Novel : You Are My Pet Not My Wife 7

1 January 2013  
Kategori: Novel

6,665 bacaan 7 ulasan

Oleh : FieNiRa NaZaSha

“HEI, Arel!”

Taufiq sudah menyapanya, sebaik saja Arel melangkah masuk ke dalam bangunan S.Putera Holdings. Arel segera menoleh dan memandang wajah itu sambil menjongketkan sebelah keningnya.

Taufiq terkedu! Arel yang melihat reaksi sahabatnya itu hanya menjongketkan bahunya. Kemudian, dia kembali mengorak langkah tanpa mempedulikan Taufiq.

“Eh…. eh…. apesal dengan …..”

“Just follow me to the office!”

Taufiq pantas mendapatkan bosnya itu dan menyaingi langkah Arel.

“Apa yang dah jadi ni bro?” Tutur Taufiq sebaik saja mereka memasuki bilik pejabat Arel. Arel yang sudah duduk hanya merengus kasar. Sebaik saja mata Taufiq menjamah wajahnya, dapat dilihat senyuman yang tersungging pada bibir itu. Semakin lama semakin lebar dan akhirnya tubuh itu sedikit bergegar.

“Kau kalau nak ketawa tu ketawa je lah. Tak payah nak ditahan-tahan.” Sebaik saja Arel bertutur, Taufiq terus menghamburkan tawanya. Semakin lama semakin kuat. Arel yang mendengar sudah menjadi hot! Bengang dengan Taufiq yang mengetawakannya.

“Amboi! Lucu sangat ke Fiq sampai kau pegang perut tu. Meh sini aku bagi buku lima kat perut tu, confirm tak sakit dah lepas tu! Nak ke?!” Wajah Arel sudah semakin merah. Taufiq yang mendengar sindiran Arel terus mematikan tawanya. Namun tak lama selepas itu, dia kembali memuntahkan tawanya.

“Hahaha…. ape… apesal dengan mata kau tu? Hahaha…. dah macam alien aku tengok hahaha….” Ujar Taufik yang masih dengan sisa tawanya.

“Eh, kau kalau datang sini nak ketawakan aku tak payahlah! Baik kau blah je dari sini! Bertambah sakit mata aku tengok kau!” Mata Arel sudah mencerlung memandang Taufiq. Nasib baik kau kawan baik aku kalau tak nahas kau aku kerjakan! Huh!

“Hehehe…. sorrylah bro.” Taufiq hanya tersengih-sengih memandang Arel.

“Apa kes dengan mata kau tu? Sebelah besar sebelah kecil? Rasanya kejadian ni aku pernah tengoklah, tapi aku dah lupa bila? Rasanya waktu tu …… ”

“Hmmm…. waktu tu kau paksa aku makan tart blueberry.” Arel hanya menjeling kearah Taufiq. Taufiq yang mendengar hanya tersengih-sengih sambil mengaru-garu kepalanya.

“Ala waktu tu mana aku tau kau tak boleh makan blueberry. Favourite aku tu.”

“Kan aku dah kata aku tak nak, yang kau paksa aku tu kenapa?!”

“Ok… ok …. I’m sorry! Habis tu, sekarang ni apesal sejarah berulang kembali? Kau dah tau kau tak boleh makan yang kau makan jugak tu kenapa? Ni apa kes?”

“Huh! Ni semua gara-gara minah tu! Arghhh! Nak ingat balik kes pagi tadi pun dah buat aku sakit hati kau tau?!”

“Minah siapa pulak ni? Takkan skandal-skandal kau sanggup buat kau macam ni kut?”

“Of course not! Skandal-skandal aku semuanya ayu-ayu belaka. Minah yang buat aku macam ni, pergh….. tak serupa perempuan!”

“Wah siapa yang berani buat kau, si jejaka idaman malaya macam ni? Tabiklah!”

“Tabik kepala tengkorak kau! Huru-hara hidup aku tau! Minah tu memang dah melampau!”

“Lah…. aku tanya siapa minah tu? Karang basi soalan aku.” Tanya Taufiq sambil menyilangkan kakinya.

“Siapa lagi kalau bukan Nan! Ain Nur Hanani! Nama je ayu tapi empunya nama….. astaghfirullahalazim!”

“Macam pernah ku dengarlah nama tu…. tapi bila ya? Hmmm….”

