Novel : Idolaku My Friend??? 4

15 February 2013  
Kategori: Novel

698 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : MIYAZAKI ELISYA

If there are images in this attachment, they will not be displayed. Download the original attachment
Bab 4

Syaza dan Syaida sama-sama menggenggam kedua-dua tangan mereka seperti berdoa. Mata mereka tertutup rapat. Kejap-kejap dibukakan sikit matanya untuk melihat ke skrin markah.

“ Yes!!! Strike!! Ha…ha… ” teriak Fikri keriangan. Maknanya dia menang dalam pertaruhan yang dibuat tadi. Fikri megenyitkan mata ke arah dua orang sahabatnya. Syaza dan Syaida berpandangan sesama sendiri. Masing-masing melepaskan keluhan.

“ Aisey….asal ko boleh strike pulak ni? Tak pernah-pernah kau dapat strike. Tiga kali berturut-turut pulak tu.” Syaida mula mengomen tanda tidak berpuas hati dengan kemenangan Fikri.

“ Yelah, Fik. Selama kita orang main, mana pernah kau dapat strike sebanyak ni. Kau selalu datang main sorang-sorang ea?” Syaza pula meneka sambil menghirup air epal yang dibelinya tadi.

“ Come on lah wei. Biasalah aku main. Korang je yang tak tahu dengan kehebatan aku ni,” ucap Fikri dengan nada bangga. Mana tidaknya, semua tiga set game boling tu dia menang. Dan disebabkan kemenangannya itu, Syaza dan Syaida terpaksa belanjannya makan Pizza Hut selepas ni.

“ Ala korang ni….asal masam semacam ni? Relekslah, bukan selalu pun kan korang belanja aku. He….he….” ucap Fikri yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

“Dahlah…malas aku nak layan kau. Jomlah, kita keluar dari sini. Aku pun dah lapar ni.” Syaida mengajak mereka beredar dari situ.

“Pizza Hut, okay?” Fikri mengingatkan Syaida tentang pertaruhan tadi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“ Yelah,yelah….perlu ke kau nak cakap banyak kali? Aku belum tua lagilah nak kena penyakit Alzheimer tu,” balas Syaida geram dengan tingkah Fikri.

Terkekeh-kekeh Fikri ketawa melihat Syaida yang sudah memuncungkan bibirnya. Syaza hanya menjadi pemerhati melihat mereka bertengkar. Tidak mahu masuk campur bila kedua-duanya sudah memulakan perang mulut.

“Aku gunting bibir tu nanti baru tahu.” Sepantas kilat Syaida menumbuk bahu Fikri setelah mendengar kata-katanya tadi. Fikri sudah mengaduh kesakitan. Bahunya yang dihadiahkan hentaman daripada Syaida tadi digosok-gosok.

“ Aish, korang ni. Tak habis-habis nak bertekak je. Naik berbulu telinga aku ni tau tak. Aku kahwinkan korang kang baru tahu?”sampuk Syaza sambil memandang keduanya silih berganti. Serentak keduanya terdiam.

Syaida dan Fikri masing-masing bertukar pandangan. Fikri menjelirkan lidah sambil menggoyang-goyangkan kepalanya. Lagaknya tidak ubah seperti anak kecil yang bergaduh. Syaida merengus kasar.

Kemudian, mereka pun sama-sama berjalan menuju ke Pizza Hut. Perut sudah terasa lapar selepas main boling selama tiga set tadi. Mereka tiba di hadapan restoran Pizza Hut apabila tiba-tiba mata Syaza tertumpu pada kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Langkahnya terhenti dan pandangannya tidak lepas daripada orang tersebut.

Syaida yang berjalan dibelakang Syaza tidak sempat untuk berhenti melangkah lalu melanggar Syaza yang berhenti secara tiba-tiba. Syaida menggosok-gosok bahunya dan menoleh hairan ke arah Syaza. Dahinya berkerut. Apa kejadahlah minah ni nak berhenti tiba-tiba. Desis Syaida.

Anak mata Syaida segera menoleh ke arah pandangan Syaza. Melopong mulut Syaida bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Fikri yang sudah masuk ke dalam restoran keluar semula mendapatkan dua orang kawannya yang masih berdiri di luar. “Eh, itu bukan Nizam ke? Apa yang dia buat kat Guardian tu?” Fikri bertanya pelik. Syaida sudah memukul lengan Fikri dan membuat isyarat supaya diam.

“ Errr….dahlah. Aku dah lapar ni. Jom masuk. Nanti penuh pula Pizza Hut ni. Tak dapatlah aku nak merasa korang belanja aku. Aku jugak yang kempunan.” Fikri cuba menceriakan suasana sambil tersenyum sumbing. Dia mula membuka langkah dan masuk ke dalam Pizza Hut.

