Cerpen : Kerusi Roda Untuk Ibu

15 March 2013  
Kategori: Cerpen

10,101 bacaan 20 ulasan

Oleh : Farouk Shedeq

“Pang,Pang,”Bunyi gelas terjatuh dari atas meja. Ikmal tergumam. Dia melihat kamar ibunya. Tangan ibunya ternyedeng-nyedeng. Mulut ibunya senget. Dia tidak mampu bercakap dan berkata apa-apa. Hanya perkataan “AAa’oooo” sahaja yang disebut. Beberapa minit kemudian,air mata Ikmal jatuh mengalir membasahi pipi. “Ya Allah,apa lagi dugaan yang menguji ke atas diriku ini?” bisik hatinya.

“Ibu,nak air?”Tanya Ikmal. Ibunya hanya mengangguk-anguk kepalanya. Serta merta,Ikmal mengisi air ke dalam gelas tersebut. Ikmal terus menyerahkan gelas itu kepada ibunya. Ibunya meneguk gelas itu dengan pantas seolah-olah orang kepanasan yang memerlukan air untuk diminum.

“Ibu,saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya pergi dulu,ya?”Ikmal mahu meninggalkan bilik ibunya. Wanita lumpuh memegang tangan Ikmal. Wajah wanita yang hampir ke alam tua berubah menjadi sedih. Dia seolah-olah ada perkara yang perlu disampaikan tetapi apakan daya, mulutnya tidak mampu berkata apa-apa. Ikmal faham benar perasaan ibu. Dia tahu mungkin ibu menyesal atas perbuatannya terhadap Ikmal dulu.

***

Suara Nadia melenting apabila dia mendapat tahu bahawa Izzal ,anaknya dipukul oleh Ikmal di sekolah. Nadia memarahi dan memukul Ikmal secukupnya. Darah Nadia semakin naik. Ikmal hanya mampu menangis atas perbuatan ibunya sendiri.

“Kalau kau mengadu kepada bapa kau, siap aku kerjakan,”Nadia beri amaran.

Ikmal mengerti dan terus menangis. Dia tidak mampu berfikir apa-apa. Izzal, adiknya hanya mampu tersenyum apabila abangnya dipukul teruk oleh ibunya. Banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran Ikmal. Perbuatan ibunya seolah-olah tidak mengangap Ikmal sebagai anak kandungnya sendiri. “Adakah aku hanya anak angkat?” bisik Ikmal. Dia menggeleng-geleng kepalanya. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan iaitu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) yang dihadapinya pada waktu itu.

Hati kecil Ikmal sedih melihat perbuatan ibunya sejak dia kecil lagi. Dia masih kurang kasih sayang daripada ibunya. Setelah ibunya dapat tahu dia akan mengandung,Nadia langsung tidak ambil peduli tentang Ikmal ketika itu berusia 3 tahun. Dia menjaga Ikmal seperti memberi makan kepada seekor kucing di tepi jalan. Hal pemakanan dan pengurusan diri, semuanya dilakukan oleh Ikmal sendiri. Bapanya,Othman tidak ambil peduli tentang anaknya. Dia lebih suka tumpukan kepada hal pekerjaanya. Bapanya itu juga jarang berada di rumah. Pada masa itu,Ikmal sering dibuli,mengerah bekerja yang berat seperti mencuci baju,mengemop lantai dan sebagainya sehinggala ibunya,Nadia melahirkan adiknya,Izzal.

Selepas Izzal meningkat kea lam persekolahan rendah. Ikmal dikerah semula oleh ibunya untuk melakukan pekerjaan di rumahnya. Izzal pula seronok apabila Ikmal dibuli oleh ibunya. Izzal juga suka mengusik abangnya,Ikmal dan mengadu kepada ibu jika Ikmal melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Usia Ikmal pada masa itu masih belum matang dan mudah melatah berbanding adiknya,Izzal. Apabila keputusan peperiksaan Izzal merosot,Nadia bukan memarahi Izzal malah abangnya,Ikmal dipersalahkan.

Hal ini demikian kerana Nadia menganggap Ikmal tidak bertanggungjawab mengajar adiknya supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Dalam hati Ikmal pernah berbisik untuk lari daripada rumah itu. Disebabkan Ikmal terlalu sayang ayahnya, dia membatalkan niat buruknya itu. Ikmal tidak mahu ayahnya tahu sikap ibunya terhadap dirinya kerana dalam hati kecilnya dia masih sayangkan ibu. Walau buruknya sikap ibu terhadapnya, dia tetap ibu Ikmal,Nadia yang menjaganya sejak bayi lagi.

