Cerpen : Keajaiban Cinta

5 March 2013  
Kategori: Cerpen

15,121 bacaan 9 ulasan

Oleh : Aries Gurlz

Hidup aku simple and plain.Tinggal di dalam rumah mewah dan makan makanan yang sedap. Mama dan papa aku ahli koperat dan abang aku pula sedang menyambung pelajaran di Texas.

Aku hanyalah seorang gadis berumur 18 tahun dan sedang menunggu keputusan SPM.Lupa nak aku nyatakan namaku, nama aku Amylia Athielda bin Datuk Arthir..

“Athielda”

Athielda terus mengangkat muka dari buku berjudul The War of Knight yang dibacanya untuk mengisi masa yang terluang.Terus senyuman terlukis comel di atas bibirnya yang merah jambu asli sambil menyapa teman lelakinya.

“Benz” Athielda mendekati Benz.Lelaki yang telah berjanji untuk hidup semati dengannya.Benz memandang Athielda dengan pandangan yang kuyup, kepala Athielda dikucup.

“Baby, I minta maaf sebab datang lambat”bisik Benz.

Athielda menolak Benz, terkejut dia apabila diperlakukan seperti itu.

“Benz, apa awak buat ni?” marah Athielda.

Benz diam,dia hanya tersenyum nipis.Kemudian tangan Athielda digenggam.

“Tak pe kalau you tak suka I buat macam tu tapi kalau pegang tangan je boleh kan?” tanya Benz.

Athielda sebenarnya kurang selesa tapi untuk menjaga hati Benz,terpaksa dia iyakan juga.

Benz sedar,sepanjang masa mereka berpegangan tangan.Athielda begitu tidak selesa.Dia akhirnya melepaskan tangan Athielda.Kedua-dua mereka ingin melintas jalan.Tiba-tiba…

“At, hati-hati” Benz menarik tangan Athielda.Athielda terkejut, treler yang besar itu melintasi mereka.

“Jauh lagi la Benz” Athielda ketawa perlahan,dia memandang pada Benz.Benz terkejut besar,dadanya berombak.Peristiwa lama berulang di hadapan matanya. Ayahnya dilanggar oleh kereta, kereta yang dipandu oleh Datuk Arthir..

“Benz, are you okey?”

Benz sudah sesak nafas, dia begitu takut apabila melihat ada kereta atau lori yang bergerak laju dan tidak terkawal.

“Benz..” Athielda menyentuh bahu Benz dan ketika itu Benz terus memeluk Athielda.

“At, kau tak boleh nak hati-hati sikit ke? Kalau apa-apa terjadi pada kau,aku tak mungkin dapat maafkan diri aku!!” marah Benz.

Athielda yang terpana terus meleraikan pelukan Benz.Dia menyentuh pipi Benz, lalu dihadiahkan senyuman manis plus comel.Cairlah hati Benz.

“So sweet. Awak ni memang lelaki yang baik” ujar Athielda.

“Awak ni berbeza dengan Haeyfa sebab itu saya sayang awak” sambung Athielda. Saat itu Benz sudah tersentap, nama Haeyfa disebut-sebut lagi.

“Jom kita pergi makan.Saya lapar la.nak makan makanan perancis tak? Or kita nak pergi restoren Jepun.Macam best juga” Athielda menarik lengan Benz.

Benz hanya ikut, wajahnya tidak seceria tadi.

Ketika mereka menjamah makanan di restoren Jepun,Athielda meminta diri untuk e tandas.Pada waktu itu,Benz mengeluarkan sebungkus ubat yang tidak diketahui namanya.Ubat itu dimasukkan ke dalam minuman Athielda.

Sejurus Athielda meneguk minum itu,dia sudah tidak sedarkan diri.Semuanya dalam perancangan Benz,dia membawa Athielda ke sebuah hotel.

…..

Athielda sedar dari pengsan, dia memandang sekeliling.

“Dah bangun ke?” suara Benz membuatkan Athielda terus membuka matanya luas.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sehelai bajupun tiada di tubuhnya.

“Kenapa awak buat saya macam ni?” Athielda memeluk selimut bagi menutup tubuhnya yang tidak diselindung oleh seurat benangpun.

Benz duduk di bersila di atas katil hanya memakai seluar pendek paras lutut dan singlet putih.Dia mengelus rambut perang Athielda.Sesekali dia mencium bau haruman syampu yang digunakan oleh Athielda.Semua tingkah lakunya itu membuatkan Athielda semakin benci padanya.

“Athielda, memang inilah yang kita nak buat sejak kita mula berkapel bukan?” Benz mendekati Athielda hinggakan bibirnya menyentuh pipi gadis itu.Athielda ketakutan,dia menggenggam selimut dengan erat.Tiada apa yang mampu dia lakukan ketika ini, hanya lemah sebagai wanita.

“Aku goda kau semata-mata untuk balas dendam pada ayah kau.Selepas ini, dia kena tanggung malu sebab satu-satunya anak gadis sudah terlanjur dengan lelaki”

“Tapi awak sayangkan saya”

“Apa gunanya kalau aku sayang kau.Kau bukannya betul-betul suka kat aku.Dalam hati kau cuma ada Haeyfa saja”

“Haeyfa just my passed… I love you Benz” Athielda menangis teresak-esak.Benz pula sudah ketawa sinis.

“Aku boleh je mati sekarang sebab kau dah puas dengan kau. Kau jangan cari aku lagi,aku tak mahu bertanggungjawab langsung pada kau”Benz mengambil t-shirt plonya yang tergandtung pada kerusi.Dia meninggalkan Athielda yang sedang meraung di dalam bilik di hotel itu.

Mendengar raungan Athielda, Benz juga meraung dalam hati.Sebenarnya dia tidak ingin mempelakukan Athielda seperti itu tapi disebabkan cemburu dihatinya yang membawa,dia akhirnya telah terlanjur.

Dendam pada Datuk Arthir dan cemburu pada Haeyfa… Kedua-dua perasaan itu bertaut pada hatinya menjadikan dia binatang tak punya perasaan…

Kalau la kau sayang aku At, kalau kau sudah lupakan Haeyfa.Aku mungkin akan maafkan papa kau dan terima kau sebagai isteri aku tapi masalahnya kau masih lagi mencintai Haeyfa.Aku puas sekarang,walaupun aku tak dapat cinta kau tapi sekurang-kurangnya ada dah rampas maruah kau.Apa yang Haeyfa dapat lepas ni,hanya barang terpakai. Dia pasti akan benci kau sampai mati…

…..

Haeyfa sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.30 petang. Hatinya berbunga riang apabila melihat ayah,ibu dan adiknya datang menjemputnya.

“Wah,satu family datang!! Happynya along” Haeyfa senyum lebar, dia terus memeluk Datuk Hans dan Datin Helena.

“Gila bangga, Datuk Hans yang sibuk ni pun boleh ada hati nak datang jemput anak dia balik dari UK.Along kena update facebook ni” Hanis memberitahu pada Haeyfa.

“Takkan papa tak mahu jemput pewaris syarikat papa ni.Tak lama lagi papa dah tak payah nak bersusah payah dah sebab ada Haeyfa.Boleh la papa bercuti sekali-sekala”

“Of course pa, memang Haeyfa tak sabar nak bekerja kat syarikat papa” ujar Haeyfa penuh bersemangat.

“Dah la tu Hanis, jom kita gerak cepat.Datin Atilia dah lama menunggu kita”

“Abangpun kena gerak pergi jumpa dengan Datuk Arthir di Mega Company.Ada mesyuarat”

“Kalau macam tu kita berpisah disini je la” ujar Datin Helena.Datuk Hans mengangguk, pipi isterinya diusap kasih.

“Papa, naik kereta tu hati-hati.Nanti ada pula orang pancitkan kereta papa” jerit Hanis.

“Woih, mulut tu tak insurans.Ada ke cakap papa macam tu! Tak baik doakan yang tak baik tau” marah Haeyfa.Pipi adiknya itu dicubit.

Dah namapun Hanis Marylin, memang mulut celopar tahap gabar la.Uncontrolled punya mulut, pakej sekali dengan perangai kalut dia tu.

Hanis dan Haeyfa masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Datin Helena.Hanis duduk di belakang untuk bersembang dengan abangnya.Gaya mereka dua beradik itu seperti bos besar yang duduk di belakang sementara ibu mereka pula driver.

“Sekarang ni kita nak pergi rumah At” beritahu Hanis pada abangnya.

“Untuk apa?”

“Aunty Atilia ada buat minum petang.Mama ada beritahu yang abang balik hari ni, itu sebab la aunty Atilia ajak kita sekali”

“Hanis rasa-rasa, At ada tak?”

“Manalah Hanis tahu.Dah lama Hanis tak jumpa dengan At.Nak telefon pun, At dah tukar nombor baru”

“Huh…” Haeyfa mengeluh.Dia sebenarnya cemas dan gemuruh untuk berjumpa Athielda.1001 persoalan muncul di fikirannya.. Adakah At sudah memaafkannya kerana meninggalkan Malaysia selama tiga tahun tanpa memberitahu padanya dulu? Adakah At masih cintakan dia? Ataupun At sudah ada penggantinya??

“Along risau ek?” Hanis menepuk paha Haeyfa perlahan.Haeyfa hanya mampu mengukirkan senyuman tawar.

“Janganlah risau.Hanis yakin, At masih cintakan abang.Abang couple dengan dia masa sekolah lagi.Dia baru nak masuk form 1, abang pula dah form 4 tapi dua-dua dah menggatal nak couple.Takkan dia senang-senang je nak lupakan abang, abang cinta pertama dia”

“Tapi dik, along dah tinggalkan dia tiga tahun tanpa khabar berita.Nak ke dia terima along lagi?”

“Kalau tak cuba, manalah tahu” ujar Hanis.

“Yalah tu” Haeyfa mencuit pipi adiknya.Hanis menjerit kesakitan.Cubitan alongnya itu bukannya perlahan tapi mengalahkan cubitan ketam.Memang merah kut pipi aku, Hanis merungut dalam hati.

Bergaduh punya bergaduh akhirnya mereka sampai di teratak mewah Datin Atilia dan Datuk Arthir..

“Dah la along, Hanis.. Jom masuk cepat dalam rumah” Datin Helena menegur anak-anaknya.

“Ya mama” sahut Hanis dan Haeyfa serentak.

…….

Athielda duduk termenung di dlaam teksi.Seharian dia cuba untuk mencari Benz tapi Benz tidak mampu diketemui.Ke mana Benz menyembunyikan diri? Apa yang berlaku pada Benz? Dia ingin tahu juga, apa yang penting dia ingin Benz bertanggungjawab atas apa yang berlaku padanya.

“Cik, kita sudah sama ma!!” ujar pemandu teksi berbangsa Cina itu.Athielda tersedar,dia segera membawa tambang teksi itu dan turun di hadapan rumahnya. Nafas dilepas panjang,dia akhirnya pulang tanpa sebarang hasil.

Athielda masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat yang dibina dengan citarasa orang Inggeris yang dicampur aduk dengan nilai seni tradisional.Rumah banglo yang dibina tertak dan kolam ikan dengan gaya tradisional.Memang semua ikut citarasa Datin Atilia, Datuk Arthir cuma ikut dan labur duit je.

“Athielda” Datin Atilia memanggil Athielda sebaik sahaj kelihat anak itu dilihat sedang bertonggeng di hadapan kolam ikan.Niat Athielda untuk memberi makan pada ikan terbantut,dia masuk ke dalam rumah.

“Ya mummy” senyuman manis dihadiahkan untuk bondanya yang tercinta.Dia memeluk Datin Atilia, dicium kedua-dua pipi bondanya itu.

“Athielda ingat tak keluarga Datuk Hans?” tanya Datin Atilia pada anak gadisnya itu.

Athielda memandang pada wanita yang duduk di tepi bondanya.Wanita itu tampak sungguh elegan dan bergaya dengan baju bulu bercorak harimau serta skirt kulitnya.

“Datin Helena dan Datuk Hans, mana boleh Athielda lupa mummy. Best friend Athielda, Hanis dan Haeyfa…”

“Tak sangka kau sudah tak ingat pada aku” Hanis berlari turun dari tangga tingkat dua.

Athielda terkejut,baru saja dia berdiri, Hanis sudah memeluknya.

“Mulut celopar macam kau ni,takkan aku mudah lupa kut” Athielda ketawa perlahan.Hanis sudah muncung sedepa.

“At, aku nak tunjukkan pada kau sesuatu.Meh ikut aku”

“Apa dia, kau nak bawa aku pergi mana ni? Weh,kau sedar tak kau duduk kat rumah aku sekarang ni??” mulut Atheilda tidak berhenti berceloteh.Hanis memandang Atheilda ke kolam renang di luar rumah Atheilda.

