Cerpen : Rindu itu Indah

10 March 2013  
Kategori: Cerpen

23,615 bacaan 16 ulasan

Oleh : Alia Ali Ahmad

Baju kurung yang tersarung elok di tubuhku berterbangan apabila ditiup angin
pantai.Terasa damai hati ini.Segala beban kerja hilang dibawa angin yang berlalu.Aku
mengeluh perlahan.Lelaki di sebelahku hanya diam menanti reaksiku.Baru sebentar
tadi lelaki yang bermata sepet itu meluahkan perasaannya.Aku memejamkan mata dan
berharap apabila aku membuka mata,segala ungkapan Firdaus hanyalah mimpi.

“Balqisha…”Panggil firdaus perlahan.Sah! aku memang tidak bermimpi.Aku
menarik nafas perlahan.

“Maafkan saya,saya bukan tidak mahu menerima awak,tapi saya belum
bersedia”.Kataku berterus-terang.

“Apa yang awak belum bersedia lagi Sha?.Kita berkawan sudah hampir
setahun”.Aku mendiamkan diri begitu juga Firdaus.Hanya hempasan ombak sahaja
yang kedengaran memecah sunyi yang kami cipta.Aduhai lelaki,kau belum bersedia
lagi dari segi agama,islam terlalu manis untuk dipelajari,bisik hati kecil Balqisha.Dia
bukan tidak arif dengan kehidupan Firdaus yang begitu sosial.

“Setahun belum cukup untuk kita mengenali hati masing-masing , lagipun awak
juga belum bersedia”.

“Saya dah bersedia Sha”.Pada saat itu juga Firdaus memegang tanganku.Aku

terkedu,lantas aku menarik tanganku dari genggaman tangan sasa itu.

“Tolong hormati saya Firdaus.Awak lelaki dan saya perempuan.Kita tiada ikatan.
Macam ini ke awak sudah bersedia?” Ujar Balqisha sambil menjeling tajam kearah
Firdaus.

“Sha,saya minta maaf,saya tak dapat mengawal diri tadi”.Firdaus sudah berdiri

betul-betul menghadap wajahku.Aku memalingkan wajah.

“Sudahlah Firdaus ,tiada apa yang istimewa tentang saya.Kalau betul awak ingin

menjadikan saya peneman hidup awak ,tolonglah berubah .Saya tak suka dengan
hidup awak yang terlalu sosial .Saya mahukan seorang suami yang mampu mendidik
dan membimbing saya ,saya perlukan seorang lelaki yang mampu mengimami solat
saya bukan mengimami gadis-gadis cantik.”

“Sha,kalau itu yang awak mahu ,saya janji saya akan berubah”.

“Berubah kerana Allah bukan kerana saya ,ingat Firdaus ,kalau dah memang
takdir menulis jodoh kita bersama ,walau seribu batu saya berlari akhirnya saya akan
pulang ke pangkuan awak .Kalau memang jodoh kita bersama,saya redha “.Aku terus
berlalu tanpa berpaling lagi ke arah wajah hampa itu .

Akhirnya Firdaus kalah dengan perasaannya sendiri.Air mata seorang lelaki

gugur jua tanpa di pinta.Firdaus melemparkan pandangan pada laut yang terbentang
luas .Begitu indahnya ciptaan Illahi.Firdaus meraup wajahnya .“Mungkin sudah tiba
masanya aku harus berubah bukan kerana Balqisha, tapi kerana mu Ya Rabbi” bicara
Firdaus dalam hati .

Sudah tiga minggu Balqisha tidak mendengar khabar dari Firdaus.Jiwanya
kacau,hatinya nanar,seluruh hidupnya terasa kosong.Rasa seperti yang hilang dari
hidupnya.Kini,telefon bimbit sering menjadi peneman Balqisha samada dalam lena.

“Sha,kenapa ni sayang?Umi tengok asyik termenung je?Sha rindu Firdaus lagi

ke?”

“Sha tak tahu lah umi,Sha perlukan kedamaian,sejak akhir-akhir ini Sha tak

tenang”.Akhirnya aku meluahkan kegusaran dihati .

