Cerpen : Bermakna Buatmu

22 April 2013  
Kategori: Cerpen

12,891 bacaan 33 ulasan

Oleh : ENA ALYA

Dah seminggu aku berada di kelas 5 Jupiter. Tahun baru dah masuk hampir dua minggu. Kebanyakkan classmates aku sekarang ini adalah yang tak pernah pun sekelas dengan aku. Hanya Hazeem, Izzati dan Aini yang masih bersama aku di kelas 5 Jupiter. Nampaknya cabaran aku tahun ini sangat mencabar. Classmates aku bukan calang-calang orang. Kebanyakkannya mendapat keputusan mumtaz semasa PMR dulu.

Aku akan berusaha bersungguh-sungguh secara istiqamah dalam pelajaranku. SPM bukan peperiksaan yang boleh di pandang enteng. SPM merupakan penentu masa depan seseorang. Ke mana arah tujunya.

Halif dan Munir berada di kelas Mercury bersama dengan Asrul Asyraf. Kami masih study bersama walaupun berlainan kelas. Kami tidak menjadikan itu sebagai penghalang kami belajar bersama. Tapi kami jadikan sebagai pendorong kami sendiri.

Halif merupakan ketua pengawas tahun ini. Munir pula dilantik menjadi ketua PSS manakala Asrul Asyraf menjadi ketua BADAR. Halif dan Munir sekelas denganku tahun lepas.

Sejak beberapa hari yang lalu, aku sering dapat kata-kata semangat yang ditulis di atas kertas kecil. Kertas-kertas itu diselitkan di bawah plastik meja aku setiap pagi.Kata-kata itu seakan tahu apa yang aku tengah lalui. Kalau dulu, Iskandar yang sering berikan. Namun siapakah gerangannya sekarang ini??. Tak kan Iskandar suruh someone berikan kepada aku??.

Iskandar merupakan pelajar tingkatan lima dan juga ketua pengawas tahun lepas. Is meluahkan perasaan kepada aku tahun lepas. Aku tolak dengan alasan dia ingin menduduki SPM. Dia menerima alasan aku dengan baik. Dia juga fokus kepada pelajaran biarpun aku lihat ada perubahan berat badan. Is juga diminati ramai pelajar perempuan. Rakan sekelasnya,Ina juga meminatinya dalam diam.

Kebanyakkan guru aku yang mengajar aku tahun lepas masih mengajar aku tahun ini. Guru kelas aku ialah Ustaz Azhar. Rasa untung sangat. Aku ketawa kecil dalam hati. Rasa tak sabar pun ada.

Pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa. Alwaysnya awal tahun ini akitiviti-aktiviti kokurikulum berjalan agak slow sedikit. Pelajar-pelajar buzy dengan aktiviti menghias kelas.

Tidak kecauli dengan kelas aku. Kami bekerjasama menghias kelas. Kami telah bersepakat memilih tema in the garden for our class. Jadi kertas warna hijau menjadi pilihan kami untuk digunakan.

Pelajar-pelajar lelaki kelas aku sangat sporting. Mereka yang terdiri daripada sembilan orang berkerjasama dengan pelajar-pelajar perempuan. Mereka mengikut apa yang ketua dan penolong kami arahkan. Mereka sanggup membersihkan tingkap satu per satu. Pelajar-pelajar perempuan sibuk dengan mencantikkan papan-papan kenyataan di dalam kelas.

Usai menghias kelas selama seminggu, kami kembali focus kepada pelajaran. Tidak lama lagi sekolah akan bercuti bersempena dengan Tahun Baru Cina selama seminggu.

“Macam mana dengan orientasi dengan pelajar form 1? Berjalan lancar?” soalku apabila bertembung dengan Halif. Aku tidak berkesempatan untuk mengendalikan orietasi tersebut. Kesibukan aku dalam pelajaran menjadikan aku tiada masa untuk meninjau kelancaran program itu.

“Okay je. Tapi biasa la kan. Budak-budak lagi kan. Banyak la sikit kerenah nya. Overall berjalan lancar.”

Aku diam sejenak. Aku ingin bertanya kepada Halif akan kertas-kertas itu. Namun aku diamkan saja. Tidak mahu ada salah faham yang berlaku.

“What’s wrong? Something happen or you have problem?” Tanya Halif apabila melihat aku termenung aje.

“Eemmm. Takde la. Cuma sekarang ini macam tak boleh focus sangat dalam kelas. Yunie sendiri tak tahu kenapa. Apa yang Yunie buat mesti salah je. Entah la. Hilang focus pulak awal-awal tahun nie.”

“I can fell that you can’t suitable yourself in that class. I’m right?” Halif merasa ketidakpuasan dengan jawapan yang aku berikan. Dia merasa aku tidak memberi jawapan yang betul.

Aku hanya mendiamkan. Tidak mahu menjawabnya. Jawapan nya sudah pun berlegar-legar di minda fikiranku. Namun aku tidak mahu sesiapapun tahu sebabnya. Cukup diri aku sendiri yang tahu sebabnya. Aku hanya mampu tersenyum. Halif menunjukkan riak wajah tidak puas hati.

Aku dan Izzati berada dalam dorm yang sama dengan Nurul Farah. Izzati dan Nurul Farah mendekati aku ketika kami sedang menyiapkan homework.

“You look in trouble,Yunie. Something happen?” Tanya Farah apabila aku hanya mendiamkan diri. Berkelakuan lain dari hari-hari lain.

“Share with us if you have problem. Kami nie kawan Yunie. Apa guna ada kawan kalu ada masalah tak boleh nak share.. Yunie!!” Izzati cuba mengorek rahsia. Nadanya lembut aje seakan-akan memujuk aku.

Aku memandang mereka sejenak sebelum menyambung kerja. “Tak adalah. Juz banyak kerja aje. Bukan ada masalah pun. Jangan fikir macam-macam. Jom buat homework. Siap awal boleh tido awal.” Mataku hanya memandang ke arah homework aje. Langsung tidak memandang mereka sewaktu bercakap.

Aini datang dan join kami buat homework. Aini berasal dari Kedah yang berpindah ke Kelantan. Dia mendaftarkan diri pada bulan Julai tahun lepas. Kami semakin rapat apabila dia sekelas lagi dengan aku dan Izzati tahun nie.

