Novel : Cinta Kita Cinta Gila 1

5 March 2013  
Kategori: Novel

1,164 bacaan 2 ulasan

Oleh : Yully

BAB 1

Anna Suraya berlari anak menuju ke arah pagar sekolah. Kelihatan seorang pengawas setia berdiri di pagar dengan buku catatannya. Tanpa menghiraukan pengawas itu, Anna Suraya bergegas ingin masuk ke dalam kawasan sekolah.

“Ehm.. Ehm.. Ehm..” Pengawas yang memakai tag nama Aiman berdeham kecil.
Lantas Anna Suraya mematikan langkahnya.

“Dahlah lambat.. Selamba jek nak masuk?” Perli Aiman.
Anna Suraya tidak menghiraukan perlian tersebut.

“Nama?” Tanya Aiman.
Gadis yang daripada tadi membisu itu memalingkan mukanya menghadap Aiman.

“Awak tahu nama saya!” Jawab Anna Suraya.

“Saya tahu ke?” Aiman tersenyum sinis.

“Heh! Anna Suraya! Anna Suraya binti Abdul Muis.” Anna Suraya terpaksa mengalah.

“So, Cik Puteri Anna Suraya binti Raja Abdul Muis… Untuk minggu ni sahaja, dah 3 kali nama awak kena catit dengan saya. Awak ada masalah ke? Jam loceng kat rumah awak dah kehabisan bateri atau pun awak ikut masa kat negara lain?” Aiman belum puas memerli.

“Boleh saya masuk sekarang?” Soal Anna Suraya penuh dengan perasaan geram di dalam hati.

“Silakan Tuan Puteri… Tugas patik memang kena sambut Tuan Puteri kat pagar ni tiap-tiap hari…” Aiman membuat tunduk hormat sambil tersenyum manis.
Manislah pada pandangan gadis lain, tapi bukan pada pandangan Anna Suraya!

“Poyo!” Sempat lagi Anna Suraya melepaskan rasa benggangnya sebelum beredar pergi.
Aiman hanya tergelak kecil setelah gadis tersebut semakin jauh meninggalkan kawasan pagar sekolah.

“Myra, Aiman tu hot kan?” Nadhirah memintal-mintal rambutnya yang di tocang dua itu.

“Kau suka kat dia ehy, Dira?” Usik Umairah.

“Padan apa Nurul Nadhirah binti Dato Malik dengan Mohd Aiman Naqib a.k.a ketua pengawas dan juga ketua pelajar sekolah!” Nadhirah berkata bangga.

“Aiman tu dahlah baik, sopan, pandai, kacak, aktif, kesayangan cikgu-cikgu lagi…” Anggau Nadhirah dibuatnya bila memikirkan kelebihan yang ada pada jejaka pujaan setiap pelajar perempuan sekolah mereka.

“Betul tu! Kalah Jimmy romeo sekolah yang ‘tak ada apa-apa’ kalau nak dibandingkan dengan Aiman.” Sokong Umairah.

“Tapi… Jimmy tu anak orang kaya… Aiman pula… kita tak tahu latar belakang keluarga dia… Entah-entah dia anak driver orang kaya ke?” Tambah Umairah teragak-agak.

“Ignore kan pasal tu! Pokoknya ialah sekarang ni dia adalah orang yang paling popular kat sekolah. Kalau aku couple dengan dia, mesti aku dapat tempias sekali.”

“Betul! Betul! Aiman popular, dahlah kacak, pandai pula tu. Pastu dia tahu hormatkan orang lain. Ada ciri-ciri suami mithali tu!”

“Tambah poyo sekali!” Sampuk Anna Suraya yang baru masuk ke dalam kelas.
Gadis itu menuju ke tempat duduknya tanpa memandang Nadhirah dan Umairah yang kelihatan terkedu dengan kata-katanya tadi.

“Kenapa dengan minah tu?” Soal Nadhirah perlahan.

“Nama dia kena catit dengan Aiman lagilah tu.” Bisik Umairah di telinga Nadhirah.

Anna Suraya meletakkan beg dia atas meja dan mengeluarkan bedak compact yang sentiasa dibawanya. Bedak tersebut disapu rata ke muka menggunakan span yang disediakan.

“Nasib baik mamat tu seorang jek yang nampak muka aku tadi! Kalau orang lain nampak jatuh reputasi aku. Dia punya pasallah aku tak sempat nak touch up muka. Sebab takut lambat, aku main terjah jek pergi sekolah. Last-last kena menghadap dia juga dengan buku displin tak guna tu…” Bebel Anna Suraya.
Kehadiran Aiman membuatkan suara-suara binggit yang kedengaran di dalam kelas sebentar tadi mati serta-merta. Maklumlah ketua pengawas merangkap ketua pelajar dah datang, jadi kenalah jaga tingah-laku tu sikit kalau tak nak nama masuk buku catatan.

