Cerpen : Kau Cinta Pertama dan Terakhir

17 February 2013  
Kategori: Cerpen

40,762 bacaan 75 ulasan

Oleh : AinaLisa

Dia menyeka air mata yang luruh di pipinya tanpa henti.Kenapa begini pengakhiran cintanya? Dan yang paling penting adalah hidupnya. “Aku terima nikahnya Nur Sidratul Muntaha binti Shahid Khaidir dengan mas kahwinnya RM300 tunai,”suara garau yang sedang melafazkan akad itu sangat jelas di perdengarannya sebelum disambut oleh saksi-saksi. Semakin laju air matanya turun. Suasana riuh kedengaran naMun dia tiada hati untuk mengambil kisah akan keadaan sekeliling.Apa yang penting adalah kehidupannya selepas ini.

“Mun,salam suami kamu nak,”entah bila masa jarinya sudah pun tersarung cincin perkahwinan mereka yang sudah semestinya bukan dia yang pilih.Dia menyambut huluran salam lelaki asing yang telah sah bergelar suami kepada dirinya.Sejuk sahaja tangan lelaki itu taktala dia mengucup separuh rela.Terasa masa berlalu dengan pantas.Dia masih ingin melayan tetamu yang hadir di majlisnya ini dan berharap yang mereka tidak akan pulang.NaMun itu semua sangat mustahil.Jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 11.30 malam dan dia sengaja menyibukkan diri membasuh periuk belanga yang masih banyak di belakang rumah.

“Mun! Apa kamu buat kat sini ni? Ya Allah,sabar jelah.Dengan baju pengantinnya lagi!” kuat suara mak melengking di belakang mengejutkan Mun yang sedang syok menyental bontot kuali yang hitam legam tu.

“Kenapa mak?”Mun bangun dari bertinggung dan mengesat peluh di dahi. Semakin dia hairan melihat muka maknya seperti menahan gelak.

“Mun,muka kamu tu comot dengan arang hitam kat bontot kuali tu.Dah,dah.Gi masuk mandi lagipun kamu tu pengantin baru.Mana boleh tinggalkan suami kamu sorang-sorang,”maknya menarik tangannya dari terus berdiri di situ dengan muka blur.

“Ahh..leganya,”Mun mengelap rambutnya yang separas pinggang itu dengan tuala yang dipegangnya. Terasa lega badannya yang melekit selepas membersihkan diri dengan air yang mengalir dari shower.Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di hadapan meja solek dan mencapai sikat di atas meja untuk menyikat rambutnya yang masih lembab.Biasan seseorang duduk bersilang kaki di atas sofa di cermin mengejutkan dia lantas dia terus sahaja berdiri.

“Baguslah kalau kau rasa lega. Sebab selepas ini kau tak akan lega lagi.Selepas ini kau tak akan mampu lagi meluahkan kelegaan dari mulut itu,”lelaki itu bersuara perlahan tetapi tegas sebelum bangun dari duduk dan menghampiri Mun yang masih lagi berdiri kaku di hadapan meja solek.Mun mula ketakutan.Walaupun lelaki itu sangat segak dalam sepersaLinan baju melayu berwarna putih gading naMun itu masih belum mampu mengusir rasa takut dia padanya. Semakin lelaki itu menghampiri dia perlahan-lahan cuba mengesot menjauhi lelaki itu.Dia menjeling pintu yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.Dia perlu meloloskan diri melalui pintu itu jika tidak habislah hidup dia.

Mun menarik nafas sedalamnya sebelum dengan pantas memecut ke arah pintu bilik.Belum sempat dia memegang tombol pintu dirinya sudahpun terhumban ke belakang. “Lepaskan aku!”kuat suaranya. Pelukan kemas di pinggang menyukarkan dia bergerak.Nafas lelaki itu ganas menampar telinganya.

“Kau dah perangkap aku sampai aku terpaksa menikah dengan kau sekarang kau nak berlagak innocent pulak ye dengan aku? Aku pun nak jugak ‘upah’ aku untuk segala yang telah aku lakukan,”Izuan mencepung tubuh isterinya dan mencampakkan ke atas katil dengan sepenuh tenaga.Mun mula menikus.Sungguh dia tidak sangka yang Izuan akan bertindak seganas itu.Syaitan Laknatullah manakah yang telah merasuk dia?

