Cerpen : Diari Airmataku

10 March 2013  
Kategori: Cerpen

9,124 bacaan 15 ulasan

Oleh : nadya zaini

If there are images in this attachment, they will not be displayed. Download the original attachment
DIARI AIRMATAKU

Nadiatursyafiqah Mohd Zaini

Detik demi detik jam berlalu. Hari berganti hari yang sudah aku lewati. Setiap masa yang aku punya semuanya kosong. Aku merasa sangat kosong. Kosong! Hidup yang aku jalani sungguh kritikal. Baru sahaja ingin merasa kenikmatan hidup, aku kehilangan itu lagi. Aku bagaikan layang-layang yang terbang di bawah angin. Akhirnya ia terhempas ke badai bersama deruan ombak yang menghempas ke pantai. Tiada arah tuju yang ingin aku capai. Aku hanya menemui jalan buntu. Buntu! Aku dikelilingi jalan buntu.

Mungkin benar kata orang, hidup ini diibaratkan roda, adakalanya ia berada di atas, dan adakalanya ia di bawah. Begitulah manusia, mereka kadangkala di atas dan jika nasib tidak menyebelahi mereka, mereka tersungkur ke bawah. Tapi, mungkin tidak bagiku. Aku sentiasa lemas terkapai-kapai meminta pertolongan, namun suara batinku terbatas kerana tiada orang yang mampu mendengar rayuan air mataku.

Aku sendiri tidak tahu asal usul ku. Itulah yang menjadi titik masalahku. Aku tidak tahu siapa ayah kandungku, siapa ibu kandungku, di manakah keluargaku berada? Sanggup mereka meninggalkan ku. Namun, aku percaya satu saat takdir akan berpihak padaku. Kebenarannya pasti akan terungkai jua.

Kini aku cuma gadis yang berusia sembilan belas tahun dan tidak punya apa-apa kebahagiaan. Mama dan papa angkat ku sering bertengkar. Kerja papa melayan perempuan sundal. Papa sering pulang rumah dalam keadaan tidak siuman. Mabuk! Sungguh memalukan. Setiap kali dia pulang, mama akan menjadi bahana kerana memarahi papa yang kerap pulang lewat dalam keadaan yang menjijikkan. Bahananya, mama akan dipukul, didorong sehingga jatuh. Bagiku, papa tidak lebih dari seorang yang sangat jahil dan kejam dari segi perilakunya. Mengapa dia mengahwini mama hanya untuk menyakiti hati mama.

Mama pula hanyalah seorang wanita yang sangat menderita. Tiap hari, kerjanya menangis atas perlakuan papa yang sungguh menikam kalbunya dan tiap hari juga pasti ada luka yang terkesan pada tubuh mama. Lebam sana, calar di sini. Seandainya aku boleh menegahnya, pasti sudahku lakukan. Namun, biarpun aku sangat mengasihani mama, aku tidak dapat melakukan apa-apa . Aku hanya mampu mendiamkan diri. Sulit sekali untuk aku telan kerana pahitnya pasti akan tetap berada di dalam hati menjadi parut yang tidak mungkin terpadam.

Kedudukanku di dalam rumah tidak lebih dari anak angkat. Bagi mama, aku sudah dianggap anaknya sendiri. Mama sangat menyayangiku. Begitu juga abang angkatku. Namun tidak kakak-kakak angkatku. Buat mereka, aku hanya sebutir sampah yang seharusnya dilayan seperti sampah. Kebencian mereka terhadap diriku membuatkan aku sering menangis di dalam kamar sendirian. Kakak angkatku yang sulung, Reanna, sering pulang lewat. Pulangnya dihantar oleh kekasihnya. Aku sendiri tidak mengenali lelaki itu. Dia seorang yang liar. Dia kini menganggur setelah tamat tingkatan enam kira-kira enam tahun yang lalu. Kini usianya mencecah dua puluh lima tahun. Kata mama, kak Reanna semasa kecilnya dia seorang yang sangat baik. Dia tidak pernah memberontak dan dia sering akur dengan kata mama. Tidak lagi kini. Dia kini berubah setelah berpacaran dengan lelaki yang berusia tiga tahun lebih tua darinya. Lelaki yang sering menghantarnya pulang. Namanya mama sudah tidak ingat kerana mama ingin melupuskan nama lelaki yang merubah segalanya yang ada pada anaknya Reanna. Aku dapat merasakan, sekiranya aku di tempat mama, pasti aku akan berbuat perkara yang serupa. Hati ibu mana yang tidak sakit melihat anaknya berubah hanya kerana lelaki.

Kak Rihanna, kakak angkatku yang berusia dua puluh tiga tahun. Perangainya juga menjengkelkan. Apabila aku pulang dari sekolah bersama rakan, aku pasti menemuinya melepak di sekitar pusat beli belah, di warung-warung kaki lima dan melepak di tepi sekolah bersama rakan-rakannya. Mereka seperti remaja yang sangat liar dan seperti tidak mendapat asuhan ibu bapa serta didikan agama. Mereka berpakaian seperti orang barat. Sama sekali tidak menutup aurat. Teman lelakinya bernama Hazim. Ketika malam, kak Rihanna akan keluar bersama teman lelakinya untuk menyertai kumpulan lumba haram.

Kak Reanna dan kak Rihanna pernah dimasukkan ke dalam lokap. Menurut pihak polis, mereka ditangkap kerana terlibat semasa lumba haram diadakan. Kak Reanna turut terperanjat kerana adiknya kak Rihanna turut diberkas. Mama sangat malu dengan jiran tetangga kerana anaknya sering membuat perkara yang menjatuhkan air mukanya.