“Kenal tak siapa tu?” Hanis menunding jari pada seorang lelaki yang sedang berdiri di tepi kolam renang du luar rumah.

Athielda mengangguk perlahan.

“Haeyfa” ujarnya dengan suara yang rendah.

Ketika itu Haeyfa berpusing mengadap Athielda.Terasa perasan cinta tiga tahun lalu kembali hangat dalam hatinya, Athielda cepat-cepat menepis perasaan yang muncul dalam hatinya.Dia sudah nekad untuk melupakan Haeyfa.

Jika Haeyfa tidak meninggalkannya tiga tahun lalu, dia pasti tidak akan menerima Benz sebagai teman lelaki untuk mengisi kekosongan dan kesunyian dalam dirinya.Jika Haeyfa tidak meninggalkannya,dia tidak akan diperkosa oleh Benz.

“Tak kenal la.Sapa tu? Dah la,aku nak naik bilik.Bye Hanis” Atheila cepat-cepat melarikan diri.

Hanis memberikan isyarat pada abangnya supaya mengejar Atheilda.Haeyfa mulanya tak faham tapi bila dah pelbagai isyarat dibuat oleh Hanis akhirnya dia mengerti.

Haeyfa menahan Atheilda.

“At, kau lupa ke kat aku?” Haeyfa tersengih.Mukanya yang tersengih macam kerang busuk itu rasa membuatkan Athielda semakin sakit hati.Langkahnya dipercepatkan.

“Kau marahkan aku ke?” Haeyfa mengejar Athielda hingga ke hadapan bilik gadis itu.Ketika Athielda hendak tutup pintu, Haeyfa begitu cepat melolos masuk ke dalam bilik juga.

“Hei, tak nampak ke ni bilik perempuan.Jangan masuk la” marah Athielda.

“At, kau masih marahkan aku?”

Athielda keluar dari bilik, turun tangga,pergi dapur,masuk tandas.. Haeyfa masih setia mengejar.

“Apa yang awak nak lagi? Saya tak mahu dengar apa alasan awak, jangan ganggu saya lagi”

“Aku tak faham la,kenapa kau marah sangat ni?”

Terus Athielda berhenti,dia berhadapan dengan Haeyfa.Lama dia memandang muka Haeyfa, lelaki itu langsung tidak berubah dari dulu.Mukanya sememangnya digilai oleh ramai pelajar perempuan di sekolah dulu kerana iras-iras Joe Jonas.

Sekarang dan dulu perasaan cinta Athielda pada Haeyfa masih tapi tapi tidak sesekali Athielda akan senang-senang menerima Haeyfa semula.

“Awak tinggalkan saya Haeyfa” beritahu Athielda. “Dan saya takkan pernah lupa apa yang awak buat.Awak tinggal saya selama tiga tahun dan sekarang awak kembali semua.Apa niat awak yang sebenarnya?” marah Athielda.

Haeyfa menyembunyikan senyumannya, perangkapnya untuk membuatkan Athielda bercakap dengannya akhirnya mengena.Dia terlalu amat rindukan gadis itu, selama tiga tahun dia belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat diploma dan ijazah dalam pengurusan perniagaan. Bahkan dia sedang dalam persediaan untuk menyambung pembelajarannya di peringkat ‘master’. Semuanya dia lakukan untuk mendapatkan percayaan ayahnya untuk menguruskan syarikat keluarga mereka.Dia ingin bekerja dan berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kau nak aku terus tinggal kat Malaysia dan tak buat apa-apa ke?” tanya Haeyfa.

“Habis tu seronok sangat ke duduk kat UK sana? Awak dah ada perempuan lain,sebab itu awak tidak pedulikan saya”

“Aku sanggup lakukan apa saja untuk Amylia Athielda, bahkan aku sanggup pergi UK untuk sambung belajar dalam bidang yang paling aku benci sekali semata-mata untuk dapatkan kepercayaan papa aku untuk menguruskan syarikat.Aku just rasa,aku belum cukup kukuh untuk jadikan kau sebagai isteri aku…”

“Kenapa awak tak pernah hubungi saya? Kenapa awak tak suruh saya tunggu awak?”

“Sebelum aku pergi UK, aku dah suruh mama dan papa aku tanyakan pasal kau pada mummy dan papa kau tapi mummy kau letakkan syarat, bila aku dah habis belajar barulah aku nak hantar rombongan untuk meminang kau tapi sekarang aku kena ubah plan…”

Athielda tercengang, ternyata selama ini dia salah sangka.Bondanya juga ikut serta dalam plan nak mengenakan anaknya.Apalah mummy ni, patutlah selama ni bila aku menangis mengadu pasal Haeyfa,dia senyum je….

“Aku tahu kau masih marah pada aku tapi aku tahu juga kau masih cintakan aku”

“Siapa cakap saya cintakan awak?”

“Aku boleh nampak At.. Jelas sangat dari muka kau”Haeyfa mengukirkan senyuman lebar di atas bibirnya.Ketika itu dia mengeluarkan sekotak cincin dari belakang bajunya.

“Sudi tak kalau kau kahwin dengan aku?” Haeyfa menyuakan cincin emas putih bertahtakan belian pada Athielda.

Athielda terkedu hinggakan mulutnya terkunci rapat.Untuk seminit Athielda cuba untuk kembali kewarasannya.Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya.Dia memandang pada wajah Haeyfa.

“Sekalipun saya salah faham pada awak, ianya tidak dapat menghakis kebencian saya pada awak.Saya tak boleh terima awak sebagai suami saya” Athielda terpaksa menolak perasaannya pada Haeyfa.Walaupun dia jujur masih cintakan Haeyfa dan dia sudah memaafkan Haeyfa tapi hakikatnya dia tidak mungkin akan menjadi isteri Haeyfa kerana dirinya sudah tidak suci lagi.Dia tidak sanggup menceritakan kebenaran pada Haeyfa.Tidak sanggup juga membiarkan Haeyfa mengahwini dirinya yang sudah tiada maruah lagi.

“At, tolonglah. Jangan runtuhkan impian aku selama ini” Haeyfa mencengkam lengan Athielda dengan kuat.

“Impian awak? Impian saya pula bagaimana?” Athielda sudah terasa ingin menangis.

Aku ingin membina mahligai bersama dengan Haeyfa.. Aku ingin menjadi isterinya, aku ingin bersama dengannya…. Apa yang aku dah buat sampaikan aku terpaksa menghadapi semua ini?

“At, salahkah jika aku nak prepare diri aku dari segi mental dan fizikal untuk jadikan kau isteri aku.Aku nak yang terbaik untuk kau.Aku tak mahu couple je dengan kau tapi tak boleh nak jamin masa depan aku.Aku nak jadi suami yang baik, aku nak bagi nafkah yang secukupnya pada kau..Aku nak jadi suami yang soleh dan cukup sempurna untuk suaminya…” jujur Haeyfa.

Mendengar kata-kata Haeyfa, gugur setitis demi setitis air mata Athielda.

Ya,aku inginkan suami yang soleh….. untuk membimbing aku,untuk melindungi aku….

“At” Haeyfa menyentuh bahu Athielda perlahan.Haeyfa mengesat pula air mata yang berjujurai di pipi Athielda.Ketika itu Athielda mengangkat wajah memandang pada Haeyfa.

“Kalau cintakan saya, mahu saya jadi isteri awak, tolong terima saya seadanya..” pinta Athielda.Haeyfa melakarkan senyuman lebar,dia mengangguk.Ketika itu kedua-dua mereka akhirnya mampu membalas senyuman..

“Kenapa awak sanggup buat macam ni?” tanya Athielda ketika menuruni tangga bersama-sama dengan Haeyfa.

“Buat apa?”

“Awak sanggup setia pada saya sedangkan awak tak tahu sama ada saya sudah ada pengganti awak atau tidak. Awak tetap pilih saya, kenapa awak pilih saya?”

Haeyfa terus memandang pada Athielda, tidak semena-mena senyuman terlakar sempurna di atas bibirnya yang merah itu.

“Kenapa aku pilih kau? Ini semua salah kau. Sebab kau cantik sangat” Haeyfa mencuit hidung Athielda.

Athielda terkejut apabila tiba-tiba sahaja Haeyfa mencuit hidungnya.

“Berani awak sentuh aset tak ternilai saya ni.Awak tau tak hidung ini satu-satunya pemberian papa pada saya, yang lain semua ikut mummy”

“Eleh,hidung macam buah jambu! Macam tu ke kau panggil aset ternilai?”

“Haeyfa!!!! Awak ni kan!!!” Athielda mula mengejar Haeyfa.

Haeyfa hanya ketawa sambil melarikan diri.Dibelakangnya Athielda mengejar.Kedua-dua mereka seperti pasangan bahagia yang bertemu semula.Moga bahagia berkekalan.. Amin..

…..

Mereka akhirnya telah bernikah dengan mahar yang berjumlah RM20000 dan hantaran RM50000.Macam-macam tema perkahwinan dibincangkan oleh tiga orang manusia-manusia berjiwa budak-budak ini.

Ada ke Hanis dengan Atheilda setuju nak buat tema Hello Kitty, memang kahwin nanti Haeyfa kena pakai reben macam Hello Kitty.Nasib baik Datin Helena dan Datin Atilia tak bersetuju.Dengan tema 1001 malam, kedua-dua mempelai tampin dengan penuh bergaya dan elegen pada hari perkahwinan mereka.

“Aduh, mulut dengan senget dah.Tak boleh nak senyum betul-betul” Atheilda mengurut rahangnya.

Haeyfa ketawa perlahan.

“Meh,nak ubatkan sakit tu”

“Pandai ke awak nak buat? Awak bukannya doktor….” belum sempat Atheilda habis bercakap, bibir Haeyfa sudah berada diatas bibirnya.

Flash. Flash. Flash. Flash… Kamera nikon pengantin mengambil setiap sisi gambar itu…

“Apa yang awak buat ni?” Atheilda menolak Haeyfa.Haeyfa hanya ketawa perlahan,dia kemudiannya meninggalkan Atheilda seorang diri untuk melayan tetamu yang hadir.

Tinggallah Atheilda yang angau seorang diri,sesekali bibirnya disentuh dan dia tersenyum sendiri…

……

Cerita pasal honeymood,memang tak payah cerita la.Mama dan mummy bagi tiket pergi Dubai, diaorang pergi Genting pula.Pergi berseronok main permainan, bukannya nak honeymood betul-betul.

“Tell me,macammana nak honeymood betul-betul kalau mamat ni asyik sibuk dengan kerja dia je? Nak bercutipun bawa laptop, Ipad la, kertas kerja apatah lagi.bertimbun-timbun..” rungut Atheilda.

“Woih,cakap dengan sapa? Gila ke?” jerit Haeyfa yang sedang menyiapkan laporan di ruang dalam bilik.

Athielda memandang pada jam dinding.Sudah pukul 2.30 pagi.Dia juga sudah penat.

Athielda membawa bantal peluknya yang bercorak Hello Kitty, dia berdiri di hadapan biliknya dan Haeyfa.Dia memerhatikan Haeyfa yang sedang meneliti laptop di atas katil.Dia hanya berdiri di luar bilik.

“Kenapa tak masuk?” tanya Haeyfa tanpa memandang pada Atheilda.Atheilda pula masih membelek cincin kahwinnya di depan pintu itu.Sekarang ni la dia nak belek cincin,dulu-dulu masa mula-mula dapat tak nak pula dia perhatikan sampai tembus cincin tu.Ni mesti kes nak cover malu tu..

“Saya minta maaf” Atheilda berterus-terang.Dia rasa bersalah pada Haeyfa tapi penting lagi dirinya,dia berasa sangat takut untuk tidur sekatil dengan Haeyfa tambahan pula perkara yang berlaku padanya baru-barunya ini begitu menakutkannya.

“Kenapa pula?” tanya Haeyfa.

“Saya tidak bersedia lagi” ujar Athielda jujur.

“Tak pe sayang, mari duduk tepi abang ni” Haeyfa menepuk bantal di sebelah tempatnya.

‘Abang’ ‘Sayang’ OMG!!!

Athielda ikut saja,dia duduk di tepi Haeyfa.

“Tidur je la kat sini. Abang janji tak buat apa-apapun, abang nak tengok muka sayang je nanti bila abang bangun tidur.Boleh?”

“Nanti saya bangun awal dan kejutkan awak, dapatlah awak tengok muka saya bila awak bangun nanti..”

“Sekarang ni siapa suami?”