“Lepaskan akulah!!”Mun cuba menjerit tetapi tangan Izuan lebih cepat menekup mulut Mun.Akhirnya kesucian yang dia pertahankan untuk seorang suami soleh yang diidamkan dirampas dengan kejam oleh seorang lelaki yang lansung dia tidak cintai.

Kicauan burung di luar mengejutkan dia dari lena.Dia melihat jam di dinding. ‘Ahh..dah nak pukul tujuh.Sempat lagi ni kalau nak solat subuh ni,’desis hatinya.Dia cuba bangun dari tidur naMun tersekat dengan tangan Izuan yang memeluk pinggangnya.Cepat sahaja dia melepaskan tangan tangan itu dari terus memeluk pinggangnya.Jijik!

Usai sahaja mandi dan menunaikan Subuh,Mun keluar dari bilik menuju ke dapur. “Mak masak apa je ni?”Mun memeluk maknya dari belakang.

“Masak bihun je. Kamu dah kejutkan ke suami kamu tu?”Mun yang sedang membancuh air tersentak.

“Dah mak,”bohongnya.Alaa..pandailah dia nak bangun sendiri.Ingat aku ni orang gaji dia ke nak kejut-kejutkan pulak.Gerutunya dalam hati.Dia memejamkan mata,cuba membuang segala ingatannya tentang peristiwa berdarah semalam.

Ya Allah Mun! Air dah penuh tu!”suara mak yang kuat kedengaran kuat. Mun tersedar dari laMunan lantas mengambil kain untuk lap air yang tumpah.

“Isk kamu ni! Berangan apalah sampai air pun boleh tumpah,”maknya mengelengkan kepala naMun ada senyuman tersungging di bibir.Mun tahu apa yang maknya fikirkan tapi dia tiada daya mahu menafikan.Nanti dikatakan tidak tahu malu pulak. Semua ahli keluarga berkumpul untuk bersarapan bersama-sama.

“Mak,hari ni kami dah nak balik KL,”tiba-tiba tika semua orang sedang khusyuk menjamu selera kedengaran suara Izuan.Apa? Balik KL dengan dia? Kenapa cepat sangat nak balik?

“Cepat betul kamu nak balik Iz? Kan baru je semalam akadnya?”mak Mun seperti berat hati untuk melepaskan Mun pergi.

“Iz banyak lagi kerja mak nak kena selesaikan dekat pejabat.Lagipun lusa Iz ada meeting dengan client dari Korea,”jawab Izuan dan mak hanya mengangguk akur.

Tengahari itu segala persiapan untuk bertolak balik sudah pun dimasukkan ke dalam kereta. Mun menyalami tangan maknya. “Mak,maafkan segala kesalahan Mun mak. Halalkan makan minum Mun,halalkan setiap titis susu yang Mun minum dari mak.Ampunkan dosa-dosa Mun mak,”mengalir air mata maknya mendengar anak sulungnya itu.

“Mak ampunkan semuanya Mun,”dia memeluk anaknya.Sendu sungguh di hati,terasa seperti itulah kali terakhir dia akan bertemu dengan anaknya.Izuan juga turut menyalami tangan mak merTuanya dan mereka bersama-sama masuk ke dalam perut kereta menuju ke Kuala Lumpur.Mun melambai-lambaikan tangan ke arah keluarganya dengan perasaan sayu.

Dia memulakan kehidupan sebagai isteri kepada Tengku Alif Izuan Bin Dato’ Tengku Fariz. Kehidupannya di rumah mertua sungguh perit. Semua ahli keluarga itu tidak mampu menerimanya. Dia hanyalah seperti seorang pengemis yang datang menumpang di rumah orang kaya.Datin Wana,mak merTuanya sengaja memberhentikan semua pekerja dan orang gaji di dalam rumah itu dan dialah yang terpaksa menggantikan tugas mereka.Izuan sudahpun memberhentikan dia dari kerja di syarikat mereka serta-merta. “Kalau kau nak tinggal dalam rumah ni,kau kenalah buat semua kerja.Lagipun apa guna ada menantu! Jangan ingat nak jadi puan muda pulak datang dalam rumah aku tak berjemput!”seperti panah kata-kata itu menusuk ke dalam hatinya saat pertama dia menjejakkan kaki ke dalam banglo mewah itu. Dia terpaksa bangun seawal lima pagi untuk menyediakan sarapan pagi untuk seisi rumah seramai 8 orang dan membuat pelbagai kerja.Membasuh,memasak,mengelap lantai,cabut rumput,bersihkan longkang serta mengangkat pasu-pasu berat hampir setiap hari.