Abang angkatku Rizal memang baik. Namun, Tuhan lebih sayangkannya. Dia telah terbunuh kerana ingin menyelamatkanku. Peristiwa kematiannya benar-benar segar dalam ingatanku. Peristiwa itu terjadi sekitar tiga tahun yang lepas. Rumah kami dimasuki pencuri. Ketika itu seisi rumah sedang lena dibuai mimpi yang pastinya indah-indah. Aku terjaga dari tidur. Saat aku mengerling ke jam, jam menunjukkan pukul tiga pagi. Aku kehausan namun hatiku gerun untuk turun ke dapur bersendirian. Maklum sajalah, rumah banglo tiga tingkat milik keluarga angkatku sangat besar. Hatiku semakin takut kerana kata kawan-kawan di sekolah, rumah besar ni ada penunggunya apatah lagi bila menjelang jam dua hingga tiga pagi.

Perasaan takut itu tidak ku hiraukan kerana tekakku seperti meminta tolong diberi air. Pintu bilikku dikuak perlahan takut mengganggu abang Rizal yang tidur di ruang menonton televisyen di hadapan bilikku. Aku turun tangga dengan perlahan. Tiba-tiba, “krekkk,krekkkkkkk”. Bunyi yang datang dari ruang tamu rumah ku amati dengan jelas. Sekilas aku melihat seperti ada orang yang berada di sebalik sofa rumahku. Aku sangat terperanjat saat aku melihat papa, mama, kak Reanna dan kak Rihanna diikat dan diacukan pisau ke arah mereka oleh tiga orang lelaki berpakaian hitam. Wajahnya tidak dapat ku lihat kerana dia memakai topeng.

Aku panik melihat kejadian itu. Memandangkan ada telefon rumah di sebelahku, aku mencapai untuk menghubungi pihak polis. Namun jalan ku termati saat seorang dari mereka mendekatkan pisau di leher mama. “Kalau kau hubungi pihak polis, aku bunuh orang tua ni.” Aku semakin tertekan. “Sayang, telefon je sayang. Pedulikan mama Karina.” Rayuan mama semakin membuatku jadi kacau. Apa aku sanggup melihat mayat mama terbujur cuma disebabkan aku menelefon pihak polis. Tidak, jujur cuma mama pengarang jantungku saat ini. Aku tidak mahu kehilangan cinta mama.

Tanpa melengahkan masa, aku memberanikan diriku untuk pertahankan keluargaku dengan taekwondo yang aku pelajari di sekolah. Pada awalnya, aku mampu melawan mereka. Tapi, itu semua terhenti ketika salah seorang dari mereka menghulur pisau ke arah aku. Cara dia memegang pisau itu seperti ingin merobekkan tubuhku. Di seperti ingin menikamku beribu kali. Saat dia ingin menikam diriku, aku sudah tidak mampu melawan kerana dua lagi diantara mereka memegangku. Aku hanya berserah kepada takdir. Jika maut takdirku, aku redha. Hanya tangisan mama yang aku dengar saat itu. Aku sudah mula putus harapan.

Tiba-tiba, “Rina, awas Karina.” Darah merah laju memancut keluar. Tidak henti-henti bagaikan banjir. Aku kaget melihat situasi ini. Aku terduduk lalu aku memangku kepala abang Rizal. Banyak darah yang keluar dari tubuhnya. Aku hanya mampu menangis. Tidakku sangka, tubuhku digantikan dengan tubuh abang Rizal. Penjahat itu telah tersalah sasarannya. “Kenapa? Kenapa abang korbankan diri abang untuk selamatkan Karina?” Aku tidak dapat menahan sebak di hati. “ Rina, ingat tak masa Rina berumur dua belas tahun? Rina cakap kat abang yang Rina nak sangat jumpa ayah dengan ibu kandung Rina? Rina janji yang Rina takkan berhenti selagi Rina tak jumpa mereka. Sebab tu, abang tak nak penjahat tu apa-apakan Rina. Abang nak Rina kotakan janji Rina.” Itulah yang dikatakan abang Rizal sebelum dibawa ke hospital.

Ahli keluarga yang lain turut bersedih. Sayangnya, ketiga-tiga perompak itu berjaya meloloskan diri. Mungkin mereka gerun kerana niat di hati ingin merompak rumah banglo namun tidak sengaja membunuh anak kandung seorang ahli perniagaan itu. Papa segera menghubungi ambulans dan terus membuat laporan di balai polis. Di hospital, mama tak henti-henti berdoa agar abang Rizal diselamatkan. Aku berasa sungguh berdosa. Mulutku tidak berhenti untuk memohon ampun kepada mama. Gara-gara aku, anak mama ditimpa kemalangan. Gara-gara aku, mama bersedih lagi. Namun, mama memang seorang ibu yang baik dan penyayang. Sama sekali mama tidak menyalahkan aku. Kata mama, inilah yang dinamakan dugaan yang diberi Tuhan. Kita sebagai hambanya tidak punya hak untuk menegah ataupun ingin melawan takdir yang sudah ditentukannya. “ Sudahlah , nak. Ini bukan salah kamu. Abang Rizal melakukannya dengan kehendaknya sendiri. Tiada siapa pun yang datang memaksanya. Mama minta, tolong kamu jangan meletakkan kesalahan di atas bahu kamu, sayang.” Aku benar-benar bersyukur kerana mama sangat mengerti akan aku.

