Cerpen : Cemburu Jadi Cinta

8 February 2013  
Kategori: Cerpen

45,144 bacaan 32 ulasan

Oleh : NurSya

Sepasang suami isteri kini hidup dalam kepura-puraan selama sebulan. Ini semua kerana seorang insan. Kerana seorang nenek. Kerana seorang nenek yang mereka berdua sayangi, mereka tunaikan segala permintaannya. Apa jua. Langsung tidak dibantah. Seorang nenek inilah yang menjaga mereka berdua sejak mereka berdua kehilangan ahli keluarga yang lain kerana kemalangan.

Sebuah rumah mewah di Kawasan Perumahan Persiaran Duta,

“I ingatkan sekali lagi. Selagi tak sampai kampung Maktuk, you jangan sekali-kali layan I as your husband. I tak kisah kalau you nak layan I as a stranger pun. Faham?” arah Daniel tegas sambil menurunkan cermin mata hitamnya sedikit..

Elysha sudah tidak larat ingin mendengar arahan yang sama banyak kali.

“Enough. Tak payahlah nak ulang banyak kali. So, shall we?” Gadis yang bertudung itu menuding jari ke arah pintu utama.
Daniel mendengus.

TIDAK ramai yang berada di balai menunggu KLIA ini. Elysha sudah mengambil tempat di bahagian utara apabila melihat si suami mengambil tempat di bahagian selatan. Dia sendiri tidak faham dengan tindak-tanduk suaminya. Pernah satu ketika, suaminya itu bersikap baik padanya sehingga boleh dibawa ketawa tetapi banyak ketika, suaminya ini akan bersikap dingin sedingin yang mungkin seperti sekarang.

“Ada orang?” soal seorang jejaka.

Elysha menjeling seketika kepada Daniel yang duduk di bahagian hujung belakang sekali. Lelaki itu turut menoleh ke arahnya tapi cuma seketika sebelum lelaki itu membuang pandangan ke arah tempat lain.

Gelengan kepala Elysha, membuatkan lelaki itu duduk di kerusi bersebelahannya.

Jejaka di sebelahnya ramah berbicara. Elysha menjawab seadanya. Kadang-kadang dia pura-pura tersenyum dan ketawa apabila hujung matanya menyedari Daniel memerhatikannya. Lelaki itu turut berbual mesra dengan seorang gadis.

MEREKA kini sudah berada di dalam kapal terbang dan seat number mereka sudah tentu tidak saling bersebelahan. Elysha pantas mengambil duduk di sebelah tingkap kecil. Daniel sememangnya tidak bersebelahan dengannya tetapi sebaris dengannya.

“Eh, awak?” tegur seseorang.

Elysha menoleh.

Jejaka tadi.

Perjalanan yang baru sahaja mengambil masa 15 minit itu sedikit sebanyak menyakitkan Daniel. Dia menegur seorang pramugari dan menyuruhnya melakukan sesuatu. Pramugari itu tersenyum lalu mengangguk.

Perbualan di antara Elysha dan Yazid yang banyak kepada bicara daripada Yazid itu terpaksa diberhentikan apabila seorang pramugari menegur mereka berdua. Pramugari itu berbisik kepada Yazid dan menunjukkan sekeping kad. Jejaka itu lantas tersenyum kelat kepada Elysha dan mengambil tempat lain di dalam pesawat ini. Tempat duduk Yazid itu diduduki lelaki lain.

“You bagi tahu apa dekat dia?” soal Elysha tegang ke arah Daniel di sebelahnya. Bukannya dia tidak nampak yang Daniel memberitahu sesuatu kepada pramugari itu.

Daniel menoleh ke arah isterinya.

“Dia sedang duduk bersebelahan dengan orang yang kurang sihat yang mempunyai sintom-sintom seperti muntah apabila berada di dalam airbus.” Jawab Daniel tenang.

Elysha seakan tidak percaya.

“Apa masalah you ni?! And what about the card? Kad apa yang you tunjukkan dekat dia?”

Daniel tersenyum.

“Kad yang menunjukkan I ni seorang doktor. Why?”

Elysha mengerutkan dahinya.

“Apasal you buat macam ni?”

“Boring. Kalau I bosan, I akan lakukan whatever yang I suka.”

Elysha menarik muka dan melontarkan pandangannya ke arah langit yang biru. Malas ingin bertekak.

MEREKA kini sudah sampai di hadapan sebuah rumah. Bahagian atasnya kayu dan bahagian bawahnya diperbuat daripada batu. Rumahnya biasa-biasa sahaja tetapi pemiliknya luar biasa. Seorang wanita yang berusia 60 an yang memiliki harta yang melimpah ruah. Bak kata orang, tujuh keturunan makan pun belum tentu habis.

Tangan kanan Elysha sedang menarik bagasi beroda dan tangan kirinya digenggam kemas suaminya. Elysha tersenyum sinis.

‘Lakonan bermula dari sekarang.’ Ujar Elysha di dalam hati.

“Assalamualaikum.”

Butang loceng ditekan.

Seorang wanita yang berusia tersenyum di pintu masuk. Daniel membuka pintu pagar yang tidak berkunci.

“Elysha, makin cantik Maktuk tengok.” Puji Datin Rokayah setelah tangannya disalam Elysha dan Daniel.

Elysha membalas dengan senyuman.

“Cucu kandung tak nak puji ke?” Usik Daniel selepas berdehem.
Elysha mencebik. Datin Rokayah menoleh ke arah Daniel.

“Daniel pun makin handsome.”

Melebar senyuman Daniel setelah dipuji.

“Hangpa berdua pi masuk bilik atas. Maktuk dah kemaskan dah. Rehat-rehatlah dulu.”

Mereka berdua menurut.

Sememangnya kamar mereka ini dihias cantik.

“So macam mana ni? Tak ada sofa, tak ada tilam lebih pun”. Elysha menyuarakan kegusarannya. Tak kan nak tidur atas permaidani berlapikkan selimut sepanjang berada di rumah ini.

“Itu you punya pasal lah. Yang I tahu, I tidur atas katil. You tidurlah dekat mana-mana tapi mesti dalam bilik ni jugak. I tak nak Maktuk tahu hal sebenar”. Balas Daniel yang sudah terlentang di atas katil.

Elysha mengeluh.

Tak gentleman langsung!

Elysha masuk ke dalam bilik air untuk menukar baju.

DATIN Rokayah sedang sibuk menghiris bawang di dapur tanpa dibantu sesiapa. Yalah, yang tinggal di rumah ini hanya dia seorang. Pembantu rumah pun tidak ada. Hanya ada pengawal keselamatan. Itu pun setelah dipujuk Daniel.

“Maktuk nak masak apa hari ni?” Elysha menegur dari belakang.
Datin Rokayah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ish budak ni. Maktuk suruh hang rehat. Biaq pi lah Maktuk masak sendiri”.

