Novel : Oh… My Heart Is Broken 5

27 March 2013  
Kategori: Novel

718 bacaan 3 ulasan

Oleh : Hani Comel

BAB 5

Bejalan serupa model masuk ke dalam banggunan UITM. Semua mata terarah kepada aku. Aku senyum manis. Ada yang sedang minum air tersembur keluar apabila melihat aku berjalan dengan lentok liuk. Aku senyum sahaja. Ada yang sedang berjalan, menoleh terus pandang tepat ke arahku sampai tak perasan longkang kat depan dia. Pab! Jatuh. Aku nak gelak, tapi tahan saje. Control jelita gitu. Dalam hati aku dah kah kah kah kah!!

Masalahnya dekat sini, bukan lelaki je pandang aku malah pompuan pun sama. Tiba-tiba rasa… double yaks!! Lesbians ke apa pandang-pandang aku. Aku masuk kelas. Alamak! Kelas dah mulalah. Aku lambat lagi hari nie. Prof Madza dah pandang aku lain macam dah. Aku beri salam, pura-pura baik. Terus ambil tempat aku yang dah di cop oleh the jelitass.

“Raisha Qistina!”

Adoiiii… dah mula dah… suara petir + ribut taufan. Ada je yang tak kena di mata dia. Diam sudahlah. Asalkan aku score subjek dia sudah. Tak perlulah nak ambil tahu kenapa aku datang lambat, ataupun kenapa aku tak datang langsung.

“Ya Prof…”

Singa betina. Kutuk aku dalam hati.

“Kenapa kamu datang lambat! Berapa kali dah kamu asyik datang lambat je kat kelas. Apa? Kamu ingat… ini university bapak kamu punya!”

Apa pulak main bapak-bapak nie. Hisss… kang aku suruh daddy aku beli seluruh UITM nie baru tahu. Nanti orang pertama yang aku pecat adalah kau. Baru padan muka.

“Sorry Prof… jem…”

“Setiap hari alasan kamu benda yang sama… jem, jem dan jem… dah tak ada alasan lain ke?”

Aku berdiri, melangkah keluar daripada kelas tersebut. Yang peliknya, bukan aku sorang je yang keluar, the
jelitass pun turut ikut keluar jugak. Memang kawan sejati betul. Apa yang aku lakukan semua diaorang ikut.

“You nak pergi mana?” Tanya Prof Madza lagi.

“Saya nak keluarlah… lagipun tak ada faedah saya datang sini kalau asyik kena bebel dengan Prof je…” kataku dengan selamba. Terus berlalu keluar. Tapi telinga aku sempat menangkap kata-katanya.

“Dia ingat kalau bapak dia kaya boleh buat macam-macam.”

“Yang you all nie pun keluar jugak kenapa?” tanyaku pelik.

“You nak tahu Rais… sebenarnya we all pun datang lambat jugak, but we all tak berani nak buat macam you buat sekarang. Kalau you ada tak apa.” kata Nana

“Lah… so, I datang lagi lambat daripada you all lah…”

Diaorang angguk.

Cayalah aku… kelas start pukul 8 tapi aku datang pukul 9.30. Memang saje je aku nak datang lambat. Tak lalu aku nak tengok singa betina kat dalam kelas tu. Apa yang aku buat ada je tak kena. Markah aku tinggi dalam exam itu memang sebab aku pandai. Tapi dia boleh pulak tuduh aku meniru. Tak ke panas hati yang memang sedia panas tengok wajah dia.

“So? Nak lepak mana?” Tanya Nisha.

“Karok jom?” kataku

“Okay jom.” Serentak mereka berkata.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Oh… My Heart Is Broken 5”
  1. izza says:

    ade blog x

  2. zalila zaharin says:

    best tapi macam pendek skit bagilah panjang skit baru MANTAPP…. ;)

  3. AliahMohdSalleh says:

    Best,best dan best.Apa lagi saya nak ulas memang cerita ni dah hook saya.Ceriter amat mengujakan.Thumb up penulis. .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"