Cerpen : Cinta Mati

10 March 2013  
Kategori: Cerpen

22,167 bacaan 48 ulasan

Oleh : Shafa Abdullah

BILIK displin itu terasa panas biarpun sudah dipasang penghawa dingin. Guru yang berbadan gempal itu memandang dua orang pelajar yang berdiri dihadapannya bersilih ganti.

“Apa nak jadi dengan kamu berdua ni?” sergah Cikgu Ziyad.

“Bukan salah saya, cikgu. Dia yang mulakan dulu!” bentak Zahra. Aszraff mengerut dahi.

“Bukan saya. Dia dulu!” Aszraff membela diri.

“Sudah-sudah! Saya tak nak dengar kamu berdua bergaduh kat sini. Saya panggil kamu berdua bukan dengar awak tuduh dia dan dia tuduh awak. Senior macam awak berdua ni sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada junior-junior awak yang lain. Ni tidak. Makin senior makin menjadi-jadi perangai tu. Apa nak jadi dengan kamu berdua ni hah? Hari-hari mesti telinga saya ni kena tadah dengan cerita pergaduhan yang tidak berfaedah awak ni. Saya pun dah lali nak bagi hukuman kat awak berdua. Saya pun banyak lagi kerja nak kena buat daripada melayan kerenah awak,” bebel Cikgu Ziyad.

“Saya bagi amaran, sekali lagi awak berdua tunjuk muka kat bilik displin ni, saya tak nak kompromi dah dengan awak berdua. Saya akan terus call parents awak. Faham?!”

“Faham cikgu.” Serentak Zahra dan Aszraff bersuara. Mereka keluar dari bilik displin dengan perasaan sebal.

******************

“WEH, cikgu warning apa?” tanya Dian. Zahra memandang Dian sekilas. Suasana kelas 5 Sains hingar-bingar akibat ketiadaan guru.

“Macam biasa. Suruh aku berbaik-baik dengan si poyo tu. Tapi jangan haraplah aku nak berbaik,” kata Zahra.

“Kau ni kan Zahra. Cubalah kau lembutkan hati kau tu sikit. Tak matured la bila kau bergaduh macam ni,” nasihat Dian. Belum sempat Zahra membuka mulut membalas kata-kata Dian, sebiji bola kertas mengenai kepalanya.

“Aww!” jerit Zahra sambil mengosok-gosok kepalanya. Kedengaran suara beberapa orang lelaki ketawa berdekah-dekah.

“Macam tu punya manusia kau nak suruh aku berbaik? Dengan orang yang bangang macam tu?” Muka Zahra sudah merah menyala menahan kemarahan. Dian serba-salah. Zahra sudah menyisingkan lengan baju sekolahnya.

“Eh Zahra. Kau nak buat apa ni? Jangan buat kerja bodohlah. Kau baru je lepas jumpa guru displin. Nurul Zahra Aisha!” Panggilan Dian tidak dihiraukan. Kaki tetap jua diatur ke arah Aszraff.

“Raff, Zahra datang sinilah,” bisik Farith. Aszraff cuma tersenyum.

“Aku tahu,” kata Aszraff bersahaja.

“Memang cari pasallah kau ni.” Farith mengeluh.

********************

ZAHRA berhenti betul-betul dihadapan Aszraff. Ketinggiannya yang hanya didada Aszraff itu memaksanya untuk mendongak melihat raut wajah Aszraff.

“Kenapa kau baling aku dengan bola kertas bodoh kau ni?” tanya Zahra.

“Bila pulak aku baling benda tu kat kau?” Aszraff cuba bermain tarik tali dengan Zahra.

“Kau jangan buat-buat tak tahu lah Aszraff. Aku tahu ni kerja kau. Kenapa kau suka kacau aku hah?!” bentak Zahra lantang.

Serta-merta keadaan kelas bertukar sunyi sepi. Kini, 37 pasang mata memerhatikan dua jasad disudut kelas itu. Adakah perang dunia ketiga akan meletus?

“Yang kau bertepik macam orang meroyan ni kenapa?” soal Aszraff.

“Aku takkan meroyan kalau kau tak kacau aku. Kau faham tak? Apalah nasib aku jumpa dengan mamat poyo, sewel, bangang, bengong, hampeh macam kau ni?” Sinis suara Zahra.

Muka Aszraff mula memerah. Dia maju setapak mendekati Zahra. Zahra menelan air liur. Kini, Aszraff betul-betul berada dihadapannya. Dekat hingga terasa hangat nafas Aszraff menampar pipi putihnya.

“Boleh tak kau fikir dulu sebelum kau cakap? Kau sedar sikit diri kau tu siapa. Kau tu hanya anak orang gaji aku. Kau masuk sekolah ni pun sebab pertolongan papa aku. Aku tak faham kenapa papa aku sibuk sangat pasal kau. Apa istimewanya anak orang gaji? Kau tak payah nak berlagak bagus sangat,” bisik Aszraff keras. Zahra tersentak. Dia memandang Aszraff tajam.

“Siapa beri kau hak nak hina aku? Aku sedar status aku. Aku tahu aku ni siapa. Jangan disebabkan keluarga aku berhutang budi dengan keluarga kau, kau sesedap lutut kau je nak pijak-pijak maruah aku,” tegas Zahra. Aszraff tiba-tiba bertepuk tangan.

“Bagus kalau kau sedar diri aku siapa. Kau jangan nak bangga diri sangat. Orang miskin macam kau ni, layak duduk bawah tapak kaki aku je.” Sebaik sahaja Aszraff menghabiskan kata-katanya, sebiji penampar hinggap diwajah tampannya.

“Nik Zaris Aszraff, kau dengar sini baik-baik. Kau tahu tak yang kau tu tak ada apa-apa. Kau jangan nak berlagak kaya sangatlah sebab kemewahan yang kau ada selama ni pun bukan duit kau pun. Tu semua duit papa kau. So, tak payah nak show off sangat. Farith, aku harap kau tak jatuhkan maruah lelaki kau sebab berkawan dengan lelaki biadab macam ni,” kata Zahra. Farith terpinga-pinga apabila namanya disebut oleh Zahra.

“Kurang ajar!” Tangan Aszraff naik ke udara namun sempat dihalang oleh Farith sebelum hinggap diwajah putih gebu milik Zahra itu. Zahra sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut.

