Cerpen : Camelia Tu, Aku Punya!!!

25 February 2013  
Kategori: Cerpen

16,236 bacaan 57 ulasan

Oleh : Cempaka Rembulan

“Aku rasa aku cantik, tapi apasal mamat tu tak nak dekat aku yang gojes ni? Hairan…” -Cemelia.

“Kalaulah aku mampu hidup dikepulauan Madagascar dah lama aku pindah situ. Naik gila aku nak layan kerenah perempuan tak cukup singet tu.”… -Hasif Amsyar.

“Walaupun kau tak seperti orang, apasal tetap jugak kau yang aku nak? Sekarang dah pukul 1 pagi. Agak-agak klinik pakar mata buka lagi tak? Aku rasa mata aku yang problem ni. Tak pun otak aku terbalik? Jadi daya fikir aku dah terpesong. Yes!!! Aku rasa dah betullah tu… -Harif Amjad

Aku suka kau, tapi aku lagi suka poket tebal dia. Sorrylah ye. Say good bye to me.” -Atikah.

“Encik boss..saya sukakan encik boss. Apa kata encik boss terima cinta saya?” –Camelia

………………………………………

Suasana pagi terasa nyaman. Udara disedut dan di hembus perlahan. Senyumannya tersunging sedikit dibibir bila mana matanya menangkap kelibat suami isteri dengan dua orang kanak-kanak yang sedang ceria bergelak ketawa. Dia bahagia melihat panorama itu walaupun di dalam hatinya sedikit kesedihan melanda.

Dulu dia pernah disinari dengan kasih dari wanita itu. Kasih yang begitu tulus. Tetapi sayang, dia di butakan dalam keadaan yang celik. Tidak dapat menilai tulus kasih sayang dihulurkan. Bila kesedaran itu mendatang, ternyata dia sudah terlambat. Diraup wajah untuk menenangkan hati yang berkecamuk.

Bila tawa keluarga bahagia itu kedengaran lagi dia cuba mengukir senyuman. Doanya suatu hari nanti dia akan di kurniakan dengan isteri berpekerti seperti wanita itu. Dahulu dia langsung tidak menyangka di sebalik kekurangan itu tersembunyi satu sikap yang hanya di sedari bila kasih sayang itu sirna untuknya.

………………………………….

“Hasif kita keluar makan kejap lagi nak? Aku belanja.” Camelia tersenyum-senyum di hadapan Hasif. Wajah lelaki itu yang sedikit keruh di renung penuh minat. Tampak kacak walaupun wajah itu tidak mengukirkan sebarang senyuman. Masam.

“Berapa kali aku cakap. Nak datang sini bagi tahu dulu. Dah tu masuk office aku main aci redah je.” Hasif mengeluh. Dia rimas. Kalau lelaki lain suka diburu oleh ramai wanita dia pulak tidak. Dia lebih suka memburu dari diburu. Dan salah seorang wanita yang tidak pernah jemu memburu cintanya adalah wanita yang sedang berliuk lentok di hadapannya sekarang.

Matanya seboleh mungkin di lari dari memandang tubuh yang ditutupi oleh pakaian yang bila dipandang lama seperti pembalut nangka. Sana sini terjojol. Dengan makeup tebal, bulu mata palsu persis mata unta, membuatkan dia terasa jelik.

“Kalau cakap bukan kau nak tunggu aku. Baik aku datang je terus. Jomlah kita pergi makan.” Camelia menarik-narik tangan Hasif perlahan.

Belum sempat hasif menjawab pintu biliknya diketuk. Setelah memberi kebenaran, seorang gadis yang cantik berbaju kurung lengkap bertudung melangkah masuk dengan langkah gemalai. Wajah ayu itu sedikit berubah memandang pegangan erat Camelia pada Hasif.

“Eh sayang. Nak keluar makan sekarang ke?” Hasif bertanya lembut. Tangannya berusaha dirungkaikan dari gengaman Camelia.

“Kalau awak sibuk tak pelah. Lain kali je kita keluar makan.” Athirah tersenyum. Walaupun senyumannya tidak semanis mana. Meluat melihat gaya wanita yang berdiri disisi kekasihnya. Sudah berkali di tolak oleh Hasif masih juga tetap menempel. Memang tidak tahu malu.

“Memang saya tengah tunggu awak pun.” Hasif mencapai kunci kereta. Sudah tidak betah berada dalam situasi pelek itu. Camelia hanya membatu dari tadi.

“Hasif, kan kau dah janji nak keluar dengan aku?” Camelia sedikit membentak. Dia yang datang dulukan? Seharusnya lelaki itu keluar dengan dia bukan dengan Athirah.

“Bila aku janji? Berapa kali aku nak cakap. Nak datang bagitahu dulu. Sorry harini aku ada date dengan Athirah.” Hasif berkata selamber. Dia tidak peduli perasaan Camelia. Wanita itu sudah dianggap seperti sahabat sendiri.

………………………

“Kenapa masam je ni?” Hasif bertanya. Dari tadi dilihat Atirah hanya menguis-nguis mee goreng di dalam pinggan. Langsung tidak terluak makanan itu.

“Awak tulah. Tak habis-habis melayan si Camelia tu. Menempel tak kira waktu.” Athirah merengus kasar. Sungguh dia benci ingin memandang gadis itu. Sejak dari zaman universiti tidak sudah-sudah Camelia mengangu Hasif. Macamlah lelaki lain dalam dunia ni dah pupus. Uhh.. betul-betul bikin panas.

“Saya tak layanlah. Awak kena faham dia tu kawan saya dari kecil lagi. Dah memang perangai dia macam tu saya nak buat macam mana.” Hasif mempertahankan diri. Dia kadang-kala turut rimas dengan sikap Camelia. Tak pernah berputus asa memburu cinta dia walaupun sudah tahu yang dia mencintai Athirah.

“Saya faham. Tapi saya tak suka dia datang office awak. Nanti apa kawan-kawan saya kata? Awak pun taukan, mulut pekerja Bina Holding macam mana? Saya dah malas nak pertahankan awak depan diorang.” Atirah mengeluh. Semua orang tahu dia merupakan kekasih Hasif, tetapi dia rasa seperti ‘dimadukan’ dengan Camelia sebelum sampai masanya. Tidak dapat dia bayangkan jika semua ini berlarutan sehingga mereka berkahwin.

“Awak tenang ok. Nanti saya cuba slow talk dengan Camelia. Dia tu baik sebenarnya. Tapi tulah.. kadang-kadang menjengkilkan sedikit.” Tangan Athirah dicapai dan digengam. Berusaha meyakinkan gadis itu yang cintanya memang hanya untuk Athirah. Tak kan ada untuk gadis lain. Sejak dari zaman universiti dia berusaha mengejar gadis di hadapannya. Setelah banyak halangan ditempuhi bagi memiliki sekeping hati milik Athirah, mustahil dia akan membenarkan hubungan mereka berantakkan, hanya kerana gadis lain yang tak pernah wujud dalam hatinya.

………………………………….

“Hasif..Hasif.. cepat keluar. Camelia tunggu kat luar tu.” Puan Sri Azah mengetuk perlahan pintu bilik anak bujangnya. Dari pagi tadi memeram di dalam bilik. Langsung tidak keluar walaupun sudah dipanggil berkali-kali.

“Alah mama cakap jelah Hasif keluar.” Hasif menjawab malas. Bukan dia tidak nampak kelibat Camelia tadi. Kebetulan meja kerjanya mengadap ke arah pintu pagar rumah.

“Jangan nak mengada-ngada ajar mama jadi penipu ye. Cepat sikit keluar.”Semakin tinggi nada Puan Sri Azah. Anaknya itu bukan boleh di beri muka sangat.

“Yelah. Mama suruh dia tunggu kejap. Pagi-pagi buta dah menempel dekat rumah orang.” Hasif merengus kuat. Benci apabila setiap masa tanpa mengira waktu dan tempat Camelia pasti akan mengejarnya. Sudah seperti bayang-bayang lagaknya.

“Camelia duduk dulu ye. Nanti Auntie buatkan air.” Puan Sri Azah memegang kemas bekas berisi beberapa biji karipap yang di bawa Camelia. Wajah gadis itu di renung. Dia hampir ketawa bila di rasakan gadis itu terlalu keterlaluan bersolek walaupun hanya untuk ke rumahnya. Macamlah rumah mereka jauh sangat. Padahal sebelah menyebelah sahaja. Kalau tidak di kenali Camelia dari kecil pasti dia menyangkakan wanita itu merupakan si pengoda yang menunggu masa untuk ‘mengap’ anak lelakinya dan membolot harta milik mereka.

“Eh tak payah susah-susah. Camelia dah minum dah dekat rumah tadi dengan abah. Ni saja Camelia datang nak hantar karipap.” Camelia tersengih. Ya dia datang ingin menghantar karipap dan erkk…… berjumpa dengan Hasif. Boleh macam tu?

“Itu kat rumah. Kejap Auntie bawakan air. Nanti boleh kita sarapan sekali.” Pantas Puan Sri Azah melangkah ke dapur.

Hasif yang sudah lama berdiri di tangga hanya memandang. Boring betullah. Di renung Camelia yang asyik tertoleh ke sana sini. Belum menyedari kedatangannya. Langkah kakinya lemah melangkah.

“Camelia. Kau nak apa datang pepagi ni?”

Camelia tersengih memandang Hasif. Lelaki itu tetap nampak kacak walaupun tubuh itu hanya di baluti sehelai baju t-shirt putih tanpa koler dan seluar track suit hitam.

“Sajalah datang. Dah banyak hari kita tak jumpa kan? Aku talifon bukan kau nak angkat.” Camelia merenung lama wajah itu bagaikan sudah lama tidak ketemu. Beberapa hari sudah dia sibuk dengan pelbagai urusan. Tidak sempat bertemu dengan Hasif.

“Aku malas. Camelia kalau boleh aku nak kau jauhkan diri dari aku sedikit. Aku tak nak Athirah salah faham. Kat office tu dah ramai orang bergosip pasal kau ada skandal dengan aku. Kalau boleh kau jangan datang kat office kalau tak ada urusan.” Tenang Hasif berkata. Sudah berhari-hari ayat itu di hafal. Dia sebolehnya tidak mahu menguris hati Camelia. Tetapi dia kasihan kepada Athirah selain takut kesabaran Athirah hilang dia juga yang akan susah nanti nak memujuk. Athirah kalau merajuk boleh tahan muncungnya.

“Hasif!!! Apa kata macam tu? Camelia ni bukan kenal Hasif sehari dua. Dari kecil lagi korang dah berkawankan? Kalau Athirah sayangkan Hasif, dia sepatutnya percayakan Hasif, bukan dengar cakap orang lain.” Puan Sri Azah yang muncul mengejutkan mereka. Dia sedikit tidak suka mendengar kata-kata anaknya. Kedengaran sedikit kurang ajar.

“Ehh auntie jangan marah. Camelia ok je ni.” Camelia tersenyum walaupun senyumannya sudah terasa pahit seperti menelan serdak kopi sekampit. Sampai hati betul. Nasib baik di betul-betul sukakan Hasif. Kalau tidak sudah di layang penampar cap ayam ke pipi laki itu.

“Mama, Hasif cakap benda yang betul. Dah bermacam gosip kat office tu.” Sedikit membentak suaranya. Kenapa mamanya ingin mempertahankan orang luar dari anak sendiri?

“Buat tak tahu. Nama pun gosip kan?” Tenang Puan Sri Azah berkata. Tubuhnya di labuhkan disisi Camelia yang sudah keruh warna wajahnya. Dia wanita dan dia tahu perasaan jika di tolak kerana itulah perasaan yang sama pernah di rasakan semasa dia ‘direject’ oleh Tan Sri Hassan semasa zaman muda mereka. Tetapi sikap tidak berputus asanya membuatkan lelaki itu mengalah. Dan sekarang dia berbahagia memiliki lelaki itu sebagai suami.

