Cerpen : Nujum Pak Belalang A.K.A Encik Yellow

5 March 2013  
Kategori: Cerpen

15,707 bacaan 13 ulasan

Oleh : Kucing Pepel

“Saya benci awak! Jangan pernah muncul depan saya lagi. Get lost with this relationship!” Jerkahku tanpa melihat muka Hakimi yang sedang berdiri di sisi. Langkah kaki terus ku buka meninggalkan Hakimi yang terusan memanggil namaku namun langsung tidak ku endahkan.

Bersabar untuk tempoh 3 tahun sudah cukup bagiku bila sepanjang tempoh itu juga la aku mendengar kisah tunangku Hakimi menduakan diriku dengan perempuan lain. Bukan hanya seorang, Malah lebih dari seorang. Yang malangnya, semuanya pun dapat tertangkap olehku. Ada yang terkantoi dalam telefon.

“Orang tu salah nombor la sayang..” Terngiang-ngiang alasannya di telingaku.

“Tu pelanduk dua serupa la sayang, Takkan abang nak duakan sayang. Sayang dah sempurna untuk abang.”Sekali lagi alasannya yang satu ini terlintas di otakku bila mendengar cerita sepupuku Afni yang melihat Hakimi mesra dengan perempuan lain. Saat itu terbayang raut muka Hakimi yang tersenyum cuba memujuk ataupun tersenyum kerana berjaya terlepas lagi dari kesilapan yang dilakukannya.

“Arghhh” Suraya melepaskan jeritan kecil bila mengingati betapa bodohnya dia telah dipermainkan oleh lelaki tidak berguna itu.

Dumm!!

Hentakan kecil ke jalan cukup untuk membuatkan dahiku berdarah. Dalam mengeliat kesakitan, pandanganku menangkap sebuah kereta volkswagen berwarna kuning berada betul-betul dihadapanku.

‘Apala nasib, Malang betul la hari ni’ rungutku dalam hati. Perlahan aku bangun dan memeriksa semua anggota badanku andai terdapat luka lain di tubuh yang sekeping ini.

“Are you okay?” Kelam kabut pemandu kereta berwarna kuning itu keluar mendapatkan aku yang ketika itu sudahpun berdiri. Sungguh terkejut dengan peristiwa yang tiba-tiba sahaja berlaku. Pegangan tangan lelaki itu singgah di lenganku . Namun tidak sampai sesaat pun tangan itu laju ku tepis.

“Auchhh” Suara ku jelas kedengaran apabila tidak menyedari luka di siku. Baju lengan panjang yang aku pakai sudahpun berubah warna akibat cecair merah yang keluar dari luka di siku.

“Tolong jangan sentuh saya. Apa lah malang saya dengan lelaki hari ini” Rungut ku kuat agar didengari oleh lelaki itu. Riak muka lelaki itu jelas terperanjat melihat aku membalasnya dingin.

“Heii.. Saya minta maaf sebab saya lelaki!!” Jerit lelaki itu. Matanya kelihatan bulat dan dahinya sudah pun berkerut. Marah barangkali. Dia sudah baik hati hendak menolong walaupun bukan salah dia yang melanggar perempuan itu, tetapi ini pula balasan yang diberikan. Sambil menggaru kepala yang tak gatal keluhan kasar di lepaskan. Matanya masih lagi melihat perempuan itu melangkah menjauhinya kemudian hilang di dalam taman yang penuh dengan daunan hijau.

Argh.. pedulikan. Langkah kaki diteruskan meninggalkan lelaki itu. Malas untuk berurusan dengan yang namanya kaum lelaki. Hari ini saja dua orang lelaki menyebabkan dirinya terluka. Seorang itu melukakan hatinya dan yang seorang itu pula melukakan zahirnya. Tekanannyaaa!!

******

“Ya Allah.. Semoga aku berjaya dalam temuduga ni” Doaku dalam hati. Sesudah menarik nafas dalam aku mula melangkah masuk kedalam bilik di hadapanku dengan ucapan bismillah. Seorang lelaki yang nampak cukup bergaya dan disisinya pula kelihatan seorang perempuan yang nampak cukup anggun berselendang.

“So Miss Suraya Binti Abdul Nazim, impress me why we should take you for this position”Suara garau kedengaran mematikan lamunanku yang kagum melihat perempuan secantik itu. Mata ku halakan ke arah lelaki itu yang asyik melihat resumeku di atas meja. Sedikit pun tidak mengangkat mukanya melihatku.

“Well, for your information I have work in this field for about 4 years, and have many experiences regarding this work about. And then, I have lead few projects like Ariana Resorts and Bandar Baru Apartments in previous company. For about..” Terdiam aku bila mendengar suara lelaki itu berdehem.

“Why do you resign from Aksara Architect since you supposed to be value there?” Soalan seterusnya keluar dari mulut lelaki itu. Kali ini dia melihatku. Keningnya bergerak keatas banyak kali. Dia ni tengah buat lawak ka?