“Ya Allah,Kau kuatkanlah hati Hamba-Mu ini dalam menghadapi ujian dunia ini.Kau kuatkanlah iman di dadaku Ya Allah,”itulah doanya setiap kali dia solat. Setiap hari dia tidak akan lupa untuk membaca Quran kerana hanya dengan cara itulah dia mampu bertenang.

Malam itu semua tugasnya sudah disiapkan awal-awal lagi.Lagipun semua ahli keluarga merTuanya keluar entah ke mana.Dia melangkah longlai ke bilik orang gaji yang sudahpun menjadi biliknya sekarang ini. Baru sahaja dia mahu merehatkan badannya yang keletihan kedengaran derap tapak kaki seseorang menuju ke biliknya.Jantung Mun sudah mula berdetak kencang.Pencuri ke?

“Oit perempuan! Buka pintu ni!”terdengar suara Izuan kuat disusuli dengan ketukan di pintu.Dia mengeluh lega kerana bukan pencuri seperti yang disangkakannya. Dia bangun dari baring dan membuka pintu.

Izuan menapak masuk ke dalam biliknya.“Semenjak kau duduk rumah aku ni kan,kau dah lupa ye tanggungjawab kau?!”keras suara itu.

“Apa maksud kau aku dah lupa tanggugnjawab aku?”tanya Mun kembali namun dengan nada suara yang perlahan.Sungguh dia gerun berhadapan dengan Izuan. Pang!! Mun memegang pipinya yang terasa pijar.

“Siapa suruh beraku-kau dengan aku hah? Kau tu tak layak lansung tahu tak? Panggil aku Tuan!”suara Izuan naik 2 oktaf.

“Maaf Tuan..”tersekat-sekat Mun menjawab. Air mata mula berkumpul di pelupuk mata.Tak boleh Mun,jangan nangis.Kau mana boleh tunjuk yang kau ni lemah!

“Kau dah lupa ye tanggungjawab kau kat aku? Nafkah batin aku mana? Dahlah menumpang hidup rumah orang!”Mun tersentak.Dia ingatkan Izuan tidak akan menuntut tanggungjawab yang itu kerana dia bukanlah wanita pilihan Izuan. Dia semakin berundur apabila Izuan semakin menghampiri dia.Aku mesti melepaskan diri!!! Tanpa mampu berfikir apa-apa,dia mula memecut cuba keluar dari bilik itu tapi Izuan lebih pantas menarik rambutnya hingga dia jatuh.

“Siapa ajar kau jadi betina kurang ajar ni hah?”Izuan semakin kuat menarik rambutnya. Menjerit dia kesakitan. “Oit senyaplah!” sebiji penendang di hadiahkan oleh suami yang tidak sampai sebulan pun dinikahi.Mun mengerengkot di lantai menahan senak di perut.Izuan mengangkat tubuh kurus itu dan mencampakkan ke atas tilam nipis tempat Mun tidur. Menjerit kesakitan Mun saat tubuhnya terhempas. “Ini bukan apa-apa kalau nak dikira dengan apa yang telah kau buat dengan hidup aku! Kau jerat aku sampai aku kena kahwin dengan betina keparat macam kau ni! Sampai wanita yang paling aku sayang pun tinggalkan aku! Aku akan pastikan hidup kau tak akan tenang!”Mun hanya mampu mengigit bibir menahan sakit atas segala perilaku Izuan padanya.

Hampir setiap hari Izuan akan datang menuntut haknya hinggakan dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Hanya pada Allah dia sujud mengadu nasib dirinya. Jam meenunjukkan pukul 4.30 pagi saat dia terjaga pagi itu.Hawa dingin awal pagi masuk melalui celah-celah tingkap menyentuh tubuhnya yang hanya berselimutkan kain sarung batik lepas emaknya.Hanya dengan cara itu dia mampu melepaskan rindunya kepada emaknya kerana Izuan telah merampas handphonenya.Nasib baik ada jam loceng kecil yang sudahpun ada di dalam bilik itu membantu dia untuk bangun tepat pukul lima setiap hari.