“Lelaki dayus je pukul perempuan!” jerit Zahra kuat.

“Kau berambus sekarang. Aku tak nak tengok muka kau!” jerkah Aszraff kuat. Tersentak semua yang berada didalam kelas itu.

“Aszraff! Zahra! Ikut saya ke bilik displin sekarang!” arah Cikgu Ziyad yang kebetulan lalu disitu

**************************

“APA jadi dengan kamu ni Aszraff? Perangai kau ni semakin menjadi-jadi. Boleh tak kamu mengalah sikit dengan Zahra?” marah Tan Sri Nik Hafsham. Aszraff membatu. Dijeling Zahra disisinya.

“Tan Sri, anak saya pun salah. Saya tahu perangai keras kepala si Zahra ni,” beritahu Umairah, ibu Zahra.

“Umairah, Zahra takkan cari pasal kalau Aszraff tak buat hal. Saya kenal sangat Aszraff ni. Aszraff, papa bagi amaran. Sekali lagi, papa dengar cerita tak elok ni. Siap kamu,” marah Tan Sri Nik Hafsham.

“Baik, pa.”

“Dah, pergi sana. Anak sorang susah nak jaga. Baik jaga sekandang kambing. Senang nak diurus.” Masih kedengaran Tan Sri Nik Hafsham membebel.

**************************

Zahra tekun mengulangkaji pelajaran dimeja makan itu. Aszraff dihadapannya diabaikan. Buku-buku milik Aszraff bersepah-sepah diatas meja. Sesekali Aszraff menongkat dagu. Kadang-kadang menekup mukanya ke meja berukir itu.

“Diam boleh tak? Tak nampak aku tengah study ni?” marah Zahra apabila Aszraff mengetuk pen yang ditangannya ke meja.

“Suka hati akulah nak buat apa pun,” tingkah Aszraff.

“Tak kira lah suka hati ke, suka lutut kau ke tapi hormat sikit aku nak belajar. Kau tak belajar ke adab ketika belajar?” bidas Zahra sinis.

Muka Aszraff mula memerah. Dikutip buku-buku yang bersepah tadi lalu diangkut naik ke bilik. Sakit hatinya apabila berbicara dengan Zahra. Lebih baik dia blah dari situ sebelum pergaduhan tercetus. Bimbang Tan Sri Hafsham memarahinya lagi.

*******************

“Uncle! Tolong Zahra, Uncle!” jerit Zahra dari bilik dapur. Wajahnya sudah lencun dengan air mata. Takut melihat ibunya yang sedang sesak nafas itu.

Tan Sri Hafsham yang berada diruang tamu itu bergegas ke dapur setelah mendengar jeritan Zahra. Terkejut dia melihat keadaan pembantu rumahnya, Umairah.

“Ibu sesak nafas, uncle. Tolong Zahra.” Makin kuat raungan Zahra.

“Tolong uncle angkat ibu kamu.”

Zahra membantu Tan Sri Hafsham memapah ibunya memasuki kereta.

“Zahra, tunggu kat rumah. Biar uncle yang bawa ibu kamu ke hospital,” arah Tan Sri Hafsham.

“Tapi…..”

“Sudah. Tak payah nak tapi-tapi. Bak sini IC ibu kamu.” Kata-kata Zahra dicantas oleh Tan Sri Hafsham. Cepat-cepat Zahra menghulurkan dokumen pengenalan ibunya. Beberapa saat kemudian, menderum kereta Mercedes Benz milik Tan Sri Hafsham meninggalkan Vila Firdaus.

*****************

Fikiran Zahra ketika itu berserabut sehinggakan rambutnya juga huru-hara. Wajahnya basah dengan air mata. Dia menapak masuk ke dalam rumah dengan hati yang bimbang. Pintu utama ditutup dan dikunci. Kelihatan Aszraff turun dari tingkat atas dengan hanya memakai singlet dan seluar pendek. Mukanya seperti baru bangun tidur. Dia berdiri dihujung tangga.

“Kenapa bising-bising ni? Yang kau menangis bagai ni kenapa?” soal Aszraff.

“Ibu aku sesak nafas. Uncle bawak pergi hospital.” Serak suara Zahra menjawab. Aszraff mencebik.

“Sesak nafas je pun. Tak mati lagi lah,”

Serentak dengan itu, Zahra memandang Aszraff tajam. Sakit hatinya mendengar setiap patah perkataan yeng terucap dibibir Aszraff. Dia beristighfar didalam hati. Zahra berlalu ke dapur. Bimbang jika perang akan meletus jika dia berdiri disitu.

“Eh perempuan. Kau nak pergi mana tu? Sini!” kuat suara Aszraff memanggil Zahra. Zahra buat pekak. Aszraff pula naik angin kerana panggilannya tidak dihiraukan.

“Nurul Zahra Aisha binti Zaman, anak orang gaji Vila Firdaus! Kau pekak ke?!” tengking Aszraff.

Zahra berpaling dengan wajah yang merah padam menahan marah. Aszraff senyum mengejek. Belum sempat Zahra membalas penghinaan Aszraff, pintu rumah diketuk kuat sehingga bergegar. Zahra memandang Aszraff dan Aszraff memandang Zahra. Aszraff berjalan menuju ke pintu dan kunci dibuka. Perlahan-lahan pintu terkuak. Kelihatan empat orang berpakaian jubah dan berserban bersama-sama dua orang anggota polis. Aszraff memandang Zahra yang sudah pucat itu.

*******************

“NO papa! Raff tak nak kahwin dengan dia!” bentak Aszraff. Zahra membatu. Umairah mengurut dadanya. Tan Sri Hafsham mula memicit dahi. Kalaulah dia membawa Zahra bersama tadi, tak mungkin kejadian tangkap basah ni berlaku.

“Raff, tolong papa. Ni satu-satunya cara untuk menutup aib. Papa buntu. Papa dah tak tahu nak buat apa lagi,” perlahan Tan Sri Hafsham bersuara.

“Papa kan banyak duit. Papa sogok la semua orang dengan duit papa supaya cerita ni tak tersebar sekaligus tidak menjejaskan bisnes papa.” Begitu mudah Aszraff menutur kata-kata.

