Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 16

5 February 2013  
Kategori: Novel

20,860 bacaan 31 ulasan

Oleh : anabella

BAB 16

“Sayang,sayang nak pakai baju pengantin warna apa?” Eric bertanya seraya melemparkan senyuman manis terhadap gadis yang baru seminggu menjadi tunangannya.

“Hitam.” Ixuna menjawab dengan nada tidak berminat seraya menyelak buku koleksi pakaian pengantin yang terdapat di butik milik Ayip.Dia duduk di atas sofa yang disediakan dalam butik itu.

Ayip yang menjadi pemerhati menjungkitkan bahu ke arah Amir yang mendengus geram.Dia tidak menyangka yang sahabatnya itu akan bergelar suami orang tidak lama lagi.Puan Sri Rihanna telah membuat keputusan untuk menyatukan Eric dan Ixuna hujung bulan ini.Ayip diberi kepercayaan untuk menyediakan pakaian juga solekan untuk bakal mempelai itu.

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam?”

Eric memprotes seraya bercekak pinggang memandang gadis comel yang langsung tidak endah akan dirinya.

“Warna kelabu tahi anjing.”

Ayip menahan gelak apabila mendengar bicara Ixuna.Gadis itu sah ingin membuat Eric naik angin.

“Takde dalam stok sayang warna kelabu tahi anjing.Warna itik serati ada,sayang nak pakai tak?” Eric cuba menahan sabar.Berbicara dengan gadis yang menyakitkan hati seperti Ixuna memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Itik serati tu apa?” Ixuna berpaling dan matanya terkebil-kebil memandang seraut wajah tampan milik Eric. Eric tersenyum manis apabila melihat Ixuna mula memberikan respon.Dia duduk disisi gadis itu.

“Itik serati ialah sejenis itik besar.Warna badan dia macam warna tu..” Eric mengajukan jarinya ke arah sehelai gaun pengantin yang terletak di penjuru butik.Ixuna memandang sekilas sebelum menggeleng-geleng kepala.

“Apalah ke bodoh kau ni.Cakap jelah warna turquoise.Warna turquoise pun tak kenal.Warna itik seratilah.Merapu aje.”

Eric mengetap bibir geram.Sakitnya hati! Sekejap saja dia dapat mencuri perhatian Ixuna.Sekarang gadis itu kembali tidak mengendahkannya.Sesedap mulut saja Ixuna mengata dia bodoh.

“Ixuna,tolonglah serius,awak nak pakai baju pengantin warna apa?” Kali ini Eric menaikkan suaranya seoktaf.Hilang seketika gelaran sayang untuk gadis yang bakal menjadi isterinya itu.

“Lut sinar.”

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan awak tu ke? Bila dah kahwin nanti,diri awak hanya untuk tatapan saya saja!”

Eric terjerit kecil dengan wajah kemerahan dan Ixuna tersenyum mengejek.Agak meluat dengan kelakuan Eric.Macam beria saja pemuda itu ingin menjadikan dia isteri yang sah.Sejak bertunang minggu lepas, Eric sibuk menyuruh dia memanggil lelaki itu dengan gelaran abang dan lelaki itu memanggilnya sayang.

Jangan haraplah dia akan mengikut kata-kata Eric.Apa yang dia tahu perkahwinan itu hanya akan berlangsung selama enam bulan.

“Ayip kau sediakan Ixuna persalinan pengantin warna putih.” Akhirnya Eric membuat keputusan sendiri.

“Kau nak yang fesyen macammana? Banyak gaun pengantin warna putih?” Ayip bertanya.

“Hentam sajalah asalkan cantik dan tak terdedah.Jangan ketat sangat dan sediakan tudung sekali.” Laju pulak Eric memberi jawapan.Macam dia saja yang akan memakai gaun itu.

“Sejak bila pulak aku pakai tudung?” Ixuna menyampuk apabila Ayip ingin berlalu pergi melihat gaun pengantin yang sesuai untuknya.