“Awal lagi ni,”desisnya.Dia merenung siling di dalam kegelapan pagi itu. Terimbau kembali bagaimana dia boleh berkahwin dengan Izuan. Setelah habis sahaja pengajiannya di sebuah kolej di ibu kota dia telah diterima bekerja sebagai setiausaha Izuan dan sudah setahun dia bekerja di syarikat itu.Dia tahu Izuan sudahpun mempunyai teman wanita yang cantik kerana wanita itu kerap datang ke syarikat itu untuk bertemu dengan Izuan dan dia juga mempunyai tunang yang sangat dia sayangi. Kehidupannya sempurna hinggalah suatu hari di mana seorang wanita mengaku mengandungkan anak tunangnya datang merayu agar memujuk tunangnya bertanggungjawab terhadap anak itu.Dia lantas balik ke kampung dan memutuskan pertunangan itu serta merta dan walau dia cuba sedaya upaya rahsiakan sebab kenapa dia memutuskan pertunangannya namun oleh kerana berkali-kali didesak oleh maknya,dia terpaksa memberitahu dan hal itu tersebar di kampungnya tanpa dia ketahui.

Dalam diam tunangnya merancang untuk membalas dendam dan memerangkap dia dan juga Izuan di dalam sebuah hotel hingga mereka akhirnya ditangkap oleh pencegah maksiat. Semua ini dia tahu sehari sebelum ijabkabulnya dengan Izuan,itupun setelah diberitahu sendiri oleh jantan keparat itu.“Ahh..tak sangka betul.Begini akhirnya perjalanan hidup aku,”keluh Mun perlahan.Kasihan Izuan kerana menjadi mangsa di dalam permainan takdir ini.Maafkan aku Izuan,aku amat bersalah.Aku akan anggap semua ini adalah hukuman kerana melibatkan hidup kau. Jam loceng di sebelah berbunyi menandakan sudahpun pukul 5 dan masa untuk dia menjalankan ‘tugasnya’.Dia bangun dari baringnya dengan susah payah. Badannya asyik sakit-sakit dua tiga menjak ini. Kadang-kadang ada banyak lebam sebesar tapak tangan di paha dan perutnya.

“Iz tak sihat,kau hantar sarapan kat bilik dia,”arah Datin Wana tika mereka semua bersarapan. Mun mengangguk sebelum menatang dulang berisi sarapan ke bilik Izuan di tingkat dua.

“Assalamualaikum Tuan,”Mun mengetuk pintu namun tiada jawapan dari dalam.Mun memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik Izuan. Mun meletakkan dulang di atas meja di sebelah katil Izuan. “Tuan.”Mun menyelak selimut yang membalut tubuh Izuan sepenuhnya namun terkejut apabila mendapati bukan Izuan di bawah selimut itu tetapi bantal peluk.

Klik! Kedengaran tombol pintu dikunci.Mun berpaling ke belakang dan kelihatan Izuan di muka pintu tersengih. Mun sudah mula resah apabila Izuan mula mendekati dirinya.Dia sudah tahu apa niat Izuan. “Dat…Datin kat..kata Tuan sa…kit.Sayaaa ba..wa..sara..pan un..tuk tu..an,”tergagap-gagap Mun cuba menutup gugup di dada.

“Ye,aku memang sakit.Tiap-tiap hari aku tak pernah puas dengan tubuh kau.Tulah sakit aku.Tak tahu apa yang buat aku macam tu.Kau pakai ilmu apalah agaknya kan?”Izuan menolak tubuh Mun ke atas katil.Mun hanya mampu menyerah kerana dia tahu walau macamanapun dia cuba melawan,tiada apa yang mampu dia buat sekarang ini.

Mun terjaga dari lenanya tika merasakan terik matahari yang menerobos masuk ke dalam bilik Izuan.Izuan sudah tidak ada di sebelahnya. Mun mengeluh,air mata mengalir di pipi. Dia bangun mengutip pakaiannya yang berteraburan di atas lantai.Kenapakah takdir aku begini? Bergelar isteri tapi dilayan seperti pelacur.Datang bila dikehendaki dan ditinggalkan bila sudah puas. Mun mengemas bilik Izuan yang berselerak sebelum menatang kembali dulang yang berisi sarapan yang lansung tidak dijamah oleh Izuan.Sedang dia berjalan menuruni anak-anak tangga tiba-tiba kepalanya berpusing dan pandangan dia gelap.

