Novel : Dewi Personaliti 11

1 March 2013  
Kategori: Novel

401 bacaan 2 ulasan

Oleh : KueKoci

Dewi Personaliti 11

“Lain kali kalau makan jangan nak berborak, tengok kan dah tercekik setengah mati.” nasihat gadis tu. Aku hanya mengangguk. Aku menghirup segelas air kosong yang dihulurkan gadis itu pada aku. Aku tak pasti adakah gadis ini adalah Adira atau tidak. Tapi wajahnya seiras Adira. Kalau betul dia Adira, takkanlah dia tak cam muka aku? Atau muka aku sudah berubah kot sejak 8 tahun yang lepas. Bertambah kacak mungkin?

“Cik, terima kasih banyak-banyak tolong saya. Kalau cik tak tepuk belakang saya mungkin saya dah jadi penunggu tetap kedai ni. Boleh saya tau nama cik?” tanya aku. Tanya nama kan senang. Boleh tahu terus.

“Emilin. Nama saya Emilin.”

“Oh.” keluh aku. Bukanlah seperti yang aku jangkakan. Mungkin pelanduk dua serupa kot. Tapi apapun serius aku sangat rindu dengan Adira. Melihatkan wajah Emilin sekurang-kurangnya terubat sedikit rindu tu.

“Erm, encik saya pergi buat kerja dulu ye?”

Aku angguk. Aku beri pelepasan. Emilin berlari-lari menuju ke dapur. Aku memerhatikan saja. Lama aku diam melihat teletah Emilin melayan pelanggan.

“Hoi! Jangan kata kau suka dekat Emilin pulak?” sergah Mohandras. Aku memberi jelingan pada Mohandras. “Boleh ye kau tengok saja aku tercekik tadi? Mujur ada Emilin.” marah aku. Mohandras sengih-sengih. “Soo..sori bro, aku panik tadi. First time, orang tercekik depan aku.”

“Yelah tu, dahlah jom. Rehat kita dah habis.” ujar aku. Dalam pada hendak berjalan kaki menuju ke pejabat, aku sempat menoleh ke arah restoran GuroGurau. “Kedai ni pasti aku akan kunjungi lagi.” bisik hati kecilku.

***

“Maaf ye Mr Liew, lewat sikit. Almaklum sahajalah laptop saya kena virus. Nasib baik file Mr Liew tak kena delete. Maaf ye..maaf.” aku beri alasan. Mr Liew tak berkata apa. Mukanya masam saja. Kemudian beredar dari situ. Marah ler tu.

Aku menyandarkan badanku pada kerusiku. “Fiuh.” lepas ni ada dua tiga design lagi kena disiapkan. Aku melihat jam tanganku. Sudah pukul 11 malam. Pejabat pun sudah sunyi. Cuma ada dua tiga orang je yang masih tinggal. Mohandras sudah lama balik. “Time to go home.” aku mula berkemas. Membersih dan menyusun kertas-kertas yang berada diatas meja.

“Balik dah?” tegur Kak Zu. “Balik la, waktu kerja pun dah lama habis.” ujar aku. Aku bangun lalu menyandang beg galasku. Tzzt.Experia Ray aku bergetar. segera aku menjawab.

“Hello.”

“You busy tak? Jom keluar makan.” ajak Melissa.

“Okey, nak makan dekat mana?”

“You jemput I dekat rumah dulu.”

“Orait. ” aku mematikan panggilan. Pantas aku menuju ke kereta aku, Proton Wira 1.5. Pengguna kedua. Owner asal boss aku sendiri Encik Azam. Keretanya masih utuh lagi. Kata Encik Azam, asalnya kereta ini dibeli untuk bini dia. Tapi sejak bercerai, kereta ini terbiar macam tu je. Bekas bini dia pun tak tuntut kereta ni. Mungkin ada boyfriend lain yang boleh beli dia kereta lagi mahal. Ah, lantaklah. Lagi bagus camtu. Kalau tidak tak dapatlah aku beli kereta ni.

Setelah enjin kereta dinyalakan. Pantas aku menekan minyak. Kereta aku meluncur laju meninggalkan kawasan pejabat.

***

“You know what, i found someone yang serupa macam Adira hari ini.” ujar aku.

Melissa berkerut dahi. “Adira? Erm, ya..ya..classmate you dulu kan? You first crush. So, masa you jumpa orang macam Adira tu you buat ape? peluk dia?” Melissa gelak kecil. Suka betul sakat aku. “Ish, takdelah peluk-peluk. Cuma I terkejut je. Dan lepas tu peristiwa memalukan terjadi dekat I. I tercekik.” ujar aku. Oh sungguh malu, tak dapat aku bayangkan muka aku tercekik macam mana.

“Kiahahaha, you tercekik lepas nampak pompuan tu? Mesti malu gila.” Melissa gelak besar. “Yup, then dia yang selamatkan I. Dia tepuk belakang I. Hulur segelas cawan. Haha. Malu je. Tapi untung juga dapat tercekik. I boleh tanya nama dia.” ujar aku.

“Ceih,..untunglah sangat. Kalau mati time tu sia-sia je. So apa nama dia?”

