai,lagilah yang gila.Yang Islam pun tak semua sanggup pakai, tak pasai orang lain pulak nak pakai.

Yuhanis teringat misi yang tergendala. Jam tangannya dipandang sekilas…takkanlah ada orang yang rajin sangat nak exercise sampai dua tiga jam dalam rumah sendiri. Di luar rumah lainlah. Moodnya lain. Suasana pun lain.

Yuhanis mengutip kasutnya yang dah bertabur tepi katil. Beg galas…hi,hi…masih setia digalas dalam tidur. Yuhanis segera menerpa ke pintu. Telah banyak masa terbuang. Kesian adik-adiknya. Tentu sikembar sedang menantinya.

Selangkah-selangkah Yuhanis memberanikan diri keluar bilik. Yes! Tiada sesiapa di ruang tamu. Seketika Yuhanis sudah berjaya membuka pintu utama. ‘Berusaha tangga kejayaan’. Iyalah tu…mengharap orang tu tidur, alih-alih diri sendiri yang tertidur. Apa-apa pun…..

Cayok, cayok !

Yuhanis sudah selamat keluar pagar. Terus Yuhanis berlari ke hujung simpang. Kelihatan beberapa orang yang sedang berjoging di pagi itu. Pelik tak pelik pun, tak taulah… Yuhanis sorang yang kelihatan berjoging sambil menyandang beg galas. Melambai-lambai begnya mengikut rentak kaki Yuhanis berlari.

“Fuh,fuh,fuh” tercungap-cungap Yuhanis sambil tangan menahan sebuah teksi yang lalu. Tiada masa untuk berehat…lagi pun apa kerja nak berehat di tepi jalan, dalam teksi juga boleh menghilangkan penat.

Yuhanis risau jika ‘The Rock’ tetiba muncul sambung exercise di luar rumah pulak. Dibuatnya bertembung, baru haru biru, langit jadi kelabu, perasaan jadi celaru, hati jadi tak menentu…tulah, risau sampai merapu.

* * * * * * * * * * *

“Banyaknya Kak Hani beli sarapan…..kita tiga orang aje.” Kata Sara sambil mata melihat beberapa biji karipap, cucur badak dan kuih lopes terhidang di dalam pinggan di atas meja di hadapannya. Roti canai pun ada. Tinggi tersusun elok di dalam pinggan leper bersama semangkuk kuah dalca.

“Jom, kita sarapan sama-sama…Kak Hani lapar ni.” kata Yuhanis sambil tangan sudah mencapai sebiji karipap. Laju saja disuap ke mulutnya. Gara-gara acara jogging yang tak pernah dia buat.Lari tercungap-cungap sampai lapar.

“Kalau abang ada….mungkin boleh habis….abang tu kurus tapi kalau ada makanan lebih,selalu abang yang habiskan….ingat-ingat abang tu macam unta pulak…hi,hi,hi.” Malu-malu Suri pun boleh buat lawak.

“Dengar dek abang Sara ngan Suri nanti….jangan kata kakak yang ajar tau.” Yuhanis turut menyakat. Sebiji karipap lagi dicapai. Tangan kiri pula menyambut secawan air teh yang disua Suri.

“Ala kak, kat sekolah semua orang dah belajar pasal tabiat unta….unta boleh makan dan minum sebanyak-banyaknya bila ada makanan. Sebab itu unta boleh bertahan lama berjalan di gurun walau pun tanpa makanan.”sambung Sara. Pinggannya sudah diisi dengan sekeping roti canai.

Sudah lama dia dan adiknya tak makan roti canai. Sekeping roti canai harganya seringgit setengah, makannya sekali…kalau beli telur, boleh makan banyak kali. Tapi cakap dalam hati saje. Kalau Kak Hani tahu…mau hari-hari dihantarnya roti canai bertingkat-tingkat. Kak Hani memang pemurah dan baik hati. Sambil menyuap secubit-secubit roti canai, tak jemu-jemu mata Sara merenung Yuhanis.