“Personal Matter” Laju ku jawab.Terlupa seketika aku sedang dalam interview tika ini. Kalau bukan mengingatkan Hakimi turut berada disitu aku takkan tinggalkan Aksara. Keluhan berat ku lepaskan.

“Then, is it about love conflict with your colleagues Ithink.” Duga lelaki itu membuatkan mataku mengecil. Memandang tajam melihat kearah lelaki di hadapan itu. “Just Joking. You may go now.” Laju juga lelaki itu bersuara bersahaja sambil mengeliat letih kerana duduk lama menghadap peserta interview yang tidak kurang banyaknya.

“We’ll inform you the result next week. Thank you.” Suara perempuan cantik disebelah lelaki itu akhirnya kedengaran menandakan berakhirnya interview hari itu.

Adakah aku lega? No… Langsung tidak!. Aku rasa inilah interview yang paling haru dalam seumur hidupku. Oh.. Kenapa lelaki itu boleh teka masalah cinta aku pulak ni. Suraya merengus kasar. Melihat wajahnya yang kusut di hadapan cermin dalam tandas. Tidak berpuas hati dengan lelaki itu. Kalau iya pun dia ni ahli nujum, simpan saja lah tekaannya itu dalam kepala otaknya sendiri. Ini tidak. Arghh.. Aku maluuuu..!

******

Surat tawaran kerja ditangan ku buang ke dalam tong sampah yang terletak di hadapan pintu pagar rumah. Terbeliak mata Hanim melihat tingkahku. Laju dia kutip balik surat tersebut.

“AF Architect ” Bulat mata Hanim membaca surat ditangannya. Malas melayan Hanim aku melangkah masuk ke dalam rumah. Hari ini pun aku keluar pergi interview seperti hari-hari sebelumnya. Penat rasanya badan ini. Hari ini saja ada tiga interview yang di hadirinya. Entahkan dapat entahkan tidak.

“Su apsal kau buang surat tawaran ni? Patutnya dapat ko gembira la. Tak perlu nak hadap interview semua tu lagi.” Soal Hanim sebaik melangkah masuk ke rumah. Matanya mencari kelibatku yang sudah pun terbaring letih di atas sofa. Hanim kemudian duduk bersila menghadap mukaku. Dari sisi mataku, dapat ku perhatikan Hanim membuka surat tawaran itu dan membacanya.

“No way. Malu ada lah.”Dengan suara letih aku membalas soalan Hanim. Sesekali dia melihatku kehairanan.

“Malu apasal pulak?” soalnya lagi. Hanim selagi perkara ini tidak jelas di otaknya selagi itulah mulutnya bertanya.

“Huhhhh” Terkejut aku tiba-tiba Hanim mengeluarkan suara yang pelik. Matanya bulat seperti mulutnya yang bulat melopong.

“Ni mesti company ko kantoi tu kan” Pecah suara Hanim gelak mengingatkan peristiwa memalukan interview aku minggu lalu. Terguling-guling dia ketawa sampaikan lantai di tepuk-tepuknya.

“Tapi, rugi ni.. Dah ada peluang takkan ko betul-betul tak mahu?” Sambung Hanim selepas puas ketawa.

“NO.. NO and NO.. Aku rela cari kerja lain.”

******

“What the…” Terbeliak mataku bila melihat calar-calar di belakang kereta kelisa AKA My Baby Red. Tuan punya volkswagen kuning di hadapan ku turut turun meratap melihat hadapan keretanya yang sudah pun remuk. Kepalanya yang tidak gatal digarunya. Oh My Baby Yellow! Pantas matanya mencerlung ke arahku. Aku pula yang masa tu tengah panas hati turut melihatnya tajam. Rasa macam burger ayam sahaja mahluk di depanku ini.

“Macam mana awak drive ni hah?” Mataku yang bulat sudah terasa nak terkeluar bila lelaki itu turut bersuara. Dialognya langsung tak ada beza denganku.

“Mata letak kat lutut ke?” Sambung kami lagi. Serentak!

“Saya nak awak bayar ganti rugi!” Aku sudah menepuk dahi bila kali ketiga kami bersuara ayat yang sama.

“No way, awak yang bayar ganti rugi!” Kali ni aku sudah bercekak pinggang.

“Why should I? It’s not even my fault! Awak yang reverse tak tengok belakang. Awak yang patut bayar ganti rugi kat saya.” Tinggi suara lelaki itu sambil jari telunjuknya menuding ke arahku. Mataku pula dari tadi mengikut gerak jarinya itu.

‘Ups.. Suraya, memang salah kau’ Aku terkedu. Teringat tingkahku kelam kabut menghidupkan kereta dan tanpa melihat belakang, laju aku mengangkat clucth untuk reverse. Tapi disebabkan yang cedera adalah my baby red, aku jadi lupa ingatan. Kali ini aku pula yang menggaru kepala yang tidak gatal.

