Novel : Cinta Kita Cinta Gila 3

26 March 2013  
Kategori: Novel

1,040 bacaan 2 ulasan

Oleh : Yully

BAB 3

“Awak nak apa lagi ni? Kan awak dah catit nama saya. So, bagilah saya masuk!” Bentak Anna Suraya terhadap Aiman.

“Memanglah saya dah catit nama awak sebab datang lambat. Masalahnya Cik Anna… rambut awak tu!” Tegur Aiman.

“Kenapa dengan rambut saya?” Soal Anna Suraya berani.

“Masa orientasi tingkatan 1 dulu rasanya pihak sekolah dah beritahu, pelajar-pelajar perempuan yang tak bertudung hanya dibenarkan mengikat rambut tocang dua, tocang satu atau nama lainnya tocang kuda, dan ikat satu jek. No lepaskan rambu bagi yang berambut panjang, rambut pendek dikecualikan. And no dandan-dandan.” Aiman mengingatkan Anna Suraya semula.

“Tapi kalau awak nak pakai tudung after Cikgu Ayu potong rambut awak ikut bentuk tempurung kelapa tak apalah. Okey juga tu. Mana tahu muka awak jadi manis if bertudungkan.” Tambah Aiman dengan niat untuk mengusik Anna Suraya.

Dan macam biasa, Anna Suraya memasamkan wajah. Tanpa berbunyi sepatah pun, Anna Suraya membuka dandanan rambutnya di hadapan Aiman dan kembali mengikat semula rambutnya dengan ikatan satu. Malas dia nak berbalas kata dengan pengawas seorang ni. Nanti makin banyak pula kata-kata sinis dan perlian yang bakal Aiman hadiahkan untuk dirinya.

“Puas hati? Boleh saya masuk?” Tanya Anna Suraya selamba.

“Kejap Tuan Puteri!” Halang Aiman.

“Apa dia?” Anna Suraya membuat muka sombong, tanda tidak mahu melayan Aiman.

“Awak tak ada apa-apa yang nak dicakapkan dengan saya ke?” Aiman tersenyum manis.

“Cakap apa?”

“Pasal semalam… Cakap terima kasih ke?” Duga Aiman.

“Oh… Awak nak suruh saya cakap terima kasih ya? Awak tahu tak sebab awaklah saya kena jemur kat tengah padang tau. Dahlah lari lembap! Habis gelap muka saya ni jadinya.”

“Ah?”

“Aiman… dengar sini baik-baik, awak takkan dengar perkataan tu daripada saya.” Tambah Anna Suraya lagi setelah dia melihat Aiman terkebil-kebil memandangnya.

Mesti tak sangka kena fire dengan Tuan Puteri walau pun dia dah berjasa semalam.

“Susah sangat ke nak ucapkan perkataan ‘terima kasih’ tu?” Aiman kembali bersuara setelah membisu buat masa beberapa minit.

“Ada ke saya suruh awak tolong saya semalam? Saya tak pernah harapkan pertolongan daripada awak pun. Dan lagi satu… kalau tak ikhlas tak payah tolong lain kali!” Kata Anna Suraya tanpa perasaan.

“Entah apa-apa perangai…” Komen Aiman setelah Anna Suraya pergi.

“Kau layankan sangat perempuan pelik tu kenapa?” Sampuk Haikal, rakan pengawas yang sama-sama bertugas menjaga pagar sekolah bersama Aiman pada hari ini.

“Saja…Suka nengok perangai dia.” Aiman tersenyum kecil.

Haikal mengeleng kecil. Tanda tidak faham dengan tindakan Aiman.

Anna Suraya berjalan sambil membelek mukanya di dalam cermin yang di bawa.

“Heh… Agak perfect.” Anna Suraya berpuas hati dengan penampilannya hari ini.
Nadhirah dan Umairah yang datang daripada arah bertentangan dengan sengaja melanggar bahu Anna Suraya dan menyebabkan cermin yang dipegang Anna Suraya terlepas seterusnya pecah.

“Woi, buta apa?” Marah Anna Suraya.

“Opss… Sorry, Anna! Tersengaja.” Kata Nadhirah sambil ketawa diikuti oleh Umairah.

“Aku tak ada cari pasal dengan kauorang, so, jangan sesekali cari pasal dengan aku! Kalau tak, tahulah aku nak buat apa dengan kauorang.” Ugut Anna Suraya keras.

