Cerpen : Orang Gaji

15 March 2013  
Kategori: Cerpen

60,845 bacaan 134 ulasan

Oleh : szaza zaiman

“Zahratul Aishah!.Apa kamu buat tu?.”

Aku terpaku,seraya menoleh.Siapakah gerangan yang menegurku itu.Pandanganku bersatu dengan seseorang yang begitu sinonim denganku,keningnya yang tebal itu betul-betul menjadikan dia begitu kacak di mataku.Itulah dia ketua pengawas sekolah kami yang di gilai ramai walaupun oleh adik-adik tingkatan satu.

“Zahratul Aishah!.”.Aku tersentak lagi.Aduhh!.Malunya aku,kalaulah dia tahu aku sedang menganalisis dan memuji dirinya dalam hati.

Ooo,..ya,ya.Ada apa ya?”.

“Engkau ni melamun ya,kau buat apa kat sini?.”

“Alah!Buat bodo jerr” aku buat muka selamba.Konon-kononnya nak cover malu aku tadi tu.Ya la, sudah di sergah oleh jejaka pujaan.Dah tu sibuk pula nak merenung dia,aku mengulum senyum.Dalam hati aku ni dah macam laut yang sedang bergelora.Dupp dapp,dupp,dapp.Sempat lagi nak control ayu.

“Ehh,kau jangan main-main,aku serius ni.Orang lain semua sibuk di dewan sana.Kita kan nak sambut hari guru esok.Bukan kerr kau ada tugas,yang dok melamun di sini apa kes?”

Alamak!!.Dah salah time buat lawak la tapi kau tetap mancho dan hensem walau tengah marah wahai jejaka pujaan hatiku.Aku bermonolog dalam hati.

“Ya la,aku tahu la.Tapi aku bukan melamun la,aku tengah cari ilham ni” aku cuba membela diri.Aduhai Mohd Danial Haziq pujaan hati.Kau tak tahu kerr sejak mula mengenalimu hatiku ini sudah di curi,tapi kau seakan tidak pernah mengerti hati ini.Cehh,..sempat lagi aku nak reka puisi tapi sayangnya semua kata-kata itu hanya mampu ku luahkan di dalam hati.Nak mampus cari pasal dengan jejaka paling famous di sekolah ni.Tak pasal-pasal aku akan di herdik dan di sindir oleh kawan-kawan yang lain.

“Sudahlah! Aku tunggu kau di dewan.Dalam masa lima minit kalau batang hidung kau tak nampak juga,siap la kau!”

“Ehh! Memey la,.. batang hidung aku mana boleh nampak,lain la kalau aku accident kerr,”
Aku berkata perlahan.Lebih untuk diri sendiri sebenarnya.

“Apa kau cakap?”

“Erkk,..aku tak cakap apa pun,” dengar rupanya mamat ni.Telinga lintah betul,tapi,..ehh lintah ada telinga kerr? Aku senyum sendirian,lucu pula rasanya.

“Tuu,..yang senyum sorang-sorang tu apa hal pulakk?”

“Oii,..kau jalan lah,tadi dah tak sabar sangat nak pergi ke dewan tu.Ntah ada bidadari mana yang dok tunggu di sana,biarlah aku nak senyum sorang-sorang pun.Apa kau kisah,”.Aku dah mula bengang.Tadi aku syok-syok dok melamun tepi padang ingat kat dia.Khayalkan dia, sedap-sedap jerr dia datang sergah aku.

“Ermm,boleh tahan jugakk bidadari aku yang sorang ni,”

“Whatt?”

Apa dia cakap tadi? Aku ni bidadari dia? Aku salah dengar kerr or dia yang sedang demam kepialu? Merah juga muka aku menahan perasaan malu.Walau sebenarnya aku ni dah mula perasan.Aii,..sukanya aku.Aku cuba menahan senyum.Aku tahan sedaya mungkin.Kalau tengok dek mamat ni karang tentu dia akan cakap aku senyum sorang-sorang lagi walau memang betul pun aku dok senyum sorang-sorang.

Aku terus mengikutnya dari belakang,laju langkahnya,rasa teruja pula bila si idaman hati datang untuk memanggilku.
…………………………………………………………………..

Aku tersenyum sendirian.Itulah kenanganku di zaman persekolahan.Mohd Danial Haziq pun entah di mana sekarang.Selepas habis tingkatan lima masing-masing membawa diri.Aku sendiri melanjutkan pelajaran ke UITM.Sekarang aku sudah berjaya sebagai seorang penulis.Taklah gah sangat pun,aku menulis sekadar suka-suka saja pada asalnya walau pun itulah impianku sejak sekolah rendah lagi.Aku sendiri pun tak yakin bahawa aku mampu untuk menjadi seorang penulis ni.Aku mula bergiat menulis bermula dari sekolah lagi bila puisi dan cerpen aku selalu di siarkan dalam majalah sekolah.Selepas itu bila aku mula belajar di UITM aku sering di cabar teman-teman rapat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan menulis cerpen.Sudah banyak kali aku mencuba nasib tapi aku selalu gagal,namun aku tak pernah berputus asa.Aku teruskan usaha aku untuk terus menulis.Seorang penulis memerlukan imaginasi yang sangat tinggi dan aku memang orangnya yang paling suka berangan bila setiap kali berkesempatan.Jangan tak tahu time makan pun sempat lagi aku berangan.Hmm,..biasalah tukan!.

“Mak! Shah ingat Shah nak kerja la.Nak cari pengalaman sikit.Boleh juga nanti buat cerita real.” Aku suarakan keinginanku pada emakku.Kalau nak di ikutkan duit royalti yang aku dapat hasil jualan sepuluh buah novel aku yang telah ada di pasaran pun rasanya dah lebih dari cukup,tapi untuk menyiapkan novel terbaru aku ini, aku perlukan pengalaman baru kerana novel aku ini lain dari yang lain.Aku nak buat kisah mengenai seorang gadis miskin yang terpaksa bekerja mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupannya sendiri yang sudah jadi sebatang kara.

“Hai,..tak cukup lagi ke duit royalti yang Shah dapat tu?.” emak aku mula menyoal.Aku yang sedang melayan chat melalui satu ruangan sembang di dalam penulisan2u menoleh pada emakku itu.

“Bukan tak cukup la mak.Shah nak cari pengalaman sendiri untuk siapkan novel Shah yang terbaru ni.Bolehlah mak,bila dah ada pengalaman sendiri nanti senang la Shah nak tulis cerita ni.” aku menerangkan hasrat aku pada emak aku.Harap emak aku izinkanlah hajat aku yang memang tak masuk akal ni.Kerja yang nak aku cari ni memang cukup mencabar la juga,bukan calang-calang orang yang mahu melakukannya.Mungkin aku orang pertama yang terdesak untuk buat kerja itu demi kerjaya aku ni.Cewahh! Kerjayalah sangatkan!.

“Cerita apa pula Shah buat kali ni?” emak aku menyoal lagi.Aku senyum lagi pada emak aku.

“Kisah orang gaji miskin mak.” emak aku renung aku semacam.Mungkin sedang memikirkan sesuatu.Lama juga emak aku berkeadaan begitu sebelum menyoal aku sekali lagi.

“Shah nak jadi orang gaji ke?.Kebetulan ada seorang kawan mak ni memang nak pakai orang gaji sebab orang gaji dia yang lama tu dah habis tempoh permit dia.Shah nak ke?.Nanti mak boleh tolong Shah rekomenkan kerja tu untuk Shah.”

Bagai pucuk di cita ulam yang mendatang.Sehabis emak aku berkata begitu terus aku terpa emak aku dan peluk dia erat.Yess!.Aku happy sangat.Nampaknya laluan untukku terlalu mudah.Allah lorongkan jalan untukku untuk terus berjaya dalam bidang ni.Aku baru plan nak tengok iklaneka dalam surat khabar.Nampaknya peluang sudah datang bergolek di depan mata.

“Alhamdulillah.Shah nak la mak,tapi mak kena tolong Shah la.” aku lepaskan pelukan aku.Sambil mengadap emak aku dengan wajah yang ceria,aku mula merangka ayat di dalam minda untuk berpakat dengan emak aku agar status aku di rahsiakan.

“Yalah.Nanti mak bagi tahulah dengan kawan mak tu.” emak aku menganggukkan kepalanya sambil berjanji untuk membantu.

“Shah nak minta tolong mak rahsiakan yang Shah ni anak mak.Mak kelentong sajalah kawan mak tu.Cakaplah kat dia yang Shah ni orang susah.Sebatang kara.Tak ada tempat bergantung.Bolehkan mak?” aku buat permintaan gila tu.Emak aku dah buntangkan matanya yang tak berapa nak besar tu.

“Kenapa pula nak rahsia.Suka sangat nak jadi macam tu?.Betul-betul jadi sebatang kara baru tahu?” emak aku dah mula nak berleter.