“Okay, saya mengaku saya yang silap.” Aku melihat lelaki dihadapan ku ini mula menenangkan dirinya. Sedari tadi aku tidak perasan kehadiran seorang wanita comel ditepinya. Menggosok lengan lelaki itu untuk menenangkannya mungkin.

“Ini nombor telefon saya untuk jumlah yang perlu dibayar..” Kad yang ingin ku berikan padanya hanya melekat ditanganku.

“Miss Suraya binti Abdul Nazim, I don’t think you have enough money to cover the damage.” Terbeliak mataku melihat lelaki di depanku melontar nama ku dengan jelas. Nama penuh pulak tu. Dan bagaimana dia tahu aku tengah tak ada duit sekarang ini. Tensyennya…

“For that case, I would like to see you in AF Architect next Monday. Or if you like in the court I guess. You choose.” Lelaki itu melangkah masuk kedalam keretanya dan berlalu pergi meninggalkan aku. Nasib baiklah masa tu taman rekreasi ini tidak menerima kunjungan ramai.

“Oh noooooo.. Nujum Pak Belalang tuuuuu?”

Arghhh… Kesian bumi menerima hentakan bertubi-tubi dari kaki ku. Geram dengan apa yang sedang berlaku. Bala-bala.

*****

“Gulp.. apa lelaki ni buat kat sini..” Mataku menangkap sekujur tubuh yang sedang duduk di kerusi ruang hadapan hospital Bandar Indah ini. Tekun dia menatap telefonnya. Pantas juga aku melangkah mengelakkan diri dari dilihat oleh lelaki itu.

“Takkanlah gara-gara aku tak pergi ofis dia sampai cari kat sini!”Kepala yang tidak gatal ku garu.Otak ku ligat memikirkan persoalan mengenai lelaki itu. “Tapi cemana dia tahu aku dekat sini, doa-doa la dia tak nampak aku.”Langkah ku perlahankan setelah melepasi barisan tempat duduk diruang hadapan itu dan terus menuju ke lif. Sempat lagi melepaskan nafas lega sebelum memasuki lif.

“Ooo Mak Kau” Sumpah aku terkejut melihat lelaki itu berdiri di sisiku. Berdua didalam lif. Sebenarnya tidak berdua. Oleh kerana terkejut, aku terasa bagaikan kami berdua sahaja di dalam lif ini. Tetapi ternyata di belakangku ada beberapa nurse dan makcik dan pacik dan adik dan jugak cucu kepada pacik tersebut memenuhi lif ini.

Aku mencuri pandang ke arah lelaki yang berdiri tegak di tepiku. Tinggi orangnya. Aku hanya di paras telinganya sahaja. Dalam mencuri pandang, mata lelaki itu bergerak melihatku. Kemudian keningnya digerakkan berkali-kali. Kantoi! Aku maluuuuu..!!!

“Umi awak macam mana?” Soalan lelaki itu mengejutkan aku dari duniaku. Dari tadi berteka teki bila lelaki itu tetap mengekori ku hingga ke depan bilik umi ditempatkan.

“Kenapa dengan umi saya?”Soalku kembali kepadanya. Langkah ku hentikan sambil mendongak melihatnya.

“Umi awakkan baru lepas pembedahan jantung. So saya tanya lah macam mana keadaannya sekarang. Awak ni nyanyok ke?” Riak muka lelaki itu yang terbiut sana sini ku perhatikan tanpa ada perasaan. Yang menguasai fikiranku sekarang ni, bagaimana lelaki ini tahu pasal umi?? Automatik mulutku menghembus angin menghala ke rambut hadapanku.

“Awak kan Nujum Pak Belalang. Takkan awak tak tahu Umi saya sekarang macam mana.” Perkataan Nujum Pak Belalang ku tekan. Tidak berjaya memikirkan bagaimana lelaki itu tahu mengenai diriku.

“You call me what?” Soalnya terkejut menerima gelaran baru itu. Bola mataku sudah naik ke atas tanda meluat tahan gaban. Aku tinggalkan dia terkulat dihadapan pintu.

******

“Okay, saya tahu niat awak datang jumpa saya dekat sini. Saya minta maaf. Saya bukan nak lari dari tanggungjawab. Saya tak dapat datang ke ofis awak sebab kebetulan hari pembedahan jantung umi. Saya minta maaf sangat-sangat. Boleh tak awak gugurkan kes tu.” Muka lelaki di hadapan ini melihatku dengan pandangan yang pelik. Dahinya kelihatan berkerut. Manakala muka ku sudah berubah sedih cuba meraih simpati dari lelaki itu.

Sepanjang menjelaskan keadaanku kepadanya, berkali-kali kepala ku anggukkan dan sepanjang itu juga anggukan kepalanya turut mengikutiku.

“Awak.. awak?” Tangan ku lambai-lambaikan di depan mukanya. Lelaki ini boleh pula berkhayal sambil melihat wajahku. Aku dah malu-malu kucing tadi bila dia melihatku tanpa kerdipan langsung. Ingatkan dia syok tengok muka ku yang cute ni kot. Rupanya tengah berangan.