“Mana ada kitaorang nak cari pasal dengan kau, Anna. Kitaorang just nak berkawan jek. Kesian aku nengok kau seorang diri.” Nadhirah membuat muka simpati untuk Anna Suraya.

“Kalau kau nak berkawan, kau dah salah cari orang! Aku tak perlukan kawan.” Tolak Anna Suraya.

“Muka dah cantik… Perangai jek hodoh!” Umairah memegang dagu Anna Suraya.

“Jangan sentuh aku!”

Anna, kau sengaja kan nak tarik perhatian Aiman? Sebab tu kau tak nak berkawan dengan orang lain! Biar Aiman kesian kat kau.” Tuduh Umairah.

“Oh… Pasal Aiman ya?”

“Kau tahu tak yang Dira ni paling sesuai bergandingan dengan lelaki macam Aiman. Bukannya kau!”
Anna Suraya memandang Nadhirah tidak berkelip. Lansung tidak menghiraukan Umairah yang sedang bercakap dengannya.

“Kesian kau, Dira… Tapi macam manalah Aiman nak terpikat dengan perempuan macam kau. Nama jek anak ‘Dato’ tapi aku nengok tak ada gaya anak ‘Dato’ pun. Ada ke pergi sekolah dengan muka yang pucat tak bermaya dan berminyak ni? Padanlah berkawan pun dengan ‘Sharifah’ yang bercermin mata dan bertocang kuda. Kauorang berdua ni buta fesyen tahu tak! Lansung tak tahu bergaya! Kalau nak dapatkan perkhidmatan tentang penampilan diri daripada aku, jangan malu-malu ya.”

“Kau!” Umairah menahan sabar.

“Loceng dah berbunyi tu. Waktu rehat dah habis. Nanti Aiman catit nama lagilah peluang kau tipis nak pikat dia.” Anna Suraya menitipkan pesanan sebelum masuk ke dalam kelas.

“Kurang ajar!”

“Myra… Muka aku berminyak sangat ke?”

“Ada ubi ada batas…” Umairah berkata perlahan.

“Kau orang semua nak dengar cerita tak?” Umairah bersuara agak kuat.

“Nak mengumpatlah tu…” Anna Suraya tidak menghiraukan Umairah dan Nadhirah yang sudah dikelilingi rakan sekelas mereka.

Dia lagi suka membaca buku sewaktu cikgu tiada. Tak macam rakan sekelas yang lain. Mereka lebih suka berbual. Budak kelas Anna Suraya boleh tahan juga! Kalau Aiman ada, sikit punyalah baik. Bila Aiman tak ada semua naik minyak. Bising mengalahkan pasar malam!

Selalunya waktu cikgu-cikgu bermesyuarat, pengawas akan menjaga setiap kelas untuk memastikan pelajar-pelajar tidak membuat bising. Aiman selaku ketua pengawas pula akan meronda daripada satu kelas ke kelas yang lain.

Hari ni nampaknya Nazmi yang akan menjaga kelas mereka. Padanlah rakan-rakan yang lain tak takut sebab Nazmi pun 2×5 juga dengan yang lain. Nak harapkan ketua kelas, Naqiu, dia mana berani nak tegur budak-budak kelas. Dia jadi ketua kelas sejak daripada tingkatan 1 lagi adalah hasil daripada undian rakan-rakan sekelas, tu pun sebab mereka senang nak gunakan Naqiu. Jadinya setiap tahun kedudukan Naqiu dah terjamin, cuma Naqiu tak boleh sesuka hati arahankan mereka kalau nak dapatkan undian untuk tahun berikutnya.

Kawan baik Aiman, Fikri dan Amirul tak ada di dalam kelas sebab bertugas juga. Kalau tak amanlah sikit kelas ni. Fikri dan Amirul mengugut akan melaporkan pada Aiman jika mereka tidak mendengar kata. Sekolah ni dah melahirkan ramai pengawas yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti Aiman, Fikri, Amirul, dan Haikal. Cuma tak tahu macam mana Nazmi boleh lulus dalam perlantikan. Mungkin sebab pengaruh bapa dia kot. Bapa Nazmi ialah tokoh koprat yang agak terkemuka di kawasan itu.

“Aku nak cerita kat kauorang pasal seorang budak perempuan ni. Dia tu memang bergaya bila ke sekolah. Kat sekolah ni tak ada yang dapat kalahkan dia. Tapi dia selalu berseorangan, tak ada yang nak berkawan dengan dia. Semua salah dia, bukan salah budak-budak sekolah ni. Mana orang nak dekat dengan dia. Perangai pelik semacam.”