“Susah cakap dengan mama ni….dan kau ingat tu. Jangan nak menghimpit je tak kira waktu.” Wajahnya bagaikan memberi amaran kepada Camelia yang asyik tersengih sahaja dari tadi. Pantas dia mengatur langkah untuk naik semula ke dalam bilik. Malas ingin terus bertengkar dengan mamanya. Mama bekas pembahas terbaik kebangsaan dan bekas graduan law, jadi kalau nak bertekak memang compom punyalah dia takkan menang.

………………………………………..

“Kenapa buat macam ni? Hasif bekata kecewa. Kalau tidak memikirkan ego sudah lama dia meraung. Sampai hati Athirah.

“Saya minta maaf. Saya tak sangka ayah dengan ibu saya terima lamaran tu. Semua ni salah saya. Kalau saya cerita tentang hubungan kita tentu tak jadi macam ni.” Athirah menangis. Wajah kecewa Hasif di pandang. Maafkan aku. Athirah mengumam di dalam hati.

“Awak cerita hubungan kita. Tentu diorang faham kalau awak mintak putus.” Hasif masih berusaha. Hampir terduduk dia apabila Athirah memberitahu yang dia sudah terikat dengan Nazrul. Musuh dia dari zaman universiti lagi dalam merebut hati Athirah dan jawatan dalam persatuan. Sekarang mereka merupakan musuh dalam bidang perniagaan.

“Saya dah cakap. Tapi ayah saya tu susah Hasif. Hitam kata dia hitamlah, tak kan bertukar jadi putih.” Athirah mengesat air mata yang mengalir.

“Biar saya jumpa ibu ayah awak. Saya sendiri cakap pasal hubungan kita.” Hasif masih mencuba. Tidak rela Athirah jatuh ke tangan Nazrul. Lelaki itu tidak layak untuk mendapatkan wanita sebaik Athirah. Bukan dia tidak tahu sikap lelaki itu. Bertukar wanita bagaikan bertukar baju.

“Tak usah. Saya taknak hampakan harapan ibu ayah saya. Saya minta maaf Hasif. Rasanya hubungan kita sampai di sini saja. Saya doakan awak dapat wanita yang lebih baik.” Athirah berkata lembut. Surat peletakkan jawatan digenggam erat. Hatinya berbelah bagi ingin menyerahkan surat itu.

“Tapi awak…” belum sempat dia berkata , Athirah menarik tangannya dan meletakkan satu sampul dan pantas berlalu. Dia bagaikan kaku ingin mengejar. Air mata yang di tahan menitis membasahi pipi. Ego lelakinya terasa jatuh menyembah bumi. Teketar tangannya ingin membuka sampul yang di berikan. Matanya terpejam bila surat peletakkan jawatan di baca. Getaran tubuh bertambah bila kad yang cantik bersulam dengan tulisan walimatulurus menyapa pandangannya.

…………………………………………

“Hasif jom keluar. Kita jalan-jalan” Camelia tanpa disuruh melabuhkan tubuh di atas kerusi di hadapan Hasif yang tekun membuat kerja. Kusyuk lelaki itu bagaikan tidak tergangu dengan kedatangan dia.

Hasif mengangkat kepala. Tersenyum memandang Camelia. Sekarang dia tiada lagi perasaan jelik kepada gadis itu. Mungkin ada hikmah perpisahannya dengan Athirah beberapa bulan dulu. Camelia yang dulu merimaskan sentiasa ada di sisinya saat dia bertarung dengan kesedihan. Sekarang mereka bagaikan sahabat karib. Dia rasa bebas meluahkan apa sahaja kepada Camelia.

“Cik kak oii. Sekarang baru pukul 4.30. Kau tak tengok jam ke?” Hasif memerli. Camelia memang selalu begitu. Datangnya sesuka hati. Mentang-mentang kerja sendiri.

“Alah apa kisah. Kau boss. Aku dah lapar ni. Jom teman aku makan.”Camelia tersengih. Wajah pujaan hatinya di renung. Rasa gembira bila akhirnya lelaki itu semakin dekat dengan dirinya. Terasa keputusan Athirah berkahwin dengan Nazrul bagaikan bulan jatuh ke riba.

“Banyak lah kau. Kau tu tak payah jaga kedai ke?”Hasif bertanya. Jika di renung cara berpakaian dan bersolek tentu tiada siapa menjangka yang Camelia merupakan chef dalam bidang bakeri. Gayanya lebih kepada si pengoda yang gedik.

“Harini tak. Ada budak praktikal baru masuk. Budak tu pandai jugak buat kek. Aku tinggal kat dia jelah.” Tenang dia menjawab. Senyuman tidak putus dari bibir dia.

“Kau tunggu kejap. Tinggal sikit lagi je kerja aku. Dah siap kita keluar.” Kerjanya di teruskan. Secepat mungkin disiapkan. Dia tidak mahu Camelia menunggu terlalu lama.

Camelia memerhati suasana sekeliling. Agak besar jugak bilik Hasif. Tidak terlalu banyak barang di letakkan. Warna putih dan merah melatari sekeliling dinding. Di belakang meja lelaki itu tergantung frame gambar Keluarga. Dia tersenyum bahagia. Yakin suatu hari nanti gambar dia akan berada dalam frame keluarga itu.

“Haa…apasal tersengih-sengih ni?” Hasif menyergah kuat. Dia ketawa perlahan bila Camelia terkejut mendengar sergahannya.

“Kau nak aku mati awal ke?” Camelia membeliakkan mata sedikit tidak puas hati. Mujur dia tiada sakit jantung. Kalau tidak, sah jalan.

“Kau tu memanjang termenung. Dah jom. Nak makan kat mana ni?” Hasif bertanya, sambil tangannya mencapai kunci kereta dan briefcase. Tiada niat nak datang semula ke pejabat.

‘’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

Tangan Camelia dicapai. dia mengengam erat tangan gebu itu. Dia tahu Camelia terperanjat dengan reaksi dia yang secara tiba-tiba. Langkah kakinya terasa canggung. Nun di hadapannya Athirah sedang ketawa manja di sisi Nazrul. Hatinya sedikit terguris melihat kemesraan itu. Kemesraan yang sepatutnya menjadi milik dia.

“Hai.” Dia menegur. Nampak jelas reaksi Athirah dan Nazrul berubah. Mungkin tidak menyangka dia sudi menegur. Gengaman tangan Camelia di kemaskan bahkan wanita itu turut menggengam tangannya erat bagaikan menyalur sedikit kekuatan. Dia sangkakan dia kuat apabila bersemuka dengan Athirah. Nampaknya perpisah yang hampir menjengah setahun belum cukup menghilangkan kekecewaannya.

“Erkk hai.” Atirah menegur serba salah. Dia hanya memandang kosong bila tangan suaminya erat berjabat dengan Hasif.

“You all buat apa sini?” Hasif bertanya sekadar beramah. Sekilas dia memandang wajah Athirah sebelum dia mengalihkan pandangan.

“Kami tengah survey barang baby sikit. Wife I ni tengah pragnent sekarang. You couple dengan Camelia ke sekarang?” Nazrul bertanya sinis. Terasa hatinya kembang setaman bila jelas riak wajah Hasif berubah bila di khabarkan tentang kandungan Athirah. Dia puas apabila dapat merampas Athirah dari tangan lelaki itu.

“Owh tahniah. Hak arr. I baru je couple dengan Camelia. Ni tengah survey barang hantaran sikit.” Hasif pura-pura tersenyum. Terasa Camelia memaut lengannya. Terlentok-lentok wanita itu disisinya. Pandai betul berlakon. Dia hampir ketawa.

“Nanti kalau dah tetap tarikh jemputlah datang.” Camelia bersuara manja mengoda. Hatinya menjerit gembira bila wajah Athirah berubah. Benci melihat wajah penuh kepuraan itu. Dia tahu Hasif berlakon. Dia hanya ingin menambah perencah dalam lakonan itu. Biar real.

“Kalau tak ada hal kitorang datang. Nanti informlah bila tarikhnya.” Athirah tersenyum. Tetapi senyumannya terasa kelat. Dulu lelaki itu bermati-matian mengatakan tiada apa-apa dengan camelia tapi sekarang? Tak ada hubungan konon. Hatinya berdesis. Benci melihat kegembiraan pasangan di hadapannya.

………………………………………………….

“Kau nak bertunang dengan aku tak?” Hasif bertanya. Wajah terperanjat Camelia di renung. Entah mengapa Soalan itu spontan keluar dari bibirnya. Wajah ceria Athirah dan Nazrul terbayang di mata. Kejap setereng kereta di pengang.

“Athirah tak ada sekarang. Nak belakon lagi ke?” Camelia pura-pura ketawa. Sedangkan hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Dia gembira mendengar soalan itu. Tetapi dalam masa yang sama dia takut Hasif mengambil keputusan terburu. Memang dia sukakan lelaki itu, tetapi dia tidak mahu Hasif melamarnya hanya keran mahu menunjuk kepada Athirah.

“Aku tak berlakon. Aku serius. Kau nak bertunang tak? Aku rasa aku dah mula sukakan kau.” Hasif berkata tenang. Tangan Camelia di capai dan di kucup. Reaksi spontan yang di lakukan.

“Aku tak nak kau buat keputusan terburu. Kau yakin ke kau sukakan aku? Atau kau nak bagi Athirah sakit hati saja?” Senyuman ikhlas di berikan kepada Hasif. Dia gembira mendengar yang lelaki itu sukakannya. Tetapi dia benar-benar takut apa yang di katakan hanya kata-kata dari lelaki yang sedang patah hati dan ingin merawat diri dengan cara ‘hinggap’ pada gadis lain. Dia tidak mahu menjadi boneka lelaki itu.

Walaupun bertahun mengejar Hasif dia tidak rela membiarkan diri di permainkan. Sekali bertunang dia harap akan membawa hingga jinjang pelamin.

“Aku serius. Kau fikir dulu. Aku tunggu jawapan kau.”

…………………………………………………………….

Camelia tersenyum memandang Hasif yang melangkah turun dari tangga. Entah mengapa hatinya terasa berdebar-debar. Debaran yang lain dari biasa. Bahkan dia terasa yang Hasif hari ini bertambah kacak. Mungkin kerana dia terbawa dengan mood gembira sejak dari kemarin. Lamaran Hasif sentiasa bermain di fikiran membuatkan tidurnya tidaklah senyenyak mana. Bakul berisi muffin dan beberapa biji karipap yang di tempah Puan Sri Azah di letakkan di meja. Dia sudah ada jawapan untuk lelaki itu

Dengan langkah teruja dia menuju ke arah Hasif. Tangan lelaki itu dipaut erat.

“Eh apa ni.” Amjad terpinga. Wajahnya kaku merenung gadis yang sedang tersenyum gembira di sisinya. Dia kenal ke?

“Hasif aku ada buat karipap untuk kau. Jom makan.” Tangan ‘Hasif’ diseret mengikut jejak langkahnya. Tetapi satu incipun tubuh itu tidak tergerak. Dia merenung Hasif. Bila pandangan mata mereka bersambung dia kelu. Debarang tadi semakin kuat menghentak. Pantas pautan tangan di lepaskan. Tangannya di bawa ke dada untuk menghilangkan debar. Oiii..cik jantung yang kau ober sangat ni kenapa?

“Hasif, bila mata kau jadi coklat?” Dia bertanya pelik. Terkedip-kedip matanya merenung lelaki itu. Wangian dari Hugo Boss menyapa hidungnya. Tubuh lelaki itu di hidu-hidu. Terpejam celik matanya menikmati aroma perfume yang sangat di sukai baunya itu.

“Kau tukar minyak wangi ke?” Dia bertanya lagi. Hairan bila ‘Hasif’ hanya kaku memandangnya tanpa reaksi.

“Sejak bila kau Colour rambut? Dah macam air paip bekarat je pun aku tengok.” Camelia betul-betul hairan. Ajaib…dalam masa sehari Hasif berubah empat ratus peratus. Apa sudah gila meroyan ke sejak terjumpa Athirah?