Cuti Tahun Baru Cina menjelang tiba. Halif dan Iskandar menginap di rumah aku untuk beberapa malam. Iskandar akan membantu kami untuk memperkemaskan dan melicinkan pengurusan pengawas. Aku mahupun Halif masih belum cekap untuk handle semua dalam satu masa. Oleh sebab itu kami minta Iskandar untuk membantu kami. Kak Ain tak dapat sertai kami kerna dia ingin berehat setelah beberapa minggu di PLKN.

Telefon bimbit aku berbunyi di kala aku sibuk menaip laporan. Tertera nama Iqwan. Aku malas nak jawab sebenarnya namun aku berasa kesian. Sudah beberapa kali aku biarkan ia berbunyi tanpa dijawab.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Susah betul Yunie nak jawab atau reply msj Iq sekarang nie.” Kata Iqwan dengan nada sedih.

“Yunie busy sikit. Banyak benda yang perlu buat kan. Lagipun nie kan awal tahun. Biasa la kan. Iq jangan fikir yang lain pulak.” Aku jelaskan.

Ada nada mengeluh yang aku dengar. “Iq tahu Yunie busy. Sekarang nie pun kat umah Yunie ada Halif dan Iskandar.

Aku agak terkejut. Macam mana Iq tahu sedangkan aku belum beritahu pun. Sejak cuti nie aku belum sempat nak beritahunya.

Iq nak ke rumah Yunie. Tapi terpaksa cancel. Bukan sebab Iskandar dan Halif. Sekolah iq ada buat program untuk pelajar SPM. Ibu Iq call umi Yunie. Hajatnya nak ajak Yunie join program itu. Namun Yunie ada hal. Lain kali aje Iq ajak Yunie.” Terangnya tanpa aku minta penjelasan.

“Kenapa tak cakap awal-awal? Yunie boleh la ubah jadual Yunie. Hal Yunie boleh tunggu.”

“Hmmmm. Iq tak nak kacau jadual Yunie. Lagipun hal itu pun penting. Urusan Yunie kan. Tak kan la sebab Iq, Yunie nak ubah jadual Yunie. Hal kecik je. Tak perlu di panjangkan. I need to go now. Iq nak register nie. Send regards me to Halif and Iskandar. Next time we talk again.” berkata Iq sebelum memutuskan panggilan tersebut.

Iq,Iqwan merupakan kawan aku sejak kecil. Ibu dan umi Iq berkawan ketika ibuku tinggal di Kuala Lumpur. Iq mengenali Is dan Halif sewaktu sekolahnya mengadakan lawatan ke sekolahku tahun lepas. Dan ketika itulah Is menunjukkan rasa cemburunya kepadaku. Is rasa cemburu melihat keakrabanku dengan Iq. Is bertambah risau apabila dia mengetahui yang Iq pernah mencintai aku.

Kali ini aku betul-betul terkesima. Belum pernah Iq sedingin ini dengan aku. Adakah disebabkan kehadiran Iskandar dan Halif ke rumahku? Sebelum ini dia always menceriakan aku dan berada di sisi ku tak kira la kau sedih mahupun gembira. Namun entah kenapa dia begitu dingin seperti dinginnya ketika musim tengkujuh. Diri dan hatinya seperti ais yang tidak boleh disentuh dengan tangan yang dingin jua. Hatinya akan terus membeku.

“Kau nie kenapa Yunie? Termenung sana. Termenung sini. Macam orang yang putus cinta je.” serkap Halif sambil tangannya ligat menulis.

“Kau nie kan Halif. Mulut tu dah berapa lama tak bayar insurans hah? Sedap aje mulut tu cakap. Sebelum cakap itu pandang kiri kanan dulu.” balasku dengan selamba.

Iskandar hanya melihat gelagat kami berdua. Aku dengan Is jarang bercakap bila bersemuka. Hanya memandang antara satu sama lain. Is pandang aku. Aku pandang dia. Lidah kami kelu bila bersua muka. Lidah itu terkunci dengan tiba-tiba aje.

“Aku nie pelik tau.”

Aku merenung muka Halif. Aku nada maksud yang tersembunyi aje dalam kata-katanya itu. Halif buat muka selamba aje. Entah kenapa kali nie halif banyak sangat cakap. Buang tabiat kot.

“Apa yang pelik, Halif??? Cakap tu jangan la separuh-separuh. Kami berdua nie tak faham.” Tanya iskandar. Is memulakan bicara setelah lama mendiamkan diri. Is nampaknya seakan-akan tidak puas hati dengan tutur kata yang Halif lontarkan.

“Is cuba is renungkan. Tak pelik ke kamu berdua nie?? Time jumpa senyap tak berkata. Time cakap kat phone berjam-jam boleh. Ada je cerita nak oyak. So, what’s wrong with both of you? Izzati dengan Halif pun tak macam nie. Nak kata sama-sama jatuh cinta, tak de pun.”

Is mahupun aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa yang patut kami berdua cakap. Dalam diam aku mengakui ada benarnya apa yang dikatakan oleh Halif. Namun apa yang harus kami lakukan? Kami berdua cukup selesa dengan apa yang kami buat.

“Kenapa diam? Halif tak marah. Namun halif nak tahu sebabnya aje. Mana tahu halif boleh tolong ke.”

“Kami selesa macam nie la kot” Jawab Is dengan teragak-agak.

“Can we stop talk about that? We need to finish our work as soon as possible. Next time je kita cakap hal nie.”

Bukak aje sekolah, jadual kami semakin padat. Aktiviti kokurikulum dah bermula. Beberapa hari selepas bukak sekolah kami akan mengadakan hari sukan. Namun aktivit nie tak mengganggu waktu belajar kami. Aktiviti nie akan diadakan sebelah petang selama tiga hari.

Oleh itu kami perlu susun jadual kami dengan sebaik mungkin. Kami tak mahu ada masa terbuang begitu sahaja. Aku selaku timbalan pengawas perlu bijak membahagikan masa.

Bulan Februari jadual kami penuh dengan aktiviti sukan. Selepas hari sukan, pihak sekolah turut menganjurkan hari merentas desa. Sebelum itu, kami dikehendaki membuat latihan sebelum hari itu.

Pada hujung bulan Februari, kami menduduki peperiksaan pertama. Biarpun kami sibuk dengan aktiviti luar kelas, kami perlu mengulangkaji. Biarpun penat namun apakan daya. kami masih bergelar students.