“Awak” cepat saja Athielda menunding jari pada Haeyfa.Haeyfa tersenyum bangga, tanda dia menang mendiamkan mulut Athielda.

“Siapa kena ikut cakap suami?” tanya Haeyfa lagi.

Athielda menunding jari pada dirinya pula.

“Kalau macam tu abang nak sayang tidur tepi abang”

“Tapi…”

“Tak de tapi-tapi, cepatlah padamkan lampu”

“Tak payah padamkan lampu boleh tak?” Athielda cepat saja menahan Haeyfa yang ingin madamkan lampu tidur di bilik itu.

“Sayang tak percayakan abang?” suara Haeyfa rendah menyapa isterinya.Athielda terus terdiam, dia akhirnya menggeleng perlahan.Dia kenal Haeyfa, Haeyfa seorang yang menepati janjinya.Dia percayakan Haeyfa.

“Kalau macam tu, tidur la.Abang dah penat ni, nak tidur” Haeyfa menarik selimut menutup separuh badannya.Dia memejamkan mata.

Atheilda ikut sama tidur,tidak sampai beberapa minit dia sudah berdengkur.Haeyfa sedar yang isterinya sudah lena,dia terus membuka mata.Wajah Atheilda diperhatikan, dari mata,hidung dan mulut disentuh dengan jari manisnya.

“At milik abang, milik abang untuk selama-lamanya…” Haeyfa perlahan-lahan menekapkan bibirnya ke atas dahi Atheilda.Menandakan bukti kasih dan sayangnya pada gadis itu.

………

Kira-kira hari,sudah sebulan Atheilda dan Haeyfa melangsungkan perkahwinan. Mereka berdua nampak seperti pasangan bahagia yang lain.

“Abang, At nak bertudung” tiba-tiba Atheila mengemukakann usul.Ketika dia keluar berjalan-jalan tadi,dia ternampak ramai orang perempuan memakai tudung unutk menutup aurat mereka.Kebanyakkannya adalah perempuan Melayu.Comel juga tengok orang pakain tudung,rasa macam nak ikut sama..

“Bagus la.Ringan sikit dosa abang kat akhirat nanti”

“Jom pergi shopping tudung” ajak Atheilda.

“Boleh je.Abang sokong At nak pakai tudung”

“Baguslah, jom pergi Jusco!” Atheilda begitu bersemangat, dia bersama-sama dengan suaminya memborong semua jenis tudung di setiap cawangan tudung di Jusco itu.

“Ni yang abang menyesal ni!! At boleh je bertudung tapi kenapa At paksa abang buat semua ini??” suara teriakkan Haeyfa makin kuat.

Atheilda tidak mempedulikan Haeyfa, dia masih memilih tudung yang sesuai padanya.Nak bagi matching sama dengan baju la, nak yang corak cantik, yang warna berbeza la.Macam-macam kehendak orang perempuan ni..

“Yang ini cantik la tapi entah sesuai ke pakai dengan baju ni?” Athielda memandang pada Haeyfa.

“Tidak sekali lagi!!” rayu Haeyfa.Atheilda pula sudah menanggalkan tudung itu dari penyangkut,dia memakaikan tudung itu pada Haeyfa.

“Mmmm… Cantik la tudung ni, cantik sangat.Tapi colour dia terang sangat” Atheilda memberi komen.Haeyfa sudah merah mukanya apabila dipandang oleh setiap manusia yang melalui kedai itu.Sanggup Atheilda memperlakukan dia seperti itu.Memang jatuh maruahnya sebagai seorang lelaki tulen.

“Tak payah nak drama lebih pula abang.Pakai tudung je pun,bukannya At suruh abang pergi pakai bra kat kedai sebelah tu”

“At, itu lagi kejam.Lepas ni abang tak mahu ikut At shopping lagi.Menakutkanlah”

Atheilda ketawa,dia memeluk lengan suaminya.

“Abang ni sweet la.At sayang abang.Mana boleh jumpa suami yang sanggup jadi model tudung untuk isteri dia.Abang sorang je tau.I love you abang”

“Tahupun, jadi hargai abang sebaik-baiknya.And I love you too” Haeyfa mencium tangan Atheilda.Kedua-dua saling membalas senyuman..

…….

Pada pagi yang tidak terjangka apa yang akan berlaku bakal mengubah kehidupan seorang gadis yang plain dan simple..

Athielda muntah lebih daripada sepuluh kali pada pagi itu.Kepalanya pula berasa sakit dan berdenyut-denyut.Athielda akhirnya pengsan..

“At, At!!” Haeyfa mendukung Atheilda ke dalam kereta.Isterinya itu dibawa ke hospital.

Haeyfa menunggu di luar dengan perasaan yang amat takut dan gentar.Dia takut jika apa-apa berlaku pada Atheilda, dia tidak mungkin akan dapat memaaafkan dirinya sendiri.

Ketika itu seorang doktor perempuan keluar dari bilik pemeriksaan dengan muka yang ceria.

“Doktor, macammana dengan isteri saya doc?”

“Encik ni suami Puan Atheilda”

“Bukan doc, saya ni abang ipar dia.Mesti la saya ni suami dia.Macammana dengan isteri saya doc?” Haeyfa sudah bengang.Sudah disebut tadi ‘macammana dengan ISTERI saya?’ tapi boleh pula doktor tu ulang tanya soalan yang sama.

“Isteri encik sihat saja, dia sebenarnya letih.Usia kandungannya sudah mencecah dua bulan”

Haeyfa tersentap.

“Encik tolong jaga isteri encik janin dalam kandungan isteri encik tu masih belum selamat lagi” beritahu Doktor Ramesh.Dia kemudiannya meninggalkan Haeyfa yang begitu terkejut.

Haeyfa bersandar pada dinding, tiada sebarang kata keluar dari mulutnya.Apa yang lebih menakutkan lagi,dia hanya berdiam diri walaupun disoal oleh Hanis.

“Encik Haeyfa, awak boleh masuk melawat isteri” seorang jururawat memaklumkan pada Haeyfa.Haeyfa bangun, dia melangkah masuk ke dalam wad dimana Atheilda ditempatkan.

Hanis sudah terlebih dahulu menyapa Atheilda yang sedang duduk di atas katil.Wajah Atheilda tampak gusar,dia menggenggam tangannya dengan erat.Wajah Haeyfa juga tidak berani dipandang.

“At,kenapa dengan kau ni? Kau sakit apa sebenarnya?”

“Hanis… Sebenarnya aku…” Atheilda tergagap-gagap.

“Dia sakit orang mengandung” beritahu Haeyfa pada adiknya.Dia merenung muka Atheilda dengan renungan yang tajam.

“Athielda, awak mengandung?” Hanis terkejut.

“Dah masuk dua bulan” beritahu Haeyfa lagi.Hanis terkilan, setahunya perkahwinan Athielda dan abangnya baru masuk sebulan.Adakah ini membawa masuk Atheilda sudah terlanjur dengan orang lain sebelum abangnya pulang dari UK.

Atheilda sendiri berada terkejut dengan berita yang disampaikan oleh doktor padanya sebentar tadi.Mendengar berita itu, luruh berkecai harapan dan hati Athielda.

“At kau dah terlanjur ke?” Hanis terkejut, dia beristifar dalam hati.

“Sanggup kau buat aku macam ni” suara Haeyfa tidak dapat keluar dengan jelas disebabkan kemarahannya yang meluap-luap. Dia menahan perasaan marah itu.

“Bukan salah At. At kena tipu dengan Benz.. Benz rogol At”

“Kenapa kau langsung tak beritahu pada aku?”

“At minta maaf.Memang At yang salah dalam hal itu”

“Kau saja nak pergunakan aku untuk jadi bapak kepada budak ni! Kau jadikan aku pak sanggup kau!!” jerit Haeyfa tiba-tiba.

“Maafkan At” Athielda menangis.Dia kesal bertambah kesal selepas mendengar kata-kata Haeyfa.Kalau dia tahu dia mengandung,dari awal lagi dia sudah menolak lamaran Haeyfa.

“Aku silap, selama ini aku ingat kau cintakan aku. Rupa-rupanya ada sebab kenapa kau terima lamaran aku..”

“Bukan abang, At cintakan abang” Atheilda menyentuh tangan Haeyfa namun dengan cepat Haeyfa menepis tangan itu.

“Diam!!” Haeyfa melemparkan pasu bunga ke atas lantai.Hanis yang masih terkejut hanya menjerit perlahan,dia menutup telinganya dengan kedua-dua tangannya.

Haeyfa tidak dapat mengawal kemarahannya lagi,dia terus keluar dari wad itu.Sampai di luar bilik, dia menjerit sekuat hatinya hinggakan dia telah menakutkan beberapa ornag pesakit di situ…

Haeyfa berlari sekuat hati meninggalkna kawasan hospital, dia tidak berhenti hinggalah kakinya sudah terasa penat.Di sebuah jalan yang sibuk, Haeyfa melutut tempat pejalan kaki.

“Tak mungkin.. At curang pada aku, dia tak mungkin curang pada aku…” Haeyfa menangis, dia akhirnya duduk bersandar pada kerusi di tepi tempat pejalan kaki.Untuk beberapa jam dia menangis bagaikan orang gila di situ.

…..

Sembilan bulan berlalu…..

“Anak kau comel sangat Haeyfa” komen salah seorang sahabat.

“Thanks” jawab Haeyfa dengan suara yang rendah.Dia masih berdiri di hadapan bilik bayi yang direka khas oleh Datin Helena dan Datin Atilia untuk cucu pertama mereka itu.Bayi perempuan dilahirkan tepat pada jam enam pagi itu dinamakan Dania Athielia binti Haeyfa Mukhriz.Sejurus dilahirkan,Haeyfa terus mengiqamatkan bayi perempuan itu.

“Abang..” Athielda memandang pada Haeyfa yang sedang berdiri di hadapan biliknya.Hanis yang berada di dalam bilik itu juga berasa takut dengan kehadiran Haeyfa.Sejak hari Athielda disahkan mengandung, Haeyfa sudah berubah sama sekali.Lelaki itu tidak sama lagi seperti dulu…

“Aku pasti akan ceraikan kau nanti.Kau tunggu je” Haeyfa menunding jari pada Athielda.Athielda terkedu, dia selalu dah dengan amaran seperti itu semasa dia mengandungkan Dania.

“Along, jangan cakap macam tu boleh tak?” marah Hanis.Dia memeluk Atheilda yang hanya berdiam diri.Atheilda memandang pada bayi perempuan yang dilahirkannya.

“Hanis, kau pergi balik la.Tak payah nak menyibuk kat sini!!” marah Haeyfa.Hanis pula yang terkejut,dia memandang Athielda.Bahu Atheilda diusap perlahan.Dia mengucapkan selamat tinggal pada Atheilda sebelum meninggalkan bilik itu.

“Along jahat, jahat sangat-sangat”

“Hanis jangan nak bagitau kat mama pasal benda ni.Along tak mahu mama masuk campur dalam hal ni”

“Along ingat Hanis gila ke? Mama pasti akan suruh along ceraikan At, ingat Hanis tak kenal ke along dan mama.Bukan je along dapat muka cantik mama tapi alongpun dapat perangai mama..”

“Kau ni mulut memang tak de insuran”

“Kenapa, nak koyak mulut Hanis ke?”

“Budak kecil,kau diam je la!!!”

“Bluek!!!” Hanis menjelir lidah sebelum melarikan diri.Haeyfa ingin mengejar Hanis namun tiba-tiba dia bertembung pula dengan Datin Helena.

“Mama” Haeyfa terkejut apabila dia bertembung Datin Helena yang berdiri di belakangnya.

“Kenapa terkejut sangat, macam baru nampak hantu”

“Tak de la”

“Mama dah nak balik ni”

“Okey..”

“Jaga isteri along baik-baik.Dia baru je lepas bersalin, badanpun masih lemah. Jangan along buat tak peduli pula pada isteri dan anak along tu.Sembilan bulan dia mengandungkan anak along, along kena hargai dia”

Haeyfa diam.Dia memandang pada Athielda yang sedang mendengar,Athielda dengan cepat menundukkan wajahnya.

“Dah la, mama balik dulu.Bye sayang” Datin Helena mencium pipi Haeyfa.Haeyfa masih kaku seperti tadi.Selepas ruang tamu itu kosong, Haeyfa masuk ke dalam biilk yang menempatkan Atheilda.

“Kau dah dengar tadi.Mama, papa,mummy dan semua orang yang datang.. Mereka ingat anak kau tu,anak aku..”

Dia duduk membelakangi Atheilda.