Mun membuka matanya. “Ya Allah,aku kat mana ni?” Mun memegang kepalanya yang masih sakit.

“Kau dah sedar? Aku ingat kau dah nak mati tadi.Tapi kalau kau mati bagus jugak,jimat sikit duit aku,”suara itu kedengaran lagi menyapa telinganya. Mun berpaling ke arah datang suara itu dan melihat Izuan sedang duduk di atas sofa tidak jauh darinya.

“Maafkan saya Tuan.Saya tak ingat apa-apa.Tiba-tiba je saya ada kat sini,”Mun cuba bangun.Sakit sungguh badannya. Baru dia perasan kepalanya berbalut.

“Tiba-tiba je kau pengsan jatuh dari tangga.Semua orang tak nak tolong kau.Kalau nak kira aku pun nak je tinggalkan kau mati situ tapi tak sampai hati pulak tengok kau terlentang kat situ.Mama dah bising sebab kau pecahkan pingan dia tadi,”tiada perasaan Izuan melafazkan setiap lafaz itu.Bergenang air mata Mun.Hinanya dia di mata keluarga mertuanya.

“Terima kasih Tuan sebab sudi hantar saya ke hospital,”Mun mengucapkan terima kasih dan tanpa dia sedari ucapan itu disulami dengan senyuman yang sudah lama dia tidak ukir.Izuan terpempan.Sudah lama dia tidak lihat senyuman manis itu semenjak mereka berkahwin. Diambilnya kesempatan itu untuk memerhatikan keadaan seorang wanita yang bernama Sidratul Muntaha,yang dia layan seperti sampah kerana terpaksa menikahi perempuan itu. Tapi aku pelik,sepatutnya jika benar wanita ini yang pernah menjadi setiausahanya mahu memerangkapnya,dia sepatutnya bergembira namun sebaliknya pula.Wanita itu terlalu berduka dan setiap malam esak tangis wanita ini,mengadu pada yang Maha Kuasa selalu bermain di telinganya. Terlalu ketara perubahan fizikal wanita di hadapannya ini. Susut badannya dan wajahnya yang muram serta cengkung.Nak dengar suara pun susah.Ahhh!! Jangan kau terpedaya iz! Semua tu lakonan dia je!

“Mulai harini kau tak payah tinggal di rumah aku lagi.Aku ada satu tempat yang sesuai untuk kau.Ahli keluarga aku dah menyampah dengan kau!”tegas suara itu bersuara selepas lama diam. Mun hanya mampu menikus,lagipun dia tiada hak untuk bersuara.

“Kau makanlah dulu.Aku nak pergi ambik baju-baju kau tu.Mama dah bising.Lemas katanya dengan bau kau,”Izuan bangkit dari duduk dan keluar dari bilik itu.

Mun melihat sebungkus nasi di atas meja sebelah katilnya.Dalam diam dia bersyukur sekurang-kurangnya Izuan masih ambil berat padanya. Sedang dia menjamu selera,tiba-tiba masuk seorang doktor separuh abad. “Puan Sidratul Muntaha ye?”tanya doktor itu.Mun mengangguk.

“Suami puan ke mana ye?”tanya dia lagi.

“Entahlah doktor.Dia keluar tadi.Kenapa ye?”Mun hairan dengan doktor ini.Lagipun jika ada sesuatu,beritahu sahaja padanya.

“Hurm..ini adalah berkaitan dengan result CT scan puan,”doktor itu berjeda.Mun menunggu doktor tersebut meneruskan katanya.

“Kami mendapati puan mengidap barah otak, tahap tiga,”kata-kata doktor itu begaikan pedang menusuk ke hatinya.Barah otak? Ya Allah…sesungguhnya berat sungguh ujian yang Engkau hadiahkan.Tabahkanlah hati Hamba-Mu ini Ya Allah.

Mun cuba bertenang. “Berapa lama lagi masa yang..saya ada doktor?”Mun menelan liur.Dia tahu dia harus tabah dengan semua ini.