“Fiq !”Seorang doktor perempuan mendekati kami. Ini doktor yang urus kes umi aku ni. Hairan bila mendengar dia memanggil lelaki di hadapanku. Mereka kenal ke? Bermacam-macam soalan lain timbul di kepala ini.

TAP! Bunyi yang kuat dari tepukan Doctor Fisya di dahi lelaki ditepiku mengejutkan lelaki itu dan juga aku. Bulat mataku melihat tingkah perempuan didepanku. Manakala lelaki ditepiku sudahpun sedar dan menggosok dahinya yang berkerut seribu. Lengan lelaki itu diraih dan sekejap itu juga Doktor Fisya menariknya meninggalkan aku. Tersentak bila sesampai di penjuru bangunan ini, lelaki itu menoleh kebelakang. Melihatku tajam. Gulp..

“Miss Suraya binti Abdul Nazim. We are not finish yet. Wait for me at the hallway!” Suara lelaki itu menusuk ketelingaku. Tegas suaranya diikuti riak muka serius darinya. Aku menelan liur. Masih membuang pandang kearah penjuru tempat lelaki itu bediri tadi. Kini yang kelihatan hanya dinding bangunan yang berwarna putih.

Aku takut pula menunggu lelaki itu turun ke ruang legar hospital ini. Jam ditangan ku lihat sudah pun menunjukkan pukul 2.30 petang. Sudah setengah jam berlalu. Tadi baru sahaja dia lihat jam baru menunjukkan pukul 2.22 minit. Tiga minit berlalu rasa bagaikan berjam-jam aku menunggu lelaki itu.

Otak ku lincah mengarang ayat untuk memujuk lelaki itu. Jenuh aku berfikir sampai herot-herot mukaku jadinya. Tidak menyedari pandangan pengunjung hospital yang lain akan perbuatanku itu.

Sekali lagi keluhan berat dilepaskan. Lantai di hujung kaki di perhatikan. Saat itu telingaku menangkap suara lelaki yang tidak asing lagi. Laju mataku melirik lelaki di hadapanku itu. Terkedu. Hati yang sepatutnya sudah semakin pulih makin terluka. Dalam.

Hakimi dengan Aimi Syuhada teman sejawatku juga merangkap teman rapatku sewaktu berada di Aksara. Oh. Sampainya hati mereka. Mata ini hanya mampu melihat mereka berdua bergelak santai berlalu ke arah lif. Mana mungkin Hakimi menyedari kehadiran ku disini kerana matanya bagaikan tergam di wajah Aimi. Pautan tangan Aimi di lengan Hakimi menjadi tumpuanku. Leka memerhatikan mereka akhirnya pandanganku berhenti menatap muka lelaki yang masih belum ku ketahui namanya.

Menyesal!.. Kalau aku tidak perlu tunggu lelaki ini, mata ini takkan lihat perlakuan Hakimi. Dan hati ini tidak akan terus terluka lagi. Yang pasti mata ku rasakan sudah pun berkaca. Airmata ini hanya tinggal untuk jatuh ke bumi sahaja.

“Saya benci awak!” luahku dengan perasaan penuh kebencian. Terpinga-pinga dia bila mendengar kata-kata yang ku ucapkan padanya.

“Why? Apa yang saya buat sampaikan awak benci saya?” Soalan dari lelaki itu hanya berlalu di telingaku. Laju aku menapak ke kereta ku yang terpakir diluar bangunan Hospital Bandar Indah ini. Bila melihat tiada respon dariku, lenganku diraihnya. Tangannya menarik lenganku kasar hingga aku terdorong kearahnya.

“Sakit.” ujarku berusaha melepaskan tangan yang kemas mengenggam.”Lepaslah!” Tangannya sekali lagi ku rentap kasar. Namun tidak cukup kuat untuk meleraikan genggamannya. Apabila sudah berputus asa aku merenungnya tajam. Tanda protest dengan apa yang dilakukannya. Muka lelaki itu pun turut tegang membalas renunganku.

‘Matanya berwarna hazel’ Sempat lagi aku meneliti warna bola mata lelaki ini.

“Just leave me! Saya tak mahu tengok muka awak! Awak tak paham bahasa ka? Tolong lepaskan saya sekarang jugak!” Pecah amarahku bila lama berada dekat dengan lelaki itu. Saat ini aku cuma mahukan ketenangan. Aku mahu lari dari sini. Aku tak mahu berada ditempat yang sama dengan Hakimi.

Sejak berpisah dengan Hakimi sudah berkali-kali aku di timpa musibah. Hari pertama saja sudah kemalangan dilanggar oleh semut kuning AKA volkswagen kuning. Nasib baik tak teruk sangat luka dibadannya. Wait..Volkswagen kuning?

“No Flat kereta awak WYW 1434 kan!” No flat kereta yang jelas berada dihadapan mataku ketika itu menerjah ke ruang ingatan. Kereta yang melanggarku.

