Cerpen : Khabar Ayah

17 February 2013  
Kategori: Cerpen

5,333 bacaan 12 ulasan

Oleh : anfanisha

“Adik,mari sini..lambai abang tu.. dia dah nak balik Perak tu,sesekali je abang balik .. .” Panggil ibunya mesra. Ria keluar untuk melambai abangnya Aru. ..tapi.. . lambaiannya tidak berbalas. Aru hanya melihat lambaian Ria dan memalingkan muka, dia hanya tersenyum, semyuman yang tidak dimengertikan untuk apa.

“Ah,sudahlah, kau tak balik pun tak apa.” Ria mendengus, benci melihat muka abangnya. Lantas Ria terus masuk kerumah tanpa menghiraukan jelingan marah ibunya.

“Ria,mari sini”. Panggil ibunya penuh kasih.

Ria tidak menyahut,tangannya mencapai daun pintu,ditutupnya rapat-rapat.Dia hanya tersenyum sejenak dan membuntuti ibunya.Ibu duduk dipenjuru katil. Ria lantas melutut didepan ibunya dan duduk sabar bersedia mendengar bicara ibu.

“Kenapa ibu?” Ria bertanya penuh lemah lembut.Penuh rasa hormat seorang anak kepada ibunya.

“Ria benci abang ke?” spontan soalan itu menyambar ketelinga Ria.

Ria hanya diam,matanya memandang jauh keluar tingkap.Tangannya sesekali digengam erat,dengusan selang seli kedengaran.Panggilan ibunya bagaikan angin lembut yang berlalu pergi.Dia tidak tahu kenapa setiap kali nama abang dan ayahnya disebut,telinga ini seakan panas.Hatinya seakan membara.

Hembusan nafas lembut kedegaran,Ria sedia untuk berbicara.

“Ibu, mana abang bawa ayah pergi? Kenapa ayah tak mahu kembali kesini,abang jahat, kenapa abang racun fikiran ayah? Kenapa abang tak bawa ayah balik? Kenapa? Ayah pula dah 2 tahun tak balik, ayah tak sayangkan Ria ke?”

“Riaa!!!” Serentak jeritan itu, tamparan hinggap dipipi Ria.

Ria hanya mampu membalas tamparan itu dengan air mata. Lantai mula basah dengan titisan.. . demi titisan air mata.. yang rebah lembut.Tubuhnya tiba-tiba terasa hangat,dakapan kemaafan dari ibunya.

“Ma.. maafkan ibu Ria.”

Ria hanya membatu,lemah, diam tanpa membalas pelukan ibu. Air mata jantannya akhirnya gugur didalam pelukan ibu. Seawal umur 10 tahun dia tiba-tiba ditinggalkan ayah tanpa berita, seawal 10 tahun dia terpaksa menahan sengsara hati tanpa ayah. Semuda itu tanpa peluk mesra ayah, semuda itu tanpa usapan semangat ayah,dirinya kian rebah tapi digagahkan demi ibu. Tapi.. .

“I. ..bu..ibu tak pernah beritahu khabar ayah setiap kali Ria tanya,.Jawapan yang Ria dapat.. hanya tamparan.. . demi tamparan ibu… kenapa bu?” Ria menutur kata dengan lemah,berusaha meluahkan apa yang terbuku.

Setiap kali khabar ayah disuarakan ibu berdolak dalik mengatakan ayah bekerja, ayah berjumpa saudara. Macam-macam jawapan yang Ria dengar,Ria tidak mahu mendengar semua itu,Ria hanya mahu khabar ayah.Pelukan dan sapaan ayah yang dirindukan,gelak tawa ayah yang Ria impikan,bukan mahukan tamparan sebagai jawapan hibaan hati ini.

Ibu membetulkan duduk,sebak dengan pertanyaan yang Ria ajukan,bunyi daun tingkap lemah terkuak dek angin.Ibu mula menyusun kata dalam pemikiran.Dilubuk hati yang dalam ini, jauh dihati kerdil ini tidak sanggup berkata dusta kepada anak kesayangannya itu melainkan ingin kegembiraan merantai sekelilingnya.Penipuan ini dilakukan demi mengunci amanah suaminya yang ingin melihat Ria berjaya dan berbakti ditanah kering yang meminta disimbah air bakti ini,mengharap rerumput dicarik dan disemai tuai benih rezeki.

Ibu mula membuka buku lama, sebak dihati cuba dilontar jauh ketepi…

* * * * *

“Ibu, Aru bawa ayah ye.. . ayah dah lama terbaring lemah di katil macam ni… kadang kadang meracau, kadang bercakap sendirian.Aru tak sanggup tengok ayah macam ni ibu. benarkan Aru bawa Ayah kebandar untuk berubat.” Aru menyatakan hasratnya pada suatu hari.