***

Tanggal 31 Disember 2011, kehidupan dan penderitaan Ikmal telah berubah. Tiada lagi penderitaan yang ditanggungnya sebelum ini tetapi dia menghadapi kesusahan apabila ibu bapanya ditimpa kemalangan yang teruk. Bapanya,Othman meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badannya. Ibunya,Nadia masih dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Beberapa minggu kemudian,doctor telah mengesahkan ibunya,Nadia telah lumpuh sepanjang hayatnya. Berita itu membuat Ikmal berasa sedih kerana dia masih belum mendapat kasih sayang seorang ibu. Izzal pula seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh.

“Apa salah ibu? Kenapa ibu jadi seperti ini? Semuanya salah kau,abang Ikmal. Kalau ibu dan ayah tidak pergi ke JB untuk beli kamera yang kau minta kat ayah, semua ini tidak akan berlaku. Kematian ayah juga pun gara-gara kau,!!”Nada Izzal semakin tinggi. Kepala Izzal semakin serabut. Sejak ibunya,Nadia lumpuh, Izzal terus lari daripada rumah. Mujurlah kawan baik Ikmal,Haikal dapat memujuk Izzal untuk pulang ke rumah kerana ibunya terlalu rindukan Izzal. Semasa Izzal berjumpa dengan ibu, hati Izzal berubah. Mungkin dia sudah terlalu lama menumpang rumah sewa rakannya yang tidak tahu sama ada baik atau buruk akhlak. Wajah ibunya tersenyum melihat wajah anak yang disayangi berada di depan. Izzal duduk bersebelahan dengan ibunya. Dengan senang hatinya, tangan ibunya terbuka luas walaupun tangannya bengkok sedikit. Wajah Izzal menunjukkan rasa geli dan jijik. Ibunya,Nadia mahu memeluk Izzal kerana terlalu rindu akan anaknya tetapi Izzal menjauhi ibunya.

“Tak payahla nak peluk Izzal,ibu. Izzal dah besar,bukan budak kecil lagi,”kata Izzal lala mengubah kedudukan kerusi daripada mendekati ibunya.

“Izzal,ibu terlalu rindukan kamu. Izinkan ibu untuk memeluk kamu. Hanya sebentar sahaja,”Ibu Izzal,Nadia merayu dengan wajah yang simpati kepada anaknya.

“Tak apala. Izzal datang sini hanya lihat keadaan ibu. Ibu,bagaimana? Sihat? Ada apa-apa yang boleh Izzal tolong? Kalau ibu mahu peluk, Izzal tak boleh sebab keadaan ibu tidak lagi seperti dulu,” hati kecil Nadia runtuh bagaikan kilat menyambar terhadap dirinya. Satu-satunya anak yang disayangi di atas dunia ini sanggup tidak melepaskan rindu ibu terhadapnya. Nadia tidak putus asa untuk merayu dan merayu. Hanya permintaan itulah Ikmal menyuruh Haikal memujuk Izzal berjumpa dengan ibu.

“Sudahlah! Lebih baik,Izzal balik rumah kawan Izzal lebih bagus, daripada melayan ibu, tidak habis-habis mahu memeluk Izzal. Dah! Selamat tinggal!” Izzal meninggalkan kamar ibunya dengan meluat melihat karenah ibunya yang tidak putus-putus merayu kepadanya. Nadia menjerit nama anaknya,Izzal berulang kali supaya jangan pergi sehingga Nadia terjatuh dari katil. Pada masa itu, Ikmal baru sahaja selesai persekolahan yang kini menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Ikmal dari jauh telah mendengar suara ibu seolah-olah menjerit nama “IZZALL”. Izzal bersiap-siap untuk keluar daripada rumah tersebut.

“Nak ke mana,Izzal? “Ikmal menyoal.Izzal tidak berkata apa-apa. Ikmal lantas melihat keadaan ibunya.

“Ya Allah! Ibu…,”

***

Nadia masih tidur dalam keadaan nyenyak. Nadia terjaga apabila Ikmal cuba mengerakkannya. Nadia membuka matanya. Nadia berasa serba salah dan kasihan terhadap Ikmal kerana dialah tiap-tiap hari menjaganya dan memandikannya. “Ya Allah! Berdosannya aku terhadap anakku,Ikmal” hatinya berbisik. Sebenarnya,dia masih berharap bahawa anak yang disayanginya, Izzal menjaganya tetapi hakikatnya Ikmal,anak yang kurang disayangi menjaganya dengan penuh kasih sayang.

