Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 17

18 February 2013  
Kategori: Novel

21,838 bacaan 41 ulasan

Oleh : anabella

BAB 17

Rihanna tersengih sendirian apabila melihat leher Eric yang kemerahan apabila turun ke dapur pagi itu.Ixuna terus menonong ke meja makan meninggalkan suaminya.Nampaknya tidak salah Rihanna menjodohkan Eric dengan Ixuna.Walaupun secara paksa hubungan perkahwinan cucunya itu kelihatan telah menapak ke arah yang lebih baik.

Dia gembira dengan kejujuran Ixuna.Masih dia ingat bagaimana Ixuna memohon maaf darinya dengan bersungguh hati kerana telah memfitnah Eric cuba memperkosanya kali lepas.Setelah meceritakan perihal sebenar yang berlaku,Rihanna tidak menyebelah mana-mana pihak. Eric tetap bersalah kerana cuba menyentuh Ixuna walaupun secara gurauan pada mulanya.Tidak tentu pasal penamparnya mendarat pada wajah cucu kesayangannya itu.

“Wei,kau dah buat projek buat anak ke dengan Xuna semalam? Kata kahwin enam bulan je?” Pertanyaan Ariel menyebabkan Eric yang sedang meneguk jus oren tersedak besar.Mujurlah ketika itu tiada sesiapa yang berdekatan dengan mereka.

“Tengkorak kau.Dengan perempuan tunggul kayu tu macammana aku nak buat anak.” Eric bersuara perlahan.Bimbang didengari nenek.Sebenarnya dia telah menceritakan semua perihal perkahwinannya kepada Ariel mengenangkan dia telah menganggap pemuda itu sebagai adik kandungnya sendiri.Ariel seorang yang sangat boleh dipercayai jika dalam bab menyimpan rahsia.

“Habis tu yang leher kau penuh love bite apahal pulak?”

Ariel bertanya penuh curiga.Semalaman dia berfikir tentang hubungan perkahwinan yang terjadi antara Eric dan Ixuna.Akankah bahagia sepupunya itu apabila berkahwin dengan gadis yang memandai meletakkan amaran tidak masuk dek akal sebelum kahwin.Melihat leher Eric yang kemerahan sebaik keluar daripada bilik tidur membuatkan Ariel beranggapan yang sepupunya itu sudah berjaya menawan Ixuna.Nampaknya dia tersalah sangka.

“Bukan love bite lah sengal.Semalam Ixuna rosakkan pengawal air cond bilik aku.Jadi,aku kenalah tidur dalam panas.Kau bukan tak tahu yang kulit aku ni sensitif bila berpeluh.”

Eric menjawab jujur.Semalam tidurnya langsung tidak nyenyak.Badannya berpeluh dan terasa gatal.Hendak membuka baju rasa segan dengan Ixuna.Isterinya molek saja tidur dengan baju yang seksi ya amat.Malam pertama yang sepatutnya menjadi malam indah buat dirinya menjadi malam yang penuh ketidakselesaan.Bangun solat subuh, Eric terus mandi dan dia tidak tidur lagi.Hari ini dia harus memanggil penyelenggara untuk memperbaiki air cond biliknya.

“Lawak gilalah malam pertama kau dengan alien tu.Kau boleh tahan iman pulak ek tidur sebilik dengan si comel tu?” Ariel bertanya seraya menjeling ke arah Ixuna yang sedang rancak berbual di meja makan dengan nenek,Elya,Reny, serta mama dan papanya.

“Aku boleh tahan sebab tak nak patah tulang.Bukan boleh diikut sangat kepala gila dia tu.Habis semua benda dia libas.” Eric selamba mengutuk isteri sendiri.

“Eric,Ariel jomlah sarapan.Yang kamu berdua berbisik-bisik dekat peti sejuk tu kenapa?” Teguran Dato’ Kahar dari meja makan menyebabkan kedua pemuda itu menapak ke meja makan. Eric duduk disisi Ixuna dan Ariel duduk bertentangan.

“Abang nak makan apa? Nasi goreng ke mee goreng? Sayang tolong cedokkan?”

Pertanyaan lembut Ixuna menyebabkan sekali lagi Eric tersedak jus yang diminumnya.Mata Ariel membulat memandang Ixuna dan yang lainnya menayang sengih.Tidak pelik dengan kemesraan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

“Er..apa-apa jelah.” Eric tiba-tiba jadi gagap.