“Mengikut jangkaan kami,puan mempunyai masa sembilan bulan lagi,”perlahan suara doktor itu.Mun hanya mengangguk faham.

“Kami ada 1 lagi berita untuk puan.”Mun sudahpun sedia menadah telinga. “Puan mengandung,dua bulan,”Mun terkejut. “Tetapi dengan keadaan puan,kami sarankan agar puan gugurkan kandungan puan kerana rawatan fisioterapi akan memberi kesan pada kandungan puan dan kandungan ini juga memberikan risiko yang lebih besar pada kesihatan puan,”Mun terkejut.

“Tidak doktor.Saya nak simpan kandungan ini.Saya tak mahu jalani rawatran fisioterapi dan saya rasa saya hanya mahu bergantung pada ubat untuk tempoh yang saya ada.Kalau boleh saya mahu doktor bekalkan ubat pada saya untuk setahun,”doktor itu mengangguk.

“Puan juga perlu datang untuk rawatan susulan,”pesan doktor itu.Mun hanya mengangguk.

“Tolong rahsiakan ini dari suami saya ye,”pinta Mun sebelum doktor itu keluar.

******************************************************************************

“Mulai hari ni aku nak kau tinggal kat sini.Kau tak boleh pergi mana-mana pun.Lagipun kalau kau tinggal dengan aku,kau hanya menyusahkan aku je!”Izuan menunjal kepala Mun di sebelah yang hanya menunduk. “Kau dengar ke tak ni?!”keras suara Izuan bergema di dalam rumah itu.Geram sungguh dia bila Mun tidak memberikan apa-apa respon.Mun cepat-cepat mengangguk.Entah di mana Izuan membawanya Cuma yang dia tahu dia akan duduk di situ,sebuah rumah banglo di atas bukit,jauh dari dunia luar.

“Ni Lina,dia yang akan awasi kau.Kau duk je dalam bilik ni.Jangan pergi mana-mana.Kau tak boleh keluar walau selangkah dari bilik ni!”keras pesanan itu.Mun mengangguk.

“Inilah akibatnya atas apa yang telah kau buat terhadap aku dan kalau boleh aku rak mahu kau muncul atau wujud di hadapan aku,”kata Izuan lagi sebelum melangkah keluar dari bilik itu.Meninggalkan Mun dan Lina.

Mun menghabiskan hari-harinya di situ dengan beribadat kepada Allah.Dia tahu ajalnya semakin menghampiri,sakit kepalanya semakin kerap dan kadang-kadang batuknya dipenuhi darah. Hanya pada Allah dia mengadu agar perkuatkan dirinya demi anak yang dikandung.Sekarang dia bertahan untuk terus hidup demi anak yang dikandung.Sekurang-kurangnya dia ada sebab untuk meneruskan sisa hidupnya yang tinggal tidak lama lagi.Sudah tujuh bulan berlalu dan Izuan lansung tidak menjenguknya.Lina sudahpun menjadi kawan baiknya.Dia bersyukur kerana Lina melayannya seperti seorang kakak,bukan seperti banduan yang terkurung.Walau dari jauh,dia sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarganya serta keluarga mertuanya.

Di pejabat Izuan,dia sedang menatap gambar Mun.Entah kenapa hatinya sangat rindukan isteri expressnya itu namun ego mengatasi segala-galanya.Izuan! Jangan kata kau dah jatuh cinta kat perempuan murahan tu! Izuan hanya membiarkan perasaan itu berlalu,baginya semua itu hanyalah mainan perasaan dan jiwa.

Suatu petang sedang Izuan berrehat di bawah gazebo,dia dikejutkan dengan kedatangan seorang lelaki berkerusi roda yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas tunang Mun. Dia menjelaskan semua yang berlaku dan memohon maaf.Tuhan sudahpun membalas perbuatan jahatnya.Sebulan selepas Mun berkahwin dengan Izuan,dia terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan dia lumpuh seumur hidup. Datin Wana yang turut sama di dalam pertemuan itu menangis hingga hampir pengsan.

“Mama bersalah sangat dengan Mun Iz.Mama seksa dia Iz,mama benci dia sebab mama ingat dialah yang perangkap Iz,”kata Datin Wana dalam esak tangisnya.Datuk Tengku Fariz hanya mampu mengelenggkan kepala.Turut merasa bersalah.