“ Apa, ma? Mama, dah jelas-jelas dia penyebab Rizal jadi macam itu. Kalau aja, dia tak berlagak untuk menjadi pahlawan, pasti perkara ni takkan pernah terjadi. Dasar anak pungut. Pembawa sial! Hei Karina, kau tu memang pencetus malapetaka buat kita tahu tak? Ingat, kalau sampai terjadi sesuatu kepada adikku Rizal, aku takkan segan-segan untuk menghancurkan kau. Kau jangan mimpi untuk mendapatkan maaf dari aku. Tidak akan! Orang macam kau memang tidak pantas dimaafkan. Aku benci kau. Benci sangat! Dasar perempuan malang.”

Kata-kata kak Reanna itu sungguh mengguris perasaan ku. Anak pungut? Apa benar katanya aku ini sekadar anak pungut? Tidak! Itu sama sekali tidak benar. Aku bukan anak pungut. Ibu dan ayah kandungku pergi meninggalkanku atas alasannya tersendiri. Kak Reanna salah. Apa yang dia kata sama sekali tidak beralasan. Itu sangat tidak benar. Mama sendiri menyangkal apa yang dikatakan kak Reanna. Mama sendiri mempertahankan diriku.

Keadaan di hospital sunyi sehingga kedatangan papa dan kak Rihanna yang baru pulang dari pejabat polis kerana membuat laporan mengenai apa yang baru sahaja menimpa kami semua. “ Kak, Rizal macam mana, kak? Dia baik-baik sahaja kan? Tidak ada perkara buruk terjadi kan,kak? Jawab Ana,kak.” Kak Rihanna menanyakan hal itu pada kak Reanna. Namun,tiada jawapan. Aku cuba menjawab, namun di suruh diam. Sekali lagi, aku dimaki. “Diam kau. Jangan tunjuk prihatin! Meluat aku! Sedar tak apa yang kau buat ni akan membuat mama menangis lagi,ha?” Ternyata sebegitu sekali bencinya kak Reanna dan kak Rihanna terhadapku. Sampai saat seperti ini pun mereka tidak henti-henti menyalahkan aku. Mungkin aku memang bersalah. Tapi,ini bukan pintaku semua ini terjadi.

Ya Tuhan! Salah aku apa sampai aku dibenci seperti ini. Sampai ibu dan ayah tinggalkan aku. Kenapa aku dilahirkan seperti ini. Kenapa aku dilahirkan untuk dibenci dan bukan untuk disayang. Kenapa Tuhan? Itulah rayuan hatiku yang sering aku rasakan. Pertanyaan yang tidak pernah terjawab. Pertanyaan itu sering menghantui fikiran ku.

“ Siapa keluarga Rizal Akmal?” Pertanyaan doktor membuat kami semua tersedar dari lamunan. “Kami semua,doktor.” jawab mama tersedu-sedan. Ruang rawatan abang Rizal dipenuhi dengan tangisan air mata. Abang Rizal seperti tahu dia akan meninggalkan dunia yang fana’ ini dengan mengucapkan sesuatu berbentuk amanat kepada ahli keluarga. “ Papa, Rizal minta ampun kalau Rizal ada dosa dengan papa. Kali terakhirnya Rizal mohon pa, berhenti pukul mama. Rizal dah tak mampu nak menahan papa memukul mama lepas ni. Jadi, please, pa! Ingat, dulu papa selalu pesan kat Rizal supaya jaga hati mama. Jadi, tolong pa! Tolong. Mama, maafkan Rizal ye, ma! Janji dengan Rizal, mama takkan menangis lagi. Halalkan susu yang mama beri pada Rizal”. Mama semakin tidak keruan mendengar kata abang Rizal. Air mata mama jatuh berlinangan. Abang Rizal menyambung lagi “ kak Yana, kak Ana, Rizal tahu akak tak suka Karina, tapi tolong kak. Dia tak berdosa. Dia tak tahu apa-apa tentang masa lalunya. Jangan salahkan dia atas pemergian Rizal nanti. Rizal tak nak akak bencikan Rina.” “Rizal, akak mungkin akan maafkan dia. Tapi, untuk terima dia, akak minta maaf, Zal! Kak Yana dan kak Ana tak boleh.”

Sampai hati kak Reanna dan kak Rihanna kata macam tu. Aku sedih sangat. Di saat genting seperti ini dia masih ingin memusuhiku. Aku tambah sedih. Apa lagi ditambah dengan ucapan abang Rizal. “ Rina.” “ Ya, abang.” “Dengar sini, anak itu anugerah. Semua ibu bapa sayangkan anak. Macam tu juga Rina. Ibu dan ayah Rina sangat sayangkan Rina. Namun, mungkin Tuhan sedang menguji mereka dan Rina. Mereka sebenarnya sayangkan Rina. Abang nak Rina janji, jangan putus asa. Walaupun abang dah tak dapat nak nyanyikan lagu untuk Rina lagi lepas ni, walaupun abang dah tak dapat nak tolong Rina cari keluarga kandung Rina, abang tetap ada di sini. Di hati Rina. Sentiasa di hati Rina. Rina, sebenarnya abang ada sesuatu yang abang nak beritahu Rina. Dah lama abang pendam perasaan ni. Namun, abang tak mampu nak ungkapkannya dengan kata-kata. Tapi, abang ingin sekali mengungkapkannya sebelum abang pergi. Supaya mata abang boleh tutup rapat.” Dengan perasaan ingin tahu, tangan abang Rizal ku usap perlahan.

“ Rina, sebe…narnya…., ab..abang, cinta….kan Ri……….na. Allah Akbar!” Aku benar-benar kaget dengan apa yang abang Rizal ucapkan. Itulah kalimah terakhirnya untukku sebelum dia mengucap dan ajalnya tiba. Mama memeluk erat tubuh abang. Mama tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah kehilangan satu-satunya waris lelakinya.