Apa pulak permainan Ixuna kali ini? Hendak berlakon baikkah dihadapan keluarganya? Akhirnya dia hanya mendiamkan diri melihat Ixuna mencedokkan mee goreng ke dalam pinggannya.Hati dia berdebar bagai nak gila apabila Ixuna mengiring ke kiri dan menatap wajahnya lama.

“Err,kenapa sayang pandang abang macam tu? Makanlah..” Eric bertambah gugup apabila melihat senyuman wajah setiap ahli keluarganya.

“Em sayang nak tengok abang makan dulu.Lepas tu baru sayang makan.” Ixuna bersuara manja dan jiwa Eric terasa melayang-layang.Dengan perlahan dia menyudu masuk makanan ke dalam mulut.Setelah itu barulah Ixuna memulakan sarapannya.

“Romantik betullah kak Xuna ni.Abang,sepatutnya abang kena lebih romantik dari Kak Xuna,barulah rumah tangga bahagia hingga ke cucu cicit.”

Untuk kali ketiga Eric tersedak apabila Elya membuka mulut.Wajahnya terasa membahang.Ixuna romantik dan dia tak romantik? Gila apa si alien ni romantik?!

“Amboi Elya,cara kamu bercakap macam dah ada suami je.Nak nenek carikan calon suami untuk kamu ke?” teguran Rihanna menyebabkan Elya tersipu malu.Saja sebenarnya ingin mengusik abangnya yang kelihatan bahagia itu.

“Takdelah nenek.Elya gurau je.” Elya pantas mengelak.Gila apa hendak berkahwin dalam umur 17 tahun!

“Eric,kamu dan Ixuna hendak berbulan madu di mana? Nenek benarkan kamu ambil cuti panjang untuk berbulan madu.”

Pertanyaan Rihanna menyebabkan Eric tersenyum girang.Cuti panjang? Seronoknya! Tapi dia hendak ke mana dengan isteri yang tidak berperasaan itu.

“Sayang nak berbulan madu dekat mana? Abang akan pergi ke mana saja tempat yang sayang suka?”

Giliran Eric untuk memaparkan sikap romantiknya.Dia berpaling ke kiri dan memandang seraut wajah comel itu.

“Sayang nak berbulan madu dekat kampung nenek Jannah dengan atuk Yahya.” Jawapan Ixuna membuatkan semua yang berada atas meja makan itu tersedak kecil.

“Xuna,itu bukan tempat untuk berbulan madu.Bila-bila masa saja kamu boleh balik kampung nenek Jannah.Pergilah berbulan madu di luar negara untuk ambil mood perkahwinan kamu.”

Datin Rahimah menyampuk.Dia perasan yang hubungan Ixuna dengan Jannah dan Yahya sangat rapat sewaktu orang tua itu menghadiri majlis perkahwinan gadis itu kali lepas.Jannah dan Yahya adalah datuk dan nenek sebelah arwah ayah Eric.

“Xuna bukan taknak honeymoon dekat luar negara aunty.Cuma Xuna rasa dah melawat hampir semua tempat dalam dunia ni kecuali tempat yang menempatkan insan-insan yang abang sayang.” Ixuna merenung wajah Eric dengan pandangan lembut. Eric tak terkata! Rasa terkesan sangat dengan kata-kata isterinya itu.Alangkah bagusnya jika kata-kata itu bersulamkan kejujuran dan keikhlasan.

“Em,tapi Xuna takkan paksa abang.Kalau abang tak nak honeymoon dekat kampung.Kita boleh pergi tempat lain.” Ixuna menyambung bicara apabila melihat Eric terdiam lama.

“Is okey sayang.Abang akan bawa sayang ke mana pun tempat yang sayang nak pergi.Bagi abang,selagi ada sayang disisi dekat mana-mana tempat pun akan rasa seperti berbulan madu.Dengan sayang disisi abang semua tempat pun akan berasa indah dan tenang.”

Amekaw! Sekali Eric bermulut manis,Ixuna sendiri terpegun.Segera dia berpaling ke arah lain.Hatinya agak berdebar apabila Eric merenungnya tunak.Ixuna menahan malu apabila semua manusia dimeja itu tersengih mendengar bicara suaminya itu.Meremang seluruh bulu roma!