“Tak penat pun. Maktuk mesti nak masak lauk favourite Daniel kan? Ayam masak merah kan?” Elysha meneka.

Datin Rokayah tersenyum.

“Iyalah dengan lauk kesukaan Elysha juga”.

Mata Elysha seakan bersinar.

“Asam pedas ikan pari? Wah, bestnya!”

“Wahh. Semua lauk favourite masing-masing. Apa kata kita masak lauk favourite Maktuk pulak”. Cadang satu suara dari belakang.

Daniel sedang membasuh tangan. Elysha mencebik.

“Ya Allah, semaknya bila ‘lalang’ tiba-tiba muncul.” Ujar Elysha perlahan. Takut didengari Datin Rokayah.

“Tebas la, kalau berani.” Cabar Daniel dengan nada berbisik.

Elysha menjelingnya tajam.

“Hampa berdua pi duduk rekat sana. Biaq Maktuk ja yang masak.”

“Bosanlah maktuk. Biar la kitorang tolong masak,” ucap Elysha sambil menghiris bawang.

Datin Rokayah tersenyum.

“Kalau macam tu, hampa pi kait rambutan. Siapa ja yang nak makan kalau bukan hampa. Dah pi keluaq.”

Daniel mengangkat kening.

“Amboi maktuk, halau nampak.”

Bicara Daniel membuatkan Datin Rokayah ketawa kecil.
Daniel mencapai sebatang galah yang merupakan pengait. Elysha memerhatikan dengan sebuah bakul di tangan. Daniel sengaja melipat sleeve bajunya ke atas, menampakkan otot-ototnya.

Elysha mencebik padahal di dalam hatinya dia sangat mengkagumi suaminya itu.

“Oit, kutiplah. Tak efficient betul lah you ni,” kritik Daniel.

Elysha geram. Dia akur dan mengutip rambutan yang merah warnanya.

“Wah! Merahnya. Mesti manis,” ujar Elysha lalu membuka kulit rambutan itu. Dia mengambil isi dan membuang bijinya. Dia memakan separuh dari isi itu.

Bibirnya mengukir senyuman. Dia menghampiri si suami dan menghulur isi rambutan yang selebihnya di hadapan bibir Daniel ketika lelaki itu sedang khusyuk mengait rambutan.

Daniel agak tersentak dengan tindakan si isteri tetapi mulutnya terbuka juga. Elysha menyuapkan isi rambutan itu.

“Maniskan?”

Daniel mengangguk.

“Cepatlah, kait lagi. Malam ni boleh tengok movie sambil makan rambutan. Mesti best.”

Daniel tidak membalas apa-apa. Dia sambung mengait. Telefon bimbit berdering.

Elysha mengambil Samsung yang terdapat di kocek seluarnya.
Bibirnya menguntum senyuman apabila membaca nama si pemanggil.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Abang! Abang dah sampai Tanah Melayu ke?” soal Elysha dengan wajah gembira. Daniel berhenti mengait apabila dia mendengar nama yang diucapkan Elysha. Muka yang tadinya tenang berubah menjadi singa kelaparan.

“A’ah. Abang sekarang dekat Kedah.”
Semakin lebar senyuman terukir pada wajah Elysha tetapi tidak pada Daniel.

“Ha? Kedah? Serious?” Elysha cuba memastikan bahawa dia tidak silap.

“Iyelah. Kenapa? Isha marah ke? Abang memang nak jumpa Isha. Kalau boleh, lepas abang sampai KLIA kelmarin, abang nak je pergi jumpa Isha terus. Masalahnya, masa abang pack gila. Nak kena ambik Alya lagi. Budak tu cuti sem,” jelas Haziq bersungguh-sungguh.

“Bila abang free?”

“Abang tengah free la ni sebab tu abang dapat call Isha. Esok kita jumpa. Okay tak?”

Air muka Elysha berubah.

“Alah, abang nak balik KL dah ke?”

“Malam ni abang baliklah.”

“So, abang sempat lagi lah kan singgah rumah maktuk?” soal Elysha dengan wajah yang begitu mengharap agar Haziq bersetuju.

Daniel sudah mengangkat kening. Galah yang dipegang diketuk-ketuk, sampai berlubang tanah dibuatnya.

“Kenapa? Isha ada dekat situ ke?” Haziq sudah tersenyum.

“Iyelah. Datang lah sini. Isha bosan kut. Alya ada tak? Isha rindu jugak dekat dia,” balas Elysha.

“Ada. Nanti abang angkut dia sekali. Abang ada banyak benda nak cerita kat Isha. Okaylah, kita jumpa kejap lagi. Isha jangan excited sangat nak jumpa abang,” ujar Haziq dengan ketawa kecil.
Elysha tersenyum gembira.

Talian dimatikan.

Elysha menoleh ke arah Daniel yang sedang memandang tajam ke arahnya.

“Apa?” soal Elysha pelik.

“You tanya I, apa? I yang sepatutnya tanya you. Apa hal you ajak strangers datang rumah maktuk? You ingat rumah maktuk ni homestay ke apa?”

Elysha mengerut dahi.

“Apa yang strangers nya? Haziq dengan Alya la. Your cousin.”
Wajah Daniel menampakkan amarahnya.

“You memang suka cari pasal dengan I kan? I tak tahu kenapa maktuk suruh I kahwin dengan you,” ucap Daniel sambil menyandarkan batang galah itu pada pokok.

Elysha mengeluh.

“Apa masalah dia?” Elysha bermonolog.

***

Elysha membantu Datin Rokayah menghidangkan makanan.

“Maktuk, kenapa Daniel macam tak suka je dengan Haziq?” soal Elysha.

Maktuk tersenyum.

“Budak berdua tu memang tak pernah rapat sejak kecil. Iye lah, jarang jumpa. Sorang duduk Australia, sorang duduk Jordan. Macam mana nak jumpa,” jawab Datin Rokayah.

Elysha mengangguk-angguk. Datin Rokayah mengeluh.

“Maktuk tak tahu nak buat macam mana supaya hubungan budak berdua tu baik seperti biasa.”

Perbualan mereka terhenti apabila Daniel tiba di meja makan.

“Wah, sedapnya!” puji Daniel.

Datin Rokayah memukul tangan Daniel yang meratah lauk itu.

“Ish, budak ni. Pi basuh tangan,” arah Datin Rokayah.

Elysha mengangkat ibu jari. Daniel merenungnya tajam sebelum berlalu pergi ke sinki. Elysha mencebik. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi sesuatu yang pecah. Datin Rokayah dan Elysha bergegas ke dapur.

“Kena kaki tak?” soal Datin Rokayah.

Daniel menggeleng sambil tersengih. Elysha membantu Daniel mengutip serpihan pinggan kaca yang pecah itu. Elysha terkejut melihat jari telunjuk Daniel yang luka.