“Abang sarapan apa pagi tadi?” tanya Yuhanis pada sikembar. Seperti seorang ibu yang risaukan anak saja lagaknya. Yuhanis terlupa akan tiga beradik yatim piatu itu yang mampu hidup sampai kini tanpa dia. Yuhanis yang terlebih risau.

“Abang makan biskut yang Kak Hani bagi hari tu…Sara buat teh,abang cicah dengan air tehlah.” Ujar Sara.

“Kalau tak habis, ada lebih nanti simpan saja dalam peti sejuk. Macam roti canai ni.. boleh tahan lama. Bungkus elok-elok. Nanti hari sekolah, boleh buat sarapan pagi… kalau rajin,pukul telur, pas tu rendam dalam telur dan goreng….best, jadi roti telur….Cuma jangan lupa cuci telur bersih-bersih….kalau tak sempat, panaskan kejap atas kuali pun dah boleh makan.” Panjang lebar Yuhanis memesan kepada Sara dan Suri.

Hati sedikit risau mengenangkan tiga beradik itu ke sekolah dengan perut kosong. Sudah berkira-kira nak buat stok makanan untuk mereka bertiga. Satu lagi yang perlu dimasukkan dalam senarai untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Selepas sarapan Yuhanis, Sara dan Suri mengemas dapur. Yuhanis sudah berpakat dengan Sara dan Suri untuk membuat gotong royong membersihkan rumah. Terlalu banyak yang hendak di kemas sampai Yuhanis tidak tahu hendak mulakan dari mana. Akhirnya Yuhanis mulai dengan pinggan mangkuk. Yang selalu digunakan dan akan diperlukan, Yuhanis susun di rak pinggan. Yang sudah lama terbiar dan berdebu Yuhanis bersihkan kemudian dibungkus lalu diasingkan.

“Abang kata ini semua peninggalan ibu kami…selalu abang pesan, jaga elok-elok jangan sampai dipecahkan.” Ujar Sara. Perlahan saja suaranya. Mungkin cuba menggamit memori ibu mereka.

“Arwah mak akak pun ada tinggalkan barang-barang macam ni…tapi akak tak pernah dapat gunakan sebab akak duduk dan dibesarkan oleh keluarga angkat.”

“Abis tu…barang-barang mak akak ada kat mana sekarang?” soal Suri. Bulat matanya menunggu jawapan dari Yuhanis.

“Akak simpan elok-elok dalam satu bilik stor kat rumah lama keluarga akak.”

“Akak tak takut pencuri pecah masuk ke?”tanya Sara pula.

“Rumah tu akak bagi sewa kat satu pasangan suami isteri yang tolong tengok-tengokkan rumah tu…akak bagi sewa murah sebagai balasan…jadi akak taklah risau.”

Hampir sejam lebih mengemas. Tidaklah penat mana. Kerja santai-santai. Yuhanis seronok ada sikembar buat kawan bersembang. Dah sebulan tak berkawan…dah naik bisu rasanya.

“ Hari dah panas ni…Kak Hani makan tengahari dengan kami ye?…Sara nak masak nasi ni,abang kata dia balik makan …abang tau ke Kak Hani nak datang hari ni?” tanya Sara. Tangan sudah memegang periuk nasi untuk menyukat beras.

“Kak Hani dah cakap …dia ingat lagi atau tidak,akak tak tau pulak…Yusri terlupa pun bagus jugak…kita buat surprise kat dia….jomlah, kita masak dulu….nanti-nanti kita sambung kemas lain kali,…kita masak something special, ok.”

Yuhanis,Sara dan Suri sama-sama mengeluarkan semula barang-barang yang dibawa Yuhanis pagi tagi untuk mencari bahan-bahan yang hendak dimasak untuk makan tengahari mereka. Sambil memasak mereka berbual dan berseloroh. Sekali sekala kedengaran gelak tawa mereka bertiga memenuhi ruang dapur yang selama ini sunyi dan suram.