“Hebatlah Abang Eric,macam nilah baru romantik” Reny mengekek ketawa apabila mendengar ungkapan abang sepupunya yang jarang romantik itu.

“Em,kalau macam tu pergilah kamu balik kampung Eric.Kenalkan Xuna dengan keadaan persekitaran kampung.”

Dato’ Kahar bersetuju dengan cadangan Ixuna.Akhirnya Datin Rahimah dan Puan Sri Rihanna sama mengangguk-angguk kepala.Apabila melihat Eric bermadah seperti itu.Mereka merasakan pemuda itu sedang angau bercinta dengan isterinya.Jadi biarlah mereka pergi ke mana saja untuk meluangkan masa berdua.Hanya Ariel yang beriak selamba kerana dia tahu pasangan dihadapannya itu hanya berlakon semata-mata.

……………………

“Sayang serius ke nak pergi rumah nenek abang?”

Eric bertanya dengan riak wajah teruja sebaik saja dia berduaan dengan Ixuna dalam bilik.Saat itu Ixuna sedang leka mengemas bagasi.Gadis itu memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam bagasi merahnya. Eric merasa sedikit gembira apabila memikirkan kemungkinan Ixuna mula menerimanya sebagai suami.

“Aku seriuslah.” Jawapan kasar Ixuna menyebabkan Eric sedikit tersentak.Aku pulak..tadi abang..

“Apa niat awak buat baik dengan saya dekat meja makan tadi?” Eric duduk di birai katil memandang Ixuna yang sedang sibuk di atas lantai dengan wajah serius.

“Masa bila pulak aku buat baik dengan kau?”

“Habis awak nak cakap apa,awak saja berlakon baik dengan saya depan keluarga saya,macam tu?” Eric berasa bengang.Suaranya sudah meninggi satu oktaf.

“So what? Tak boleh ke? Aku kan isteri kesayangan kau.” Ixuna menjawab selamba.

Sebenarnya semua yang diungkapkannya di meja makan tadi adalah lakonan semata-mata.Sebelum bernikah dia sudah berjanji dengan Madam Amy untuk menjadi isteri yang baik untuk Eric.Mamanya tidak mahu Puan Sri Rihanna menyesal kerana mengambilnya menjadi cucu menantu.Jadi,langkah yang terbaik untuk menunaikan permintaan mamanya itu,Ixuna perlulah berlakon mesra dengan Eric di hadapan ahli keluarganya.Bila mereka tinggal berdua sahaja,jangan haraplah dia hendak berbaik dengan pemuda itu.

Eric bangun dari duduk dan menghampiri Ixuna yang berada di lantai.Sebaik saja Ixuna mendongakkan kepala untuk memandang Eric,pemuda itu memegang dagunya kuat.Belum sempat dia mengelak,bibir Eric menyentuh bibirnya lama.Ixuna terpegun.Terasa beku seluruh jiwanya.

“Bodoh! Apa yang kau buat ha?!” Ixuna menjerit kuat sebaik Eric melepaskan kucupannya.

“So what? Tak boleh ke? Saya kan suami kesayangan awak.” Eric tersenyum sinis sebelum kembali duduk di birai katil.Puas hati apabila dapat mengucup bibir munggil itu untuk kali kedua secara mengejut..

“Kau ni memang sengaja cari pasal dengan aku kan?” Ixuna bangun dari duduk dan berdiri berdepan dengan Eric.Terasa ingin dimusnahkan pemuda dihadapannya itu sekarang juga.

“Yang sayang nak marah kenapa? Sayang tu memang hak abang yang halal okey.Jadi sukahati abanglah nak cium sayang ke apa.Kalau abang nak buat lebih-lebih pun boleh.Sayang ada apa-apa masalah ke dengan tu?” Eric bertanya dengan nada ingin menyakitkan hati Ixuna.

“Aku rasa jijik bila bersentuhan dengan lelaki macam kau.” Ixuna berlalu ke bilik air dan menghempas pintu.