“Ikmal harap ibu jangan tolak pemberian Ikmal terhadap ibu,” Ibunya masih tertanya-tanya maksud tersirat anaknya,Ikmal. Alangkah terkejutnya,Nadia melihat kerusi roda bersembunyi di sebalik pintu kamarnya. Fikiran Nadia terngiang-ngiang. “Dari mana anakku dapat duit untuk membeli kerusi roda untukku? Dia ada simpanan ka?”apakan daya,Nadia tidak boleh bercakap.

“Ibu mesti seronok,kan dapat kerusi roda. Ikmal boleh bawa ibu berjalan-jalan di luar, menghirup udara segar di luar, tidak lagi berkurung dalam bilik ja,” wajah kegembiraan ibu tiba-tiba berubah.

“Ibu,jangan risau.Ikmal tidak mencuri. Ikmal cari duit sendiri,” Ibu,Nadia terharu mendengar penjelasan Ikmal lalu Ikmal menyambung percakapannya “Ibu,sekarang ini Ikmal berasa senang kerana Ikmal dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu,”Tidak lama kemudian,beberapa titisan air mata Nadia mengalir membasahi pipi. Dia tahu selama dia menjaga Ikmal sejak kecil, Ikmal masih dahagakan kasih sayang seseorang ibu. Mereka berdua terus berpelukan sambil mengesat air mata.

***

Ikmal baru sahaja balik dari sekolah dengan menaiki basikal. Apabila dia masuk ke rumahnya,dia terkejut rumahnya berselerak. Semua almari telah diselongkarkannya. Semua bilik berselerak dengan kertas-kertas bertaburan di lantai. “Apa yang sudah berlaku?”Ikmal masih kebinggungan. Anehnya,almari ibunya juga diselongkar. Habis barang-barang emas milik ibu,Nadia diberkas. “Siapa punya angkara ini? Mungkin perompak. Aku perlu buat laporan polis,”kata Ikmal dengan tekad. Ibunya mahu berkata sesuatu kepada Ikmal. Tetapi,Ikmal keluar dari bilik ibunya dengan serta mertaa.

“Kerusi roda ibu juga diberkasnya! Bangsat!”Ikmal mula mengeluarkan kata-kata kesat.

“Assalamualaikum,Ikmal. Balik juga kamu ni,”Haikal muncul dengan tiba-tiba.

“Tadi,saya lihat Izzal datang ke rumah ini! Kecoh rumah ini dibuatnya. Suara Izzal saya dengar kat luar,”

“Apa? Izzal marah dan melenting kepada ibu? Kurang ajar! Bermakna semua barang dalam almari dicuri oleh dia. Habis semua barang kemas,duit dan kerusi roda ibu diberkas. Tak boleh jadi ni. Haikal,kau tunjuk di mana rumah kawan Izzal. Biar aku bagi pengajaran cukup-cukup,” Haikal menahan sabar. Dia menyuruh Ikmal beristighfar dan tidak perlu bertindak terburu-buru.

Setelah Haikal dan Ikmal menyiasat perkara yang sebenarnya dilakukan oleh Izzal, Ikmal sudah dapat menjangka bahawa adiknya itu melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Dia sudah mula terjebak dengan ketagihan najis dadah. Mungkin kegiatan tersebut mudah terpengaruh daripada rakan sebaya. Benda-benda yang dicuri dalam rumahnya hanyalah hendak membeli pil-pil khayal,dadah. Ikmal tidak tahu bertindak apa-apa. Dia hanya berdoa bahawa adiknya,Izzal kembali ke pangkal jalan.

***

Ramai pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Seri Kembangan memandang serong terhadap Ikmal. Satu sekolah mendapat tahu bahawa adiknya,Izzal merupakan penagih dadah termuda. Mujurlah,rakannya,Haikal memberi semangat dan dorongan terhadap Ikmal. Seorang pengawas datang kelas 5 Bakti dan memanggil nama Ikmal. Menurutnya lagi,guru Matematik,Cik Halimah mahu berjumpa dengan Ikmal. Ikmal lantas pergi ke bilik guru. Hatinya tiba-tiba gerun. Fikirannya masih tertanya-tanya tujuan sebenar gurunya mahu berjumpa dengannya.