“Sekarang semua orang dah ingat baby tu anak aku.Kau dah puas hati? Perihal kau dah terlanjur dengan lelaki lain tu dah terkubur.Tak ada sesiapa yang akan ungkit balik hal tu”

“Abang, At minta maaf” Athielda mengucup tangan suaminya.Haeyfa tidak memandang pada Athielda, dia merenung ke sudut bilik.

“At betul-betul minta maaf bang” rayu Athielda.

Haeyfa menepis tangan Athielda .

“Bukan sebab kau isteri aku, aku sanggup terima anak tu.Kau dengar sini Amylia Athielda,maruah aku sudah lama tercalar bila aku terima kau sebagai isteri aku.Dari mula lagi kau tipu aku, sekarang aku akan ikut flow game kau ni.Aku akan buat kau jadi isteri yang paling menderita kerana terima aku sebagai suami kau.

Kau takkan dapat keluar dari game ni tanpa kemaafan dari aku” Haeyfa sudah bangun ke muka pintu.Sebelum pintu dihempas,dia sempat menambah sesuatu dalam kata-katanya sebentar tadi.

“Berita buruknya, tak ada kemaafan untuk kau” beritahu Haeyfa dengan suara yang cukup sinis.

Athielda lemah semangat, kata-kata Haeyfa membuatkan dia berasa gentar…

“Ya ALLAH, kau kuatkanlah semangatku untuk aku tempuhi perjalanan untuk menemui kemaafan dari suamiku..” Athielda hanya mampu berdoa.Hanya pada-Nya kita berserah, kerana dia mendengar segala-galanya walaupun tidak dilafazkan pada kata-kata…

…….

“Along!!” Hanis menjerit di tepi telinga Haeyfa.Dia baru je balik dari sekolah untuk mengambil keputusan SPM.Tup,tup nampak kereta Haeyfa di luar rumah.Dia ingin Haeyfa orang pertama yang diberitahu berita gembira itu.

“Hanis ni, jangan buat along macam tu boleh tak? Boleh kena heart attack along kalau macam ni setiap hari” Haeyfa mengusap telinganya yang bingit dengan jeritan adiknya itu.

“Along, hari ni Hanis pergi ambil keputusan SPM dengan At” Hanis memeluk lengan Haeyfa.

“Yakah? Hanis dapat berapa?” Haeyfa mengukirkan senyuman nipis buat adiknya.Dia yakin Hanis akan dapat keputusan yang membanggakan.Paling kurangpun 5A+.

“At lagi pandai dari Hanis la.Hanis dapat 8A+.. Yang lain semua B+ dan A je.At pula dapat Straight’s A+ tau.Terror betul dia”

“Mmmm…” hanya itu yang keluar dari mulut Haeyfa.

“Isteri abang tu pandai tau.Baik along tu dah la cantik,pandai pula tu.Baik along jaga dia baik-baik,nanti dia kalau dia pergi dari along.Tak ke rugi?”

“Along bencikan dia. Biarlah dia pergi jauh dari along,along tak kisah”

“Along dengar cakap Hanis baik-baik.Hanis nak along fikir balik pasal keputusan along nak ceraikan At” Hanis mengusap bahu abangnya dengan lembut.

“At cuma akan kehilangan orang yang bencikan dia tapi along pula akan hilang orang yang betul-betul mencintai along” sambungnya lagi.Ceramah hal rumahtangga pada malam itu tidak putus-putus.

“Along sebenarnya sayangkan lagi pada At…” jujur Haeyfa meluahkan apa yang terpendam di hatinya.

“Along tak boleh ubah masa lepas seseorang. Apa yang along kena buat, maafkan saja kak At”

Haeyfa menyentuh pelipisnya, kepala yang kusut dengan 1001 masalah disandarkan pada pangkal sofa sementara kakinya pula disilangkan.

“Itulah masalahnya, along tak cukup kuat untuk maafkan dia” Haeyfa memejamkan kedua-dua matanya rapat.

Hanis terus memandang pada abangnya. Dia tahu apa perasaan abangnya ketika itu.Manakan tidak,selama tiga tahun abangnya bertungkus lumus untuk segera pulang ke Malaysia semata-mata untuk memperisterikan Athielda.

Selama tiga tahun, abangnya setia pada Athielda.Selama tiga tahun.. Tapi Athielda pula selama tiga tahun itu telah curang pada Haeyfa.Siapa pula yang tidak akan berasa marah dalam situasi itu? Dijadikan pula sebagai pak sanggup…

Along,sabar je la..Along kena banyakkan bersabar.Besar pahala dan hikmah orang yang bersama… Moga ALLAH berikan cahaya dalam rumah tangga along.. Amin..

…….

Haeyfa termenung di hadapan laptop.Nampak macam dia tengah buat kerja bertimbun-timbun tapi sebenarnya sejak dari tadi dia hanya mengelamun.Apabila dia nampak Athielda lalu depannya,mulalah dia tunjuk macam sibuk sangat untuk mengelak daripada bercakap dengan Atheilda.

Atheilda curi-curi melihat pada Haeyfa.Sebenarnya dia ada pertanyaan pada Atheilda. Hari ini dia pergi mengambil keputusan SPM.Keputusannya agak baik, dia dapat 10 A+. Jadi,dia ingin bertanyakan pada suaminya sekiranya dia boleh menyambung pembelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

“Abang..” Athielda duduk di atas katil suaminya.Haeyfa masih tidak mempedulikan Athielda,dia berpura-pura sibuk.Menyibukkan diri pandai, time tak de kerja nak buat-buat rajin.Bila ada banyak kerja, lari diri.. Apa jenis manusia la kau ni Haeyfa?

“Kalau nanti At minta nak sambung belajar boleh?” tanya Athielda dengan perlahan,bimbang jika Haeyfa mengamuk.

Wajah Haeyfa sudah berubah, diam memandang muka Athielda sepantas kita. Perasaannya membuak-buak dengan kemarahan, entah mengapa dia perlu marah. Sekurang-kurang bila Athielda dah pergi nanti, tak payah la dia tengok muka orang yang dibencinya itu lagi.

“Dulu aku tinggalkan kau, sekarang kau nak balas balik apa yang aku dah buat pada kau.. Kau kahwin dengan aku, sebab kau nak balas balik perbuatan aku pada kau ke?” tanya Haeyfa dengan suara yang garang.Athielda menikus,dia tidak berani untuk menjawab.

“Aku ni macam orang bodoh je suka kat kau.Tiga tahun aku tunggu kau habis belajar.Tiga tahun aku pulun belajar tentang perniagaan kat UK sampai habis sebab aku nak cepat-cepat ambil alih syarikat papa aku dan kemudian kahwini kau..” Haeyfa meraup rambutnya ke belakang.

“Kau dah terlanjur dengan orang lain,aku terima kau.Anak kau pun,aku terima juga berbintikan nama aku.Sekarang kau nak aku buat apa lagi,kau nak aku berkorban untuk kau?” suara Haeyfa sudah perlahan.Dia bersandar pada pangkal katil, air matanya mengalir tanpa dipinta.

Athielda yang mendengar luahan hati suaminya sudah menangis tidak terkawal. Suaminya yang bersandar lesu pada pangkal katil dipandang, dia mengesot menghampiri Haeyfa.

Air mata Haeyfa yang menitis di pipi dikesat. Haeyfa langsung tidak berkutik, dia tunduk dan diam.

“At minta maaf bang..” Athielda menarik Haeyfa ke dalam pelukannya.Haeyfa memejamkan matanya rapat, hatinya kosong di kala ini.Apa yang dia perlukan hanya satu malam dia bersama dengan Athielda tanpa rasa benci dan dendam..

…….

Haeyfa terjaga dari tidur. Dia memandang ke sebelah, Athielda tiada disisinya.Haeyfa bangkit,dia termenung.Lamunannya lama sekali,entah apa yang difikirkannya.

“Abang…”

Haeyfa angkat mukanya. Wajah Athielda yang tampil sungguh cantik dan menawan membuatkan Haeyfa terpesona namun segera dia tepis senyuman yang mula hendak muncul di atas bibirnya yang merah itu.

“Dah nak pukul tujuh dah ni.Abah pergilah mandi dulu, lepas tu solat. At dah sediakan baju kerja abang, sarapanpun At dah buatkan”

Haeyfa bangun, dia menjeling pada Athielda.

“Ada aku suruh kau buat?” marahnya.Dia mengambil tuala di atas penyidai dan terus masuk ke dalam bilik air.

Athielda hanya mampu mengukirkan senyuman tawar di atas bibirnya.Dia turun untuk mencuci pakaian,mengemas rumah dan semuanya dia perlu lakukan unutk memuaskan hati Haeyfa Mukhriz.

Haeyfa memakai kemeja biru dan seluar slack yang telah digosok oleh Athielda.Selepas dia bersiap,dia turun untuk bersarapan namun suara teriakkan Dania membuatkan seleranya putus.

“At!! AT!!! Woih At!!!” jerit Haeyfa.

Atheilda yang sedang menyusun fail-fail kerja suaminya di bilik bacaan terkonco-konco berlari ke ruang tamu.

“Ada apa abang panggil At?” tanya dia sebaik berdiri di depan suami.

“Tu anak kau dah melalak tu.Tak reti-reti nak jaga ke?” marah Haeyfa.Dia mencapai briefcase di atas meja dengan kasar.Kebenciannya pada Athielda dan anak yang dilahirkan oleh Athielda, Dania Athielia semakin membara.

Athielda memangku Dania ke dalam pelukannya, dia menuju ke depan pintu rumah untuk menghantar Haeyfa ke luar rumah.

“Tak payah nak hantar aku. Aku tak mahu tengok kau dengan anak haram kau tu” Haeyfa sudah di depan pintu ketika dia menyapa Athielda yang sudah berjalan menuruni tangga.

Athielda terusik dengan kata-kata Haeyfa namun dia berjalan juga mendekati Haeyfa yang sedang duduk di atas kerusi di bawah port untuk mengikat tali kasutnya.

Bayiku ini tidak bersalah, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.. Kenapa perlu dipanggil anak haram? Semuanya salah aku….

“Sedangkan nabi maafkan umat, kenapa tidak abang maafkan At?” tanya Athielda dengan perlahan.Dania yang masih tidur di dalam dukungannya dipandang.

“Aku bukan nabi” Haeyfa berdiri selepas dia selesai mengikat tali kasutnya.Sekilas dia memandang pada Athielda, kemudian barulah dia masuk ke dalam kereta BMW miliknya.

Athielda memandang sayu pada anaknya,dikucup lembut dahi Dania.

“Maafkan mama sayang” pujuknya.

…….

Haeyfa Mukhriz dan Amylia Atheilda..

Benz memandang pada kad perkahwinan Haeyfa dan Atheilda.Dia melemparkan kad itu ke atas lantai.

“Kenapa dia tak bercerai-cerai? Kenapa dia orang hidup bahagia?” teriak Benz.Dia mencangkung di atas lantai di dalam biliknya yang gelap itu.Seluruh hidup bagaikan ditelan kegelapan sejak dia disahkan mengidap barah otak.

“At, aku cintakan kau.Please, kembali pada aku” Benz bercakap seorang diri,dia memanggil nama Atheilda.Gadis yang masih lagi bertahta di hatinya.

Setiap hari juga bayangan seorang anak kecil menghantuinya, penyakitnya gilanya makin menjadi-jadi.

“Benz..” Shasha berlari masuk ke dalam bilik Benz.Dia melihat Benz yang sedang menghentak kepalanya pada dinding, dengan cepat Shasha menghalang Benz.

“Kau buat apa ni Benz?” teriak Shasha.Darah berlumuran di kepala Benz hinggakan dinding dan lantai juga tercalit darah merah.Benz sudah melutut di atas lantai,dia menangis dengan begitu kuat.

“Sha, aku rasa sakit sangat Sha..” Benz mengadu pada Shasha seperti budak-budak kecil.Shasha teris memeluk Benz, kepala Benz yang berdarah diusapnya.

“Aku tahu kau sakit tapi jangan kau hentak kepala kau kat dinding tu, kan lagi sakit” Shasha sudah sebak.

Aku rasa sakit sangat, rasa macam lebih baik mati” bisik Benz ketika dia berada dalam pelukan Shasha.

“Benz” Shasha tunduk,tidak mampu menahan air mata.

Benz disuntik dengan ubat sebelum dia tertidur.Sepanjang malam Shasha menemani Benz hinggalah pagi menjelma..

“Sha..” Benz mengejutkan Shasha.

“Ada apa? Kau ni,kacau la aku nak tidur”

“Kau tak nak solat Subuh ke?”

