Novel : Aku Kau Bersama?! 5

20 March 2013  
Kategori: Novel

3,922 bacaan 1 ulasan

Oleh : Anisah Salsabila

Bab 5

Ramai orang bertepuk tangan sambil tersenyum apabila Datuk Mazlan memperkenalkan anaknya Syed Ariff sebagai naib pengerusi di syarikat itu.Para wanita pula tidak putus-putus memandang wajah Syed Ariff yang memukaukan itu termasuk Melena yang berada di dalam bilik meeting.Mulut Azhani bagaikan mahu terlopong,tidak percaya apa yang dilihatnya.Tak mungkin!.Mamat miang tu anak kepada Datuk Mazlan.Aduuh,mati aku.Dahla aq ‘sound’dia tadi.Azhani mula resah.Bagaikan terkena renjatan elektrik apabila Datuk Mazlan memberitahu bahawa Syed Ariff akan bekerja di tingkatnya.Mamat ni kalau nampak aku sah-sah dia bengang.baik aku lari!.Semasa bersurai,Azhani la orang yang pertama keluar dari bilik meeting.

Selepas majlis bersurai,Syed Ariff berjabat tangan dengan ayahnya.”Thanks,ayah.Ariff takkan hampakan ayah untuk bekerja di syarikat ni.”Ariff tersenyum bangga.”Bagus,ayah harap Ariff akan mengikut jejak ayah.Ingat,Ariff adalah anak tunggal ayah.Jangan hampakan ayah”.Datuk Mazlan berkata dengan penuh makna.Siapa lagi untuk dia menyerahkan harta selain anak tunggalnya ini.

“Jangan risaula ayah.Ariff takkan”.

“Oh ya.About your PA.Kamu boleh pilih sendiri.Disyarikat ni ramai PA yang berkelayakan seperti Jazmin,Christene,Melena.Kamu boleh pilih jer.”Kata Datuk Mazlan.Melena juga pada waktu itu berada di sebelah Datuk tersenyum apabila Datuk menyebut namanya.Bestnya kalau aku jadi PA mamat ni.Dah lama aku goda dia habis-
habisan!.Mesti dia pilih aku punyalah jadi PA dia.Kalau tak,siapa lagi.haha.Melina ketawa di dalam hati.

“It’s okay,ayah.I will make that decision later.Sekarang ni Ariff nak tengok pejabat Ariff dulu.”Kata Syed Ariff.”Okay,you’r decision.Tapi bila kamu dah jumpa seseorang yang sesuai jadi PA kamu,inform to me.”Kata Datuk Mazlan dan berlalu pergi.Syed Ariff keluar dari bilik meeting yang kosong itu dan berlalu pergi kedalam pejabatnya.Pejabatnya yang besar itu tidak dipedulikan.Dia duduk bersandar di kerusi dan melihat jamnya untuk ketahui masa.Dia mula berasa pelik apabila jarum jamnya tidak bergerak.Eh,rosak ker jam aku?.Bukan pagi tadi ok jer?.Syed Ariff mula berfikir.kemudian dia dapat mencari penyelesaiannya.Oh,ya!.Aku jatuh dengan minah tula sebabnya jam aku rosak.Aduh,perempuan tu punya pasal jam tangan aku yang mahal ni jadi mangsa.Tak boleh jadi ni,perempuan ni mesti bayar balik aku harga jam ni!.Syed Ariff tersenyum,perancangan untuk membalas dendamnya mesti dilaksanakan .Syed Ariff keluar dari pejabatnya dan pergi ke setiap pejabat untuk mencari gadis yang memakai tudung berwarna hijau daun.

Azhani yang terhendap-hendap memasuki pejabat mencurigakan Lia yang berada di belakangnya.”Kau ni kenapa Azhani,macam nak mencuri jer aku tengok”.Suara Lia yang mengejutkannya dari belakang membuatkan Azhani menjerit kecil.”Kau ni Lia,sengaja jer tau nak terkejutkan aku.”Kata Azhani sambil mengurut dadanya.Azhani seorang yang lemah semangat.”Takderrla,aku pelik tengok kau macam menyorok jer.Kau menyorok dari siapa ni?.”Soal Lia.Azhani merenung muka Lia.Nak bagi tahu ke tak?.Ah,bagitahu ajerrla.Azhani menarik Lia sehingga ke pantry dan menceritakan segalanya tentang pertemuan dia dan Syed Ariff.

“Ya allah,kau ni pun satu Azhani.Patutnya kau berterima kasih dekat dia,bukan marah.”Lia mula berleter apabila mendengar masalah sahabatnya itu.

“Aku tau,tapi time tu aku takleh kawal emosi aku.Aku betul-betul terkejut bila dia pegang pinggang aku.Sebab itula aku panggil dia lelaki miang.”Azhani tertunduk.Rasa bersalah mula bersarang di dalam hati.Lia menggeleng kepala.haih,apa kena la dengan sahabat aku seorang ni.

“Apa aku nak buat ni Lia,tolongla aku.”Azhani cuba merayu.

“Entahlah,aku rasa korang berdua yang salah.yang seorang tak reti berterima kasih.Yang seorang pulak ego,panas baran.Aku pun dah pelik.”Lia kata sambil menyindir kawannya.

“Ala Lia,janganla camni.Aku tak nak kena pecat..tolong..”Azhani membuat muka sedih.

“Sekejap,aku cuma nak kepastian.Dia pegang dekat pinggang je ker,atau kat tempat lain ha?”.Lia tersenyum nakal.Cuba untuk mengenakan sahabatnya.

“Ish,kau ni fikir benda tu pulak!”.Azhani menjerit malu.Apa punya sahabatla,asyik fkir benda-benda macamtu.Lia terus ketawa terbahak-bahak.Tiba-tiba situasi mereka berhenti apabila pintu pantry terbuka.Terpacullah wajah Syed Ariff di hadapan mereka.Dapat pun kau,minah gila!.Azhani dan Lia memandang sesama sendiri dan memandang di hadapan kembali.Syed Ariff menunding jari kearah Azhani.”Come to my office.now.”Kata Syed Ariff sambil tersenyum sinis.Gulp!.Aku akan mati!.kata hati Azhani.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Aku Kau Bersama?! 5”
  1. erica71 says:

    mcm best je.cpt smbg cik penulis ya!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"