Novel : Aku Kau Bersama?! 3

26 February 2013  
Kategori: Novel

4,282 bacaan 5 ulasan

Oleh : Anisah Salsabila

Bab 3

Azhani sedang tekun menyiapkan kerja pejabatnya yang berlambak.Kemudian dia terkejut apabila ada orang yang mengetuk mejanya.Dia mendongak untuk melihat siapa orangnya.Oh,Lia.Aku ingat siapa tadi.Kemudian dia kembali menyambung kerjanya.”Hei,kau tak nak rehat ker?.Dah pukul 11 ni.Jomla lunch awal.”Lia yang merupakan sahabat Azhani di pejabat cuba memujuk sahabatnya.”Tak nakla.Kau pergi la dulu,aku banyak kerja nak buat ni.”Kata Azhani tanpa memandang muka Lia.Lia merasa seperti ada yang tak kena.Kemudian dia merampas kertas assignment yang Azhani sedang buat.”Hei,inikan patutnya minah plastik,Melena tu yang buat?.Yang kau buat kan untuk dia kenapa?”.Azhani senyap kemudian merampas kembali kertas dari tangan Lia dan menyambung kerjanya.

“Beb,sampai bila kau nak jadi macamni.Buat kerja untuk minah plastik tu.Aku tau niat kau baik nak tolong dia,tapi tak ada la sampai macamni.Sekarang ni kau sedang dipergunakan tahu tak.”Lia mula berleter untuk menyedarkan sahabatnya yang terlalu baik itu.Kesian.Azhani berhenti membuat kerja.Dia tau ada kebenaran sebalik kata-kata sahabatnya itu dan dia juga tahu dia sedang dipergunakan.Azhani mengeluh.

“Kau rasa aku betul-betul dipergunakan ke?”

“Yup,seratus peratus!”.Kata Lia tanpa sebarang sangsi.

Azhani memandang Lia.”Aku tau Lia,aku dah lama dipergunakan.Mungkin betul cakap kau.Aku kena stop jadi kuli orang.” Lia gembira mendengar luahan Azhani.Dia betul-betul arif dengan sikap Azhani yang tidak boleh menolak pertolongan orang.Itu adalah kelemahan sahabatnya.Namun kita sebagai insan tidak patut selalu beralah.

“Bagus!.tapi kau kena janji dengan aku dulu kau tak buat kerja untuk minah tu lagi.Janji!?”

“Janji”.Azhani tersenyum.Lia adalah sahabat baiknya.

“Ok,kalau macam tu nah!.”Tiba-tiba Lia menyerahkannya wang kertas RM50.

“Ni apa pulak ni?”.Azhani memandang pelik duit kertas itu.

“Disebabkan kau baik sangat.Kau tolong belikan nasi goring USA kat restoran bawah.Aku malas sebenarnya nak pergi bawah.Boleh ye?.Please~.”Lia membuat muka comel untuk merayu.Azhani tergelak lalu mengambil duit itu.Tidak boleh menolak permintaan kawannya.”Yerrla,aku pergi beli.Bertuah betul aku dapat sahabat macam kau ya.”Lia tersenyum.”Thanks BFF!..hehe”.Kemudian Lia pergi ke ruang pejabatnya sendiri.Lantas,Azhani meninggalkan kerjanya yang terbangkalai yang sepatutnya kerja itu adalah kerja Melena dan pergi ke lif.

Muka Azhani berkerut apabila membaca papan tanda dihadapan lif itu.Haa!..Lif rosak.Adooii,,time-time macamni la nak rosak.Aku dah la tingkat 18!.Nak naik tangga ke tak?,nak naik tangga ke tak?~.Azhani mula berfikir panjang.Azhani memandang jam tangannya.Aduii..Aku nak cepat,banyak kerja ni.Ah,redah ajerla tangga tu!.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Aku Kau Bersama?! 3”
  1. fanatic novels says:

    writer, cpt a smbng AKB?! tok bab 31 !!
    ske sgt bce AKB?! !!!!!!!!!
    n harp sgt2 AKB?! xdbkukn !!!!!!
    mls nk bli nvel !! bce scra on9 lg bgus !!!!!!

  2. Anisah salsabila says:

    Terima kasih.InsyAllah saya Akan Sambung bab dengan cepat..novel saya ni mmg novel on9..

  3. fanatic novels says:

    trima ksih writer !!!!!!!! :)

  4. peminat novel says:

    Wah bestnye…..sambung lah cepat…saya tak sabar nak bce lg…:)

  5. AliahMohdSalleh says:

    Cerita masih masih kabur jdan belum hook.Buar permulaan masih menarik.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"