Tidak sanggup dirinya melihat tubuh uzur yang dulunya itu disimbah panas mentari menuai benih kekacang ditepi kaki rumah. Tubuh tua itulah yang membanting tulang empat kerat memikul cangkul kayu menanam timbus batas pokok ubi.Aru tidak sanggup lagi melihat tangan yang dulu menumbuk dan mengepal ubi untuk dijadikan getuk ubi untuk Aru, kini mengepal, menarik rambut nipisnya kerana memaksa diri mengingat Aru.

“Ibuu., ayah disahkan mengalami sakit mental, ayah masih tak dapat mengigati Aru ibu.,ayah memerlukan perlindungan yang sempurna.Aru terpaksa biarkan ayah tinggal di sana. Ibu jangan risau,Aru akan jaga ayah di sana nanti, tapi.. . Ibu jangan sesekali beritahu Ria dan orang-orang kampung bahawa ayah sakit mental,Aru tak nak Ria sedih.Aru tahu Ria sangat sayangkan ayah,tapi Aru tak mahu pelajarannya terganggu,Aru tak mahu dia diejek kawan-kawan.Ria budak yang baik, dia pelajar yang cemerlang.Aru sayangkan Ria lebih dari Aru sayangkan diri Aru sendiri.”

Aru meminta izin ibu untuk membiarkan ayah tinggal disana untuk rawatan susulan. Waktu itu Ria berada diasrama,sudah 3 minggu tidak pulang kerana peperiksaannya semakin hampir.Ria perlukan konsentrasi untuk mencapai targetnya agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap subjek.

“Ibu,Ria mungkin tak dapat balik dalam 3 minggu ni,Ibu kirim salam sayang dan rindu pada ayah dan abang ye.” Ria menyampai pesan. Ibu hanya membalas dengan nada biasa, dengan hati yang berbaur sedih menyimpan khabar ayah dari pengetahuan Ria.

Ibu dengan berat melepaskan ayah pergi. Berat hati kerdil ini melepaskan genggaman erat suaminya. Dahulu suaminya pernah berpesan,jika terjadi suatu musibah pada dirinya jangan dibiarkan Ria keseorangan,dan jangan biarkan Ria diulit kebimbangan mengenai musibah yang bakal terjadi nanti.Kata-kata itu semakin sayu membenam dikotak fikirannya.Suaminya seakan-akan mendapat petunjuk mengenai musibah yang terjadi itu.

Cerita duka ayah bermula pada suatu pagi..

Dipondok kecil tepi rumah,sewaktu suaminya sibuk membenam cangkul dibatas ubi, lelaki tua itu tersentak terduduk apabila seekor anak lipan tiba-tiba menjengah disisi cangkul. Lelaki tua itu terduduk mengurut dada tersandar dipangkal pondok,seraya tiba-tiba tanpa disedari batu penindih zink menjunam laju memhempap kepalanya.Zink lama itu sudah bocor dimamah paku,hanya mampu diam diitindih oleh pemberat, batu itulah yang dijadikan pemberatnya.

“Allahuakbar” Hanya ucapan takbir pendek itu yang mampu disebut lelaki tua itu. Dia terjelepok kelantai sambil mengadu kesakitan yang teramat sangat.

Ibu tersentak dari menyental kuali diplantar,bangun dari bangku kayu gagahkan diri menerpa wajah ayah.Ibu mengigil disaat terasa darah hangat menyapa belakang kepala suaminya.Darah pekat mula mengalir laju mewarnainya kain batiknya yang sememangnya pudar.Mata suaminya mula tertutup perlahan lahan,pengsan dalam dakapan ibu.Tangisan ibu menghangat pipi menangisi suaminya berharap agar tetap bangun.

Nadi tubuh tua itu masih bergerak,Alhamdulillah ibu sujud syukur dalam tangisan kerana suaminya masih bernafas.Tubuh tua itu lemah berbaring diatas katil kayu usang yang dibuat Aru. Aru bergegas mengemas fail-fail dan barangnya bila panggilan ibu menjemputnya pulang.Perjalanan dari perak ke johor dikuatkan walau bertemankan tangisan sesekali.

Tangan pucat ayah yang kian tua dimamah usia itu dicium lemah.Jantungnya bagai direntap,lututnya lemah untuk bangun,Aru meraup mukanya berulang sebak dengan kenyataan yang mendatang,tangan ibu yang meramas bahunya sayu hanya ditenung dengan mata yang menakung air.

