Novel : I’m Mrs. Kertu 5

20 March 2013  
Kategori: Novel

2,611 bacaan 2 ulasan

Oleh : Danisyarahmat

Bab 5

Ibu kulihat sedang asyik membungkus kuih siput ke dalam peket-peket kecil. Semenjak keluar dari hospital itulah rutin ibu membuat kuih siput dan kudap lain lalu di pek kecil-kecil untuk dijual di Warung Mak Timah.

Aku meletakkan beg sandang di muka pintu. Kemudian aku duduk di tangga rumah. Kasut sekolah yang sudah lusuh kutanggalkan. Aku melangkah ke ruang tamu di mana ibu sedang asyik menghabiskan kerja-kerjanya. Aku duduk bersimpuh di situ lalu turut sama menolong ibu.

“Macamana periksa hari ni. Dapat jawab?”. Soal ibu. Aku memandang wajah ibu, kulihat garis-garis tua sudah banyak bermukim di sana. Tentu kepayahan mencari nafkah untuk menyekolahkanku membuatkan ibu bertambah tua.

“Insya Allah, bu.” Jawabku ringkas. Ibu menepuk pehaku perlahan.

“Kalau berjaya nanti, Ain nak kerja apa?”.

“Ain nak jadi doktor. Ayahkan dulu suka benar kalau Ain dapat jadi doktor.” Jawabku tulus. Itulah hajat ayah yang kuharap dapat kupenuhi.

Ibu kulihat batuk-batuk kecil. Semenjak keluar hospital tempohari doktor menasihatkan agar ibu berehat sepenuhnya dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Aku melarang ibu menoreh getah lagi kerana aku tidak mahu kesihatan ibu terganggu. Aku mengurut belakang ibu. Aku risau melihat keadaan ibu.

“Ibu berehatlah. Biar kerja-kerja ni Ain yang buat”. Arahku lembut.

“Tak palah Ain, tinggal sikit je lagi. Ain tu yang kena berehat. Mandi tak lagi, solat belum lagi. Esok ada periksa lagi. Pergilah mandi dulu. Ala, kerja ni bukan banyak manapun. Karang siapla”. Aku tidak mengendahkan arahan ibu. Tanganku ligat memasukkan kacang ke dalam peket-peket kecil. Hujung peket itu kulayur ke api lilin untuk menutupnya dan mengelakkan kacang itu dari masuk angin dan menjadi lemau.

“Ain nak habiskan kerja ni. Ain takleh solat bu, cuti”. Balasku bersama senyuman. Sedang kami leka menyudahkan kerja terdengar suara orang memberi salam. Ibu bingkas bangun dan menjawab salam itu.

Aku menoleh ke arah pintu rumah, dan kulihat Mak Timah dan Pak Mat sudah menapak ke dalam rumah. Aku bangun mendapatkan mereka dan menyalami kedua belah tangan mereka tanda menghormati dan mengalu-alukan kedatangan mereka.

“Kak Timah datang nak ambik makanan ringan ni ke? Tinggal sikit lagi nak packing. Nanti saya suruh Ain hantarkan”.

“Kami datang ni nak melawat kamu Lijah. Semenjak keluar dari hospital, Abang Mat kamu tak datang jengah, maklumlah baru balik dari KL. Dia ajak Kak Timah sekali melawat kamu ni” Ujar Mak Timah sekadar berbasi-basa.

“Kamukan tahu, Abang Mat ni kerja driver. Abang Mat kena ambik bos kecik kat KL. Baru pindah tempat kerja kat sini”. Terang Pak Mat pula. Aku dan ibu sekadar mengangguk tanda faham.

“Lepas periksa SPM ni kamu nak buat apa Ain?”. Soal Pak Mat kepadaku. Aku menoleh ke arah Pak Mat lalu ku tatap wajah lelaki yang sudah separuh abad ini. Kalau ayah masih ada tentu usianya seangkatan Pak Mat.

“Hajat hati tu nak kerjalah Pak Mat. Tu yang Ain tengah fikir ni nak kerja apa?. Kalau boleh tu, tak naklah kerja kat pekan sana. Kesian kat ibu tinggal sorang-sorang kat rumah. Pak Mat pun tau kan…kerja kat pekan nak kena cari rumah sewa. Silap-silap haribulan duit gaji habis macam tu je. Tak sempat nak menyimpan sikit”. Ulasku pula.

Memangla kalau bekerja di pekan sana aku terpaksa menyewa di luar kerana tiada kenderaan untukku ulang-alik. Tak kanlah aku hendak berbasikal pula ke pekan. Alamatnya sebelum sampai pekan, aku dah separuh nyawa kepenatan kerana jarak rumah ke pekan bukannya dekat. Kalau tak aku kepenatan mungkin basikalku akan berterabur segala skru dan nat kerana keadaannya yang sudah cabuk benar itu.

Pak Mat kulihat tersenyum, barangkali lucu mendengar ulasanku yang begitu bersungguh-sungguh.

“Kalau Ain tak kisahlah, bos tempat Pak Mat kerja tu nak cari pembantu rumah segera sebab pembantu rumah yang ada tu tak menang tangan nak buat semua kerja”.

“Betul, Pak Mat?”. Tanyaku seolah-olah tak percaya. Serasa beban yang kutanggung selama ini seakan terbang begitu sahaja. Kalau aku dapat kerja ini ringanlah sikit beban kewangan ibu.

“Ain tak kisah ke kerja pembantu rumah ni. Selalunya budak-budak muda macam Ain ni mana mau kerja leceh macam ni”.

“Eh…Ain tak kisah!. Asal tak jauh dari ibu sudahlah”. Sangkalku cepat-cepat.

“Dengar tu Lijah, sayang benar Ain kat kau. Bertuah kamu dapat anak macam ni. Tak nak berenggang langsung dengan ibunya”. Sampuk Mak Timah sambil tertawa.

‘Mestilah Mak Timah, syurga kan di bawah tapak kaki ibu. Ain tak nak berjauhan dari ibu. Tempohari ibu di hospital pun aku dah separuh nyawa rindukan ibu.’ Kataku bersungguh-sungguh namun tidak terluah dipendengaran Mak Timah hanya tercerna di dalam hatiku sahaja.

“Bila Ain habis periksa?”
“Minggu depan”. Jawabku ringkas.

“Kalau macam tu, habis periksa nanti, Pak Mat bawa jumpa bos”. Kata-kata dari Pak Mat itu kurasakan seperti meringankan batu yang kugalas selama ini. Lepas dah bekerja ni dapatlah aku meringankan beban kewangan ibu. Aku menggangguk dan tersengih. Agak-agaknya kalau dapat digambarkan senyum sampai ke telinga itu bagaimana. Akulah orangnya yang tersenyum itu kerana terlalu gembira. ‘Selesai satu masalah’. Desisku dalam hati.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : I’m Mrs. Kertu 5”
  1. mierulcboy says:

    saya dah hook baca novel ni….. x sbar tunggu bab seterusnya.

  2. AliahMohdSalleh says:

    Ceriter menarik,santai dan best.penuh dengan mesej untuk pembaca. Cerita juga amat menguja pembaca.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"