“Ala mak,..ni untuk cerita Shah ni.Kalau kawan mak tu tahu Shah ni anak mak tak best la nanti.Tentu mereka akan layan Shah elok-elok, nanti cerita Shah dah tak real la mak.Please mak!.” aku merayu mak aku.Mak aku terdiam lama.Aku pandang mak aku tak berkelip.

“Nantilah mak fikir dulu.”

“Alaaa,..” aku rasa sedikit kecewa.Takut juga emak aku tak setuju dengan idea bodoh aku tu.Dah sah aku masih ada keluarga.Emak dengan ayah aku pun masih sihat walafiat lagi.Abang aku pun masih hidup.Kedua orang kakak aku pun ada lagi dan aku ada seorang adik lelaki yang muda setahun dari aku.

……………………………………………………………….

Impian aku tercapai juga akhirnya untuk bergelar orang gaji terhormat.Ececehh,.haha,terhormatlah pulak.Kalau orang dengar ni tentu aku kena sound punya.Tapi orang gaji pun kerja jugakan?.Halal jugakkan?.Aku bukan mencuri pun.Sudah seminggu aku kerja di rumah agam ni.Tak sangka betul ada juga kawan mak aku yang mempunyai rumah sebesar ini.Kami ni walau bukan tergolong dalam golongan miskin tegar tapi taklah semewah mana pun.Memandangkan ayah aku pun pekerja pegawai kerajaan.Abang aku seorang bisnesman yang berjaya.Kedua kakak aku pun bukan calang-calang orangnya.Kakak aku yang no dua jadi bos kedai bunga.Yang no tiga pula buka butik pakaian pengantin.Adik aku pun dah kerja sebagai model majalah fesyen.Adik aku cakap kerja model tu cuma part time dia saja sementara nak dapat kerja sendiri.Aku kerja goyang tangan saja di rumah.Buat apa lagi.Hari-hari aku menaip.Kalau aku tukang jahit boleh la aku cakap aku ni goyang kaki kan?.Hehehe,..okey aku mengaku kami tak hidup mewah tapi cukuplah kalau nak cakap hidup secara sederhana.Hmm,tak baik membangga diri ni.Allah tak suka tau!.

“Shah!. Tengahari ni Shah masak banyak sikit tau.Saya nak bawa kawan makan di rumah.Kami ada perbincangan sikit.” Puan Syarifah menegurku ketika aku sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.Nasib baik aku sempat berguru dengan mak aku di rumah.Kalau tak tentu teruk juga aku nak membiasakan diri nak jadi orang gaji ni.Walau pun di rumah kami tu ada pembantu rumah tapi emak tak pernah memanjakan kami adik beradik.Sejak kecil kami memang di ajar untuk berdikari.

“Baiklah puan.” aku menjawab pantas.

“Nanti saya suruh Pak Mat bawa awak ke pasar.Ni duit belanjanya dua ratus ringgit.” Puan Syarifah meletakkan duit di atas meja.Aku dah mula garu kepala.Walau pun aku bertudung.

“Errr,..puan! Agaknya apa yang perlu Shah masak?” jujur aku langsung tak ada idea nak masak apa.Kalau tak tanya awal-awal ni nanti boleh sewel aku berfikir.Selama seminggu di sini memang aku selalu minta tunjuk ajar dari Puan Syarifah apa yang perlu aku masak untuk keluarganya.Aku bukannya tahu apa selera mereka anak beranak.Dalam rumah ni cuma ada lima orang penghuni saja termasuk aku.Puan Syarifah,suaminya Encik Nazir,anaknya Yusrina Aulia dan yang bongsu Mohd Yusri Ikbal.Itu saja yang aku tahu.Menurut Puan Syarifah anak sulungnya sudah berkahwin.Anak keduanya pula bekerja sebagai pilot dan hanya pulang sekali sekala.Aku pun malas nak ambil tahu lebih-lebih.Apa yang di cerita itu sajalah yang aku simpan dalam minda aku ni.

“Awak masak sajalah apa yang awak tahu.” simple saja jawapan Puan Syarifah.Sudah!.

“Untuk berapa orang puan?” aku tanya lagi.Orang cakap, malu bertanya sesat jalan jadi tanya saja selagi boleh tanya.Sambil bersoal jawab tu tangan aku tetap berjalan.Sarapan telah terhidang di atas meja.Nasi goreng dan sandwich sardin aku sediakan pagi tu.

“Tiga orang saja.Pukul satu nanti saya balik.Pastikan awak dah masak waktu tu.” sambil berbual Puan Syarifah menolong aku menghidang.Air milo panas yang aku dah bancuh di ambil dan di hidangkan di atas meja.Aku ke rak pinggan pula dan mengambil pinggan lalu meletakkannya di atas meja.Puan Syarifah menarik kerusi dan memasukkan nasi goreng ke dalam pinggan.Datang pula Encik Nazir di susuli Yusrina dan Yusri yang berpakaian sekolah.Yusrina masih belajar di salah sebuah kolej multimedia manakala Yusri pula masih belajar dalam tingkatan lima.

“Good morning ma,good morning pa.” Yusrina memberi ucapan selamat untuk kedua orang tuanya.Aku tersenyum,kalau di rumah aku, kami selalu memulakan pagi hari dengan ucapan salam.

“Amboi! macam sedap saja ni.” ramah Encik Nazir menegur.Aku tak menjawab.Sehabis selesai kerjaku menghidang aku terus menuju ke dapur.Malas la aku nak tunggu lama-lama.

“Shah! Kita makan sekali.Tinggalkan dulu kerja tu.” baru berjalan beberapa langkah,Puan Syarifah memanggil aku.Aku mengeleng.Kadang-kadang aku hairan juga dengan layanan Puan Syarifah dan Encik Nazir terhadapku.Mereka baik sangat,cuma Yusri dan Yusrina saja yang tak pernah menegur aku.Kalau aku soal sepatah.Sepatah juga yang mereka jawab.Kalau soal sepuluh patah,erm,..macam nak tak hendak saja mereka jawab.Ahh,biarlah.Akukan cuma orang gaji saja.

“Tak apalah puan.Shah tak lapar lagi pun.” aku cuba mencipta alasan.Sebenarnya aku lapar sangat-sangat,tapi aku pun nak sedar diri juga.Akukan cuma pembantu rumah takkan nak makan semeja dengan tuan rumah pula.Haih! Kalau tengok drama or filem dalam tv tak pernah pula aku tengok pembantu rumah makan semeja dengan tuan rumah ni.Aku kembali melangkah ke dapur,menyelesaikan kerja aku yang tertangguh tadi.Kerja aku dalam rumah ni bermula seawal jam enam pagi.Selepas solat subuh aku dah mula keluar ke dapur untuk memasak sarapan pagi.Bila semua orang dah keluar rumah baru aku pula yang bersarapan sorang-sorang.Pak Mat pula drebar Encik Nazir.Selepas menghantar Encik Nazir ke pejabat baru Pak Mat akan datang semula untuk mengambil aku pergi ke pasar.Itu pun kalau ada barang yang perlu di beli atas arahan Puan Syarifah.Pukul 7.00 malam adalah masa rehatku.Makan malam aku selalu masak di waktu petang kerana Puan Syarifah sekeluarga jarang makan di waktu malam.Mungkin itu dah jadi kebiasaan mereka sekeluarga kot!.Waktu malam itulah aku akan berkurung dalam bilik,keluarkan laptop dah mula goyangkan tangan.Buat apa lagi! buat kerja aku la,mengarang cerita rekaanku itu.Dalam ceritaku itu aku tulis pengalaman aku sebagai pembantu rumah,cuma aku ubah sikit jalan ceritanya,kononnya aku kena dera,kena herdik,kena hina dan siap kena caci maki lagi dengan tuan rumah,jauh berbeza dengan apa yang aku tempuhi di rumah ini.Aku bayangkan wajah Puan Syarifah yang garang dan watak Encik Nazir yang miang.Aku tak tahu lagi apa kesudahan cerita aku ni,selalunya sebuah novel yang aku siapkan mengambil masa tiga bulan juga kalau aku langsung tak kekeringan idea,tapi ada masanya bila aku blurr aku lebih suka melayan internet.Itulah kerja aku hari-hari.

………………………………………………………………………………

Balik dari pasar aku tergaman bila ada seorang lelaki yang sedang menunggu di halaman depan rumah Puan Syarifah.Pak Mat yang mula nak membelok kereta keluar semula dari perkarangan rumah aku tahan.Terkejut Pak Mat bila aku ketuk cermin kereta bertalu -talu.Pak Mat segera membuka cermin tingkap kereta.

“Kenapa Shah?” Pak Mat menyoal.Aku luruskan jari telunjukku ke arah lelaki yang sedang memerhatikan kami.Pak Mat keluar dari kereta sambil tersenyum dan menuju ke arah lelaki itu.Aku masih berdiri di tepi kereta,langsung tak berani berganjak.Aku nampak Pak Mat bersalaman dengan lelaki itu dan mengamit aku supaya pergi kepada mereka.Aku melangkah perlahan.Masih ada rasa curiga.