“Raff, hal ni bukan sahaja pasal duit. Hal ini juga melibatkan maruah. Mana papa nak letak muka bila semua orang tahu yang Aszraff kena tangkap basah?” Tan Sri Hafsham cuba berdiplomasi.

“Malu papa je papa fikirkan? Malu Raff? Ada papa kisah? Mana nak letak muka kalau satu sekolah tahu Raff dengan tangkap basah lepas tu kahwin dengan anak orang gaji macam Zahra ni?!” Lancang mulut Aszraff berkata-kata.

“Nik Zaris Aszraff! Jaga sikit mulut kamu tu. Walaupun dia orang gaji, dia tetap ada perasaan! Kamu fikir, kamu sorang je ada perasaan?! Papa tak kira. Apa jua keputusan kamu, papa tetap dengan keputusan papa. Minggu depan, kahwin!” tegas Tan Sri Hafsham. Aszraff terkedu. Zahra terkejut.

“Ibu!!!” jerit Zahra apabila Umairah tumbang disisinya.

************************

Tiga hari sudah pemergian Umairah. Zahra masih lagi bertemankan air mata. Ibu, kenapa ibu tinggalkan Zahra sorang-sorang? Ibukan dah janji dengan Zahra yang ibu takkan ikut ayah selagi ibu jumpa orang yang betul-betul boleh jaga Zahra. Ibu tipu Zahra!

“Rimas lah aku tengok kau menangis siang malam,” kata Aszraff yang entah bila muncul ditepi kolam renang itu.

“Kau tak faham apa yang aku lalui,” perlahan Zahra bersuara. Aszraff merengus.

“Aku pernah rasa kehilangan mama. Sama macam kau kehilangan ibu kau,” sinis Aszrafff bersuara.

“Sekurang-kurangnya kau ada uncle. Aku tak ada ayah. Aku dah tak ada siapa-siapa lagi dah,” sebak suara Zahra menuturkan kata-kata. Aszraff memandang Zahra melalui hujung mata. Tipu jika dia sedikit pun tiada rasa belas kasihan dihatinya namun dia cuba untuk membuang rasa itu.

“Alah, minggu depan kau kahwin dengan aku jugak. Nanti kau dapatlah papa baru,”

“Aszraff, aku tak nak gaduh-gaduh dengan kau tapi boleh tak kau jaga bahasa kau bila bercakap?” Tajam Zahra memandang Aszraff.

“Aku malas lah nak cakap dengan budak cengeng macam kau ni.”

***********************

Hari ini Zahra ke sekolah menaiki kereta sama yang dinaiki oleh Aszraff. Kebiasaannya, dia hanya menaiki bas. Namun, pagi tadi dia dipaksa oleh Tan Sri Hafsham.

“Pak Hashim, berhenti sini,” arah Zahra. Aszraff yang disisinya memandangnya pelik.

“Kenapa kau suruh Pak Hashim berhenti kat sini? Sekolah lagi 100 meter kat depan sana,” tanya Aszraff. Zahra tidak menjawab, sebaliknya dia selamba turun dari kereta.

“Aku tak nak orang kutuk aku lepas nampak aku turun dari kereta dengan kau. Lepas tu, lagi best la kau bahan aku kan?” kata Zahra sinis. Aszraff hanya mencebik.

“Suka hati kau lah anak orang gaji. Pak Hashim, jalan.”

*************************

“Zahra, yang dah pergi tu biarkan pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. Tak baik kalau kau terus macam ni. Kalau ibu dan ayah kau masih hidup, mesti dia sedih,” nasihat Dian. Pening kepalanya melihat muka monyok Zahra.

“Dian, kau tak faham aku. Dalam umur aku yang macam ni, banyak benda terpaksa aku lalui. Bukan aku nak menolak takdir tapi aku susah nak terima takdir aku,” keluh Zahra.

“Mengucap, Zahra. Tak baik kau cakap macam tu!”

“Habis tu? Kau tak tahu apa yang aku lalui, Dian!” tengking Zahra. Mutiara jernih perlahan menuruni pipi gebunya. Dian terdiam. Terkejut dengan tengkingan Zahra.

“Okaylah, Zahra. Aku nak siapkan latihan Matematik Tambahan dulu,” Dian bersuara rendah. Merajuk mungkin. Zahra mengeluh. Ibu…..

****************************

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Dian disebelah Zahra cepat-cepat bangun dan berlalu ke kantin seorang diri. Zahra mengeluh. Dia berjalan berseorangan ke kantin.

“Dian, boleh aku duduk sini?” tanya Zahra. Dian hanya diam. Matanya memandang ke arah lain. Zahra menarik kerusi dan duduk dihadapan Dian. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk meminta maaf, Dian bangun dan berlalu pergi.

“Dian Adlina binti Dazrin! Aku minta maaf!” jerit Zahra kuat. Dian berhenti. Semua mata dikantin memandang mereka berdua. Suasana yang tadi hingar-bingar, kini bertukar sepi.

“Aku dah maafkan kau,” ringkas sahaja jawapan Dian sebelum dia berlalu pergi. Zahra mengeluh. Ibu, Dian pun dah jauhkan diri dari Zahra. Kenapa Zahra perlu lalui hidup macam ni ibu? Zahra tak kuat!

*************************

“Nik Zaris Aszraff bin Tan Sri Nik Hafsham, aku nikahkan dikau dengan Nurul Zahra Aisha binti Zaman dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan,”

“Aku terima nikahnya Nurul Zahra Aisha binti Zaman dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan,”

“Sah?”

“Sah.”

“Sah!”

“Alhamdulillah.”

Tetamu menadah tangan doa yang dibacakan oleh tok kadi. Selesai mengaminkan doa, Tan Sri Hafsham mencuit Aszraff.

“Raff, pergi pakaikan gelang kat tangan Zahra,” bisik Tan Sri Hafsham. Aszraff mengeleng. Tan Sri menjegilkan matanya. Akhirnya Aszraff akur.

Dia bangun dan berjalan ke ruang tengah rumahnya yang menempatkan Zahra dan saudara maranya. Gelang berlian dari Habib Jewels yang dibeli oleh Tan Sri Hafsham diambil. Zahra menghulurkan tangannya. Sejuk tangannya apabila tersentuh dengan tangan Aszraff.

“Zahra, cium tangan suami,” arah Mak Su Maria. Ibu saudara Aszraff.