Giliran Eric menahan perasaan marah.Bisa sekali bahasa yang digunakan isterinya itu.Terluka hatinya saat itu.Ixuna memang pantas diberi pengajaran.Tunggulah nanti.Dia akan membuat gadis itu menyesal dengan semua ungkapannya

Dalam bilik air Ixuna menyumpah seranah Eric dalam hatinya.Dia sibuk memberus gigi dan membasuh bibirnya berulang kali.Ini kali kedua Eric menyentuh bibirnya tanpa dia sempat mengelak.Suka ambil kesempatan! Bengang betul dia dengan sikap pemuda itu! Dia duduk lama dalam bilik air sebelum menaip sebuah mesej dan menghantarnya kepada Alex.

‘Lelaki tu buat saya sakit jiwa.Dia anggap macam saya ni betul-betul isteri dia.Boleh tak kalau saya nak bercerai dengan dia hari ni juga? Saya benci dia!!!’

Hampir sepuluh minit menunggu barulah ada bunyi mesej masuk ke dalam henponnya.Ixuna mengukir senyuman gembira.Sejak Alex tahu yang dia bakal berkahwin dengan Eric,pemuda itu kerap membalas mesejnya walaupun lewat.Dia tahu yang Alex takkan memungkiri janji.

‘Jangan macam tu Xuna.Kalau awak betul-betul sayang saya,awak layanlah Eric dengan baik.Layan dia macam dia betul-betul suami awak.Kelak kalau awak kahwin dengan saya,awak tahu macammana nak melayan suami.’

Berkerut-kerut dahi Ixuna membaca mesej yang dibalas Alex.Lelaki itu sudah gila ke?

‘Walaupun dia cuba menyentuh saya?’

‘Dia halal untuk menyentuh awak…’

Kali ini Ixuna benar-benar melopong.Sandiwara apa yang dimainkan oleh pemuda yang dicintainya itu.

‘Awak tak kisah kahwin dengan saya walaupun saya bekas lelaki lain?’

‘Saya cinta awak dari hati yang tulus ikhlas.Saya tak peduli hal-hal lain…’

Ixuna agak terharu apabila membaca mesej itu.Dia menahan sebak.

‘Saya janji akan kembali ke sisi awak bila enam bulan berlalu.’ Ixuna berjanji.

‘Janji dengan saya Xuna,layan Eric dengan baik.Sebaik yang awak mampu berikan…’

‘Kalau itu dapat menyenangkan hati awak,saya janji akan cuba buat baik dengan dia.Just wait for me Alex..’

Itu mesej terakhir Ixuna yang tiada balasan.Walaupun dia tidak tahu mengapa Alex mahu dia melayan Eric dengan baik,dia tetap akan menunaikan janjinya terhadap pemuda itu.Apabila dia berjanji,dia sentiasa akan tepati.

…………………..

Keesokan harinya Ixuna dan Eric bertolak ke Johor Bharu untuk berkunjung ke kampung datuk dan nenek Eric.Sepanjang perjalanan pasangan itu hanya berdiam diri.Masing-masing memendam rasa dalam hati.Sekali sekala Ixuna menjeling ke arah Eric yang kelihatan tenang memandu.Dia memerhatikan pemuda itu lama.

Eric,pemuda yang berketinggian seperti model.Tubuhnya mantap,mempunyai six pack dan berbadan sasa.Kulit putih walaupun tidak segebu kulitnya.Rambut terpacak di tengah dengan gaya terkini.Kening lebat,hidung mancung,bibir merah dan selalu berwajah serius.Jika dilihat dari bahagian sisi wajah suaminya itu seperti Daniel Henney.Pelakon kacukan Korea-Amerika yang popular.Namun Ixuna tahu yang Eric tidak berdarah kacukan.Dia sememangnya seorang lelaki melayu yang segak bergaya.

Eric yang kacak,bergaya,berkerjaya lagi kaya terpaksa kahwin dengan dia.Bukankah lelaki itu sememangnya bernasib malang?

Ixuna tahu yang Eric mempunyai ramai peminat.Salah satu daripada peminat suaminya itu adalah kakak tirinya sendiri,Qasrina.Sejak mendapat berita yang Ixuna bakal berkahwin dengan Eric,Rina langsung tidak mahu menegurnya.Nampak sangat yang Qasrina kecewa kerana tidak terpilih untuk menjadi cucu menantu Puan Sri Rihanna.Walhal kakak tirinya itu sudah lama mengenali Eric dalam syarikat.Ixuna tidak dapat membantu kerana dia sendiri tidak mempunyai pilihan.