Jenazah abang Rizal telah selamat dikebumikan. Aku minta izin mama untuk berada di pusara abang Rizal seketika. Aku minta mama pulang dahulu, biar aku pulang dengan teksi. Mama mengertikan aku. Kata mama, mama faham akan perasaan aku yang kehilangan orang yang berharga. Aku bersendirian di kubur setelah kereta papa hilang dari pandanganku. Sambil mengusap batu nisan milik abang Rizal, aku menangis. Aku terkilan kerana abang Rizal mengucapkan cintanya padaku pada saat akhir hidupnya. Aku benar-benar sedih. “ Abang, kenapa semua ini terjadi dengan pantas? Sehingga Rina tak sempat membalas ucapan abang. Rina nak abang tahu, Rina pun cintakan abang. Namun, cinta kita terbatas kerana abang seorang yang sempurna di mata Rina. Sedangkan Rina, Rina sendiri tidak tahu siapa ibu dan bapa kandung Rina. Rina sendiri bencikan diri Rina. Andai Rina tahu abang ada perasaan yang sama persis seperti Rina, sudah lama Rina katakan cinta pada abang. Maafkan Rina sebab Rina tak sempat nak cakap masa hayat abang masih ada.”

Tiba-tiba, hinggap seekor burung merpati di atas batu nisan pusara abang Rizal. Burung merpati merupakan burung kesukaan abang Rizal. Hatiku sayu melihat burung itu. Apakah ini tanda abang Rizal mendengar ucapanku. Sebelum aku tinggalkannya, aku menghadiahi surah Al-Fatihah kepada almarhum. Aku berdoa agar rohnya tenang di sisi Allah. Dulu, dialah dewa penolongku. Dia sering menemaniku saat diriku dalam kesedihan mahupun ketawa. Kini, biarlah dia berehat sepuas-puasnya.

Setibanya di rumah, “Pang!!!”! Satu tamparan tiba di pipiku. Hangatnya jelas aku rasai. “ Perempuan celaka. Aku benci kau. Kembalikan adik aku. Ayuh! Kembailkan Rizal. Kenapa? Kau tak boleh nak kembailkan adik aku? Ha? Baik, kalau macam tu, sekarang juga kau keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau kat sini. Iblis!” “ Cukup Reanna!. Selagi mama bernyawa, mama takkan izinkan sesiapa pun menyentuh Karina. Faham?” Kubur abang Rizal masih merah, tapi aku sudah dicerca.

Setahun yang lepas, genap setahunlah pemergian abang Rizal. Sehingga hari itu juga, tiada siapa yang berani memarahi aku kerana sudah diberi amaran mama. Kak Reanna mahupun kak Rihanna tidak mampu melanggar arahan mama kerana mereka takut dikatakan anak derhaka. Hubunganku dengan mereka mungin tidak akan pernah baik. Aku sedar itu. Namun aku bersyukur kerana paling tidak aku tidak dimaki lagi.

Suatu malam aku bermimpi, aku akan kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupku. Sering kali aku terfikir akan mimpi itu. Apakah erti disebalik semua mimpi yang misteri itu? Apakah itu satu petanda yang memberi amaran padaku? Ya Tuhan! Semua ini sungguh mengelirukanku. Aku sudah memberitahu mama tentang apa yang aku alami. Namun, jawapan mama tetap sama. “ Mimpi itu mainan tidur. Jangan percayakannya.” Jawapan mama ternyata salah. Mimpi itu benar-benar terjadi di alam realiti. Mama telah tiada! Aku sudah tidak dapat membayangkan hidupku setelah itu. Mama dan papa terlibat kemalangan ngeri di Dungun, Terengganu. Mereka ke sana kerana papa akan menghadiri mesyuarat penting. Mama menemani papa ke sana.

Kini, tinggallah aku, kak Reanna dan kak Rihanna. Setibanya jenazah mama dan papa, aku hanya mampu memerah air mata. Kepergian mama membuat aku tidak keruan lagi. “ Lihat, apa yang sudah kau lakukan. Kau memang pembawa sial ke rumah ini. Kau pembunuh! Sebab kau Rizal mati. Kerana kau, kini aku yatim piatu. Kerana kau, aku dan Ana tidak ada tempat bergantung. Sekarang juga kau kemaskan barang kau dan angkat kaki dari rumah ini. Sia-sia kau di sini kerana sudah tidak ada yang akan membela nasib kau di sini. Pergi!” kak Reanna tidak berhenti menyalahkan aku. Dia mengusirku di hadapan jenazah mama. Walaupun puas aku merayu agar aku diizinkan untuk menyaksikan sendiri pengebumian mama dan papa, namun apakan daya, aku sama sekali tidak dihiraukan. Kak Rihanna yang bersimpati padaku memberi aku sejumlah wang yang bernilai lima ratus ringgit dan barang perhiasannya. Dia menyuruh aku menjualnya jika terdesak. Baru kali ini aku lihat kebaikan kak Rihanna. “ Kak Ana tau, selama ini kak Ana jahat dengan Karina. Maafkan akak ya. Akak nak ucapkan terima kasih sebab awak dah jaga mama. Selama ini, akak kasar dengan mama. Akak bersyukur Tuhan hadirkan Rina di rumah ini. Maafkan akak, dik.” Aku tersentuh dengan perlakuan kak Ana. Biarpun aku tidak dapat menyaksikan pengebumian mama namun aku yakin mama sangat mengerti akan apa yang sedang terjadi.