“Kena salam jugak ke Mak Su?” Mak Su Maria tergelak sambil mengangguk. Tangan Aszraff ditarik dan dicium laju.

“Eh, pengantin. Cium sekali lagi. Tak sempat nak capture la,” kata jurugambar. Zahra merugut dalam hati. Lembab!

Tangan Aszraff sekali lagi ditarik. Kali ini sedikit kuat. Tanda protes. Dicium tangan putih itu lama.

“Done! Okay, sekarang, pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan,” arah jurugambar itu lagi.

“Abang, kalau tak buat aci tak?” bantah Aszraff.

“No, no. Tan Sri dah bayar abang. Abang kena buat kerja abang.”

Mulut Aszraff terkumat-kumit membebel tindakan papanya yang mengupah jurugambar untuk bergambar dengan anak orang gaji ini. Membazir aje! Kalau upah photographer untuk aku bergambar dengan artis tak apalah jugak! Tak nak tak, Aszraff menurut juga permintaan jurugambar tersebut.

***********************

Zahra berdiri tegak dihujung bilik. Dia masih lagi lengkap berpakaian pengantin. Aszraff yang sudah bertukar pakaian berbaring enak diatas katil itu direnung. Hatinya berdongkol geram.

“Kau nak jadi guard?” tanya Aszraff sinis.

Zahra mengetap bibirnya. Dia berura-ura hendak keluar dari bilik yang membuatkan dirinya rimas itu. Aszraff yang menyedari tindakan Zahra itu bingkas bangun dan berdiri tegak dihadapan pintu. Zahra terkejut.

“Kau ni kenapa?!” bentak Zahra. Dahla aku ni penat! Dengan baju yang merimaskan ni, make-up tebal 4 inci ni lagi. Aszraff, kau memang cari pasal!

“Kau kenapa nak keluar?” tanya Aszraff.

“Habis tu? Kau nak suruh aku tengok kau terbongkang tidur? Macam tu?” balas Zahra.

“Eh, mulut kau tu banyak bunyi eh? Aku cium nak?” gertak Aszraff. Zahra dah cuak. Laju tangannya menutup mulut. Bergema bilik tidur itu dengan tawa Aszraff.

“Tu, semua baju buruk kau ada dalam almari tu. Tadi Chik dah letak,” beritahu Aszraff. Chik merupakan pembantu rumah mereka yang baru. Menggantikan arwah Umairah.

Zahra melangkah ke almari. Tuala dan baju tidur diambil. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air.

Beberapa minit kemudian, Zahra keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Rambutnya yang basah dilap sehingga kering. Aszraff yang sedang bergolek diatas katil tidak dihiraukan.

“Aku nak tidur mana?” tanya Zahra.

“Bilik aku luas. Kau pilihlah mana-mana port yang kau selesa,” kata Aszraff selamba. Zahra merengus. Kain batik milik arwah ibunya dicapai. Dia berlalu ke sofa yang sedia ada dan merebahkan dirinya disitu. Lemah sendinya apabila dia berbaring. Akhirnya dia tertidur kepenatan.

***********************

Bunyi jam loceng Aszraff menganggu tidur Zahra. Terpisat-pisat dia bangun. Jam dinding dipandang. Terbuntang matanya melihat jarum jam menunjukkan angka 6.30 pagi. Kelam-kabut Zahra bangun. Dia berlari ke katil. Tubuh Aszraff digoyang kuat.

“Woi! Bangun! Dah pukul 6.30!” jerit Zahra. Tuala dan uniform sekolah dicapai dan dia berlari masuk ke dalam bilik air.

“Woi! Kau mandi cepat sikit boleh tak? Terhegeh-hegeh!” marah Aszraff sambil mengetuk kuat pintu bilik air.

“Sabarlah!” jerit Zahra. Sepuluh minit kemudia, Zahra keluar dari bilik air.

“Eh, jangan pegang! Aku ada wuduk ni. Kerat tangan tu karang,” marah Zahra apabila tangan Aszraff ingin menarik tangannya.

“Eee, kau keluarlah. Kalau kau tak keluar, macam mana aku nak masuk?” kata Aszraff.

“Macam mana aku nak keluar kalau kau dah block pintu?” balas Zahra geram. Aszraff mengalih sedikit badannya ke tepi. Aszraff masuk ke dalam bilik air dan Zahra menunaikan solat subuh gajahnya.

“Tepilah, aku nak ikat rambut aku ni,” marah Zahra.

“Kaulah yang tepi. Cermin ni cermin aku punya lah,” balas Aszraff yang sedang membetulkan tali leher sekolahnya. Zahra yang berdiri dihadapanya ditolak-tolak.

“Kedekut! Kau pakai tie je pun, tak payah la nak tengok cermin bagai.” Zahra menolak Aszraff kembali.

“Habis tu, kau tak payah tengok cermin jugak lah. Nak ikat rambut je pun.” Tangan Aszraff sudah menarik-narik rambut Zahra.

“Okay, fine! Dua-dua tak payah tengok cermin!” Kain batik milik arwah Umairah yang diletakkan diatas sofa dicapai dan ditebarkan untuk menutupi cermin meja solek itu. Aszraff memandang Zahra tajam.

“Apa kena dengan kau ni ha?” marah Aszraff sambil merentap kain batik itu.

“Aszraff, bagilah aku guna cermin dulu. Aku nak ikat rambut ni,” kendur suara Zahra berkata-kata. Muka sedih dipamerkan.

“Tak kira! Aku dah lambat. Tak payah nak tayang muka sedih kau kat sini. Tak laku!” kata Aszraff sambil menolak tubuh Zahra ke tepi. Zahra tetap tidak mengalah. Dia menolak kembali tubuh Aszraff.

Malang tidak berbau, Aszraff tertarik tangan Zahra menyebabkan Zahra terlanggar kuat tubuhnya. Aszraff gagal mengimbangi badannya lalu jatuh terlentang. Zahra turut menghempap tubuh six packnya. Jantung Zahra berdetak hebat.

“Aw!” Zahra mengaduh.

“Pencabul!” marah Aszraff. Muka Zahra sudah membahang menahan malu. Dia bangun.

“Pencabul kepala dia. Aku tak gila lagi lah nak cabul kau!” bidas Zahra.