Exam kali nie aku betul-betul mengharap result yang lebih bagus dari end year exam last year. Aku tak mahu hampakan guru-guru aku. Lagipun tak banyak pun kami belajar. Juz two or three topics only. We juz need to focus topics form four.

Bila selesai last paper aku rasa happy sangat. Terasa sudah tiada beban yang dipikul. semua yang cikgu ajarkan aku telah buat sebaik mungkin. Biarpun ada yang aku rasa sangsi. namun apakan daya.

Persatuan Bahasa Arab akan mengadakan lawatan sambil belajar ke UNISZA. Aku membantu ustaz yuazhar dalam menjayakan lawatan ini. Aku juga akan turut serta dalam lawatan tersebut. kebanyakkan classmates aku yang menyertai lawatan nie. Ustaz Yuazhar dan Ustaz Najib menjadi guru pengiring kami. masing-masing membawa keluarga masing-masing.

Menjelang tiba hari untuk ke UNISZA, kami bertolak ke sana dalam pukul 8.00 pagi. Aku berasa senang sangat. At least aku boleh release tense. Ini merupakan kali kedua aku makan angin di negeri jiran aku iaitu Terengganu.

Selepas mengunjungi UNISZA, kami menjamu selera di Pantai Batu buruk. Ramai betul orang mengunjungi pantai itu. Tak kira la matahari sedang terik di atas kepala. anginnya sepoi-sepoi bahasa.

Selepas itu kami mengunjungi Masjid Kristal dan kami mengerjakan solat jamak qasar. Kami turut menyusuri sungai Terengganu. Melihat keindahan yang Allah ciptakan. Begitu hebat kuasa Allah sehingga mampu menciptakan pulau-pulau tersebut. Selepas itu, kami menjelajah seluruh Taman Tamadun Islam (TTI). Begitu banyak masjid dan bangunan yang hebat di seluruh Negara. Aku berasa kagum. Begitu indah seni reka setiap bangunan dan masjid.

Dalam perjalanan pulang, aku teringat insiden yang terjadi di Terengganu. First time aku nampak Ustaz Yuazhar stress. Entah la kenapa. aku tak tahu.Biarpun aku agak rapat dengan Ustaz Yuazhar namun aku tak nak jadikan alas an aku untuk mengetahui reason ustaz stress.

Selepas pulang dari lawatan, aku sekeluarga ke KL untuk melihat acara konvokesyen angah. Konvo angah diadakan di PWTC. Abah dan ibu hanya masuk ke dewan. Aku dan akak duk diluar sahaja. Biasalah ia terhad kepada 2 orang setiap keluarga. Kami sekeluarga sempat ke Cameron highlands sebelum pulang ke Kelantan. Kami bercuti bersama-sama.

Sekembalinya aku ke rumah, aku asyik terperap aje dalam bilik. Kerja sekolah aku banyak yang perlu disiapkan dalam masa segera. Cuti sekolah pun sudah hampir ke penghujungnya. Sedang sibuk aku menyiapkan kerja sekolah, handphone ku berbunyi. menandakan mesej masuk. tertera nama Iskandar.

Assalamualaikum. Blum tido lgi ke?…

Waalaikummussalam. Belum lgi. Omwerk banyak sangat nie. Kenapa belum tido?

Tak dapat tido. Rasa berdebar sangat nie. Kan tak lamo lagi result nak tubek.

Ooo ya. Yunie lupa la. Alaaaa. Is dapat result molek la. is kan. Pelajar target sekolah. Tak heran la. Tak payah la nak debar-debar.

Sedapnya dia cakap. Nanti time dia mesti jantung tu macam nak tercabut. Hahahaha.

Suka la pulak. Saya cakap nie tak nak bagi awak berdebar.

Beberapa minit kemudian berkumandang lagu untuk dia dari handphoneku. Menandakan orang yang telefon bimbitku.

“Assalamualaikum.”

Nada gembira yang aku dengar dari Iskandar.

“Waalaikummussalam. Kenapa call nie? Ada hal penting ke?”

“Salah ke saya call awak? Takpe la kalu macam tu.” Suara merajuk yang aku dengar.

“Awwaaaakk!!! Saya tak kata salah pun. Juz pelik je. Awak nie kan cepat betul buat kesimpulan. Saya tak kata apa-apa pun.”

“Awak kat mana? Dengan siapa?”

“Awak nak siasat saya ke nie? Saya kat bilik la. Kat mana lagi. Dah tengah malam nie. Tak kan la saya keluar ronda-ronda pulak.”

“Saya nak ajak awak keluar esok. Boleh tak?” setelah lama dia diamkan diri akhirnya dia menanyakan aku soalan. Aku agak terkejut.

“Esok eh? Kalu pagi boleh kot. Petang tak boleh. Nanti aje la saya beritahu awak. Awak nak ajak saya ke mana?”

“Kita ke kbmall ke!! Saya bawak adik perempuan saya tu. Awak nak bawak kakak awak ke?”

“Kakak tak dea kat umah. Dia masih kat U. Angah je ada. Awak nak suruh saya bawak angah saya ke?”

“Ikut awak la. Awak nak bawak pun tak pe. Tak bawak pun takpe.”

“Awak nak ambik saya kat rumah ke?”

“ Kalu awak bagi boleh aje. Lagipun rumah nenek saya pun tak jauh sangat dari rumah awak.”

“Tengok la dulu. Lagipun belum tentu saya boleh tubek kan. Saya kena Tanya parents saya dulu. Tak boleh la buat keputusan sendiri.”

Aku tak pasti adakah aku nak keluar dengan dia ataupun tak. Aku dengan dia bukannya duk bercinta. Sekadar teman tapi mesra. Biarpun aku tahu perasaan Is kat aku. Namun aku tak mahu hanya kerana kehadiran perasaan itu dalam hati Is menjadi penghalang untuk aku terus berkawan dengannya.

“Awak macam taknak tubek je dengan saya? What’s wrong?”

Is dapat mengesan yang aku takpasti ingin keluar bersama nya. Jawapan yang aku berikan tak dapat memuaskan hati Is.

“Nothing. Juz weird. Why you ask me out with you? Awak tak ajak saya date kan?” Aku teragak-agak untuk menanyakan soalan tersebut kepadanya. Aku tak mahu Is rasa tak selesa dengan aku.

“Salah ke saya ajak awak keluar? Kenapa kalu date?”