“Banyak betul soalan. Kau nak aku jawab yang mana satu dulu?” Amjad bertanya. Dia hampir ketawa melihat reaksi gadis itu. Terhidu-hidu tubuhnya bagaikan anjing pengesan lagaknya.

“Lah suara kau pun apasal bertukar ni?” Sedikit kagum Camelia bertanya. Nak kena tuntut ilmu ni. Terasa sedap pulak suara Hasif hari ini. Sedikit serak-serak basah.

Amjad ketawa kecil. Yes!!! Ada peluang nak pekenakan orang ni. Wajah Camelia di renung. Comel jugak awek si Hasif ni. Dia pantas membuat rumusan yang Camelia merupakan kekasih Hasif apabila wanita itu nampak terkinja-kinja tadi.

“Kenapa kau tak suka ke?” Amjad bertanya. Kemudian sedikit terlopong dia bila Camelia mengeleng. Apa tak cukup kacak ke dia berbanding Hasif?

“Suka, kau nampak kacak. Tapi apasal nak ubah segala? Dulu pun kacak jugak.” Camelia berkata kehairanan.

“Dulu tak cukup kacak. Sekarang ni aku nak kacakkan diri aku. Untuk kau jugak kan?” Amjad berkata lembut. Tawa yang di simpan bila-bila masa sahaja akan terhembur.

Camelia membeliakkan mata. Untuk aku? Wah sedikit hairan ni. Sejak bila? Tetapi kemudian hatinya berbunga gembira. Yes, dia tak bertepuk sebelah tangan. Jadi memang betullah Hasif sukakan dia?

“Dah kau jangan merepek.”Hasif yang sejak tadi memandang aksi Amjad dan Camelia menyergah. Memandai sahaja kembarnya itu mengklifikasikan Camelia sebagai kekasihnya. Apa sudah butakah abang kembarnya itu? Dia bagaikan terlupa dengan lamaran yang di buatnya kepada Camelia.

Kali ini Mulut Camelia ternganga luas. Sebelum perlahan Amjad menekan dagu itu untuk menutup mulut yang luas terbuka.

“makkkkkkkkkkkkkkkkkkk….hantuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu” Amjad menutup telinga. Aduh boleh pecah gegendang macam ni. Seketika dia dan Hasif terkaku bila tubuh Camelia melolot jatuh.

…………

“Auntie…auntie…Camelia nampak hantu Hasif tadi.” Camelia memegang tangan Puan Sri Azah erat. Terasa tubuhnya mengeletar. Terbayang ‘Hasif’ versi mat salleh tadi. Gila seram.

Puan Sri Azah ketawa kuat. Aduh ada-ada saja gadis ni. Dia mengeleng-gelengkan kepala. Mesti ada yang dilakukan oleh Amjad. Tahu benar kenakalan anak sulungnya itu. Harif Amjad merupakan abang kembar Hasif Amsyar. Mereka seiras cuma yang membezakan anak kembar kesayangannya itu adalah warna mata dan rambut Amjad yang mengikut suaminya. Coklat keperangan.

Amjad yang berada di sebelah kiri katil tersenyum. Mesti budak ni tak perasan aku kat sebelah dia. Ada ke punca, aku yang macam ni kacak di katakana hantu.

“Hantu tu ada handsome macam ni?” Amjad berkata perlahan. Lebih kepada berbisik di telinga Camelia. Dia belum puas mengusik.

Camelia pantas berpaling. Terasa mengigil seluruh tubuh. Dia ingin kalihkan pandangan. Tetapi matanya keras terpaku pada wajah itu. Sengihan itu nampak meyeramkan. Dia ingin pengsan agar tidak nampak hantu itu lagi. Tetapi tubuhnya bagaikan kaku. Tidak mahu bekerjasama dengan tuan.

“Han…hann..”tidak tekeluar suaranya ingin memberitahu Puan Sri Azah. Matanya terasa berair ingin menangis.

“Tak habis lagi Amjad?” Puan Sri Azah sedikit marah. Melampaula tu.sikit-sikit sudah.

Amjad? Hantu pun ada nama ke? Camelia kehairanan. Hilang sebentar takut yang mengila tadi. Terkebil-kebil matanya merenung ‘hantu’ yang tergaru-garu kepala itu.

“Orang melawak je la mama” Amjad berkata sambil tersengih. Seratus tahun pun dia takkan lupa reaksi comel gadis di hadapan matanya sekarang.

“Mama?” terkeluar ayat itu dari bibir Camelia.

“Ni Harif Amjad. Abang kembar Hasif. Camelia tak pernah jumpa. Dulu dia duduk dengan Mak ayah auntie dekat Johor. Dah besar belajar kat London.” Puan Sri Azah mengusap lembut belakang tubuh Camelia. Cuba menyalur kembali semangat gadis itu yang hilang. Bunyi talifon menyebabkan Puan Sri Azah meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu.

Camelia terasa mahu menangis. Malunya. Mana dia nak letak muka? Huwarghhh… matanya di larikan ke arah lain. Tak sudi memandang Amjad.

“Dia dah keluar. Ada hal.” Amjad salah faham bila memandang Camelia yang asyik tertoleh-toleh. Pada perkiraannya Camelia mencari Hasif.

………………………………………..

Hasif memegang tangan Athirah erat. Wajah yang terbaring kaku itu di renung. Selama ini di sangkakan Athirah bahagia di sisi Nazrul. Rupanya Athirah menjadi mangsa deraan fizikal dan mental. Kemarin dia mendapat pangilan dari gadis itu yang menangis meminta bantuan.

Bila terasa ada pergerakkan dari Athirah Hasif mengucap syukur.

“Awak dah sedar?” kejap saya panggil doktor.”

Hasif melangkah masuk selepas doktor dan beberapa jururawat keluar. Athirah tersandar lemah di kepala katil direnung penuh kasihan. Kesan lebam jelas di seluruh wajah.

“macam mana? Dah ok?” Hasif bertanya lembut. Dia tersenyum bila Athirah menganguk lemah.

“Terima kasih Hasif. Kalau awak tak ada entah apa nasib saya.” Athirah menangis. Kandungannya yang keguguran memberi sedikit kesedihan.

“Tak nak report polis?” Hasif bertanya? Semasa sampai di rumah Athirah dia terperanjat. Gadis itu hampir lunyai di belasah Nazrul. Malahan Nazrul meninggalkan Athirah seorang diri tanpa memberi bantuan.

“Tak..Tak usah. Saya tak nak panjangkan kes. Lagipun dia dah ceraikan saya.” Athirah kembali teresak. Geram apabila dia diceraikan selepas di belasah. Bagaikan dia tiada harga diri.

“Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Bukan awak bahagia ke dengan dia?” Hasif bertanya bila terbayang gelak tawa Athirah dan Nazrul beberapa hari sudah.

“Saya tak pernah bahagia. Hari tu Nazrul suruh saya pura-pura gembira sebab nak sakitkan hati awak.” Athirah mengesat air mata yang mengalir. Setelah segala-galanya dia serahkan kepada Nazrul dia tidak menyaka pengakhiran hubungan mereka begitu teruk.

“Kenapa fikiran dia dangkal sangat? Tapi yang saya tak faham kenapa dia nak ceraikan awak?” Hasif sedikit hairan. Mustahil lelaki itu melepaskan Athirah sebegitu mudah jika niat lelaki itu ingin mengundang cemburu dia.

“erkk…” Athirah kaku. Sedikit tidak selesa menceritakan kisah rumah tangganya.

“Tak apa saya faham kalau awak susah nak cerita. Ni rahsia rumah tangga awak.” Hasif tersenyum. Bila sahaja Athirah membalas senyumannya dia terkaku. Di pejamkan mata. Nampaknya Athirah tak pernah hilang dari hati dia.

…………………………………………

Camelia melangkah riang. Hari ini setelah hampir sebulan lamaran Hasif dibiarkan tergantung dia mahu bertemu lelaki itu untuk memberikan jawapan. Beberapa minggu ini Hasif sentiasa sibuk. Bila dia datang pada waktu rehat tak pernah lelaki itu lekat di dalam office. Datang rumah pada waktu malam pun tak pernah Hasif berada di rumah. Sibuknya mengalahkan perdana menteri.

Sudahnya dia terpaksa melayan perangai Amjad yang tak serupa orang. Tak sudah-sudah menyakitkan hati sampaikan terasa fobia ingin mencari lelaki itu di rumah. Takut terserempak dengan si kembar hantu itu. Hari ini awal-awal pagi dia sudah tercongak di depan pejabat lelaki itu.

Lif di tekan. Terbuka sahaja pintu pantas dia meloloskan tubuh genitnya. Tetapi belum pun sempat pintu itu rapat ada tangan yang menghalang. Matanya terjegil memandang susuk tubuh yang melangkah masuk. ‘Anak hantu.’

“Hai Lia. Nak jumpa abang ke?” Amjad mula mengusik. Dia suka apabila wajah itu kemerahan di permainkan oleh dia.

“Lia,,,lia,,lia,, berapa kali orang cakap, C.A.M.E.L.I.A. abang konon. Aku panggg kang..” Camelia merengus kasar. Benci dia pangil Lia. Ayu sunguh nama tu. Langsung tak sinonim dengan dia. Kalau abah kesayangan dia dengar ni mahu gelak tergolek-golek. Abah tu bila datang mood tiga sukunya boleh tahan mereng jugak tu.

“Berapa ekor tebuan jadi sarapan harini?” Amjad memerli sinis. Senyuman masih tersunging di wajah kacaknya.

“Malas aku nak layan kau.” Camelia mengatur langkah laju bila sahaja pintu lif terbuka. Makin di layan makin gila jadinya. Cukup setahun boleh check in jadi warga tanjung rambutan melayan karenah Amjad. Dasar otak biul.

“Sekarang memanglah kau malas. Lepas ni aku takut kau terlebih rajin je nak melayan aku.” Amjad berkata kuat. Beberapa pekerja yang menoleh kearahnya di buat tidak tahu.

“Gila” Semakin laju Camelia melarikan diri.

……………………………………

“Hasif” Camelia menegur lembut lelaki itu yang tekun melakukan kerja. Dia nampak reaksi terperanjat di wajah itu. Mungkin tidak menyangka dia akan datang seawal ini di office.

“Kau buat apa kat sini?” Hasif memandang tajam wajah Camelia. Dia tidak suka gadis itu mencarinya sampai ke pejabat.

“Cari kaulah. Datang time rehat bukan kau ada.” Tanpa menunggu kebenaran dia melabuhkan badan di hadapan Hasif. Wajah itu di renung penuh rindu.

“Aku sibuk sikit sekarang.” Hasif gelisah. Jam di tangan di lihat sekilas. Sekejap lagi Athirah ingin datang ke syarikat. Dia risau wanita itu melihat Camelia di dalam bilik dia. Sekarang dia dan Athirah kembali bersama. Sukar untuk dia menolak wanita itu dari hidup apatah lagi dahulu mereka berpisah kerana takdir tak memihak kepada mereka.

“Aku datang ni nak bincang pasal lamaran kau.” Camelia tersenyum gembira. Langsung dia tidak perasan riak wajah lelaki itu yang berubah tegang.

“Lamaran? Lamaran apa?” Hasif terpinga. Apa yang Camelia repekkan sekarang?

Wajah Camelia sedikit berubah. Lelaki itu ingin mengujikah? Dia tersenyum kemudian bila yakin lelaki itu sekadar bergurau.

“Buat-buat lupa pulak. Pasal lamaran kau hari tu. Aku terima. Abah aku pun dah tanya bila kau nak masuk meminang.” Seketika Camelia kaku bila riak wajah lelaki itu berubah tegang. Dia bukalah terlalu bodoh untuk menilai. Rasanya dia sudah silap percaturan.

