Novel : Aku Kau Bersama?! 2

14 February 2013  
Kategori: Novel

4,795 bacaan 3 ulasan

Oleh : Anisah Salsabila

Bab 2

Kringggg!!!~.Syed Ariff menekan jam locengnya supaya senyap.Matanya terbuka sedikit dan pandang sekilas di jam dinding biliknya yang terletak di hujung.Ah…Baru pukul 9,Pukul 10 nanti baru aku bangun.Kemudian dia ingin menyambung lenanya semula.Hajatnya terbantut apabila ketukan pintu biliknya diketuk berpalu-palu.Ish,mengacau betul!.Syed Ariff meletakkan bantal dia atas kepalanya.

Datin Fatimah tidak berhenti mengetuk pintu bilik anaknya.”Ariff!,mak nak kamu bangun sekarang jugak!.Kamu lupa ke kamu kena pergi syarikat ayah kamu for you’r first day at work.Plus,kamu dah tunaikan solat subuh ke belum ?!”.pintu diketuk berkali-kali.”Bangun Ariff matahari dah meninggi tau tak!”.Datin Fatimah tidak berhenti berusaha untuk mengejutkan anak tunggalnya.

“YE,mak!,Saya nak bangunla ni!.”Syed Ariff menjerit di dalam bilik.Walaupun dia berkata begitu,namun tubuhnya tidak berganjak dari katil dan meneruskan lenanya.Datin Fatimah memang memahami perangai anaknya dan dia juga tahu bahawa anaknya takkan turun dari katil selepas pukul 12.”Ok,suka hati kamu la.Mak tak kisah kamu nak bangun ke tak.Tapi kalau kamu tak turun bawah untuk sarapan sebelum pukul 10.I will cut you’r salary”.Datin Fatimah berkata dengan nada yang serius kemudian berlalu pergi.Dengar sahaja perkataan’cut’ dan ‘salary’,kepala Syed Ariff terus terangkat.Kemudian dia mengeluh.Ahh..Baik aku bangun.Takleh hidup aku tanpa salary daripada mak.Kemudian dia mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi.

Di dapur,Datin Fatimah sedang sibuk menggoreng nasi goreng.Walaupun keluarga mereka dikurniakan dengan harta yang banyak.Tetapi Datin Fatimah lebih suka mengurus keperluan keluarganya dengan sendiri seperti memasak,melipat baju dan membersihkan rumah.Kerana itu ialah tanggungjawabnya sebagai suri rumah dan tidak mahu mengambil pembantu orang gaji.Syed Ariff dengan pakaian kot pejabat yang lengkap turun di tangga dan menuju ke dapur.Sekali pandang,orang akan terus menyangka bahawa Syed Ariff adalah presiden kepada sesebuah syarikat walaupun hakikatnya dia adalah anak kepada ketua syarikat.Syed Ariff adalah anak tunggal kepada Datin Fatimah dan Datuk Mazlan.Walaupun ‘standard’nya tinggi dalam meruntun hati wanita sesiapa yang melihatnya.Namun,dalam bab solat,’standard’nya rendah.

Datin Fatimah tersenyum melihat anaknya duduk di meja makan.”Ha,bangun pun.Ingat liat sangat.Mesti takut sangat mak potong salary kamu.”Datin Fatimah meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng di meja hadapan anaknya.”Mana ada la,mak ni.”Syed Ariff menafikan sangkalan emaknya.Walaupun hakikatnya dia betul-betul berharap maknya tidak akan memotong salarynya.Macam mana aku nak enjoy tanpa duit!.Selepas habis makan,Syedd Ariff menyalam ibunya sebelum beredar dan meluncur pergi dengan kereta ‘mini cooper’ nya.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Aku Kau Bersama?! 2”
  1. Nura says:

    cerite nampak menarik,teruskn k

  2. UNKNOWN mE! says:

    Kalau nak banyak chapter untuk novel ni..Cuba bukak blog ni.http://hayati-cutez.blogspot.com/..^_^

  3. AliahMohdSalleh says:

    Kenapa pandek sangat cerita ni.sedikit sebanyak latar belakang ceriter telah di ketahwi.tapi belum hook sepenuhnya.ceriter menarik dan santai.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"