“Aszraff, Zahra, Tan Sri suruh cepat. Dah dekat pukul 7.15 ni,” panggil Chik.

Aszraff dan Zahra saling berpandangan. Mereka berlari mendapatkan beg sekolah masing-masing dan berebut menuju ke pintu.

********************

“Zahra, aku nak minta maaf. Aku tak sepatutnya merajuk dengan kau dalam keadaan kau macam ni,” pinta Dian.

“Aku yang sepatutnya minta maaf dengan kau. Salah aku sebab terlalu emosional sangat. Kita minta maaf sama-sama okay?” kata Zahra. Dian tersenyum. Dia memeluk erat Zahra.

“Peluk macam tak jumpa lapan tahun.” Aszraff tiba-tiba menyampuk. Farith tersengih. Zahra mencebik.

“Suka sangat menyampuk,” bebel Zahra perlahan.

“Aku dengar okay,” kata Aszraff sambil memandang Zahra.

“So?” Zahra memandang ke atas.

“So, memang tu tabiat aku. Suka menyampuk. Jadi?” Aszraff mengejek.

“Jadi, aku tak suka dengar suara kau. Puas hati?” Zahra menyepetkan matanya.

“Aku suka bercakap. Puas hati?” Aszraff sengih.

“Kau….” Tinggi oktaf suara Zahra.

“Kau…” Aszraff mengepit suaranya. Farith disisi sudah berdekah ketawa.

“Ni habuan kau!” Serentak dengan itu, air milo dicurahkan ke kepala Aszraff. Mati terus tawa Farith. Dian melongo. Aszraff terkedu. Pelajar lain melopong.

****************************

“Kamu berdua lagi?” tanya Cikgu Ziyad. Aszraff dan Zahra hanya menundukkan kepalanya.

“Tak ada student lain ke yang nak saya displin kan? Kenapa awak berdua je bermasalah?” keluh Cikgu Ziyad.

“Saya tak salah!” bentak Zahra tiba-tiba.

“Macam mana awak cakap awak tak salah Zahra sedangkan dah terang lagi bersuluh dengan spotlight yang awak dah mandikan si Aszraff dengan air milo ais awak tu?” tanya Cikgu Ziyad.

“Sebab dia ganggu saya!” bentak Zahra lagi.

“Zahra, Zahra, Zahra” seru Cikgu Ziyad.

Zahra memandang Cikgu Ziyad pelik. Kemudian dia memandang Aszraff sambil mengangkat kepala. Aszraff angkat bahu dan mengeleng. Zahra mengaru kepala. Tiba-tiba lagu Oppa Gangam Style bergema. Kelam-kabut Cikgu Ziyad mengeluarkan Samsung Galaxy Youngnya dari poket. Zahra menekup mulut menahan tawa. Aszraff sudah mengepam mulut.

“Baiklah. Kamu berdua saya lepaskan. Tapi ingat, kalau awak berdua bertapak lagi dalam bilik ni, jangan harap boleh lepas lagi. Faham?” Pantas Aszraff dan Zahra mengangguk. Mereka berlalu.

“Hey, sexy lady. Opp Opp Oppa Gangam Style.” Aszraff menyanyi selamba. Siap dengan gaya lagi. Zahra sudah hendak terguling-guling ketawa.

“Sedapnya kau ketawa. Kau jangan ingat kau boleh lepas. Kau tengoklah apa aku kat rumah nanti,” ugut Aszraff. Mati terus tawa Zahra.

***********************

“Kau sental kuat-kuat sikit!” arah Aszraff sambil bercekak pinggang dihadapan pintu bilik mandi ditingkat bawah itu. Zahra yang sedang menyental baju sekolah milik Aszraff yang kotor akibat disimbahnya mempamerkan wajah cemberut.

“Tak payah kau nak buat muka tak puas hati. Berani buat, berani tanggung,” marah Aszraff lagi.

“Ya Allah. Apa korang buat ni? Zahra, meh sini baju Aszraff tu. Biar Chik buat,” minta Chik yang muncul tiba-tiba itu. Aszraff menghalang apabila Zahra ingin menghulurkan uniform milik Aszraff kepada Chik.

“Eh, tak payah. Biar dia yang buat, Chik. Dia dah kotorkan baju tu, jadi, dia kena bersihkan,” tegah Aszraff.

“Kejam!”

“Aku suami kau. Kau wajib patuh apa yang aku suruh,” kata Aszraff sambil menjegilkan matanya.

**********************

“Dian, aku ada satu rahsia nak bagitau kau,” kata Zahra. Pagi itu mereka berjoging di taman berdekatan dengan Vila Firdaus.

“Apa?”

“Kau percaya tak kalau aku cakap yang aku dah kahwin dengan Aszraff?”

Dian yang ketika itu sedang meneguk air mineral habis tersembur keluar. Tersedak dengan kenyataan Zahra. Terbatuk-batuk dia seketika. Bulat matanya memandang Zahra.

“Are you kidding?” Dian meminta kepastian. Nikah kahwin ni bukan boleh dibuat main.

“Aku nampak main-main ke Dian?”

“Tapi macam mana korang boleh kahwin? Bukan korang ni anjing dengan kucing ke? Lagipun, korang baru 17 tahun kot.” Teralu-alu soalan keluar dari mulut Dian.

“Kami kena tangkap basah,” perlahan Zahra memberitahu. Pandangnya dibuang jauh ke tengah tasik.

“Ha?!” Makin kuat kejutan Dian. Ish, parah ni. Little heart attack. Nasib baik tak sakit jantung betul-betul. Kalau tak, dah lama Assalamualaikum ni.

“Malam masa ibu aku sesak nafas tu, uncle bawak pergi hospital. Aku nak ikut tapi uncle tak bagi. Dia cakap, jaga rumah. Aku masuk dalam rumah, lepas tu aku kunci pintu. Kebetulan, Aszraff baru bangun tidur. Serabai habis. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu, bila Aszraff bukak je, pegawai jabatan agama. Kejadian tu berlaku dalam sekelip mata je, Dian,” cerita Zahra. Terkebil-kebil Dian mendengar cerita Zahra.

“Kau rela?” soal Dian. Zahra mengeleng kepala.

“Tapi aku nampak sayang kau kat dia,” kata Dian. Zahra mengerut dahi.

“Nampak? Tang mana yang kau nampak aku sayang dia?”

