Novel : Tidak Seindah Mimpi 35

22 February 2013  
Kategori: Novel

2,535 bacaan 2 ulasan

Oleh : Org Ganu

“ Kamu berdua hati-hati ya..jangan lupa sama aku…,” tutur Rangga dengan nada sebak. Aku turut berasa sebak. Berat hati pulak mahu berpisah dengan kawan baikku itu. Selama aku di Jakarta ini, dialah yang banyak membantu aku.

“ Don’t worry Rangga..kami tak kan sesekali lupakan kamu…Nanti kalau dah nak wedding kami, jemputlah datang ye…,”balas Syam.

“ Betul tu Rangga..kalau kamu ada masa, datang lah melawat kami di Malaysia ye..,” Aku mencelah.

“ InsyaAllah…jika enggak ada aral melintang, aku akan ke sana jua…Aku doakan kamu berdua selamat sampai di sana ya..,” kata Rangga. Dia memerhatikan aku dengan Syam silih berganti. Kelihatan begitu sukar untuk dia menerima perpisahan kami. Sofea pula, sudah terlena di bahu Syam. Rangga mengusap lembut rambut Sofea.

“ Amin..InsyaAllah….,” kataku sebagai mengakhiri perbualan kami. Walaupun begitu berat untuk aku meninggalkannya dan pekerjaanku di sini, namun demi Syam, aku sanggup korbankan segalanya. Sebaik sahaja bersalaman dengan Rangga, aku dan Syam terus melangkah masuk ke balai berlepas di Jakarta Soekarno-Hatta International Airport . Tangan kami tidak putus-putus melambai ke arah Rangga yang masih berdiri di luar pagar balai berlepas. Entah kenapa aku berasa begitu sedih untuk meninggalkan Rangga. Banyak kenangan pahit manis kami bersama. Kalau bukan kerana bantuan Rangga, aku tidak akan mampu meneruskan hidupku di sini. Terima kasih Rangga. Aku tak kan sesekali lupa pada budi baik kau…

######################################

Hatiku berasa berdebar-debar. Aku tiba-tiba rasa belum bersedia untuk bertemu dengan keluarga Syam. Aku berdoa banyak-banyak di dalam hati supaya aku dapat berhadapan dengan keluarga Syam dengan tenang. Aku sungguh takut. Aku takut keluarga Syam tidak dapat menerima kehadiran aku di sini. Ya Allah…kuatkan hati hambaMu ini. Tenangkanlah hatiku..

“ Lina..are you okay?” Soal Syam tiba-tiba. Aku terus berpaling ke arahnya.

“I’m okay…” jawabku cuba berselindung. Sesekali mataku mengerling ke arah beg-beg yang sedang bergerak di litar mengambil bagasi di lapangan terbang KLIA. Mana tahu begku sudah ada di situ.

“ Ye ke okay..saya nampak muka awak tiba-tiba pucat lesi semacam je. Macam nampak hantu je..” kata Syam sekadar berseloroh. Kedengaran dia tertawa kecil.

“ Mana ada..saya okay lah. Penat tau naik kapal terbang..” Aku cuba berdalih.

“ Haii..tak kan lah naik kapal terbang 2 jam pun dah penat. Tak percayalah saya . Kenapa ni Lina? Any problem?” Syam menyoalku lagi seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku.

“ Erm..saya takut lah Syam..” Balasku teragak-agak.

“ Takut pasal apa pulak?”

“ Saya takut family awak tak dapat terima saya…” Akhirnya aku menyuarakan kegusaranku.

“ Lina..it’s okay. Awak tak perlu risau. Saya dah ceritakan semuanya pasal awak kat diaorang . Semua family saya boleh terima awak. Awak jangan risau sangat…emm..” Pujuk Syam lembut.

“ Tapi..”

“ Dah..saya tak nak awak risau sangat macam ni. Trust me k..Saya kan bodyguard awak. Awak tak perlu risau lah..I’m here to protect you my sweetheart…” Kata Syam lagi separuh bergurau. Aku mengangguk sedikit sambil tersenyum kelat. Sungguh rasa gemuruh dan takut semakin menguasai jiwaku.

“ Mama..sekarang kita kat mana?” Tiba-tiba Sofea bersuara setelah dari tadi menjadi pemerhati perbualan kami.

“ Kita kat Kuala Lumpur sekarang sayang…” Jawabku sambil terus mendukung Sofea.

“ Kuala Lumpur tu kat mana mama? Mana uncle Rangga?” Soal Sofea kebingungan. Ye lah, mana dia nak perasan Rangga sudah tiada di depan mata sebab dia nyenyak tidur tadi.