“Iz rasa Iz nak pergi jumpa Mun!”Izuan berlalu ke keretanya di bawah porch. Baru sahaja dia meloloskan ke dalam kereta,tiba-tiba handphonenya berbunyi. “Ye Lina? Kenapa?”

******************************************************************************

“Lina,boleh tak tolong akak sesuatu?”pintanya kepada Lina yang sedang memicit kepalanya.

“Boleh kak.Apa ye yang akak nak saya tolong?”sahut Lina.

“Ada cam recorder dalam laci almari solek akak tu,boleh tak kalau Lina tolong ambilkan?”pinta Mun lagi.Lina mengangguk dan bangun mengambil cam recorder itu dan Mun bangun perlahan-lahan duduk di atas kerusi yang hampir di tingkap.

“Lina tolong ‘on’kan cam tu ye dan kalau boleh akak nak tinggalkan pesanan terakhir akak untuk Tuan Izuan.”Lina yang faham dengan permintaan Mun meletakkan cam itu tidak jauh di hadapan Mun dan menekan butang on sebelum keluar dari bilik itu.

Balik sahaja dari tanah perkuburan,Izuan masuk ke dalam bilik arwah isterinya.Dia memerhatikan ruang bilik itu yang masih dipenuhi dengan bau kesukaan Mun.Tiba-tiba dia terpandangkan sekeping CD di atas meja. “Untuk suami tercinta yang dirindui?”perlahan dia membaca sekeping sticky note yang dilekatkan bersama CD tersebut.Dia memasang CD itu di DVD Player pada laptop yang ada di dalam bilik itu.Terpempang dia seketika apabila imej isterinya muncul.

Sehari sebelum itu;

Mun memerhatikan Lina yang berlalu keluar dari biliknya dan kedengaran pintu itu dikunci dari luar. Dia hanya membuang pandang ke cam recorder itu.Lampu merah pada badan cam recorder itu yang berkelip-kelip menandakan dirinya sedang dirakam.Seminit berlalu. Mun menarik nafasnya dalam-dalam.“Tuan,”serunya. “Maafkan saya sebab mucul lagi di hadapan Tuan seperti ini tetapi Tuan jangan risau kerana ini adalah kali terakhir saya akan Muncul di hadapan Tuan.” Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Sebenarnya saya sudah lama sukakan Tuan,kalau tak silap saya ketika saya masih kecil lagi.Tuan ingat tak time kita kecil? Kita selalu main sama-sama kan? Dekat taman depan perumahan lama tu. Indah sangat memori itu Tuan. Saya sangat gembira kerana dapat berjumpa Tuan kembali di syarikat Tuan tapi saya tahu hanya saya seorang sahaja yang kenal Tuan dan Tuan Mungkin tidak mengenali saya malah saya juga Mungkin tidak pernah wujud dalam inagtan Tuan.Saya minta maaf Tuan kerana bukan saya yang merancang memerangkap Tuan sehingga Tuan terpaksa berkahwin dengan saya.Sebenarnya bekas tunang saya yang membuat kerja jahat itu. Biarlah,yang lepas usah dikenang.Hanya Allah saja yang akan membalas segala perbuatan jahatnya. Tuan,terima kasih kerana membenarkan saya hadir dalam hidup Tuan walau hanya sekejap,terima kasih juga kerana memberi saya merasa nikmat menjadi seorang ibu walau saya mungkin tidak akan sempat untuk menatap wajah anak ini. Tugas memberikan nama untuk anak ini saya berikan kepada Tuan kerana Tuan lebih berhak. Semua duit simpanan saya dalam bank 50% saya wasiatkan kepada anak kita dan 50% lagi saya wasiatkan untuk keluarga saya.Wasiat ini saya sudah amanatkan kepada Lina,pembantu yang Tuan telah upah untuk awasi saya.”Mun berhenti seketika.Menarik nafas dan mencari kata untuk disampaikan kepada suaminya yang sangat dirindui.

