Novel : Aku Kau Bersama?! 6

27 March 2013  
Kategori: Novel

4,322 bacaan 2 ulasan

Oleh : Anisah Salsabila

Bab 6

Tanganya sejuk,badannya kaku.Azhani hanya diam membatu.Selepas ditemui oleh Syed Ariff,Azhani terus dipanggil ke biliknya.Azhani membeku di tengah pejabat manakala Syed Ariff pula sedang duduk di kerusi dengan tenang.Azhani hanya memandang sekilas kepada Syed Ariff yang berpaling darinya,kemudian matanya tertunduk ke bawah.Alamak,apa aku nak buat ni?.Itula,pandai-pandai jerr’sound’ orang tanpa tengok siapa tuannya,kan dah kena.Ya allah,tolongla jangan bagi aku kena pecat.Semasa Azhani berperang dengan mindannya sendiri.Dia tidak perasan Syed Ariff sedang perhatikannya.

Apasal minah ni tunduk jer?.hmm,mesti tengah takut pada aku.Sekarang kita tengok siapa bos!.haha.Syed Ariff ketawa kemenangan di dalam hati.”Mata awak ni juling ker asyik pandang bawah jer?.”.Tegur Syed Ariff.

Juling?.Dia kata aku juling?!.Iee,lelaki ni memang nak kena!.Hati Azhani sedang hebat mengutuk Syed Ariff,namun pada luarannya dia berlagak tenang dan memandang Syed Ariff.”Maaf,untuk pengetahuan encik.Mata saya ni normal,bukan juling.”Azhani kata dengan berani walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu betapa kalutnya dia.

Hebat juga minah ni tenangkan diri.Syed Ariff memandang tajam kepada Azhani.Tiba-tiba Syed Ariff bangun dari kerusi dan berdiri di depan Azhani membuatkan Azhani semakin kebelakang.Semakin Syed Ariff ke hadapan,semakin Azhani ke belakang sehinggalah belakang Azhani tersentuh dinding pejabat.Syed Ariff meletakkan tapak tanganya di dinding membuatkan Azhani terperangkap.Ya Allah,kalau lelaki ni buat apa-apa dekat aku,aku menjerit.Biar satu bangunan ni dengar!.Azhani mula kalut dalam hati.Azhani terpaksa mendongak untuk memandang Syed Ariff kerana Syed Ariff sedikit tinggi.

“Kalau awak tak juling,cuba awak pandang anak mata saya lebih 20 saat”.Kata Syed Ariff sambil tersenyum sinis.Best jugak kenakan minah ni.

Azhani terpampan seketika apabila melihat senyuman Syed Ariff.Ya Allah,apasal lelaki di hadapanku ni hensem sangat.Namun cepat dia melenyapkan fikirannya dan memandang mata Syed Ariff.1,2,3,4,…Azhani mengira di dalam hati.Jangan ingat aku nak kalah kepada mamat ni.Kiraan Azhani mula terhenti apabila Syed Ariff mula mendekatkan wajahnya kepada Azhani.Apasal dengan mamat ni?.Azhani mula takut.Dengan tiba-tiba hatinya berdebar dengan suatu perasaan yang sukar ditafsir.Syed Ariff juga merasai degupan hatinya meningkat.Asalnya dia ingin mengusik Azhani dengan mendekati wajahnya kepada Azhani.Namun,debaran di hatinya membuatkan dia berhenti dan terus mengamati wajah Azhani.Azhani mula rimas dan menolak Syed Ariff dengan sekuat hati.

“Encik!,encik jangan nak buat benda tak senonoh.Saya ni ada pegangan agama tau.Kalau encik apa-apakan saya.Saya menjerit nanti!”.Azhani mula berundur untuk menjarakkan dirinya.Syed Ariff terkejut dengan kata-kata Azhani lalu ketawa.Azhani pelik.Eh,ketawa pulak mamat ni.

“Awak ingat saya ni nak sangat ke dekat awak.Saya ni kalau nak,saya mintak.Bukan paksa..haha”.Syed Ariff masih lagi ketawa dan duduk di sofa.Iee..seramnya mamat ni,harap aja ada rupa.Azhani mengutuk dalam hati.
“Habis,encik panggil saya ni kenapa?”.

Syed Ariff menanggalkan jam tanganya dan baling kearah Azhani.Azhani menyambut dengan kalut.Wah,cantiknya jam tangan ni.Mesti mahal beribu-ribu.Tengokla design dia,terperinci.Tapi apasal mamat ni bagi aku jam tangan dia?.”Kenapa encik bagi saya jam tangan encik?”.

“Jam tangan saya rosak sebab awak.”

“Sebab saya?”.

“Ye,sebab awak.Masa kita terjatuh tadi jam tangan saya dah rosak sebab awak.Kalau awak tak hempap saya masa tu jam saya dah lama ok.so,this all is you’r fault.”Kata Syed Ariff dengan tenang.Sebab aku?!,mamat ni biar betul.Aku tahula aku yang bersalah jatuh atas dia tapi aku takla sengaja nak rosakkan jamnya.Azhani mula bengang dalam hati.

“Tapi encik, saya rasa…”

“Tak ada tapi-tapi.Itu jam kegemaran saya dan harga dia mahal.Saya nak awak bayar balik sebagai ganti rugi.”Nada suara Syed Ariff mula meninggi.

Alamak,mamat ni nak marahla pulak.Ni yang aku takut ni.Tapi macamana aku nak bayar ganti rugi,aku tengah ‘koyak’ sekarang ni.Azhani mengeluh.Keluhan Azhani didengari oleh Syed Ariff dan dia tersenyum.Aku dah agak minah ni tak boleh bayar.

“Macamnila encik,saya tak ada duit sekarang.Mungkin saya boleh bayar secara ansur-ansuran.”Kata Azhani dengan mengalah.Dia tak boleh merungut,kerana lelaki ini juga lah yang menyelamatkannya tadi.

“Saya taknak ansur-ansuran,saya nak sekarang.”.

“Tapi encik!,sekarang saya tak ada..”.Tidak sempat Azhani bercakap Syed Ariff memotong.

“Kalau awak tidak adak duit.awak ada dua pilihan”.Syed Ariff bangun dari sofa dan mengahadap kearah Azhani.”Dua pilihan?”.Muka Azhani berkerut.Iee..lelaki ni ada-ada je la,jangan mintak bukan-bukan sudahh.

Syed Ariff mendekatkan diri di hadapan Azhani.”ye,dua pilihan.Nak bayar sekarang,ataupun jadi PA saya.Silala pilih.”Syed Ariff tersenyum.Terkejut Azhani mendengar pilihan itu,dia menelan air liur.Dia amat tahu bahawa lelaki dihadapannya ini memang mahu menyusahkan hidupnya kalau dia menjadi PA 24 jam kepada mamat hampeh ni.Tapi buat masa sekarang dia betul-betul tidak berwang.Fikiran Azhani kusut.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Aku Kau Bersama?! 6”
  1. tasha says:

    akak pndeknyeww kak bru je nk enjoy bc tup2 da abs….

  2. Miss writer says:

    hehhe..sorry2 dik kalo pendek sangat.Mungkin tu kelemahan akak.Trimas ye sbb kritik and comment!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"