“Kenapa awak tak nak pakai tudung?” Eric bertanya kembali.

“Panas.”

“Panas dunia ini sedikit jika hendak dibandingkan dengan panas neraka.”

“Kau pasti ke aku masuk neraka? Dan kau dah pernah rasa ke panas neraka tu macammana?” Ixuna tersenyum sinis.

“Saya tak cakap pun awak masuk neraka atau saya pernah rasa panas api rasa.Saya cuma cakap neraka tu panas.Rasulullah SAW pernah menjawab pertanyaan para sahabat tentang panas api neraka.Jawabnya kalau api neraka itu sepanas api dunia, ahli neraka masih boleh tidur di dalamnya”

Ixuna terkebil-kebil memandang wajah serius Eric.Banyak perkara yang boleh dipelajarinya daripada pemuda ini.

“Awak tahu kan yang mendedahkan aurat itu berdosa besar. Ayat ke 31 surah An-Nur ada menerangkan tentang wanita agar tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” Eric mengendurkan suara.Cuba menasihati gadis comel itu.

“Aku boleh pakai tudung masa nak kahwin nanti.Tapi kau jangan nak paksa aku pakai bila aku tak nak pakai”

Eric beristigfar kecil dengan jawapan Ixuna.Sukarnya hendak melentur gadis berhati batu ini.

“Is okey sayang.Mungkin susah awak nak pakai tudung secara mengejut.Tapi takpe awak boleh belatih.Insya-Allah satu hari nanti awak akan rasa malu bila tak bertudung.Saya doakan pintu hati awak cepat terbuka untuk berhijab sepenuhnya.”

Untuk mengubah perangai Ixuna yang keras kepala itu Eric perlulah menggunakan cara yang paling lembut dan bijaksana.Ixuna memandang Eric lama dan mengangguk-angguk kecil.Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan kata-kata pemuda itu.

‘Allah berfirman dalam surah Al-Nahl ayat 127,Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’

……………….

Ixuna duduk termangu dibirai katil sambil memandang sebentuk cincin platinum bertatahkan sebutir berlian bewarna biru laut gelap yang menghiasi jari manisnya.Cincin itu tersarung di jarinya saat dia sah bergelar isteri Eric tiga hari lepas.Dia tergelak sendiri apabila mengingatkan detik Eric mengangkat akad nikah dan mencium dahinya dalam proses membatalkan air sembahyang.Beginikah permainan takdir?

Satu ketika dahulu dia merancang untuk menanti detik akad nikah bersama lelaki yang paling dicintainya.Merancang untuk bersanding secara besar-besaran seperti apa yang dia dan Eric lalui pagi tadi.Merancang untuk hidup bahagia hingga akhir hayat dengan Alex.Namun sekarang dia terpaksa melaui enam bulan yang bakal mendatang dengan seorang lelaki yang entah apa-apa.Benarlah manusia itu hanya merancang dan Allah menentukan segalanya.

“Sayang,dah solat isyak? Jauh termenung?”

Ixuna terkejut kecil apabila satu tangan mengusap lembut kepalanya yang baru bebas daripada dibalut tudung.Dia mengangkat kepala dan melihat seraut wajah tenang Eric yang baru pulang dari masjid menunaikan solat Isyak berjemaah.

Walaupun sudah benikah tiga hari lepas,baru hari ini dia dan Eric bersua dalam satu bilik kerana mereka dipisahkan sepanjang majlis persandingan dan majlis resepsi diadakan.Bagi Ixuna ia bukan satu hal yang mendatangkan kesan kerana kalau dia tidak sebilik dengan Eric sampai mati pun dia tidak kisah.Dia lagi suka adalah.

“Dah.” Ixuna menepis kasar tangan Eric sebelum berlalu ke bilik air.

Eric menghela nafas panjang.Beginikah alam rumahtangga yang perlu dilaluinya bersama Ixuna dalam masa enam bulan? Tidak,tidak akan sesekali dia berhenti berusaha untuk menggembirakan alam perkahwinannya.Biarpun Ixuna menolak dirinya untuk menjadi suami,dia tetap menerima Ixuna selaku isteri sepenuh hati.Selesai ijab dan kabul, Eric menganggap Ixuna adalah sebahagian dari hidupnya.