“ I need to go now. Early morning I will send you mesej. I need to sleep now. Dah lewat malam nie. Nanti ada yang salah sangka. Selamat malam. Assalamualaikum.”

Aku terus menekan keypad merah. Aku tak mahu dengar lagi apa yang dia ingin katakan. Aku buat silent handphone ku. Aku pasti dia akan hantar mesej. Untuk menanyakan sebab aku berbuat sedemikian.

Keesokan paginya, aku melihat handphoneku selepas solat subuh berjemaah. Terdapat berpuluh-puluh mesej dan call darinya. Aku membuka setiap satu mesej nya. Namun mesej terakhirnya menarik perhatianku.

Is tahu siapa diri Is. Is tahu yang Yunie belum membuka hati Yunie untuk sesiapa. Tapi Is hanya ingin beritahu. I love you so much. Is sanggup tunggu Yunie. Is tak nak ganggu Yunie dengan hal nie lagi. Seperti mana Yunie perhatikan Is dulu, seperti itu jugak la Is perhatikan Yunie. Is nak yang terbaik untuk Yunie. Lupakan pasal Is ajak Yunie keluar tu. Is tahu Yunie sibuk. Jadi Is tak nak ganggu. Juz finish our work. Maafkan Is jika kata hati Is mengganggu Yunie.

Entah kenapa aku rasa lain sangat. Rasa bersalah sebab buat Is macam tu pun ada. Namun aku perlu focus kepada exam yang paling penting. Aku mahu buat yang terbaik untuk diri aku dan semua yang menyanyangi aku.

Pagi itu aku menyediakan breakfast. Ibu perlu bersiap untuk ke tempat kerja. Begitu juga dengan abah. Nanti tinggal la aku dengan angah. Begitulah suasana sejak kami sekeluarga pulang dari bercuti. Selepas kami bersarapan bersama, aku mengemas meja makan.

“What’s wrong adik? Termenung aje.” Kata angah sambil mengambil tempat duduk. Angah duduk berhadapan dengan aku.

“ Nothing. Juz tired. Banyak sangat omwerk nie.” kataku. Aku malaz nak bercakap panjang. Kata hati Is agak mengganggu fikiran aku. Adakah benar dia masih mencintai aku? Adakah dia sanggup menungguku? Adakah aku mampu membuka hatiku buat lelaki yang bernama iskandar.

“Addiiikkk!! Angah tengah bercakap dengan adik nie. Boleh la pulak dia termenung. Letih tau angah cakap kat adik.” Suara angah yang agak tinggi mematikan lamunan aku. Aku terlupa yang aku tengah berbual dengan nya.

“Apa yang angah tanya? Adik tak dengar la.” tanyaku sambil membuat muka selamba.

“Macam mana nak dengar. Duk termenung aje. Angah nie macam bercakap dengan tunggul tau. Letih tau angah cakap. Adik tak dengar. Tell me my dear. Ada sesuatu yang mengganggu adik kan?”

“Nothing. Adik masuk bilik dulu ye. Adik terlupa adik kena buat panggilan kat someone.” Aku terus melangkah ke bilik aku di tingkat atas. Aku tak mahu angah menanyakan macam-macam lagi.

Aku search nama Is. Aku teragak-agak nak call dia. Adakah aku patut call dia? Adakah aku patut tunggu dia call je? Tiba-Tiba aku terasa handphone aku di ambil dari belakang. Aku terus menoleh ke belakang.

“Tekan aje keypad hijau nie adik. Kenapa nak fikir-fikir lagi nya. Susah sangat? Biar angah yang cakap ye?”

Aku ingin merampas handphone aku dari angah sebelum dia membuat panggilan. Namun apakan daya. Tenaganya melebihi tenaga aku. Dia terus menekan keypad call.

“Assalamualaikum. Iskandar kan nie?” angah memulakan bicara. Aku terus menarik muka. Apasal la angah nie? Aku mendengar sayup-sayup aje suara Iskandar yang menjawab salam angah.

“Nie angah Yunie nie. Nak beritahu jadi tau boleh jumpa kat Kbmall tu. Dalam pukul 11 pagi. Angah akan menemani Yunie untuk jumpa Iskandar. See you there.”

Aku betul-betul terkejut dengan tindakan Angah. Aku berfikir sendiri. macam mana angah boleh tahu? Malaz la nak tanya. Kalu angah tak nak beritahu tak ingin aku Tanya.

“Tengok tu. Termenung lagi. Dah pergi bersiap. Angah dah minta izin dengan abah pagi tadi. Cepat lah.” Arah angah dengan selamba. Dia ingat aku nak jumpa dengan Iskandar. Aku tak nak jumpa la dengan Is. Hati aku memberontak. Sedap-sedap aje angah buat keputusan.

Tepat jam 11.00 pagi aku dan angah dah berada kat KBMall. Aku tak tahu apa sebab angah buat macam nie. Nak kenal lebih mendalam ke? Entah la. Dari jauh aku nampak Iskandar sedang melambaikan tangan nya ke arah aku. Mukanya sentiasa tersenyum.

“Assalamualaikum, angah, Yunie. Dah lama ke sampai?”

“Waalaikumussalam. Baru aje. Is?” Tanya ku.

“Baru jugak. Angah dan Yunie nak ke mana?”

“Adik nak ke mana? Angah belanja apa aje adik nak.”

“Jom ke POPULAR. Adik nak cari buku dan novel. Angah nak belanja kan.” Kataku sambil tersenyum. Aku pulak asyik berkepit dengan angah aje. Angah asyik sangat berbual dengan Is. Aku nie macam tak wujud aje. Boleh eh angah buat aku macam nie. Apasal la angah nie. Adiknya di adik tirikan. Boleh la pulak dia Tanya macam-macam kat Is.

Sampai aje kat POPULAR, aku terus ke ruangan buku-buku SPM. Aku ingin beli buku koleksi soalan-soalan sebenar SPM. Is mendekati aku.

“Why you want to see me today? You want to tell me something?”

“Dingin betul yunie nie. Is tahu Yunie tak nak pun keluar dengan Is nie. Tapi angah yang ajak kan. Angah dah ceritakan semua nya. Adakah luahan hati Is semalam mengganggu Yunie?”

“Apa yang Is harapkan sebenarnya?” kataku dengan nada tegas. Suara aku tidak ditinggikan. Takut didengari oleh orang ramai.