Yuhanis tumpang seronok bila melihat dua beradik kembar itu ketawa riang. Alangkah bagusnya jika Mak Azmah dan ayah ada bersama. Mesti orang tuanya itu akan turut ingin membantu Yusri dan adik kembarnya. Yuhanis berharap dia akan dapat peluang untuk pertemukan ‘ adik-adik angkatnya’ itu kepada emak dan ayah angkatnya satu hari nanti.

* * * * * * * * *

“Betul ke akak boleh bawa motor ni?…Kak Hani jangan main-main, dibuatnya masuk longkang karang…nanye aje.” Kata Yusri dengan kening berkerut-kerut.

Hi,hi,hi….Sara dan Suri di hadapan pintu pagar ketawa kecil mendengar Yuhanis dan Yusri berjawab-jawab. Macam budak-budak kecil pun ada.

“Yusri…Kak Hani membesar di kampung….hari-hari akak naik motor ayah akak tu…akak jadi tukang pergi kedai beli barang, pergi pasar malam pun akak yang bawa mak akak, tau tak…Kak Hani ada lesenlah.”

“Ok, bak sini Yusri nak tengok?”

“Tengok apa?”

“Lesen Kak Hanilah”…..Yusri menadah tapak tangannya kepada Yuhanis…..”Jangan-jangan lesen kedai kopi tak?” usik Yusri.

“Eh, tak adalah”…..Yuhanis menggagau beg galasnya, kemudian meraba di poket seluarnya… “…akak tak bawalah lesen akak tu.”

“Mmm..jangan-jangan memang akak tak ada lesen….biar Yusri bawak ajelah, kalau akak segan nak peluk Yusri kuat-kuat…akak peluk Yusri sikit-sikit sudahlah…Yusri tak kisah.” Kata Yusri dengan muka selambanya.

Sara dan Suri sudah ketawa besar. Yuhanis turut ketawa melihat Yusri cuba menahan tawanya. Terkemut-kemut mulut Yusri menahan diri. Yuhanis mencucuk pinggang Yusri. Akhirnya terburai juga tawa Yusri.

Bersama Yusri dan sikembar membuat hidup Yuhanis lebih ceria. Lupa seketika pada masaalah rumah tangganya bersama Mizan. Lupa seketika kesedihan di hatinya mengenang nasib Abang Nizam. Bersama Yusri,Sara dan Suri membuat Yuhanis rasa dia sudah mendapat adik-adiknya semula.

“Ok,Kak Hani balik dulu…kalau ada peluang akak akan cuba datang lagi besok…Sara ngan Suri masuk rumah, kunci elok-elok….Abang Yusri hantar akak kat jalan besar tu saja..sekejap saje…Assalamualaikum.”

“Bye Kak Hani.” Laung Sara dan Suri selepas menjawab salam.

* * * * * * * * *

“Yusri hantar Kak Hani sampai rumah akak pun tak apa…Yusri pun dah habis kerja….lagi pun tak ada apa yang dapat Yusri buat untuk balas budi akak pada Yusri dan adik-adik tu…tak pernah Yusri tengok Sara dan Suri tu seronok macam hari ni….sejak kenal akak Yusri rasa bertuah sangat-sangat…..” Yusri terdiam.

Yuhanis tahu Yusri sedang sebak. Yuhanis turut merasa sebak. Cepat-cepat Yuhanis mengubah tajuk.

“Yusri…untuk hari ini, cukup kat sini sajalah….nanti ada masa yang sesuai Kak Hani akan cerita sikit hal diri akak….Cuma bukan sekarang. Teman Kak Hani tunggu sini… sampai dapat teksi…lepas tu Yusri balik rehat….akak tak mahu Yusri jatuh sakit. Bagi masa sikit untuk jaga kesihatan diri….kalau jadi apa-apa kat Yusri, tentu Sara dan Suri susah hati…Kak Hani pun akan susah hati…lagi pun hujung tahun ni kan Yusri nak STP….dengar cakap akak,ok.”