“Ish, you ni! Tak reti kutip, tak payahlah kutip. Kan dah berdarah. Cepat pergi cuci luka tu,” marah Elysha sambil memegang tangan Daniel. Daniel terkesima.

‘Caring jugak dia dengan aku,’ ucap Daniel di dalam hati.

Loceng berbunyi.

Elysha mengangkat kepala dengan wajah ceria.

“Itu mesti abang!” ujar Elysha.

Elysha berlalu pergi ke arah pintu utama meninggalkan Daniel. Daniel mengetap gigi.

“Abang!” Elysha tidak dapat menyembunyikan keterujaannya setelah memulas tombol pintu.

Haziq mendepakan tangannya dengan senyuman. Elysha memeluk abang susuannya yang sudah lama tidak berjumpa. Lebih kurang enam tahun jugalah memendam rindu. Hubungan mereka sangat kukuh. Sudah seperti adik-beradik kandung.

“Please call me Doktor Haziq,” ujar Haziq dengan ketawa kecil.

Elysha mencebik.

“Berlagak.”

Elysha bersalaman pula dengan Alya setelah bersalaman dengan Haziq.

“So how Perlis?” soal Elysha kepada Alya.

“Okay, not bad. Tak nak jemput kitorang masuk ke?”

“Eh, jemputlah masuk. Maktuk ada dekat dapur dengan abang Daniel,” ujar Elysha.

Mereka bertiga menuju ke dapur setelah meletak beg pakaian di ruang tamu.

“Kenapa dengan abang Daniel?” soal Alya setelah melihat Datin Rokayah menyapu minyak gamat pada jari Daniel.

“Abang Daniel awak ni main batu seremban pakai serpihan kaca. Tu pasal lah jadi macam ni.”

Daniel merenung tajam sepasang mata bundar milik Elysha.

“Abang, tengok Daniel.” Elysha berpura-pura mengadu kepada Haziq.

Haziq tersenyum melihat karenah Elysha.

Daniel dengan wajah masamnya berlalu pergi menuju ke arah bilik.

“Daniel, tak nak makan ke?” soal Datin Rokayah.

Tiada jawapan.

“Assalamualaikum maktuk.” Haziq memberi salam seraya menyalam tangan Datin Rokayah.

“Waalaikumussalam. Haziq sihat?”

Haziq mengangguk.

“Maktuk masak apa hari ni? Bau sedap je.”

“Hari ni macam-macam ada. Hampa makanlah dulu. Maktuk nak pi tengok budak Daniel tu. Dia tu mana boleh kalau makan tak ikut masa,” balas Datin Rokayah. Sayang sungguh dia dengan cucunya itu.

“Eh, maktuk makanlah dulu. Biar Elysha je pergi tengok Daniel.”

Elysha mengambil nasi dan lauk kegemaran Daniel. Haziq mengukir senyuman.

“Abang makan dulu tau. Nanti kita sembang. Isha ada banyak benda yang nak bagi tahu dekat abang.”

Haziq menggosok-gosok kepala adiknya itu.
Pintu bilik diketuk. Tiada jawapan. Elysha membuka sahaja pintu bilik itu.

“Daniel, maktuk suruh you makan,” ujar Elysha sambil mencari-cari si suami di dalam bilik.

Daniel tidak menyahut. Khusyuk dia menghadap komputer riba yang kelihatannya baru sahaja dibuka.

Elysha mengambil tempat duduk di sebelah Daniel.

“Cepat baca doa makan.”

Bicara Elysha membuatkan Daniel menoleh kepadanya dengan kening yang terangkat.

“Daniel, you tahu kan yang you kena makan on time. Nanti you sakit, you tak kesian dekat maktuk ke?” Elysha berusaha memujuk.

“Maktuk je yang kesian dekat I? You?” soal Daniel tiba-tiba.

Speechless. Entah angin apa yang datang sampai Daniel bertanya soalan yang seakan menagih kasih sebegini.

Daniel membuka mulut. Elysha teragak-agak.

“Eee, mengada-ngada. Macam budak-budak,” ujar Elysha sambil menyuapkan nasi dan lauk kegemaran Daniel, ayam masak merah.

Elysha mencuri pandang ke arah skrin komputer riba. Sebuah blog mengenai Uwais al-Qarni menarik perhatian Elysha.

“You salah tekan website ke?” Sarkastik bunyinya.

Daniel mengangkat kening.

“Perli nampak.”

“Bukan fact ke?” balas Elysha sepatah dengan senyuman.

“Salah ke I baca benda-benda macam ni?”

“Mestilah tak salah. You baca, lepas tu terangkan dekat I. I malaslah nak membaca sekarang ni,” ujar Elysha sambil menyuapkan makanan tengah hari ke dalam mulut si suami.

Daniel mengunyah makanan sambil membaca artikel mengenai Syiah itu. Sesekali tangan kanannya men ‘scroll down’ menggunakan tetikus. Sedang Daniel asyik membaca, sepasang mata Elysha tertancap pada raut wajah Daniel.

Walaupun mereka bernikah bukan pada rasa suka sama suka tetapi Elysha merasakan bahawa dia sentiasa rasa selamat apabila berdamping dengan Daniel. Wajah yang ditatap memberikan ketenangan. Mendamaikan.

“I tahulah I ni handsome. Tak payahlah tenung macam nak tembus macam tu sekali,” usik Daniel dengan mata masih lagi tertancap pada skrin. Mungkin merasakan diri diperhati.

Pantas Elysha mengalih pandangan. Daniel tersenyum.

“So, apa menariknya pasal Uwais ni?” soal Elysha yang cuba untuk menukar topik.

“Dia seorang yang soleh yang sangat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Ibu dia nak sangat mengerjakan haji tapi sebagai seorang yang miskin, Uwais tak mampu nak tanggung perbelanjaan ibunya.” Daniel menoleh ke arah Elysha yang khusyuk mendengar.

“Sambunglah lagi.”

Daniel menunjuk ke arah pinggan yang berada di tangan Elysha. Elysha mencebik.

“Kacaulah you ni. Macamlahh kebulur sangat,” jawab Elysha sambil menyuap nasi ke dalam mulut Daniel.

Daniel mengunyah sebelum menyambung cerita.

“Suatu hari ibu Uwais ni semakin uzur dan suruh Uwais ikhtiar supaya ibunya dapat mengerjakan haji. Uwais dapat ilham, dia beli seeokor anak lembu dan buat sebuah rumah kecil untuk anak lembu ni dekat atas bukit.”

Elysha mengangkat kening.

“Apa yang dia buat?” tanya Elysha.

“Pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari,” balas Daniel.

“Kejap. Tilal?”

“Rumah untuk lembu tu dekat atas bukit.”

Elysha mengangguk-angguk.

“Apa motif dia buat macam tu?” tanya Elysha lagi.

“Nak bawa mak dia buat haji lah,” balas Daniel.

Elysha mengerut dahi.