“Yes. Why?”Jawabnya dengan riak persoalan.

“Jadi awak lah yang langgar saya hari tu.” Betul-betul tidak menyangka tekaan ku tepat. Keciknya dunia. Sejak berpisah dari hakimi hidup aku asyik berkait dengan lelaki ini. Kini baru aku menyedarinya.

“So Encik Yellow, i think our problem settle here.Seri sebab awak pernah langgar saya. Jadi saya harap awak tak ganggu saya lagi. Now, would you mind to let my hand go?” Sekali lagi tangan lelaki itu ku rentap bila menyedari genggaman tangannya sudah tidak kuat lagi. Berjaya.

“And now Encik Yellow.. What a great name.” Suara lelaki itu sempat ku dengari sebelum aku menutup pintu kereta. Tanpa mempedulikan lelaki yang tengah bercekak pinggang memerhatikan ku. Dapat ku perhatikan riak mukanya yang kelihatan menegahku untuk berlalu. Melihat itu, pantas juga kereta ku undur untuk keluar dari tempat parkir kereta. Tiba-tiba sahaja badan ku terdorong ke hadapan bersama bunyi dentuman kuat. Mata ku alihkan ke belakang. Kaku melihat sebuah kereta yang ku langgar. Laju aku menapak keluar melihat belakang keretaku yang calar sudah pun remuk. Suara pemandu kereta vios berwarna putih itu sudah tidak lagi kedengaran di telingaku. Yang menarik perhatianku hanyalah my Baby Red yang tambah cedera. Teruk. Sama seperti diriku.

‘I hate my life!’

********

“Er.. Thank you.” Wajah lelaki yang berkerut seribu ditepi ku tatap.

“Awak letak mata awak kat mana hah?” Lain pula reaksi lelaki ini. Mukanya jelas menunjukkan dia marah. Tapi kenapa perlu reaksi macam tu sekali pun. Oh Encik Yellow, tolonglah jangan perihatin sangat dengan aku. Nanti aku tangkap cintan kat awak merana pula hati ini. Wajah Doktor Fisya muncul di fikiranku. Manis melemparkan senyuman kepadaku. Dan aku tidak sanggup melukakan hati Doktor Fisya bila tahu kekasih hatinya dirampas oleh aku. Aku bukanlah seorang yang suka memegang watak perampas!

“Macam mana awak boleh dapat lesen kalau macam ni cara awak memandu?” Kedengaran masih tidak puas hati dari mulut lelaki ini. Aku sudah pun memasamkan muka. Muncung yang pasti berdepa. Ini semua pasal lelaki ini la aku di asyik timpa malang. Berada dekat dengannya aku asyik di timpa musibah. Apa la nasib.

“Awak jangan nak salahkan saya pulak. Saya tak ada kena mengena langsung dengan sikap cuai awak.” Laju aku menolehnya. Seolah-olah dia boleh membaca fikiran ku pulak. Seram pulak berada dekat dengan lelaki ini. Oh Nujum Pak Belalang.

“And one more thing. My name is Fiq Adrian. Not Nujum Pak Belalang or Encik Yellow!”

Ok. Aku tak mahu fikir apa-apa sekarang ini. Mata ku beralih melihat lelaki itu. Terkejut rupa-rupanya lelaki itu sedang melihatku tajam. Pantas ku larikan mataku kearah lain.

‘Aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…!’ Teriakan yang hanya bergema dihati.

******

Deringan telefon hanya ku biarkan. Pening kepalaku melihat no telefon tertera bukanlah no dalam simpananku. Nak jawab ke tak?

“Miss Suraya Binti Abdul Nazim” Suara yang lantang keluar dari speaker hp ku jauhkan sedikit. Mendengar nama penuhku lancar dimulut lelaki itu, tahulah aku siapa yang memanggil. Fiq Adrian.

“Er.. Assalamualaikum” Terdiam seketika lelaki itu disebelah sana. Kemudian dia menjawab salamku dengan suara yang serius.

“We need to talk. Kita perlu bersemuka. Saya tak kira awak kat mana sekarang ni. ” Dahi sudah pun berkerut mendengar ucapan lelaki itu. Apa lagi masalah lelaki ini. Seingat aku, masalah antara aku dan dia sudah pun selesai. Lagi pun masalah itu semua sudah pun 2 bulan berlalu. Jadi untuk apa pertemuan ini. Dan satu lagi. Mana dia ambil nombor telefon aku. Lelaki ini memang sungguh licik.

“Saya minta maaf. Saya betul-betul tak boleh jumpa awak buat masa ni.. ”

“Amboi pengantin busy dengan telefon dia ja. Esok dah ada depan mata, haa tak perlu dah telefon tu” Usikan mak andam yang bising memenuhi bilik menjadi tumpuan Fiq Adrian. Terbeliak matanya.