“Aiman…” Panggil Nadhirah.

“Ya, saya.” Aiman tersenyum kecil.
Kalau tak senyum nanti orang kata sombong pula.

“Eh…” Nadhirah terus membeku setelah melihat senyuman Aiman.

“Dira?”

“Dira…” Umairah menyengol bahu kawannya itu.

Malu jek kalau Aiman tahu yang Nadhirah tengah berangan! Kot iya pun nak bermimpi ke, berangan ke, nanti-nantilah. Ni Aiman ada kat depan pun boleh pula fikiran tu melayang ke tempat lain.

“Ah? Eh… Tak!” Nadhirah yang tersedar daripada khayalan akibat sengolan Umairah tadi sedikit terpingga-pingga.

“Awak dah sampai mana?” Tegur Aiman.

“Taman Astakonah!” Jawab Nadhirah tanpa sempat berfikir terlebih dahulu.

“Dira…” Umairah menundukkan muka kerana berasa malu dengan kelakuan sahabat baiknya itu.

“Kalau tak ada apa-apa hal, saya minta diri dulu ya?” Dengan sopan Aiman berlalu meninggalkan Nadhirah dan Umairah.
Aiman mengambil tempat di sebelah Anna Suraya. Sejak daripada tingkatan 1 lagi memang mereka duduk bersebelahan. Itu pun kerana tiada manusia di dalam kelas yang sudi menawarkan diri untuk duduk bertemankan gadis tersebut. Dan secara automatiknya juga Aiman dan Anna Suraya akan menjadi partner untuk kerja-kerja berpasangan. Rakan sekelas yang lain semuanya akan menjauhkan diri daripada Anna Suraya. Mana taknya, gadis itu agak dinggin dan tidak akan melayan sapaan ramah daripada mereka. Anna Suraya suka berseorangan dan tak suka bercampur dengan rakan-rakan sekolahnya. Di dalam sekolah ini, tiada seorang pun yang Anna Suraya anggap kawan.

“Cukup-cukuplah touch up muka tu… Tak manis juga muka awak saya nengok.” Aiman menghadiahkan senyuman sinis kepada Anna Suraya.

“Heh!” Cepat-cepat Anna Suraya menyimpan bedak compact di dalam beg. Takut kena rampas dengan pengawas poyo tu pula nanti!

Murid-murid berlari anak menuju ke tempat duduk masing-masing apabila Cikgu Rania masuk.

“Assalammualaikum cikgu…” Naqiu memulakan salam selaku ketua kelas.
Rakan-rakan yang lain segera mengikut.

“Waalaikummussalam… Duduk.” Arah Cikgu Rania.

“Hari ni saya nak uji memori kamu semua. Kita buat pop kuiz. Macam biasa kamu kena berpasangan dengan rakan sebelah kamu.” Sambung Cikgu Rania.

“Kuiz pasal apa cikgu?” Tanya Nazmi.

“Gaya bahasa.”

“Gaya bahasa, cikgu? Kami bukan nak ambil PMR lagi pun.” Runggut Umairah.

“Syarifah Umairah binti Syed Alwi.” Cikgu Rania merenung Umiarah dengan pandangan yang tajam.

“Eh… Sorry cikgu…” Umairah segera memohon maaf di atas keterlanjuran mulutnya sebentar tadi.

“Saya tahu yang tahun ni kamu semua akan menghadapi peperiksaan SPM, bukannya PMR yang kena ingat gaya bahasa semua. Tapi tak salahkan kalau kita belajar gaya bahasa?
Nanti kamu boleh praktikkan kat karangan yang kamu buat.” Jelas Cikgu Rania.

“Baik cikgu!” Semua orang menjawab serentak.

“Okey, kita mulakan dengan gaya bahasa ‘hiperbola.’ Siapa yang nak jawab?”

“Kami cikgu!” Nadhirah mengangkat tangan.

“Lautan api akan ku renangi demi cintaku padamu.”

Jawapan daripada Nadhirah menimbulkan sorakan daripada pelajar-pelajar lelaki.

“Kaki kananku di utara, kaki kiriku di selatan.”

“Bagus Nadhirah dan Umairah. Jawapan yang baik.”
Nadhirah dan Umairah tersenyum bangga dengan pujian yang Cikgu Rania berikan.