“Aku bendera merah”

“Aku nak sangat solat Subuh. Kau tolong la ajarkan aku, tolong aku ya..” pinta Benz.Shasha memang pada Benz yang begitu mengharap.Dia kemudiannya mengangguk.Benz berdiri untuk mengambil wuduk,kepalanya terasa pening sekali. Sudah la semalam dia hantukkan kepala pada dinding.

Dia mengambil wuduk dengan pertolongan Shasha untuk berdiri,kemudian dia dibaringkan ke atas katil.Terpaksa dia solat dalam keadaan berbaring.Selepas menjalani kemotrapi semalam,tubuh langsung tidak bermaya.

“Sha, aku nak solat ni.Kau duduk tepi aku ya”

“Ok” sahut Shasha.Dia duduk di sudut bilik dan tidak lama kemudian dia terlena.Nyenyak sungguh.Kepalanya tertungging ke kanak dan ke kiri, dia terjaga juga bila dia tidak sengaja menghantukkan kepalanya pada dinding.

“Cerahnya, dah pagi ke?” Shasha memandang pada jam dinding.Dah masuk pukul 10 pagi dah ni..

“Benz, takkan sambung tidur lepas solat??” Shasha menghampiri Benz, Benz tidur begitu nyenyak seperti puteri beradu.Senang hati la tu lepas solat. First time aku tengok Benz macam orang..

“Weh Benz, kau tak makan ubat lagi ni! Bangun la, payah benar kau bangun!!” Shasha menyentuh tangan Benz.Sejuk benar..

“Benz” Shasha menggoncang bahu Benz namun tiada respon.Shasha menelefon ambulans, dadanya berombak.Dia benar-benar takut ketika itu, nadi Benz juga sudah tidak terasa lagi.

Sementara menunggu ambulans tiba, Shasha duduk menemani Benz.Secara tidak sengaja dia ternampak ukiran sebaris nama di atas telapak tangan Benz.Ianya adalah calitan darah..

“Darah..” Shasha ternampak calitan darah yang mengalir dari mulut Benz.

“Ya ALLAH,Benz!!!!” Shasha menjerit, esakkannya kedengaran di seluruh pelusuk rumah banglo itu..

Nama yang terukir diatas tangan Benz jelas menunjukkan dua perkataan… LOVE AT…

…..

Haeyfa bersiap awal pagi seperti biasa untuk ke tempat kerjanya.Athielda juga seperti biasa menyediakan baju kemeja serta sarapan untuk suaminya.

“Abang, At nak minta kebenaran nak keluar boleh tak?” pinta Athielda.

“Kau nak pergi mana? Kau ni menyusahkan aku betul la!!” Haeyfa sudah bengang.Dia mencapai briefcase di atas meja dan berjalan ke muka pintu.

“At nak beli susu Dania” Athielda mengejar Haeyfa.

“Itu satu lagi anak haram buat aku susah.Kau orang dua tahu nak habiskan duit aku je!!”

Athielda menikus ketika kepalanya ditunjal-tunjal oleh Haeyfa.Haeyfa merengus marah,dia mengambil duit di dalam dompetnya sebelum dilemparkan ke atas lantai.

“Pergilah tapi sebulan kau jangan minta apa-apa dari aku” Haeyfa memberi amaran.

Athielda diam,dia berusaha menghadamkan setiap kata-kata dan perbuatan Haeyfa padanya.Kereta Haeyfa meninggalkan perkarangan rumah.

Athielda mengutip helaian not RM50 itu di atas lantai.

“Assalammualaikum” suara seorang gadis menyapa Athielda dengan lembut.Athielda mengangkat mukanya, wajahnya yang suram itu terus bertukar menjadi ceria.Gembiranya dia apabila melihat Shasha di rumahnya.

“Sha, kau buat apa kat sini?” Athielda terus memeluk Shasha.

“Aku rindu nak jumpa kau sebab itulah aku datang cari kau.Dengar cerita kau dah kahwin sekarang”

“Mmm.. Yalah,aku dah kahwin” jawab Athielda perlahan.

“Bila kau brake dengan Benz?”

“Dah lama.Benz tiba-tiba menghilang”

“Kau nak tak jumpa dia?”

“Benz?”

“Dia la”

“Entah la,aku takut nak jumpa dia”

“Jomlah jumpa dia.Dia takkan buat apa-apa pada kau.Dia betul-betul perlukan kau sekarang ni”

“Ok” Athielda akhirnya mahu juga.Dia ingin juga membawa Dania menemui dengan ayah kandungnya.Lelaki itu sudah lama menghilang, ini saat dia perlu berkonfontasi dengan Benz.

Shasha memandu kereta Viva menuju ke sebuah tempat.Athielda hairan apabila mereka berada di tanah perkuburan.Shasha hanya diam,dia terus membawa diri ke sebuah kubur.Mereka duduk bersila di hadapan kubur itu.

“Ni kubur sapa ni Sha? Kau cakap kau nak bawa aku jumpa Benz?”

Shasha memeluk Atheilda.

“At, Benz dah tak de” beritahu Shasha.Atheilda tersentap, dia menatap muka sahabatnya dengan wajah yang amat terkejut.

“Benz mengidap barah otak. Dia dah lama dah sakit” beritahu Shasha.Atheilda masih lagi sama,tiada sebarang bunyi dari mulutnya.

“Benz Aiman, kau nampak dia dari luar memang macam budak normal tapi kau tak kenal dia At..” Shasha menyiram air bunga ke atas kubur kekasih hatinya.Sejak kecil lagi dia berkawan dengan Benz, bahkan dia meminati Benz dalam diam-diam.

“Ayah Benz pemilik sebuah syarikat perkapalan.Seorang hartawan yang kaya raya, sebab itu kedudukan keluarga mereka memang macam telur atas tanduk.Mak dia meninggal masa dia tiga tahun,abang dia menyusul kemudian disebabkan kebakaran yang berlaku di rumah mereka.Benz Cuma ada ayah dia je, dia sayangkan ayah dia.Tapi apa yang berlaku kemudian mengubah segala-galanya.Masa Benz berumur 10 tahun, dia nampak ayah dia kena langgar depan mata dia.Sejak hari itu dia jadi pendiam. Dia betul-betul berubah, dia tak banyak senyum dan gelak seperti dulu lagi hinggakan akupun dah give up nak buat dia gelak.

Keadaan dia berubah bila dia jumpa kau. Aku sangkakan dia betul-betul suka pada kau tapi sebenarnya dia dendam dengan papa kau.Dia nampak papa kau yang pandu kereta yang langgar ayah dia”

Athielda tersentap, rupa-rupanya mangsa kemalangan jalan raya itu adalah ayah Benz. Pada hari kemalangan itu, Datuk Arthir telah melanggar seorang lelaki di hadapan sekolah rendah.Kemalangan itu berpunca daripada brake yang longgar.Seseorang telah melonggarkan break kereta Datuk Arthir dalam percubaan untuk membunuh lelaki itu. Syukur kepada Tuhan kerana Datuk Arthir masih selamat namun seorang orang awam telah maut.

“At dia cuma mahu mengisi kekosongan dalam hati dia tapi hingga ke akhirnya dia tetap sendirian..” Shasha sudah mula sebak.

Athielda yang sedang mendukung Dania hanya mampu menangis,dia mencium pipi Dania.

Benz, aku sayangkan Dania. Walaupun apa yang kau buat pada aku memang sukar untuk aku lupakan tapi pemberian Tuhan ini terlalu bermakna untuk aku.Kehadiran Dania bagaikan cahaya yang mendatang dalam hidup aku, aku tidak pernah rasa menyesal dengan melahirkan zuriat ini..

Walaupun kau telah perkosa aku, kau sudah jatuhkan maruah aku, kau sudah rampas kebahagiaan aku tapi aku maafkan kau… Demi untuk anak yang mahukan ayahnya pergi dengan tenang,aku akan titipkan doa untuk setiap masa.. Jangan bimbang, jangan gusar kerana Dania akan tetap kenang kau dalam ingatannya….

…….

Athielda menuang kopi ke dalam cawan Haeyfa yang sedang menyelak majalah di sofa. Athielda duduk di kerusi di hadapan Haeyfa.Haeyfa hairan,pandangannya sudah jauh dari majalah.Dia memandang pada Athielda.

“Kau nak apa?” kasar sungguh bahasa yang digunakan.

“Pasal hari tu At minta nak sambung belajar” perlahan suara Athielda bersuara.Dia sebenarnya sudah mendapat kebenaran dari Haeyfa cuma apabila nak bercakap pasal tu mulalah Haeyfa naik angin.

“Kau dah dapat ke universiti mana kau nak pergi tu? Pandai ke kau?” Haeyfa ketawa sinis, matanya kembali pada helaian majalah di tangannya.

“At dah dapat bang.Tarikh nak pergipun At dah pasti”

“Jauh ke?” tanya Haeyfa.Athielda memandang pada suaminya dengan pandangan yang mencurigakan. ‘Masih peduli lagi ke dia pada aku?’

“Maksud aku lagi jauh lagi baik” sambung Haeyfa apabila sedar Athielda lama berdiam diri.

“At akan pergi jauh dari abang” jawab Athielda.

“Baguslah kalau macam tu, kau nak pergi mana? Bila kau nak pergi?” nada ceria dari suara Haeyfa membuatkan Athielda terasa hati.

“At nak pergi UK. At nak besarkan Dania disana.Rasanya lusa tarikhnya..”

“Kau nak aku ceraikan kau ke?” tiba-tiba keluar pertanya itu dari Haeyfa.

Athielda terdiam,terkunci mulut dan pergerakkannya.Hanya senyuman tawar perencah perit bersinar di atas bibirnya.

“At tak mahu abang tanggung dosa lagi.Selama ini abang tak bagi At nafkah zahir dan batin, abang tak jalankan tanggungjawab abang sebagai suami.. At tak mahu abang tanggung dosa-dosa itu lagi hanya disebabkan kebencian abang pada At” fikir Athielda. Mungkin penceraian adalah yang terbaik bagi mereka berdua.

“Jadi sekarang kau nak cakap aku la punca penceraian kita?” suara Haeyfa meninggi.

“Bukan abang, At tak maksudkan begitu..” Athielda sudah tidak mampu bercakap lagi, air matanya menitik di pipi.Perasaan sayu dan sedih bertandang dengan mudahnya mengusik hatinya walaupun setiap hati dia sudah terbiasa dengan penghinaan dan jeritan Haeyfa padanya namun apabila suaminya memutar belit kata-katanya, dia sedar yang Haeyfa tidak pernah berniat untuk memaafkannya.Kenyataan itulah yang membuatkan Athielda berasa sedih.

“Maafkan At bang” Athielda meninggalkan ruang tamu,dia masuk ke dalam bilik anaknya ditempatkan.

Haeyfa melepas geramnya pada telefon.Habis berkecai model Samsung Galaxy Tab 2 di atas lantai.Haeyfa meraup wajahnya berulang-ulang kali.

“Ya ALLAH, kenapa aku tidak habis-habis menyakiti hatinya? Aku lelaki yang dayus, dayus untuk mencintai seorang gadis yang sangat aku sayangi” Haeyfa marah pada dirinya sendiri.

Dia berbaring di atas sofa, lama dia termenung memandang pada syiling.Akhirnya dia terlelap…

…….

“Aku ada di mana?” Haeyfa memandang sekeliling.Tentulah dia berada di rumah tapi kenapa dia tidur di bilik Dania pula.Suara teriakkan Dania sungguh nyaring dan menyakitkan hati, Haeyfa bangun dari atas katil.Dia melihat ke dalam rangka katil bayi. Dania Athielia menangis dengan kuat dan semakin kuat.

“Ish, mana la pula At ni? Anak dia ni menangis, boleh pula dibiarkan!!” rengus Haeyfa.Nak tak nak,dia terpaksa mendukung Dania untuk mendiamkan budak itu.

Ajaib sungguh kerana apabila Dania berada di dalam pelukan Haeyfa dia terus diam.

“Diam pula kau.Kalau kau bising, aku lempar kau ke luar tingkap” acah Haeyfa.Dia mengusap pipi Dania, ini kali pertama dia mendukung Dania.

Lama dia mendodoikan Dania hinggalah Dania tidur dalam pangkuannya.Dia memandang ke luar tingkap, dilihat Athielda sedang menyidai baju.Dia hanya tersenyum,dipandang isterinya yang begitu comel sekali memakai tudung Fareeda.

Athielda pergi ke luar untuk mengambil surat dalam peti surat.Haeyfa hanya memandang dengan senyuman yang masih tidak lekang.Ketika itu, itba-tiba saja Athielda mencampakkan surat ke atas lantai dan berlari ke arah jalan.

“At…” suara Haeyfa perlahan,dia memanggil isterinya namun sudah terlambat apabila sebuah lori dengan lajunya melanggar Haeyfa.