Kini, aku tinggal bersama sahabatku, Elly dan Zara. Mereka sahabat terbaikku. Namun, mereka agak liar. Saat aku sudah tidak punya wang untuk membayar rumah sewa, aku terpaksa menjual barang perhiasan yang diberi kak Ana. Namun, itu semua cuma tahan beberapa bulan. Aku cuba untuk melamar pekerjaan demi menanggung kos pembiayaan rumah dan hidup. Namun, aku ditolak. Itu kerana aku tidak punya sijil SPM. Bagaimana aku bisa punya sijil jika aku sudah tidak bersekolah lagi setelah kepergian mama. Mana mungkin aku jadi seperti Elly dan Zara yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan duit. Aku juga sanggup melakukan apa sahaja namun biarlah ianya sesuatu yang halal.

Hari demi hari, aku semakin buntu. Elly dan Zara sibuk mencari duit untuk menyara kehidupan yang sekarang sedangkan aku hanya diam seperti batu. Aku sudah tidak sanggup lagi melihat mereka seperti ini namun aku tidak mampu melakukan apa-apa sekarang. Hubungan kami semakin renggang. Elly dan Zara sering bertengkar. Pasti ada sahaja yang akan dibahaskan bila mereka bertemu. Kewangan kami semakin sulit apabila Zara meminjam duit dari Ah Long. Wang yang dipinjam telah semakin banyak. Kami semakin buntu. “ Berapa wang yang harus kita lunaskan?” Aku cuba untuk bertanya pada Zara. “ Masih banyak. Wang Ah Long yang harus kita bayar sepuluh ribu. Pada awalnya wang itu hanya tiga ribu. Ia semakin bertambah dengan bunga. Aku semakin pening.” Aku terkedu dengan jawapan Zara. “ Elly, kau kenapa? Aku tengok kau ni muram je.” “ Aku hamil! Aku hamil, Zara, Rina. Zara, macam mana sekarang? Aku hamil. Sedangkan dia, dia tidak melakukan apa-apa. Kita berdua bekerja Zara. Rina, kau sedar tak? Ha? Aku kecewa. Siapa yang mahu bertanggungjawab sekarang? Jawab aku.”

Elly hamil. Oh Tuhan! Sekarang apa yang aku harus lakukan? Sahabat baik ku telah banyak berkorban. Elly hamil. Zara terlibat pornografi. Tapi, aku tak sanggup untuk menjual keperawananku seperti apa yang mereka lakukan. Keesokkannya, kami membincangkan soal ini lagi. “ Rina, ada seorang pemuda. Kacak. Dia lagi ada masalah dengan keluarganya. Dia sedang mencari gadis. Tapi dia ingin gadis perawan. Dia sanggup bayar berapa pun yang kita minta. Umurnya sekitar dua puluh lima tahun. Itu pun kalau kau nak terima. Aku tak paksa. Tapi, tolong fikir, Rina. Kita semua sanggup menjual keperawanan kita hanya untuk duit. Kita harus kerja. Duit takkan datang bergolek.” Tanpa memikirkannya, aku hanya bertanya di mana aku akan berjumpa lelaki itu.

Kata Zara, besok aku ditunggu di hotel jam lapan malam. Aku hanya mampu berserah. Nasibku terletak di tangan orang itu. Semua itu aku coretkan di dalam diariku. Ya Allah, aku mohon agar aku diberi jalan lain. Aku tidak sanggup menjual keperawanan ku ini. Saat aku menangis, aku terdengar satu suara. “ Bagusnya anak menulis. Mengapa tidak dibukukan sahaja apa yang anak tulis? Pak cik yakin ia akan laris di pasaran.” Sewaktu itu aku sedang berada di salah sebuah perpustakkan umum.

Saat aku tiba di lobi hotel, Zara dan Elly ada di situ. “Orang itu menunggu di bilik 302. Rina, maafkan kami Rin. Kita dah tak ada jalan lain.” Tanpa mempedulikan mereka pintu lif terbuka dan aku terus meluru ke arah sana dengan air mata yang berjujuran. Pintu bilik 302 aku ketuk. Jejaka itu sangat kacak. Kalau dilihat dari kaca mata jejaka itu, dia seperti seorang yang datang dari keluarga yang baik. Dia sangat sempurna di mataku. Tapi pendirianku berubah kerana dia mungkin lelaki yang akan merampas harga diriku satu-satunya. Memandangkan aku memakai hijab kepala, dia menyuruh aku membukanya. Saat itu, hanya air mata yang menemaniku namun aku tidak membuka hijab ku. Tiba-tiba,tangannya hinggap di pipiku. Dia mengesat air mata ku. Dia bertanya mengapa aku menangis. Tanpa rasa segan aku menceritakan sejarah hidupku.

“ Maafkan saya, sebenarnya saya tidak mahu menjual keperawanan saya. Tapi saya terpaksa. Saya tidak ada jalan lain. Saya hanya seorang gadis polos yang sedang mencari ibu bapa kandung saya. Sebelum ini, saya tinggal bersama keluarga angkat saya. Biarpun saya tidak pernah merasa bahagia, namun saya bersyukur saya masih ada abang angkat dan mama angkat yang mencintai saya seperti keluarga mereka sendriri. Namun, itu semua berakhir apabila mereka meninggalkan saya. Saya diusir dari rumah oleh kakak angkat saya kerana saya dikatakan pembawa sial buat keluarga mereka. Semuanya berubah apabila saya tinggal bersama sahabat saya, Elly dan Zara. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi duit bahkan sanggup menggadaikan perawan mereka. Tapi bukan saya. Saya hanyalah gadis berusia sembilan belas tahun yang sangat menghargai sebuah keperawanan di tengah-tengah dunia remaja sosial yang sudah tidak lagi menghargai sebuah keperawanan.”