Mata Eric membulat apabila melihat Ixuna yang keluar dari bilik air dengan seluar pendek tight paras paha yang sangat senteng dan gadis itu hanya memakai singlet bewarna hitam.Jelas kelihatan betisnya yang gebu dan bahagian lehernya yang mengiurkan.Ixuna selamba bergerak ke arah dinding yang menempatkan pengawal penghawa dingin dan menaikkan suhu.Selepas itu dia melambungkan diri atas katil tanpa mempedulikan pandangan Eric.

“Seksinya sayang abang malam ni.Saja nak menggoda abang ke?” Eric bertanya pelik seraya melabuhkan punggungnya di sisi katil bersebelahan Ixuna.

“Kau tak payah nak perasan sangatlah.Aku memang tidur dengan pakaian macam ni.Kalau kau tak puas hati,kau boleh tidur bilik lain.” Ixuna memejamkan mata walaupun dia belum ingin tidur saat itu.Pertama kali berbaring di sisi lelaki membuatkan dia rasa gelabah dalam hati.Namun perasaan itu tidak akan terpamer diwajahnya.

“Amboi,suruh abang tidur bilik lain pulak.Mulai tiga hari lepas,abang takkan tidur tempat lain selain disisi sayang.” Eric menjawab tenang.

Cuba bermanis mulut pada malam pertama perkahwinan mereka.Agak pelik melihat Ixuna yang langsung tidak canggung tidur di atas katilnya.Bukankah sepatutnya pengantin perempuan akan malu-malu sewaktu malam pertama? Isterinya ini memang tiada perasaan betul!

“Sayang tak takut ke abang akan terkam sayang sebab sayang ni seksi sangat?” Eric bertanya seraya menuju ke arah pengawal penghawa dingin dan menurunkan suhu.

Dia berasa kepanasan kerana mengenakan tshirt berlengan panjang dan berseluar panjang juga.Itu bukanlah baju tidur kebiasaanya.Disebabkan rasa malu yang datang bertamu kerana pertama kali ada gadis yang tidur sekatil dengannya, Eric bertekad untuk berpakaian begitu.Dia tidak berani tidur dengan memakai boxer sahaja.Dia bimbang Ixuna akan mencakar tubuhnya.Bukan Eric tidak tahu yang gadis itu membencinya.Jadi lebih baik jangan cari pasal.

“Takut sangat.Kau boleh cuba nak terkam aku bila-bila masa je.Tapi jangan menangis kalau sesuatu terjadi pada kau.” Eric menggeleng-geleng kepala apabila melihat isterinya yang sedang memejamkan mata mengukir senyuman mengejek.Kadang kala dia rasa Ixuna terlalu yakin dengan kebolehan sendiri.

“Abang bukannya binatang yang nak terkam sayang tak tentu pasal.” Eric membaca basmalah dalam hati sebelum merebahkan dirinya di sisi Ixuna.

Berdebar hatinya apabila memikirkan sisinya terhias indah dengan kejadiran satu makhluk Allah yang seksi lagi menggoda. Eric terkejut apabila Ixuna yang tadinya baring bergegas bangun dan menuju ke arah pengawal penghawa dingin.Isterinya kembali menaikkan suhu dalam bilik itu dan Eric yang melihat tidak berpuas hati.Segera dia bangun dan mendapatkan isterinya.

“Sayang,abang panaslah.Janganlah tinggikan suhu.” Eric menekan punat pengawal penghawa dingin itu agar suhunya turun.

“Aku sejuk.”

“Siapa suruh sayang pakai baju singkat macam ni.Memanglah sejuk.” Eric mecerlung Ixuna dari atas hingga ke bawah.Tidak menyangka yang pakaian tidur Ixuna sebegini seksi.Seksa betul mata dia melihat.