“Sejak akhir-akhir ini, pencapaian kamu dalam matematik semakin merosot dan kamu sering tidak hadir kelas tambahan saya di sebelah petang. Kenapa?”Cik Halimah masih tersenyum menyoal perkara tersebut kepada Ikmal. Ikmal masih termenung panjang. Dia akui bahawa dia tidak hadir ke sekolah kerana banyak masa yang dipenuhi di rumah. Ikmal terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya bahawa dia menghabiskan masanya bersama ibu.

“Ibu awak lumpuh,kan?”

Ikmal mengangguk-angguk kepalanya. Cik Halimah berasa simpati lalu dia menyuruh Ikmal kembali ke kelas. Cik Halimah lantas menelefon pihak kebajikan masyarakat.

***

Ikmal berhenti mengayuh basikal di depan rumahnya. Dia berasa pelik. Terdapat tiga buah kereta berada di hadapan laman rumah papannya. Ikmal masuk ke rumah dan terkejut bebrapa orang pegawai daripada pihak kebajikan masyarakat datang ke rumahnya. Dia menyumbang dua kampit beras,minyak masak,dan beberapa barang keperluan lain. Selain itu, pegawai tersebut menyumabang sebanyak RM500. Menurut pegawai tersebut, keluarga Ikmal layak mendapat sumbangan daripada pihak negeri sebanyak RM400 sebulan. Ikmal terasa terharu dan berterima kasih. Dia tertanya-tanya, kenapa sekarang pihak kebajikan memberi sumbangan? Ikmal berasa bersyukur kerana sebuah kerusi roda sumbangan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada ibunya,Nadia.

***

Sudah tiga bulan berlalu, Izzal masih belum pulang di rumah. Rindu Nadia terhadap anaknya,Izzal semakin bertalu-talu. Hatinya selalu bersedih. Nadia yang berkerusi roda itu terbatuk-batuk tanpa henti. Wajahnya pucat. Mungkin rindukan Izzal yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

“Izzal, di mana kamu,nak? Kamu langsung tidak berjumpa dengan ibu. Ibu rindukan kamu…,”Hati Nadia berbisik dengan nada yang rendah. Anak yang disayanginya langsung tidak melawat. Daun kelapa terjatuh ke bawah akibat derusan angin yang kencang. Namun, Ikmal memberi semangat dan dorongan terhadap ibunya. Ikmal sudah puas meminta Haikal supaya mencari adiknya,Izzal di rumah-rumah kawan malangnya, tidak berjumpa. Izzal juga sudah beberapa kali ponteng sekolah. Walaupun surat amaran dari sekolah telah sampai di rumahnya, namun tidak berguna juga. Akhirnya, pihak sekolah memutuskan Izzal digantung sekolah selama dua bulan.

***

Tanggal 22 Mac 2012, tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah keluar. Degupan jantung Ikmal berasa kencang. Selama ini, Cikgu Halimah telah banyak memberi dorongan dan motivasi terhadap Ikmal supaya tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran sejak dia leka menjaga dan merawat ibunya. Setelah Ikmal membeli kerusi roda untuk ibunya yang diberkas oleh Ikmal dulu, dia tetap mahu mengambil kerja sambilan untuk mengembalikan kerusi roda ibu yang hilang. Oleh sebab terlalu kasihan Ikmal dan pelajarannya yang semakin merosot. Cikgu Halimah memberitahu keprihtianan keluarga Ikmal terhadap agensi kebajikan masyarakat. Sejak dari itu, Ikmal bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya walaupun sedih ketiadaan Izzal di sisinya. Ramai pelajar SPM yang beratur panjang untuk mengambil slip keputusan SPM. Setelah sampai di giliran Ikmal, Cikgu Halimah tersenyum melihat wajah Ikmal.

“Tahniah,Ikmal! Cikgu berbangga dengan kamu,”Cikgu Halimah menyerahkan slip keputusan tersebut kepada Ikmal. Mata Ikmal kaku. Dia memerhatikan semua gred setiap subjek. “Ya Allah,terima kasih…”

Wajah kegelisahan Ikmal bertukar menjadi wajah yang ceria. Dia Berjaya mendapat 10A dalam SPM.

“Terima kasih memberi tunjuk ajar dan semangat untuk bangkit semula daripada kekalahan. Mesti ibu gembira melihat keputusan ini. Ibu Ikmal mahu sangat berjumpa dengan Cikgu sebab Cikgu banyak tolong saya dan ibu..,”dengan wajah yang ceria dia memohon sesuatu.