“Aku…aku rasa kita dah salah faham. Hari tu aku tertekan sangat. Tak sangka kau ambil serius benda yang aku repekkan tu.” Hasif meraup wajahnya perlahan. Bala betul. Wajah Camelia yang sudah berubah riak di pandang dengan rasa serba salah. Memang salah dia memberi harapan, tetapi dia langsung tidak menyangka di saat dia bersedia memberikan cinta kepada Camelia, Athirah muncul kembali dalam hidup dia.

“Merepek kau kata? Kenapa kau buat macam ni Hasif? Kalau kau tak suka jangan kau bagi harapan kat aku.” Sebak suara Camelia. Sampai hati Hasif. Terasa maruah dirinya berada di bawah tapak kaki lelaki itu. Di pijak-pijak bagaikan dia tiada harga diri. Kalau tahu sumpah dia tidak akan menjejakkan kaki ke pejabat Hasif hari ini.

“Camelia please forgive me..” Hasif bangun menuju ke arah Camelia. Rasa serba salah mencengkam perasaannya. Dia terasa serba salah apabila melihat mata itu mula sarat dengan air mata yang bila-bila masa sahaja akan gugur. Tangan Camelia di pegang.

“Hasif” Hasif tersentak apabila namanya di laung kuat. Dia menoleh ke arah pintu. Tergamam apabila wajah Athirah menyinga menyapa pandangan matanya. Pantas dia melepaskan pegangan Camelia.

“Awak cakap awak tak ada apa-apa dengan dia. Tapi awak pegang tangan dia.” Athirah berkata sebak. Bukan dia tidak nampak Hasif melutut di hadapan Camelia dan memegang tangan wanita itu erat. Hatinya rasa terguris.

“Kau buat apa kat sini?” Camelia bertanya garang. Meluat memandang wajah hipokrit Athirah. Dia benci.

“Aku yang patut tanya kau buat apa dalam bilik bakal suami aku?”

“Bakal suami?” Camelia bertanya sinis. Nampaknya dia sudah tahu sebab apa Hasif berubah laku. Sampai hati Hasif. Tidak cukup lagikah pengorbanan dia selama ini? Sangup berada di sisi lelaki itu saat susah dan senang?

“Kau nak ambil betina jalang ni ke buat isteri?” Camelia merenung wajah Hasif tajam. Air mata yang ingin mengalir bagaikan tersedut sendiri. Seketika dia tergamam bila pipinya terasa perit. Hampir terlentang dia dek tamparan jantan Hasif.

“Kau jangan sesekali nak cakap macam tu. Siapa yang jalang? Kau tu yang patut sedar diri. Selama ni aku tak pernah sukakan kau dan aku takkan suka.” Hasif menjerkah lantang. Panas telinganya mendengar Camelia menjalangkan Athirah. Hilang rasa serba salah yang melanda sebentar tadi di gantikan dengan rasa amarah yang membara.

Tangisan Athirah yang mendayu menyapa telinga menaikan lagi suhu kemarahannya. Dia tidak suka wanita itu di sakiti.

“Sampai hati kau tampar aku. Dia ni memang wanita jalang. Kau pasti menyesal nanti Hasif.” Camelia menjerit kuat. Sampai hati Hasif. Sunguh dia takkan lupakan tamparan lelaki itu sampai bila- bila. Bila Hasif mengangkat tangan ingin menamparnya lagi dia hanya memejamkan mata. Lama…tetapi tiada tamparan menyapa wajahnya.

“Aku paling benci lelaki pukul perempuan. Jangan rendahkan maruah kau bro.” Amjad berkata tegas. Tangan Hasif yang hampir menyentuh wajah Camelia di gengam erat. Dari tadi dia hanya menjadi pemerhati sandiwara yang di mainkan oleh adik kembarnya.

“Kau jangan sibuk hal aku. Perempuan ni memang patut makan penampar.” Tangannya yang di pegang Amjad di rentap kasar.

“Dahlah Hasif. Awak tak patut kotorkan tangan awak kat orang macam ni. Dari dulu lagi tak habis-habis nak musnahkan hubungan kita.” Athiran menarik tangan Hasif. Di seret lelaki itu keluar. Terasa sesak nafasnya kalau terus berada di saat genting seperti itu. Seram juga dia kalau Camelia tetiba bercakap sesuatu yang kurang enak dan menjadi rahsia selama ini. Camelia memang sukar hendak di duga apa yang akan di buat.

………………………………….

“Nah. Minum ni.” Amjad bersuara lembut. Wajah Camelia yang tidak beriak sedikit mengusarkan. Dia lebih rela mendengar tangisan itu. Sekurang-kurangnya dia tahu emosi Camelia. Tetapi sekarang langsung dia tidak dapat menembak apa yang di rasakan gadis itu.

“Ingat aku budak-budak ke?” Camelia bertanya garang. Susu yang di hulurkan Amjad tidak di sambut. Perasaan geramnya pada Hasif masih bersarang.

“Apa kena jadi budak-budak ke baru boleh minum susu?” Amjad menyoal. Dah kira besar rahmat dia mahu membancuh air.

“Tak nak menangis ke?” Amjad bertanya lagi. Kalau dia di tempat Camelia rasanya satu bangunan sudah mendengar raungannya. Mahu banjir bangunan dek air mata yang melimpah. Ok…agak over. Mungkin sebaldi air mata? Lebih sesuai.

“Kau nak tengok aku menangis ke?” Camelia bengang. Sudahlah dia tengah panas. Amjad pulak bagaikan menambah arang bagi memarakkan api. Memang jahanam pesakit kalau lelaki itu menjadi pakar kaunseling.

“Nak jugakla. Boleh aku tengok tahap ke huduhan kau.” Amjad ketawa bila Camelia menjegikan mata yang penuh dengan segala warna. Persis burung merak.

“Kau pernah makan penumbuk tak?” Gengaman tangan yang tak sebesar mana di tunjukkan kepada Amjad. Tawa lelaki itu membuatkan dia bertambah sakit. Sakit hati, sakit jiwa.

“Tak. Kalau kau nak bagi aku suka je. Cicah sos dulu.”

“Malas aku nak layan kau. Pinjam toilet jap.” Tanpa menungu kebenaran Amjad dia pantas masuk ke dalam bilik air di dalam bilik pejabat lelaki itu. Tadi tubuhnya hanya kaku mengikut langkah Amjad yang menariknya keluar dari bilik Hasif. Terasa semua yang baru terjadi bagaikan mimpi. Terasa perit pipinya dek tamparan jantan Hasif.

Pili air di buka. Air di biarkan mengalir deras. Air mata yang di pertahankan sejak tadi mengalir menuruni lekuk pipinya. Tadi puas di tahan demi sekeping ego yang masih bersisa. Kalau lelaki itu bukan Amjad rasanya dia sudah meraung tadi.

Wajah Hasif terbayang di matanya. Kenapa lelaki itu sangup memberikan harapan palsu? Dengan hanya ucapan maaf dia mengatakan semua hanya satu kesilapan. Terasa dirinya langsung tiada nilai. Rasa malu sudah tidak dapat di gambarkan. Dia yakin Amjad mendengar segalanya. Dari kata-kata lelaki itu semasa menarik tangannya masuk ke dalam bilik, dia tahu dari awal lagi lelaki itu mendengar perbualannya dengan Hasif.

Kenapa Hasif buta hati? Bertapa dia benci memandang wajah berpura Athirah. Dia kenal wanita itu sudah lama. Bahkan kenal dengan baik. Wanita itu merupakan bekas anak tiri abahnya. Tiada siapa di kalangan rakannya yang tahu rahsia itu. Baru beberapa tahun abah dia berpisah dengan ibu Athirah kerana wanita itu curang di belakang abahnya. Mengenali Athirah, dia tahu wanita itu sangup lakukan apa saja demi harta. Di sebalik raut wajah yang lembut tersembunyi seribu perangai yang amat menjengkilkan.

Mujurlah dahulu selepas perkahwinan abahnya, dia tinggal di rumah lain. Hanya sesekali mereka berjumpa.Tidak dapat dibayangkan rumah yang selama ini penuh dengan memori manis semasa bersama arwah umi di kotori dengan sikap ibu dan kakak tiri yang sangat menjengkilkan. Rahsia itu tiada siapa yang tahu. Hasif sendiri tak pernah tahu yang Athirah merupakan bekas kakak tirinya. Dan sampai kemati dia tidak rela membiarkan orang tahu wanita hina itu pernah menjadi kakak tirinya.

“Arghhhhhhhhhh” dia menjerit kuat. Tangisannya terhembur. Dia benci apabila apa sahaja yang di sayanginya pasti di rampas Athirah. Dia sudah tidak sangup hidup di bawah bayang-bayang wanita itu.

“Lia buka pintu ni. Kau ok tak?” Suara Amjad di luar tidak di hiraukan. Tangisannya yang sudah lama di simpan dilepaskan. Air mata dibiarkan mengalir tanpa berniat ingin menyekat. Dia akan pastikan ini kali terakhir dia menangis kerana Hasif dan Athirah. Selepas ini takkan ada lagi mereka berdua dalam kehidupannya.

Amjad benar-benar risau. Sudah hampir 30 minit Camelia berada di dalam bilik air. Dia takut gadis itu lakukan sesuatu kerana terlalu kecewa. Pintu di ketuk kuat. Lama menunggu langsung tiada reaksi yang pintu itu akan di buka dari dalam. Dengan kudrat yang ada dia menendang kuat pintu tandas.

Terbuka sahaja, pantas di meluru masuk. Camelia yang menekupkan muka di lutut di penjuru toilet di pandang. Nampak bahu gadis itu terhingut tanda menangis.

“Buat apa nak bazirkan air mata kau untuk Hasif? Tak rasa rugi ke?” Amjad bertanya tenang. Dia duduk bersila di hadapan Camelia. Mujurlah tandas itu jarang di gunakan. Lantainya juga sentiasa bersih.

“Tadi kau jugak yang suruh aku menangiskan?” serak suara Camelia menjamah pendengaran Amjad. Dia tersenyum. Sempat lagi tu..

“Memanglah. Tapi sekarang aku dah tukar fikiran. Kau tak patut menangis. Air mata kau tu simpan untuk aku je.” Amjad cuba melawak.

“Kau dah lama hidupkan?” Camelia mengangkat wajah. Kalau orang lain pasti akan memujuk. Tetapi lelaki di hadapannya hanya membuatkan dia terasa mahu membunuh orang. Perasaan yang bangkit mendadak hanya untuk Amjad.

Amjad terundur sedikit. Mak aiii…wajah Camelia yang penuh dengan colerang bahana celak dan mascara yang mencair di renung. Dah macam mak lampir. Bulu mata palsu yang membuatkan mata itu seperti tidak larat di angkat juga hampir tertanggal.

“Kau pergi basuh muka dulu. Tak selera aku nak tengok.” Amjad bingkas bangun. Laju dia melangkah keluar. Jantungnya yang sudah bertukar rentak berusaha di tenangkan. Rasanya dia sudah gila. Dengan wajah ‘belemoih’ seperti itu mustahil dia tertarik. Kau memang dah gila Amjad.Terasa ingin di ketuk-ketuk kepalanya sendiri.

Camelia melangkah ke cermin. “makkkkkkkkkkkkkkk” dia terjerit memandang wajah sendiri. Pantas air yang sedari tadi mengalir di tahan dengan tangan pantas di tonyoh ke wajahnya. Sabun basuh tangan di tekan. Kemudian di lumurkan ke wajah. Dia tidak peduli. Lagi pulak wajahnya memang bukan jenis bermasalah. Pakai jelah apa pun. Macam tulah jugak. Tak pernah berubah.

Selesai mencuci wajah dia memandang wajah yang bebas dari segala macam contengan. Hidungnya nampak kemerahan tanda menangis. Mata yang selama ini sepet bertambah kesepetkannya.

“Amjad aku nak balik. Thank you bagi aku pinjam bilik air kau. Nanti bil air yang sejam aku buka tu kau bayar lah ekk. Halalkan untuk aku.” Camelia berkata selamba. Bajunya yang menyendat di tubuh genitnya sedikit di perbetulkan.