“Siapa suruh kau pakai baju macam orang Eskimo.Memanglah panas.”

Ixuna memulang paku serpih sebelum memandang suaminya itu tanpa perasaan.Hari itu bukan main nyenyak tidur dengan hanya berboxer.Hari ini tak tentu pasal menutup diri sepenuhnya macam berada di musim sejuk.Lepas tu cakap panas.Memang sengaja nak cari pasallah.

“Abang tak peduli,abang nak penghawa dingin ni suhu dia kekal 18 darjah celcius.Ini bilik abang kan? Jadi sayang kena dengar cakap abang!” Eric menaikkan suaranya seoktaf apabila tangannya penat berlawan tekan punat pengawal penghawa dingin itu dengan Ixuna yang keras kepala.

Eric berpuas hati apabila Ixuna kelihatan beralah dengan kata-katanya dan kembali ke arah katil.Namun sangkaannya meleset sama sekali apabila melihat Ixuna tidak berbaring untuk tidur.Bahkan gadis itu mengambil sebuah kamu dewan tebal yang terletak pada rak buku biliknya dan kembali menghampiri dia yang berdiri di sisi pengawal penghawa dingin.

“Sayang nak buat apa dengan kamus tu?” Eric bertanya walaupun dia seperti dapat menghidu apa yang ingin dilakukan isteri comelnya itu.

Ixuna meninggikan suhu penghawa dingin dan belum sempat Eric menukar suhu lagi,dia mengetuk suis pengawal itu hingga pecah berderai dengan kamus tebal yang berada ditangannya. Eric melopong seketika melihat tingkah laku isterinya.

“Sayang!!!” Eric tidak dapat menahan dirinya daripada menjerit.Ixuna tidak mengendahkan jeritan itu dan kembali melambungkan diri atas katil.

“Sayang dah gila ke?! Kenapa suka sangat pecahkan barang?!” Eric yang tidak berpuas hati meledakkan kemarahan.Dia bercekak pinggang di sisi katil memerhatikan Ixuna yang diam tidak berkutik.Berpura-pura tidur. Eric meraup wajahnya beberapa kali sebelum kembali berbaring di sisi Ixuna.Dia perlu banyak sabar untuk menangani kerenah isterinya itu.

“Kau baca doa apa?” Berderau darah Eric apabila Ixuna tiba-tiba menegurnya saat dia menadah tangan berdoa sebelum melelapkan maya.Molek saja isterinya itu mengiring ke arahnya dan terkebil-kebil memerhatikannya dengan wajah tidak bersalah. Eric menahan debar didada yang bergolak kencang.

“Baca doa makan.Dah tahu nak tidur,baca doa tidurlah.” Eric memerli sebelum kembali menadah tangan dalam posisi berbaring.Dia terkejut apabila Ixuna sama menadahkan tangan disisinya.

“Cepat baca,aku nak aminkan.Baca terjemahan sekali.” Ixuna bersuara tenang. Eric yang tidak tahu hendak berekasi bagaimana hanya mengikut permintaan gadis itu.

‘Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,Ya Allah engkau tuhanku,denganMu aku rebahkan sisiku,dan denganMu aku mengangkatnya,sekiranya Engkau memegang diriku maka ampunilah ia,sekirangnya Engkau lepaskan ia maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang soleh.’

Selesai Eric membaca doa tidur yang afthdal dibaca ketika waktu berbaring,Ixuna mengaminkan doanya. Eric meneruskan dengan bacaan ayat Qursi, surah Al fatihah,Al-Ikhlaas,Al-Falaq dan An-Naas.Setiap kali dia membaca,Ixuna tekun mendengar dan mengaminkan bacaannya. Eric agak pelik dengan tingkahlaku isterinya itu.

“Jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah sebelum tidur.” Eric menegur apabila melihat Ixuna kembali memejamkan mata setelah dia tamat berdoa yang dianjurkan Islam sebelum tidur..

“Perlu ke?” Sepasang mata bundar itu kembali menjamah pemandanganya.