Walaupun berat untuk menunaikan hasrat Ikmal kerana banyak tugas yang pelu dilakukan, namun Cikgu Halimah tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan ibu Ikmal yang kini sedang sakit dan terbaring, tidak duduk dan bergerak..

Setelah sampai di rumah Ikmal, ikmal lantas pergi ke ruang tamu tempat ibu Ikmal terbaring. Wajah Nadia tersenyum melihat keputusan SPM Ikmal dengan mengeluarkan beberapa titisan air mata.

“Ibu,..inilah Cikgu Halimah yang banyak tolong saya termasuk ibu,” Cikgu Halimah masih belum muncul di muka pintu lagi. Wajah Nadia dengan mulutnya ternyedeng ke pipi kiri melihat ke muka pintu. Cikgu Halimah dengan berpakaian baju kurung biru melihat keadaan ibu Ikmal. Mata Cikgu Hailimah tidak henti memandang wajah ibu Ikmal yang lumpuh itu. Mata Nadia juga kaku melihat Cikgu Halimah berdepan dengannya seolah-olah mereka saling kenal-mengenali. Beberapa minit kemudian,Cikgu Halimah keluar dari rumah itu dengan perasaan kecewa. Ikmal kehairanan. Wajah Nadia berubah. Nadia masih lagi kecewa kejadian yang telah berlaku dua puluh tahun sebelumnya.

*

Satu simbahan air botol minuman ke muka Nadia yang dilemparkan oleh Halimah. Kemarahan Halimah semakin meruap-ruap. Perasaannya masih tidak boleh dikawal. Bukan pertama kali Halimah melihat suaminya,Othman bersama dengan wanita yang digelar Nadia. Halimah tidak boleh berdiam diri. Perasaan marah dan sabar tidak mampu dikawal. Orang ramai di restoran tersebut melihat kejadian itu.

“Imah,kenapa ni? Malu lah dengan orang kat sini,”Othman kawal sifat malunya.

“Malu? Yang abang berkepit dengan betina ni tak tahu malu ker? Apa semua ni,bang?”suara Halimah semakin tinggi.

“Abang boleh jelaskan tapi bukan di sini tempatnya,”Othman cuba meredakan kemarahan Halimah.

“Ey..pompuan, kau ni dah tak de laki lain ke nak ambik, laki orang juga yang kau pilih,HAH??”Suara tinggi Halimah mengejutkan orang ramai yang menjamah makanan di restoran tersebut.

“Eleh, laki dia yang gatal pilih aku. Ada aku kisah,,??”Nadia menjawab.

“Tak guna,”Halimah terus menarik rambut Nadia dengan perasaan geram dantimbullah kekecohan di restoran yang terkemuka itu. Akhirnya,Othman terus menampar Halimah sehingga terjatuh lantai.

“Kalau beginilah, sikap awak! Abang ceraikan awak dengan talak dua,”jantung Halimah berdegup kencang setelah mendengar lafaz cerai suaminya berhadapan dengan orang ramai. Setelah peristiwa tersebut,kehidupan Halimah berubah. Semua kenangan manis bersama dengan suaminya sudah terpadam termasukanak sulungnya. Tiada kata putus yang mengukuhkan perbicaraan hak penjagaan anaknya setelah suaminya,Othman telah berkahwin dengan Nadia. Ketika itu,Halimah masih belum bekerja. Dia masih sedang mengikuti pelajaran ijazah untuk semester akhir. Saat anaknya diambil oleh Othman,suaminya,perasaannya sentiasa tidak aman, sentiasa dibasahi serba salah, rindunya yang bertalu-talu. Halimah pernah mencuba mencari anak kandungnya itu malangnya,keluarga baru Othman telah berpindah tanpa memberi jawapan. Dia diterima bekerja sebagai guru setelah tamat pelajaran ijazah.

**

Ukiran tulisan yang cakar ayam yang ditulis oleh ibu Ikmal di atas memberi segala jawapan yang Ikmal masih belum mengetahui kisah silam ibunya.

“Tolong jangan bencikan ibu. Ibu taka ada siapa-siapa lagi,” ukiran yang terakhir yang ditulis oleh Nadia.