“Shah! Ni Pak Mat nak kenalkan Encik Airil Farhan,anak Puan Syarifah dan Encik Nazir yang no dua,dia bercuti sekarang ni,jadi dalam minggu ni dia akan ada di rumah ni jadi Shah kena masak lebih la mulai hari ini.” ramah pula Pak Mat bercerita.Aku hanya menganggukkan kepala.Lelaki tadi merenung aku semacam.Macam aku nak tanya pula kat dia.Aku ni dah ada tanduk ke sampai begitu sekali dia pandang aku.Aku perhatikan diri aku pula.Okey saja pakaian aku,baju kurung kain kapas dengan tudung arini labuh melebihi paras dada.Baju muslimah ni,kot baju seksi okey juga kalau dia nak pandang aku begitu sekali.

“Siapa ni Pak Mat?” lelaki itu pula menyoal Pak Mat.Aku masih kaku di depan mereka.

“Aishah ni pembantu rumah baru,tak apalah Encik Airil,Pak Mat nak kena pergi pejabat balik ni,tadi Encik Nazir dah telefon.” aku dah mula mengelabah bila dengar Pak Mat berkata begitu.Maknanya aku hanya akan berdua saja di rumah bersama lelaki ini.Oh tidak!

“Eh Pak Mat! takkan nak tinggal kami berdua saja kot?” aku mula menyuarakan kegusaran hatiku.

“Err,..” hanya itu yang keluar dari mulut Pak Mat.Dia menoleh ke arah Encik Airil.Mungkin Pak Mat sendiri pun serba salah.Selalunya Puan Syarifah ada di rumah cuma hari ini dia ada urusan,almaklumlah Puan Syarifah bergiat aktif dalam beberapa persatuan kaum wanita.

“Tak apa,saya pun nak keluar ni,nak jumpa kawan.” aku menarik nafas lega dan meminta diri untuk masuk ke rumah.Aku tinggalkan Pak Mat dan Encik Airil.Mudahan Encik Airil terus keluarlah.Aku pun seram juga kalau dia ada bersama.Aku terus menuju ke dapur.Puan Syarifah sudah pesan akan balik pukul satu,rasanya sempat lagi kalau aku nak masak ni.Dari pasar tadi lagi aku dah plan nak masak rendang ayam,daging masak tok,sup tom yam ayam dan sayur campur goreng.Ayam aku sengaja beli lebih untuk di buat ayam goreng tepung.Sebenarnya ayam goreng tepung ni favourite aku.Hehehe.

“Dah lama awak kerja sini?” aku tersentak.Asyik benar aku membuat kerja hingga tak sedar Encik Airil sudah ada di ruangan dapur.

“Baru seminggu Encik Airil.” aku mula berdebar.Weh! Siapa yang tak takut kalau berduaan dengan seorang lelaki.

“Suka kerja sini?” banyak pula soalan Encik Airil ni.

“Encik cakap tadi nak pergi rumah kawan.Lebih baik encik pergi sekarang,kalau tak nanti kesian kat kawan encik tu,mesti dia dah lama tunggu encik .” aku tukar topik.Soalan Encik Airil tu langsung tak penting,yang penting sekarang ni aku tengah takut gila berduaan dengan dia dalam rumah ni.

“Kenapa? Awak takut saya apa-apakan awak ke?” Encik Airil masih lagi nak meng’interview’ aku.Macam aku nak bagi tahu saja dia aku dah lulus dah sesi interview dengan Puan Syarifah.

“Tak! Bukan macam tu,tapi malang tak berbaukan? Lagi pun bukan encik ke yang cakap tadi nak pergi rumah kawan encik.” aku dah mula bengang dengan Encik Airil ni tapi aku kawal juga nada suara aku.Mana boleh marah anak majikankan,nanti tak pasal-pasal kena buang kerja.

Aku malas nak layan Encik Airil ni,aku terus sibukkan diri dengan kerja aku.Aku bawa ayam dan daging ke singki.Selalunya aku akan masak lauk dulu,bila dah agak semua orang akan pulang ke rumah baru aku akan masak nasi.Masa itu penting bagi aku.Nasib baik ada jam dinding di dapur jadi memudahkan kerja aku.

“Awak nak masak apa tu?” soalan lagi.Aku dah mula rasa macam nak ambil exam saja.

“Encik Airil boleh tolong saya tak?” aku pula ikut rentak dia.Kalau dia boleh tanya soalan tanpa henti aku pun nak juga soal dia.Aku hentikan kerja aku sebentar.

“Okey! bagi tahu ja.” Encik Airil menghampiriku.

“Tolong keluar dari dapur ni kerana Encik Airil dah menganggu kerja saya dengan soalan-soalan Encik Airil tu.Saya takut nanti kalau Encik Airil terus nak menyoal saya dan saya terus menjawab soalan Encik Airil tu nanti satu kerja pun tak jadi,lagi pun Puan Syarifah dah bagi tahu hari ini dia nak bawa kawan-kawan dia datang dan makan tengahari di rumah,banyak sangat kerja yang saya kena buat ni.Saya merayu sangat kat Encik Airil,tolonglah jangan ganggu saya buat kerja.” Hah! panjang berjela aku cakap,kalau tak faham juga maksud pertolongan yang aku nak tu,aku tak tahulah.Aku dengar Encik Airil tergelak.

“Ohh,..saya ingatkan awak nak suruh saya tolong awak masak.” aku menoleh pada Encik Airil,masih lagi dengan gelaknya.

“Tak payah nak susah payahlah Encik Airil.” aku dah rasa membahang saja dalam dada aku ni.Kalau dengan Yusrina dan Yusri aku rasa kecil hati kerana mereka tak mahu berbual dengan aku tapi anak Puan Syarifah yang ini terlebih pula ramahnya sampai aku pun naik rimas nak melayan.

“Okeylah,kalau itu yang awak nak.Saya pun tak berani nak berlama dengan awak dalam rumah ni,takut kena tangkap khalwat pula nanti,kesian pula girl friend saya.Menangis tak berlagu pula.Kalau kena tangkap dengan model ke artis ke berbaloi la juga,tapi kalau dengan awak takut pula saya nanti tak dapat restu keluarga.” selamba saja Encik Airil berkata begitu.Aku diam saja.Menoleh pun tidak kepadanya.Hanya tangan aku saja yang ligat menghiris daging nipis-nipis untuk di masak rendang tok.Hiris daging ni kena ikut urat barulah daging tu tak liat bila di masak.Itu yang selalu emak aku pesan bila aku menolong dia memasak di dapur.

“Saya pergi dulu,awak masak sedap-sedap.Kalau tak sedap nanti saya orang pertama akan reject masakan awak tu.” sebelum Encik Airil melangkah sempat lagi aku di beri amaran.Hehehe,..amaranlah sangatkan!.

Aku memandang kelibat Encik Airil yang menuju ke pintu keluar.Lapang rasa dada.Aku tinggalkan kerja aku sekejap dan menjengok ke ruang tamu untuk mengekori langkah Encik Airil.Pintu di buka dan Encik Airil hilang sebaik pintu di tutup.Aku kembali menyambung kerjaku.Sambil membuat kerja imaginasi aku juga berjalan dan minda aku pun mula merangka stategi jalan cerita novelku.Agak-agaknyalah kalau Encik Airil yang menjadi hero dalam cerita aku ni,boleh ke? Aku senyum sendirian.

……………………………………………………………….

Sepanjang Encik Airil ada di rumah ada saja yang tak kena dengan kerja yang aku lakukan.Masakan aku tak sedaplah,bilik dia aku kemas tak bersihlah.Hinggakan ke dalam bilik air pun dia nak cari kesalahan aku.Puan Syarifah dan Encik Nazir pula masih melayan aku dengan baik,bahkan sampai aku rasa aku ni dah macam anak mereka pulak.Yusrina dan Yusri pula semakin boleh menerima kehadiran aku di rumah agam ini.Taklah sombong sangat rupanya.Yusrina dah boleh anggap aku macam kawan dia.Memandangkan umur aku dan dia pun bukannya jauh sangat bezanya.Aku cuma tua dua tahun saja dengannya.Hari ini Encik Qusri telah menghantar anaknya ke rumah Puan Syarifah kerana dia dan isteri ada hal selama seminggu di luar daerah.Anaknya yang sulung Nur Dania Amira berusia enam tahun,manakala yang ke dua Mohd Danial Rizqi berusia empat tahun.Tiba-tiba kenangan aku bersama Mohd Danial Haziq terus menyapa minda.Rindu pula aku dekat dia.Oh ya! Encik Qusri ni anak sulung Puan Syarifah,isterinya pula Puan Syarifah Amelia.

“Acik Shah,..” aku yang sedang melayan Danial mewarna menoleh pada Dania.Sejak mereka ada di sini kerja aku semakin bertambah.Selain memasak dan mengemas aku kena jadi baby sister pula.