“Mata kau. Mata tak boleh menipu, Zahra.”

“Aku takkan jatuh cinta dengan orang yang aku benci,”

“Kau tak benci dia, cuma kau benci perangai dia. Kau cinta dia, bukan benci dia. Kau keliru antara benci dan cinta. Antara marah dan sayang. Aku boleh nampak semua tu, Zahra.” Zahra mengeleng-geleng.

“Dia menyakitkan hati, Dian.”

“Memang dia menyakitkan hati, tapi kau tetap suka dia kan, Zahra?”

“Tak, Dian. Aku tak suka dia. Aku tak cinta dia.”

“Kalau kau benci dia. Kau tak cintakan, kau boleh aje cakap tak nak masa papa dia paksa korang kahwin. Kau ada hak nak bantah. Tapi kau tak guna hak kau. Sebab apa? Sebab kau memang nak bersama dengan dia kan?”

“Jangan nak merepeklah Dian. Aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi. Pipit dengan enggang. Jerung dengan bilis. Taraf dia tinggi. Sedangkan aku? Aku hanya anak orang gaji,” lirih suara Zahra.

“See, kau dah mula mengakui perasaan sayang kau,” tebak Dian.

“Aku takut Dian. Semua orang yang aku sayang, pergi tinggalkan aku. Aku takut nak mengakui perasaan sayang aku kat dia. Aku takut dia tinggalkan aku lepas dia tahu aku sayang dia.”

“Zahra, tak semua orang dapat peluang macam kau. Kau dapat apa yang kau impikan. Aku harap kau tabah hadapi takdir hidup kau. Zahra, treat him as your husband. Berdosa kalau kau terus berkasar dengan dia. Kita dah dewasa, Zahra. Dah boleh fikir mana baik, mana buruk. Aku tak sebelahkan dia ataupun kau. Tapi fikir baik-baik ye Zahra,” nasihat Dian.

***************************

Lima tahun berlalu. Banyak yang sudah berubah. Zahra kini sudah bertudung litup. Dia kini bekerja sebagai CEO sementara disyarikat arwah bapa mertuanya. Aszraff pula terbang ke Endiburgh bagi menyambung pelajarannya selepas mendapat keputusan yang cemerlang. Rindunya terhadap yang sang suami dipendamkan. Dia isteri ekspress. Tak mungkin Aszraff menyukainya. Dia hanya bertepuk sebelah tangan.

“Hoi! Termenung! Teringat orang Endiburgh ke?” sergah Dian yang kini bekerja sebagai akauntan disyarikat itu. Zahra tersengih.

“Buat apa aku teringat kat dia. Entah-entah dia dah tak ingat dia dah kahwin dengan aku,” Zahra cuba menutup malu.

“Choii, mulut tu kan. Pakai insurans sikit. Masin mulut kau tu, baru padan muka. Meranalah kau.” Zahra menyeringai.

“Teman aku pergi KLCC boleh? Teringin nak tengok wayang,” pinta Zahra.

“Movie apa?”

“Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Best tau. Aku dah lama tak gelak kuat-kuat dalam panggung ni,” kata Zahra teruja.

“Okay!”

************************

“Kau tunggu sini, aku beli popcorn dengan coke,” pesan Dian. Zahra terangguk-angguk.

Zahra memandang sekitar panggung wayang itu. Melingas matanya memandang gelagat manusia yang lalu lalang dihadapannya. Tiba-tiba dia matanya terpaku susuk tubuh yang dikenali. Erk! Macam kenal.

“Tengok siapa?” tanya Dian yang tiba-tiba datang membawa popcorn dan coke.

“Wait! Tu bukan Aszraff ke? Bila dia balik Malaysia? Tapi, siapa perempuan sebelah dia tu? Blonde lagi.” Pertanyaan Dian membakar hati Zahra.

“Entah. Malas nak ambil pusing. Jom masuk hall.” Tangan Dian ditarik. Terkial-kial Dian mengikut langkah panjang Zahra.

Dian mengaru kepala. Zahra dari tadi ketawa walaupun scene kelakar tiada. Mata-mata didalam panggung memerhatikan mereka. Terdengar bisikan-bisikan halus apabila mendengar tawa kuat yang diletuskan oleh Zahra.

“Zahra, kau okay tak ni?” bisik Dian.

“Okay je.” Selamba Zahra menjawab. Popcorn disumbatkan ke dalam mulut sebanyak yang mungkin. Aku stress, Dian!

**************

Mazda 3 series gah terpakir dalam garaj Vila Firdaus. Sah! Memang dia kat KLCC tadi. Tapi, siapa minah blonde tu?

“Assalamualaikum, Chik!” Zahra memberi salam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk.

“Waalaikumsalam, Zahra. Dah tau Aszraff balik?” tanyaa Chik. Kepala Zahra terangguk-angguk seperti burung belatuk.

“Tadi dia singgah office,” bohong Zahra.

“Ooo, dah makan? Chik ada masak nasi tomato,” beritahu Chik.

“Nasi tomato? Heaven! Zahra naik atas dulu, mandi. Nanti Zahra turun okay,”

“Okay.”

Selesai mandi dan solat maghrib, Zahra turun ke bawah. Sedari dari tadi dia tidak nampak kelibat Aszraff.

“Chik, Aszraff mana?” bisik Zahra.

“Aszraff dari balik tadi dia memerap dalam perpustakaan mini. Entah apa buat, Chik tak tahu. Zahra duduk dulu. Chik pergi panggil dia kejap.”

“Okay!”

Beberapa minit kemudian, Aszraff tiba bersama Chik dimeja makan itu. Zahra cuba menyembunyikan rasa gugupnya. Adoii, kenapa dia landing depan aku pulak?

“Zahra nak air?” Pertanyaan Chik memecahkan tembok kesunyian yang terbina itu.

“Nak.” Gelas tinggi itu dihulurkan kepada Chik.

“Chik, nak jugak.” Akhirnya! Dengar jugak suara dia! Ingatkan suara dah beku sebab Endiburgh sejuk sangat.

*******************

Zahra mundar-mandir didalam bilik tidur yang luas tu. Alamak! Macam mana ni? Dia nak tuntut ke katil ni? Masaklah aku. Nak tidur mana malam ni? Kejap-kejap! Nanti nak panggil apa? Aku-kau? Saya-awak? Abang-Zahra? B-Baby? Hubby-Honey? Oh my God! Oh my God! Oh my God! Pintu bilik terkuak. Terjegul muka selamba Aszraff.

