Novel : Mungkin Lelaki Terakhir 1

13 February 2013  
Kategori: Novel

1,228 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Puteri Nurhafizah

1

Suasana di dalam ruang tamu itu gamat dengan gelak ketawa tiga sahabat yang berkawan karib sejak tingkatan satu. Nur Melati, Lydia Kyra dan Nurul Darwisyah. Sahabat yang sehingga kini masih bersama-sama. Walau sering bertelingkah tapi masih setia dengan ikatan persahabatan mereka. Mereka mempunyai pendapat yang berbeza tapi diterima oleh mereka bertiga.

Setiap hujung minggu mereka akan berkumpul bersama-sama. Kadang-kadang menceritakan tentang pengalaman kerja. Ada yang menceritakan tentang karenah pelanggan, karenah rakan sekerja dan paling penting karenah hati. Soal cinta yang tiap minggu bakal menjadi topik paling hangat. Mereka jarang bertemu pada hari hari biasa. Hari minggu sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan masing-masing. Sambil menonton televisyen di ruang tamu, mereka bertiga menjamu kuih-muih yang berada di atas meja kaca itu.

“Mel, apa cerita Sharnaaz?” Nur Melati yang belum menghabiskan ketawanya itu terus berhenti ketawa dengan serta merta lalu memandang ke arah Nurul Darwisyah. Soalan yang dia sentiasa lari untuk menjawab. Nur Melati masih mendiamkan diri. Lydia mengangkat muka. “Alah, anak ikan dia tu. Katanya tengah mengenali seseorang apa entah nama dia, Pah? Dah macam opah dah.” Lydia ketawa diiringi dengan ketawa Nurul Darwisyah. Nur Melati hanya tersenyum hambar.

“Entah lah wey, aku rasa nak putus je lah dengan dia. Aku baru sedar yang dia tu tak sesuai dengan aku.” Nur Melati memulakan bicara. Perlahan sahaja nadanya.

Lydia mengeluh. “Aku dah cakap, dia tu tak sesuai dengan kau. Dia tak matang lagi. Lagipun beza umur dia dengan kau dua tahun. Tak sesuai tak sesuai.” Lydia menggelengkan kepalanya sambil jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Nurul Darwisyah mengganguk. Lydia faham sahabatnya itu tidak bahagia. Lelaki muda yang masih tidak matang dirasakan tidak sesuai untuk dibuat kekasih. Perwatakan sahaja nampak matang tapi perangai dan permikirannya tidak seiring dengan perwatakannya.

“Kau sayang dia?”Nurul Darwisyah bersuara. Nur Melati yang tadi menunduk memandang ke arah dua sahabatnya itu. Mereka menantikan jawapan dari bibir Nur Melati. Nur Melati tersenyum sinis.

“Dulu ya aku sayang. Sekarang kirim salam hye hye bye bye.”Nur Melati menutup majalah yang dibacanya tadi. Dia menyandarkan kepalanya ke sofa. Mereka bertiga membisu. Nur Melati bersuara “Aku dah bosan lah kapel dengan dia. Lagipun aku macam rasa hubungan yang almost a year ni macam sampah je. Mula-mula tu aku rasa bahagia lah, entah macam mana rasa macam . . . .” Nur Melati hilang kata-kata. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Rasa macam tua?” Lydia dan Nurul Darwisyah sama-sama ketawa. Nur Melati mencebikkan bibirnya tapi secara tak langsung dia jugak turut ketawa. Sharnaaz cuma kekasih yang dianggap persinggahan buatnya. Berpisah dengan lelaki yang amat dicintai telah membuatkan Nur Melati mengambil keputusan drastik mencipta hubungan dengan Sharnaaz. Persinggahan untuk dia melupakan lelaki yang curang terhadapnya.

Ah, baginya itu semua cinta mainan. Dia tidak mempunyai apa perasaan pada lelaki bawah umur itu. Sekarang dia cuma mahukan cinta sebenar. Rimas dengan cinta mainan. Serik dengan janji-janji palsu. Dia mahu membuka lembaran baru. Lantas dia mengambil telefon bimbitnya yang berada dia atas meja kaca itu. Dengan pantas dia menaip, adakalanya dia termenung sekejap. Mungkin memikirkan ayat yang sesuai untuk dikirimkan.

“Nahhhh, siap.” Nur Melati menghembuskan nafas lega sambil memejamkan mata. Telefon bimbit masih berada di tangannya.

“Apa yang siap?” Lydia bersuara. Pelik melihat keadaan sahabatnya itu. Nur Melati membuka matanya dan memandang dua sahabatnya itu. Dia memberikan senyuman manis lalu dia menjawab

“Welcome to the clubbb.” Jerit Nur Melati. Lydia dan Nurul Darwisyah membuntangkan mata seperti tidak percaya. Baru lima belas minit mereka memberikan kata-kata peransang untuk memutuskan hubungan dia sekarang sudah bergelar single. Nurul Darwisyah masih dengan tawanya.

Lydia kembali menyoal, “Dia tak jawab apa-apa?” Nur Melati menunjukkan kelima-lima jarinya rapat menyuruh Lydia untuk bersabar. Tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk. Nur Melati kusyuk membaca tidak sampai tiga puluh saat dia ketawa terbahak-bahak. Lydia mengambil telefon bimbit dari tangan Nur Melati. Dia membaca sesekali Nurul Darwisyah mengerling.

“Aku dah kata, dia tu tak matang lagi. Asyik nak menyalahkan orang je. Dia kata kau nak lari dari masalah. Pigidahhhh.” Lydia menghamburkan amarahnya.