Setelah agak lama aku di dalam biliknya, aku keluar dari ruang bilik itu dengan titisan air mata yang membasahi wajahku kerana aku bersyukur nasib menyebelahiku. Aku menyerahkan cek yang tertulis jumlah wang sebanyak lima puluh ribu. “ Rina, kau tak apa-apa?” Aku sangat kecewa dengan Elly dan Zara. Mereka sanggup melakukan ini demi kepentingan harta. Aku kecewa! Sebelum aku melangkah pergi meninggalkan mereka, aku berkata kepada mereka “ Semoga kalian puas.” Setelah itu, aku sudah tidak bertemu dengan mereka lagi. Mahupun mendengar khabar dari mereka. Mungkin mereka kerap menghubungiku,namun aku tidak pasti kerana aku sudah menukar nombor telefon.

Aku kini sibuk mencari ibu dan bapa kandungku yang sebenarnya. Dua bulan semenjak peristiwa itu terjadi, aku kembali ke rumah keluarga angkatku kerana aku yakin mama ada menyimpan sesuatu tentang masa lalu ku. Aku masuk ke rumah itu dengan bantuan kak Rihanna. Andai sahaja kak Reanna mengetahui akan hal ini,pasti aku akan dipukul atau dicemuh. Puas mencari di dalam kamar arwah mama,kak Rihanna memanggilku. “Rina, ni gambar siapa? Ada surat dalam bakul ni.” Aku meluru ke arah kak Rihanna. Aku membaca surat itu. Di dalam surat itu tertulis namaku.

Saya titipkan anak saya kepada anda. Maafkan saya. Saya harap anda dapat merawatnya menjadi seorang insan yang berguna. Kami pergi kerana kami ingin melunaskan masalah kami. Kalau dia terus bersama saya, dia pasti takkan selamat kerana neneknya pasti akan mencarinya. Tolong letakkan namanya nama Karina kerana nama Karina itu nama saya, ibu kandungnya.

Mahadi dan Karina.

Lelaki yang ada di dalam gambar itu seperti pernah aku lihat. Aku baru teringat dia adalah lelaki yang memberi idea agar aku membukukan kisah hidupku sewaktu di perpustakaan. Sewaktu itu aku sedang menangis mengenang nasibku. Aku terus mencari orang itu di tempat kali pertama kami bertemu. Setibanya di sana, aku sangat bersyukur dapat bertemu dengan orang yang sangat aku rindu dan aku cari selama ini. Namun apa benar dia itu ayahku? Apa benar dia orang yang aku cari selama ini. Apa benar dia orang yang meninggalkanku semenjak sembilan belas tahun yang lalu. Di dalam perpustakaan,aku melihat dia sedang mengelap meja di perpustakaan. Hatiku berasa semakin berdebar. “Ayah. Ayah!” lelaki yang berumur sekitar lima puluhan itu memandangku dengan penuh kekeliruan. “Siapa anak ini?” “Apa benar isteri pak cik bernama Karina? Benarkah pak cik pernah meninggalkan anak pak cik sekitar sembilan belas tahun lalu? Pak cik ini Mahadi atau bukan?” Mendengar pertanyaanku, lelaki itu terus membuka lengan bajuku dan dia kaget melihat ada tanda lahir berbentuk bulan sabit di lenganku. “Astaghfirullah. Anak pak cik ada tanda lahir yang serupa dengan kamu. Ya, sama seperti kamu. Pak cik sempat melihat tanda lahir itu sebelum pak cik meninggalkan anak pak cik. Adakah ini ertinya, kamu anak pak cik. Anak ayah!” kami saling berpelukan.

Aku hanya mampu mengucap terima kasih kepada Allah kerana dia mempertemukan aku dengan ayahku. Betapa hangatnya pelukan dari seorang insan bernama Ayah. Itulah pelukan pertama dari ayah yang aku rasakan. Aku seperti tidak ingin melepaskan pelukan itu. “ Subhanallah, Allah Akbar. Ayah bersyukur pada Tuhan kerana ayah dapat bertemu Karina ayah. Maafkan ayah,nak kerana meninggalkan kamu. Ayah tak ada pilihan lain ketika itu. Ayah dan arwah ibu kamu pergi kerana opah kamu tidak sukakan ibu. Dia benci keturunan kita. Dia bencikan kamu. Dia ingin sekali membunuhmu,nak. Jadi, ayah dan ibu ambil keputusan untuk pergi jauh dari opah. Tapi, opah bersumpah dia akan membunuh kita semua suatu hari nanti. Sebab itu, ayah dan ibu meninggalkan kamu di rumah orang kaya itu, nak. Kami berfikir, kamu akan selamat di sana.”

Mendengar penjelasan ayah,hatiku memberontak. Kenapa semua orang tidak boleh menerima kehadiranku di dunia ini. Papa, kak Reanna dan pada awalnya kak Rihanna juga membenciku. Opah, nenek kandungku sendiri ingin membunuhku sampa-sampai ayah dan ibu sanggup meninggalkan aku.

“Ibumu meninggal dunia kerana dia ditolak oleh opah. Ketika itu, opah mendapatkan alamat rumah ayah. Entah bagaimana opah mendapatkan alamat rumah ayah, itu ayah tidak pasti. Menurut kata jiran-jiran ibu bertengkar dengan opah dengan menyebut perkataan ‘cerai’. Ayah yakin opah datang untuk menyuruh ibu bercerai dengan ayah. Namun ibumu tidak menghiraukannya. Maka dia dorong ibumu sehingga ibu jatuh dan kepalanya terhantuk batu. Saat ayah pulang ke rumah setelah kerja, ayah hanya melihat tubuh ibu terbujur kaku.”