“Huh? Apa kaitannya?”

“Uwais ni bijak orangnya. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.”

Elysha tersenyum lalu memetik jari.

“Okay, dah faham. Lepas tu, bila tiba musim haji dia dukunglah mak dia ke Mekah kan?”

“Wah, bijaknya dia!” Sarkastik aje bunyinya.

Elysha mencebik.

“Serius best kisah ni!”

Daniel mengangguk bersetuju.

“Nanti, kita buat haji sama-sama tau sekali dengan maktuk,” ujar Daniel.

“InsyaAllah.”

Daniel menutup komputer ribanya itu lalu menoleh ke arah Elysha yang sepertinya ingin mengatakan sesuatu kepadanya.

“Ada nak cakap apa-apa ke?” tegur Daniel.

“Kenapa you macam tak suka dengan abang Haziq?”

Daniel menarik muka apabila mendengar nama sepupunya itu keluar dari bibir Elysha.

Tiada jawapan diberikan. Elysha mengeluh.

“Sampai bila you nak bermasam muka dengan abang Haziq? Abang Haziq tu baik tau.”

Daniel tersenyum sinis.

“Baiklah sangat sampai merosakkan hubungan keluarga I.”

Elysha terkejut mendengar jawapan yang diberikan.

“Apa you cakap ni?”

“I cuma dapat rasa kasih sayang mama dengan papa hanya untuk lima tahun. Lepas mak ayah Haziq meninggal dunia, mama dengan papa hanya layan dia sampai sanggup tinggalkan I yang masih kecil dekat Australia dengan kawan mama dekat sana semata-mata untuk jaga dia. Lepas tu, masa I standard four mama dengan papa tinggalkan I selama-lamanya dari dunia ni.” Daniel meluahkan segala-galanya kepada Elysha.
Elysha terpempan mendengarnya. Sungguh, dia tidak mengetahuinya. Dia masih kecil ketika itu untuk memahami situasi yang berlaku di sekitarnya. Dia tidak mengingati apa-apa sewaktu dia masih kecil, dia hanya menyedari bahawa dia dijaga oleh maktuk dan maktuk yang memberitahu bahawa dirinya merupakan adik susuan Haziq.

“Tapi itu semua bukan salah abang Haziq kan?” Elysha menyatakan kebenaran.

Daniel merenungnya tajam.

“Kalaulah dia tak dilahirkan, I masih boleh rasa kasih sayang mama dengan papa lebih lama,” balas Daniel dengan suara yang tinggi.

“You nak salahkan takdirlah maksudnya ni?”
Daniel menarik nafas. Cuba menenangkan diri. Dia menyedari bahawa dia sedang menyalahkan takdir. Elysha keluar dari bilik yang bersesuana tegang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat Haziq di situ. Pasti dia mendengarinya tadi.

“Abang.”

Haziq menarik senyum. Wajah Haziq sudah tidak seceria tadi.

“Abang tahukan itu semua bukan salah abang.” Elysha takut jika Haziq ingin menyalahkan dirinya pula.

Haziq duduk di atas sebuah sofa, diikuti dengan Elysha.

“Memang tu bukan salah abang tapi abang kesal yang abang sendiri yang menyebabkan Daniel tak suka abang. Abang harap ada cara yang boleh menyelesaikan masalah ni,” ujar Haziq.

“Bukan ke setiap penyakit kecuali mati ada penawarnya, Doktor Haziq?” Elysha bersuara.

Haziq mengukir senyuman.

Haziq, Alya dan Elysha duduk di hadapan tv yang menayangkan cerita Final Destination. Malam-malam cenggini tengok cerita yang mengerikan sangatlah thrilling. Apabila tiba babak saspens Elysha akan menyorokkan wajahnya pada bahu Haziq yang berada di sebelah kirinya.
Daniel tiba dan mengambil tempat di sebelah kanan Elysha. Dia terus menarik Elysha agar lebih dekat dengannya. Dia memeluk bahu Elysha apabila dia menyedari Haziq sedang memandangnya. Elysha hanya membiarkan.

“Aaa!” jerit Elysha dan Alya serentak apabila babak mengerikan muncul.

Elysha menggunakan bahu Daniel pula untuk menyorokkan wajahnya. Tanpa sedar senyuman terukir di bibir Daniel.

Selesai cerita itu tamat, Daniel masih tidak melepaskan tangan kirinya daripada memeluk bahu Elysha. Elysha menoleh ke arah Daniel. Daniel mengangkat kening. Elysha hanya menggeleng.

‘Kalaulah you boleh buat macam ni walaupun kita bukan dekat rumah Maktuk,’ ujar Elysha di dalam hati.

“Alya, tolong buatkan abang kopi,” ujar Haziq kepada adiknya yang sedang menonton tv.

“Alah, kejap lagi la.”

Elysha yang baru sahaja ingin bangun untuk membuatkan kopi buat abangnya dihalang Daniel.

“You nak coffee jugak ke?” soal Elysha.

Daniel menggeleng.

“Habis tu, nak apa?”

Daniel menggeleng lagi.

“Daniel, I nak buat coffee untuk abang Haziq.”

Daniel berpura-pura tidak dengar. Elysha mengetap gigi. Geram pula dengan perangai Daniel yang dianggap tidak matang. Elysha cuba untuk bangun namun lebih payah apabila pelukan Daniel sudah bertukar ke pinggangnya.

“Daniel, I nak bisik sesuatu. Top secret,” ujar Elysha yang cuba mengumpan.

Daniel mengerut dahi lalu mendekatkan telinganya pada Elysha. Bibir Elysha menghampiri telinga Daniel, kemudian pantas ke arah pipi Daniel. Sebuah kucupan mengejut dihadiahkan. Keadaan Daniel yang terkejut dengan situasi yang tiba-tiba itu membuatkan Elysha mudah memboloskan diri. Elysha ketawa kecil lalu bergerak ke dapur.

Daniel masih dalam keadaan terkejut. Dia tidak menyangka isterinya itu berani mengucupnya. Seketika kemudian dia memegang pipinya itu, suatu perasaan muncul dalam dirinya.

Beberapa detik kemudian, Haziq mengambil tempat di sebelah Daniel yang masih menonton tv.

“Daniel.” Haziq memanggil.

Daniel masih khusyuk menonton tv.

“Aku nak minta maaf kalau selama ni aku banyak menyusahkan kau,” ujar Haziq tulus.

Daniel bangun, ingin berlalu pergi.

“Abang Haziq, coffee?”

Suara Elysha membuatkan Daniel tidak jadi untuk berlalu pergi.

“Thanks, dear,” balas Haziq sambil menerima huluran secawan kopi itu.

Jawapan balas daripada Haziq itu membuatkan hatinya sakit. Daniel pantas menarik lengan Elysha ke luar rumah. Elysha yang tidak faham dengan situasi yang berlaku itu melepaskan tangannya apabila mereka berdua sudah berada di laman rumah Maktuk yang penuh dengan bermacam-macam jenis tumbuhan.