‘Aik. Putus ka?’ Telefon yang sudah pun tamat talian ku perhatikan. Menunggu kalau-kalau lelaki itu menelefon ku semula. Namun telefon itu tetap senyap.

“Apa dia la Fiq Adrian ni. Tak paham” Rungut ku sendiri. Mata ku alihkan melihat adikku Suriani. Seri pengantin jelas terpancar diwajahnya. Esok hari yang sepatutnya menyatukan aku dengan Hakimi telah bertukar menjadi hari penyatuan adik ku Suriani dan pasangannya Akmal. Sedih yang bertandang dihati cepat-cepat ku padamkan dengan mengukir senyuman kepada adikku yang sedang ketawa ceria melihatku.

*****

Nafas ku tarik dalam-dalam. Wajah dihadapanku benar-benar menguji akal dan fikiran ku tatkala ini.

“Along, bawa la kawan kamu ni masuk.”Suara umi yang perlahan. Senyuman ceria diwajah umi ku balas.

“Apa awak buat dekat sini? Dan macam mana awak boleh sampai dekat kampung Umi saya pulak ni?” Wajah Adrian yang kemerahan ku tatap penuh persoalan. Suasana majlis kenduri berjalan dengan lancar walaupun awal pagi tadi kelam kabut sedikit.

“I thought it was your wedding day.” Ucap lelaki itu perlahan ditelingaku. Bulat mataku melihatnya.

“None of your business.”

“Yes it is! I’ve fall for you!” Terkejut aku mendengar ucapan lelaki itu. Mukanya yang serius itu ku perhatikan.

“Dasar lelaki. Tak pernah cukup dengan seorang! Awak dah ada Doktor Fisya, berani awak kata dah jatuh cinta dekat saya pulak?” Lantang suara ku menarik perhatian beberapa pengunjung yang berhampiran dengan kami.

“Doktor Fisya?” Terkejut mendengar nama itu disebut. Barangkali lelaki itu sudah pulih ingatannya pada kekasihnya itu.

“Baru nak ingat kekasih yang awak usung sana sini tu?” Suara yang kasar ku lepaskan. Tanpa menoleh ke arah lelaki itu, laju kaki ku menapak ke dalam rumah. Benci melihat lelaki itu.

Perasaan sedih tiba-tiba menguasai hati. Sesungguhnya dua bulan yang lalu, setiap hari ingatan kepada lelaki itu sentiasa terlintas di fikiran. Makin kuat bila menerima panggilan dari lelaki itu semalam. Walaupun cuba dibuang jauh, namun sampai kedalam mimpi pun lelaki itu datang mengacau.

Kusut! Aku cuba berfikir positif untuk tidak terbuai dengan rasa yang hadir. Cukup la aku merasa sakitnya hati akibat perempuan lain. Jangan pula aku yang menjadi penyebab luka dihati kaum sejenisku.

Deringan telefon menyedarkan aku. Sekali lagi no telefon tidak bernama tertera.

“Assalamualaikum..” Suara lembut menusuk ke telingaku. Tertanya-tanya siapa gerangan orang yang menelefon ku.

“Waalaikumussalam”

“Boleh saya cakap dengan cik Suraya?”

“Ya, saya.”

“Ni Doktor Fisya.” Tergamam aku mendengar nama perempuan itu. “Cik Suraya.. cik ada lagi tak ni?”Panggilnya lagi lantas ku sahut.

“Okay, Fiq suruh saya telefon awak. Katanya ada salah faham sedikit.”

“Doctor Fisya jangan risau. Saya takkan jadi penyebab perpisahan antara awak dengan Fiq Adrian. Saya tahu betapa sakitnya hati bila diduakan oleh kekasih yang kita sayangi.” Laju ku potong ayat Doktor Fisya. Terdiam perempuan itu disana. Tidak berapa lama kemudian, kedengaran tawa kuat dari Doktor Fisya. Aku pula yang terkejut memikirkan reaksi perempuan itu.

“Memang salah faham ni. Fiq Adrian tu adik sayalah.” Ujar suara itu disebelah sana masih bersisa ketawa. Sekali lagi aku terkejut mendengar kenyataan itu. Jadi betul lah aku salah faham ni?

“Jadi betul lah adik saya cari awak sampai kat sana?” Soalan dari Doktor Fisya sudah tidak ku hiraukan. Mata ku mula mencari kelibat Fiq Adrian diluar rumah. Kelihatan dia sedang duduk sambil menongkat dahinya.

Langkah kaki ku mula bergerak menuju mendekatinya.Bila lelaki itu tetap juga melihat alas meja yang berwarna torqoise itu aku berdehem. Menarik perhatiannya.

“Ehem..” Wajah lelaki itu terus terangkat melihatku berdiri disisinya. Kerusi kosong ku tarik lantas duduk ditepi lelaki itu. Wangian yang di pakai Fiq Adrian membuat sedikit getar dihati.

“I have fallen for you since our first met.” Ucapan lelaki itu yang merenungku.