“Athielda!!!” jerit Haeyfa.Dia berlari ke luar rumah.

Haeyfa masih mendukung Dania, dari jauh dia sudah nampak sekujur tubuh isterinya yang berlumuran darah terdampar di tengah jalan dengan begitu jelas.Haeyfa tergamam.

“Sayang..” Haeyfa duduk di hadapan Athielda.Redup perasaannya hanya Tuhan yang tahu.Kepala Athielda dipangku.

“Jangan tinggalkan abang” rayu Haeyfa.Dia berteriak lagi mengulang ayat yang sama…

“Tolong sayang, jangan tinggalkan abang!!!!”

…….

“At!!!” Haeyfa terjaga dari tidur.Dadanya berombak dengan kuat,peluh berciciran di dahi dan lehernya,air matanya pula berjurai dari tubir matanya.Tangan terasa hangat ketika memegang kepala isterinya yang berlumuran dengan darah.

“Apa aku mimpi tadi?” Haeyfa yang masih termengah-mengah.Dia bangun,pintu bilik Athielda dipandang.

“Athielda” Haeyfa berlari naik ke tingkat dulu hingga ke bilik isterinya.Di hadapan pintu bilik Athielda, dia hanya mampu berdiri seperti patung cendana.Dadanya masih berombak namun dia seolah-olah terhalang daripada masuk ke dalam bilik itu.Disentuh tombol pintu bilik isterinya itu namun untuk membuka pintu itu, pergerakkan langsung tidak berkutik.

“Ya ALLAH, aku tidak mahu kehilangan At. Aku sayangkan At” Haeyfa menangis sebaik sahaja gambaran kematian Athielda kembali mengisi mindanya.Dia tidak boleh lupakan mimpinya itu kerana dia terlalu takut dengan mimpi itu.Jantungnya masih berdegup kencang menandakan bertapa dia gemuruh dan takut.

“Abang” Athielda terpegun melihat Haeyfa yang berdiri di depan pintu biliknya. Haeyfa pula terkejut mendengar suara Athielda.Dia berpusing ke belakang dan melihat isterinya sedang berdiri di belakangnya sambil memegang botol susu.

Athielda semakin hilang kawalan apabila melihat Haeyfa menangis, muka merah dan tidak terurus.Dia menekapkan tangannya pada dahi Haeyfa.

“Abang demam ni” Athielda risau.Haeyfa ditarik ke dalam bilik Athielda.Haeyfa tidak melawan,dia hanya mengambil kesempatan itu untuk menenangkan hatinya dengan bersama dengan isterinya itu.

Athielda mengambil pembaca suhu untuk memeriksa suhu badan Haeyfa.Memang betulpun, suhu Haeyfa lebih 38 darjah calsius.

“Abang tidur dulu, At pergi ambilkan tuala basah untuk abang ya” Athielda bergegas keluar dari bilik.Haeyfa ingin menghalang Athielda keluar dari bilik itu.

Tolong jangan tinggalkan abang.. Dia ingin meluahkan kata-kata itu pada Athielda tapi tidak terkeluar ayat itu dari mulutnya.Dia hanya memandang Athielda pergi.

“Tuhan,kau jangan dia untukku..” doa Haeyfa dalam hati.

Athielda muncul semula dalam biliknya membawa tuala dan air untuk suaminya namun sebaik saja tiba di dalam bilik, Haeyfa sudah tiada lagi.

Athielda memandang pada pintu bilik Haeyfa yang tertutup.Dia mencuba untuk membuka pintu bilik itu tapi dikunci.Athielda kembali ke dalam biliknya, walaupun dia risau akan suaminya tapi dia hanya mampu berdoa…

…….

Haeyfa muntah lagi.

“Aduh, memang semalam makan tak ingat dunia.Hari ni memang seksa la kau, takkan la ada makana yang spoilt kat majlis tu” Haeyfa mengusap perutnya yang sudah kempis selepas berpuluh-puluh kali dia buat marathon dari ruang tamu ke bilik air.

Haeyfa menapak malas ke bilik Athielda.Dia melihat Athielda sedang sibuk mengemas baju untuk ke UK.Ya,betulla.. Esok adalah harinya..

“At..” panggil Haeyfa.Athielda terkejut tiba-tiba Haeyfa datang ke biliknya.Pelik juga,sebelum ni tak pernah-pernah suaminya itu sudi menjenguk dia di bilik itu.

“Pinjam telefon” pinta Haeyfa.

Athielda patuh,dia mengambil telefonnya di atas almari kemudian diserahkan pada suaminya.Haeyfa menelefon setiausahanya.

“Tini, saya tak masuk office hari ni.Rasa macam tak sihat, rasanya kena keracunan makanan kut.Tolong inform kat papa ya”

“Abang tak sihat?” laju Athielda bertanya.

“Kau peduli apa? Aku ulang masuk tandas berpuluh-puluh kali tapi kau baru nak tanya, ‘abang sihat?’. Kalau dah tak de harapan jadi isteri solehah, at least jadilah jadilah isteri mithali sikit”

“Abang, At buatkan bubur kalau abang tak sihat”

“Tak payah.Aku nak pergi rumah mama.Tengok la dulu kalau aku ada rasa nak balik rumah ni lagi” Haeyfa meninggalkan bilik isterinya itu.

Athielda muncung sedepa.

“Orang nak tolong tapi dia marah pula” dengus Athielda.Dia memandang ke pintu,sekali lagi dia mendengar bunyi tapak kaki manusia berlari.Selama ini bukannya dia tidak mendengar Haeyfa berlari ke tandas,dia dengar cuma dia takut nak menegur.

Apalah penyakit suami aku tu?.. Athielda menjenguk di pintu,ketika itu Haeyfa keluar dari bilik bersama dengan kunci kereta.

“Aduh,sakitnya…” rintih Haeyfa.Susah betul nak jalan turun tanggapun.Macam orang baru lepas bersalin,Athielda terus mengendap hinggalah suaminya sudah keluar dari rumah.

“Aku masak buburlah untuk dia, nanti bila dia balik dia boleh makan sikit..” Athielda dengan semangatnya pergi ke dapur dan membuat bubur.Bukan itu saja,dia juga memasak sup untuk Haeyfa.Lama menunggu,daripada tengah hari ke petang,petang ke malam.. Haeyfa masih belum pulang…

“Mungkin dia tidur rumah mama kut..” bisik Athielda,dia memandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur dulu.

Di rumah banglo Datin Helena, suasana di rumah it kecoh apabila Haeyfa tidak berhenti-henti berulang ke tandas.Keracunan makanan katanya, Datin Helena betul-betul risau.

“Ada yang tak kena dengan Haeyfa ni” Datin Helena menepuk belakang Haeyfa dengan lembut sementara Haeyfa memuntahkan semua kandungan dalam perutnya ke dalam sinki.

“Aduh, sakit ma..” Haeyfa tidak larat untuk berdiri.Tangannya ditarik oleh Hanis sementara Datin Helena memapah Haeyfa ke atas katil bujang Haeyfa yang dulu menjadi katilnya sebelum berkahwin dengan Athielda.

“Nak mama panggilan At ke?”

“Tak payah ma.Dia tengah berkemas nak pergi UK esok”

“Along,betul ke At nak pergi UK?”

“Yelah,dia nak sambung belajar”

“Suruh la dia belajar kat Malaysia.Hanis nak belajar sekali dengan At”

“Nak buat macammana dah dia nak pergi UK.Biarkan la” Datin Helena memujuk anak perempuannya itu.Hanis muncung sedepa.

Haeyfa yang sedang memejamkan mata langsung tidak berkutik sejak dari tadi.Dia juga memikirkan apa yang akan berlaku pada esok hari.Esok adalah hari terakhirnya bersama dengan isteri dan anaknya…

……

Haeyfa pulang awal pagi,Subuh lagi dia sudah ada di rumah.Ketika dia melalui bilik Athielda,dia melihat Athielda yang sedang tidur di atas katil memeluk Dania.Haeyfa terus berdiri di muka pintu.

Athielda masih menyarungkan kain telekung di kepala sementara sebelah lagi tangannya menggenggam surah Yasiin.

“Sayang” Haeyfa tersenyum tanpa sedar, dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu namun ada suara yang menghasut dirinya.

Dia bukan isteri kau, dia ada hubungan dengan lelaki lain.Dia pergunakan kau untuk tutup benda haram yang dia dah buat…

Haeyfa bersandar pada pintu, bisikan itu cuba ditepis namun dia kalah.Hatinya dihasut lagi hingga menjadi hitam.Akhirnya hanya esakkan Haeyfa yang mampu kedengaran. Haeyfa masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat Subuh..

Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi.Haeyfa yang tertidur di atas sejadah terus terjaga apabila mendengar teriakkan Dania.

Dia hanya memakai t-shirt polo bewarna putih dan seluar jeans paras lutut.Selepas bersiap,dia turun untuk bersarapan.Walaupun dia tidak pernah bersarapan di rumah, tapi hari ini perutnya berkeroncong lagi rock kapak.Sudah selepas muntah semalam,dia tak sempat menjamah apa-apapun.

Datin Helena sempat menelefon anaknya untuk bertanyakan khabat..

“Dah sembuh sikit ma. Tak berapa nak sakit dah” ujar Haeyfa.Dia memapah tubuhnya ke ruang tamu.Matanya pula meligas mencari kelibat Athielda.

“Abang” tiba-tiba Athielda muncul membuatkan Haeyfa terkejut, Iphone yang baru dibeli bagi menggantikan telefonnya yang lama dulu habis berkecai di atas lantai.

“Abang, At minta maaf”

“Minta maaf je kerja kau.Tolong la aku kutip balik telefon tu” marah Haeyfa.Athielda patuh,dia kutip satu persatu cebisan telefon itu.

Haeyfa mengambil kesempatan itu untuk mengamati setiap garis di leher dan muka Athielda.Gadis itu masih menawan seperti dulu…

“Nah abang” Athielda bangun.Haeyfa kembali dengan perangainya macam hilter.

“Kau nak apa panggil aku tadi?” tanya Haeyfa, ketika dia menyambut telefon itu tangannya bersentuhan dengan jari jemari Athielda.Sedikit sebanyak membuatkan jantungnya berdegup kencang.

“Abang, At dah nak pergi petang ni”

“Pergi UK ke?”

Athielda mengangguk perlahan.

“Kenapa tak pergi sekarang je?”

“Flight petang ni”

“Aku kena pergi jumpa client petang ni.Kalau kau pergi petang ni,kunci nak letak mana.Takkan la kau nak bawa pula, nanti kau balik Malaysia senang-senang hati je kau bawa masuk jantan lain dalam rumah aku ni”

“Abang nak suruh At pergi sekarang ke? At dah siap semua barang, At boleh keluar sekarang juga” Athielda naik ke biliknya.Ketika dia mengemas baju-bajunya dan barang-barang Dania,dia hanya mampu menangis.

“Dania, dah masanya kita pergi sayang” Athielda mendukung Dania yang sedang tidur di dalan play pen.Bagasi dibawa turun bersama dengan beg kecil Dania.

Ketika itu dia ternampak suaminya yang sedang berdiri di tepi pintu.

“Abang?” panggil Athielda.

Haeyfa tersedar dari lamunannya.Dia mengalih pandangannya pada Athielda.

“Aku hantar kau pergi KLIA” ujarnya.

Athielda hanya mampu tersenyum tawar.Haeyfa memanjat tangga dari tangga, bagasi dan beg kecil yang mengisi susu serta pakaian Dania diangkat semuanya oleh Haeyfa masuk ke dalam kereta.

Pertama kali suaminya tidak berkelakuan seperti orang asing dalam hidup, Haeyfa sudah menjadi dirinya yang sebenar.

“Ini mungkin kali yang terakhir kita sebagai suami isteri, At nak minta restu abang, ampun maaf atas semua salah At pada abang..”

“Chop, chop…” Haeyfa memandang pada Athielda.

“Kau ingat akan ceraikan kau begitu saja? Kau fikir bila aku bagi kau tinggalkan luar negara dengan anak kau tu,maksudnya aku akan lepaskan kau?” suara Haeyfa kedengaran sinis sekali.

Athielda terkilan, wajah suaminya dipandang.

“Aku nak kau menderita sampai mati.Aku nak perkahwinan ini tergantung sampai hujung nyawa”

Athielda beristifar bagi menghapus sebak yang mengundang di dadanya.Dia memandang pada suaminya yang sudah masuk ke dalam kereta.

“Tunggu apa lagi,cepatlah masuk!” tengking Haeyfa lagi.Athielda patuh,dia masuk ke dalam kereta.