“Is nak Yunie berjaya. Is nak Yunie bukakan hati Yunie untuk Is. Is sanggup tunggu.”

“Macam nie la Iskandar. Yunie tak nak janji apa-apa. Yunie pun tak boleh kata apa-apa lagi. Yunie hanya boleh katakan jika kita ada jodoh tak ke mana pun. Maaf yunie nak mintak diri. Nak bayar semua nie.”

Angah bayarkan semuanya buku yang aku beli. Hampir seratus semuanya. Aku tengok Is membeli beberapa buah novel. Aku tak tahu untuk siapa. Setahu aku Is tak baca sangat novel Melayu. Dia jarang sangat. Dia lebih ke arah buku motivasi. Selepas itu, kami menuju ke food court. kami memilih untuk makan di Chicken’s Rice Shop. Lagi sekali angah membelanja aku. Dan juga Is.

Angah sibuk berbual dengan Is. Aku pula sibuk melayan perasaan. Malaz nak dengar apa yang dibualkan. Bila lelaki bertemu lelaki, perempuan yang seorang ini dipinggirkan. Kalu macam nie baik tak payah ajak tubek. Buang masa aje.

“Adik senyap aje. Is kat depan mata tak dea soalan ke?” Angah menanyakan aku. Angah perasaan yang aku dah mula gelisah. Aku nie malas nak lama-lama hadap muka si Is nie.

“Nak tanya apa? Lagipun angah yang ajak dia keluar. Berbual la sepuasnya.” Kataku sambil menyindir angah.

Selepas selesai menjamu selera, kami balik ke rumah masing-masing. Is balik dengan kereta yang dia bawak. Sebelum balik, Is sempat menyerahkan novel-novel yang dibelinya untuk aku. Bukan main terkejut aku. Aku sangkakan dia beli untuk dirinya. Namun meleset sangkaan aku. Dia belikan untuk aku. Mimpi apa aku tak tahu.

Angah akan berlepas ke Sarawak untuk meneruskan tanggungjawabnya sebagai pendidik di sebuah sekolah di Lubuk Antu pada pagi sabtu. Pada sebelah petangnya abah menghantar aku ke asrama. Cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya.

Result SPM akan diumumkan pada hari selasa ini. Aku pasti Iskandar dan senior-senior aku yang lain berdebar. Tak sabar nak tahu result. Aku pulak sibuk dengan pelajaran. Setiap petang aku mengadakan study group. Kalu tak bersama Munir dan Halif pasti dengan classmates aku yang lain. Kami study group lepas solat asar. Memandangkan selepas solat zohor kami masih ada waktu belajar dan kelas idhaafi.

Seperti yang dijangkakan Iskandar mendapat straight a’s iaitu 10A+ and only A. Tiga orang pelajar yang dapat straight A’s. Aku tumpang gembira buat mereka. Lepas nie pasti pihak sekolah mengadakan hari graduasi buat pelajar-pelajar spm tersebut.

Salah seorang classmate iaitu Aini akan berpindah ke negeri asalnya. Kepergiannya membuatkan kami kehilangan seorang sahabat yang baik dan ceria. Aku terasa sedih kerna aku mula semakin rapat dengannya. Aku menangis sepuas hati pada hari perpisahannya. Classmate aku mengadakan majlis perpisahan buatnya. Namun guru kelas aku tak dapat hadirkan diri sewaktu majlis itu diadakan.

Pada awal kepergiannya aku dapat contact dengan dia. Setiap kali aku balik ke rumah pasti aku dapat mesej darinya..Dia langsung tidak menghantar khabar berita setelah habis cuti pertengahan tahun. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Biarpun ketika itu aku sangat memerlukannya. Realitinya aku tak mampu menerima reality sehingga satu saat. Pernah satu ketika aku menangis semalam hanya kerna dia. Pelajaran terganggu kerna sangat merinduinya. Aku mendapat satu semangat untuk menerima reality yang Aini telah pulang ke negerinya. Jarak yang memisahkan antara aku dengannya. Biarlah dia lupakan aku disini. Tapi jika dia ingin kembali ke dalam hdpku, maaflah. Tiada ruang untuknya.

Exam pertengahan tahun menjelang. Aku tak pasti adakah aku bersedia. Hatiku berdebar sangat. Aku sangat lemah beberapa subjek terutamanya subjek sains. Aku telah cuba untuk memahami setiap bab tingkatan lima dan jugak tingkatan empat. Aku tak mahu perasaan sedih aku mengganggu aku. Cukup dengan apa yang telah terjadi. Kali nie aku kena kuat.

Cuti pertengahan tahun, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting dikehendaki stay for hostel for one week more. Program di namakan perkampungan akademik. Program nie dikatakan program wajib setiap thun khas buat pelajar-pelajar peperiksaan.

Pada hari jumaat, ibu dan abah dating menjenguk aku. Ibu dan abah membawa sedikit makanan untuk aku dan kawan-kawan. Abah jugak brings my handphone.

“Senang abah dan ibu contact adik. Tak ada la tunggu adik contact aje. Lagipun nie kan bukan time sekolah.” Masih terniang-niang kata-kata abah itu. Biarpun begitu aku memang nak sangat handphone aku.

“Yunie, Is boleh U mana?” Tanya Izzati pada suatu malam.

“Entah. Dia pun tak cakap pun boleh kat U mana. Lagipun cuti nie tak sempat lagi mesej kat dia. Hari tu aje mesej kat dia. Dia pun tak sebut apa-apa pasal U nie. Yunie pun tak tanya. Kenapa?”

“Ti and Farah dengar dia dapat tawaran belajar kat luar negara. Sebab tu la tanya Yunie nie.” Kata Izzati. Mana dia dengar pun aku tak tahu. Aku tak dea dengar apa-apa pun. Pelik la.

“Kak Ina pun boleh tawaran kat luar negara jugak. Dengarnya sama dengan Is. Course pun sama.” Kata farah lagi. Aku betul-betul terkejut.

Selesai aje perkampungan itu, aku mintak izin dengan abah nak stay kat rumah cousin aku. Lagipun beberapa hari lagi anaknya akan melangsungkan perkahwinan. Aku nak nikmati suasana kampung sekejap. Penat jugak dengan suasana bandar. Sibuk dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang.

