Novel : Suamiku Mr. Blind 2

26 February 2013  
Kategori: Novel

6,313 bacaan 5 ulasan

Oleh : Farishadania

Bab 2

6 bulan kemudian…

Aidil Zafran menarik bagasinya untuk keluar dari KLIA. Dia menaiki LIMO yang terdapat di KLIA untuk pulang ke kondonya. Sengaja kepulangannya tidak dikhabarkan pada keluarganya. Sengaja dia buat begitu. Yang penting sekali dia perlu mencari Ain Syuhada dulu. Selama 6 bulan di UK dia sudah mendapat kata ilham. Dia sudah mendapat keputusan mengenai hala tuju pernikahannya itu. Huh…agaknya Ain Syuhada itu masih montel lagi seperti anak gajah. Waktu kali terakhir dilihatnya sebelum dia menjadi buta.

“Home sweet home”. Dia bersuara selepas pintu kondonya dibuka. Masih sama seperti 6 bulan yang lepas. Dia menarik bagasinya masuk ke dalam. Rayban ditanggalkan. Silau matahari yang menyinggah di mata membuatkan dia cepat-cepat memakai Rayban semula. Hmm…nampaknya matanya belum sembuh sepenuhnya. Belum serasi lagi walau sudah 6 bulan kornea mata itu menjadi miliknya.

Dia menuju ke bilik. Merebahkan badannya di atas katil. Leganya dapat tidur. Rindunya pada tempat tidur. Namun matanya tidak dapat ditutup. Ada misi yang belum dilaksana. Dia perlu cari Ain Syuhada. Pantas didail nombor handphone milik isterinya itu. Moga-moga tidak bertukar walau sudah 6 bulan dia langsung tidak bertanya khabar.

“Asalammualaikum”. Dia mendengar suara lunak di hujung talian. Hmm…menggetarkan nalurinya tatkala suara itu berkumandang. Namun cepat-cepat dia menafikan rasa hati.

“Walaikumusalam. Boleh saya cakap dengan Ain Syuhada?”. Lama suara itu terdiam apabila dia menyebut nama Ain Syuhada.

“Hei…ini akulah. Suami kau. Aku nak jumpa kau sekarang. Segera!”. Tanpa banyak kata dia sudah menyembur pada Ain Syuhada. Panas hatinya bila suara di hujung talian itu berdiam diri.

“Pukul 3 petang kita jumpa di KLCC. Di Restoran Secret Recipe”. Dia mengarah lagi sebelum telefon bimbitnya dimatikan. Dia melihat jam di tangannya baru menunjukkan ke angka 11 pagi. Hmm… awal lagi. Lebih baik buat tahi mata dulu. Maklumlah penerbangan dari UK ke KL yang memakan masa berjam-jam itu membuatkan seluruh tubuhnya lenguh.

Ain Syuhada masih lagi diam. Seperti bermimpi pula apabila mendengar suara Aidil Zafran di hujung talian. Sudah kembali ke Malaysiakah? Hmm…pukul 3 di KLCC. Nasib baik waktu sekolah tamat pukul 2 petang. Sempatlah dari Setapak terus ke KLCC dengan Putra LRT. Dia menunaikan solat Zohor dahulu di Musolla sekolah sebelum bergerak ke KLCC. Dia menilik wajahnya sekilas di cermin setelah membetulkan tudung Arini di kepalanya. Dia melihat pula baju kurung Pahang yang tersarung di badannya. Nampak anggun baju kurung itu ditubuh langsing miliknya. Hmm…tak sia-sia semasa di MRSM dulu dia bermatian diet. Kalau tidak mana mungkin tubuh anak gajah miliknya boleh bertukar menjadi puteri duyung. Hmm…rasa macam tidak kena saja perbandingan yang dibuat. Lantaklah asal dia puas hati.

Akhirnya sampai juga dia di stesen Putra LRT Wangsa Maju. Ini pun berkat jasa Cikgu Solehin mempelawanya untuk menghantarnya balik. Kalau tak kerana memikirkan
temujanji dengan Aidil Zafran memang dia berat hati untuk menumpang kereta Cikgu Solehin yang ada hati padanya.

Fuh!!! Ain Syuhada menarik nafas lega bila dia selamat sampai di KLCC. Dia melangkah panjang untuk keluar dari perut PUTRA LRT. Oleh kerana tergesa-gesa dia hampir berlanggar dengan seorang lelaki.