“Bila kau dekat UK sana, kau jangan nak menggatal dengan lelaki lain pula.Sedar diri sikit,kau masih isteri orang”

“Ya bang” sahut Athielda lemah.Anaknya dibelai penuh kasih, sekiranya dulu dia ingin sekali memiliki seorang suami yang penyayang.Suami yang akan menjadi ayah kepada anak-anaknya.Tapi mengapa nasibnya berubah sama sekali.Hendak menghidu bau syurga juga belum tentu..

“Kau termenung apa? Dah sampai” Haeyfa menegur Athielda.Athielda memandang ke luar tingkat, memang betul mereka sudah sampai.Waktu juga berubah sama sekali,terasa sekejap dan hambar.

Athielda ingin mencium tangan suaminya untuk kali terakhir namun tangan yang dihulur langsung tidak disambut oleh Haeyfa.

“At pergi dulu ya bang” Athielda menyentuh lembut tangan Haeyfa.Haeyfa masih tidak memberi apa-apa respon.

Athielda sudah sebak namun dia usahakan untuk terbitkan senyuman indah di atas bibirnya yang merah itu.

Dania Athielia yang sedang tidur di dalam dukungan Athielda dibelai dengan lembut.

“Terima kasih untuk setiap kasih sayang yang abang berikan pada diri ini juga pada Dania.At minta ampun pada abang,dari hujung rambut hingga hujung kaki. At yakin dengan keputusan abang,gantung perkahwinan ini sampai mati sebab At yakin At akan terus mencintai abang hingga hujung nyawa” Athielda sudah tunduk, sebahagian wajah ditutup oleh tudung yang dipakainya.Athielda keluar dari perut kereta, dia masuk ke dalam lapangan terbang. Tidak tahan lagi menanggung perasaan.Akhirnya kesedihan dan air matanya dilepaskan ketika dirinya sudah jauh dari kereta.

“Hanya ini mampu At lakukan untuk bahagiakan abang.Walaupun At tak mampu hidup tanpa abang tapi At relakan, At redha…” Athielda menekup mulutnya, dia menangis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

……

Haeyfa memarking kereta di bawah port.Tubuhnya terasa lemah, dia menghempaskan tubuhnya ke atas sofa.

“Sakitnya kepala aku..” Haeyfa mengurut pelipisnya perlahan.Sakit kepalanya tidak tertanggung tambahan pula dengan tekanan yang dihadapinya.

Haeyfa menelan dua biji pil tidur dan selepas beberapa minit dia sudah tertidur.

Hanya dalam mimpi, dia dapat melihat Athielda tapi kali ini bukan Athielda yang muncul. Seorang budak perempuan yang memakai baju kurung putih dan bertudung ayu.Budak itu wajah persis Athielda, comel sungguh pipi yang putih gebu,matanya yang bundar dan bibirnya yang merah.

“Pak cik..” budak itu melakarkan senyuman budat Haeyfa.Ajaib sungguh, hati Haeyfa yang rawan kini bagaikan dicurah dengan air jernih.Dia menjadi sangat tenang.

“Ni Dania pak cik..”

“Dania?”

“Pak cik sakit ke? Dania akan ubatkan pak cik” Dania berdiri dekat dengan Haeyfa.Kepala Haeyfa dipegang dan kucup dihadiahkan ke dahi Haeyfa.

“Dania..” Haeyfa berasa terharu,dia ingin memegang tangan Dania namun anak itu sudah melarikan diri.

“Dania pergi dulu. Dania tak mahu kacau pak cik.Pak cik bencikan Dania”

“Dania,jangan pergi sayang” Haeyfa berdiri,dia ingin mengejarkan Dania namun Dania sudah jauh darinya.

“Mana silapnya Dania pak cik?” soal Dania pada Haeyfa.Haeyfa berdiam diri,dia tidak faham akan pertanyaan Dania itu.Ketika itu dia terpandang kan seorang bayi kecil yang berada dalam dukungan Dania.Wajah bayi itu kurang jelas tapi suara dan tawanya membuatkan hati Haeyfa berasa lembut sekali.Haeyfa tidak sedar air matanya yang menitis.

“Pak cik tinggalkan kami begitu saja. Tak apa kalau pak cik tak pedulikan Dania tapi adik Dania ini perlukan ayahnya” beritahu Dania, wajah anak itu dibasahi dengan air mata.

“At mengandung?”

“Pak cik, Dania tak mahu berbintikan nama pak cik.Dania tak mahu sebab pak cik tak layak jadi ayah Dania.Pak cik sama je macam ayah kandung Dania..”

“Dania, bagi bayi itu pada papa” pinta Haeyfa.Semakin lama wajah bayi makin jelas di matanya.Hatinya beristifar, anak itu sungguh comel.Wajah bayi itu miripnya.Dari rambut yang coklat keperangan, jatuh pada mata, hidung dan mulut.

Ya ALLAH, anak aku..

“Adik Dania tak ada ayah.Nasibnya sama macam Dania.Pak cik tak ubah seperti ayah kandung Dania.Pak cik sama je macam ayah kandung Dania”

“Papa tak sama macam dia sayang” Haeyfa sudah menangis teresak-esak.Anak perempuannya itu menjarakkan diri dari Haeyfa.

“Ayah kandung Dania cintakan mama tapi dia rogol mama dan kemudian dia tinggalkan mama.Pak cik juga cintakan papa tapi pak cik layan mama macam hamba dan pak cik tinggalkan mama.Apa bezanya pak cik dengan ayah kandung Dania?” persoalan Dania lagi.

“Ya ALLAH, aku tak ubah sama seperti binatang.Aku layan isteri aku sendiri seperti binatang, aku suami yang tidak berguna!!!” teriak Haeyfa.

Haeyfa terjaga dari tidur.Dia sedar ada cecair hangat yang mengalir di pipi, dia menangis juga walaupun hanya bermimpi.

“Tak mungkin, At mengandung?” Haeyfa bangun, kunci kereta dicapai.Pelik sungguh,sakit kepala dan mualnya sebentar tadi sudah tidak terasa lagi.

Haeyfa teringatkan kata-kata mamanya dulu.Mungkin sekali apa yang dialaminya kini adalah morning sickness yang selalu dihidapi oleh setiap wanita mengandung.Tak kena pada At,kena padanya.Mungkin sekali!!

Haeyfa semakin yakin,dia memandu kereta Mercedes dengan had laju yang mengagumkan sepertinya hendak berlawan di litar lumba kereta.

Sampai saja di lapangan terbang, Haeyfa tergopoh-gopoh keluar dari kereta, dia berlari dengan pantas mengejar Athielda.

Jatuh cinta itu pasti tapi dicintai itu belum tentu..

“At cuma akan kehilangan orang yang bencikan dia tapi along pula akan hilang orang yang betul-betul mencintai along” kata-kata Hanis terngiang-ngiang di corong telinganya.

Hanya At mencintai aku sebanyak mana aku mencintai dia.Aku tak sanggup kehilangan dia, tolong Tuhan jangan jauhkan dia dari aku.Aku terima dia seadanya…

Mata Haeyfa sudah kabur dengan air mata namun dia cuba untuk mencari Athielda juga.

“Sayang” Haeyfa memanggil Athielda tapi hanya orang asing yang lalu lalang sahaja yang dia nampak.

Haeyfa semakin takut,dadanya berombak dengan kuat.

“Ya ALLAH, beri peluang untuk bertemu dengan isteriku” doa Haeyfa tatkala matanya dipejamkan rapat.Hanya ketika itu suara tangisan Dania kedengaran dengan kuat.Haeyfa berpusing ke belakang, dia nampak akan kelibat seorang perempuan yang sedang tunduk memberi susu kepada anaknya di dalam stoller.

Haeyfa ketawa gembira dalam hati.Dia bergerak perlahan-lahan mendekati Athielda yang masih belum perasan akan dirinya.

Haeyfa berdiri di belakang Athielda.Dengan perlahan dia memeluk pinggang Athielda.Athielda terkejut, dia berdiri tegak.Sangkanya dia dipeluk oleh orang asing tapi selepas mendengar suara esakkan lelaki di telinganya,dia sudah kenal.Lelaki itu adalah suaminya.

“Ab… abang?” Athielda menyentuh pipi Haeyfa.Pipi Haeyfa basah lencun. Athielda tidak nampak muka Haeyfa kerana Haeyfa memeluknya dari belakang.Kedua-dua mereka diam untuk seketika.

“Abang tak boleh biarkan At pergi sebab At mungkin akan pergi jauh dari abang.Abang tak boleh lama-lama tak nampak At, nanti abang rindukan At. Maafkan abang, tolong maafkan abang” Haeyfa tidak mampu mengawal perasaannya.Air matanya jatuh bercucuran tanpa dia sedarinya.Apa yang dia mahukan sekarang hanyalah sebuah kebahagian dalam mahligai perkahwinannya bersama dengan orang yang dia cintainya.

Athielda menekup mulutnya, sebak dan syukur menguasai dirinya.

ALLAH telah mendengar doaku, akhirnya Kau bukankan pintu hati suamiku untuk menerima aku semula….

Athielda meleraikan pelukan Haeyfa, dia berpusing mengadap Haeyfa.Terang hatinya melihat wajah Haeyfa yang tampak sungguh tampan di matanya, kini Haeyfa sudah dapat menewaskan keegoaannya semata-mata untuk mencapai cinta Athielda.

“At banyak dosa pada abang. Ampunkan At” pinta Athielda, tangan Haeyfa dikucup dan tidak semena-mena air matanya mengalir jatuh ke pipinya.Akhirnya dia dapat juga kasih sayang dari seorang suami.

Haeyfa mengangkat wajah isterinya, dahi Athielda dikucup.

“Kita lupakan semuanya.Mula buku baru… Hanya At, abang dan anak kita” Haeyfa membelai rambut Dania yang sedang tidur di dalam stroller.Tangan Athielda pula erat berada dalam genggamannya.

Athielda tidak bisa menyembunyikan kegembiraannya lagi, terus dipeluk suaminya dengan erat.Haeyfa turut membalas pelukan itu, kedua-dua mereka sudah temui jalan ke arah kebahagiaan.

“Terima kasih abang” ucap Athielda penuh kesyukuran.

Kita akan dapat sesuatu yang indah sekiranya kita reda dengan ketentuan qada dan qadar.

Jangan berputus asa jika ALLAH SWT menunda apa-apa yang kamu sukai.Jangan bersediah hati.Tapi bersabar dan tersenyumlah kerana Dia berfirman dengan penuh kasih sayang….

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” (al-Insyirah:6)

…….

“Uhuk.. uhuk” Haeyfa mengurut tekaknya, saban hari penyakitnya makin parah. Dia selalu muntah-muntah dan pening kepala.Paling teruk sampaikan pengsan di tempat kerja.

“Tuan” setiausaha Haeyfa mendekati Haeyfa yang sudah terduduk di atas kerusi.Gadis yang cantik dan bergaya itu namanya Fatini, semangnya seorang yang berpengalaman dan sistematik kerjanya.Sudah 10 tahun dia bekerja dengan keluarga Datuk Hans.

“Tuan tak apa-apa?” Fatini berdiri di sebelah Haeyfa. Tidak semena-mena Haeyfa bangkit dan menuju ke sinki.Dia muntah lagi.Teruk benar gayanya apabila kandungan isterinya sudah masuk tiga bulan.

“Tini, bau perfume awak buat saya mual.Jangan dekat dengan saya” beritahu Haeyfa sambil menekup hidung dan mulutnya.

“Tuan ni cakap tu baik-baik sikit.Saya pakai channel no.6 tau.Mahal ni”

“Yalah,yalah. Pergi panggilkan staff mana yang tak pakai perfume, tolong saya pergi klinik kejap”

“Kenapa tuan?”

“Tolonglah” pinta Haeyfa lagi.

Fatini patuh,dia pergi memanggil Pak cik Rahman driver Haeyfa yang juga sudah lama berkhidmat untuk keluar Datuk Hans.

Pak cik Rahman membawa Haeyfa ke klinik.

Athielda yang sedang mengetuai perbincangan berkumpulan di matrikulasi tempatnya belajar terus terbantut kerjanya apabila mendapat panggilan teelfon daripada Pak cik Rahman.

“Ya pak cik, ada apa telefon saya ni?”

“Puan Athielda, ni Tuan Haeyfa pitam masa tengah bekerja tadi”

“Teruk ke pak cik?”

“Doktor tengah periksa keadaan dia”

“Baiklah pak cik, At pergi ke sana ASAP”

“Asap?”