“Perlu sayang.Manalah tahu kalau Allah tarik nyawa kita masa kita tidur,takdelah kita mati dalam keadaan kekufuran kerana tidak ingatkan dia.Sepatutnya seseorang islam itu sentiasa melafazkan dua kalimah syahadah pada setiap masa dan ketika.Contonya sebelum tidur,selepas bangun tidur dan sebelum memulakan sesuatu tugasan.Tidak ada waktu khusus seperti ketika solat,puasa,zakat ataupun haji dalam mengucap dua kalimah syahadah kerana ia adalah ibadah sepanjang masa”

Ixuna berminat dengan penerangan suaminya.Matanya semakin membulat memandang Eric.

“Lafaz dua kalimah syahadah bukan hanya untuk diucapkan oleh mereka yang baru nak masuk Islam sahaja.Sebaliknya sebagai umah islam kita perlu sentiasa mengucap dua kalimah syahadah dengan niat penyerahan diri kita kepada Allah dengan mengikuti segala syariatnya yang dibawa Rasulullah SAW.”

Rasulullah pernah mengingatkan hambanya bahawa ‘Pada akhir zaman,manusia berpagi-pagi dengan Islam kemudian berpetang-petang dalam keadaan kafir.Ataupun mereka berpetang-petang dalam keadaan Islam kemudian berpagi-pagi dengan kekufuran’.

Maksudnya kadang-kadang manusia muslim itu terdedah dengan kekufuran setiap masa.Walaupn zahirnya mereka tidak menyembah selain Allah seperti berhala dan sebagainya tetapi mereka mungkin mengambil sesuatu ajaran selain syariat Allah sebagai amalan. Itu sudah cukup untuk menjadikan mereka berpaling daripada Islam.

Contoh amalan itu adalah seperti melakukan perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah yang tersembunyi di dalam hati. Merasai kesempurnaan diri, takabur,ujub dan lain-lain sifat hati yang mazmumah.Maka itu telah menjadikan mereka melalukan perbuatan yang menyekutukan Allah kerana meletakkan diri mereka pada tempat Allah yang maha sempurna, berkuasa, perkasa dan seumpamanya itu.

Apabila perkara ini telah dilakukan, maka mereka perlu segera kembali kepada Allah dengan mengucap dua kalimah syahadah semula. Mereka perlu kembali beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Allah bahkan memperjuangkannya. Semuanya itu perlu dimulai dengan penyerahan diri melalui ungkapan dua kalimah syahadah. Kerana segala amalan umat manusia tidak ada nilai di sisi Allah melainkan mereka terlebih dahulu menyatakan iman dan penyerahan diri kepadaNya.

Eric bercerita panjang lebar berkenaan ungkapan dua kalimah syahadah kepada isterinya dan Ixuna angguk-angguk kepala tanda faham.Tidak sampai beberapa saat, Eric dapat mendengar isterinya mengucap dua kalimah syahadah sebelum mula dibuai mimpi.Adakah gadis itu tidak tahu tentang semua perkara yang diungkapkannya sebentar tadi?

Eric mendengus kecil apabila matanya tidak boleh lelap akibat tubuh yang mula berpeluh dan hangat.Ini semua Ixuna punya pasal! Boleh pulak isterinya itu merosakkan pengawal penghawa dingin.

Apabila Eric berpaling ke kiri,dia menelan liur melihat isterinya tidur nyenyak umpama bayi dengan pakaian yang bisa menggoyahkan iman sesiapa yang memandang.Dengan perlahan dia menghampiri wajah gadis itu dan mengucup lembut dahinya. Eric berdoa dalam hati memohon dari Allah agar hati Ixuna terbuka untuk menerimanya tidak lama lagi….

p/s:jika anda suka entry ini sila tolong tekan button share.Kalau rajin tinggalkan komen agar sy tahu pendapat anda tentang entry ini.thanks.:)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 16”
  1. TAKKAN SHARE tapi mungkin share juga sebab best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"