Amjad yang tekun membuat kerja mengangkat kepala. Mulutnya ternganga. Wajah Camelia tanpa secalit makeup di renung. Cantiknya.. dengan mata yang sepet hidung yang comel serta mulut yang kecil, Camelia nampak cukup menarik. Kenapa sembunyikan kecantikan di sebalik tempekkan kosmetik yang pelbagai warna itu? Tak faham betul dengan wanita ni.

Pantas dia bangun bila Camelia ingin berlalu. “jom aku hantar kau balik”

“Tak usah. Aku datang sendiri pandailah aku balik. Kau jangan risau aku tak bodoh lagi nak bunuh diri pasal adik bengap kau tu.” Sedikit kasar suara Camelia.

“Aku tahu. Tapi aku nak hantar jugak. Lagipun kau datang naik teksi tadikan?” Amjad pura-pura bertanya. Sedangkan dia memang nampak Camelia datang menaiki kereta berbayar itu.

“Sibuk jelah kau. Kalau kau nak ikut aku boleh. Tapi ada syarat.” Camelia tersengih nakal. Wajah Amjad yang berkerut memandangnya tidak di pedulikan.

………………………………………………….

“Arghhhhhhhhhh….stoppppp…stoooooop…breakkkkkkkkkk” Amjad terjerit. Kalau tahu macam ni cara Camelia memandu mati hidup balik pun dia takkan serahkan kunci tadi. Tubuh dia sudah seperti di lambung ombak. Sekejap ke kiri sekejap kekanan.

“Wuhuuuu…relaks la bro..” semakin kuat minyak di tekan. Semakin laju pula kereta meluncur. Di potong kenderaan sesuka hati. Hati dia benar-benar terasa puas. Agak lama dia tidak memandu selepas terlibat dalam kemalangan kecil beberapa bulan dahulu. Bukan trauma tetapi abahnya yang tak benarkan.

“Relaks hotak kau. Berhenti aku cakap. Kalau nak mati kau mati sorang-sorang. Aku ni baru nak bertaubat. Amal pun tak cukup lagi.” Amjad menjerkah. Jantungnya terasa kuat di palu. Bohonglah kalau dia katakana dia tak takut. Selama dia memiliki kereta berkuasa tinggi belum pernah dia menekan sampai habis meter. Memang gila. Kalau Michael Schumacher tengok mahu menangis ni. Entah hati apa yang jadi milik Camelia. Tak tahu takut langsung. Tapi hantu takut. Ngeee…

Camelia memperlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan. Masam wajahnya memandang Amjad. Penakut.

“Kau ni tak boleh tengok aku senang langsung.” Camelia sedikit marah.

“Banyaklah kau punya senang. Dah turun sekarang. Biar aku bawa pulak.” Amjad meloloskan diri dari kereta. Laju dia bergerak. Pintu kereta di buka kasar bila Camelia tiada tanda ingin keluar. Tetapi dia menggeleng kepala kemudian bila Camelia sudah tersengih di seat sebelah. Mentang-mentang badan kecil.

“Kita nak pergi mana ni? Aku bukan tahu sangat jalan kat KL.” Amjad bertanya tenang setelah lama dia membawa kereta tanpa tujuan.

“Kita singgah Ice-Ice Delicious kejap. Aku belanja kau makan kat kedai aku.”

“Lah kau ada kedai ke? Kedai makan?” Amjad bertanya. Ingatkan Camelia hanya tahu berpelesaran tanpa tujuan dan menghabiskan duit Datuk Hashim sahaja.

“Apa kau ingat aku ni cokea sangat ke?” Camelia marah apabila dia terperasan riak wajah Amjad yang seperti memandang rendah keupayaan dia.

“Taklah. Bukan tu maksud aku.” Amjad menafikan walaupun itulah sebenarnya di dalam fikiran dia tadi.

“Dah berhenti kat depan tu. Kedai yang warna pink hijau tu.”

………………………………..

“Kau larat habis ke tu?” Amjad bertanya dengan nada kagum. Mangkuk sebesar alam penuh berisi ice-cream pelbagai jenis yang ‘dirojakkan’ sebekas di renung. Sedikit sebu dia memandang. Matanya meliar memandang sekeliling. Banyak mata yang merenung ke arah mereka. Dia buat tidak tahu. Mungkin pelangan kedai juga pelik dengan kelaku Camelia.

Sebenarnya kedai Camelia lebih kepada Café. Dia tidak menyangka pada waktu tengah hari tetap ramai orang datang untuk manikmati pelbagai jenis kek dan pastrie yang di sedikan di Ice-Ice Delicious. ingatkan orang Malaysia makan nasi sahaja waktu-waktu macam ni. Memang up-great betul warga Kuala Lumpur.

“Fatin bak sudu aku. Lupa nak ambil lah.” Camelia mengarahkan seorang pekerjanya yang kebetulan lalu di tepi mereka. Gila santai dia bercakap dengan pekerja. Kasar tapi cool.

Amjad hampir terjojol biji mata bila sudu yang di minta sampai. Itu bukan sudu. Tetapi senduk dari besi. Dia bagaikan mahu pitam bila Camelia mula mencedok ice-cream mengunakan ‘sudu’ gergasi itu. Terdengar soh…sehh… di sekelilingnya. Amjad pantas menundukkan wajah. Terasa saat itu dia mahu berlari. Malu dengan sikap lepas laku Camelia.

Kenapa dia jatuh hati kepada gadis yang tak serupa orang? Ya sejak dari pandangan pertama lagi dia tahu dia sudah jatuh cinta kepada Camelia. Bila memikirkan Camelia merupakan kekasih Hasif dia terpaksa melupakan perasaan yang bersarang di dalam fikiran.

“Sed….ngappp ni. Qauuu.. takk… ngakkk…..?” dengan ice-cream penuh di mulut Camelia bertanya kepada Amjad. Ice-cream merupakan salah satu yang paling di sukainya saat dia dalam kesedihan.

“Erkk.. aku dah kenyang. Kau makanlah.” Amjad bersandar ke kerusi. Dia memandang Camelia yang kusyuk menyuap ice cream ke dalam mulut. Wajah itu usah di kira. Sudah comot benar. Amjad pura-pura menekan massage padahal dia ingin menangkap gambar Camelia. Makin di lihat makin comel pulak nampaknya.

Pelbagai aksi Camelia dapat di rakam. Sehinggalah dia terperasan sesuatu. Camelia menangis. Keluhan di lepaskan.

“Sedih lagi?” Amjad bertanya. ‘Sudu’ di tangan Camelia di sambar apabila gadis itu pura-pura tidak mendengar pertanyaannya dan beria-ia menyumbat ice cream di dalam mulut.

“Tak.”

“Baguslah. Kau nak tahu. Aku suka kau macam ni. Nampak cantik. Lepas ni tak payah mekeup macam burung merak. Kalau cantik tak apa, ini dah macam kena sawan je aku tengok. Lagipun aku suka kalau perempuan tak solek.” Amjad tersengih tidak berperasaan bila terasa ada ice-cream yang bertempek di wajahnya. Apa punya perempuan laa….

……………………………………………………..

Hasif tersenyum segan. Sudah hampir enam bulan hubungannya dengan Athirah kembali terjalin. Hari ini buat pertama kali dia bertemu dengan ayah dan ibu tiri Athirah.

“Dah lama kenal Athirah?” Encik Azmi tersenyum memandang Hasif. Pertama kali berjumpa dia sudah tertarik dengan peribadi anak muda itu. Nampak bersopan.

“Lama jugak pakcik. Sejak dari universiti lagi.” Dia gembira bila kedatangan dia di terima baik. Kehairanan mula melanda bila Athirah mengatakan ayahnya seorang yang tegas. Tetapi lelaki di hadapannya sekarang nampak begitu baik dan merendah diri.

“Dah lama lah ni. Pak cik ingatkan baru kenal. Tak pernah pulak Athirah cerita pasal kamu dulu.” Encik Azmi terbatuk kecil. Minuman yang di hidangkan Athirah tadi di minum. Bunyi kelentung kelentang kuat kedengaran di dapur bila Athirah dan isterinya menyiapkan hidangan tengah hari mereka.

“Lama pak cik. Tapi baru sekarang berkesempatan nak jumpa.” Hasif berkata sopan. Matanya meliar memandang sekeliling. Agak cantik rumah ayah Athirah. Rumah Kayu tradisional dengan ukiran yang cantik di setiap sudut rumah.

“Pak cik ni bukan apa, tak nak Athirah jadi macam dulu. Kahwin dengan budak Nazrul tu tergesa-gesa sangat. Tak dak angin tak dak ribut tetiba suruh pakcik jadi wali.” Encik Azmi mengeluh. Teringat bertapa kecewanya hati bila Athirah mengambil keputusan untuk berkahwin tanpa mendapatkan restu dia terlebih dahulu.

Hasif terpana. Mustahil dia silap dengar. Bukankah Nazrul pilihan Encik Azmi?

“Pak cik bukan Nazrul tu pilihan pak cik ke?” Hasif bertanya. Dia melemparkan senyuman tawar kepada lelaki itu.

“Lah Athirah tak cerita kat kamu? Pak cik budak tu pun tak kenal. Jumpa masa akad nikah tu jelah sekali. Lepas tu mana pernah jumpa.” Dia mengeluh kesal dengan sikap Athiran dan Nazrul. Langsung tak memikirkan perasaan dia.

“Saya tak pernah tanya. Yelahkan ,tu masa lalu dia.” Dia pura-pura tersenyum. Jadi selama ni dia di perbodohkan Athirah? Sedaya upaya di kawal rasa marah. Pandai benar Athirah berbohong.

………………………………….

“Ayah awak cakap dia tak kenal Nazrul.” Hasif berkata sedikit keras. Kereta sudah berhenti di hadapan rumah Athirah. Sepanjang perjalanan dia mendiamkan diri. Wajah Athirah yang nampak terperanjat di renung.

“Ehhh..erkk..sajalah ayah saya tu. Dia dah tak suka dengan Nazrul. Tu yang dia kata tak kenal.” Athirah tergagap. Mati dia. Selama ini ayahnya memang tak kenal Nazrul. Perhatian, kekayaan dan daya tarikan lelaki itu menyebabkan dia berpaling. Tetapi dia silap percaturan. Baru sebulan berumah tangga dia di kejutkan dengan berita kekayaan lelaki itu bakal hilang kerana bapa mertuanya silap percaturan dalam pelaburan hartanah yang menyebabkan mereka kerugian yang banyak.

“Ke awak memang tinggalkan saya sebab nak bersama dia?” Hasif bertanya lagi. Suaranya bergetar hebat.

“Apa awak merepek ni? Saya Cuma sayangkan awak je.” Athirah cuba memegang tangan Hasif. Pantas lelaki itu melarikan tanggan dia.

“Saya nak balik. Esok kita bincang.”

“Tapi”

“Esok Athirah. Saya betul-betul penat.” Sedikit melengking suara dia.

Athirah pantas keluar dari kereta. Pintu di hempas kuat. Geram dengan perangai Hasif.

……………………………………

Camelia melangkah riang. Plastik berisi popia basah di pegang erat. Tak sabar ingin berjumpa buah hati tersayang. Harap-harap lelaki itu suka dengan rasa kuihnya.

“Camelia..”

Dia pantas berpaling. Senyuman lebar tersunging di bibir bila suara lelaki itu kedengaran jelas. Perlahan dia menoleh. Bekas plastik di angkat tinggi hendak menunjuk kuih kegemaran lelaki itu. Tetapi senyuman lebarnya mati perlahan-lahan.