“Dahlah sekarang ni aku dengan dia dah settle. Welcome to the club pun sudah.” Nur Melati menyengih tanda lega. Hubungan dia dengan lelaki bawah umur itu sudah tiada. Tamat pada hari itu juga. Tiada lagi rasa terkongkong. Tiada lagi seksaan yang menyeksa di dada.

“Esok jomlah kita tengok wayang cerita baru Hansel and Gretel?” Nurul Darwisyah mengangkat kening memberi cadangan. Menyedari yang mereka sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk berhibur di luar. Nur Melati mengangkat ibu jarinya tanda dia tidak mempunyai masalah.

“Esok tak janji ah. Dah lah baru balik ni. Confirm kena settle hal rumah tangga dulu.” Keluh Lydia.

“Rumah tangga apa benda nya? Kau tu kan presiden kelab single. Mel naib presiden. Aku ahli jawatan kuasa je.”

“Kau takde kena mengena. Golongan single yang straight je dialu-alukan. Kau dah ada Amir, duduk diam-diam.” Lydia meletakkan jari telunjuknya tepat ke dada Nurul Darwisyah. Nur Melati menahan gelak. Lucu apabila sahabatnya Nurul Darwisyah masih beria-ria mahu mengikuti kelab tidak rasmi itu. Mana tidaknya sahabatnya itu bakal ‘married’ tapi ada hati nak jadi single juga.

Nur Melati tersenyum melihat gelagat sahabat-sahabatnya itu. Kenapa aku tak punya tuah macam Lydia dengan Isha? Ramai peminat, ramai orang suka. Pergi sana pergi sini ramai orang tegur. Ada yang meminta nombor telefon sahabat-sahabatnya itu. Kadang-kadang dialah yang akan menjadi orang perantara.Nur Melati mengeluh. Mengenang nasib diri yang setiap kali ingin membuat sesuatu hubungan dia sendiri terpaksa memulakan langkah pertama. Dia sendiri menyedari yang dirinya seolah-olah ‘perigi mencari timba’. Bukan setakat seolah-olah dah memang betul.

Lydia dengan ramai ‘secret admire’ nya. Nurul Darwisyah dengan mempunyai husband-to-be nya. Ah, rimaslah kalau fikir soal jodoh yang tak sampai-sampai ni. Ada kekasih pun budak pra-matang. Ada pulak yang buaya tembaga. Nasiblah hati oi dapat yang tak elok je tapi bila difikirkan kembali. Hubungan yang selama ni terbantut di tengah jalan itu mungkin banyak hikmahnya. Jawapannya aku tidak sesuai dengan lelaki bawah umur, kerana ego aku akan menjadi tinggi. Aku takut suatu hari ni aku tidak dapat menghormati suami aku hanya kerana dia lebih muda dari aku. Lihat sajalah ketika aku menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz, aku sendiri sering menaikkan suara pada dirinya. Sememangnya dia banyak bersabar tapi sampai bila? Derhakalah aku jika berperilaku sebegitu pada bakal suamiku nanti. Cepat-cepat Nur Melati menggeleng.

Lantas dia berfikir kembali. Hikmah hubungan aku terbantut dengan buaya tembaga tu. Aku tak dapat bezakan antara berlian dengan kaca. Kata-kata yang diberikan olehnya membuatkan aku cair. Mahu tak panasaran, dia melayan aku bagaikan puteri raja, apabila aku merajuk dia pandai bermain kata. Mahu tidak mahu hati ini cair apabila mendengarnya. Tapi nasib menyebelahi diriku. Di hadapan mata aku sendiri dia curang. Semenjak itu kata-kata manis dia telah menjadi tawar. Aku seperti merasakan cinta dia cuma dihujung bibir sahaja. Kasih dan sayangnya dibahagi-bahagi dua. Ah musnah! Aku terleka dengan lelaki-lelaki sebegini. Yang sempurna itu satu dalam berjuta-juta. Mungkin aku perlu banyak mengenali hati lelaki. Aku diberikan tempoh yang lama untuk mencari yang sempurna. Hm, bukan sempurna yang aku cari sebenarnya tapi yang dapat membimbing aku ke arah jalan yang benar.

PON! PON! PON!

Bunyi hon di depan perkarangan rumah menyentak mereka bertiga. Dengan serta merta lamunan Nur Melati terrhenti. Lydia menyelak langsir yang berwarna biru tua itu lalu menjengukkan kepalanya ke tingkap untuk melihat siapakah gerangan yang membunyikan hon sebentar tadi. Lepas dua minit mengenalpasti Lydia memanggil Nurul Darwisyah. “Woi pakwe kau dah terjah kat luar sana. Nak ajak dating lertu, kalau kau taknak dating biar aku je yang pergi ganti.” Nurul Darwisyah mencebik lalu dia keluar tergesa-gesa bertemu dengan kekasih hatinya.

Nur Melati memandang sekilas pada Lydia. Lihat seperti tiada apa yang berlaku. Kisah tempoh hari sudah dilupakankah? Takkan semudah itu. Cadangan menyingkirkan orang yang dia sukai itu diterima baik tetapi apabila lihat sekilas pada wajah sahabatnya itu nampak sedikit kekesalan disitu. Nak tanya ke taknak? Lama Nur Melati berkira-kira untuk menanyakan soalan kepada Lydia.

“Yang kau apahal terhenguk-henguk? Nak tanya aku apa-apa ke? Atau nak mintak khidmat nasihat dari doktor.” Lydia yang perasan Nur Melati tidak senang duduk dari tadi saja memancing. Nur Melati cuma menyengih. Dia mematikan hasratnya untuk menanyakan perihal hati sahabatnya itu. Dia tahu buat masa kini Lydia memerlukan masa untuk hatinya diubati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"