“Sha sayang,kalau perlukan ketenangan Sha bacalah Al-Quran,banyakkan solat
sunat”.

“Umi,kalau Sha nak ke tanah suci Mekah boleh tak?”

“Apa salahnya?Benda baik takkan umi nak halang”.kata Puan Anom sambil

memegang bahu Balqisha.

“Betul ke umi?Seronoknya,lagipun duit dalam bank tu takkan nak simpan je

kan?”.

“Betul,nanti umi bincang dengan Abuya”.Aku terus mengangguk laju.Aku beredar

ke bilik.Senyuman tidak lekang dari bibirku.Tiba-tiba bayangan Firdaus datang
menerjah,aku menarik nafas dalam-dalam.Sejak peristiwa itu,rinduku padanya semakin
membuak-buak.

“ Firdaus. .”.Panggilku perlahan.Aku amat merindui lelaki itu.Tanpaku pinta ada

manik-manik jernih jatuh menyentuh pipiku.Ya Allah,aku berdosa padamu kerana telah
merindui lelaki itu.Balqisha terus menyeka air mata yang mengalir dan akhirnya dia
terlena dengan sisa tangisan.

Selesai solat subuh,Balqisha terus mengenakan tubuhnya dengan baju labuh

berwarna biru dan seluar berwarna hitam.Balqisha nekad,penderitaan ini harus
ditamatkan.Dia harus mencari Firdaus.Balqisha terus menuju ke tempat Firdaus
bekerja.

“Assalamualaikum,cik . .Mohd Firdaus ada tak?”.Soalku pada gadis penyambut

tetamu itu.

“Cik ni siapa?Ada temu janji ke?”

“ Saya kawan lama dia”.

“ Maaf la cik,Tuan Firdaus sudah lama bercuti.Katanya dia ke luar Negara.Cik

ada apa-apa nak tinggalkan pesanan ke?”.Hampa hatiku mendengar ayat yang baru
dituturkan oleh gadis itu.Aku menggeleng dan melangkah keluar dari bagunan itu.Aku
terus menekan nombor telefon Firdaus,namun sekali lagi aku dikecewakan.Talian
berada di luar kawasan.Aku cuba mencari Firdaus ke semua tempat yang pernah
dikunjunginya.Namun Firdaus tiada.Apabila senja merangkak pulang,aku mengambil
keputusan untuk pulang ke rumah sahaja.

Sudah sebulan Firdaus berada di Paris.Firdaus memandang kearah pasangan

yang sedang hangat bercinta.Timbul perasaan jengkel di hatinya apabila melihat aksi
panas pasangan itu.Adakah perasaan itu juga yang dirasai oleh orang lain apabila aku
melakukannya.Firdaus meraup wajahnya.Kejadian tempoh hari datang menerjah
difikirannya.

“Mama tak kira,Fir kena juga kahwin dengan Suhana,itu arahan mama dan

mama tidak mahu Fir mengingkarinya,mama nak Suhana jadi menantu
mama,muktamad!.“Kata Puan Fauziah sambil memeluk tubuh.Bibirnya diketap
geram.Encik Azam hanya jadi pemerhati.Baginya Firdaus sudah dewasa dan mampu
membuat pilihan sendiri .

“Mama,tolonglah jangan buat Fir macam ni,Fir ada pilihan hati Fir juga,mama tak

boleh nak fikir tekak mama je”.

Itulah ayat terakhir yang diungkapkan Firdaus.Selepas itu,Firdaus terus

membawa diri hingga ke kota Paris .

Firdaus bingkas bangun dan mengemas pakaian yang hendak dibawa ke

Mekah.Dia sedar bahawa dirinya sudah jauh meninggalkan Islam.Ini adalah salah satu
cara untuk dia mengenali dirinya yang lemah ini.

Terasa tenang di hati ini tatkala melihat apa yang terbentang dihadapannya.

Berkali-kali Balqisha mengucap syukur kepadaNYA.Setitis air mata gembira gugur
jua.Subhanallah,hebat ciptaanmu.

