Cerpen : Kisah Percintaan Kita

8 February 2013  
Kategori: Cerpen

18,430 bacaan 20 ulasan

Oleh : lunalina

Erie melihat kasut yang dipamerkan. “Ezzah, cantik tak kasut ni?” soalnya pada adiknya yang berusia 5 tahun. Senyap. Erie melihat Ezzah. “Ezzah, kenapa diam?” soalnya lagi. Ezzah menunjukkan seorang budak perempuan yang sebaya dengannya. “Dia tengok awak tu. Kawanlah,” kata Erie. Ezzah menggelengkan kepalanya. Budak itu menghampiri Erie dan adiknya. Erie ketawa kecil. Pup! ”Ezzah,” tegur Erie. Dia menghampiri budak yang terjatuh itu. “Ezzah, mintak maaf dengan dia,” ujarnya kepada Ezzah. “Nisha ni. Kenapa lari?” tegur seorang pemuda. Erie melihat mukanya. ‘Fulamak! Apasal dia ni handsome giler?’ soal hatinya. Erie berdiri. “Maaflah sebab adik saya adik awak terjatuh.”

“Tak apa. Dia ni memang. Terlalu berani,” jawabnya. Aduhai! Sesiapa yang mendengar suaranya pasti akan gugur jantungnya. “Adik saya ni terlalu sombong.” Pemuda itu tersenyum kecil. “Itu lebih bagus daripada terlalu berani. Taklah kita runsing memikirkannya. Terima kasih sebab jaga Nisha, ya,” ujar pemuda itu seraya berlalu. Erie menghela nafas. “Fuyo, handsomenya dia ni. Kalaulah dia pakwe aku,” bisiknya. Ezzah memimpin tangannya. “Jom,” ajak Erie.

**

Erie masuk ke dalam restoran KFC. “Itu! Kaunter kosong!” jeritnya kecil. Dia berlari ke kaunter tersebut. “Welcome to KFC. May I take your order?” tanya pekerja itu. “Saya nak zinger set. Lepas tu, saya nak air Mirinda Strwaberry. Adik nak apa?” soal Erie kepada adiknya. “French fries,” jawabnya. “Okey, french fries dan milo ais satu. Berapa semuanya?” soal Erie lalu melihat muka pekerja itu. Dia ternganga. “Makan sini atau take away?” soal pekerja itu. “Si-sini,” jawab Erie gagap. ‘Dia kerja kat sini? Tak pelah. Bolehlah aku makan sini tiap-tiap hari,’ bisik hati nakalnya. “Awak lagi,” ujar pemuda itu.” Erie menganggukkan kepalanya. “Ya, kita berjumpa lagi,” jawabnya gembira. Erie sempat melihat tag namanya. ‘Zack.’

**
Erie masuk ke dalam KFC. ‘Apa aku buat ni? Apasal aku tawarkan diri aku untuk beli ayam kat KFC ni?’ soal hatinya. Dia menyesal. “Welcome to KFC. May I take your order.”

“Macam kelmarin tu ya,” jawab Erie mesra. “Macam kelmarin?”

Erie mengetuk dahi. “Err, burger zinger dan strawberry mirinda. Lepas tu, French fries and milo ais. Family bucket satu,” ujar Erie panjang lebar. “Take away ke?” soal pekerja yang lain. Erie melihat mukanya. “Ya. Kenapa awak kat sini?” soal Erie. Zack tersenyum. “Tadi Aiman tu nampak blur. Tu saya yang tolong dia. Awak tunggu kat meja tu nanti kami beri kat awak. Nah,” air pepsi dihulurkan kepada Erie. “Thanks,” ucap Erie sambil menyambut huluran tersebut. Zack tersenyum manis. Erie duduk di sebuah meja yang berdekatan. “Apasal kau nak potong line aku?” soal Aiman. “Chilllah, aku nak ambik order dia. Tu pun salah, ke?” soal Zack kembali. Aiman tersengih. “Kau suka dia, kan?” soalnya. “Eh, taklah.” “Bang,” panggil seorang gadis. “Biar aku yang ambilkan order dia,” ujar Aiman lalu menghampiri kaunter.