“Sejak kemalangan tu?” Soal ku. Kerana seingat aku, kali pertama kami bertemu ketika aku dilanggar olehnya.

“Tak, It was Hakimi yang kenalkan saya pada awak. ” Bila masa pulak aku kenal dia ini. Seingat aku Hakimi jarang perkenalkan aku dengan kawan lelaki dia. Dan aku benci dengar nama Hakimi disebut.

“Awak tak ingatkan. Masa tu awak dengan Hakimi tak jadi lagi. Kebetulan masa lunch, awak cepat-cepat pergi.” Sambungnya lagi. Aku pula hanya mengangguk-anggukkan kepala walaupun sebenarnya langsung tidak mengingati kejadian itu. Oh my, maknanya dia dah kenal aku 4 tahun yang lalu?

“Tapi saya frust bila dapat tahu awak dengan Hakimi.. But then, awak muncul semula depan saya. Dan tiap kali pertemuan antara kita makin menguatkan rasa cinta saya pada awak.” Fiq Adrian tersenyum sambil bercerita mengenai perasaannya.

“Saya dah serik awak. Kalau awak betul-betul serius dengan saya. Masuk meminang.” Mulut ku yang sudah terlepas cakap ku tutup. Wajah Fiq Adrian pula makin ceria mendengar ayat yang keluar dari mulut celuparku itu.

“Seriously?” Soalnya laju. Matanya bulat memandangku.

“No. I didnt mean it”

“Yes you mean it.”

******

“So tell me, What do you like about me?” Soalku sambil menatap wajah dihadapanku. Lelaki itu tengah asyik menatap wajahku. Tergugat sedikit ketenangan diwajahnya mendengar soalanku. Ketawa kecil lepas dari mulutnya.

“Your carelessness.” Ternganga aku mendengarnya. Macam ini pun boleh jadi ka? Ni betul-betul ke dia nak main-mainkan aku.

“Awak cuai sangat sampaikan saya rasa saya perlu jaga awak. Sentiasa disisi awak supaya saya dapat melindungi awak.” Tambah masam muka ku mendengar pengakuan dari Fiq Adrian. Tak ada kah kata-kata jiwang yang boleh dia jadikan alasan. Oh wajahmu ibarat bulan dilangit menerangi malam ku. Uwekk. Aku sendiri rasa nak termuntah.

“Pasal Accident haritu pun awak yang meluru lintas jalan sedangkan kereta saya yang besar macam tu pun awak tak nampak. Kecut hati saya bila nampak orang yang saya langgar adalah orang yang curi hati saya suatu ketika dulu. Alih-alih lain pulak yang awak balas kat saya. Geram sangat tahu tak.” ujarnya panjang. Pipiku pula suda menjadi mangsa cubitannya.

“Lepastu abang tunggu sayang dekat ofis, tapi Setiausaha abang kata sayang tak datang lapor diri. Rasa punah harapan abang kejap. Ingatkan boleh la abang cuci mata tengok wajah sayang kat ofis nanti. Terubat juga rindu abang ini.”

“Sapa suruh awak suka sangat jadi nujum pak belalang. Ha.. Saya pun tebal muka la nak terima tawaran tu.” Sesekali aku memotong ayatnya. Kedengaran semuanya lebih kepada silap yang aku buat.

“Abang kan kawan Hakimi. Abang tahu la apa yang jadi masa tu.”Gelak lelaki itu ku balas dengan jelingan tajam.

“Masa tu abang rasa frust sangat bila sayang tak juga munculkan diri dekat ofis. Along bawa la abang jalan-jalan kat taman tu. Mana tahu, rancangan Allah sekali lagi abang ditemukan dengan sayang. Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya abang dapat jumpa sayang semula.”

“Tapi awak beriya-riya salahkan saya kenapa pulak? Siap nak bawa ke mahkamah lagi tu” Tidak puas hati dengan Fiq Adrian kerana apa yang dia cakapkan berlainan dengan keadaan yang berlaku ketika itu.

“Itu taktik namanya. Supaya sayang tak lari lagi dari abang.” Kening lelaki itu kelihatan terangkat-angkat.

“Okay, lepastu?”

“Kebetulan pembedahan umi, Along yang handle. Jadi abang tahu lah pasal umi. Tak sangka boleh terserempak dengan sayang dekat lif sekali lagi.”

“Saya ingatkan awak cari saya sampai kat hospital sebab kes tu” Berkerut kening ku melihatnya. Pecah ketawanya sekali lagi.

“Sepanjang dua bulan kita tak jumpa, abang rasa dunia abang sunyi gila. Abang asyik teringat kat sayang. Menunggu kalau-kalau kita jumpa lagi. Tapi sampai 2 bulan abang jadi tak senang duduk. Abang pun kerah setiausaha abang untuk cari semua resume sayang. Dari situ abang tahu no telefon sayang. Tapi bila dapat dengar suara sayang pulak, terdengar pulak orang kat belakang tu cakap sayang nak kahwin. Abang pun apa lagi. Laju cari alamat sayang. Abang tak mahu kehilangan sayang lagi. ” Aku melihat suami yang baru ku nikahi ini meluahkan perasaannya. Mendengar bait-bait dari mulutnya, baru aku perasan dia telah menukar kata ganti diri dari saya awak kepada abang sayang. Tak semena-mena pipiku berubah warna.