Anna Suraya menghentikan pembacaan apabila merasakan yang Umairah bercerita mengenai dirinya.

“Yang kau sibuk-sibuk hal aku ni apahal?” Sergah Anna Suraya.

“Kitaorang bukan nak sibuk, tapi kitaorang kesiankan mak ayah kau.”

“Betul tu… Kesian diaorang… Kais pagi prepare untuk makan malam. Kau pula sesuka hati jek habiskan duit mereka untuk bergaya.” Sokong Nadhirah.

Anna Suraya menarik rambut Nadhirah dan membuatkan gadis itu menjerit kecil. Umairah segera membantu rakannya. Umairah menarik semula rambut Anna Suraya. Pertengkaran kecil berlaku di dalam kelas mereka di tambah sorakan daripada rakan sekelas yang menyorak nama Nadhirah dan Umairah. Tiada seorang pun yang mahu menyokong Anna Suraya.
Nazmi selaku pengawas yang bertugas menjaga kelas tidak mampu berbuat apa-apa. Ada juga dia menyuruh mereka berhenti bergaduh tetapi arahan Nazmi tidak dilayan. Malah dia dimarah oleh rakan-rakan yang lain.

“Kenapa bising-bising ni?” Aiman yang baru masuk ke dalam kelas menghampiri tempat mereka berkumpul.
Mereka yang lain berhenti daripada bersorak. Anna Suraya, Nadhirah, dan Umairah masih meneruskan aksi tarik-menarik. Lansung tidak menghiraukan kehadiran Aiman.

“Anna!” Aiman menarik Anna Suraya ke belakang.

Anna melepaskan pautan tangan Aiman daripada bahunya lantas menarik rambut Nadhirah dan Umairah semula.

“Anna, dahlah tu!” Aiman memaut pinggang Anna Suraya pula dengan niat untuk menghalang pergaduhan ini daripada terus berlanjutan.

“Lepaskan saya!” Anna Suraya cuba melepaskan pegangan tangan Aiman tetapi tidak berjaya.

“Aiman… Kenapa ni?”

Tanpa mereka sedari, Cikgu Rania telah masuk ke dalam kelas.

“Eh…” Aiman terkedu, tidak tahu mahu menjawab apa.Umairah membetulkan kedudukan cermin matanya. Nadhirah pula laju mengikat rambut setelah ikatan rambutnya terlepas sewaktu dalam pergaduhan tadi. Semuanya hasil kerja Anna Suraya.

Anna Suraya melepaskan pegangan tangan Aiman yang semakin longgar pada pinggangnya dan beredar keluar daripada
kelas itu.

“Aiman?”

“Semuanya salah An..!”

“Kitaorang berlakon cikgu!”

Umairah tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Nadhirah telah memotong terlebih dahulu.

“Minggu ni saya ingat nak pergi uji bakat. Sebab tu minta tolong dengan semua orang untuk sesi latihan.” Nadhirah
tersenyum sambil memandang Umairah.

“Uji bakat? Betul ke Aiman?” Cikgu Rania masih berasa curiga.

“Eh… Betul cikgu… Semua yang berlaku tadi hanya lakonan semata-mata…” Aiman berasa serba-salah.Dia tiada niat untuk berbohong tetapi kalau dia mengatakan hal yang sebenarnya Aiman takut Anna Suraya yang akan dipersalahkan. Maklumlah, rakan-rakan sekelas yang menyaksikan pergaduhan ini tiada seorang pun yang akan membela
Anna Suraya. Itu yang Aiman pasti.

“Anna keluar pun sebab lakonan ke?” Soal Cikgu Rania lagi.

“Ya cikgu…”

“Okey… Kalau macam tu semua boleh duduk tempat masing-masing sekarang ni.” Cikgu Rania memberikan arahan.

“Cikgu… Saya nak ke tandas sekejap.” Aiman meminta kebenaran sebelum keluar daripada kelas.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Cinta Kita Cinta Gila 3”
  1. Eppy says:

    best…

    gempakkk betui budak remaja sekolah bergaduh…

    nak blog link plsss.. nk baca lagi

  2. Yully says:

    sorry, kat blog pun tak banyak sangat sebab saya busy. baru dalam 2,3 minggu habis exam. :-D
    terima kasih kerana mengikuti cerita ini.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"