“Kenapa nie Yunie? Sejak sampai aje asyik termenung aje. Something happen?” Tanya hydayah. Hydayah merupakan anak sepupuku yang sebaya denganku. Dia belajar di sekolah teknik dalam bidang masakan. Aku rapat dengannya sejak kecik lagi. Mungkin kerna persamaan umur menjadikan aku dengan dia rapat.

“Tak ada la. Penat aje. Banyak betul kerja masa kat sekolah. Sampaikan masa tido pun agak terganggu. Asyik tak cukup tido aje. Kenapa umi marah kat Piji tadi?”

“Piji nak bawak gewe dia. Abah bagi dan suruh dia nginap umah nie. Sebaya dengan kita. Dengarnya budak koloh Yunie. Yunie tahu ko sapo?”

“Budak koloh Yunie!! Serius??? Hurmmmm… tak tahu la Yunie. Tapi tahun lepas piji terserempak Yunie and best friends Yunie. Pastu dia mintak nombor kawan Yunie. Yunie tak tahu la macam mana hubungan tu. Yunie pun tak sempat tanya kawan Yunie.”

“Macam mana dengan kawan Yunie? Baik? Juruh ko tak??” Tanya Hydayah seakan-akan seorang penyiasat.

“Tanya la satu per satu. Kalau kawan Yunie yang itu, baik la orangnya. Pandai masak. Juruh la jugak. Keluarga dia orang baik. Yunie pun dah kenal rapat dengn mama dia. Bilanya dia nak sampai?”

“Esok pagi. Piji pergi ambik kat tempat yang dijanjikan. Katanya adik dia yang hantar. Tapi tak tahu la.”

“Dah la. Jom tido. Yunie betul-betul penat nie. Tadi tolong umi Dayah angkat barang.”

Keesokan paginya tepat jam 10.00 pagi, orang yang dijanjikan itu muncul betul sangkaan aku semalam. Dia adalah sahabat aku iaitu Nur Khaleeda. Dayah mencubit aku setelah Eda memasuki rumah Piji. Aku terus berbisik kat dayah dengan mengatakan dialah yang aku beritahu semalam.

Aku tak terkejut jika Piji terpikat dengan Eda. Eda cantik, putih orangnya. Pasti jatuh hati jika terpandang buat kali pertama. Eda terkejut melihat keberadaan aku di situ. Aku tersenyum menutupi perasaan aku sebenar. Aku tak mahu kebenaraan perasaan aku terbongkar. Hafizi menolak ke arah aku. Melihat riak wajah aku. Aku mohon diri apabila handphone aku berdering minta dijawab.

Abah beritahu aku yang Iskandar akan ikut family aku pulang ke kampung. Tapi dengan kenderaannya. Abah juga beritahu aku yang Is ada hal yang nak beritahu dan discuss dengan aku.

“Hei!! Termenung aje.” Tiba-tiba ada suara garau yang menegur aku dari belakang. Aku tahu siapa pemilik suara itu. Aku tak akan terkejut.

“Tak ada lah. Duk tengok pemandangan kampung nie. Piji pulak kenapa datang tegur Yunie nie? Tinggal Eda seorang diri.”

“Eda dengan Dayah. Duk siapkan hantaran. Dayah cakap Yunie dah tolong dia semalam. Yunie pun penat agi.”

“Thankz, Yunie.” Katakannya. Aku tak faham kenapa pulak dia perlu berterima kasih dengan aku. Aku tak ada buat apa-apa pun untuk dia.

“Why?” tanyaku dengan tertanya-tanya.

“Introduce me to Eda. I know I shouldn’t introduce her in front of you. But only this time me and her free. I’m so sorry.”

“Small matter. Lagipun apa yang Yunie beritahu Piji tiga tahun yang lepas itu,dah tak ada. Sekarang nie Yunie hanya anggap Piji only my family. Not more and not less. I’m want the best for you. I will support you. Don’t worry about me.” Aku mintak diri. Aku tak selesa untuk duduk dan berbual dengannya buat masa lama.

Terbayang suasana tiga tahun lalu dalam minda fikiran aku. Aku masih teringat macam mana aku boleh meluahkan perasaan aku kat dia. Aku tergelak kecil dalam hati. Cintaku hadir tanpa diduga…tanpa paksaan.. suci dari hati. Namun dirinya sudah membuat keputusan. menolak cinta hatiku yang suci untuk dirimu.

Namun dari situ jugak aku belajar menyanyanginya dirinya hanya sebagai seorang ahli keluarga. Aku tak mahu hanya perasaan yang belum pasti berkekalan itu merosakkan hubungan kekeluargaku. Cukup hanya diriku dan dirinya sahaja yang mengetahui.

Aku pun tak tahu macam mana aku cukup berani meluahkan perasaan sedemikian. Sedangkan aku juga yang cuba lupakan semua ini. Perkara yang sudah lepas aku dah lama lupakan. Aku hanya mampu mengharapkan ada seorang lelaki yang memahami diriku muncul dalam hidupku.

Petang tersebut family aku sampai bersama dengan Iskandar. Dari jauh aku lihat dia tersenyum lebar. Pasti ada berita gembira yang dia ingin sampaikan kepada diriku. Aku hanya membalas senyumannya dengan senyuman yang hambar. Aku langsung tiada rasa ingin senyum sejak mendengar berita tawaran Is itu.

Aku dan Is mengambil tempat duduk di bawah khemah yang telah siap dipasang pagi tadi. Aku juga sempat menghidangkan sedikit kuih dan air buatnya.

“Nak ke U mana Is?” tanyaku apabila aku duduk bertentangan dengan dirinya.

Bibirnya pula tak lekang dari senyuman. Aku pun tak tahu la apa berita yang gembira sampaikan senyuman sentiasa terukir di bibirnya.

“Sebab itu Is datang nie. Nak discuss dengan Yunie.”

“Kenapa nak discuss dengan Yunie? Is dah tanya parents Is?”

Soalan yang aku ajukan telah mematikan senyumannya. Dia macam tak suka aje dengan apa yang aku tanyakan.

“Is dah tanya parents Is. Mereka suruh Is fikir baik-baik dan buat solat istikarah.”

“Habis itu kenapa nak tanya Yunie nie? Keputusan Yunie tak pentingkan. Is yang nak pergi study.” Kataku. Aku seakan-akan tidak menyetujui caranya. Biarpun dia sudah menanyakan kepada parentsnya.