“ Uncle Rangga dah tinggal jauh dari kita. Sekarang kita kat Malaysia. Tempat uncle Syam…” terangku dengan panjang lebar. Rambutnya aku usap perlahan.

“ Kenapa Uncle Rangga tinggal jauh? Dia tak sayangkan kita ke?” Soal Sofea lagi. Aku tersenyum. Ternyata fikiran kanak-kanak sekecil Sofea masih tidak dapat mengerti apa-apa.

“ Tak lah Sofea sayang…bukan macam tu. Uncle Rangga sebenarnya sayang sangat kat Sofea tau..” Syam mencelah tiba-tiba.

“ Ye ke..Habis tu kalau uncle Rangga tak ada, Sofea nak main dengan siapa lepas ni?” Soal Sofea lagi. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Haihh, banyak tanya pulak anak aku nih. Ternyata Rangga begitu bermakna dalam hidupnya. Ye lah, dari dia lahir sampai sekarang, yang dia nampak yang selalu bermain dengan dia ,cuma Rangga. Syam ternyata masih baru dalam hidupnya.

“ Lah..kan uncle Syam ada. Nanti uncle boleh main dengan Sofea. Uncle boleh beli ice cream besar lagi kat Sofea tau…” Pujuk Syam.

“ Ye sayang…Sofea jangan risau okay. Mama dan Uncle Syam selalu boleh main dengan Sofea tau..” Aku menambah.

“ Tapi Sofea nak uncle Rangga…” Rengek Sofea. Mukanya berubah mendung seperti mahu menangis. Aku terus memeluknya erat. Aku kehilangan kata. Syam nampak seperti serba salah.

“ Ye sayang, nanti mama akan selalu call uncle Rangga ye. Nanti Sofea hari-hari boleh cakap dengan dia. Ok?” Pujukku lagi.

“ Betul ke ni mama? Yea..yea…Terima kasih mama…,” Sofea bersorak riang lantas mengucup pipiku. Aku menarik nafas lega.

“ Hai, sampai hati Sofea tak nak main dengan uncle Syam ye. Uncle sedih ni tau..” Syam berkata seakan merajuk.

“ Ala..sorry lah uncle..Bukan macam tu..Sofea nak dua-dua uncle Sofea ada kat sini. Uncle Syam dengan uncle Rangga..baru best…” kata Sofea lancar. Aku dengan Syam tergelak serentak. Bijak sungguh!

“ Ooo pandai kelentong uncle ek…” Kata Syam sambil mencubit lembut pipi Sofea. Sofea tersengeh menampakkan giginya yang jarang. Aku berasa geli hati melihat telatah mereka berdua. Melihat kemesraan Syam dengan Sofea yang semakin mekar membuatkan sedikit sebanyak perasaan takutku sebentar tadi hilang sedikit demi sedikit.

########################

“ Lina! Syam!” Kedengaran laungan kuat bergema di balai ketibaan lapangan terbang KLIA itu. Aku dengan Syam berpaling serentak ke arah suara itu.

“ Kak Za!!” Giliranku pulak menjerit. Aku cepat-cepat melangkah ke arah Kak Za yang sedang melambai-lambai ke arah kami. Tak sangka Kak Za pun berada di sini. Aku betul-betul teruja melihat kehadirannya di sini. Sudah bertahun-tahun aku tidak bertemu dengannya .

“ Wahh Lina..makin cantik ye kamu sekarang. Ya Allah..lamanya akak tak jumpa kamu. Rindu betul lah!” Kata Kak Za sebaik sahaja aku mendekatinya. Kami lantas berpelukan. Aku tersenyum kegembiraan.

“ Mana ada kak..saya biasa-biasa je lah. Eh, akak pregnant berapa bulan ni? Anak 1st ke?” Soalku laju apabila melihat perutnya yang memboyot.

“ Tak lah ni 2nd baby…dah dekat 7 bulan dah. Elok sangat lah tu, bakal baby akak ni boleh jumpa bakal makcik dia bila dia lahir nanti..” Kata Kak Za sekadar bergurau. Aku ketawa kecil.

“ Ini siapa?” Soal Kak Za kepadaku. Matanya memerhatikan Sofea di sebelahku.

“ Nama saya Sofea…Sofea anak mama!” Jawab Sofea laju tanpa sempat aku menjawab.

“ Owhh anak kamu ke Lina? Eii comelnya….berapa umur ni?” Kata Kak Za sambil mencubit lembut pipi tembam Sofea. Aku tersenyum lagi.

“ Umur saya 3 tahun aunty…,” jawab Sofea.