Pintu dibuka. Erie melihat seorang lelaki yang berusia 40-an masuk ke dalam dengan angkuh. “Zack,” panggil Aiman. Zack melihat kaunternya dihampiri. “Cover aku,” ujarnya. Erie hairan melihat Zack gelabah. ‘Apasal dengan dia ni?’ bisik hatinya. “Yes? May I take your order?” soal Yasmin. Zack yang bersembunyi mengintai. “Saya nak family bucket satu. Take away,” ujarnya dengan sombong.

Erie mengangkat kening apabila matanya dengan Zack bertentangan. Untuk seketika, Zack leka. Jantungnya berdegup kencang. “Hoi, daripada kau buat diri kau leka, lebih baik kau bersembunyi betul-betul. Aku rasa bapak kau nampak tapi dia tak kisah,” bisik Azril. “Apa kata kau hantar bapak aku punya dulu. Kau ambik family bucket perempuan tu,” jawab Zack. “Dia tak marah ke dia tunggu lama-lama?”

“Haish, aku tak kisah. Aku nak tengok muka dia lama-lama,” jawab Zack. “Okey,” kata Azril lalu mengambil family bucket milik Erie. Erie berdiri. “Itu bukan family bucket saya ke?” soalnya kepada Azril. Azril menggelengkan kepalanya. Family bucket itu dihulurkan kepada bapa Zack, Tan Sri Zainal. Setelah dia keluar, Zack turut berdiri. Erie menghampiri kaunter. “Kenapa dia pergi dulu sedangkan saya datang lebih awal?” soalnya kepada Zack. Zack terdiam. ‘Dia ni tak suka aku ke? Fulamak, garang betul dia ni,’ bisik hatinya. “Nah, awak punya. Tak perlu marah-marah. By the way, ayam ni freshly from oven,” ujar Aiman sambil menghulurkan beg plastik besar yang berisi dengan makanan yang dipesan. “Jap, jap,” panggil Zack. Erie berhenti. Zack memberi sehelai kertas. Erie melihatnya dengan pelik. “Err, call, call,” ujar Zack. Aiman tersengih lebar. “Dia suka kat awak!” jeritnya kecil. Merah padam muka Erie. Dia menoleh sekali lagi. Kelihatan Zack ingin menumbuk Aiman namun dia berhenti apabila melihat Erie memandangnya.

**

Erie melihat kertas itu sekali lagi. “Patut ke call?” bisiknya. “Kenapa ni, kak?” soal adiknya, Erra. “Ni, akak nak call dia tapi tak berani.”

“Biar adik yang call. Siapa dia ni?” soal Erra. Erie diam lalu menggelengkan kepalanya. “Laa, akak ni malu-malu pulak,” rungut Erra. Erie mengeluh. “Dia pekerja KFC.”

Terbeliak mata Erra. “Fuyoo, patutlah akak nak sangat pergi KFC tadi,” usiknya. Erie melihat mukanya. “Bukan akak nak lihat muka dia pun,” nafinya. Erra merampas kertas dan telefon kakaknya. “Hei, adik buat apa tu? Jangan call dia.”

“Helo,” mula Erra. Erie menekup mukanya dengan bantal. “Ni Erra, awak suruh akak saya call awak, kan?” soal Erra. Terbeliak mata Erie. Zack malu-malu. “Ye ke tak ni?” tegas Erra. “Err, ya. Kenapa?” soal Zack kembali. “Ni, saya takut saya salah call orang. Betullah awak orang tu?” soal Erra. Zack ketawa kecil. “Betul,” jawabnya malu. ‘Fuh, adik dia ni. Suka betul kenakan aku,’ bisik hatinya. “Saya nak beri telefon ni kepada akak saya. Awak berdua jangan senyap pulak,” usik Erra. Eira yang menekup mukanya menggelengkan kepalanya. “Akak saya ni malulah,” gurau Erra. Erie melihat mukanya. Erra tersengih sambil menghulurkan telefonnya. “Helo,” mula Zack. Erie diam.

“Err, awak ke ni?”

“Ya, kenapa?”

“Emm, boleh tak kita jumpa esok? Pukul 2 petang kat Old Town White Coffee di KL Sentral?”

Diam. Zack turut membisu. “Sebab?” soal Erie. Zack tersenyum kecil. “Untuk mulakan sebuah persahabatan,” jawab Zack. Dia mengetuk dahinya. “Maksud saya, berkenalan,” katanya lagi. “Okey.”