“What’s wrong with you?” Tinggi nada yang digunakan Elysha.
Daniel mengusutkan rambutnya sendiri.

“I tak suka tengok you rapat dengan Haziq,” ucap Daniel serius.

Elysha mengerut dahi.

‘Huh? Takkan jealous kut? Haziq tu abang aku kut.’ Elysha bersuara di dalam hati.

Sepasang mata Elysha mempamerkan bahawa dia mempunyai banyak tanda tanya.

“You dah silap tentang hubungan I dengan abang Haziq. Abang Haziq tu abang susuan I. So, dia mahram I. Faham tak?” Elysha menjelaskan.

Matanya membulat.

“Huh? Abang susuan? I tak pernah tahu pun.”

“You tak pernah tahu? Tak ada siapa bagi tahu you ke lepas you balik dari Australia?” soal Elysha.

“Tak.”

“I ingat you dah tahu. Maksudnya selama ni I berbuat baik dengan abang Haziq, you fikir bukan-bukanlah pasal kitorang?”

Daniel tersengih.

“I think so.”

“Daniel, kalau abang Haziq tu bukan abang I, I takkan sesuka hati tak pakai tudung dalam rumah ni,” ucap Elysha sambil mencuit pipi Daniel tanpa sengaja.

Daniel hanya mampu tersenyum. Dia tidak pernah pula terfikir mengenai hal itu. Sungguh selama ini dia tidak mengetahui mengenai hubungan antara Elysha dan Haziq yang merupakan adik beradik susuan itu.
Daniel mengukir senyuman nakal. Pinggang Elysha dipeluk. Menambah debar Elysha. Daniel geli hati melihat reaksi Elysha yang kelihatannya kaku.

“Tadi bukan main berani lagi kiss pipi saya. Sekarang dah macam tunggul pulak,” usik Daniel.

Elysha mencebik lalu melepaskan diri daripada pelukan Daniel. Elysha pantas meluru masuk ke dalam rumah.

**

Elysha membantu Maktuk menyediakan sarapan. Rajin betul Maktuk masak nasi lemak. Tiga manusia lagi rasanya masih berada dalam bilik masing-masing. Elysha mampu bangun awal pun disebabkan dia tidak boleh tidur dengan nyenyak di rumah Maktuk ni. Mana tak nya, kena tidur sekatil pulak dengan Daniel. Walaupun dah dibina tembok cina yang memisahkan mereka berdua, jiwanya tetap tidak keruan.

“Elysha, Maktuk nak tanya sikit ni.” Suara Maktuk memecahkan kesunyian.

“Nak tanya apa?”

Datin Rokayah memfokuskan matanya kepada Elysha.

“Macam mana hubungan Elysha dengan Daniel?” Raut wajah Datin Rokayah yang serius itu mendebarkan hati Elysha.

Elysha menahan rasa debarnya dengan sebuah senyuman.

“Alhamdulillah. Semakin baik dari hari ke hari,” jawab Elysha jujur.

Datin Rokayah memegang bahu Elysha.

“Baguslah macam tu. Umur Maktuk ni pun dah lanjut. Teringin jugak nak merasa jaga anak kamu.Tak dapat nak jaga, sempat tengok pun jadilah.” Jawapan balas daripada Maktuk membuatkan segala perasaan Elysha bercampur. Dia tidak mampu mengukir sebarang senyuman. Kasihan pula jikalau harapan Maktuknya itu ingin menimang cicit tidak tercapai.

Datin Rokayah menyambung kerja-kerjanya yang tergendala. Elysha tidak mampu ingin membantu Maktuk dengan perasaan yang tenang lagi.

“Sedapnya bau!”

Elysha memaksa dirinya mengukir senyuman apabila Haziq yang sepertinya baru selesai pulang dari joging itu tiba.

“Siapa masak?” tanya Haziq.

“Mestilah Maktuk. Isha tolong sikit-sikit je,” jawab Elysha yang cuba menyibukkan diri agar keadaannya yang tidak seperti biasa itu tidak dapat dikesan Haziq.

Haziq merenung lama ke arah adik susuannya itu. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan adiknya itu.

“Are you okay?”

“Huh? Okay, okay je. Abang nak minum apa-apa ke?” Elysha cuba menukar topik.

Haziq menepuk-nepuk bahu adiknya itu.

“Abang sedia dengar apa-apa masalah daripada adik,” ucap Haziq sebelum meninggalkan dapur.

Elysha mengeluh. Andai masalahnya tidak melibatkan hal yang terlalu peribadi, sudah lama dia sudah berkongsi masalahnya kepada Haziq.
Pintu bilik Daniel diketuk beberapa kali. Daniel yang hanya berseluar itu membuka pintu biliknya itu dengan muka orang yang baru bangun tidur.

“Abang, abang ada minyak gamat tak? Perut Alya sakit sangat ni,” ujar Alya yang masih berpakaian baju tidur tetapi rambutnya cantik tersikat rapi dengan wangian seperti sudah bersiap-siap ingin berjumpa Daniel.

“Erm. Tunggu jap,” balas Daniel lalu masuk ke dalam bilik dan mencapai minyak gamat di dalam begnya. Tanpa dia sedar, Alya sudah pun berada di atas katilnya. Alya baring di atas katil Daniel sambil memegang perutnya yang dikatakan sakit itu.

Daniel tersentak dengan tindakan sepupunya itu yang benar-benar melangkaui jangkaannya.

“Abang, sakit sangat ni. Abang tolong sapukan, boleh? Alya betul-betul sakit.” Nada manja yang dibuat Alya dan permintaannya itu membuatkan Daniel terkejut.

“Biar abang pergi panggil maktuk kejap.”

Jawapan balas daripada Daniel membuatkan Alya menarik tangan Daniel sekuat yang mungkin. Itu menyebabkan tubuh Daniel yang tidak bersedia, tumbang di sebelah Alya. Daniel benar-benar terkejut dengan perbuatan sepupunya itu. Baru sahaja dia ingin bangun, kelibat Elysha di muka pintu membuatkan tubuhnya kaku. Alya dengan sengajanya memeluk pinggang Daniel apabila menyedari kehadiran kakak susuannya itu.

Elysha ternyata terkejut dengan kejadian yang dilihatnya itu. Daniel segera bangun untuk menghampiri isterinya itu namun Elysha sudah pun berlari keluar dari bilik itu dengan mutiara jernih yang turun tanpa dia sedari.

“Alya! Apa yang kau buat ni?!” Daniel menengking Alya yang masih baring di atas katilnya itu.

Alya mengukir senyuman nakal dengan renungan mata yang menggoda.

“Alya cintakan abang.”