Aku mendesak ayah untuk memberitahu di mana opah. Aku ingin membalas dendam atas kematian ibu. Kata ayah opah telah meninggal dunia sebulan setelah ibu meninggal. Opah terkena serangan angin ahmar secara mendadak. Mungkin itu hukuman dari Allah Yang Maha Esa. Aku meminta ayah menunjukkan pusara ibu. Ternyata ibu dimakamkan di sebelah pusara abang Rizal. Patutlah, hatiku berat untuk meninggalkan abang Rizal di pusaranya sewaktu dia dimakamkan. “ Karina, ini anak kita. Namanya Karina. Sama seperti kamu.” Kata ayah sambil mengusap batu nisan milik ibu. Aku terkedu melihat mayat ibu di dalam. “Ibu kamu cantik, Rina. Cantik seperti kamu. Bak bidadari cantiknya. Matanya persis seperti kamu, mulutnya. Pipinya. Wajahnya juga mirip kamu,sayang. Lihat, Rina, anak kita cantik seperti kamu.”

Andai ibu boleh mendengarkan aku, aku ingin mengatakan aku tidak menyesal dilahirkan oleh wanita yang tabah dan setia mengorbankan jiwa raganya demi anaknya. Aku tidak penah menyesal jadi anak ibu. Ibu adalah wanita yang paling aku sayang. Meskipun, aku belum pernah melihat wajah ibu, namun ikatan batin kita sangat kuat. Ikatan itulah yang akan selalu menemani aku,ibu. Ikatan itulah yang akan menjadi tisu saat aku menangis. Setelah itu, aku ke pusara abang Rizal. Aku ingin memberitahu dia aku telah bertemu dengan ibu dan ayah kandungku. Terima kasih abang. Kehangatan kasihmu akan menyelimutiku ketika aku memerlukan. Kehangatan kasih itu sentiasa akan ada di hatiku ibarat menerengi sejuta bukit dan sejuta malam.

Sebelum pulang, aku pergi ke kubur orang yang telah mengasuhku sejak kecil. Orang yang telah banyak berkorban demi memperjuangkan hidupku. Mama. Itulah kali pertama aku melawat mama setelah kepergiannya.Aku bersyukur mama, aku boleh kenal dengan mama. Terima kasih mama. Aku sayang sangat dengan mama. Sampai bila pun,aku takkan boleh melupakan mama. Semoga mama tenang di sana,mama.

Aku sangat bersyukur aku dapat menemui kebenaran yang selama ini menjadi duri dalam daging. Yang membuatkan aku menjadi sakit sekali. Tapi, itulah yang terjadi dalam kehidupanku. Orang yang aku sangat sayang dan orang yang menyayangiku, akan tetap pergi meninggalkanku. Abang Rizal, orang yang sentiasa bersifat dewa penolong padaku, pergi tinggalkanku dengan cintanya. Mama, pergi saat aku ingin bangun dari jatuh, namun kepergiannya sekali lagi membuat aku tersungkur. Ibu, meninggalkanku tanpa mengizinkanku mengamati wajahnya. Kini, ayah. Baru beberapa bulan bertemu, ayah meninggal. Aku tidak pernah tahu akan penyakit kanser yang dihidapi ayah sehinggalah dia meninggal. Patutlah sepanjang hayatnya bersamaku dia sering batuk berdarah. Namun, aku leka dan lalai dengan itu semua.

Kisah hidupku telah aku bukukan. Menjadi satu lembaran hidup yang sempurna. Pengakhiran ceritaku sungguh bermakna biarpun orang yang aku sanjung semuanya telah tiada. Saat aku ditemu ramah mengenai novelku yang bertajuk ‘Sketsa Hidup Seorang Hamba’ aku telah bertemu dengan orang yang pernah aku kenali. Kerana mereka,kini aku menjadi insan yang berjaya. Kak Reanna memohon maaf kapadaku di depan umum. Itu satu penghormatan buat diriku. Elly kini sarat mengandung, Zara sudah bertemu dengan lelaki yang baik. Kak Rihanna sudah menikah. Di depan umum juga, Fariz melamarku tanpa rasa segan-segan. Itu yang membuatkan aku bangga dengan sifat lelaki sejatinya.

Zara dan Elly bertanya sesuatu kepadaku kerana kaget Fariz melamarku. “Rina, kau masih perawan tak?” Semua yang ada di situ terkejut dan mula bertanya kepadaku. Aku mengambil mikrofon dan naik ke atas pentas untuk membuat satu pengakuan.

“Mungkin kalian tertanya dengan persoalan Elly dan Zara. Apakah saya masih perawan? Baiklah, saya akan menjawab soalan kalian. Elly,Zara, kalian pasti ingat aku dah… kerana kalian hanya melihat saya menangis saat keluar dari bilik itu. Tapi, kalian tidak tahu apa yang terjadi di dalam bilik itu. Ya, memang saya lama di dalam bilik itu. Saya akan menceritakan segalanya kepada kalian. Saya telah menceritakan sejarah hidup saya kepada lelaki itu. Kalian tahu apa yang dia kata setelah itu. Ceritanya seperti ini

“ Encik ada adik?” dia hanya mengangguk. “ Encik sayang adik encik?” Dia mengangguk sekali lagi. Sekali lagi dia mengesat air mata di pipi ku. “ Ini, semua yang terjadi dalam kehidupan saya, saya tulis semuanya di sini. Saya berhasrat ingin membukukannya. Selembar kertas yang ada di tanganku diambilnya. Dia membaca apa yang aku tulis. “ Tapi,ceritanya belum habis.” Itulah respon yang dia beri setelah membaca novelku. “ Ya, memang belum kerana pengakhiran cerita ini terletak di tangan encik. Encik adalah orang yang akan menentukan cerita saya. Apakah saya tetap dapat menjaga keperawanan saya atau semuanya dimusnahkan oleh encik.”