“Tak tidur lagi?” soal Aszraff.

“Tunggu awak.”

“Ha?”

“Tak-tak! I mean. Nak tidur la ni,” gelabah Zahra menjawab.

Zahra memanjat katil dan comforter ditarik sehingga menutupi kepala. Jangan Aszraff. Jangan tidur sebelah aku. Katil tiba-tiba senget sebelah. Ya Tuhan! Zahra memejam mata. Cuba mengusir rasa gemuruh.

“Aku tahu kau tak tidur lagi,”Aszraff bersuara. Zahra semakin menggeletar didalam comforter.

“Esok aku masuk office. Aku takkan buang kau, tapi aku nak jadikan kau penolong pengarah urusan. Boleh?”

“Hmmm,”

“Tak suka?”

“Syarikat tu kepunyaan awak. Awak bebas buat apa saja. Saya cuma menggantikan tempat awak sahaja. Saya mengantuk. Saya nak tidur. Good night.”

**********

Zahra tekun mengadap laptop di dalam bilik dengan hanya memakai seluar pendek dan singlet hitam sahaja. Rambut panjangnya disanggul seperti orang dalam pantang. Tiba-tiba pintu bilik terkuak.

“Aaaaaaaa!!!” Bergema Vila Firdaus dengan jeritan Zahra. Pantas bantal yang dijadikan tempat bersandar diambil dan ditutup bahagian dada. Aszraff yang melihat melopong. Free show!

“Aszraff!” keras suara Zahra menyebut sebaris nama itu apabila tuan empunya nama masih lagi tidak melepaskan pandangan matanya dari terus melihat Zahra.

“Ya?” sahut Aszraff sambil buat muka tak faham.

“Jaga mata tu!”

“Ha?”

Zahra berdecit. Dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Bantal masih lagi digenggam erat. Sehelai Tshirt berwarna kelabu dicapai dan disarung cepat-cepat ke tubuh. Mata Aszraff masih memandangnya.

“Apa pandang-pandang? Tikam mata dengan garfu karang!” marah Zahra. Dia berkira-kira hendak keluar dari bilik yang terasa menyesakkan dadanya itu namun pergelangan tangannya digapai. Dia terpana. Aszraff pegang tangan aku woi!

“Zahra, nak cakap sikit,”

“Nak cakap tu cakap jelah. Tak payah nak pegang-pegang,” Tangan ditarik kasar. Nanti mandi, tangan aku sarung pakai plastik!

“Kau suka aku kan?” Zahra terpinga. Mulut roti tempayan mana pecahkan rahsia aku ni? Takkan Dian kot.

“Farith bagitau aku. Dian cerita kat dia,” terang Aszraff apabila dia melihat muka blur isteri ekpressnya itu. Zahra menunduk.

“Awak abaikan apa yang Dian cerita. Tu cerita lama. Zaman sekolah. Cinta monyet. Saya sedar saya siapa. Anak orang gaji,” ketawa sinis terlepas dari bibir comel Zahra.

“Shoot! Pandai kau tafsir fikiran aku. So, lepas ni. Bawak-bawaklah sedar diri tu,” kata Aszraff sambil berlalu.

Sakit. Pedih. Perit. Semua rasa bersatu. Kau kejam, Aszraff! Aku manusia yang ada hati dan perasaan. Silap aku sebab jatuh cinta dengan suami yang tak pernah mencintai aku. Aku sedar siapa diri aku. Anak orang gaji mana layak berdampingan dengan anak Tan Sri macam kau. Zahra mengesat tubir matanya. Kepalanya diserang rasa sakit. Berdenyut kuat. Zahra berjalan ke arah katil sambil memejamkan matanya. Lenalah wahai mata. Mimpi yang indah-indah.

************

“Zahra, aku minta maaf. Aku tak sangka Farith cerita kat Aszraff,” Dian gelabah. Ni semua mulut cabul tunangnya, Farith. Zahra senyum sedikit.

“Tak apalah, Dian. Benda dah nak jadi. Aku tak boleh nak salahkan kau ataupun Farith dalam hal ni. Sepatutnya aku dah lama bersedia tentang ni. Aku sepatutnya tahu yang lambat laun dia akan tahu jugak. Salah aku sebab jatuh cinta dengan anak Tan Sri,” perlahan Zahra menutur kata.

“Zahra, kau jangan cakap macam ni. Aku sedih. Aku rasa bersalah.”

“Dian, dalam hidup kita ni, kita tak boleh nak atur apa yang akan terjadi dan apa yang takkan terjadi. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan. Dan setiap apa yang Allah tentukan untuk kita adalah yang terbaik. Paling terbaik.”

“Zahra, kenapa kau pelik? Kau okay kan? Tadi kau pergi klinik, doktor cakap apa?” Teralu-alu Dian bertanya. Zahra senyum. Aku ada tumor otak, Dian. Dah kronik. Aku dah tak dapat nak hidup lama. Aku tak dapat nak rasa kasih sayang Aszraff. Tak pernah, Dian! Namun tidak terluah melalui bibirnya. Hanya dirinya sahaja yang mendengar.

“Aku sihat je. Stress kerja kut. Doktor cakap, darah aku rendah.” Lain fakta, lain yang diautanya.

“Sure? Tapi kenapa pucat je muka kau ni?”

“Aku okaylah Dian. Tak payahlah kau nak risau. Eh, dah lewat ni. Aku balik dulu ye. Jumpa kau kat office esok. Bye!”

****************

“Chik, masak bubur boleh tak?” Pucat wajah Zahra meminta bantuan Chik.

“Zahra okay? Kenapa muka pucat je ni?”

“Zahra okay. Pening je sikit. Nanti lepas tidur, okaylah tu. Lagipun Zahra MC hari ni,”

“Kalau macam tu, Zahra naik atas. Nanti Chik masakkan bubur ayam lepas tu Chik bawak naik atas. Dah, pergi naik sana,” arah Chik.

“Terima kasih, Chik.” Chik dipeluk erat. Lepas ni dah tak dapat nak peluk Chik lagi dah.

“Zahra, bangunlah. Ni Chik dah masakkan bubur ayam untuk Zahra. Zahra!”