“Bini aku tu wei! Bini yang tak serupa bini!”

“Lah bini kau yang cute tu ke? Kalau aku dapat bini yang cute macam tu…. aku sanggup merana asalkan dia bahagia.” Tutur Taufiq dengan penuh emosi. Arel yang mendengar hanya menjongketkan sebelah keningnya. Sejak bila kawan aku jadi jiwang ni?

“Fiq, kau ok tak ni? Kepala kau tu ada terlanggar apa-apa tak sebelum masuk ke dalam bilik ni?”

“Dah…dah… dah…. ni aku tanya apa dia buat kat kau?”

“Huh! Kalau dulu dia letakkan 20 cili padi dalam masakan mee gorengnya tu, sekarang dia boleh letak blueberry pulak! Ini memang nak kasi aku mampus ni!” Arel sudah bersandar malas di kerusi empuknya itu.

Taufiq yang mendengar sudah terbuntang. Wow! Kalau aku memang dah mampus dah.

“Wah! Kreatif jugak bini kau tu ek? Boleh masuk pertandingan Masterchef ni!”

“Kreatif kau kata?! Aku nak tanya kau, pernah tak kau rasa mee…. mee goreng yang dimasak dengan blueberry?! Dah lah aku alah dengan blueberry!” Sememangnya Arel alah dengan blueberry. Kalau dah makan blueberry, sebelah matanya pasti akan sepet. Tak ke pelik tu?

“Hehehe… memang tak pernah pun. Nampaknya kau ni bertuahlah dapat merasa resepi baru. Tak pernah dibuat orang tu!”

Arel hanya mengeluh berat. Lama-lama boleh gila perut aku macam ni! Minah ni memang nak kena! Takpe… takpe…. kau belum kenal lagi aku ni siapa! Hei aku ni Syed Putera Shayarel Amer lah!!! Hahahahahahaha…

Taufiq yang mendengar gelak ketawa Arel menjadi gerun. Tak sangka aku yang Arel dah jadi gila gara-gara Nan? Baru sebulan….

________________________________________________________________________________

Lia pelik memandang Nan. Sejak beberapa minit yang lalu, Nan asyik tersenyum-senyum. Kawan aku ni memang ada sakit mental ke?

“Nan, kau ok ke? Baru seminggu lebih aku bagi kau cuti, takkan dah tak betul kut? Takkan kau dah rindu sangat dengan bunga-bunga tu sampai tersenyum kau dibuatnya.”

Lia sememangnya tuan punya kedai bunga segar dan Nan merupakan pembantu Lia. Ala nama je pembantu tapi semua kerja Nan yang buat. Yelah, pekerjanya sedikit saja.

Nan yang sedang menggubah bunga itu terus mendongak memandang Lia yang berada di kaunter.

“Hehehe takde lah… aku just teringat peristiwa pagi tadi je.”

“Hah kali ni apa pulak?” Tanya Lia seakan tahu bahawa Nan membuli suaminya sendiri.

“Aku tak sangka pulak dia alah dengan blueberry hehehe…..”

“Alah? Blueberry? Siapa? Nan… apa lagi yang kau buat ni?”

“Arel… aku tak tau pulak dia alah dengan blueberry.”

“Kau buat apa dengan blueberry? Kau buat kek ek? Sampai hati tak bagi aku rasa.” Ujar Lia berjauh hati.

“Kek? Siapa buat kek? Takde lah…. mana ada aku buat kek.” Nan meletakkan gubahan bunganya tadi di atas kaunter dan duduk bertentangan dengan Lia.

“Habis kau buat apa dengan blueberry tu? Jus? Ada ke orang buat jus blueberry?”

“Taklah aku masak mee goreng blueberry.” Dengan selambanya Nan berkata. Lia yang mendengar sudah membuntangkan mata.

“Resepi dari mana kau dapat ni Nan?! Kau nak racunkan laki kau tu ke?!” Lia sudah berdiri sambil bercekak pinggang memandang Nan.

“Blueberry tu racun ke? Setakat ni tak pernah lagi keluar berita orang mati keracunan gara-gara makan blueberry. Kau pernah dengar eh Lia?” Dengan lurus bendulnya Nan bertanya.