Air mata Ikmal terus mengalir membasahi pipi. Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul ibu angkatnya yg sedang lumpuh dan hampir nazak, tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu. Dia telah menjaga ibu deengan penuh kasih sayang. Tidak mungkin kerana disebabkan kisah lampau, dia mahu membalas dendam. Biarlah dendam itu terkubur. Tidak lama kemudian, satu panggilan telefon bordering. Ikmal lantas mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah dengan berkata “Izzal,ibu….” Hati Nadia kucar-kacir, kenapa dengan anakku,Izzal? Apa yang sudah berlaku terhadapnya?? Hati Ikmal rasa serba salah untuk memberitahu apakah aktiviti yang sebenar yang dilakukan oleh adik tirinya?

Sampai sahaja di Hospital Abu Bakar, Ikmal lantas pergi ke wad kecemasan. Terlihat Haikal dan Fatin,rakan rapat Izzal berada di luar bilik tersebut. Haikal tidak memberi apa-apa respon kerana Doktor sedang memeriksan Izzal di dalam. Beberapa minit kemudian, seorang doctor lelaki keluar daripada wad dan wajahnya sangat mendukacitakan. Ikmal hanya ternganga dan termangu setelah doctor memberij penjelasan terhadap adik tirinya,Izzal. Air mata Fatin mengalir membasahi pipi manakala Haikal berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa. Dengan keadaan hospital yang sunyi, tiba-tiba ada seorang pesakit dari kemalangan jalan raya terburu-buru ke wad kecemasan. Ikmal curi-curi pandang pesakit yang dibawa oleh beberapa jururawat lelaki dan perempuan. Ternyata, seorang wanita yang sudah berumur, memakai tudung yang terserot-serot akibat kecelakaan kepala.

“Ya Allah,ini cikgu aku,” bisik Ikmal dengan nada yang terkejut.

***

Wajah Halimah yang pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk. Dia cuba teringat kejadian kemalangan yang ditimpa semalam. Halimah memandu kereta dengan keadaan marah setelah mendapat tahu bahawa ibu Ikmal adalah musuh ketat zaman silamnya, iaitu Nadia, isteri kedua kepada suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan suaminya. Disebabkan Nadia, dia kehilangan anak yang disayanginya. Disebabkan Nadia juga, dia kehilangan keebahagiaan rumah tangganya yang dibina bersama suaminya,Othman selama 15 tahun. Betapa hancurnya hati seorang wanita yang kehilangan segala-galanya. Kini, dia masih belum niat untuk membina rumah tangga lagi. Menjadi tanda tanya, di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh Othman bersama Nadia. Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu ,Ikmal adalah anak kandungnya yang dicarinya selama ini? Tiba-tiba sahaja kepala Halimah membingit. Tanpa disedarinya,Ikmal masuk ke wad tersebut. Baru sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.

“Assalamualaikum,cikgu….bagaimana keadaan cikgu?”Ikmal bertanya dalam keadaan senyum.

“Eh,Ikmal. Cikgu tidak apa-apa. Bagaimana kamu tahu cikgu ada kat sini? Ada sesiapa yang beritahu kamu,kah?”Halimah bertanya dengan musykil.

“Adik saya sakit,cikgu. Dia dipukul oleh rakan-rakannya. Adik saya berhutang. Dia penagih. Rakan-rakannya memukulnya menggunakan besi dan kayu sampai dia lumpuh. Tidak boleh bergerak-gerak seperti dulu,”jelas Ikmal yang masih teringat penjelasan doctor semalam.

“Kasihannya….adik kamu tu masih lagi dalam hospital?”tanya cikgu.

“Ya”

“Cikgu,…kenapa cikgu boleh kemalangan?”

“Tak ada apa-apa,Ikmal. Kemalangan biasa ja. Pergilah melawat adik kamu yang sedang sakit tu. Cikgu rasa adik kamu lagi tenat daripada cikgu,”

“Cikgu,…saya ada satu benda nak tanya kepada cikgu?”

Wajah Halimah berubah . Dahinya berkerut.

“Kenapa cikgu lari daripada berjumpa dengan ibu saya?”

Mulut Halimah terkunci. Tiada jawapan yang diucapnya.

“Adakah cikgu benci melihat ibu saya yang lumpuh tu,?”

“Tidak….bukan begitu,Ikmal,”Halimah menafikannya. Air mata Halimah serta merta keluar mengalir ke pipinya. Ikmal cuba mendekati Halimah dan menyentuh tangan Halimah. Hati Halimah gerund an merasai sesuatu perasaan yang belum dirasai selama ini.