Daniel mengerut dahi dengan perasaan marah yang melambung tinggi. Dia terus mengambil t-shirt dan keluar dari bilik itu. Daniel mencari-cari kelibat isterinya yang dia yakin berada di tingkat atas ini lagi. Tak mungkin dia akan turun dan berhadapan dengan maktuk.

Daniel masuk ke dalam sebuah bilik tetamu yang pintu biliknya terbuka. Suara tangisan dan esakan dari dalam bilik ini membuatkan Daniel yakin isterinya berada di situ. Daniel menuju ke arah balkoni dan melihat Elysha yang sedang duduk sambil memeluk lutut dengan muka yang tertunduk ke bawah.

“Elysha,” panggil Daniel dengan suara yang lembut sambil memegang bahu isterinya itu. Elysha menepis tangan yang menyentuh bahunya itu. Semakin lebat air mata yang turun.

“Semua ni salah faham lah. Tolong percayakan I,” pujuk Daniel lagi sambil memeluk tubuh Elysha.

Elysha mengangkat mukanya. Sepasang matanya yang merah mengelak daripada bertembung dengan Daniel. Terbit rasa kasihan pada Daniel apabila melihat keadaan Elysha itu.

“Just leave me alone,” ujar Elysha lemah.

“Macam mana I nak tinggalkan you dalam keadaan macam ni? Elysha, bagi peluang dekat I untuk berikan penjelasan,” balas Daniel sambil menyapu air mata yang masih degil membasahi pipi Elysha.
Elysha menolak tubuh Daniel yang hampir dengannya. Kalau boleh dia ingin sahaja menggunakan nada yang tinggi untuk memarahi Daniel tetapi dia takut jika suaranya didengari maktuk dan Haziq.

“Tak payah nak bagi penjelasan. I ni bukannya sesiapa bagi you. You berhak untuk bercinta dengan orang lain.” Elysha menguatkan dirinya untuk bangun apabila menyedari Daniel masih degil berada di situ.

Daniel memeluk tubuh longlai Elysha. Dia mengusap-usap rambut Elysha, cuba untuk menenangkan dirinya.

“You isteri I dan I sayangkan you. I tak akan buat perkara bukan-bukan dengan cousin I sendiri.” Pertama kalinya Daniel mengucapkan rasa sayangnya kepada Elysha namun hati Elysha seakan-akan tertutup ingin menerimanya.

Elysha berusaha melepaskan dirinya daripada pelukan itu tetapi tidak berjaya.

“Lepaskanlah!”

Jeritan Elysha membuatkan Daniel akur.

“Kenapa ni?” soal Haziq yang tiba apabila menyedari suara Elysha menjerit.

“Erm, sebenarnya….”

Baru sahaja Daniel ingin memberitahu hal yang sebenar, percakapannya telah dipotong Elysha.

“Tak ada apa-apa lah abang. Daniel ni tadi usik-usik Isha. Isha pun jeritlah.” Elysha cuba menyorokkan hal yang sebenar. Dia tidak mahu sebarang pertelingkahan berlaku di rumah maktuk ini.
Haziq tidak mempercayai kata-kata adiknya itu apabila memandang sepasang mata adiknya yang baru lepas menangis itu.

“Takkan sampai menangis kut?”

Elysha menarik tangan abangnya itu keluar dari bilik. Dia seperti tidak sanggup berada berhampiran dengan Daniel.
Suasana di meja makan sangatlah sunyi dan tegang.

“Abang nak tambah nasi?”

Soalan yang dilontarkan Alya kepada Daniel membuatkan Elysha tidak senang duduk. Menyakitkan hatinya. Elysha bingkas bangun dan menuju ke sinki. Daniel turut bangun dan mengendahkan soalan Alya.

“Tolong basuhkan pinggan I,” ujar Daniel yang berada di belakang Elysha yang sedang membasuh pinggan.

Elysha akur sahaja tanpa sebarang kata.

“I harap sangat you boleh percayakan I.”

“Untuk apa I percayakan you?” soal Elysha yang baru sahaja selesai membasuh.

“Supaya kita dapat jalani kehidupan ini sebagai suami isteri macam orang lain,” jawab Daniel.

Elysha mengukir senyuman sinis.

“Baru sekarang? Maksudnya, kalau kejadian tadi tak berlaku kita akan macam ni selama-lamanya?”

Daniel tidak dapat menjawab apabila dapat merasai kehadiran seseorang.

“Apa yang sebenarnya dah berlaku?” Serius sahaja muka Haziq memandang wajah Daniel.

“Err, sebenarnya…”

“Abang tanya Daniel. Abang tahu yang Isha tak akan bagi tahu hal yang sebenar.” Haziq memotong percakapan Elysha.

Daniel tidak tahu ingin memulakan dengan apa.

“Kita cakap dekat luar,” cadang Haziq.

Mereka berdua berlalu keluar meninggalkan Elysha di dapur. Alya muncul seketika kemudian.

“Kenapa Alya buat akak macam ni?” tanya Elysha.

Alya tersenyum sinis.

“Akak tu yang tak reti layan suami sebab tu lah abang Daniel datang cari Alya. Alya terima je lah.”

Jawapan Alya memberi tamparan yang sangat hebat kepada dirinya. Dia terpempan, ayat yang dikeluarkan Alya itu diulang beberapa kali di fikirannya dan seketika kemudian, pandangannya semakin gelap.

**

“Elysha!” Haziq dan Daniel serentak memanggil nama perempuan yang sedang baring di atas katil itu apabila kelopak mata Elysha perlahan-lahan terbuka.

Daniel memegang tangannya. Jelas terpancar riak kerisauan pada wajah Daniel. Elysha ingin sahaja menarik tangannya daripada dipegang Daniel tetapi apabila menyedari kehadiran maktuk niatnya terbatal.

“Elysha, macam mana hang boleh pengsan ni? Hang tak sihat ka?” tanya maktuk yang bimbang akan kondisi cucunya ini.

Elysha mengukir senyuman.

“Pening sikit je,” jawab Elysha.

“Maktuk pi ambik ayaq kat bawah sat.”

Elysha mengangguk.

“Isha, Daniel dah cerita semua dekat abang. Abang harap Isha boleh percayakan Daniel. Alya yang bersalah dalam hal ni,” ucap Haziq sambil menoleh ke arah Alya yang kecut perut itu.

Elysha mengerut dahi.

“Abang lebih percayakan Daniel daripada Alya?”

“Abang kenal Alya, Isha. Dia memang dah lama menaruh harapan dekat Daniel,” balas Haziq.

Alya menggeleng.

“Apa abang cakap ni? Akak, abang Daniel yang cari Alya.”
Daniel membulat mendengar tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

“Ya Allah. Elysha, I dah ada you. Buat apa I nak cari orang lain?” Daniel cuba meyakinkan isterinya itu.

“Sebab kak Elysha tak reti layan abang. Sebab tu abang cari Alya.” Alya berbohong di hadapan Daniel yang membangkitkan kemarahan Daniel.