“Saya peliklah dengan awak ni… Hari-hari awak belek muka kat cermin, tampel bedak tu. Tapi… kenapa muka awak makin hari makin masam jek saya nengok…” Sengaja Aiman mencari pasal dengan Anna Suraya.

“Awak sibuk apasal?”
Mereka bercakap separuh berbisik, takut kalau-kalau Cikgu Rania dengar.

“Bukan nak sibuk, tapi awak kenalah jaga juga orang sebelah awak ni. Awak masam-masam, tempiasnya kena saya. Habis masam bau baju saya tau.” Usik Aiman.

“Well! Hello! Excuse me! Please, okay! Baju awak bau masam sebab awak tak mandi pagi! Lansung tak ada kaitan dengan saya!” Anna Suraya tidak dapat mengawal kemarahannya lalu bersuara agak kuat.

“Aiman, Anna.. Kenapa bising-bising tu?” Soal Cikgu Rania.
Seisi kelas memandang ke arah mereka.

“Eh…” Anna memandang Aiman.

“Tak cikgu… Anna nak kami jawab soalan cikgu.” Ujar Aiman pantas.

“Oh… Silakan.” Cikgu Rania tersenyum tanda mengalu-alukan.

“Aiman… Cikgu tanya apa?” Anna bertanya perlahan.

“Cikgu minta ayat sinkof kot.” Jawab Aiman separuh berbisik.

“Bukan ayat personifikasi ke? Saya dengar macam tu jek tadi.”

“Tak… Sinkof.”

“Personofikasi…”

“Aiman? Anna?”

“Eh… Tidak akan bertukar menjadi tak kan.”

“Bukan cikgu! Jawapan yang betul batu berteriakan, pokok melambai-lambai.”

“Kamu berdua pasti ke?”

“Semangkuk kasih, secawan sayang, dicampur bersama menjadi adunan kasih sayang.” Nadhirah menjawab bagi pihak mereka.

“Betul tak cikgu?”

“Sejak bila kau jadi jiwang karat ni Dira? Semangkuk kasih, secawan sayang, dicampur bersama menjadi adunan kasih sayang. Lepastu siaplah sehidangan cinta kau ya?” Umairah tergelak kecil.

“Stop it, Myra!” Nadhirah mencukakan wajah.
Sakit hati bila diusik kawannya.

“Aku buat macam tu sebab nak tolong Aiman jek. Kesian dia kalau tak dapat jawab. Mesti cikgu tahu yang dia tak fokus. Cikgu minta ayat metafora, dia bagi lain. Semua ni Anna punya pasallah! Sibuk ajak Aiman berbual.” Marah Nadhirah.

“Cemburu ke?” Umairah mencubit manja pipi Nadhirah.

“Mestilah…” Nadhirah mengusap perlahan pipinya.

“Aiman tu… rapat semacam jek dengan Anna… Orang lain mana nak bertegur sapa dengan Anna. Aiman seorang jek yang suka tegur dia. Entah-entah Aiman ada hati kat dia?” Wajah Nadhirah bertukar muram.

“Tak mau sedih-sedih ya? Kalau betul pun Aiman suka kat dia, kita buatkanlah Aiman suka kat kau pula” Pujuk Umairah.

“Dira… Aiman!”

“Mana?”

“Assalammualaikum…” Aiman menghulurkan salam.

“Waalaikummussalam…” Jawab mereka berdua.

“Aiman…” Nadhirah tersenyum lebar.
Hilang rasa gusarnya sebentar tadi.

“Dira, terima kasih ya tadi.” Ucap Aiman.

“Sama-sama. Hal kecil jek tu…” Nadhirah tersipu-sipu malu.

“Okey… Jumpa kat makmal Kimia nanti.”

Pondok rehat yang diduduki oleh Nadhirah dan Umairah ditinggalkan oleh Aiman. Pada waktu rehat macam ni, banyak tugas yang menantinya. Aiman terpaksa meronda satu kawasan sekolah untuk memastikan pengawas-pengawas lain menjalankan tugasan mereka.

Anna Suraya yang berada di dalam kelas hanya memerhatikan daripada tingkap. Pondok rehat itu berdekatan sahaja dengan kelas mereka. Anna Suraya memang tidak pernah makan di kantin sekolah kerana gadis itu akan membawa bekalannya sendiri. Dua potong sandwich setiap hari bersama air yogurt.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Cinta Kita Cinta Gila 1”
  1. dayah says:

    permulaan yg menarik,
    writer ad blog x?

  2. Yully says:

    ada. zuarenyully.blogspot.com :-D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"