“Terima kasih.” Talian dimatikan. Erie tersentak. “Aku setuju ke? Malunya!” gumamnya. Dia merenung telefon bimbitnya. Erra tersengih. “Dia ajak keluar ke?” soalnya. Erie menganggukkan kepalanya. “Yay! Erra akan ada abang ipar!” sorak Erra. “Hei! Tak confirmlah dia abang ipar adik!”

“Insyaallah dia akan,” jawab Erra sambil mengenyitkan matanya.

**
Eira menghampiri Zack. Dia melihat Zack kelihatan seperti ahli korporat. “Hai,” sapa Erie. Zack berdiri. “Hai, terima kasih sebab datang,” ujar Zack sambil menarik kerusi Erie. “Thank you,” ucap Erie lalu duduk. Zack duduk di kerusinya. “Sorry saya datang lambat,” kata Erie. Zack menganggukkan kepalanya. “Err, awak tak kerja ke?” soal Erie. Zack tersengih. “Cuti,” jawabnya selamba. Erie ketawa kecil. “Awak, saya harap awak tak kisah saya tanya soalan ni,” kata Erie terlebih dahulu. “Tanyalah. Saya tak kisah,” jawab Zack.

“Kenapa awak gelabah waktu ada pelanggan tu masuk?” soal Erie.

“Err.” Zack buntu. ‘Takkanlah aku kata hal sebenar kat dia,’ bisik hatinya. “Dia bapa saya,” jawabnya jujur. “Habis tu? Kenapa kerja kat KFC? Dia orang kaya, kan?” soal Erie. Zack tersenyum.

“Bosanlah kat ofis tu. Tak habis-habis meeting. Saya nak cuba something new.”

“Tapi, kenapa KFC?”

“Bapa saya tak suka ayam sangat. Entah mimpi apa dia kelmarin sehingga datang KFC. Banyak-banyak KFC, kenapa mesti KFC tu jugak?” jawab Zack. Erie menganggukkan kepalanya tanda faham. “Selalunya siapa kat ofis tu?”

“Rasyid, Timbalan Pengerusi.”

“So, hari ni awak datang ke ofis? Assistant awak tak report kat bapa awak?” soal Erie.

“Datang. Assistant saya tak report.”

“Kenapa?”

“Sebab dia selalu jugak cuti,” jawab Zack. Erie ketawa. “Bapa awak tak visit ke?”

“Dia akan call kalau dia nak visit. Nanti pecutlah. Selalunya sebelum bertolak dia dah call.”

“Oh,” ujar Erie. “Saya panggil waiter jap,” kata Zack. Erie menganggukkan kepalanya.

**

Erie dan Erra masuk ke dalam KFC. “Mana dia akak?” soal Erra. Erie menghampiri sebuah kaunter diiringi Erra. “Welcome to KFC. May I take your order?” soal Zack sambil tersenyum lebar. Erie membalas senyumannya. Erra ternganga. “Makan sini. Saya nak snack plate, air Mirinda Strawberry. Adik?” soal Erie. ‘Oh, dialah yang kacau aku semalam,’ bisik hati Zack. “Sama,” jawab Erra. ‘Ya Allah! Tampannya dia! Macam artis Korea!’ jerit hati Erra. “Tu je?” soal Zack. “Ya,” jawab Erie.

Erie dan Erra duduk di meja sambil membawa dulang makanan. Setelah duduk, Erra terus bersuara,” Dia ke akak maksudkan tu?” Erie menganggukkan kepala dengan senyuman masih di bibir. “Handsomenya dia! Untunglah adik ada abang ipar handsome! Dia pun anak orang kaya, kan?”

“Akak tak kisah sama ada dia ada harta ke? Tak de ke. Yang penting, hati,” terang Erie. Erra menganggukkan kepalanya. “Betul kata akak. Tak de guna pun suami kaya tapi tak setia. Lebih baik tak berharta tapi menyayangi kita sepenuh hati, kan?”

“Eleh adik akak ni. Awak tu baru graduate. Lebih baik cari kerja dulu, baru cari laki.”

“Akak, adik memang pun nak cari kerja. Akak ni. Ke situ pulak. Akak, sediakan payung sebelum hujan. Ingat tu,” bidas Erra. Erie ketawa kecil. “Banyaklah alasan sediakan payung sebelum hujan. Makan!” jawab Erie.