“Alya! Kau jangan nak fitnah aku bukan-bukan. Kau tu yang datang bilik aku, mintak minyak gamat. Lepas tu kau masuk bilik aku sesuka hati dan tarik aku sampai aku terbaring dekat atas katil. Aku tak sangka perangai kau seburuk ni,Alya!” Daniel menerangkan hal yang sebenar.

Pantas Elysha menoleh ke arah Alya.

“Betul ke ni, Alya? Kenapa Alya sanggup buat akak macam ni?” soal Elysha dengan air mata yang mengalir. Dia tidak menyangka adiknya sendiri sanggup memperlakukan hal seburuk ni kepada dirinya.

Alya tidak mampu berbohong lagi. Dia sudah terperangkap.

“Ni semua sebab akaklah! Akak ragut semua kebahagiaan Alya. Semua orang sayangkan akak lebih dari dorang sayangkan Alya! Ibu, maktuk, abang Haziq dengan abang Daniel semuanya lebih sayangkan akak dari Alya! Padahal, akak cuma anak susuan ibu.” Alya meluahkan segala-gala yang terpendam di dalam hatinya selama ini sebelum berlari keluar dari bilik itu.

Elysha tersentak dengan penjelasan yang diberikan Alya. Dia tidak menyangka adiknya itu berfikiran seperti itu. Dia tidak pernah menyedari lebihnya kasih sayang ahli keluarganya ini berbanding dengan Alya.

Elysha cuba bangun untuk mendapatkan Alya namun dihalang Haziq.

“Isha rehat dulu. Biar abang yang cakap dengan Alya,” ujar Haziq sebelum keluar dari bilik untuk mendapatkan adiknya.

Daniel yang sedang duduk di sebelahnya itu dijeling seketika. Malu pula ingin berhadapan dengan jejaka ini. Dia bertindak terburu-buru tanpa mendengar penjelasan daripadanya.

“Kita balik KL petang ni.”

“Kenapa?” Mereka berdua baru sahaja tiba semalam.

“I ada hal yang kena selesaikan dekat KL.”

Elysha mengeluh, kemudian satu idea muncul.

‘Kalau aku tumpang balik dengan abang Haziq, macam mana? Boleh stay lama sikit dekat sini’.

“You kena balik dengan I jugak hari ni.”

Kata-kata Daniel membuatkan ideanya tadi terbantut.

“Alah… baru nak tumpang abang Haziq balik,” rungut Elysha.

“Asyik asyik abang Haziq,” ujar Daniel tanpa sedar.

Eh, kenapa dengan mamat ni? Takkan jealous lagi kut.

“Biarlah. Bukannya lelaki lain, abang I jugak.”

Daniel mencebik.

“Dah lah tak minta maaf dekat I lagi.”

Kena ke? Haish kau ni Elysha, mestilah kena. Kau dah tuduh dia bukan-bukan kot.

“Sorry,” ujar Elysha tak berperasaan.

“Eh budak ni. Baik tak payah mintak maaf kalau macam ni.” Daniel tidak berpuas hati dengan perkataan maaf yang dilontarkan Elysha.

Elysha mengerut dahi.

“You nak macam mana lagi?” soal Elysha. Cukuplah tu. Takkan nak aku menangis baru nak terima maaf aku?

Maktuk tiba di pintu.

“Kita selesaikan hal ni dekat rumah nanti,” bisik Daniel.

**

Elysha mengenakan blaus putih dan skirt labuh berwarna coklat. Tidak lupa juga pashmina yang membantunya menutup auratnya. Daniel tiba ruang tamu dengan t-shirt coklat yang tonanya sama dengan skirt labuh Elysha dan berseluar jeans.

“Maktuk, kitorang gerak dulu lah,” ujar Daniel lalu menyalam tangan neneknya itu. Sebuah kereta memang sudah tersedia di rumah Datin Rokayah untuk cucunya ini.

“Iyelah. Baik-baik jalan,” balas maktuk.

Giliran Elysha pula menyalam tangan neneknya itu.

“Maktuk jaga diri tau.”

“Hangpa pun jaga diri elok-elok. ”

Elysha berpusing ke arah Haziq pula. Dia menyalam tangannya.

“Dah sampai KL nanti, kita lepak dekat mamak macam dulu-dulu tau,” ucap Elysha.

“Beres. Isha kalau dah sampai KL, call tau,” balas Haziq.

Elysha mengangguk sebelum menghulurkan tangannya kepada Alya. Alya seakan terpaksa menyalam tangan kakaknya itu.

“Akak nak minta maaf atas segala perkara yang telah berlaku.”

Alya tidak membalas apa-apa. Elysha melepaskan satu keluhan kecil.
Daniel mengambil tempat di bahagian pemandu dan memakai tali pinggang keledar. Dia menoleh ke arah Elysha yang berada bersebelahan dengannya yang masih tidak memakai tali pinggang keledar.

Daniel membuka tali pinggang keledarnya lalu merapatkan tubuhnya kepada Elysha. Elysha sedikit tersentak. Mereka begitu hampir antara satu sama lain. Daniel menarik tali pinggang keledar Elysha dan memakaikannya.

“Tak pasal-pasal kena saman nanti,” ujar Daniel sambil memakai tali pinggang keledar.

Elysha tiada jawapan untuk dibalas.

“You sengaja tiru I kan?” Daniel memulakan perbualan.

Elysha menoleh ke arah Daniel yang sedang memandu itu.

“Tiru apa?”

“Alah buat-buat tak tahu pulak dia ni. I pakai t-shirt warna coklat, you pun ikut I pakai skirt labuh coklat. Mengaku je lah,” jawab Daniel dengan senyuman.

Elysha mengangkat kening. Perasannya!

“Kebetulan je, okey. Ke you yang tiru I sebenarnya?”

Daniel ketawa.

“Kalau betul pun, apa salahnya kan? Saya ni kan sweet orangnya. Dengan you, lagilah overdose sweet nya,” balas Daniel sambil menjeling ke arah isterinya.

“Eh eh dia ni. I lagi sweet la dari you.” Elysha tidak mahu mengalah.

“Yeke? Kita main satu game untuk tentukan siapa yang paling sweet.” Laju sahaja otaknya memikirkan permainan itu.

“Game apa?”

“Love quotes. Kita gilir-gilir cakap love quotes masing-masing. Orang pertama yang tak ada idea untuk love quotes tu dia kalah. Love quotes dengan lontaran suara yang romantik je yang boleh diterima. Amacam? Ada bran?” Daniel mencabar Elysha dengan kening yang sengaja diangkat beberapa kali.

Elysha pantas bersetuju. Dia memang pantang dicabar!

Daniel memulakan cabaran. Permainan ini memang dia sudah merancangnya lama kerana dia benar-benar ingin mendengar kata-kata romantis daripada bibir Elysha. Akhirnya, tiba juga peluang untuk mendengarnya.