“Ada apa Dania” aku memanadang wajahnya.Dania hulurkan sebuah buku cerita padaku.

“Acik Shah tolonglah bacakan buku ni untuk Dania.” aku sambut buku tersebut.Buku cinderella.Aku geleng kepala, dalam mindaku sudah mengutuk ibubapa yang mengajar anak-anak dengan membaca buku-buku kisah dongeng sebegini.Sepatutnya anak-anak kecil seperti Dania dan Danial di didik tentang sejarah Islam.Belilah buku-buku cerita yang menceritakan tentang perjuangan Rasullullah S.A.W.Aku pernah jumpa buku-buku sebegitu untuk kanak-kanak.Buku cerita bergambar.

“Kisah ni dongeng la Dania,nanti Dania minta papa or mama Dania belikan Dania buku kisah benarlah pula.Lagi pun membaca buku macam ni akan buat Dania berangan yang tak sudah,” entah apa yang aku cakap macam la Dania tu faham apa yang ingin aku sampaikan.

“Kenapa pulak Acik Shah?” aku sengeh.Kanak-kanak macam Dania memang suka bertanya.Bila aku yang mula timbulkan isu jadi kena jugalah aku beri ulasan bila di soal.

“Ini semua dongeng orang barat Dania.Daripada Dania baca buku macam ni lebih baik Dania baca buku tentang perjuangan Rasullullah S.A.W dan kisah-kisah benar para ambiak.Kisah-kisah sahabat Nabi,kisah-kisah Puteri Rasullullah S.A.W,rasanya buku macam tu lagi berguna untuk menambah pengetahuan.” aku renung wajah Dania yang dah mula keliru.Aku usap kepalanya perlahan.Nampak sangat dia tak faham apa yang aku terangkan.

“Okey macam ni,maksud acik daripada Dania baca buku ni lebih baik Dania baca buku yang lebih bermanfaat untuk minda,okey acik bagi contoh macam lagu,lagu ni pun ada banyak kategorinya.acik bagi contoh mudah,kalau kita berzikir kita akan mendapat ketenangan.haa,..macam zikir ni,Hasbi rabbi jallallah.Marfiqalbi qairullah,Nur Muhammad Sallallah,Lailahaillallah.” aku terus melagukan zikir tu dengan rentak dan iramanya sekali dengan penuh perasaan.Berulang kali aku lagukannya.

“Okey sekarang Dania ikut acik berzikir sama-sama.” aku menyuruh Dania mengikut aku menyanyikan zikir itu.Danial pun turut berminat dengan apa yang aku sarankan.

“Hasbi rabbi jallallah,Marfiqalbi qairullah,Nur Muhammad sallallah,Lailahaillallah.” kami menyanyikannya bersama-sama pula.

“Apa yang Dania rasa?” soal aku pada anak kecil itu.

“Ermm,..tak tahu,tapi dekat sekolah pun cikgu Dania ajar juga lagu macam ni.” tulus Dania menuturkannya.Aku hanya tersenyum.Budak sekecil Dania apa yang dia tahu,tapi tak apalah sekurang-kurangnya aku dah jadi guru tak bertauliah untuk Dania dan Danial hari ini.

“Hai Dania,hai Danial,siapa nak ikut pak ngah keluar makan ice cream?” terdengar suara Encik Airil,aku,Dania dan Danial serentak memandang ke arahnya.Aku dah berbahang wajah,aku tak tahu pula dia ada di rumah.Ingatkan hanya kami bertiga saja di rumah ini.Setahu aku tadi Puan Syarifah menyuruh Encik Airil menghantar dia ke rumah kawannya.

“Horeyy,..Dania nak! Dania nak!” Dania bersorak sakan.Danial pun tak terkecuali tumpang gembira dengan berita itu.

“Danial nak ikut jugak.” petah Danial berkata-kata.

“Okey ,..jom! cepat pergi siap.Aishah awak tolong siapkan mereka ya.Awak pun siap sekali.Saya nak awak ikut juga.Lagi pun tugas nak jaga mereka tugas awakkan.Bukan tugas saya.” aku melopong.

“Hah!” sepatah saya ayat yang mampu aku keluarkan.

“Kenapa? Takkan awak nak goyang kaki saja di rumah.Cepat!,.. Daripada awak menganga saja di situ, lebih baik awak cepat pergi bersiap.” sekali lagi Encik Airil keluarkan arahannya dan yang pastinya arahan Encik Airil tidak harus ada perkataan tidak.

…………………………………………………………………..

“Zahratul Aishah!” ketika kami sedang menikmati ice cream di Mc Donald nama aku di seru seseorang.Kami terus menoleh.Aku amati wajah itu.Orangnya tinggi dan handsome.

“Zahratul Aishahkan?” lelaki itu bertanya,dia sudah ada di tepiku.Aku belek wajahnya sekali lagi,..macam aku kenal la mamat ni.

“Danial?” aku tanya dia inginkan kepastian.

“Kenapa acik panggil Danial.” aku pandang Danial Rizqi.Aku tergelak perlahan.

“Tak adalah Danial,ni kawan acik masa sekolah,nama dia Mohd Danial Haziq.” aku menerangkan pada si kecil Danial.Danial mengangguk.Encik Airil dan Danial Haziq bersalaman.

“Kau dengan siapa ni? Sorang ja ke?” aku menoleh ke arah Danial semula dan mula bersoal jawab.Dah lama sangat aku tak jumpa dia,semakin kacak dan bergaya pula.

“Aku datang dengan wife aku,dia pergi toilet kejap.” aku tersentak.Dah kahwin rupanya dia.Ingatkan akulah bidadarinya.

“Lahh,..dah kahwin ke?” aku bertanya lagi.

“Yupp,..alhamdulillah,..dah sampai seru,kau pun keluarga dah besar nampak?” Encik Airil yang sedang minum air tersedak.Aku lagi la macam nak ja aku sekeh kepala Danial Haziq ni.Main serkap jarang saja.Malu aku dengan Encik Airil.

“Ehh,..kau salah faham ni.Ni bos aku la,ni anak saudara dia.Aku teman saja ni.Aku masih single la.Tak laku.” aku saja nak berseloroh untuk tutup malu.

“Ohh,..sori,ingatkan,..” Danial Haziq tak habiskan ayatnya .Dia dah tergelak perlahan.

“Abang!” seorang perempuan cantik menghampiri meja kami.Sudah berbadan dua.Nampak sarat benar perutnya itu.Dia mengukirkan senyuman.

“Wife aku.” Danial Haziq perkenalkan isterinya padaku.Kami bersalaman.

“Sayang! ni kawan abang masa sekolah,Aishah.” giliran aku pula di perkenalkan,kami berbalas senyuman.

“Join sekali! makan!” Encik Airil yang terdiam sejak tadi mula bersuara.Aku ingatkan dah tak ada suara dah.Dania dan Danial kecil pula berceloteh sesama mereka sambil menikmati ice cream masing-masing.

“Tak apalah.Kami minta diri dulu.Nak cari barang baby.” sekali lagi kami bersalaman sebelum Danial Haziq dan isterinya berlalu pergi.Terlupa pula nak tanya apa nama isterinya tadi.Aku tanya hati aku,kecewakah aku? Aku tak pasti apa perasaan aku sekarang.

“Awak kenapa?” Encik Airil tujukan soalan itu untuk aku.Aku hanya mengelengMalas pula nak beramah mesra dengan dia.Sepanjang kami keluar dari rumah tadi hinggalah dalam kereta aku hanya melayan keletah Dania dan Danial.Encik Airil dan aku langsung tak bertegur sapa.

“Betul ke awak masih single?” aku pandang Encik Airil.Encik Airil ni kalau bercakap dengan aku selain nak cari kesalahan aku dia paling suka menyoal.Semuanya dia nak tahu.

“Kenapa diam? Dengan lelaki tadi bukan main rancak lagi awak berbual.Dengan saya dah tak ada suara pulak.” aku dah mula rimas berhadapan dengan Encik Airil sekarang ni.Aku tak jawab soalan dia.Aku sibukkan diri aku melayan Dania dan Danial.

“Okey! Fine!” Encik Airil keraskan suara.Wajahnya menunjukkan dia sedang tegang.Aku tak pedulikan apa yang dia rasa.Nak marah ke apa ke biarlah dia dan selepas selesai makan kami terus meronda mall tersebut.

“Kita nak ke mana pula ni?” aku menyoal Encik Airil bila dia laju melangkah meninggalkan aku dan Dania di belakang,Danial dia pimpin.Nasib baik dia ada juga rasa tanggungjawab.Lama menunggu, soalan aku tak berbalas.Aikk,..kenapa dengan Encik Airil ni?.

“Encik Airil! Kita nak ke mana ni?” aku bertanya sekali lagi.Encik Airil menoleh tapi dia tak menjawab pertanyaanku.Dia hanya pamerkan senyuman sinis.Haih! Encik Airil ni nak balas dendam ke?.Akhirnya aku mengekor saja dari belakang sambil berbual dengan Dania.