“Opsst sorry”. Hanya ucapan itu saja yang keluar dari bibirnya. Namun dia tidak pula memandang wajah lelaki itu. Dalam kepala otaknya sekarang hendak mencari Restoran
Secret Recipe. Dia kena cepat sampai sebelum Aidil Zafran. Kalau tidak mahu menanah telinganya menahan amarah suaminya itu. Dia menghayun langkah laju-laju. Sampai di KLCC dia melihat directory yang terdapat di tengah-tengah Kompleks Membeli Belah Suria KLCC. Dia mencari arah dimana letaknya Secret Recipe. Bingo! Dia senyum pula.

Aidil Zafran duduk menopang dagu. Masih teringat peristiwa dilanggar awek cun semasa keluar dari perut PUTRA LRT tadi. Fuh! Body mantop dengan tinggi langsingnya itu. Muka ala-ala pelakon Bollywood kesukaannya. Entah apa yang dikalutnya sampaikan muka handsome aku pun tak dipandangnya. Dia mengomel pula. Rasa menyesal kerana tak sempat berkenalan dengan gadis itu. Dia menilik jam dipergelangan tangannya. Sudah 3.05 minit. Hisy…mana pulak Ain Syuhada ni. Tak berani nak jumpa akukah?. Dia bermonolog pula. Rayban hitam masih lagi tersemat di matanya. Biarlah orang kata dia control handsome kerana berkaca mata hitam, asalkan matanya dapat dihindari dari silauan cahaya matahari.

“Asalammualaikum”. Dia dengar suara lunak itu menegurnya. Dia mengangkat muka memandang gadis dihadapannya itu. Eh…awek cun tadi.

“Maaf sebab saya terlewat”. Sambung gadis itu lagi sambil menarik kerusi lalu duduk di hadapannya. Aidil Zafran masih lagi keliru. Tak akan Ain Syuhada pulak. Diakan gemuk macam anak gajah. Yang di hadapannya sekarang tinggi langsing. Dah tu pulak asetnya mantop. Sempat pula Aidil Zafran membuat analisis mengenai gadis dihadapannya ini. Dah nama lelaki, matanya memang asyik terpandang tempat itu saja..

“Kenapa bos nak jumpa saya?”. Soalnya tidak teragak. Dia menilik wajah lelaki di depannya ini. Masih kacak macam dulu. Dia senyum lagi.

“Huh!…Mahu gugur jantung aku tengok dia senyum…Manis! Misi aku ni macamana?. Tak akan lebur kot. Tak boleh jadi ni. Kena paksa dia ikut aku balik. Kalau tidak tak pasal isteri aku dirembat orang”. Aidil Zafran sudah berpaling tadah. Hajat asalnya hendak menamatkan saja pernikahan mereka. Tapi lain pulak jadinya bila melihat gadis cantik di depannya sekarang.

“Ain sihat?. Ain buat apa sekarang?”. Intonasinya sudah berubah menjadi lembut. Ain Syuhada sudah menjulingkan mata. Sambil itu mulutnya mencebik. Sesekali dia mengajuk cakap Aidil Zafran.

Huh…apsal tiba-tiba tanya khabar aku ni?. Suara tu pulak lembut alahai. Kalau tidak asyik menengking memanjang. Ain Syuhada sedikit pelik dengan sikap Aidil Zafran yang berubah tiba-tiba. Agaknya angin UK baguih kut sampai mengubah dia menjadi polite sebegini.

“Saya praktikal sekarang di SMK Pendidikan Khas Setapak. Baru 2 minggu”. Jawab Ain Syuhada panjang lebar. Sesekali dia melihat mata Aidil Zafran dibalik cermin gelap itu. Dia renung akukah? Ishy…tak kan kut. Dia kan buta.

Aidil Zafran sudah senyum. Hmm…bagus. Setapak dengan kondo Seri Mas di Wangsa Maju tidaklah jauh sangat. Apa cara sekalipun dia kena guna kuasa veto untuk memaksa Ain Syuhada tinggal bersamanya. Rasa sayang pula hendak melepaskan Ain Syuhada sedangkan hatinya belum puas untuk membalas dendam membuatkan hidup gadis itu merana.

“Hmm…bakal jadi cikgulah. Bagus!”.

“Apahal bos nak jumpa saya?” Ulangnya lagi. Ain Syuhada resah direnung begitu walau dia tahu lelaki dihadapannya ini tidak boleh melihat.

“Ikut aku balik. Sekarang!”. Ain Syuhada sudah membulatkan mata. Apahal mamat ni?. Selama ini selamba badak saja tinggalkan aku macam tu je. Sekarang ni pandai-pandai nak memaksa aku pulak.

“Kalau saya tak nak?”.