“I don’t have to be your first love, but I do want to be the last.” Love quotes yang agak santai disuarakan Daniel dengan suara yang lembut.

Elysha mengukir senyuman penuh gula. Dia seakan-akan berasa bahawa kata-kata itu tulus dari lelaki itu.

“Roses are red, violets are blue. Love never crossed my mind until I met you. So, you are my first and insyaAllah my last love.” Elysha membalas sambil menoleh ke arah Daniel dengan senyuman.

Daniel mempunyai rasa yang sama dengan Elysha. Dia benar-benar rasa bahawa kata-kata cinta itu sememangnya datang dari hati Elysha.

“If I could rearrange the letters of the ABC’s I would put U and I together and next to each other forever,” balas Daniel lalu mengalih pandang ke arah Elysha. Dia mengukir senyuman yang mampu mencairkan sekeping hati wanita.

Elysha terpukau dengan senyuman itu. Lama dia tidak bersuara sehinggalah Daniel berdehem.

“Loving you is like breathing. How can I stop?”

Daniel tersenyum mendengarnya. Dia memikirkan sebuah idea nakal untuk membalasnya.

“My love for you is like a fart, silent but deadly.”

Meletus tawa Elysha mendengarnya.

“Sengal lah you ni. Sekarang I dah tak ada quote nak balas,” ujar Elysha dengan ketawa yang masih bersisa.

Daniel memegang tangan Elysha sambil memandu lalu meramasnya.

“Setiap kata-kata awak merupakan love quotes bagi saya.”
Elysha terpaku dengan bicara Daniel itu. Daniel tersenyum melihat reaksi yang diberikan Elysha. Comel!

Sebuah kereta Toyota tiba di hadapan sebuah hotel lima bintang di ibu kota. Elysha masih nyenyak tidur. Daniel membuka tali pinggang keledar Elysha. Wajah Elysha yang sedang tidur itu direnung lama. Ini entah kali ke berapa dia merenung wajah itu semasa di dalam perjalanan.

“Elysha, kita dah sampai.” Daniel menggoyang-goyangkan bahu Elysha.

Elysha membuka matanya perlahan-lahan.

“Kenapa kita dekat sini?” soal Elysha yang keliru. Bukan nak balik rumah terus ke?

Daniel tidak menjawab. Dia terus keluar dari kereta dan membawa turun beg baju mereka berdua. Dia menyerahkannya kepada seorang penyambut tetamu. Elysha sekadar membuka pintu tetapi masih tidak keluar.

“You nak jalan sendiri? Or nak I dukung?” Daniel memberi pilihan.

Elysha pantas keluar dari kereta apabila mendengarnya.

“Apa kita buat dekat sini?” Elysha mengulang soalan.
Daniel masih tidak menjawab. Dia mengambil tangan kiri Elysha dan berjalan masuk ke dalam hotel. Daniel menunjukkan sehelai kertas di tangannya.

“Sebenarnya I dapat voucher bermalam dekat hotel ni dan expired date nya esok. So, sekarang I nak redeem lah . Sayang pulak kalau dibiarkan je. Honeymoon suite pulak tu,” ujar Daniel dengan senyuman nakal.

Penerangan Daniel itu membuatkan jantung Elysha seakan-akan ingin meloncat keluar. Daniel menguruskan hal-hal berkaitan dengan bilik. Setelah dia menerima kunci bilik, Daniel membawa Elysha masuk ke dalam perut lif.

Pinggang Elysha dirangkul apabila melihat sepasang mata lelaki yang merupakan pekerja hotel yang membawa beg mereka itu memerhatikan isterinya.

Mereka berdua tiba di hadapan sebuah bilik yang mempunyai nombor yang sama dengan kuncinya. Mereka bertiga masuk ke dalam bilik itu. Pekerja hotel itu berlalu keluar dan mengukir senyuman kepada mereka berdua.

“Thanks,” ucap Daniel kepada lelaki itu dan terus menutup pintu bilik.

Elysha tersenyum memandang kecantikan bilik mewah itu. Dia begitu kagum dengan rekaan bilik itu.

“Kita solat Isya’ sama-sama tau.”

Elysha mengangguk. Ini pertama kali Daniel mengajaknya solat secara berjemaah. Dia sangat senang dengan ajakan Daniel itu.

Bilik itu terasa sangat tenang dan mendamaikan. Setelah selesai solat, mereka berdua menadah tangan untuk berdoa.

“Jadikan cintaku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukan cinta kami dalam mencintaiMu dan di atas kecintaanMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang daripada yang menyayangi. Wahai Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kamu dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa”.

Elysha berasa sangat terharu mendengar doa yang dibaca Daniel itu. Air mata mula membasahi pipi. Air mata gembira. Bersyukur dia dikurniakan seorang suami yang mampu menjadi imam buatnya.

Usai bacaan doa, Daniel menoleh ke belakang. Elysha menyalam tangannya. Kemudian, Daniel menghadiahkannya sebuah kucupan di dahi. Mereka berbalas senyuman. Elysha mengemas telekungnya lalu masuk ke dalam bilik air. Daniel duduk di atas sofa sambil menonton tv.

Butang alat kawalan jauh ditekan beberapa kali. Baginya, kesemua saluran tidak menepati cita rasanya. Dia mengambil telefon pintar miliknya lalu bermain permainan yang ada pada telefonnya itu. Bersungguh-sungguh dia bermain sehinggakan dia bersorak kuat apabila dia berjaya memenanginya.

Suatu wangian yang dihidu Daniel, membuatkannya berhenti bermain dan menoleh ke arah wangian itu. Sepasang matanya tidak berkelip memandang Elysha yang baru keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe itu. Elysha menghampirinya dan mengambil tempat di sebelah Daniel. Sengaja disilangkan kakinya, membuatkan naluri lelaki Daniel huru-hara.

“You tengok cerita apa ni?” Nada suara Elysha sedikit berubah. Lebih manja daripada biasa.

Daniel mengukir senyuman apabila dia sudah menerima ‘hint’ yang diberikan Elysha.

“Terima kasih, sayang. InsyaAllah kita sama-sama akan melahirkan generasi yang akan menjadi khalifah Allah yang soleh dan solehah,” ujar Daniel sambil merenung anak mata Elysha.

Elysha mengukir senyuman manis.

“I harap you akan maafkan I pasal kejadian pagi tadi.”

“I dah lama maafkan. Dah, you jangan nak tukar-tukar topik,” balas Daniel lalu menarik tangan Elysha.

Elysha ketawa mendengarnya. Di dalam hatinya, dia betul-betul mengharap agar dia dapat melahirkan generasi yang bertakwa dan bermanfaat kepada Islam.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

32 ulasan untuk “Cerpen : Cemburu Jadi Cinta”
  1. obat penyakit jantung says:

    cerita yg cukup menarik….

  2. anis fariha says:

    best giler….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"