…………………………………………………………………….

Kami masuk kedai buku dan Encik Airil menuju ke rak buku kanak-kanak,aku pula menuju ke rak novel.Dania aku biarkan mengikut Encik Airil.Biarlah mereka anak beranak dengan hal sendiri,aku pun mahukan privasi sendiri jugak.Aku terjah bahagian novel terlaris dan terhangat di pasaran.Novel aku yang terakhir adalah salah satu diantaranya.Bagaikan piramid di susun di dalam kedai buku itu.Aku sengaja bertanya pada pekerja kedai perihal novel yang lain bila aku tidak menemuinya,dan penjelasan pekerja kedai itu begitu memuaskan hati.Dah kehabisan stok.Hurm,,..satu perkembangan yang bagus jugak ni.Aku ukirkan senyuman pada pekerja kedai itu dan mengucapkan terima kasih.

“Hatiku Milikmu Selamanya!” Encik Airil hulurkan sebuah novel padaku.Itu novel aku.Aku sambut dan berpura-pura membaca sinopsisnya.

“Saya suka dengan gaya penulis ini.Ceritanya santai dan mudah di fahami.” itu ulasannya mengenai penulis buku tersebut.Aku terkejut.Takkan Encik Airil baca novel-novel aku kot!.

“Encik Airil pun minat baca novel ke?” aku tanya dia untuk kepastian.

“Ayang Mas Merah. Saya peminat dia.Saya selalu chat dengan dia melalui emeil dan facebook.” sekali lagi aku terkejut.Biar betul.Ayang Mas Merah tu aku ambil sempena nama panggilan aku di rumah.Dalam keluarga kami cuma ayah dan emak aku saja yang memanggil kami dengan nama kami, tapi bermula dengan abang sulung hingga adik aku yang bongsu kami ada gelaran masing-masing.Along,Angah,Alang,Ayang(aku) dan Ucu adik aku,cuma bila berada di luar saja adik aku melarang kami memanggil dia Ucu.Diakan model sambilan, tentulah dia malu dengan gelaran itu.

“Err,..apa nama yang Encik Airil guna dalam facebook ya?” aku pula yang jadi penyoal sekarang ni.Encik Airil tak segera menjawab bahkan dia terus mengambil buku di dalam tanganku dan menuju ke kaunter dan membayar bersama beberapa buah buku kanak-kanak untuk Dania dan Danial.Aku hanya memandang langkah Encik Airil.Aku sendiri pun tidak bercadang untuk membeli apa-apa,selepas melihat Encik Airil membayar semua harga buku aku terus mendapatkan Dania dan Danial dan menunggu Encik Airil di luar kedai.Sambil tu mata aku liar memerhatikan keadaan sekelililng, kalau-kalau ada yang mengenali diriku.Berada di tempat umum ni pun kadang-kadang buat aku risau juga.Mana tahu ada yang mengenali diriku walau pun aku lebih gemar menjadi diriku yang serba ringkas ini.

“Ayang!” aku menoleh.Alamak! Along la pulak.Aku mula gelisah.Aku pandang pula Encik Airil yang sedang menuju ke arah kami.

“Ayang! dari mana ni?” Along sudah ada di sebelahku.Aku hulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.Aku menyalami Along dan mencium tangannya.

“Ayang dari sinilah.Abang dari mana ni?” aku tanya pula Along sambil kenyitkan mata padanya.Along tersenyum.Mungkin faham dengan maksud yang ingin aku sampaikan.

“Abang jumpa kawan.Siapa ni Yang?” Along tanya aku sambil bersalaman dengan Encik Airil.

“Ni bos Ayang.” aku perkenalkan pula Encil Airil pada Along.Encik Airil jungkitkan keningnya padaku,mungkin bertanya pula siapa Along.aku tiba-tiba dapat idea nakal untuk kenakan Encik Airil.

“BOSS,..kenalkan ini my BFF,” maksud aku BFF tu Best Friend Forever.Lantaklah apa yang Encik Airil nak fikir pun.Kebetulan kami adik beradik memang cukup rapat macam kawan baik la jugak.

“Ohh,..tadi bukan awak cakap awak masih single ke? Dan awak cakap, awak tak laku.” Encik Airil ingatkan aku.Along usap kepala aku yang masih bertudung tu sambil tersenyum.Yalah aku kan masih dalam mall,tentulah masih bertudung.hihihi,..

“Tak adalah Encik Airil,Ayang saya ni memang macam tu.Suka sangat bergurau tak bertempat.” Along kenakan aku di depan Encik Airil.Seingat aku tadi tak ada pula aku beritahu nama Encik Airil ni kat dia.

“Mana awak tahu nama saya?” adoii,..sekali dengan aku terkena tempias,Along la punya pasal ni.

“Bukan tadi Ayang saya dah bagi tahu ke?” aku mengeleng.Encik Airil pandang aku semacam.Aku mula tak sedap hati.Aku pegang tangan Dania dan Danial dan mula minta diri untuk berlalu dari situ.

“Bye abang! Ayang pergi dulu ya.See you next time k.” aku pun mula melangkah tanpa menoleh lagi.Biarlah Encik Airil pula yang mengejar kami.

Encik Airil memintas aku dihadapan.Aku tak tahu apa pula kali ini.

“Awak ni memang misterikan? Mama bagi tahu aku kau sebatang kara dan orang miskin tapi termasuk ni dah dua orang tegur kau dan aku percaya orang yang tegur kau tu bukan calang-calang orangnya.Yang tadi tu aku rasa macam kenal dia,seorang bisnesman yang berjaya,Mohd Amirul bin Dato Khuzairi.Mana kau kenal dia.”

Gulp!,aku telan liur.Terasa pahit di kerongkong.Apa aku nak kelentong dia ni?.

“Saya memang kerja dengan mereka sebelum ni Encik Airil,kalau Encik Airil nak tahu saya dapat kerja di rumah Encik Airil pun Datin Maimunah yang rekomenkan.Dia cakap Puan Syarifah tu kawan baik dia.” Fuhh! berjaya jugak aku cipta alasan.Harap-harap dia percayalah.Aku pun dah malas nak teruskan dengan pembohongan demi pembohongan ni.Apa-apa pun aku nekad.Selesai novel aku ni di tulis aku akan berhenti kerja.Tak sanggup lagi aku nak jadi seorang pembohong ni.Itu bukan aku.Aku ni seorang yang sentiasa bercakap benar.

“Wow!,dasyatnya.Kau panggil anak majikan kau abang?” aku angguk kerana aku dah ada jawapan untuk soalannya.

“Ya Encik Airil,kerana keluarga mereka tak pernah anggap saya macam orang gaji.Encik Amirulkan lebih tua dari saya jadi kenalah saya hormat dia dan panggil dia abang.” itu jawapan aku.

“Berapa umur kau?”

“Dua puluh empat,”

“Kalau macam tu mulai hari ni kau pun kena panggil aku abang kerana aku pun lagi tua dari kau.” selepas berkata begitu Encik Airil terus memegang tangan Danial dan memimpinnya pula.Dia terus melangkah keluar dari mall.Aku pula yang mengekorinya di belakang.Dania dan Danial pun sudah nampak keletihan.

“Acik Shah,..Acik Shah kena panggil abang kat pak ngah nanti bolehlah kahwin dengan pak ngah.Mama Dania pun panggil abang kat papa Dania.” aku terkesima mendengar kata-kata Dania.

“Tak semestinyalah Dania.Abang ni memang gelaran wajib untuk orang yang lebih tua dari kita.” aku cuba terangkan pada Dania.Bukan isteri saja yang memanggil abang pada suaminya.

Kami terus pulang selepas itu.Dalam kereta macam-macam Encik Airil soal aku termasuk adegan aku bersalam dengan Along tadi.Dia kata aku ni nampak saja bertudung labuh tapi tak tahu istilah halal dan haram,siap ceramah lagi dia bagi aku.Dia kata lagi kalau aku ni jenis gadis yang berpakaian seksi dia tak hairan sangat kalau aku tak dapat membezakan halal dan haram.Aku tak layan sangat pun segala ceramah dan kutukan dia tu.Dania dan Danial pula sudah terlena sepanjang perjalanan kami pulang.Sampai di rumah Encik Airil dukung Dania masuk ke rumah sementara aku pula mendukung Danial yang lebih kecil.Patutlah tadi Danial Haziq dah tersalah faham dengan kami.Memang macam pasangan suami isteri lagak kami ini.Encik Airil pula berlagak seolah seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyanyang.Hurm,..aku mula terfikirkan tentang watak dalam novelku.Perlukah watak Encik Airil ini di masukkan bersama?.

………………………………………………………………….