“Awak sihat? Dah lama tak datang sini. Nak jumpa saya ke?” Hasif bertanya riang. Dia tersenyum memandang Camelia yang nampak menyerlah dengan kemeja berwarna merah berserta skirt labuh putih. kelihatan sopan dan ayu. Wajah itu direnung penuh minat. Nampak comel tanpa sebarang solekkan di wajah. Chinese look. Kenapa sebelum ni dia tak perasan? Tadi dia hampir tak kenal. Setelah lama di perhati dia yakin wanita itu ialah camelia.

“Eh..erkk…saya.” Camelia tergagap. Lama tidak berjumpa membuatkan dia kurang selesa apatah lagi kes beberapa bulan lepas masih terasa seperti semalam terjadi. Tamparan dan hinaan lelaki itu terasa tergiang di telinga. Tambah pelik bila lelaki itu bersaya awak. Tiba-tiba saja. Musykil sungguh.

Hasif nampak riak segan di wajah itu. Pantas tangan Camelia di seret menuju ke dalam officenya. Camelia yang terpana hanya melangkah mengikut jejak lelaki itu. Dia ingin meronta tetapi beberapa orang pekerja yang memandang membuatkan dia mendiamkan diri. Tetapi kemudian langkah kakinya terasa semakin memberat bila matanya menyapa wajah yang beriak marah merenungnya tajam.

“Duduklah.” Hasif mempelawa senang. Sejak tadi matanya tidak dapat dilarikan dari memandang wajah Camelia. Nampak lain.

“Bawak apa tu? Karipap untuk saya ke?” Hasif bertanya lembut. Terasa rindu dengan karipap yang di buat wanita itu.

“Ehh takkkk… ni Popia. Ada orang tempah. Saya nak hantar.” Camelia berkata perlahan. Plastik berisi kuih itu di pegang erat. Dia tak nak orang lain rasa popia basah buatan pertama dia. Hanya lelaki itu yang layak.

“Ohh..Hasif sedikit kecewa. Dari tadi dia tidak dapat mengelak dari merenung wajah yang banyak berubah itu. Jantungnya kuat bendegup.

…………………………..

Camelia menjengah kepala perlahan-lahan di sebalik pintu. Dia tersenyum memandang lelaki yang kusyuk membuat kerja. Langkah kakinya diatur perlahan-lahan. Dia ingin mengejutkan lelaki itu.

“Haahhh..”

“Arghhhhhh” Camelia terjerit. Terperanjat bila di sergah secara tiba-tiba. Dadanya di hurut perlahan. Niat ingin mengejutkan lelaki itu tetapi sebaliknya yang terjadi. Dia pulak terperanjat bila di sergah secara tiba-tiba.

“Abang ni.” Camelia merengus kecil. Geram memandang lelaki itu yang selamba ketawa. Tetapi dia tersenyum kemudian. Nampaknya mood lelaki itu masih baik setelah apa yang terjadi tadi.

“Tulah lain kali jangan ada niat jahat lagi.”

“Mana ada. Lia baru nak bagi salam abang yang sergah orang dulu.” Muncung panjang di tarik. Pura-pura merajuk.

“Yelah tu. Ni apahal datang? Nak jumpa abang ke nak jumpa bekas kekasih hati?” Amjad memerli sinis. Seketika panas hatinya terasa kembali mengelegak. Dia bengang bila lelaki itu selamba menarik tangan Camelia.

“Abang cemburu ke?” Camelia bertanya senang. Suka melihat lelaki itu merajuk. Kalu tidak asyik nak buat lawak bodoh saja kerjanya. Lawak yang kadang-kala membuatkan dia terasa mahu menyepak lelaki itu sehingga lenyap dari muka bumi. Haha.

“Takder maknanya nak cemburu. Tu pegang apa?” Amjad bertanya. Semenjak kes Camelia dengan Hasif hubungan mereka menjadi rapat. Baru bulan lepas dia melamar wanita itu menjadi kekasih hatinya. Bahkan pangilan untuk dirinya turut di ubah. Dia bukan apa, hanya hendak Camelia menerap rasa hormat kepadanya sedari awal sebelum mereka melangkah ke fasa lebih serius. Lagi pula dia lebih tua dua tahun dari Camelia.

“Favourite abang. Baru sudah buat. Nak tak?” Camelia berkata manja.

“Apa? Popia basah ke?” Amjad bertanya teruja. Tetapi kemudian dia kembali memasamkan wajah. Mesti dia di beri ‘sisa’ Hasif. Benci.

“La apasal pulak ni?” Camelia kehairanan.

“Kata nak abang jadi orang first rasa. Ni buka orang lain rasa dulu ke?” Amjad memerli.

Camelia tersenyum. Hai tak habis lagi cemburu sayang aku ni.

“Penat tau orang halang orang lain sentuh kuih ni. Kalau abang tak sudi tak pelah. Lia bagi kat orang lain je.” Camelia berpura seperti ingin bangun. Kemudian dia tersenyum senang bila plastik berisi popia di sambar oleh Amjad.

“Buruk siku nampak. Dah bagi kat orang lepas tu nak ambil balik.” Amjad menjegilkan mata.

“Ingatkan tak nak.”

“Gila tak nak?” Amjad ketawa perlahan.

……………………………………………

Dia merengus resah. Dari balkoni biliknya dia dapat melihat kelibat Hasif yang asyik bersembang dengan Camelia di sebalik pagar. Rasanya Camelia baru balik dari joging. Pakaian sukan masih melekat pada tubuh itu.Semakin hari dia rasakan Hasif bagaikan sengaja ingin menarik perhatian Camelia. Walaupun dia yakin dengan cinta gadis itu tetapi resah yang melanda sukar untuk di tolak. Hasif cinta pertama Camelia. Dia takut jika cinta Camelia kembali berputik untuk Hasif.

Bila dia melihat Camelia melangkah masuk ke dalam rumah. Nafas lega dilepaskan. Dia rasa tenang bila Camelia jauh dari pandangan mata Hasif. Seketika kemudian dia tersenyum. Pantas langkah kakinya di atur.

“Mama.. Amjad ada benda nak cakap.” Bahu mamanya di peluk erat. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya.

“Nak cakap apa? Ni mesti ada benda pentingkan sampai serbu mama kat dapur ni.” Puan Sri Azah tersenyum dengan gelagat Amjad. Pisau yang di gunakan untuk menghiris timun di letakkan. Matanya fokus kepada Amjad.

“Amjad nak mama.. erkkk..”

“Mama tolong pinangkan Camelia.” Pantas Amjad menoleh. Rasa mahu luruh jantungnya mendengar kata-kata yang terluah dari bibir Hasif.

“Hah” Puan Sri Azah ternganga. Hasif yang tiba-tiba muncul mengejutkannya apatah lagi mendengar kata-kata itu. Wajah ceria anaknya direnung. Matanya beralih ke arah Amjad yang nampak tenang sedangkan tadi dia perasan riaksi terperanjat yang terukir di wajah itu. Keluhan resah dilepaskan. Kenapa sekarang?

“Kenapa tiba-tiba ni?” Puan Sri Azah bersuara tidak puas hati. Walaupun pertanyaannya kepada Hasif tetapi matanya tidak lepas dari memandang Amjad. Merenung wajah itu saja dia tahu Amjad memendam kekecewaan. Bukan dia tak tahu, selama beberapa bulan ini hubungan Camelia dengan Amjad nampak cukup baik. Bahkan dengan telinga tuannya dia mendengar Amjad berabang dengan Camelia.

“Bukan tiba-tiba mama. Lagipun dulu Hasif pernah lamar Camelia. Dia pun dah setuju.” Hasif tersenyum senang. Yakin Camelia akan kembali kepadanya. Sejak pertemuan semula di pejabat dia sudah tidak senang duduk. Saban malam tidurnya di temani mimpi indah bersama Camelia.

“Tu dulu Hasifku sayang. Kalau dia dah ada orang lain macam mana?” Puan sri Azah bertanya sinis.

“Tak adalah mama. Lagipun dia sayangkan Hasif je selama ni.” Dia sedikit gelisah mendengar pertanyaan mamanya. Tetapi dia yakin Camelia belum ada peganti.

“Jangan yakin sangat. Lagipun bukan kamu dah berbaik dengan budak Athirah tu ke? Kamu jangan risau mama ni bukan pandang status.”

“Tak payah sebutlah nama dia . kitorang dah putus.” Mendengar nama itu dia merengus geram. Dia benci apabila di kaitkan dengan Athirah. Segalanya telah terbongkar. Di sebalik wajah lembut itu tersembunyi satu sikap yang menjengkilkan. Demi kepastian dia menebalkan muka bertemu Nazrul. Rupanya amukkan lelaki itu bersebab. Athirah ingin tinggalkan Nazrul hanya kerana lelaki itu mengalami masalah kewangan dalam perniagaan. Wanita itu tidak sangup bersusah bersama. Bahkan mereka juga sudah lama menjalinkan hubungan di belakangnya.

“Dah putus baru nampak Camelia? Jangan mainkan perasaan anak orang Hasif. Dulu pun kamu pernah putus dengan budak Athirah tu. Kamu rapat dengan Camelia. Dah kamu tabur harapan kat budak tu kamu tinggalkan macam tu je bila Athirah datang balik. Mama tak nak lepas ni bila Athirah merayu, kamu tinggalkan lagi Camelia.” Puan Sri Azah sedikit marah. Amjad yang mendiamkan diri sejak tadi di renung penuh kasih. Dia ibu dan dia tahu apa yang ingin di beritahu Amjad tadi. Cumanya Hasif lebih cekap dan pantas.

“Hasif yakinlah mama. Hasif nakkan Camelia. Dia ada semua ciri yang Hasif nak.” Hasif sedikit geram. Kenapa dengan mamanya? Dulu mama juga yang beria-ia sukakan Camelia.

“Tu tak ikhlas namanya. Dah dia berubah baru kau nak. Dulu kau jugak yang hina dia kan?” Amjad berkata sinis. Sakit hati dengan sikap pentingkan diri Hasif.

“Kau jangan sibuk boleh tak?” Hasif bengang. Dia tak kisah orang lain nasihatkan dia tetapi Amjad tidak boleh. Sejak kes dia dengan Camelia dia sudah tidak sebulu dengan Amjad. Di rumah mereka hanya sesekali bertegur. Itu pun sekadar mengelak kedinginan hubungan mereka dihidu oleh mama dan papa. Tak nak kedua orang tua itu risau.

“Aku malas nak cakap dengan orang bodoh sombong macam kau.” Amjad pantas berlalu. Dia sakit hati. Tetapi segeram mana pun dia kepada Hasif Amsyar, lelaki itu tetap adiknya. Mereka pernah berkongsi segalanya bersama sejak dari dalam perut lagi.

…………………………………………..

“Amjad yakin ke nak pergi ni? Semua boleh di perbetulkan lagi kalau Amjad nak. Larikan diri bukan selesaikan masalah. Tak kesian dekat Camelia? Mama tahu, Hasif kalau kita terangkan baik-baik tentu dia faham.” Puan Sri Azah mengusap rambut Amjad penuh kasih. Anak itu persis suaminya. Sentiasa mengalah tanpa mahu berjuang. Hanya sikap nakal dan mulut leser itu sahaja yang di warisi darinya. Ehhh…apasal aku kutuk diri sendiri ni? Puan Sri Azah mengaru sedikit kepalanya tanda kehairanan.

“Tak apa mama. Camelia mesti faham. Amjad bukan sengaja. Lagipun tentu Camelia mudah lupakan Amjad. Hasif tu cinta pertama dia mama.” Amjad terasa mahu menangis. Sudah hampir sebulan Camelia bertunang dengan Hasif. Dia tahu wanita itu tergamam bila diberitahu cincin di sarung rupanya bukan milik dia tetapi milik Hasif. Sejak pertunangan itu dia sedaya upaya melarikan diri dari Camelia. Beberapa kali wanita itu datang kepejabat tetapi mujurlah dia dapat mengelakkan diri. Kalau di rumah asal dengar sahaja suara Camelia tidak cukup tanah dia bersembunyi.