“Yunie orang yang Is cintai. Apa salahnya Is mintak pendapat Yunie..”

“Is jangan sebut hal itu. lagipun Is kat rumah keluarga Yunie. Tak sedap kalu orang dengar. Nie pun orang duk tengok lain je kat kita. Kalu Yunie jadi abah Yunie, Yunie tak bagi Is datang tau. Tak boleh ke Is call je yunie? Yunie tak suka la orang bercakap pasal kita.”

“Macam mana Is nak call Yunie? Handphone Yunie entah di mana. Belum tentu Yunie jawab.”

“Cakap la kenapa Is nak jumpa nie?”

“Let me drinks first. Dahaga la pulak.”

Untuk beberapa minit aku dan Is diam seribu bahasa. Aku bagi chance kepadanya untuk menghilangkan rasa dahaganya. Matahari pulak sedang terik memancarkan bahangnya. Aku mula berasa peluh aku semakin banyak. Letih tangan aku mengelap peluh yang keluar.

“Is dapat tawaran belajar medical kat Jordan. Dapat jugak yang dalam negara.” Is berkata setelah rasa hausnya mula menghilang.

“Is nak sambung pelajaran ke luar negara. Is dapat biasiswa penuh. Tak la susah kat parents Is. Bagi Yunie, macam mana? Yunie perlu tahu jugak yang Kak Ina juga dapat same U and same course with me too.”

Aku betul-betul terkejut. Memang betul apa yang diberitahu oleh Izzati dan jugak Farah. Tapi kenapa pulak aku harus rasa marah. Sedangkan aku tak ada perasaan kat dia. Ataupun aku yang tak nak mengaku yang aku mempunyai perasaan hati aku nie.

“Kalu Is nak pergi, pergi aje la. Yunie tak pernah nak halang Is pergi study kat luar negara.” kataku. Namun aku agak was-was dengan apa yang aku katakan. Adakah begitu jugak hatiku berkata?

“Baiklah. Dah lewat nie, Is nak balik la dulu. Mana parents Yunie?” Is nampak kecewa dengan kataku. Dia cuba sebaik mungkin untuk sorokkan perasaan hatiku. Is melihat raut wajahku.

‘Langsung tak ada riak wajah kecewa. Adakah hanya aku bertepuk sebelah tangan? Adakah aku yang hanya perhatian akan perasaan nya? Yunie adakah kau tidak merasa apa yang aku rasakan.’ bentak hati Is dalam diam. Jika bukan di khalayak ramai pasti ingin ku melaung sekuat hati.

Aku menunjukkan keberadaan ibu dan abah aku berada. Dengan sopan dia memintak izin untuk pulang ke rumah dek sudah lewat petang. Aku mengiringinya sampai ke keretanya. Sepanjang itu, aku mahupun dia diam sahaja. Tak ada lagi senyuman yang terukir dibibirnya. Dia hanya tersenyum ketika dengan ibu bapaku sebentar tadi.

“Drive carefully.” Kataku setelah aku dan dia sampai ke keretanya.

“Mama dan papa Is kirim salam. Lupa Is nak beritahu. Mereka bertanya bila pulak Yunie nak berkunjung ke rumah? Mereka teringin sangat nak jumpa dengan Yunie. Lain rasanya asyik melihat gambar.”

Setelah menjawab kiriman salam parents Is, aku mengeluh. “Tengok dulu,Is. Yunie nie bukan tak nak pergi. Tapi tak nak orang fikir lain. To visit as friends,insyaallah.”

“I ask you as friend too. Not the person I love.”

“Yunie!!!! Biarpun hatiku mencintaimu, adakah hatimu begitu jua? Namun kenapa bila aku semakin mendekati dirimu, dirimu semakin jauh dariku? Salahkah aku mencintaimu, Nur Ayuni? Jujur, hatiku hanya untukmu.”

“Is???” Aku terkejut dengan apa yang Is tuturkan.

“Fikir-fikirkanlah. Is bukan mintak jawapan. Hanya untuk Yunie renungkan bila ada masa terluang. Esok Is nak bertolak ke KL. Nak settle beberapa perkara. Kalu ada apa-apa Is mesej kat Yunie. Is balik dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Hati-hati memandu. Hantar mesej kat Yunie kalau dah sampai kat rumah.”

Sebelah malamnya berlangsung upacara akad nikah anak sepupuku. Tanganku ligat mengambil gambar. Langsung aku lupakan apa yang Is katakan. Hampir dengan waktu maghrib tadi Is mengatakan yang dia sudah selamat sampai di rumah. Selepas itu aku langsung tidak membalas mesejnya. Biarpun aku ingin, namun aku biarkan saja.

Bunyi mesej dari handphone aku telah mengganggu tido aku. Siapalah yang menghantar mesej awal-awal pagi. Semalam aku tido lewat.

Iskandar
Is dah nak bertolak ke KL nie. Dengan family Is. Maaflah hantar mesej awal pagi nie. Is tahu pasti semalam Yunie tido lewat. Sambunglah tido.

Semoga sampai dengan selamat. Kirim salam kat parents Is. Beritahu mereka InsyaAllah Yunie akan berjumpa mereka.

Tidurku yang lena tak dapat aku sambung lagi. Sebentar lagi azan Subuh akan berkumandang. Aku terus pergi ke bilik air untuk membersih diri. Selepas itu aku bangunkan Dayah dan Eda.

Ya Allah..jika aku jatuh cinta…cintakanlah aku pada seorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMU. Ya Muhaimin…jika aku jatuh hati…izinkanlah aku menyentuh hati seseornag yang hatinya bertaut padaMU agar tidak terjatuh dalam jurang nafsu. Ya Rabbi…jika aku jatuh hati…jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMU…Ya Rabbul Izzati…jika aku rindu..rindukanlah aku pada seorang yang merindui syahid di jalanMU.. Ya Allah..jika aku menikmati cinta kekasihMU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU… Ya Allah..jika aku jatuh hati..janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusaia kepadaMU… Ya Allah…jika KAU halalkan aku merindui kekasihMU.. jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya untukMU.. Mudah-mudahan tapak iman itulah yang menemukan cinta yanng selama ini telah hilang…semoga Allah meletakkan kita dibawah payung rahmat kasihNYA.