“Aku nak tanya kau, kau pernah rasa tak mee… mee goreng yang dimasak dengan blueberry? Mee goreng yang kau masak tadi pagi tu kau ada makan tak? Kau habiskan tak?” Nan yang mendengar soalan Lia mula berfikir.

“Hmmm…. sebab tak pernah rasalah aku buat. Aku ni kan memang kreatif lagi inovatif orangnya…. tapi….”

“Tapi?”

“Aku tak berani lah pulak nak rasa masakan aku tu. Sebabnya ….” Nan sekali lagi tidak menghabiskan kata-katanya.

“Sebabnya?”

“Sebabnya aku takut sebelah mata aku pun jadi sepet macam mamat tu. Lepas je mamat tu makan masakan aku, tidak beberapa lama kemudian mata kiri mamat tu tiba-tiba je jadi sepet. Hahaha ….. lawak lah!” Nan sudah tergelek sakan mengingati peristiwa itu.

Lia yang mendengar tidak jadi marah dengan Nan malah turut serta mengetawakan Arel. Arel yang berada di pejabatnya tersedak apabila dia terbersin ketika sedang minum kopi. Aik? Siapa pulak yang kutuk aku ni?

________________________________________________________________________________

Krok! Krok! Krokkkkk!

“Aduh, laparnya!” Arel mengusap-usap perutnya sambil memandang ke tingkat atas. Apa aku nak makan ni? Baru pukul tujuh malam takkan aku dah lapar dah? Sekali lagi Arel memandang ke arah tangga.

“Takkan aku nak suruh minah tu masak untuk aku kut? Karang entah apa lagi resepi barunya tu. Tapi…. aku dah lapar gila dah ni! Lagi pula takkan aku nak makan kat luar? Dengan mata yang macam ni? Jatuh air muka aku!”

“Kau cakap dengan siapa ni?” Nan tiba-tiba sahaja muncul dan duduk di hujung sofa. Arel terkejut! Kus semangat! Boleh gugur jantung aku kalau macam ni.

“Oi! Kau ni tak tau adab ke?! Lain kali bagilah salam dulu!”

“Tak payah kut… sebab aku tengok kau dah syok bercakap sorang diri.” Ujar Nan tanpa perasaan.

“Eh, kau tak lapar ke?” Mata Nan yang tadi menonton tv sudah dialihkan ke arah Arel. Arel yang mendengar sudah menjongketkan keningnya. Wah! Pucuk dicita ulam mendatang. Peluang ni! Tapi…

“Kau nak masak untuk aku ke? Selalunya bukan main payah aku nak paksa kau masak untuk aku?” Arel tersenyum sinis.

“Ala itu dulu. Sekarang ni aku tengah practise nak jadi isteri mithali. Takkan kau tak lapar kut?” Aik? Angin apa pulak yang sampuk Nan ni? Apesal tiba-tiba baik semacam?

“Boleh percaya ke?”

“Mestilah boleh! Cakap cepat nak ke taknak? Aku ada banyak resepi baru yang nak dicuba ni.” Jawab Nan dengan bersemangat.

Resepi apa pulak kali ni? Nak menjahanamkan perut aku lagi ke?

“Resepi apa?”

“Hmmm… aku rancang nak masak ayam 3 rasa, ikan bersos mangga, cendawan dengan susu cair dan daging masak lada hitam. Setakat ni itu je lah. Karang aku masak banyak- banyak tak habis pulak.” Arel yang mendengar sudah kecur liur. Perlahan- lahan dia menelan liur. Macam sedap je.

“Ok lah. Aku tengok kau ni bersemangat sangat nak masak so kau masak je lah. Walaupun aku tak lah lapar sangat tapi aku makan je. Tapi aku just bagi kau 30 minit untuk siapkan masakan. Aku takde masa nak tunggu kau lama- lama.” Ujar Arel tanpa memandang Nan. Kononnya tak laparlah erk?

“Ok… ok… bagi aku 45 minit.” Pantas Nan berlalu ke dapur dan mula memasak dengan senang hatinya. Arel yang berada di ruang tamu sudah tersenyum gembira. Wah! Tak sabar aku nak makan!

50 minit berlalu…

Aik? Kata 45 minit, ni dah lebih ni. Lambat lagi ke? Perut aku dah parah ni! Getus hati Arel. Kemudian, dia bangkit dari sofa lalu menuju ke dapur.