Suasana sepi seketika….kemudian perlahan-lahan Yusri menganggukkan kepalanya. Yuhanis mengusap lembut bahu Yusri, berlapikkan lengan baju Yusri. Rasa belas sudah mencambahkan rasa kasih. Kasih seorang kakak kepada seorang adik.

Namun sedalam mana pun kasih itu Yuhanis sedar mereka bukan muhrim. Yuhanis kena ingat batas-batasnya. Yuhanis tidak mahu kesalahan dan kealpaannya di muka bumi ini akan menjadi azab seksaan buat ibu dan bapanya di alam kubur sana. Begitu juga pada ibu bapa Yusri,Sara dan Suri.

* * * * * * * * *

Yuhanis berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah ‘The Rock’. Sukar buat Yuhanis hendak menganggap itu rumahnya. Anggap sajalah dia sekadar menumpang selagi diizinkan oleh tuan rumah.

Sudah larut petang. Sengaja Yuhanis merancang balik di waktu ini. Yuhanis berharap sangat ‘The Rock’ sudah keluar atau pun sedang lena di biliknya. Jika harapan nya tidak menjadi kenyataan Yuhanis hanya berserah pada Allah agar tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Yuhanis tidak mahu ‘The Rock’ marah-marah. Kalau boleh Yuhanis tidak mahu hari yang gembira di akhiri dengan kemurungan. Langkah Yuhanis terhenti beberapa kaki dari rumah. Kereta ‘The Rock’ masih di bawah anjung.

‘Aaik…pintu pagar sudah siap terbuka…perli apa?’…atau pun ‘The Rock’ sedang menunggu tetamu?’

Tapi takkan Yuhanis nak terpacak tengok pintu pagar saja. Yuhanis terus melangkah ke hadapan rumah. Adoii…pintu utama juga sedang terbuka luas….dan…dan…’The Rock’ sedang duduk di ruang tamu. Jika Yuhanis merenung ke dalam rumah…mungkin saja mata mereka boleh bertentang mata.

‘ALAMAK…nak buat macam mana ni?’

‘Ampun …ya ampun…’.Yuhanis rasa jantungnya berdegup kencang.

HELP !…HELP !…

Tolong…tolong …ane!…aci…aci…tolong!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

48 ulasan untuk “Novel : Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin 9”
  1. UMI SYIDAH says:

    alaa cik yan azian…ce tengok LeeyaAsyikin
    blog saya Leeya dah boleh bc….MIMISAPIAH.blogspot.com.
    ce cuba,try tengok.

  2. zmi says:

    Dah bosan menunggu, kalau xde sambungan beritaulah. Jgn membisu je

  3. qas says:

    sye pon da bce gak.. x sbar nak bce next en3..^^

  4. LeeyaAsyikin says:

    xde bab seterusnya ke dlm MIMISAPIAH.blogspot.com….masukknlah..blh bc lg… :-)

  5. UMI SYIDAH says:

    alahai zmi, sekarang ni tengah berusahakan menyiapkan karya ini untuk penilaian….kalau lepas , mungkin akan dibukukan jadi novel[harap-haraplah]
    kalau kantoi, tak sedap…akan keluar dip2u semula, agaknyalah.
    Doakan utk saya…harap-harap dalam seninggu dua ini akan selesai.TK,TK zmi.

  6. lia says:

    ala xjumpa pun blog mimisapiah nie….mcm mn nak cari????

  7. ita says:

    Ade jumpa blog umi tp x update

  8. UMI SYIDAH says:

    kpd semua kekawan yg sudi ikut karya sya…sorry tengah sibuk hal anak-anak skrng ni…..
    lepas isyak karang, insyaallah akan cuba buka blog mimisapiah.
    tiga empat hari lagi, buah hati nak bawak gi umrah…doakan utk kami berdua selamat pergi dan kembali….TQ,TQ pd semua !

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"