**

Semakin lama, semakin rapat hubungan mereka berdua. Dua-dua jatuh hati sesama sendiri. Sudah sebulan lebih mereka berkenalan. Erie masuk ke dalam KFC. Apabila dia masuk, senyumannya mati. ‘Mana Zack?’ soal hatinya. Aiman yang terlihat kelibat Erie melambaikan tangannya. Erie menghampiri kaunter. “Mana Zack, Man?” soal Erie tanpa menunggu lama. “Erie, saya harap awak tak sedih,” jawab Lokman. Erie melihat mukanya. ‘Nauzubillah. Jauh-jauhkanlah,’ doa hatinya. “Dia dah berhenti,” ujar Lokman. Erie menarik nafas lega namun hatinya tak tenang. “Awak tahu dia kat mana sekarang?”

“Tak tahu. Saya dah tanya sebab tapi dia diam. Lepas tu, dia pergi macam tu je.”

“Bila dia berhenti?”

“Pagi tadi,” jawab Aiman. Erie mengeluh. “Seperti biasa, take away,” pesan Erie.

**

Erie memandu keretanya ke tempat kerja. Sudah seminggu mereka tidak berhubung. Mungkin bukan jodoh mereka. Erie menghentikan keretanya apabila melihat lampu isyarat merah. Selepas menunggu, lampu isyarat bertukar ke hijau. Boom! Kereta Fairlady milik Erie dirempuh dari belakang. Erie dengan serta-merta keluar. Dia menghampiri kereta Mercedes Benz C63 AMG yang melanggar keretanya lalu mengetuk tingkap kereta. Dahlah dia tiada mood sebab dah lama tak berhubung dengan Zack, ditambah pula dengan kemalangan yang tak diduga ni.

Tingkap kereta diturun. “Kau?” soal mereka serentak. “Dahlah kau susahkan hidup aku dulu, sekarang kau langgar kereta aku,” marah Syafinaz. “Bertuah punya manusia! Kau yang langgar kereta aku, minah oiii!”

“Yang kau berhenti kenapa?” soal Syafinaz geram. “Kau keluar dari kereta kau sekarang!” arah Erie. Syafinaz menurut arahan. Erie menunjukkan lampu isyarat. “Kau buta ke? Kau tak nampak lampu isyarat tu? Tadi baru tukar ke hijau. Bongok!”

“Apasal kau marah-marah?”

“Mana tidaknya aku marah. Aku nak kau bayar ganti rugi sekarang jugak!”

“I’m calling my boyfriend,” rengek Syafinaz lalu mencapai telefonnya. “Helo, baby. Kereta I dilanggar minah gila. Datang, key? Love you,” ujar Syafinaz seraya mematikan talian. Erie mencebik. “Aku gila ke kau? Berbaby, baby. Gedik,” marah Erie. “Ingat kau je ada boyfriend ke?” soal Erie. “Calllah. Buktikan,” cabar Syafinaz. Erie mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Banyak kali dia cuba namun gagal.”

Sebuah kereta Ferrari 458 berhenti di belakang kereta Syafinaz. Erie terpana apabila melihat jejaka yang keluar dari kereta itu. “Baby,” rengek Syafinaz. “Awak?” soal Erie. Zack diam berdiri di sebelah Syafinaz. “Perkenalkan ni future husband I. Mana boyfriend you tu?” soal Syafinaz sinis. Erie diam merenung muka Zack. “Tolong bayar ganti rugi sekarang,” ujar Erie dengan suara yang bergetar. Hatinya remuk melihat orang yang disayanginya dengan wanita lain. Zack menganggukkan kepalanya. Dia kelihatan serba salah. “Saya, saya tahu orang yang dapat repair kereta awak. Ikut saya,” ujar Zack. Erie masuk ke dalam kereta. Dia mengesat air matanya.

Zack melihat muka Syafinaz. “Awak guna kereta saya dulu,” katanya. Syafinaz menganggukkan kepalanya. “Thank you, baby.” Zack tersenyum hambar.

**

Kereta berhenti. Erie keluar diikuti Zack. “I can explain,” ujar Zack. Erie berjalan walaupun dia tak tahu tujuannya. “Please, beri saya peluang untuk terangkan.”

“Awak berunding dengan kawan awak tu.”

“Lepas tu saya explain kat awak, okey?” Erie diam. Setelah berunding dengan rakannya, dia kembali. “Let’s have a talk.”