“Hah! Tepat pada masanya. Aku baru je hidangkan semua makanan ni.” Arel tergamam! Wah nampak sedap betul masakan minah ni. Arel mengorak langkah menuju ke meja makan lalu duduk sementara Nan meletakkan nasi di pinggan Arel.

“Rasalah!” Nan mempelawa Arel untuk makan.

“Kau tak makan ke?” Soal Arel apabila Nan hanya meletakkan nasi di pinggannya.

“Kau rasalah dulu.” Tutur Nan sambil meletakkan sepotong ayam 3 rasa, begitu juga dengan ikan bersos mangga, cendawan dengan susu cair dan daging masak lada hitam di pinggannya.

“Apesal kau layan aku baik sangat hah?” Tanya Arel sambil memandang pelik ke arah Nan.

“Yelah….. kau kan dah sanggup nak merasa masakan aku ni. Cepatlah rasa!”

“Yelah…yelah… aku nak rasalah ni.”

Perlahan-lahan Arel menjamah sedikit kesemua lauk yang ada di pinggannya. Tiba- tiba dahinya berkerut. Sedikit demi sedikit, dia merasakan kelainan pada tekaknya.

“Amacam? Ok tak aku masak atau… kau ada alahan lain yang aku tak tau?” Nan bertanya apabil melihat reaksi Arel itu.

“Hmmm…. ayam masak 3 rasa ni kau letak apa? Aku rasa pedasnya dengan masamnya je. Yang ikan ni pulak kau letak sos mangga kan? Apesal rasanya lain hah? Cendawan dengan susu cair ni pun rasa semacam jugak. Ni kau letak susu cair ke ape? Daging ni rasanya dah ok dah. Memang cukup rasa tapi…. apesal keras macam batu ni?” Arel sudah memandang tajam ke arah Nan.

“Oh…. ayam tu rasanya ada kari, sos tiram dan sepatutnya kena letak manis tapi….” Nan berjeda seketika.

“Hah! Tapi apa? Kau letak blueberry lagi ke?!”

“Eh, tak lah. Aku just letak thousand island sos je sebabnya kicap manis dah habis so aku gantikan je lah dengan sos tu.” Arel yang mendengar sudah menbuntangkan mata.

“Yang ikan tu pulak memanglah namanya ikan bersoskan mangga tapi…. mana ada aku beli mangga so… aku gantikanlah dengan cempedak, dah itu je yang ada, lagipun warnanya nampak sama je kan…kan… kan? Yang cendawan tu pulak memanglah rasa lain semacam, dah yang aku letak tu susu kacang soya bukannya susu cair. Ala susu jugak kan namanya? Hah! Daging tu keras ek? Ni mesti terlebih garam ni. Kau rasa satu pek garam tu banyak tak?” Nan dengan selambanya menjawab Arel tanpa rasa bersalah. Arel yang mendengar sudah terlopong.

“Kau dah gila ke!” Pantas dia berlari ke singki dan memuntahkan semuanya. Nan yang melihat reaksi Arel hanya menggaru- garukan kepalanya. Eh? Aku ada buat salah ke?




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : You Are My Pet Not My Wife 7”
  1. hana says:

    hahaha lwk hbis,..nk lgi best sesangat

  2. Mariyam says:

    betullah.. lawak habis… kita orang nak lagi..

  3. Qairunnissa Taib says:

    best sgt cite ni….cik penulis ada blod x??

  4. wati says:

    lawak la jugak. tapi penulis harus lebih peka. lawak merepek. penulisan kurang matang.

  5. Ct Sue77 says:

    jalan citer dah ok..tp bab nan mmebuli tu kena kurangkn..agak keterlaluan..lg pun terlalu byk lawak yg x masuk akal…harap penulis x kecik ati..masa baca bab 1..ati akk da tertarik..tp bab lepas nan kawen ngn aril..da kurang menarik..

  6. Dhiya Nasuha says:

    setuju dgn CT Sue77..cerita boleh tahan la… tapi xmasuk akal la bab memnbuli 2..mmg sgt keterlaluan.

  7. Dhiya Nasuha says:

    setuju dgn Ct Sue77..cerita boleh tahan la… tapi xmasuk akal la bab membuli 2..mmg sgt keterlaluan.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"