“Aku bagi tahu family aku dan juga family kau punca siapa yang buat aku buta macam ni”. Aidil Zafran sudah mengugut pula. Tak kisah asal Ain Syuhada ikutnya balik. Ain Syuhada menyandar tubuhnya di kerusi. Dia mengeluh. Apsal mamat ni balik. Kalau tinggal kat UK teruskan bagus. Baru nak rasa bebas dah kena paksa pula.

“Baiklah kalau dah itu kehendak bos. Tapi ada syaratnya?”.

“Apa?”.

“Saya tak nak tinggal sebilik dengan bos”. Dia pun ada harga diri. Rasa tidak diperlukan sebagai isteri semasa mereka mula-mula bernikah dulu membuatkan dia rasa tercabar. Kalau Aidil Zafran tak sudi, dia lagilah tak hingin.

“Ok. Aku pun tak ingin nak sebilik dengan kau”. Dia pun kena jaga egonya sebagai lelaki.

“Minggu depan saya pindah masuk. Banyak barang nak kena kemas”. Ain Syuhada meminta tempoh. Nanti apa pula kata Kak Salwa kalau dia tiba-tiba berpindah keluar sedangkan dia sudah memberitahu hendak menyewa selama 4 bulan sehingga praktikalnya berakhir.

“Esok kau kena pindah masuk”. Aidil Zafran memutuskan begitu. Ain Syuhada sudah menjegilkan mata. Geram dengan sikap memaksa Aidil Zafran. Bosnya ini memang macam ni ke perangainya. Dulu tak macam ni pun. Bertimbang rasa lagi. Agaknya dah jadi suami aku baru nampak true colours. Huh…lelaki.

“Banyak barang yang nak kena saya angkut”. Sengaja Ain Syuhada mencipta alasan. Sebenarnya dia perlukan masa untuk mengubah tune kepala otaknya. Masih terkejut dengan kepulangan Aidil Zafran. Tambah-tambah lagi arahan yang keluar dari mulut bekas bosnya ini.

“Aku tak kira. Esok pukul 9.00 pagi kau kena ada depan kondo aku. Kau carilah sapa saja untuk angkut barang kau asal kau muncul tepat seperti yang aku arahkan”. Ain Syuhada sudah mengetap bibir. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk mencekik leher Aidil Zafran namun terbantut. Buang karan saja kerana mamat ni bukan tahu pun aku tengah marah. Dia berdecit.

“Ongkosnya?”. Tanpa malu dia soal pula pasal bayaran untuk mengangkut barang esok. Pedulilah! Pandai-pandai paksa orang. Kosnya sapa nak bayar?. Perbelanjaan ini tak termasuk dalam senarai duit nafkah tiap-tiap bulan yang diterimanya. Faham! Dia mengomel pula.

Aidil Zafran hanya menahan tawa. Lucu benar melihat aksi Ain Syuhada yang hendak mencekiknya. Hmm..comel juga bila dia marah begitu. Tak apa!. Aku nak tengok berapa banyak aksinya depan aku nanti. Kenalah berlakon buta lagi walau matanya sudah semakin sembuh.

Aidil Zafran mengeluarkan note seratus berjumlah 6 keping itu lalu disuakan kepada Ain Syuhada.

“Cukup?”. Soalnya. Ain Syuhada menyambut huluran duit itu dengan senyuman di bibir. Lebih dari cukup. Kalau ikutkan dia bukan jenis mata duitan. Tapi bila memikirkan rasa sakit hati menerima arahan dari ‘bosnya’ itu, dia fikir tidak salah untuk dia memeras dari Aidil Zafran. Biar padan muka!

Mata duitan juga bini aku ni. Dahlah tiap-tiap bulan 2ribu dia sebat duit aku. Ini pun nak claim juga. Ni sapa yang nak buat hidup macam neraka ni? Aku ke dia?. Kata-kata berupa tidak puas hati itu hanya berlegar dalam kepala otaknya sahaja. Hmm…tak apa…ada lori ada bas, kau rasalah nanti aku buat hidup kau kebas! Dia sudah memasang azam.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Suamiku Mr. Blind 2”
  1. diena says:

    ada blog x?

  2. Danisyarahmat says:

    danisyarahmat.blogspot.com

  3. yoozara says:

    cite nie dah jd versi cetak ke ?
    sempat bace yg ade kt blog je smpai bab 27 xsilap
    kalo jadikan ebook pon boleh gak kan ..hehehe

  4. Zahrazzahra says:

    Bestnyerrrr novel niiii..

  5. mira says:

    Kenape ade 2 bab je ? Nak banyak lagi :’(

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"