“Apa gunanya? Sudah terang-terang awak permainkan saya,” ucap Erie. Dia masih membelakangi Zack yang gelisah. “Saya dipaksa-“

“Awak berhenti kerja lepas tu awak tak beritahu kat saya pun awak akan kahwin.”

“Saya dipaksa untuk berkahwin dengan dia. Saya dipaksa untuk berhenti kerja. Saya dipaksa untuk tukar nombor telefon. Semuanya saya dipaksa selepas saya ditangkap bapa saya.”

“Kenapa awak sanggup biarkan saya begini? Awak tahu tak saya rindu awak,” ujar Erie lalu pusing melihatnya. “I don’t love her. Saya sayangkan awak.”

“Kalau awak sayangkan saya, kenapa awak tak berterus-terang? Kenapa awak biarkan hidup saya merana?” soal Erie sambil menangis teresak-esak.

“Because I love you.”

“Itu bukan sayang namanya tapi pentingkan diri sendiri. You only think about yourself! Awak tak kisah tentang perasaan saya.”

“Saya tak nak awak sedih.”

“Saya lebih sedih sekarang. And you know what? I hate you,” kata Erie. Zack terdiam. Kata-kata itu bagaikan satu tamparan baginya. Dia tahu silapnya. Dia menyesal. “Tolong berikan saya peluang.”

“Tak ada gunanya. Awak nak kahwin, kan? Oh, tahniah. Harap awak bahagia dengan Syafinaz,” ujar Erie sambil mengesat air matanya. Akhirnya, Erra sampai. Dia masuk ke dalam kereta meninggalkan Zack.

Zack mendail nombor Erie. Nombor itu masih dia ingat. Pada cubaan yang entah ke berapa, akhirnya talian diangkat. “Awak, I’m so sorry. Saya-“

“Ni Erra. Kenapa awak sanggup buat kakak saya begitu?” potong Erra. Zack terdiam. “Saya menyesal.”

“Menyesal awak tu takkan mengubah apa-apa. Sekarang dia sedang merana disebabkan awak.”

“Boleh tak saya cakap dengan dia?” pinta Zack. Talian dimatikan Erra.

**

Hari itu merupakan hari terbesar bagi Zack dan Syafinaz. Zack yang masih sedih dengan peristiwa lepas tidak senang duduk. ‘Apa aku buat ni? Kenapa aku pakai baju ni?’ rungut hatinya. Dia menanggalkan baju melayunya memandangkan dia seorang diri di dalam bilik itu. Dia terus memakaikan baju T-shirt. Telefonnya bordering menandakan ada mesej masuk.

Akak sekarang di KLIA. Dia nak pergi ke Paris. –Erra-

Harraz terus memakaikan topi supaya tidak dikenali orang. Dia keluar dari bilik. Dia perlu halang Erie!

Erie keluar dari teksi. Dia menarik beg bagasinya. Dia menoleh ke belakang. Manalah tahu, ada orang halang dia. Namun, dia tahu itu mustahil kerana hanya Erra yang tahu mengenai pemergiannya. Dia berjalan ke Departure Hall. Dia duduk dengan sabar.

Zack keluar dari teksi. Dia berlari ke dalam KLIA. Dia mencari-cari kelibat Erie. Dia melihat jadual penerbangan. “Tak lama lagi kapal terbang ke Paris nak berlepas,” bisiknya. Dia berlari ke Departure Hall. Dia tidak peduli tentang mata yang memerhatinya. Yang penting, dia perlu menghalang Erie daripada pergi.

Erie berdiri lalu berjalan sambil menarik beg bagasinya. Dia beratur bersama beberapa orang. Erie menyerahkan tiketnya. “Pasport?” soal petugas itu. Erie mencari di begnya sehingga terjatuh begnya. ‘Malu!’ jerit hati kecilnya. Dia pergi ke tepi lalu mengutip barangnya yang bersepah. Seseorang membantunya. “Terima kasih,” ucap Erie. Dia berdiri lantas menyerahkan pasportnya namun dihalang pemuda itu. “Jangan pergi.”