“Yang awak tenung saya macam tu apa hal?” Eric menegur sinis.Perasan yang Ixuna ralit memandangnya sedari tadi.

“Memikirkan nasib malang awak selaku lelaki yang menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana terpaksa berkahwin dengan saya.Awak sepatutnya layak untuk mendapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya untuk dijadikan isteri.”

Ixuna menjawab tenang sebelum memakai kaca mata hitam dan bersandar malas di kerusi kereta.Kali ini dia membiasakan dirinya untuk tidak berkau dan beraku sewaktu berkomunikasi dengan Eric.

“Ia bukan nasib malang.Jodoh saya dan awak sudah ditetapkan Allah.Kehadiran awak disisi saya adalah sebagai nikmat pemberian daripada Allah.Saya bukan jenis manusia tidak bersyukur dengan menganggap berjodoh dengan awak adalah perkara yang malang.Tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah adalah manusia yang kufur.Alhamdullilah Allah masih memberi kesempatan untuk saya menjadi seorang suami dan saya berjanji akan berusaha membahagiakan awak selagi saya mampu.”

Ixuna terdiam.Sekali lagi kata-kata Eric membuatkan jantungnya berdegup dengan tempo yang tidak menentu.Ya Allah mengapa bicara Eric boleh menggetarkan jiwanya yang sudah lama kelam tanpa cahaya.

‘Kalaulah kamu tidak bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan iman dan kesyukuran kamu untuk kesempurnaanNya dan Dia tidak redhakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur.Dan jika kamu bersyukur, Dia meredhainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan ingatlah seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dada.-Surah Az-Zummar ayat 7’

……………….

“Okey.Kita dah sampai.” Eric memberhentikan keretanya setelah memasuki sebuah ladang getah yang dipenuhi semak samun.

Mata Ixuna membulat apabila melihat sebuah rumah kayu besar yang kelihatan terbiar berada dihadapannya.Sekeliling rumah itu dipenuhi rumput yang menjalar dan banyak pasu bunga yang pecah.Dari kejauhan rumah itu kelihatan seperti rumah berhantu.Ixuna memandang keadaan sekeliling.Lebih kurang 500 meter kelihatan beberapa buah rumah penduduk kampung yang bersih dan terjaga rapi.Takkanlah rumah buruk dihadapannya ini adalah rumah nenek Jannah dan atuk Yahya? Macam bukan rumah manusia je?

“Rumah siapa ni?” Ixuna bertanya sebaik keluar dari kereta.

“Rumah lama nenek.Dia minta kita bersihkan rumah ni sampai cantik bersih.Petang ni dia datang melawat.” Eric memberikan jawapan yang langsung tak logik dek akal.

“Bersihkan?”

“Kenapa,awak tak sanggup ke?” Eric bertanya sinis.Bukankah Ixuna selalu bangga dengan kebolehan yang dia miliki.Selalu perasan kuat dan bagus sangat! Eric mengutuk dalam hati.

“Sanggup je.” Eric tersentak apabila Ixuna membuka boot kereta dan mengeluarkan beg sandangnya yang kecil.Bagasi besar masih ditinggalkan dalam boot kereta.

“Okey.Awak bersihlah dulu apa yang patut.Saya nak pergi kedai berdekatan untuk beli buah tangan untuk nenek.”

“Okey.”

Eric menunggu reaksi Ixuna apabila dia selamba masuk kembali ke dalam kereta.Beberapa ketika menunggu,Ixuna langsung tidak memberikan sebarang respon takut berada di situ bersendirian.Molek saja isterinya itu bergerak ke hulu dan ke hilir memastikan keadaan rumah lama itu. Eric mendengus geram sebelum menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi tanpa Ixuna.Dia ingin membalas perbuatan gadis itu hari ini! Biar Ixuna rasakan rasa sakit hati seperti yang dia rasakan semalam!

p/s:tolong klik button Share di bawah jika anda sukakan entry ini.kalau rajin komenlah ye.,thanks 4 reading.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

41 ulasan untuk “Novel : Kahwin 6 Bulan Je?! 17”
  1. lia says:

    bes gila citer ni<<<

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"