“Memang Hasif cinta pertama dia tapi anak mama jangan lupa sapa yang buatkan Camelia berubah jadi bersopan, punya sifat malu dalam diri, sudah tak bermekap tebal kerana nak buatkan hati anak bujang mama ni gembira.” Puan Sri Azah tersenyum bila mengenangkan perubahan Camelia. Mudah gadis itu berubah dengan dorongan Amjad dan Allah mempermudahkan perubahan itu.

Cuma kerana perubahan itu jugaklah anaknya yang seorang ini makan hati. Dari semut di jadikan gajah, dari keldai di jadikan kuda, dari di biarkan merayap di bina sangkar yang cantik, sekali sekala di biarkan bebas tidak menyangka ada yang lain turut mengintai untuk memasang jerat. Sudahnya penjerat itu anak lelakinya jugak. Nak cakap lebih-lebih kang lain jadinya.

“Dia berubah sebab diri dia mama. Bukan sebab Amjad.” Air mata terasa bertakung. Hanya Allah tahu perasaannya saat membenarkan kekasih hati di sambar adik sendiri. Bila Hasif tersenyum gembira dia pula menangis di dalam hati.

“Memang sebab diri dia, tetapi Amjad mendorong dan Allah mengizinkan perubahan tu.”

“Tak apa mama. Lagipun esok dah majlis akad nikah diorang. Amjad harap mama restu Amjad pergi ke Londan. Kalau ada masa nanti Amjad balik.” Dia sudah bertekat. Permohonan untuk membuat master sudah di luluskan. Walaupun pendaftaran lagi beberapa minggu tetapi dia sudah tidak betah berada di sini. Esok sebelum akad nikah Hasif dan Camelia dia akan berangkat.

“Tak nak tunggu selepas majlis?” Puan Sri Azah menduga. Bila melihat gelengan itu dia mengeluh berat.

…………………………………………..

Hasif menutup pintu bilik perlahan. Dia tersandar di pintu. Terasa air matanya bila-bila masa sahaja akan menitis. Wajah diraup berkali-kali.

“Ya Allah apa aku dah buat ni?” Hasif bertanya sendiri. Dia kaku mendengar perbualan mamanya dengan Amjad, dan dia nampak wajah kembarnya yang basah dengan air mata. Jadi selama ini itulah rupanya rahsia yang di sembunyikan dari dia. Bukan dia tidak syak melihat sikap mamanya dengan Amjad yang nampak pelik. Bahkan sehari sebelum pertunangannya berkali-kali mama seperti memeberi hint yang Camelia seperti sudah berpunya. Hanya dia yang tidak dapat menangkap kata-kata itu.

Teringat wajah sendu Camelia. Semanjak mereka bertunang Camelia bagai mengelakkan diri dari dia. Jika sesekali mereka keluar membeli barang hantaran Camelia bagaikan tidak teruja. Hanya dia yang beria-ia. Patutlah dia sudah lama tidak melihat senyuman di wajah itu. Disangkakan itu demam orang bertunang rupanya dia tersilap percaturan.

Dia sedikit kecewa bila mama dan Amjad langsung tidak membuka mulut. Dia bukannya kejam. Kalau dia tahu Amjad dengan Camelia menganyam bahagia, sumpah dia tidak akan menganggu hubungan itu. Patutlah dulu dia seperti mendengar Amjad membahasakan diri sebagai abang kepada Camelia dan pangilan lelaki itu juga tidak seperti orang lain. Lia…hanya Amjad memangil Camelia dengan pangilan itu.

Kenapa saat hati Camelia sudah beralih arah barulah dia jatuh cinta kepada gadis itu? Selama ini cinta yang di hulurkan Camelia di pandang sepi. Dia langsung tidak tertarik walaupun beribu kebaikkan Camelia tabur. Saat dia di tinggalkan Athirah, Camelia yang tidak pernah putus memberi semangat. Sudahnya hati itu terluka bila janji yang dia tabur terpaksa di mungkiri hanya kerana dia tersilap memburu kembali cinta palsu Athirah.

Hasif melangkah ke arah telifon bimbitnya yang terletak di atas meja. Di tekan-tekan beberapa butang.

“Camelia. Saya nak jumpa awak kejap. Bersiap. Jup lagi saya ambil depan rumah.” Tanpa menunggu balasan dari Camelia dia menyudahkan pangilan. Pakaian di tukar. Pantas dia meluru keluar. Beberapa sanak- saudara yang menegur tidak di pedulikan. Riuh rumahnya dengan adik beradik mama dan papa yang datang untuk memeriahkan majlis mereka esok.

……………………………………………

Amjad memeluk tubuh. Sandarannya pada kerusi rasa membahang. Dia tidak sabar ingin meninggalkan bumi Malaysia. Gambar Camelia yang berada di dalam BB di renung. Dari tadi dia melihat gambar itu. Gambar wajah Camelia yang comot dengan ice-cream dan juga gambar Camelia yang tersenyum bahagia di hari ‘pertunangan’ mereka. Entah apa perasaan Camelia bila menyedari yang dia di tunangkan dengan Hasif, dan bukan dengan dirinya.

“Gambar kekasih?” Ada suara yang menyapa. Sayup sahaja suara itu. Bila tumpuan dia hanya kepada gambar.

“Hemm” dia menjawab malas. Sekarang bukan mood untuk dia beramah mesra. Wajah yang menegur langsung tidak di toleh.

“Buat apa nak tengok gambar tak reti bercakap tu kalau pemilik gambar ada kat sisi abang?” Camelia bertanya lembut. Dia tersenyum bila mata Amjad membutang memandang bagaikan dia tidak berpakaian. Caiiittt…

“Lia…Lia..eh buat apa dekat sini?” Amjad tergagap. Tubuh Camelia yang santai berbalut dengan jeans dan blouse putih direnung. Tak kan majlis sudah selesai? Cepatnya.

“Tengah cari bakal suami yang nak bawak diri. Encik ada jumpa tak?” Camelia memerli dengan senyuman tidak putus dari bibir..

“Bukan dia tunggu kat rumah ke? Lia datang sini buat apa?” Amjad blur. Terkebil-kebil matanya merenung Camelia.

“Payah cakap dengan orang tengah patah hati ni. Lia cari abangla. Mujur abang tak masuk balai berlepas lagi. Kalau tidak mahu jadi drama Hindustan kita kat sini.”

“Buat apa cari abang? Lia kan dah bersuami?” Amjad bertanya hairan. Kepalanya di garu sedikit.

“Kalau dia dah bersuami kau rasa suami dia nak bagi ke dia cari kau kat sini?”

Amjad pantas menoleh bila mendengar suara lelaki. Hasif yang duduk di kerusi belakangnya berkata tenang.

“Aku tak faham. Apahal korang ni?” Amjad semakin pening. Tetapi mendengar kata-kata Hasif dia sedikit gembira. Yakin bahawa Camelia belum berkahwin dengan Hasif.

Camelia melutut di hadapan Amjad. Beberapa pasang mata yang memandang tidak di pedulikan. Cincin silver di dalam bekas di buka di hadapan Amjad.

“Awak nak kahwin dengan saya tak?” Camelia bertanya. Wajahnya terasa membahang. Sungguh dia malu, tetapi demi bahagia dia tahu malu itu harus di buang.

Amjad menutup mulut. Dia benar-benar terperanjat. Selama ini dia tahu Camelia bukanlah spesis tahu malu bahkan kadang-kala wanita itu seperti bermuka tembok Cuma dia tidak menyangka Camelia berani melamar dia di hadapan orang ramai. Dah terbalik peranan pulak di rasakan.

“Abang nak terima ke tak ni? Cepat sikit orang dah sakit kaki melutut atas simen ni.” Camelia bertanya. Sakit itu tidaklah sangat. Tetapi dia malu bila mereka mula di kerumuni oleh orang ramai. Siulan nakal mula kedengaran.

“Kalau abang tak terima?” Amjad sengaja menduga.

“Tolak tuah lu bro.” terdengar suara-suara sumbang di sekelilingnya.

“Sini adik cun. Abang sudi terima kalau dia tolak.” Semakin banyak pulak suara ‘lalat’ di sekelilingnya yang mengusik

“Camelia kalau dia jual mahal kau sarung cincin tu kat jari aku.” Hasif pura-pura menghulurkan tangannya kepada Camelia. Dia tersenyum bila Camelia menarik cincin dari kotak dan seperti berura-ura ingin di pakai di jarinya. Pangilannya turut berubah. Aku dan kau kembali di gunakan.

“Eh mana boleh. Dia lamar aku. Kau pergi main jauh-jauh.” Amjad sedikit membentak. Tangan Camelia ditarik dari mendekat ke tangan Hasif. Suka hati saja nak potong line.

“Nak kawin ke tak ni. Dah penat dah ni tunggu. Kang Lia kahwin dengan Hasif je. Baru padan muka abang.”

“Eh mestilah nak. Kalau tak, kesian Lia penat-penat kejar abang kat sini.” Cincin di tangan Camelia di sambar dan di sarung sendiri kejarinya. Camelia sedikit tergamam dengan reaksi tidak ‘semengah’ Amjad.

“Tungu Lia sarung lambat sangat.” Amjad tersengih gembira. Dia ketawa kemudian bila terdengar sorakan di sekelilingnya. Maluuuu….

……………………………………………….

“Macam mana boleh jadi macam ni yang?” Amjad menarik Camelia yang berjalan di hadapannya sehingga wanita itu jatuh di atas riba dan dia memeluk erat tubuh Camelia yang nampak.. emm kurang mengoda dengan baju tidur hello kitty. Langsung tak romantik. Sabar jelah. Ingatkan malam pertama mereka Camelia akan mengoda dengan pakaian seksi- meksi, rupanya hampeh.

“Jadi macam mana?” Camelia bertanya manja kepada lelaki yang petang tadi menjadi suaminya. Pagi tadi dia memecut laju membawa Amjad dan Hasif pulang ke rumah selepas sesi lamaran. Terjerit-jerit kembar dua orang itu bila dia melipat di sepanjang jalan.

“Yelah. Sepatutnya kan Lia kahwin dengan Hasif harini. Apasal tak jadi?” Amjad meletakkan kepala di bahu isterinya. Dia ingin bertanya di dalam kereta tadi. Tetapi suaranya bagaikan derhaka kepada tuan. Langsung tidak mahu keluar. Yang keluar hanya jeritan-jeritan lantang dia dan Hasif. Memang sepatutnya isteri dia menukar profesion. Jadi pemandu formula one pasti meletup.

“Ingatkan abang tak nak tahu.” Camelia tersenyum. Teringat kenagan semalam

…………………………………..

Camelia memeluk erat tubuhnya yang terasa mengigil. Tiupan angin pantai menampar lembut wajahnya. Sampai ke Sepang Gold Coast dia ‘dilarikan’ tunang yang bakal menjadi suaminya beberapa jam lagi.

“Awak kenapa Hasif? Apasal sampai ke sini nak berbincang? Ada masalah ke?” Camelia bertanya lembut.

“Saya cuma hendakkan kepastian.” Hasif menarik nafas panjang. “Betul awak nak kawin dengan saya?” Matanya menatap wajah Camelia. Terkaku langkah gadis itu.

“Kenapa awak tanya? Lagi beberapa jam kita dah nak berkahwin. Saya tak tarik dirikan?Itu bermaksud saya memang nak berkahwin. Inai pun saya dah pakai.” Dia menunjukkan jemarinya kepada Hasif.

“Memang awak nak berkahwin. Tetapi awak yakin ke saya orangnya yang awak nak habiskan seumur hidup awak bersama? Saya hanya nak kawin sekali sahaja seumur hidup itupun kalau Allah perkenankan doa saya. Bila saya dah lafaz akad, awak akan berada di sisi saya sampai Allah pisahkan kita. Awak yakin ke nak habiskan sisa hidup awak disisi saya?” Hasif berkata tenang. Jelas riak wajah Camelia berubah.

“Apasal awak tanya macam tu?Kan saya dah setuju nak berkahwin dengan awak.” Camelia berkata resah.