“Aaaa…..haah….jomlah . Aku pun dah lapar. Fik, kau orderlah apa yang kau nak nanti ye. Jom…” Syaida cuba membantu. Dia pun menarik lengan Syaza yang masih terdiam melihat kelibat Nizam tadi. Bagaikan lembu dicucuk hidung, Syaza hanya menurut rentak Syaida memasuki ruang makan di Pizza Hut itu.

* * * * * *

Suasana sibuk di lokasi penggambaran yang bertemakan ‘Teen Desire’ itu. Semua model sedang disolekkan oleh jurusolek yang telah diupah. Jurulampu dan staf-staf yang lain turut sibuk menyiapkan set. Manakala pengarah dan jurukamera membincangkan tema yang dibawa kali ini.

Sebelum sesi penggambaran dimulakan, Suzanna tercari-cari kelibat Daniel yang dikatakan akan berpasangan dengannya hari ini. Dia sudah tersenyum meleret apabila matanya tertacap pada Daniel yang sedang membelek dirinya di hadapan cermin.

“Hai Daniel. Tak sangka kita akan berjumpa lagi.” Suzanna memulakan bicara. Daniel masih lagi tekun membetulkan rambutnya. Suzanna buat muka bengang apabila Daniel tidak mempedulikannya.

“Memanglah kita akan jumpa. Bukan ke kita ni kerja bawah company yang sama? You tak tahu ke?”perli Daniel dan memandang ke arah Suzanna. Suzanna merengus kasar. Dia mengipas-ngipaskan tangannya sambil mengeluh pelahan.

“ You ni sombong tau Daniel. I tegur you baik-baik, tapi you buat tak tahu je. Tapi takpe, I like the bad guy type. Anyway, selamat bekerjasama ye hari ni…” Suzanna menghulurkan tangannya sambil tersenyum menggoda. Daniel sudah mencebik. Huluran tangan Suzanna dibiarkan sahaja dan berlalu dari situ.

Suzanna hanya memerhati langkah Daniel dengan perasan yang geram kerana dimalukan sedemikian. Suzanna meyelak rambutnya yang jatuh di dahi sambil merengus kasar.

“ Okay, kita dah siapkan set. Models can get ready now.” Kedengaran suara Mr.Kay, pengarah penggambaran memberi arahan.

Suzanna dan Daniel pergi ke arah Mr.Kay untuk mendengar taklimat tentang konsep sesi fotografi kali ini. Fotografi ini bukan melibatkan mereka berdua sahaja, malah terdapat dua lagi model yang turut serta. Begitulah kenyataan yang diutarakan oleh Mr. Kay. Suzanna sudah memuncungkan bibir. Niatnya untuk bekerja berduaan dengan Daniel tidak kesampaian.

“ Tapi, Mr. Kay… siapa lagi dua orang model tu?” Tanya Daniel.

“Irfan dengan Sara. Mereka baru sahaja diterima bekerja dengan syarikat ni. Mereka sedang bersiap dalam bilik persalinan,” balas Mr. Kay yang fasih dalam bahasa melayu walaupun masih kedengaran slanga cinanya.

Daniel hanya mengangguk faham. Kemudian, dia ternampak dua kelibat manusia sedang keluar dari bilik persalinan. Kedua-dua mereka berjalan menuju ke arah Mr. Kay. Dilihatnya Mr. Kay sedang menerangkan sesuatu kepada mereka. Pastinya tentang konsep fotografi hari ini.

Suzanna yang juga melihat arah yang sama terpegun dengan ketampanan yang dimiliki Irfan. Walaupun badannya tidak sesasa mana, dia tetap nampak menarik. Dia hanya memandang sinis ke arah model perempuan yang baru tu.

Kemudian, Irfan datang menghampiri Daniel. Tangan dihulurkan tanda perkenalan.

“ Irfan. Irfan Fazail,” tutur Irfan pendek.

“ Daniel Hakimi.” Daniel turut membalas pendek sambil menyambut tangan Irfan.

“ Selamat bekerjasama and good luck with your jobs,” sambung Daniel lagi.

“I’m very glad to be working with you Mr. Daniel. Hopefully we can be best buddy,” ucap Irfan sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang macam not-not piano itu.

“Okay ladies and gentlemen, get ready on set. We’ll start our session in a minute.” Mr. Kay mengarahkan para model ke set penggambaran. Daniel, Suzanna, Irfan dan Maisara segera mengambil tempat masing-masing untuk memulakan penggambaran.

Mr. Kay sudah mengambil tempat di hadapan monitor. Jurukamera pula sudah bersiap sedia dengan kameranya. Dan bermulalah sesi fotografi yang membawa tema ‘Teen Desire’ itu. Entah berapa kali flash kamera menikam anak mata mereka. Tetapi, kerjaya sebagai model menjadikan itu hal biasa bagi mereka.

Pelbagai gaya dan reaksi muka telah ditunjukkan bagi memenuhi konsep keremajaan itu. Mr.Kay tersenyum puas dengan prestasi yang ditunjukkan oleh model-model tersebut.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"