“Banyak lagi yang saya mahu katakan tetapi saya kehilangan kata-kata untuk meluahkan semua itu dan saya cuma mahu Tuan tahu Tuan adalah cinta pertama saya dan akan menjadi cinta terakhir saya. Saya hanya mahu minta Tuan halalkan segala makan minum saya dari saat saya menjadi isteri Tuan hingga ke akhir nafas saya. Maafkan segala kesalahan saya Tuan.Oleh kerana saya mungkin tidak akan dapat lagi menatap wajah Tuan,saya sudahpaun memaafkan segala kesalahan Tuan pada saya serta kesalahan semua orang pada saya.Saya harap Tuan boleh sampaikan permintaan maaf saya pada keluarga saya dan juga keluarga Tuan,”tiba-tiba terasa sakit yang menyucuk di perutnya.Mun cuba bertahan,dia harus habiskan segala amanat dia di sini.Jika tidak,tidak akan ada lagi peluang selepas ini. “Doakan saya supaya saya akan tenang di sana.Tuan..”Mun kehilangan kata apabila sakit yang tadinya datang 5 minit sekali kini semakin kerap.Dia memegang perutnya yang memboyot. Bertahan Mun,bertahan.Sedikit sahaja lagi. “Tuan..izinkan saya memanggil Tuan sekali ini sahaja,dengan panggilan yang terhormat ini.” Mun cuba tersenyum.Sungguh,sudah lama dia lupa bagaimana untuk senyum. Seingatnya semenjak Izuan melafazkan akad ke atas dirinya. Biarlah,dia hadiahkan senyuman terakhir ini untuk kali terakhir. “Abang,izinkan Mun pergi dulu. Mun cintakan abang sepenuh hati kerana Allah dan jagalah anak ini dengan penuh kasih sayang.Jadilah suami yang soleh untuk isteri abang nanti serta ayah yang baik,”habis sahaja dia berkata-kata Mun merasakan sesuatu yang panas menitik di tangannya.Darah? Ya Allah! Mun mengambil tisu di sebelahnya dan menekup hidungnya.Dia cuba bangun namun terjatuh dek kerana sakit yang mencucuk di perut.Dia tahu sudah tiba masanya. Ayah,Mun pun akan ikut ayah sekejap lagi.“Lina!!!”Mun memanggil Lina dengan sisa kudrat yang tinggal.

******************************************************************************

Skrin sudahpun gelap.Izuan menekup mukanya.Mun!! Hatinya menjerit memanggil insan yang sudah tiada. Meninggalkan dunia yang fana dan bertemu dengan Pencipta Yang Teragung.Ya Allah apa yang sudah aku buat ni? Ya Allah sesungguhnya hamba-Mu ini penuh dengan kekhilafan. Mun,maafkanlah aku Mun! Terimbau kembali segala penderitaan yang Mun kerana dirinya.Mun..maafkan aku Mun! Air mata yang penyesalan yang mengalir di pipi sudah tidak bermakna lagi kerana semuanya sudah terlambat.

p/s: Kadang-kadang seseorang yang Allah anugerahkan untuk kita sukar untuk kita terima pada mulanya tetapi sebenarnya itulah permata sebenar dan janganlah menunggu hingga kita kehilangan mereka baru mahu menyesal.Hargai semua selagi kita berkesempatan. Ini adalah cerpen kedua saya. Harap semua pembaca enjoy dengan karya tidak seberapa saya ni. Komen yang membina sangatlah dihargai.. ^_+ – AinaLisa




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

75 ulasan untuk “Cerpen : Kau Cinta Pertama dan Terakhir”
  1. erna wati says:

    so sad…story….I like it…best sangat……nasib baik baca seorang2 klu tak…mesti malu tahap gaban da…kena usik oleh my sis…..hehehehehehe.tpi klu cerpen ni pnjg sikit mesti lagi best…sebab masa nak ending tu….mcm mun je…yg tangkap cinta kt suami dia…sedangkn suami dia cuma rasa brsalah je..tpi apa2 pun cerpen mmg best sangat..good job…ikhlas dri hati…

  2. AinaLisa says:

    erna wati>>>> thanks sb komen. hehehehe… mmg nk wat panjnag tpi x larat n x sbr nk publish kat p2u. tpi thanks sgt 4 da comment and also sb sudi baca. ^__^

  3. amni says:

    What happen to their baby? Meninggal? Hm sedih cerita ni. Goodjob writer. I like this story. Tahniah tahniah

  4. ANNA174 says:

    SAD STORY <3 <3 <3

  5. somi toni says:

    Huhuhuhu sdihnya..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"