Selepas beberapa hari Encik Airil pun kembali bertugas.Rumah agam tu terus sunyi sepi tanpa suara Encik Airil yang kuat mengarah dan kuat membuli itu.Hanya dia seorang saja yang betul-betul menganggap aku seperti orang gaji,yang lain tu tak pernah menyuruh aku dengan kasar.Selalunya suruhan mereka di mulakan dengan,’Shah boleh tolong atau Yusri dan Yusrina selalu cakap kak Shah tolong kejap’.Dania dan Danial pula sudah pulang semula ke rumah mereka bila Encik Qusri dan Puan Syarifah Amelia mengambil mereka kembali.Aku jadi rindu pula dengan keletah Dania dan Danial juga rindu pada Encik Airil yang selalu cari pasal dengan aku tu.Sebelum Encik Airil kembali bertugas hari tu dia sempat bagi tahu aku dia akan pulang semula tiga bulan kemudian kerana dia akan di tukarkan ke luar negeri untuk sementara waktu.Aku pun tak faham sangat apa yang dia terangkan pada aku dan yang paling aku tak faham kenapa Encik Airil ni baik sangat sampai nak bagi tahu aku semua itu.Bagi aku kalau dia tak pulang setahun pun apa kena mengena pulak dengan aku.

Seperti apa yang aku rancangkan selepas novel aku siap aku terus berhenti kerja.Masa aku berhenti kerja tu Encik Airil belum pulang semula ke rumahnya.Puan Syarifah memujuk aku untuk terus bekerja dengannya,tapi aku bagi alasan aku mendapat kerja di tempat lain.Aku tak tahulah apa pula misi aku yang seterusnya.Nak tahu tak apa kisah novel aku tu.Aku terbalikkan ceritanya.Watak Encik Airil tu aku buat sebaliknya.Dalam novel aku heroin bercinta dengan Encik Airil kerana Encik Airil yang menyelamatkan maruahnya bila ayah Encik Airil yang miang tu ingin memperkosa dirinya.Encik Airil aku gambarkan sebagai seorang pencinta yang setia.Mereka berkahwin dan berbahagia akhirnya.Aku beri tajuk pada novel tu ‘Orang Gajiku Isteriku’.

Seminggu selepas novel,’Orang Gajiku Isteriku’ di terbitkan aku keluar makan dengan adikku Ucu atau nama betulnya Mohd Taufik.Aku dengan adik aku ni memang macam couple la sikit.Adik aku pula selalu gunakan aku bila dia berdepan dengan peminat-peminat perempuan.Selalunya dia kenalkan aku sebagai girl friendnya.

“Okey, hari ni kak Yang bagi tau saja Ucu,nak makan apa.Ucu baru dapat gaji ni.” tawaran yang paling menarik minat aku.

“Okey! Tapi kak Yang ada permintaan yang lain.Jangan panggil kak Yang tapi kena panggil sayang untuk hari ini,lebih-lebih lagi kalau ada yang menegur.Tak kisahlah yang tegur kak Yang atau pun tegur Ucu.Boleh?” aku pula buat permintaan nakal tu.Dalam hatiku ada sedikit debar entah kerana apa,tapi aku percaya aku akan jumpa seseorang yang aku kenal hari ni.Sekurang-kurangnya kalau terserempak dengan orang lagi taklah aku malu lagi nak mengaku yang aku ni masih single.

“Ucu on ja.Kalau macam tu nanti kak Yang pula panggil Ucu bie.” aku pandang Ucu semacam ja.Bukan panggilan tu untuk suami saja ke.Singkatan untuk perkataan hubby.

“Bie untuk singkatan baby bukan hubby!.” Ucu merungkaikan kekeliruan aku.Macam tau-tau saja Ucu ni apa yang aku fikir.

“Baiklah bie,kita couple untuk hari ni k.Let go,..KFC I’m coming.”

“KFC lagi.” Ucu dah mula merungut.Setiap kali keluar dengan dia mesti aku suruh dia belanja aku makan KFC.Kalau dengan Along,Angah or Alang mereka yang selalu menang.Kalau nak makan kena ikut selera mereka tapi dengan Ucu dia lebih mengikut daripada berlawan dengan aku.Tu yang aku sayang lebih kat adik bongsu aku ni.Hihihi,..

Aku masuk dalam mall dengan ucapan Bismillah.Entah kenapa langkah saja dalam mall hari ini hati aku berdebar sangat,lebih kurang macam cerita Shah Rukh Khan tu,Khabi Kushi Khabi Gham.Bayangkanlah sendiri!.

“Acik Shah,Acik Shah,..horey jumpa Acik Shah.” aku dan ucu serentak menoleh ke arah suara itu.Ucu pulak dengan spontannya terus mengamit tangan aku bila melihat dua orang kanak-kanak,dua orang lelaki dan seorang perempuan menuju ke arah kami.Siapa yang kami jumpa?.Tentulah keluarga bekas majikan aku,Encik Airil,Yusri,Yusrina,Dania dan si kecil Danial.

“Hai my dear Danial,my sweet heart Dania!. Apa kahabar?. Dania dan Danial sihat?” sebak pula aku tiba-tiba dengan pertemuan ini.Aku uraikan tangan Ucu yang memegang tangan aku.Ucu ni terlebih berlakonlah pulak.Aku tundukkan wajah dan kiss pipi Dania.Danial pula aku dukung dan kiss juga pipinya kiri dan kanan.Rindu betul dengan mereka berdua.

“Kak Shah dari mana ni?” Yusrina menyalami tanganku.Ucu pula bersalam dengan Encik Airil dan Yusri.

“Nak gi KFC.Jom join kami?” aku pula membuat tawaran kepada mereka.Dalam hati pulak lain katanya.Aku berdoa agar mereka menolak.Aku berdebar pula berdepan dengan Encik Airil sekarang.Encik Airil dari tadi merenung aku semacam saja.Bila aku keluar dengan seorang model sambilan pakaian pun aku suaikan mengikut situasi.Takkan aku nak pakai selekeh pula.

“Boleh join ke? Tak ganggu ke?” Encik Airil pula bersuara.Dia memandang aku dan Ucu silih berganti.Aku pula pandang Ucu sambil menjungkitkan kening.Ucu angkat bahu.

“Yeayy,..Danial nak pergi KFC.” belum sempat aku membalas Danial terlebih dulu bersorak.Aku letakkan Danial di bawah kembali.Macam tak jumpa anak sepuluh tahun pula aku buat Danial tu.

“Dania nak jugak!.Jom la Pak Ngah!” Dania pula merengek pada Encik Airil.

“Tanyalah Acik tu!” Encik Airil pandang aku,langsung tiada senyuman di wajahnya.

“Macam mana ni bie?” aku tanya Ucu.

“Ikut sayang la,bie tak kisah.” Ucu senyum padaku sambil kenyitkan mata.Aku tertawa perlahan.Baik punya lakonan.

Hari ini dalam sejarah pun tercipta bila aku dan Ucu makan bersama dengan keluarga bekas majikan aku ni.Dania dan Danial pula langsung tak mahu berenggang dengan aku.Aku rasa bangga pula,walau sekejap saja aku jadi baby sister mereka tapi mereka begitu menyanyangiku.Ucu dengan Yusri pula rancak bercerita pelbagai kegemaran mereka.Photografilah,modellinglah,sukan dan sebagainya.Aku dan Yusrina lebih dari bertanya khabar masing-masing.Encik Airil pula lebih banyak diam dari bercakap,tapi yang aku perasan Encik Airil tak habis-habis memandang ke arahku yang melayan kerenah Dania dan Danial.

“Ayang,Ucu,..nak makan KFC tak ajak Angah pun.” kami di tegur dengan satu suara.Serentak semua menoleh.Si kecil yang di dukung Angah sudah hulurkan tangan ke arahku.Aku pantas menghulurkan tangan untuk menyambut Alisya dari dukungan angah.Aku cium pipi Alesya kiri dan kanan.Alesya juga cium pipi aku.

“Angah dengan abang Idham dari mana ni?” aku tak peduli lagi dengan pandangan Encik Airil,Yusri dan Yusrina.Angah dan Alang kakak yang paling tak sporting sekali,berbeza dengan Along dan Ucu.Aku lebih ngam dengan mereka berbanding Angah dan Alang.

“Shoping!” sepatah Angah berkata sambil tangan di hulur untuk bersalam dengan Yusrina.Begitu juga dengan abang Idham,biar di mana kita berada adat bersalam tetap di utamakan.

“Makan!” aku pelawa Angah dan abang Idham sambil tersenyum.

“Bam,bam la Ayang.KFC saja yang dia tahu.” abang Idham menyakat aku.Ucu dan Angah turut tersenyum dengan kata-kata abang Idham.

“Biarlah,bukan Ayang nak kacau abang Am pun!” aku menarik muka sekejap.Aku tahu abang Idham ni memang suka menyakat aku.

“Ayang Mas Merah,Mohd Taufik,..korang ni tak ada benda lain dah ke nak makan.” tu dia entah dari mana Alang ni muncul.Dengan perut boyot dia tu tiba-tiba main sergah saja.Pandai pula mereka ni cari lokasi kami ni.Macam tau-tau saja aku dan Ucu ada di sini.Kebetulan atau suratankah ini?.