Kami sekeluarga ditempatkan di hotel yang berdekatan.Aku ditempatkan sebilik

dengan umi.Manakala Abuya sebilik dengan abang Am.

“Sha,hari ini kita akan ke Masjidil Haram,Umi dengan Abuya nak buat solat

sunat,Sha ikut ya?”.

“Apalah Umi ni,datang jauh-jauh takkanlah Sha nak terperap saja dalam

bilik,mestilah Sha nak ikut sekali”.Kataku sambil memaut leher Umi.

Sebelum Maghrib menjelma kami sudah sampai Masjidil Haram.Aku membaca

Al-quran sebelum menunggu azan Maghrib.”Allahuakhbar..” suara azan
berkemunandang.Meremang bulu romaku.Terasa sejuk hati ini bagai disimbah air
embun pagi.Damai,penuh ketenangan.Tanpa ku sedari,air mataku mengalir.

“Kami mengerjakan solat maghrib secara bejemaah.Hatiku benar-benar tenang

disaat mendengar ayat suci al-quran dialun merdu oleh imam Mekah itu.Setelah selesai
solat,aku menadah tangan memohon doa.

“Ya Allah Ya Tuhanku,aku bersyukur padamu,aku bersyukur atas

kurniaanmu,kau telah memberi aku kesejahteraan hidup.Ya Allah,agung sungguh
ciptaanmu.Aku merendah diri ya allah.Berada ditanah sucimu ini membuatkan jiwaku
tenang dan damai.Ya Allah yang maha pengasih,aku begitu kerdil begitu hina Ya
Allah,hatiku telah dicemari dengan cinta seorang kaum Adam.Aku hanya insan
lemah.Aku takut akan azabmu.Aku tidak mampu menahan rindu ini.Aku telah
membuang dirinya dan mengapa kini aku yang dipagut rasa rindu?Kenapa aku yang
menderita?Adakah aku juga mencintainya?Ya Allah,bantulah aku,jika benar dia
ditakdirkan jodohku,kau temukanlah kami dalam keimanan dan ketakwaan.Dan jika dia
bukan jodohku,kau hilangkanlah rasa rindu ini,kau buangkanlah perasaan yang mula
bertandang ini.Aku insan lemah,aku tidak mampu melawan segala ketentuanmu.Kau
kuatkanlah hati hambamu ini Ya Allah,Amin Ya Rabbalalamin.”Seraya itu Balqisha
mengesat air mata yang mengalir di pipinya.Sungguh ! Hatiku benar-benar sedih saat
ini.Hanya Allah sahaja yang tahu penderitaan hatinya .

Namun disatu sudut yang lain pula,ada seorang jejaka yang sedang mengadu

nasib yang sama.Siapa sangka dua hati yang membawa diri rupanya bertapak di tanah
yang sama.

Balqisha mencari seliparnya.Payah dia menemukan selipar itu kerana

pandangan telah dihalang oleh tubuh-tubuh sasa orang arab.Balqisha tidak dapat
mengimbangi tubuhnya apabila dia terpijak kain yang dipakainya.Tubuhnya terdorong
ke belakang dan hampir terjatuh namun sempat diselamatkan oleh seseorang.

Lelaki itu amat terkejut apabila melihat ada seorang gadis yang hampir terjatuh,

lantas dia memaut tubuh langsing gadis yang hampir terjatuh itu.Pada saat itu
sepasang mata bundar milik Balqisha tertancap pada seraut wajah yang amat yang
dirinduinya.Jantungnya bergetar hebat,terasa kehangatan tangan lelaki itu mejalar
di seluruh tubuhnya .

“Firdaus . .”.Sebut Balqisha perlahan.Balqisha cuba berdiri tegak dan
melepaskan pautan tangan lelaki itu.Matanya terkebil-kebil memandang wajah Firdaus.
Balqisha mengetap bibir.Kalau ikutkan hati,ingin sahaja dia meluahkan rasa yang
terbuku dihati.Disaat Balqisha ingin meluahkan rasa,Firdaus berpaling dan pantas ingin
berlalu.Balqisha terkejut dengan tindakan lelaki itu.Pada fikirannya Firdaus akan
meluahkan rasa rindunya tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya .

“Firdaus , kenapa awak pergi?Sudah hilangkah rasa cinta awak buat saya?Mana

cinta yang awak hulurkan dulu?”.Soalku lirih.Hati Firdaus tersentuh melihat gadis
kesayangannya seolah-olah berjauh hati.. Firdaus memalingkan tubuhnya .Dia
merenung sayu ke arah mata bundar itu .

“Kasih,cinta,sayang saya buat Sha tidak pernah hilang,walau selangkah Sha

pergi,seribu langkah saya akan mengejar Sha,saya pergi bukan kerana bencikan Sha
tapi saya takut Sha yang akan pergi dari saya.Saya merindui awak ,saban hari saya
menanti awak “ . Kolam air mata Firdaus sudah bergenang .Balqisha sudah
mengalirkan air mata .

“Tak Firdaus . .tak..Saya takkan pergi dari awak.Saya silap Firdaus ,saya sangka

saya mampu hidup tanpa awak,maafkan saya diatas apa yang telah saya lakukan pada
awak .Setiap hari saya ingin awak hadir disisi saya . “ Semakin deras air mataku
mengalir .

“Jangan tinggalkan saya Sha..tolonglah,saya merayu.”

“Tak..Saya takkan tinggalkan awak,saya janji.”

“Kita kahwin?”.

“Hah?”.

“Ya,saya ajak kahwin,saya tak nak dijodohkan dengan gadis pilhan mama.Saya

hanya mahukan awak Sha,hanya awak.”

“Awak betul-betul maksudkan ke?“. Firdaus mengangguk dalam senyuman. Dari

jauh kelihatan Encik Amir dan Puan Anom menghampiri mereka.

“Umi,Abuya ni Firdaus yang Sha selalu ceritakan tu”.

“Dan yang sering buat hidup Sha ditimpa gerhana itu?”.Usik Puan Anom. Firdaus

dan Encik Amir hanya tersenyum. Wajahku sudah merona kemerahan

tertunduk malu.

“ Mak cik,pak cik,saya bersyukur kerana akhirnya Allah telah menemukan saya

dan Balqisha di tempat yang cukup suci ini. Saya rasa kisah saya sungguh indah. Kalau
pak cik izinkan , ingin sekali saya menjadikan Balqisha sebagai suri hati saya“. ujar
Firdaus dengan penuh harapan. Aku yang terkejut dengan ungkapan sebentar tadi
terus mendongakan kepala. Begitu juga umi dan Abuya ,tetapi kemudian Abuya
tersenyum.

“ Anak muda,kamu memang seorang yang hebat,tidak pernah ada seekor

kumbang yang berani menyunting bunga ini di depan pak cik sendiri.Anak muda,jika itu
kehendakmu pak cik akan tunaikan,jika itu yang mampu mengelakkan kamu melakukan
maksiat,pak cik benarkan”.Kata Encik Amir sambil menepuk bahu Firdaus.

“Betul ke pak cik?”

“Ya,anak muda,kau peliharalah dan jagalah permata kami ini.Didiklah dia dengan

ilmu dan agama,moga kau mampu menjadi suami yang soleh,pak cik akan mewalikan
Balqisha”.Firdaus terus memeluk tubuh Encik Amir.Puan Anom pula memegang erat
jari-jemari Balqisha.Setitis air mata kegembiraan tumpah jua dari mata seorang ibu

Dengan sekali lafaz akad nikah kini Balqisha sah bergelar isteri kepada

Mohammad Firdaus. Kucupan lembut yang hinggap di dahi Balqisha membuatkan
hatinya tersentuh. Dia tidak sangka dalam sekelip mata dia sudah bergelar isteri
dengan bersaksikan ka’abah.