“Emilin. Yup..Emilin. Itu nama dia. Actually quite dissapointed me, coz i thought dia akan sebut Adira.”

“Kalau Adira konfom dia akan kenal you.”

“Well, mana tau dia lupa wajah I. Coz I met her not so long. Beberapa minggu je sebelum dia hilang terus dari hidup I.”

“Tapi you ingat muka dia kan? Ofcoz dia ingat juga muka you.”

Aku diam. Ya, Emilin bukanlah Adira yang aku cari. Seperti mana yang Melissa cakap. Adira mungkin tak akan lupa wajah aku sebagai mana aku ingat wajahnya. Oh Emilin, kenapa kau bukan Adira? Aku betul-betul mahu menamatkan mimpi ngeri aku ini. Selama 8 tahun ia berterusan menghantui diri aku. Bayangan mimpi aku berkali-kali mengatakan Adira yang menikam aku. Ia tidak mustahil. Mungkinkah ada personaliti lain selain daripada Marsha pada Adira? Personaliti jahat mungkin? Aku sudah banyak membaca kes-kes seperti Adira. Kebanyakan mereka ada personaliti yang jahat.

Aku sangat berharap ianya bukan. Tapi sudah terang aku lihat wajah yang menikam itu adalah Adira. Aduih..keluh aku dalam diam. Jangan fikir lagi, buat pening je kepala ni. Aku memandang wajah Melissa. Melissa senyum.

“Why? It’s something bother you?”

“Nah, tak adalah.”

“I pasti, suatu hari nanti pasti you dapat jumpa dia jugak. Jangan risaulah. Malaysia ni kecik je.”

Aku senyum angguk. Walaupun aku pernah bercerita pasal Adira dekat Melissa tapi aku tak pernah beritahu dia mengenai kejadian yang berlaku pada hari itu. Biarlah hanya aku saja yang tahu.

Melissa mengambil tangan ku secara tiba-tiba. Aku sedikit terkejut dengan tindakannya.

“I nak tanya, berapa peratus kemungkinan yang I boleh dapat untuk jadi girlfriend you?” tanya Melissa. Apa? Kenapa tiba-tiba je ni? Issh, muka aku naik merah. Aku menarik perlahan tangan aku.

“Zero percent.”

Melissa agak terkejut dengan apa yang aku ungkapkan. “Why zero?”

“Sebab You kawan rapat I. I tak nak kehilangan seorang kawan macam You. You pun tengokkan apa dah jadi dengan girlfriend-girlfriend I yang lain. After breakup, I terus tak contact lagi dengan diorang.”

“Kalau kita kapel, you pasti kita akan break juga akhirnya?”

“Yeah, i’m not good lover.”

Melissa gelak besar secara tiba-tiba. Aku berkerut seribu garisan. APakah?

“Gotcha, I saja test you. Sekarang I tau, ia bukan pasal you are good lover or not. Tapi masalahnya dalam hati you hanya ada dia je. You hanya akan happy kalau dia je yang jadi kekasih you. That’s why you never let others women enter your heart coz she already there. Until now, you still keeping her. Bagilah seribu gadis sekalipun pada you. Semuanya akan berakhir macam awek-awek you yang lain.”

Test je rupanya. Bagi aku cuak. Cis.

“You rasa I ni teruk tak? Mengharapkan benda yang tak pasti. Entah-entah sekarang dia dah berkahwin. Sia-sia je I tunggu dia.”

“Teruk? Takdelah teruk sangat. Itu menunjukkan you seorang yang setia. Tapi I nasihatkan you, you kena wujudkan sedikit ruang dalam hati you. You kena belajar terima gadis lain.”

“You ingat I tak pernah cuba? Habis selama I couple ni bukan I belajar buat camtu ke?”

“I pasti you bercinta sebelum ni pun you banding-bandingkan orang lain dengan dia kan? Mana boleh macam tu. Dia adalah dia. Orang lain adalah orang lain. Okey I make it clear. Bayangkan pemimpin A ni seorang yang hebat dan bijaksana. Satu hari, something happen, pemimpin A letak jawatan atau meninggal. Naik pula Pemimpin B. Dia juga hebat dan bijaksana. Tapi orang bawah terlalu memuja A. So apa jadi? Apa yang B buat pasti dilihat tak kena kan? That’s your situation.” ujar Melissa panjang lebar

Adudui, Melissa cuba membasuh otak aku. Aku mengogok minuman aku. Malas aku betul aku mendengarnya. Yang aku pasti, macam mana aku tak memuja Adira kalau semua awek yang aku pernah bercinta ada problem. Eh? Sedar tak sedar, Adira juga begitu. Dia punyai dua personaliti. Malah aku hampir maut gara-gara Adira. Tapi itu tak menghalang dari aku mencintainya. Kerana Adira adalah istimewa.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Dewi Personaliti 11”
  1. nuriz says:

    ade blog x

  2. KueKoci says:

    Maaf saya tak ada blog tpi jika ingin mmbaca boleh la layari ke laman web ni http://www.wattpad.com/4899087-dewi-personaliti-bab1

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"