Sewaktu itu Ria berada diasrama,Aru perlahan-lahan menekan punat telefon.Tangan kasar Aru ibu tepis,ibu mengemis simpati Aru dari membuat panggilan memberitahu Ria tentang khabar ayar.Itu semua demi menggengam janji yang ibu pahat dengan ayah.Aru memejam mata kuat menahan sebak,hatinya tidak sanggup hendak menyembunyikan khabar ayah kepada adik kesayangannya,tapi,demi janji ibunya dia terpaksa.Aru menangis dalam dakapan erat ibu,tiba-tiba tangan kurus ayah terasa mengusik lengannya lembut.

“Alhamdulillah” Serentak kalimat syukur itu diungkap ibu dan Aru.Tangan ayah disapa dan dicium lembut.Ibu bangun mencium dahi suaminya yang semakin berkedut ditelan usia,rasa sayang terjawab dengan air mata yang tumpah menyusur dikedutan dahi ayah.Syukur kerana suaminya sudah sedar dari pengsan yang lama sedari pagi,dan syukur kerana dengan kepulangan Aru ternyata kudrat tua itu terasa lebih bertenaga bila bertemu anak kesayangannya.Ayah meramas kejap tangan ibu dan mula bertutur membisik.

“Rahsiakan daripada Ria,jangan buat dia risau.” Ayah bertutur pelan-pelan didengar sayu ditelinga ibu.Ibu mengangguk perlahan menyetujui kata-kata ayah,sambil tangannya menyeka permata jernih dihujung matanya.Didalam fikiran ibu berteka teki, adakah ayah benar-benar ingat pada Ria yang disebut-sebutkan,sedangkan untuk mengigati Aru dan dirinya juga ternyata begitu sukar.Ibu hanya diam.

“Aru,jaga ayah baik-baik ye.Ingat janji Aru pada ayah,jangan sesekali beritahu Ria khabar ayah.”Aru mengangguk walaupun didalam hatinya berat untuk mengotakan janji ayah. Apa keputusan yang ayah buat adalah demi kebaikan Ria,amanah yang disimpan ini juga demi kebaikan adik kesayangannya Ria.

* * * * *

“Ria.. . demi ibu..jangan benci abang ye,jangan benci ayah”, tangan ibu lembut menyentuh pipi Ria.Ria menepis kasar.Mata ibu membulat,terkejut dengan tindakan Ria.Mulut ibu terkunci seribu bahasa,nafasnya kencang turun dan naik.

“Ria benci ibuuu.”tangannya menekup mulut menahan tangisan.

“Ria takkan pernah membenci abang dan ayah kalau ibu beritahu dari dulu.Kenapa ibu tipu Ria.Ibu cakap abang bawa ayah untuk bekerja.Ibu cakap ayah sudah pulih dan abang mahu ayah kerja disana.Kenapa ibu? Kenapa ibu buat macam ni pada Ria. .. Ibu tak sayangkan Ria ke? Ibu tak pernah berfikir bahawa bertapa peritnya hati Ria.Sudahlah Ria hanya dapat pulang dari asrama 2minggu sekali.. hanya 2 minggu sekali untuk jumpa ayah. ..hanya 2 minggu sekali untuk bermain tawa dengan abang. . tapi.., ibu hancurkan semua tu..ibu pernah tanya.., kenapa Ria tidak pernah ketawa lagi seperti dulu.Ibu jahat.Ibu tahu kenapa ketawa Ria hilang,tapi ibu pura-pura simpati seolah-olah ibu tak tahu apa sebabnya.. . kenapa ibu? Kenapa?”

Ria rebah kelantai.. .semangatnya bagai direntap.. dia rebah..lemah dan lesu,air mata bagaikan tiada daya untuk tumpah lagi.

Selama ini hatinya seakan keras untuk menerima kenyataan yang ayah pergi meninggalkannya atas urusan kerja,tanpa ucapan selamat tinggal,tanpa pesanan buat dirinya yang kian muram hari ke hari menanggung rindu.Hampir 10bulan dirinya tertanya-tanya, mengapa ayahnya pergi tanpa menghantar sebarang khabar berita. Kering sudah air matanya turun kerana asyik diseka dek tangan kasar yang sering memukul Aru,memaksa Aru menyatakan khabar ayah sejujurnya.