“As soon as possible la pak cik”

“Mana la pak cik faham bahawa omputih ni”

“Tunggu At kat sana,nanti At pergi jemput abang Haeyfa” Athielda mematikan panggilan telefon.

“Aku kena pergi dulu ni.Suami aku pitam kat tempat kerja dia.Sorry ya you guys, aku betul-betul minta maaf”

“Susah la At kalau kau tak de,kau ketua kumpulan”

“Apa ni At,kau panggil kita orang, kau pula yang kena pergi”

“Sorry, aku emergency”

“Tak pe la At,nanti apa-apa kita orang inform kau”

“Thanks” Athielda memeluk Irma dan Shasha sebagai tanda terima kasih.Irma memandang Athielda yang semakin jauh meninggalkan kawasan riadah matrikulasi.

“Untung la dah ada suami.Suami dia pula bukan main lagi hensem macam Justin Bieber” Irma menongkat dagu.

“Weh, Joe Jonas dengan Justin Bieber pun kau tak reti beza ke? Suami dia tu dulu senior kat sekolah menengan aku, orang selalu samakan dia dengan Joe Jonas la” beritahu Shasha.

Hanis yang duduk di situ hanya berdiri diri.Dia hanya mampu tersenyum tatkala memandang pada Athielda yang sudah jauh meninggalkan mereka.

Along,along.. Untung la kau dah bahagia sekarang… Hanis tersenyum lebar..

Dalam masa 30 minit, Athielda sudah sampai di hadapan klinik Dr.Hamzar.Dia tempat itu dia buat check hamilkan anak kedua selepas pulang saja dari dari dijemput oleh Haeyfa di KLIA dan keputusannya adalah positif yang dia memang mengandung untuk kali yang kedua..

Orang yang paling bahagia ketika sudah semetinya Haeyfa.Dan orang yang paling menderita sepanjang tiga bulan pertama ini semestinya Haeyfa juga.

“Doktor, macammana dengan suami saya?” tanya Athielda sebaik saja dia meluru masuk.

“Encik Haeyfa baik-baik saja puan.Dia cuma perlukan rehat disebabkan alahan masa mengandung dia alami.Puan sabar je dengan dia” ujar doktor muda itu.

Athielda sudah mengepal penumbuk,dia pergi mencari Haeyfa di dalam bilik doktor. Haeyfa sungguh gembira apabila Athielda masuk ke dalam bilik itu.

“Minggu ni abang dah tiga kali datang klinik ni, lepas tu suruh pula At jemput.Tau tak At sibuk sekarang ni.Tak lama lagi nak exam”

“Abang sakit la sayang, kalau tak abang takkan suruh pak cik Rahman call sayang”

“Sakit la sangat” Athielda mengejek suaminya.Haeyfa tidak mendengar ejekkan isterinya,dia turun dari katil dan berpaut pada bahu Athielda.Badannya yang terhuyung hayang dipegang oleh Athielda.

Macam betul je.Eh,takkan dia sakit sangat pasal morning sickness tu.. Entah-entah berlakon je sebab nak yakinkan aku yang dia memang sakit..Athielda,jangan kau percaya sangat pada dia ni…. Athielda muncung panjang.Dia melihat Haeyfa yang sedang membayar duit ubat di kaunter.

Selepas itu dia memapah Haeyfa ke dalam kereta.Haeyfa tidak larat memandu, disebabkan itu dia saja yang memandu.Ketika dia sedang memandu,tiba-tiba saja Haeyfa buat perangai lagi.

“Abang buat apa ni? Jangan kacau la” Athielda geram apabila tiba-tiba Haeyfa mengacaukan yang sedang memandu.

“Tak larat la sayang” Haeyfa menyandarkan kepalanya pada bahu Athielda.

“Abang, At tengah memandu ni.Bahayala kalau abang duk menyendeng kat At macam ni” marah Athielda.

Haeyfa tidak mempedulikan kata-kata Athielda,dia terus memeluk pinggang Athielda. Perut isterinya diusap.Athielda terus memberhentikan kereta.

“Abang, geli la kalau abang buat macam tu! Dah la At tengah memandu, abang kacau pula.Kalau apa-apa berlaku nanti macammana?” marah Athielda.

Haeyfa terkejut, dia terus duduk dengan betul di kerusinya.Hatinya terusik dengan kata-kata Athielda.Terus Haeyfa membawa diri, dia berpura-pura tidur sedangkan semua orang juga tahu yang dia tengah merajuk.

Athielda masih marah, dia membiarkan saja Haeyfa terus merajuk.Sampai saja di rumah, Haeyfa terus keluar dari kereta.Masuk tak bagi salam,tahu redah je masuk bilik.Datin Atilia yang berdiri di pintu berasa hairan,dia memandang pada Athielda.

“Kenapa dengan Haeyfa tu At?”

“Merajuk la mummy. Itu je kerja dia, merajuk,merajuk,merajuk.Kalah orang perempuan” marah Athielda.Dania yang berada dalam dukungan Datin Atilia sudah melompat-lompat hendak didukung oleh ibunya.Athielda mengambil Dania dari Datin Atilia.

“Tadi At tengah ada study group dengan kawan, pak cik Rahmad call kata yang dia sakit sampai kena hantar pergi klinik.At pergilah tengok dia kat klinik, doktor cakap dia tak sakit apa-apapun,semuanya sebab morning sickness je.At bengang la, dah la At kena tarik diri dari study group penting tu.. Lepas tu dalam kereta,dia buat perangai pula.. Baru kena tengking sikit dah merajuk, itulah dia Haeyfa Mukhriz. Tahu buat orang sakit hati je” marah Athielda.

Sejak mengandung kali kedua ini,entah dari mana salahnya Haeyfa.Selalu kena tengking dengan isterinya.Athielda pula dah berubah sepenuhnya seperti singa, perubahan hormon la tu.Itulah namanya hukum karma, jangan selalu tengking isteri,nanti diri sendiri pula yang kena tengking.Hihi..

“ Ya ALLAH At, Haeyfa Mukhriz tu bukan ke suami At? Kenapa duk maki-maki dia macam tu? Dah la dia yang tanggung morning sickness semua tu.Payah tau At, lelaki ni tak pernah rasa sakit macam orang perempuan.Pasal mengandung ni semua, semuanya sakit orang perempuan.Kita memang dah disediakan untuk tanggung semua sakit tu dari segi mental dan fizikal tapi orang lelaki ni lain At.

Bagi orang lelaki,memang sakit orang mengandung tu tak tertanggung.Muntah,mual-mual dua puluh empat jam, pening kepala, pitam, sakit itu sakit ini….”

Athielda diam, kata-kata bondanya itu sedikit sebanyak menyentuh hati.Memang benar, sejak dia mula mengandungpun memang Haeyfa yang banyak tanggung seksaan ketika mengandung tu.

“Lagipun, orang Melayu kata kalau lelaki yang kena alahan masa mengandung maksudnya memang dia la jodoh kita.. Dah terbukti lagi sahih, memang Haeyfa la jodoh At”

“Mummy ni, ada-ada je”

“Dah la, pergi tengok Haeyfa kat atas tu.Pujuk tau,jangan bergaduh lagi”

“Ya mummy” sahut Athielda.Dia meninggalkan Dania pada bondanya untuk memujuk sang suami yang sedang merajuk.

Sampai sahaja di bilik, Athielda melihat Haeyfa yang sedang berbaring di atas katil.

“Abang” Athielda duduk di tepi Haeyfa yang sedang berpura-pura tidur itu.

“Abang, At minta maaf ya” pujuk Athielda lagi namun Haeyfa langsung tidak memberi respon.Athielda memerhati wajah suaminya yang orang kata mirip sekali dengan penyanyi Hollywood itu, Joe Jonas.

Kali ini rasanya mirip sotong kering kut.Muka Haeyfa nampak cengkung,kurus dan tidak bermaya.Tiba-tiba rasa kesal dan sebak menyerbu ke dada Athielda.

“Tiga bulan ni abang selalu sakit, demam,pening kepala,muntah,mual-mual.. At pula selalu pandang ringan atas apa yang abang lalui itu..Maafkan At bang,maafkan At….” Athielda mencium tangan Haeyfa dan mula menangis, sebak bertandang di hatinya.

Haeyfa terkejut,dia membuka matanya luas.

“Kenapa menangis ni sayang? Kalau abang ada buat salah, maafkan abang” Haeyfa memeluk Athielda.Dia tidak sanggup melihat Athielda menangis lagi.

“At yang bersalah bang, At tak tahu apa yang abang lalui.At minta maaf” teriak Athielda.Haeyfa senyum segaris, dahi isterinya dikucup lama.

“Abang faham keadaan At.Takkan la abang nak marah At, selama inipun abang selalu marah At.Tak pe At,At boleh tengking abang,hina abang,caci abang.Abang tetap akan mencintai At”

“At tak mahu jadi isteri yang derhaka pada suami”

Haeyfa ketawa ceria, hidung Athielda dicuit.

“Nak buat macammana bukan? Lagi sembilan bulan abang kena tadah telinga dengar bebelan Hayefa.Abang janji abang takkan terasa hati.. Okey?”

“Okey” Athielda mengangguk, dia kemudiannya terus memeluk suaminya dengan lebih erat.Haeyfa tersenyum bahagia.

“Wew… ada bau muntah la kat abang ni? Apasal abang tak pergi mandi-mandi lagi.Busuk la” Athielda mengepit hidungnya, dia menjauhi Haeyfa.

“Dah, pergi mandi.Jangan turun selagi tak mandi” Athielda melemparkan tuala pada Haeyfa.

“Hehe, jangan marah” dia tersengih-sengih sebelum berlari keluar dari bilik itu.Haeyfa tersenyum,dia masih mendengar gelak tawa isterinya di luar.Dia bangun dari katil dan berlari mendapatkan Athielda.Isterinya itu dipeluk erat.

“Abang busuk ya. Sekarang At bau la bau badan abang yang busuk ni sepanjang hari sebab abang tidak akan lepaskan At” Haeyfa ketawa jahat.

“Tengok la selama mana abang boleh bertahan” Athielda pula yang melakarkan senyuman jahat.

“Sayang nak buat apa?” Haeyfa sudah berasa akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Athielda mencari sesuatu di dalam beg tangannya.Minyak wangi Channel no.6 dikeluarkan dari beg dan kemudian dia semburkan pada baju Haeyfa.Haeyfa sudah rasa dadanya bergelodak,dia menekup mulutnya.Tidak boleh tunggu lagi, dia terus berlari mencari sinki.

“Yeah, At menang” Athielda ketawa.Dia memandang pada Haeyfa yang sudah terbongkong-bongkong dihadapan mangkup tandas.Tak dapat sinki,mangkup tandaspun jadi

Datin Atilia yang memandang anak dan menantunya itu hanya mampu menggeleng kepalanya perlahan.

Ya ALLAH, kau berikanlah mereka kebahagiaan dunia akhirat.Bahagiakan mereka sebahagai suami isteri, sebagai Adam dan Hawa hingga hujung nyawa… Amin…

-The End-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Cerpen : Keajaiban Cinta”
  1. light pink says:

    ini klon ceta stia hujung nyawa kn ?? pa poun ada d ubh sdikit .. cute story .. thumb up writer

  2. Lyne says:

    Cerita ne sprti setia hujung nyawa..el=at..tp sy0k..keep it up

  3. Izz says:

    Cerita dah sedap…tp mcm byk typo… overall best!!

  4. blur says:

    org dah khwin xleh masuk matrik la…

  5. ian moone says:

    btol.. dh kawin xleh masuk matrik.. xkan diterima.. tmbah2 klu mengandung… mmg kena buang laa…. sebelum wat cerita.. make sure yg fakta adalah betol.. chek dulu ya… n lagi satu klu kawin lepas abis spm… mcm mna plak smpat bersalin then result spm keluar.. spm abis disember.. result keluar bulan 3 atau 4… dlm tmpoh 3@ bulan.. klu pregnant 9 bulan….. agak x logik .. chek betol2 ya

    jalan cerita mmg bes..
    tp pastikan yg fakta adalah betol….

  6. zalila zaharin says:

    Whatever…btw citer nih best giler…

  7. Lala says:

    Suka watak Benz, walaupun jahat tp dia jadi macam tu sbb keadaan. Kesian kat dia

  8. Gadis Juwita says:

    Cerita nie best..But cerita nie ada banyak perkataan yg salah tulis ..dan cerita nie jugak sedikit sebanyak ditiru daripada drama setia hujung nyawa kan?

  9. atikah says:

    betul betul…budak matrik mana boleh khawin..single and available.. or single but not available jer yang boleh masuk..siap kena ada perjanjian lagi pasal single ni.. lain kali check dulu sebelum buat..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"