“Ikmal tahu segala-galanya,cikgu. Cikgu ada hubungan dengan ibu saya,kan? Ibu sudah cerita segalanya.. tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu Ikmal. Dialah satu-satunya ibu yang Ikmal kenal yang jaga Ikmal sejak kecil. Ikmal sangat sayang kepada ibu Ikmal,cikgu, Tolong maafkan dia…cikgu”nada suara Ikmal yang rendah dan penuh bersimpati. Dengan rasa lemah lembut, Halimah mengangguk kepalanya..

“Cikgu,…boleh tak,Ikmal panggil cikgu,….mama…?”

Hati Halimah tersentuh dan sebak apabila anak murid yang disayanginya memanggil dia “mama”. “

“Ya Allah, setelah sekian lama, aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita,,akhirnya telah kujumpai….terima kasih,nikmat Allah,”Halimah bersyukut tentang ketentuan-Nya.

**

“Ibu…,” suara Izzal meronta-ronta memanggil ibu.

“Sabar,Izzal. Tidak lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Fatin masih berada di sisinya. Ayah Fatin membawa Izzal dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Fatin mengambil masa lama untuk menukar tayar yang baru. Apabila Fatin masuk ke dalam kereta,dia terkejut bahawa Izzal hilang dalam kereta itu.

“Ayah,Izzal hilang! Macam mana ni?”Fatin rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya dia terjumpa Izzal di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Izzal tidak dapat berjalan dan lumpuh. Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Fatin




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Cerpen : Kerusi Roda Untuk Ibu”
  1. airina says:

    cerita tergantung…… tak tahu aper yang terjadi kat izzal…..

  2. ian moone says:

    kt sini ada smbungannya.. sy jumpa… rasanya penulis nie post penuh, tp xkeluar penuh..

    http://kerjayaandaselepasspmcollegemcs.blogspot.com/2013/03/cerpen-khas-kerusi-roda-untuk-ibu-siri.html

  3. kucing pepel says:

    maybe ada mslh teknikal ni..

    bhyanya perangai manusia yang suka melenting dan berfikiran negatif..

    tq ian moone.. kalo tak sy pun nak melenting dah td.. hahaha..

  4. hmp says:

    saya rse, elok kalau penulis gune ayat pasar/biasa. sbb kalau penulis gune ayat baku, kami sbagai pembaca rse x sronok. ape pon BEST!

  5. sazuya says:

    apabila bahasa yang digunakan betul penggunaannya, betul ejaannya kenapa perlu mempersoalkan dengan berkata ‘lebih baik menggunakan bahasa pasar’?
    melayu mudah lupa. Sebagai pembaca kita perlu menyokong ejaan yang betul yang digunakan oleh penulis!

  6. Farouk Shedeq says:

    sbg penulis baru mahu melangkah ke dunia penulisan,saya akan cuba memperbaiki kelemahan saya dari segi aspek ejaan dan tatabahasa. terima kasih kepada sape2 yg menegur…saya sebenarnya sdah post penuh, mungkin lebihan jumlah patah perkataan bagi syarat utk mengarang cerpen. terima kasih yg sudi mengintai blogger KERJAYA ANDA SELEPAS SPM COLLEGE MCS yg juga saya post jugak cerpen ni…tq ion moone.–PENULIS CERPEN KERUSI RODA UTK IBU…

  7. Farouk Shedeq says:

    SAMBUNGAN CITER NI….HARAP MAAF ATAS KESILAPAN TEKNIKAL YG TELAH BERLAKU….