“Haa,..dah sampai pun.Jomlah kita!” Angah pula bersuara.

“Alang dengan Angah berjanji jumpa kat sini ke?” Ucu menyoal pula.Itu juga sebenarnya yang aku nak soal tadi tapi Ucu pula yang terlebih pantas dari aku.Aku pandang kedua kakakku dan abang Idham mohon penjelasan.

“Abang Nas tak datang sekali ke?.Lepas pulak dia mak labu dia ni, keluar dengan perut boyot ni?” aku ajukan soalan pada Alang sambil tergelak kecil.Alang dah buntangkan matanya.

“Alahh,..Ayang tunggulah time Ayang esok.Sedap ja cakap orang boyot.” Alang tarik tangan angah untuk berlalu dari situ.Sedari tadi memang aku perasan tiga orang hamba Allah depan aku ni dah pandang aku semacam,lebih-lebih lagi Encik Airil.Mungkin inilah sebabnya debaran yang aku rasa sebentar tadi.Aku bakal berjumpa dengan orang-orang yang aku kenal.Aku pandang Ucu di sebelah.Dia hanya senyum padaku.

“Jomlah Angah!.Jangan di layanlah budak-budak glamer tak cukup satu sen ni.” itulah Alang.Kalau dengan kami berdua adik-adik dia yang tersayang ni, ada saja dia nak cari gaduh,tapi gaduh-gaduh sayang ja.

“Bye Alang!.Jatuh bangun sendiri ya!” aku usik Alang lagi.Alesya aku hulurkan pada Angah.Sebelum pergi sekali lagi kami bersalaman.Seluruh keluarga aku sebenarnya dah kenal semua ahli keluarga Puan Syarifah ni.Tak perlu aku perkenalkan lagi.Bila Alang dan Angah dah pergi aku pandang Encik Airil dan pandangan kami bersatu.Aku larikan pandanganku dengan rasa bersalah.

“Ayang Mas Merah!.Awak tak ada apa-apa nak bagi tahu saya ke” Encik Airil tanya aku.Serius gila wajahnya.Aku pandang Ucu.Ucu angkat bahu.Aku tahu aku salah.Aku dah mati akal.Aku pandang pula wajah Yusri dan Yusrina.

“Rina dan Yus dah tahu dah semuanya.Papa dan mama pun tahu,cuma abang Airil sorang ja yang tak tahu apa-apa.” Yusrina bersuara.Yusri mengangguk.Aku tercenggang.Ohh,..Tidakk!!.

“Apa semuanya ni?” Encik Airil menyoal pula adik-adiknya.

“Abang tanyalah kak Shah!” jawapan mudah Yusrina.Aku juga terperangkap dengan penipuan aku sendiri.

……………………………………..

Aku mengadap laptop kesayanganku ini.Selepas membuka facebook aku beralih pula pada emeil dan blog.Ada satu emeil yang menarik minatku.Emeil dari Jejaka Setia.Ku buka dan ku baca emeil itu.
Ayang Mas Merah My Dear
Walau aku tak kenal siapa dirimu tapi aku sering memujamu dalam diam.Setiap novelmu aku jadikan sumber inspirasiku.Aku lepaskan rinduku padamu dengan memiliki setiap hasil karyamu.Aku tak tahu kenapa mungkin antara kita ada pertautan yang kuat.Aku senang membaca hasil tulisanmu.Seringkali hasil tulisanmu menjadikan aku rasa tenang dan bahagia.

Ayang Mas Merah My DEAR
Kali pertama hatiku terusik bila aku pandang seorang gadis yang ku rasakan langsung tak sepadan denganku.Dia orang gajiku.Zahratul Aishah namanya.Aku cuba melupakan nama Ayang Mas Merah selepas aku bertemu dengan gadis itu.Aku tahu memujamu dalam diam langsung tak mendatangkan apa-apa faedah untukku.Aku umpama mengejar bayang-bayang dalam memujamu.Kau sudah di kenali ramai sedangkan aku hanya seorang pemuja yang langsung kau tak kenali.

Ayang Mas Merah My DEAR
Aku mula jatuh cinta dengan gadis itu bila aku curi-curi dengar dia berbual dengan Danial dan Dania.Mungkin dia tak pernah tahu setiap kali dia bersama Dania dan Danial aku juga turut ada bersama mengikuti setiap cerita dan perbualannya.Aku benar-benar jatuh hati pada dia tapi aku suka kenakan dia untuk menarik perhatiannya.Gadis ini terlalu pendiam dengan aku,kadang-kadang aku cemburu bila melihat dia berbual mesra dengan orang lain tapi dengan aku begitu sukar dia nak memulakan bicara.

Ayang Mas Merah My DEAR
Aku sakit hati sangat bila aku pulang ke rumah semula dia sudah berhenti kerja.Aku baru berhasrat untuk melamarnya.Aku kecewa,aku sangkakan aku bakal kehilangannya.Pertemuan kita di mall tempoh hari menyinarkan kembali harapanku untuk memilikinya.Tapi aku kembali terluka bila dengan mesranya gadis yang aku sayang itu berpegangan tangan dengan orang lain.

Zahratul Aishah Dato Khusairi
Aku rasa tak perlu aku sorokkan perasaan aku ini lagi.
SUDIKAH KAU MENJADI ISTERIKU?
Aku cintakan kau sepenuh hatiku.

Yang Ikhlas
Jejaka Setia
Airil Farhan Muhammad Nazir

Aku seka air mata yang mengalir di pipi.Terharu aku membacanya.Dalam diam aku juga sudah punya perasaan yang sama sepertinya.Aku balas emeil itu.

Jejaka Setia
Aku tetap manusia biasa walau siapa aku di matamu.Aku tetap seorang hamba Allah seperti orang lain.Aku menulis untuk kepuasanku,kerana itulah impianku.

Jejaka Setia
Pertemuan dan perpisahan adalah perancangan dari Yang Esa.Bukan niat aku untuk menipumu dan seluruh keluargamu.Maafkanlah aku!.

Jejaka Setia
Andai kau ikhlas untuk menyuntingku lakukanlah mengikut adat yang sepatutnya.Aku serahkan segalanya pada Yang Maha Esa.Andai ada jodoh antara kita takkan lari ke mana.Aku Redha dengan semua ketentuaNYA.
Ikhlas Dari HATIKU
Ayang Mas Merah
(Zahratul Aishah orang gajimu:))
Aku send emeilku itu dengan perasaan yang berdebar.Malu pula aku nak mengaku bahawa aku juga punya perasaan yang sama dengannya.

……………………………………………………………………………………………………

Aku mengelisah di dalam bilik menahan debar,cepat betul Encik Airil ni bertindak.Dua hari selepas emeil aku dihantar kepada Encik Airil,emak aku memberitahuku bahawa Puan Syarifah menelifon untuk menghantar rombongan ke rumah.

Huhh!!!,tak sabar betul Encik Airil ni,kalau ya pun tunggulah bulan depan ke tahun depan ke,ni baru dua hari aku selamat memberitahunya supaya masuk meminang, tau-tau saja mereka kini sudah ada di rumahku, dah tu bukan sekadar merisik, bertunang terus pulak tu.Aku langsung tak boleh nak percaya dengan tindakan drastik keluarga bekas majikan aku ni. Entah apa yang mereka kalutkan sangat pun aku tak tahulah.

Aku yang sedang berada di dalam bilik seorang diri mula berpeluh walau ada penyaman udara di bilikku. Selepas ni status aku akan berubah dalam beberapa minit saja lagi.Aku pasti sangat tu.Aku bakal bergelar tunangan kepada Airil Farhan.

“ Ayang!,bakal mak mentua nak masuk sarung cincin,yang mengelisah semacam ni kenapa plak?“ kak lang aku atau nama penuhnya Noor Humaira menuju ke arahku, perutnya yang memboyot tu buat aku mengukirkan senyuman.Bagaimana pula agaknya bila tiba giliran aku nanti. Sempat lagi aku membayangkan wajah dan diriku andai aku berbadan dua.Memboyot saja macam Alang.Tentu lucukan, tapi kata orang saat mengandung itulah detik yang paling indah dalam rumahtangga.Aku tersenyum lagi Alang yang sudah berada di sisiku menampar bahuku kuat, aku menjeling Alang sekilas.

“ Tau la syok nak jadi tunang orang pun,janganlah tunjuk sangat,senyum sampai telinga“ , Alang bersuara sinis.Aku sengeh lagi.

“ Bukanlah Alang.Ayang senyum tengok perut Alang yang boyot ni la,dah nak sampai harikan?“ sempat lagi aku menyoal Alang di saat genting sebegini dan dalam masa yang sama aku memegang perut Alang.