“ Wawahh bijaknya anak kamu ni Lina. Dah la comel, petah pulak tu…” Puji Kak Za.

“ Tak adalah kak..biasalah tu budak-budak sekarang memang pandai cakap mengalahkan orang tua!” Balasku sambil tertawa. Sungguh aku senang hati dengan kehadiran Kak Za di situ.

“ Amboi-amboi..rancak borak sampai tak sedar ye Syam kat sini…Nampak sangat Kak Za tak rindu Syam tau…” Tiba-tiba Syam mencelah. Mulutnya dimuncungkan. Aku dan Kak Za ketawa serentak.

“ Mestilah akak rindu kat Syam tapi akak lagi rindu kat Lina tau. Tak tahu berapa lama akak tak jumpa dia…Syam tak apa..bila-bila masa akak boleh jumpa…,” balas Kak Za.

“ Ye lah..siapa Syam ni kan..”

“ Eheh..tua-tua pun nak merajuk lagi..,buruk benor akak tengok..” gurau Kak Za. Syam buat-buat membuang pandang. Aku tertawa lagi.

“ Kak Za, mana mama dengan papa? Diaorang tak datang jemput ke?” Soal Syam tiba-tiba. A’ah aku baru perasan yang parents Syam tiada di situ seperti yang dijanjikan.

“ Owh..mama dan papa mintak Kak Za yang ambil. Lepas ni, diaorang suruh akak bawak kamu berdua ke rumah kita..dinner sekali…” Jawab Kak Za.

“ Owh ye ke..Wahh baguslah macam tu…Langkah kanan la Syam hari ni ye..” Balas Syam sambil tersenyum lebar.

“ Apa? Ma..makan kat rumah Syam??” Soalku gugup. Darah gemuruh mula menyerbu ke jantungku.

“ Ye lah..makan kat rumah mama..kenapa? Ada masalah ke?” Soal Kak Za. Syam turut memandangku hairan.

“ Tak adalah..macam terlalu cepat sampai nak bawak pergi rumah Syam. Seganlah..” Jawabku tanpa berselindung.

“ It’s okay sayang…time ni lah awak boleh berkenalan dengan papa dan mama saya lebih rapat…Banyak yang diaorang dah rancang untuk kita tau…” Pujuk Syam lembut. Aku mengetap bibir. Argh..aku betul-betul tidak bersedia.

“ Betul cakap Syam tu Lina..Mama dan papa dah lama dah tunggu nak jumpa kamu. Syam je asyik mengelak je…” Kata Kak Za. Aku semakin serba salah.

“ Bukan saya mengelak kak…Dah Lina lari dari saya. Macam mana jugak saya nak bawak dia jumpa mama dengan papa kita…” Sampuk Syam sambil menjeling ke arahku. Aku menjegilkan mataku. Hai, perli aku nampak.

“ Bukan saya lari lah. Saya cuma berhijrah je..” aku memprotes.

“ Sama lah tu. Tak apa…kali ni saya tak kan biarkan awak lari lagi! Saya akan ikat awak kuat-kuat sampai tak boleh terlepas…” Kata Syam . Aku mencebik.

“ Eii..awak ni mana boleh macam tu. Saya bukan bini awak boleh ikat suka-suka hati..”

“ Lah..kan memang awak nak jadi bini saya nanti…So get ready okay!” Sakat Syam lagi.

“ Syam! Awak ni teruk lah!” Kataku sambil memukul lembut bahunya. Syam tertawa . Kak Za turut tertawa melihat telatah kami berdua sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“ Dah…dah..Hish kamu berdua ni kok ya mahu bermanja nanti-nantilah. Dah lewat malam nih. Jom lah kita balik rumah mama. Nanti lama pulak diaorang tunggu…,” Kak Za mencelah.

“ Ok kak. Kami menurut perintah!” Balas Syam laju lagak macam komando pulak. Kak Za ketawa lagi. Aku juga sama. Namun ,jauh di sudut hatiku sungguh risau dan gabra untuk bertemu mama dan papa. Macam mana penerimaan mereka terhadapku? Boleh kah dia menerima diri aku yang sebenar? Apakah reaksi mereka apabila mengetahu kisah silamku? Adakah mereka akan merestui hubungan aku dengan Syam? Pelbagai persoalan bermain di fikiranku. Aku buntu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Tidak Seindah Mimpi 35”
  1. Rozie says:

    best…sambung la cepat yer…

  2. AliahMohdSalleh says:

    Ceriter ni menarik dan penuh rasa terujer terhadap watak -watak utama.banyak persoalan timbul untuk tahu perkembangan seterusnya. Best.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"