Erie melihat mukanya. “Suka hati sayalah! Awak kisah kenapa?” soal Erie kasar. Tangannya ditarik. “Saya tak nak awak tinggalkan saya,” kata Zack. Erie mencebik bibirya. “Cik,” panggil petugas itu. Erie menganggukkan kepalanya. Dia menarik tangannya. “Lepaskan!” marah Erie. Zack menggelengkan kepalanya. “Tolong saya,” rayu Erie kepada petugas itu. “Jangan,” tegas Zack. Erie menepis tangannya lalu menarik beg bagasinya setelah menyerahkan pasportnya. “Erie!” panggil Zack. Erie berjalan tanpa menoleh ke belakang. Air matanya gugur satu demi satu. Zack meronta-ronta apabila dua orang pengawal keselamatan menahannya. “Erie!” jerit Zack. Erie terus berjalan. Dia mengesat air matanya. “Erie!” panggil Zack dari jauh. Erie menoleh belakang namun kelibatnya tiada. Erie berjalan ke depan. Dia harus melupakan Zack.

**

Erie akhirnya tiba di Paris. Dia menarik beg bagasinya. Dia menghampiri sebuah teksi. “Hilton,” ujarnya kepada pemanduk teksi itu. Pemandu itu mengangguk faham. Begnya diletak di bonet kereta. Adriana masuk ke dalam perut kereta.

Zack keluar dari teksi. Dia berjalan dengan longlai ke kaunter. Letih. Dia hampa, dia tidak sempat menahan Erie. Setelah mendapat kad untuk ke biliknya, dia masuk ke dalam lif Hotel Hilton tersebut. Dia hanya mahu tidur dan berehat sepuas-puasnya.

**

Erie melihat bilik di sebelahnya. Tombol pintu dipulas penghuni bilik itu. Dia sudah bersedia. Dia akan memberi senyuman kepadanya. Sebaik sahaja dia keluar, senyuman. Erie mati. “Erie.”

Erie masuk ke dalam biliknya semula. “Awak,” panggil Zack. Pintu ditolak. “Saya mintak maaf.”

“Tinggalkan saya.”

“Saya dan Syafinaz dah tak ada apa-apa.”

“Tipu.”

“Sumpah demi Alllah, saya hanya sayangkan awak.”

Erie menutup kedua-dua telinganya. Zack menghampirinya. Dengan perlahan, dia memeluk Erie.

**

Syafinaz menapar pipi Zack. “I benci you!” marahnya. Zack membuat muka selamba. “You dah kahwin dengan dia?” Zack menganggukkan kepalanya. “Bila?”

“Dua hari lepas. Di Paris.”

“Kenapa you sanggup tinggalkan I?”

“Saya dah kata kat awak, saya tak sayang awak. Awak pernah ke dengar saya panggil awak panggilan macam sayang, baby, bucuk. Tak de, kan?”

Syafinaz tunduk.

**

Zack memeluk erat Erie. “Sayang nak anak lelaki ke perempuan?”
“Eh, ke situ pulak dia.”

“Laa,” Zack melihat muka Erie. Dia cuba membuat muka ‘comel’. “Tak sangkakan, kita kahwin? Hanya kerana kita berjumpa di kedai kasut dan KFC?” soal Zack. Erie mengangguk. Itulah takdir. Jodoh takkan ke mana.

TAMAT




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Cerpen : Kisah Percintaan Kita”
  1. mieya says:

    tetibe dah kawin . pelik ah !

  2. umip3 says:

    cite ok,,,tp mcm kelam kabut sikit,,,,,tp best

  3. Emma says:

    Awl2 nye best p last 2 xbrpe nk phm mne..truskn usha

  4. sailormoon says:

    errr..pening.. macam nak cepat habis… tetiba kawin

  5. jln cite da mnarik tp mgkin pnulis nk bg cpt abis kot
    overall best :)

  6. nor izz says:

    bca crita ni mcam tengah berlari ja..hehe..semput.. pening sket..harraz tu sape?hehe..
    need more improvement.btw, al e best, writer!! :)

  7. lunalina says:

    haha ,maaf .saya buat ni trburu-buru .skarang saya sdg usahakan cerpen yg lebih panjang ..trima kaseh nurulshuada n nor izz ..yg kawin tu bbrapa hari kemudian .. haha

  8. Nurhelfina asnawar says:

    i love cerpen

  9. Fazlin says:

    Permulaan cerita dah okay. Tapi masuk pertengahan nama kebanyakannya berubah2. Check first before post after this kayy :) Overall saya suka.

  10. Umiera says:

    simple,tpi best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"