Semuda ini dia ditinggalkan kasih sayang ayah,membuatnya mencetus dendam emosi pada abangnya yang hanya menurut kata.Ibu,mengapa?Kalau dulu Ria tidak mengerti mengapa Aru hanya membalas pertanyaannya dengan air mata,tapi kini dia faham.Pernah dulu Ria mengangkat tangan memukul dan mencengkam kuat kolar baju Aru,saat itu dilihat hanya air mata jernih yang diberikan sebagai jawapan.Marahku dileraikan ibu dan membiarkan Aru berjalan masuk keperut kereta.Dengan wajah sayu Aru meninggalkan perkarangan rumah yang semakin mengecil dipenglihatannya.

Ibu mendakap Ria erat.“Maafkan ibu. ..maafkan ibu. ..”

Ria terkulai lemah dalam dakapan ibu,air matanya yang luruh hanya dibiarkan tanpa diseka.Terasa tiada tenaga walau untuk mengangkat tangan membalas pelukan ibu sekalipun. Dikotak fikirannya hanya teringat senyuman ayah yang lama tidak singgah dimatanya itu.

“Ayah, Ria rindukan ayah. Rindu sangat.” Ria bertutur lemah.

“Ria,maafkan ibu. Ibu janji akan bawa Ria berjumpa ayah.Ibu janji nak.Maafkan ibu,ibu salah.Maafkan ibu.”Dicium pipi Ria dengan linangan air mata yang tidak henti-henti.

Ayah. ..

Aku takkan pernah lupa. .

Wajah lesu yang selalu merenung mataku.. .

Mendakapku lembut, mengusap kepalaku perlahan..

Hatiku sedih. .

Sebak. . bila mengetahui kau melepaskan tanganku.. .

Aku harap itu hanya mimpi hitam.. .

Kabus tak pernah jemu menutupi fikiranku agar aku melupakanmu. .

Aku takkan pernah ayah.. .

Takkan pernah. ..

Kebus tebal kutepis,,.

Awan hitam ku hakis. ..

Dari hatiku melupai dirimu.. ..

Dari mata ini membencimu.. .

Ibu terbelek-belek mencari nombor telefon Aru.Satu persatu punat telefon ditekan

mendail nombor Aru.Setelah mendapat balasan suara Aru dihujung talian,perlahan-lahan ibu

memulakan bicara mengenai kejadian petang tadi.Ibu mengusap kepala Ria perlahan dan

memberikan telefon kepada Ria.

Tangan Ria kaku memegang ganggang telefon,suara abangnya Aru mematikan kata-

katanya.Hatinya diamuk rasa bersalah pada Aru yang membisu padanya selama ini hanya kerana

memegang amanah ayah.Ria takut-takut memulakan bicara.

“A..abang.Maafkan.. Ria.Ibu sudah beritahu.. semuanya tentang ayah.” Tutur katanya

gagap.Aru dihujung talian menguntum senyum,hatinya lapang kerana tidak perlu terus menerus

membuat hati Ria terluka,tidak sampai hati menipu Ria berbulan lamanya.Kasihan Ria,dalam

usia semuda itu terpaksa menanggung keperitan tanpa kasih sayang ayah.

“Abang akan pulang ke Johor esok,nanti abang akan bawa Ria dan ibu kesini untuk

melawat ayah ye.”Aru memberikan bunga pengharapan pada Ria,Ria tersenyum gembira

mendengar ucapan Aru. Ria menyampaikan berita gembira itu kepada ibu,dan dibalas pelukan

mesra ibu yang zahirnya masih rasa kesal dengan perbuatannya sendiri.

Rindu Ria terubat tatkala ayah mendepakan tangan dan menanti pelukannya.Ria menangis dalam dakapan rindu yang telah lama dinanti.

“Ria sayang ayahhh.”

-tamat-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Cerpen : Khabar Ayah”
  1. nhaz says:

    sejujurnya saya tak dapat merasa feeling watak ria..watak ria berumur 10 tahun tapi kata2nya dan perbualan bersama ibu tak macam umur 10 tahun..watak kelihatan matang..sy tak ada ayah,sepatutnya cerita macam ni mampu buat sy menangis,tp tak berjaya..teruskan menulis ya writer,tingkatkan usaha anda,insyaAllah kelak boleh menjadi top writer :)

  2. anfanisha says:

    trime ksh nhaz.. huhuu loh yeke, saje xnk bg nhaz feelin’ , tkut nhaz nangis t ..ahakz =P . ape pn, takziah =) .. terime ksh byk2 ats pndpat dan pndgn, sy bru bljr mnulis, sy akn cube tingkatkn prestasi lg ntk pmbaca puas hati,hehee.. Insya Allah,trime ksh ats doanya.. . =D ‘Ganbatte2′

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"