Selepas ini mereka akan pulang ke Malaysia untuk mengkhabarkan berita ini

kepada Encik Azam dan Puan Fauziah.Pasti mereka terkejut habis.Penerbangan yang
mengambil masa selama sepuluh jam itu terasa begitu lama.Firdaus memandang kasih
terhadap isterinya. Firdaus memegang erat jari Balqisha.

“Terima kasih Sha kerana telah menerima abang”.

“ Tak,Sha yang patut berterima kasih sebab abang sudi terima Sha seadanya“.

Mereka berdua melangkah perlahan ke arah rumah banglo dua tingkat itu.

Tangan sasa Firdaus masih setia di bahu isterinya.Dia ingin meminjamkan sedikit
kekuatan kepada Balqisha untuk menghadapi segala yang bakal berlaku.

“Firdaus,”jerit mama.Puan Fauziah terus memeluk Firdaus.

“Mama maafkan Fir”.

“Tak,sayang.Fir tak salah,mama yang salah,Fir jangan tinggalkan mama lagi

sayang,mama janji mama takkan paksa Fir kahwin dengan Suhana.”ucap Puan Fauziah
sambil memegang pipi Firdaus.

“Mama,Fir yang salah. Fir tak patut lari dari mama dan papa.“Kedua –dua

beranak itu sudah mengalirkan air mata.Balqisha yang hanya jadi pemerhati turut
mengalirkan air mata.

“Sudahlah tu yah,Fir kan dah balik? Yang awak nak nangis ni buat apa?“ soal

Encik Azam. Firdaus melepaskan pelukannya.Dia teringat akan Balqisha.Pasti orang
tuanya tidak mengenali Balqisha.Firdaus membawa Balqisha kepada orang tuanya.
Tangannya masih erat menggenggam jejari Balqisha.

“ Mama,papa,sebelum itu Fir nak minta maaf,Fir tak berniat nak membelakangi

mama dan papa.Fir tak nak kehilangan Balqisha. Dialah segalanya untuk Fir,dan dia
juga isteri Fir“. kata Firdaus perlahan.

“Ya Allah,kenapa Fir tak beritahu mama?“

“ Fir minta maaf mama,papa“.

“Tak apalah,benda dah jadi,papa harap Fir sudah buat pilihan yang betul“

Firdaus tersenyum begitu juga Balqisha.

“Mama,Sha minta ampun kalau Sha ni bukan pilihan mama,tapi Sha benar–

benar tidak boleh berjauhan dengan abang,Sha sayangkan dia“ kataku sambil
memegang lengan mama.Puan Fauziah memberikan senyuman.Tangannya terus
menyentuh pipi mulus Balqisha.

“Mama tak marah sayang,mama yang silap,mama harap Sha akan sayang

Firdaus buat selama-lamanya.”

“Terima kasih mama.”Aku terus memeluk tubuh yang banyak berjasa itu.

Segala kebahagiaan telah aku kecapi.Kini,aku adalah seorang isteri kepada

jejaka yang amat aku rindu.Di birai katil,aku memandang kearah Firdaus.Aku
melemparkan senyuman yang paling manis buatnya. Firdaus melangkah ke arahku dan
mengucup kelopak mataku.

“Sayang,tiada lagi air mata yang akan jatuh dari mata sayang,abang tak nak

sayang bersedih lagi“.Aku mengangguk dan terus memeluk tubuh sasa itu.Terima kasih
Tuhan kerana telah menganugerahkan rindu yang indah ini buatku. Airmata syukur jatuh perlahan dari tubir mataku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Cerpen : Rindu itu Indah”
  1. ryana says:

    Good , ilikee , usaha lg k

  2. ira says:

    Good . try ur best . good luck .

  3. zieyra says:

    erm goog lah,but lebih kurang citer adam hawa cikit

  4. ciksue76 says:

    mcm cite adam dan hawa jeee…Usaha lagi

  5. Fiqacute says:

    Agk la mcm adam & hawa.. Cme yg ni dieorg nikah kat mekah… Hehe… ;) btw, ttp sweet ade isu kekeluargaan skit, isu kasih syg… Mmg lengkap… Cmerrrrrlang…

  6. erna wati says:

    ok best…good job…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"