“Memang awak setuju tapi saya nak tahu awak rela ke tidak? Saya tak nak awak setuju berkahwin dengan saya sedangkan hati awak ada pada orang lain. Saya tak nak hidup dengan wanita yang hanya jasad ada bersama saya tapi hati bukan untuk saya.”

“Apa maksud awak ni?” Camelia sedikit gugup. Hatinya berkocak hebat. Dia ingin mengaku bahawa dia memang tidak cintakan Hasif tetapi dia tidak sangup.

“Awak faham maksud saya Camelia. Patutlah bila saya pangil awak Lia awak melenting, rupanya pangilan tu dah orang lain tempah dulu.” Hasif tersenyum bila Camelia melopong.

“Tutup mulut awak kalau tak nak kena cium.” Pantas Camelia menutup mulutnya. Terkebil-kebil dia merenung Hasif.

“Mana awak tahu?” Dia bertanya lemah. Kepalanya di tunduk ke bawah.

“Mujurlah Allah nak tunjuk awal Camelia. Saya tak dapat bayang kalau kita dah bernikah baru saya tahu kebenarannya. Kenapa awak dengan Amjad tak cakap?”

“Saya tak tahu Hasif. Sunguh masa bertunang dulu saya sangkakan mama pinang saya untuk Amjad. Bila majlis dah selesai baru saya tahu bukan untuk dia tapi untuk awak. Saya cuba nak cakap dengan Amjad tapi dia asyik elakkan diri. Saya ingat dia dah tak cintakkan saya.” Camelia mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir.

“Dia cintakan awak. Sentiasa. Tapi dia nak berkorban untuk saya. Cuma cara dia tu yang tak betul. Saya betul-betul kecewa bila tahu awak, Amjad dengan mama rahsiakan hal sebesar ni daripada saya.” Dia mengeleng kesal. Kalaulah dia tidak mencuri dengar perbualan Mama dan Amjad rasanya esok pasti Camelia tetap menjadi milik dia.

“Saya bukan nak rahsiakan. Dah banyak kali saya nak cakap. Tapi bila jumpa awak mulut saya jadi kaku.” Camelia memandang ke arah laut walaupun dia hanya nampak kegelapan.

“Awak tengok depan tu. Kalaulah kita teruskan juga hubungan ni, nasib kita pasti segelap tu. Saya tak nak paksa awak pilih saya sebab kasihan.”

“Kalau saya pilih Amjad awak macam mana?” Camelia bertanya perlahan. Wajah lelaki itu di renung.

“Awak jangan risau. Pasti ada ‘Camelia’ lain untuk saya kat luar sana.” Dia tersenyum dan bila senyumannya dibalas hati dia benar-benar terasa lapang.

……………………………………..

“Macam tulah lebih kurang alkisahnya.” Camelia menyudahkan cerita. Dia menguap perlahan kemudiannya. Rasa mengantuk mula melanda.Tubuhnya benar-benar terasa letih. Seharian melayan tetamu, tersengih sampai di rasakan wajahnya sudah kejung benar-benar membuatkan dia hanya mahu berbaring ketika ini.

“Tak usah menguap dulu yang. Ni malam pertama kita. Takkan nak tidur?” Amjad berkata nakal. Ciumanya sudah menjalar merata.

“Isyy…abang ni.” Camelia mencubit pingang Amjad.

“Lia ni nak manja sikit pun tak boleh. Dahlah pakai baju katun macam budak-budak.” Nakal sahaja suara itu membuatkan wajah Camelia terasa membahang. Baju tidur katunnya di tarik erat. Dia malu sebenarnya. Sengaja dia memakai baju katun itu bagi menyembunyikan baju tidur seksi yang di pakai berlapis. Maluuuu…

“Tali apa ni yang?” Amjad hampir ketawa bila tali baju tidur kain satin terdedah di bahu Camelia. Pandai betul isteri dia.

Camelia pantas menyembam wajah ke dada lelaki itu. Malunya sudah tidak tertangung. Kenapa Amjad berubah menjadi senakal-nakal umat. Dari tadi lagi dia di permainkan. Lembut dia menampar dada suaminya.

“Terima kasih sebab pilih abang.” Amjad berbisik lembut ke telinga Camelia sebelum dia membawa wanita itu kedalam dakapannya, erat bagai tidak mahu di pisahkan.

…………………………………

Hasif melarikan diri. Dia sebunyi tubuh di sebalik dinding bulat di bawah ruang legar officenya. Dia sudah tidak tahan di buru oleh ‘Camelia.’ Nampaknya Allah telah memakbulkan doa dia semasa di pantai dahulu.

“Encik boss kita keluar makan nak?” Hasif menepuk dahi. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Seorang gadis genit tersenyum membuatkan lesung pipit di kedua pipi itu berlekuk terbentuk. Tag nama yang di semat kemas didada tertulis nama Camelia direnung. Boleh pengsan macam ni.

“Encik boss, encik boss.. berapa kali cakap awak bukan pekerja saya. Awak bawah Encik Amjad kan? Dia tu baru boss awak.” Sedikit terjerit suara dia. Seram memandang gadis itu.

“Tapi encik boss pun bos saya jugak. Dah dua tahun encik boss, orang ajak keluar makan tapi sekali pun encik boss tak sudi. Apa hodoh sangat ke saya ni?” Camelia memandang tubuhnya atas bawah. Comel saja di rasakan dengan baju kurung moden polka dot. Apa buta ke laki di hadapannya sekarang?.. kemudian dia tersengih. Sedikit masuk bakul angkat sendiri.

“Ha pasal tulah saya tak suka awak. Tersengih-sengih dah macam tak cukup sifat dah ha.” Hasif sekali lagi mengatur langkah ingin melarikan diri.

“Camelia. Penat Abang cari. Kat sini sembunyi. Jom kita pergi makan.”

Hasif pantas menoleh. Matanya di jegilkan. Kurang asam punya mamat. Sesuka hati tarik tangan awek aku. Terlupa sebentar penolakkan dia tadi. Pantas langkahnya di atur kembali ke arah Camelia. Pautan tangan lelaki itu kepada Camelia di rungkaikan.

“Eh suka hati je kau nak pegang tangan awek aku.” Hasif mengangkat-angkat dagu seolah-olah mencabar orang lawan bertumbuk.

“Eh awak,,,,” Camelia tergamam. Tetiba..apa cer?…

“Awak ni tadi baru cakap suka saya. Sekarang sibuk nak keluar dengan laki lain. Nak curang ke?” Hasif bertanya geram. Wajah Camelia yang terkebil-kebil direnung garang. Tahu takut.

“kukkk”

“Weh apasal main kepala ni?” Hasif membentak geram bila tanpa amaran kepalanya di sekeh kuat oleh Camelia.

“Ni abang saya encik boss. Abang kandung. Cium tangan dia. Tunjuk hormat sikit.” Camelia pula menjegilkan mata. Wajah terpinga-pinga Camarul yang merupakan abang kandungnya di renung. Sengihan nakal di lemparkan.

“Ehh abang sorry. Saya tak kenal tadi.” Hasif mengaru kepala. Malunya sudah tidak dapat di gambar. Itulah main serbu sahaja. Yang pastinya di takut jika Camelia yang ‘unik’ turut terlepas seperti Camelia yang sudah dua tahun lebih menjadi kakak iparnya.

“Sapa abang kau? Masuk meminang, dah lafaz akad baru pangil aku abang. Tuuu tangan tu. Jaga sikit. Tiap-tiap tahun aku tolong bayar zakat.” Camarul merentap kembali pegangan tangan Hasif dari tangan adiknya.

“Encik boss nak ikut kitorang makan tak?” Camelia masih tersengih. Bagus jugak abang dia muncul. Tak pernah-pernah Hasif menunjuk kasih sayang ni. Bahagianya dunia…

“Jomlah.” Bahunya terasa di paut erat oleh Camarul. Makkkkkkk…..ketua gangster ke apa ni?

……………………………………

“Mak pinangkan Camelia.” Hasif berkata teruja.

“papp” Aduh berlekuk dahi. Di gosok-gosok dahi yang di baling dengan carrot oleh mama tersayang. Kalau macam ni hari-hari pasti kepalanya macam durian. Berbincut segenap ruang. Dekat office kena dekat rumah pun kena jugak. Nasib malang betul.

“Apa ke bendanya kamu ni. Camelia tukan dah jadi kak ipar kamu?” Sedikit tinggi nada suaranya. Apa dah nak mati ke anak bujangnya seorang ni?

“Bukan Camelia bini Amjad tulah mama. Camelia yang jadi setiausaha Amjad tu.” Sedikit marah dia. Dahi yang mula terasa bertelur di hurut perlahan. Kejam sungguh mama saya.

“Ehh…kenapa tak story awal-awal. Alalalaaa…kesian anak mama. Dah macam ikan flowerhorn dah. Sorry-sorry.” Puan Sri Azah tersengih. Nasib kaulah Hasif. Apasal cakap tak terang.

……………………..

“Kahwin jugak kan dia bang?” Camelia tersenyum memandang ke arah pasangan pengantin sama cantik sama padan yang sibuk melayan tetamu. Perutnya yang memboyot menunggu kelahiran anak ke tiga diusap perlahan. Setahun seorang. Bagus punya planning. Beranak kerap-kerap nanti boleh rehat. Itu ajaran Amjad. Sudahnya dia yang penat. Mengusung perut tiap-tiap tahun. Sudahlah di bahankan oleh sanak saudara satu hal. Nasiblah dapat suami terlebih fius dalam otak ni. Sabar jelah.

“Hak arr.. cari nama pun dah macam sayang.” Amjad berkata. Dia tersenyum gembira. Bukan dia tidak tahu selama dua tahun ini adiknya itu tak pernah aman dek ganguan dari ‘Camelia’ setiausahanya. Tetapi sengaja dia pejamkan mata.

Pekenalan Hasif dan Camelia bukanlah elok sangat. Dahi adiknya hampir belubang di baling dengan bekas air tin coca-cola. Camelia cuba menunjuk bakat balingan bagi menumpaskan pencuri yang meragut beg dia. sudahnya balingan itu tersasar mengena dahi Hasif. Dan bermulalah adegan ucapan maaf bermaafan.

Nak bagi seronok cerita, Hasif siap kena operation pasal jadi darah beku dek balingan yang mengagumkan itu. Yang hairan tu tak pernah pulak bertembung mamanya dengan Camelia di hospital. Kalau tidak mahu mama suruh Camelia bertangungjawab waktu itu jugak. Buatnya Hasif terus jadi biol tak ke naya?

“Ha menung apa tu.” Camelia menyergah Amjad yang bagaikan berada di dunia sendiri.

“Teringat kisah dulu-dulu.” Pantas tubuh itu di raih ke dalam pelukkannya. Bersyukur. Akhirnya bahagia itu menjadi milik mereka. Dengan adanya Camelia disisi cukup untuk melengkapkan kehidupannya. Harapannya agar Allah memanjangkan jodoh mereka sehingga ke akhir nafas.

………………………………….

P/S:

Ini kali pertama saya memberanikan diri menghantar karya yang tak seberapa ini ke P2U. Harap korang dapat memberi komen yang membina. Segala kekurangan dari cerpen ini saya mohon maaf. Untuk semua teguran dan Kritikan akan saya terima dan perbaiki lagi jika saya berkesempatan untuk menulis karya seterusnya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

57 ulasan untuk “Cerpen : Camelia Tu, Aku Punya!!!”
  1. Snow Sakura says:

    sangat best cita ni! thumbs up!! good job writer.. :)

  2. Sarah says:

    Best cite nie:)
    Keep it up k:)

  3. best sangat2…jangan lupa sambung untuk hasif ngan camelia ok…

  4. ecah says:

    comel

  5. aina nabila says:

    story nie best sgt.. sweet la amjad tu.. comel.. good n nice work! keep it up!

  6. wanie says:

    best……

  7. zalina says:

    ok best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"