“ Eh Alang, baby geraklah,best tak Alang?“ aku teruja bila tersentuh saja perut Alang aku dapat rasakan gerakan kecil di perut Alang.Alang tak menjawab soalanku bila bilikku di kunjungi tetamu dan lantas salam di beri. Kami berbalas salam.Aku di hampiri Puan Syarifah bakal ibu mentuaku. Kami berbalas senyum pula sebaik cincin di sarungkan di jari manisku.Puan syarifah memeluk aku dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan kananku.Aku membalas dengan berbuat perkara yang sama.Selepas bersalaman dan mencium tangan Puan syarifah kini giliran Yusrina pula bersalaman denganku.Ketika kami berpelukan Yusrina sempat berbisik padaku.

“Kak Shah! abang kirim salam rindu“ , aku hanya angguk tanpa membalas apa-apa. wajahku sudah merah menahan malu. Yusrina pula ketawa kecil melihat wajahku yang sudah berubah warna.

“Papa,Airil,abang long dengan kak long kirim salam.Papa ada kerja dan tak dapat datang.Airil ada kat bawah kalau Shah nak jumpa.Kak long dengan abang long pula balik kampung kak long kerana emaknya jatuh sakit tiba-tiba “, Puan Syarifah pula bersuara.Aku masih tersenyum manis.

“Kenapa kak Shah diam semacam saja ni ?.Selalunya kak Shah bukan main ramah lagi “. Yusrina sudah pandai nak kenakan aku.Aku punyalah control ayu tahan gelabah dalam hati aku ni.Ingat senang ke nak jadi tunang orang walau aku dah biasa dengan keluarga mereka.Tapi debaran tu tetap ada untuk saat genting macam ni. Aku tetap seorang gadis yang masih ada rasa malu dalam diri,takkan nak tergedik-gedik suka pulakkan.Memang nak kena betul la Yusrina ni.

“Pandailah dia nak kenakan akak!” aku pura-pura marah pada Yusrina,segan aku bila dia sindir aku begitu,Alang dengan Puan Syarifah senyum saja pandang aku.Alang lagilah galak untuk menyakat aku.

“Dahlah tu Rina,jangan nak kenakan sangat kak Shah tu.Dah merah dah muka tu ha..” Puan Syarifah a.k.a bakal mak mentua aku tu bersuara lagi.Semakin aku tersipu-sipulah jawabnya.Bilik aku dah jadi riuh rendah dengan gelak tawa mereka.Beginilah nasibku,time aku sakat orang seronok jugak rasanya tapi bila aku pula yang di sakat oleh mereka,barulah aku tahu macam mana rasanya.Ni baru bertunang kot,dah naik pelamin esok rasanya lagi teruklah aku di kerjakan.

Bila rombongan pihak lelaki ingin pulang aku di panggil turun ke bawah untuk berjumpa dengan tetamu dari pihak sana.Aku dah mula dapat meredakan perasaanku.Aku turun di pimpin Angah ke bawah.Ek eleh,.. siap kena pimpin lagi tu.Aku bukannya nak mengada-ngada tau tapi memang dah adat macam ni.Angah aku ni namanya Siti Solehah.Aku nyaris terlupa nak kenalkan nama Angah aku ni,keluarga kami memang punya nama yang simple saja.Apa ada pada namakan yang pentingnya adalah, akhlak kita mesti baik.

Aku di arahkan emak untuk bersalam dengan semua tetamu,terutamanya tetamu perempuan.Bila tiba giliran aku bersalam dengan bakal mak mentua aku, sekali lagi aku di peluk dan di cium olehnya.

“Airil ada kat luar tu bersama Yus,Shah tak mahu jumpa dulu ke sebelum kami berangkat pulang ni.” sekali lagi wajahku sudah merona merah.Kenapalah bakal mak mentua aku ni sporting sangat.Aku pandang emak aku di sebelah.Emak aku cuma tersenyum padaku.Yusrina pula mengambil giliran untuk bersalaman denganku.Selepas bersalaman dia masih tidak mahu melepaskan tanganku.Di tariknya aku untuk keluar dari rumah.Aku tergamam,dah dapat agak apa kemahuannya.Aku hanya menurut langkahnya tanpa banyak soal.
Kami berdua melangkah ke khemah di halaman rumah.Dari jauh aku sudah dapat melihat Airil Farhan dan Yusri yang sedang berbual dengan Along dan Ucu.

“Alolo,..kakak siapa ni?” suara Ucu menyambut kedatangan kami.Aku bulatkan mata pada Ucu.Adalah tu,nak kenakan aku tu.Macam aku tak kenal, adik beradik aku memang semuanya juara menyakat termasuk ayah aku.Emak aku sorang saja yang baik dan sentiasa berlemah lembut dengan kami adik beradik.

Aku kerling sikit untuk pandang Airil dan pandanganku padanya tak lama.Berdebar pula aku ni untuk terus menoleh ke arahnya walau pun hati aku meronta-ronta untuk menatap wajah itu.Yusrina yang sedari tadi tidak melepaskan tangan aku terus menarik tangan aku ke arah Airil dan menyuruh aku duduk di kerusi sebelah Airil.

“Kak Shah duduk sini,Rina nak ambil gambar kak Shah dengan abang.” arahan sudah di keluarkan,sebijik perangai macam abang dia yang sebelah aku ni,mahu atau tidak terpaksa juga aku menurut kehendaknya.Sebaik aku duduk Airil merapatkan kedudukannya sambil berbisik.
“I miss you ,.a lots !” aku spontan menoleh ke arahnya.Sempat dia kenyitkan mata padaku.Berubah lagi wajahku.

“Tak tahu pula saya,Ayang Mas Merah saya ni pemalu orangnya,” Airil bersuara lagi.Aku masih mendiamkan diri.Along,Ucu dan Yusri masih rancak bercerita walau aku sedar sekali sekala mata mereka tertumpu ke arah kami berdua.Yusrina pula sudah berlagak macam juru foto pro saja.Macam-macam yang dia arahkan kami untuk pose di depannya.Belum akad nikah lagilah Yusrina sayang,janganlah lebih-lebih.Aku bermonolog dalam hati.

“Zahratul Aishah!,.awak masih tak mahu bercakap dengan saya ke?.Sampai bila awak nak simpan suara awak tu?” Aku pandang Airil dan ku ukirkan senyuman untuknya.Dengan beraninya dia letakkan tangannya di atas kerusiku sambil tersenyum nakal.Terdengar deheman Along dan Ucu di sebelah,kuat pulak tu.Airil hanya ketawa.Puan Syarifah sudah keluar ke halaman rumah dan menuju ke arah kami di ikuti emak dan ayah.Serentak kami yang berada di bawah khemah bangun dan menanti kedatangan mereka.

“Jomlah kita!,..” Puan Syarifah memandang seorang demi seorang anak-anaknya termasuk aku juga.Aku turut melangkah mengikuti mereka hingga ke kereta.
“Nanti abang call,” aku tergaman dengan suara itu.Sempat lagi nak ucapkan kata-kata terakhir tu.Bila semua dah naik kereta hon dibunyikan sebelum kereta meluncur laju meninggalkan rumah kami.Ucu yang turut sama menghantar pemergian tetamu tadi memaut bahuku dan mengukirkan senyuman nakal.
“Kesian kat abang Airilkan?”

“Kenapa pulak?” aku menyoal balas.

“Kempunan nak dengar suara akak Ucu ni la,”

“Elehh,..tunggulah kawen esok, kot tak larat nak tahan telinga kot dengar akak membebel,” aku terus melangkah masuk ke rumah dan Ucu turut serta mengikut langkahku.Selesai sudah majlis hari ini.Lapang jugak rasa dada.

Malam itu Airil menghubungiku dan kami berbual panjang.Terlerai juga rinduku ini terhadapnya.Moga kasih kami yang baru di bina ini akan terus kekal untuk selamanya.Aku hanya ingin abadikan cinta,kasih dan sayangku hanya buat seorang lelaki yang berhak iaitu suamiku.Aku hanya akan luahkan rasa sayangku padanya bila kami dah sah sebagai pasangan suami isteri nanti walau pun Airil mengatakan aku kedekut untuk mengungkapkan rasa sayang.Bersabarlah sayangku Airil Farhan bila sampai detik itu nanti akan aku ungkapkan perasaanku ini hingga kau akan jemu untuk mendengarnya.

Padamu Airil Farhan aku akan tetap menjadi orang gaji di hatimu.Bila kita di satukan nanti akulah orangnya yang akan menguruskan rumahtangga kita,akan terus menjadi orang gaji yang teristimewa dalam hidupmu.Nantilah kedatangan aku dengan keramahanmu sebagai majikan yang akan terus bertapa di hatiku untuk selamanya.

TAMAT

P/S;Mungkin banyak kesalahan yang tidak di sedari,tapi setiap komen tetap di hargai untuk saya terus wujud di ruang ini.TERIMA KASIH;)




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

134 ulasan untuk “Cerpen : Orang Gaji”
  1. anna the little khalifah says:

    best..memang pandailah buat jalan cerita.. daebak..macam macam ada ..suspen sweet..huhu teringin..

  2. capital S says:

    best..

  3. kesz says:

    best …

  4. rosnina rahman says:

    Cerita yang sungguh menarik

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"