“Tapi alamat dalam resume tu kan alamat rumah saya, bukan alamat rumah umi”

“Yang tu kena berterima kasih dekat Along.”Jawabnya pendek. Hujung hidungku dicuitnya. Senyum melihatku kehairanan. “Along minta kat umi GPS kordinat ke rumah. Dengan paksaan abang.” Sambungnya sambil ketawa besar. Aku tak percaya dengan jawapan Fiq Adrian di hadapan ku ini. Oh suami ku ini memang sungguh licik.

“Abang tak mahu kehilangan sayang lagi” Kedua-dua tanganku dikucupnya lembut. Matanya tertutup rapat menghayati malam yang sunyi ini. Perlahan dia menarikku kedalam dakapannya.

‘Andai ini jodohku ya Allah, Satukan lah hati kami hingga ke syurgamu.’ doaku dalam hati bersama senyuman yang terukir.

*****

Terngiang-ngiang suara Hakimi yang mengajak ku untuk turut mengikutnya lunch bersama dengannya. Katanya bukan kami berdua sahaja, tapi dengan seorang lagi kenalannya. Aku hanya mengangkat ibu jari memberi persetujuan kepadanya.

Dari luar lagi aku tengok restoran yang dipilih Hakimi dan sahabatnya sesak dengan pelanggan yang pastinya sedang kelaparan ketika itu. Hakimi sudah pun masuk ke dalam restoran tersebut, manakala aku pula singgah ke kedai buku disebelah restoran tersebut.

Pang!.. bunyi hentakan tiba-tiba membuatkan kepalaku sedikit pusing. Dahi yang sakit terhantuk dengan dinding kaca ku gosok perlahan. Auch. Aku tak perasan langsung pintu kaca itu. Mata ku perhatikan sekeliling melihat andai ada yang menyedari kecuaianku. Fuh. Masing-masing asyik dengan makanan di hadapan mereka.

Lantas pintu ku tarik dan melangkah masuk ke dalam restoran itu. Tapi suara lelaki dibelakang ku menghentikan langkahku. Ku lihat dia menggosok dahinya yang terkena pintu yang ku buka kasar.

“Ups Sorry” Bulat mataku melihat lelaki itu. Melihat anggukan kepala lelaki itu aku terus melangkah masuk.

Mataku memandang mencari kelibat Hakimi. Kelihatan dia sedang duduk sambil membaca surat khabar di penjuru restoran tersebut. Kakiku terus mengorak langkah menuju ke meja dimana Hakimi berada. Tapi entah tiba-tiba terasa badanku melayang. Tidak menyedari lantai yang ku pijak licin menyebabkan aku hilang pertimbangan dan jatuh kebelakang.

Mata yang ku pejam rapat ku buka perlahan. Mataku kemudian menangkap mata lelaki atasku. Sesaat. Dua saat. Mataku bulat melihat tangannya yang memeluk ku dan kemudian kepalaku berpaling melihat lantai yang 50cm di bawahku. Kedengaran sorak dari pelanggan-pelanggan dalam restoran ini. Serta merta juga aku berdiri dan melepaskan diri dari lelaki itu.

Sambil tersengih malu aku berlalu selepas berterima kasih atas pertolongannya.

“Are you okay?” Soal Hakimi selepas aku duduk di hadapannya. Mukanya jelas kerisauan. Mungkin dia terlihat adegan tadi.

“Quite okay. Malu kot” Jawabku sambil memegang kedua belah pipi. Hakimi kemudiannya hanya tergelak melihat reaksiku.

“Assalamualaikum. Bro” Seorang lelaki tiba-tiba muncul di sisiku dan berjabat tangan dengan Hakimi. Aku hanya melihat mereka berpelukan sesaat. Tapi aku macam kenal warna baju lelaki itu. Rambutnya pun macam kenal.

Lelaki itu duduk disebelahku dan berpaling melihatku.

“Name is Fiq Adrian” Ujar lelaki itu sambil tersenyum geli hati. Mataku yang pasti sudah pun terbeliak melihat lelaki itu.

-End-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Nujum Pak Belalang A.K.A Encik Yellow”
  1. Snow Sakura says:

    nice one! i like the way u ended up the story.. lain drpd yg lain, keep it up writer! :)

  2. dijapinky says:

    very nice.love it.sweeettttt……..

  3. put3isabella says:

    CITE BEST TP MCM KLNGKBUT CIKIT..MAYB WRITER NK PNDIKN CITE NIE KOT..TP STILL BOLEH PHM LG..OVERALL CITE OKEY…GUD WRITER

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"