    “Ibu…,” suara Izzal meronta-ronta memanggil ibu.
    “Sabar,Izzal. Tidak lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak,”Fatin masih berada di sisinya. Ayah Fatin membawa Izzal dengan menaiki kereta. Tidak lama kemudian,kereta tersebut berhenti kerana tayar kereta pancit dan pecah. Ayah Fatin mengambil masa lama untuk menukar tayar yang baru. Apabila Fatin masuk ke dalam kereta,dia terkejut bahawa Izzal hilang dalam kereta itu.
    “Ayah,Izzal hilang! Macam mana ni?”Fatin rasa gelisah. Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya dia terjumpa Izzal di semak samun, dalam keadaan mengesot kerana Izzal tidak dapat berjalan dan lumpuh. Dia berjalan dalam keadaan mengesot. Barulah Fatin memahami. Oleh kerana terlalu rindukan ibunya yang sudah lama tidak dijumpainya, Izzal sanggup ke jalan semak samun, jalan pintas ke rumahnya. Terlalu banyak kesalahan dan dosa Izzal terhadap ibunya. Barulah dia sedar bahawa betapa sukarnya seseorang itu lumpuh. Sebelum ini,Izzal semakin susah menerima kenyataan bahawa ibunya lumpuh dan sering menjauhi ibunya. Dia juga sanggup mencuri rantai emas, wang ringgit termasuk kerusi roda yang dibeli oleh abang tirinya,Ikmal untuk mendapat sebungkus dadah. Izzal juga banyak berhutang dengan sekumpulan penjual dadah. Oleh sebab itu, Izzal dipukul dengan benda-benda keras dan besi berkali-kali di tubuhnya sehingga menjadi lumpuh. Kini, Izzal Berjaya melangkah ke jalan raya. Dia mahu melintas jalan untuk menuju ke arah rumahnya. Tiba-tiba muncul kereta melalui jalan semasa Izzal melintas jalan. Mata Izzal terbeliak tanpa bergerak apa-apa.
    **
    “Izz..zal,” Nadia berkata merangkak-rangkak menyebut nama anaknya yang dirinduinya. Wajahnya pucat seolah-olah keletihan. Nadia terbaring lemah di ruang tamu. Halimah dan Ikmal berada disisi Nadia. Suara Nadia tidak putus memanggil nama anaknya,Izzal.
    “Sabarlah,ibu. Ikmal sudah menyuruh Fatin bahawa Izzal ke sini. Nanti,dia akan datang,”Ikmal memberi semangat kepada ibunya.
    “Betul,Nadia,”Halimah mengeluarkan beberapa titisan air mata. Sedih melihat keadaan Nadia yang sedang nazak. Namun,apakan daya. Allah lebih menyangi ibu Ikmal yang sudah lama menanggung seksaan penyakit yang sukar diubatinya. Nadia telah menghembuskan nafas yang terakhir dengan mengucap dua kalimah syahadah. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dengan kuat sekali. Ikmal lantas membukanya. Hujan mulai turun dengan lebat setelah beberapa minit Nadia menghembus nafas terakhir. Ikmal melihat Fatin dan bapanya berada di depan pintu.
    “Ibu……”Izzal meredah masuk ke pintu. Ikmal terkejut kerana Izzal tidak berdiri di pintu sebaliknya dia terduduk ke muka pintu. Izzal menjerit “IBBUUUU…….,”setelah melihat ibunya terbaring kaku di ruang tamu. Izzal mengesot dan menangis tanpa henti. Dia mencium muka ibu dan bersalam dan mencium tangan ibu untuk meminta maaf. Apakan daya,ibunya,Nadia tidak bernyawa lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Izzal tidak sempat untuk meminta maaf. Izzal berasa kesal atas kesilapannya. Sebenarnya ,kereta yang melalui jalan semasa Izzal melintas jalan ialah kereta ayah Fatin. Mujurlah ayah Fatin sempat berhenti,dan membawa Izzal ke rumah untuk berjumpa dengan ibu Izzal,Nadia.
    **
    Nadia,ibu Izzal dan ibu tiri Ikmal telah selamat dikebumikan. Halimah telah menerima Ikmal sebagai anak kandungnya. Doctor telah mengesahkan Izzal telah lumpuh sepanjang hidupnya. Tulang tubuhnya tidak boleh diperbaiki lagi. Halimah juga telah sepakat untuk menjaga Ikmal dan Izzal. Ikmal juga telah memaafkan kesalahan Izzal selama ini. Dia bertekad untuk menjaga dan melindungi adiknya daripada pelbagai ancaman. Kini,kerusi roda yang disumbangkan oleh pihak kebajikan untuk ibunya telah digunakan Izzal sendiri. Izzal menyentuh kerusi roda itu dan menyesal atas perbuatannya yang sanggup menjual kerusi roda ibu untuk kepentingan dirinya sendiri.—-TAMAT—-

  8. Afandy says:

    ADMIN CERPEN Y MANTEPP !!!

  9. mayola says:

    BEST LA CITER NI

  10. Shah says:

    sungguh hebat cerita admin ini biarpun ada beberapa bahagian cerita tidak dapat dibaca . menyentuh hati seorang anak bila membaca cerpen ini . 5/5 star . lebih hebat jika dapat baca bahagian yang tak dapat dibaca .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"