Chik dah gelabah. Nama Zahra diseru banyak kali namun tiada sahutan. Chik makin kelam-kabut apabila hidung dan telinga Zahra keluar darah. Chik berlari ke tingkat bawah. Nombor Aszraff di dail. Dia menungguk sehingga talian disambungkan.

“Aszraff! Zahra! Darah!” Talian terus putus. Chik garu kepala. Aszraff sudah berkejar ke rumah.

**********

“Aku minta maaf. Aku tak dapat nak selamatkan isteri kau. Dia dah parah. Serius bro kau tak tahu langsung tentang penyakit dia?” soal Farith. Dian sudah teresak-esak dibirai katil. Zahra penuh dengan wayar. Muka Zahra pucat. Aszraff mengeleng kepala.

“Patutlah semalam Chik nampak dia makan ubat. Bila Chik tanya dia cakap ubat darah rendah. Lepas tu dia sorok-sorok ubat tu. Biasanya dia letak ubat dalam bekas ubat, tapi ubat yang dia makan semalam, dia bawak naik bilik,” cerita Chik. Aszraff meraup mukanya.

“Takkan kau pun tak tahu Dian? Kau dengan dia kan bestfriend?” soal Aszraff. Dian mengesat hidungnya dengan belakang tangan.

“Tak. Dia tak bagitau aku pasal penyakit dia. Dia cuma cakap yang dia mungkin stress pasal kerja,”

Tiba-tiba graf pernafasan tidak teratur. Farith cepat-cepat memeriksa keadaan Zahra. Dian kembali menangis. Hati Aszraff berdebar. Ya Allah, Kau selamatkan dia Ya Allah. Bunyi bip panjang kedengaran. Aszraff terkedu. Dian terpana. Chik terkejut. Farith memandang mereka dengan pandangan sayu. Akhirnya kau pergi dengan cinta yang tak kesampaian Zahra,bisik Dian.

*************

“Aszraff, aku jumpa surat ni masa kemas office Zahra.” Dian menghulur sepucuk surat yang tertulis namanya lalu Dian berlalu pergi. Seminggu sudah Zahra meninggalkan mereka. Aszraff tiba-tiba terasa kosong. Pergaduhan mereka sering hadir menemani tidur Aszraff. Kenapa aku rindu? Surat itu dibuka.

Kehadapan Nik Zaris Aszraff bin Nik Hafsham,

Maaf jika surat ni menganggu hari-hari yang awak sedang jalani sekarang. Ketika awak membaca surat ni, saya berada jauh di suatu tempat. Jauh meninggalkan awak bersama-sama dengan orang yang awak sayang. Saya dah pergi. Saya pergi bertemu dengan kekasih abadi.

Aszraff,

Jika selama ini saya memendam perasaan saya terhadap awak, sekarang saya meluahkannya. Nik Zaris Aszraff bin Nik Hafsham, saya, isteri yang tak dianggap, Nurul Zahra Aisha menyukai, menyintai awak sepenuh hati saya. Awak yang pertama dan terakhir saya. Tiada yang lain.

Aszraff,

Sejak awak berlepas ke Endiburgh, saya hari-hari merindui awak. Tapi saya tahu., awak takkan pernah rindu saya. Saya sedar siapa diri saya. Saya hanya anak orang gaji dan awak anak Tan Sri.

Hari tu saya ada nampak awak kat KLCC dengan sorang perempuan rambut blonde. Kalau tak keberatan, boleh saya tahu siapa dia? Mesti girl awak kan? Yela, dia cantik, rambut pun blonde. Saya? Perempuan yang pakai tudung nampak macam kampong. Mesti awak malu kan kalau keluar dengan perempuan bertudung macam saya. Apa kelas lelaki paling hot keluar dengan budak low standart macam saya. Tak gitu?

Aszraff,

Akhir kata saya, saya cinta awak. Saya sayang awak. Saya rindu awak sentiasa. Awak sentiasa ada dalam fikiran saya walaupun saya dah tiada dibumi Tuhan yang maha kaya ini.

Salam sayang,

Nurul Zahra Aisha

Aszraff terkedu sebaik sahaja membaca surat Zahra. Zahra, tu bukan girl aku. Tu cuma kawan aku. Zahra, kenapa aku perlu rasa rindu dengan kehadiran kau lepas kau pergi? Kenapa aku rasa sayang kat kau lepas kau bertemu dengan kekasih abadi? Kenapa kau tinggal aku Zahra? Kenapa?

“Sebab awak tak pernah nak hargai saya ketika hayat saya. Awak biarkan saya terkapai-kapai mencari arah tuju saya sendiri. Tapi saya tak pernah berdendam sebab buruk mana pun perangai awak, awak tetap suami saya yang saya sayangi dan cintai. Tuhan tu maha Adil, Aszraff. Sujud dan tunduklah pada-Nya. Nescaya, hati awak akan tenang.” Serentak dengan itu, bayangan Zahra hilang. Aszraff beristighfar didalam hati. Aku sudah lama melupakanMu Ya Allah. Ampuni dosa hambaMu ini. Aku sedar pada watu yang terlambat. Kau sedarkan aku ketika aku kehilangan permata. Zahra, aku janji aku akan jadi suami kau dunia dan akhirat. Tunggu aku Zahra!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

48 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Mati”
  1. ermm... says:

    kalau budah umur 17 kne tgkap basah x mesti kne kawen..tp mak ayah yg kne kompaun..sebab masih dalam umur kanak2..len kali wat research sket ek..

  2. waniey says:

    sdih sgt ending crite ni..huuhu
    sbgai seorg suami,hargailah seorg isteri…
    pengorbanan seorg isteri sgt besar..

  3. twin says:

    betul tu..bawah umur tu…

  4. miaka says:

    sedih tol cite nie.. tapi best..

  5. hana says:

    sungguh menyedihkan..menark..

  6. aque intan says:

    cite le sedey la weeeiiii…..sobb..sobb..sob (amik tisu kesat air mata)

  7. nurul says:

    Gile sedih…huhuhu

  8. iekin_syikin says:

    cerita ney x bnyak sngt knflik….ada bbk pmpuan 2 suka kt lki 2 tpi xdk part2 yg mnarik sngat….apa2 pon truskn usaha lgi

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"