Itulah yang aku ceritakan kepada orang ramai. Aku sendiri tidak mengerti dengan diriku. Mengapa mulutku mudah untuk menceritakan rahsia hidupku kepada seorang lelaki yang tidak pernah ku kenal ketika itu. Bahkan aku tidak tahu apa isi hatinya yang sebenar. Namun, aku merasa dia lelaki yang boleh dipercayai sehingga aku terlanjur menceritakan akan kepahitan yang aku alami selama ini.

“Lalu apa yang terjadi, Karina? Apakah kamu?” Itulah pertanyaan kedua dari pihak mereka. Aku menyambung lagi dengan menceritakan peristiwa yang terjadi itu.

“Saya ingin kamu membuat ending yang sangat bahagia. Dengarkan saya. Kali ini biarkan saya menceritakan hidup saya. Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya. Saya memiliki segalanya. Namun, saya tidak pernah mengenal erti kasih sayang. Mama dan papa sentiasa sibuk dengan urusan mereka. Saya anak tunggal yang kesepian. Saya sunyi. Maka itu, saya ingin mencari pendamping hidup. Saat saya berada di salah sebuah kelab malam kerana ingin menenangkan fikiran, saya telah dirayu oleh seorang gadis bernama Zara. Katanya, dia sangat perlukan duit. Jadi, saya mendapat satu akal. Saya katakan pada dia, saya sanggup bayar berapa pun asalkan dia memberi saya seorang gadis yang masih perawan untuk dijadikan teman hidup saya.” Aku menyambung lagi. “Lalu, mengapa encik menyuruh saya membuka tudung?” “ Saya cuma ingin menguji kamu. Saya ingin memastikan apakah gadis dihadapan saya benar-benar seorang gadis yang sangat menjaga maruahnya ataupun dia sama seperti perempuan yang merayu saya ketika saya di kelab malam.” Lantas dia terus dia memperkenalkan dirinya kepada saya. Begitulah ceritanya. Jadi, setelah mendengar semuanya, apakah kalian masih ragu pada saya?

” Buat Fariz, terima kasih, Riz. Kerana awak telah menetapkan takdir baik buat saya. Demi Tuhan, saya masih perawan. Aku masih perawan. Ini semua kerana Fariz. Kerana dia, saya masih boleh mempertahnkan sebuah keperawanan saya.” Fariz lelaki yang baik. Malah, dia melamarku di depan ramai orang. Aku turun dan terus berlari ke arah orang-orang yang menyayangiku. Di satu sudut, aku terlihat, ibu, ayah, mama, papa dan abang Rizal sedang tersenyum padaku. Mereka kelihatan sungguh bahagia. Wajah mereka sangat indah dipandang. Terima kasih mama, papa, abang Rizal. Terima kasih ibu, kerana ibulah titik permulaan cerita ini. Jika tiada ibu, aku tidak mungkin lahir di dunia ini. Terima kasih ayah kerana membahagiakan hidup ibu saat hidupnya. Dan terima kasih Fariz kerana kamu telah menjadi pengakhiran cerita hidupku.

Kasih sayang itu memang sungguh penting dalam hidup. Tanpa kasih, kita akan jatuh ke dalam jurang yang sangat dalam. Setiap orang yang jatuh ke dalamnya pasti akan mati. Sayang. Sayang juga penting. Bayangkan, bila saja, sayang tidak ada dalam hidup seseorang. Hidupnya pasti kosong tanpa warna kehidupan yang lengkap. Hidupnya pasti kosong ibarat kain kafan yang tidak punya corak kehidupan. Hidup mereka pasti kosong tanpa cinta juga. Cinta ini penting kerana ia membuat kita lebih yakin untuk hidup.

Lihatlah diriku,dulu aku seorang insan yang hanya berserah pada takdir Allah. Insan yang sering berharap pintu takdir baik ku terbuka. Namun, tidak Karina yang kini. Karina yang kini lebih bersemangat. Pengalaman banyak mengajarku. Kini, aku yakin hidup ini ibarat burung. Burung yang terbang bebas membela nasib hidup mereka sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Diari Airmataku”
  1. nadiatursyafiqah binti mohd zaini says:

    Aku masih perawan???? Mgkin jln critanya sje yg sme kot. Konsepnya berbeza kan???? Tak pe… saya akan cbe perbaiki ksilapan sy… ini kali pertama mnulis.. tq

  2. chek adeq says:

    cter nie sgt sdeyh,, pnoh dgn ksdihan.. btw,, keep it up.. ^^

  3. put3isabella says:

    Maaf dik cite nie trlmpau meleret..wlupn ad unsur sedih, tp disbabkn byk sgt meleret jln cite agk boring..feel pn makin down.. ape pn percubaan berani dan boleh dikatakan hebat jgk di usia muda..jgn berhnti dari berkarya..sememangnya anda berbakat.. gud luck

  4. anis says:

    Tadaaa.. Haah cite mcm cite indon tu.. Tp xpe..sy ok jek bce hikhik..
    Tahniah awk..nnt bt cerpen lg k.. Goodluck ;-)

  5. nad says:

    best laa citer ni..btw tahniah dkt penulis citer ni sbb dpt menhasilkan citer best cam ni..:clap:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"