Begitulah doaku akan cintaku pada sesama manusia. Pagi itu, kami hanya menyiapkan hantaran yang masih belum disiapkan. Sambil itu kami berbual. Kadang-kadang kami pergi melihat pengantin perempuan bersolek. Selepas itu, kami pula yang pergi bersiap. Dalam pukul 11.00 pagi,pihak lelaki akan sampai.

Aku sempat mengambil gambar sewaktu pihak lelaki sampai tadi. Selebihnya aku menyerahkan kamera aku kepada sepupuku. Aku, Dayah dan Eda ditugaskan untuk memberi paper beg kepada tetamu yang hadir.

Keesokkan paginya,family aku bertolak pulang. Family aku tak dapat join untuk majlis menghantar menantu. Ibu berkerja hari itu. Tak dapat cuti lama. Piji jugak menghantar Eda balik ke rumahnya. Umi nampak berkenan aje kat Eda. Hahaha. Aku gelak dalam hati.

Sampai aje kat rumah aku hanya rehat. Penat masih terasa. Kepala aku terlalu kuat berfikir. Macam-macam yang berlaku. Tak habis-habis. Aini satu masalah. Tak tahu la kenapa dia langsung tak reply mesej. Call pun tak dijawab. Hilang entah ke mana. Memang la terasa hatiku ini.

Aku hanya mampu berharap yang dia akan menghantar khabar berita untuk diriku dalam masa terdekat. Aini aku sangat memerlukan dirimu sepertimana aku memerlukan Izzati dalam hidupku. Sebagai seorang sahabat yang memahami dan setia.

Aku cepat-cepat tepis perasaan syak sangka akan Aini. Aku focus ke pelajaraan. Ada beberapa homework yang minta aku selesaikan. Aku mahu cepat selesaikan. Aku ingin buat ulangkaji.

Pada petang yang hening aku terima mesej dari Iskandar.

Assalamualaikum. Is nak jemput Yunie sekeluarga ke rumah Is pada hari Jumaat ini. Family Is ada buat makan cikit sempena kepergian Is study kat luar negara. Is dah mesej kat abah Yunie. Datanglah sebagai seorang sahabat. Kalau tak pun datanglah jumpa dengan parents Is yang teringin jumpa dengan Yunie.

InsyaAllah. Kalau abah kata nak pergi, Yunie akan pergi. Tapi jangan terlalu mengharap. Bila Is naik flight?

Hurmmm…. Hari selasa nie. Is ingat nak suruh Yunie turut hantar Is. Tapi hari itu hari persekolahan.

Ooooo…. Takpe lah. InsyaAllah, Yunie akan cuba hadirkan diri.

Abah bersetuju untuk ke rumah Iskandar. Abah jugak ingin berkenalan dengan keluarga Iskandar. Rasa tak manis bila anaknya aje yang kenal. Ibu bapanya entah bila. Kata abah lagi elok kita mengeratkan hubungan silaturahim. Aku hanya ikut aje. Lagipun parents Is memang dah lama nak jumpa dengan aku. Rasa tak elok hampakan orang tua nie.

Bila hari tiba, aku dan keluarga pergi bagi memenuhi jemputan Is. Aku nampak dirinya segak dengan baju melayu warna hijau pucuk pisang. Warna favouritenya. Aku cuma mengagak. Is menyalami tangan abah dan hanya tersenyum kepada aku dan ibu. Is membawa kami berjumpa dengan parentsnya. Dari jauh adiknya, Nur Izni Syahila melambai ke arah aku.

“Mama, papa nie ibu dan abah Ayuni. Yang nie Ayuni.” Katanya sambil memperkenalkan kami sekeluarga kepada keluarganya.

“Is banyak cerita pasal keluarga nie. Baru boleh jumpa.” Kata papa Is.

“Mama banyak dengar cerita dari Is pasal Ayuni. Sekarang nie je baru boleh jumpa.”

“Harapnya cerita baik-baik aje aunty.” Kataku sambil tersenyum.

“Cerita baik-baik aje. Jemput makan la ye.” Kata mama.

Kakiku laju menuju ke Izni. Dia sibuk berbual dengan kawan-kawannya. Dia tersenyum apabila aku semakin mendekatinya. Aku rapatnya sewaktu dia bersekolah dengan aku dahulu. Sekarang dia memilih untuk ke MRSM. Dia muda setahun kepadaku.

“Akak nie kenapa baru nampak muka? Abang tu asyik tengok kat luar je dari tadi. Duk tengok je.” Soalan yang pertama keluar dari mulut Izni. Lajunya aje dia menanyakan soalan. Dia dah arif pasal kami berdua. Izni cakap dia senang kalu ada kakak macam aku.

“Pastu nak akak datang pukul berapa? Nie pun mujur akak nak datang.” Kataku sambil menunjukkan muka tak puas hati akan soalannya. Aku minta diri untuk mengambil makanan. Kemudian aku duduk kembali di sebelah Izni.

Kami berborak. Izni cakap dia juga tak dapat hantar abangnya kerna esok sudah naik bas untuk ke MRSM. Sekolah bakal dibuka.

“Akak dengan abang bila lagi nak bercinta? Abang tu takut sangat akak terlepas kat orang lain.”

“Akak kan tengah belajar agi. Nanti-nanti aje lah. Lagipun abang Izni dah nak ke Jordan.”

“Frust aje bunyinya akak? Akak nie ada hati kan kat abang? Cuma tak nak mengaku?” soalan nie sering keluar dari mulut Izni. Tak kira la berjumpa atau bermesej. Pasti soalan ini yang dia tanya. Seakan-akan soalan wajib ditanya.

“Buat masa sekarang ini, semua itu tak penting. Tak lama lagi akak nak trial. Nak focus betul-betul nie. Takut tak capai target.”

“Alasan aje itu. Akak tadi kan Kak Ina datang tau. Nak berbual dengan abang aje. Naik rimas abang tu. Nak lari jaga air muka. Entah lah. Tahulah nak kat abang. Tak payahlah nak berkepit. Nanti kat sana nak berkepit 24 jam pun tak pe.” Laju betul dia bercerita. Tanpa diminta. Aku tak terkejut dengan apa yang dia beritahu. Kat sekolah dulu pun macam itu jugak. Tapi di jaga sebab takut cemar nama baik dia dan keluarga.

“Tak payah la peduli. Kak Ina memang macam itukan.”

“Akak tak jealous ke kalu Kak Ina berkepit dengan abang aje kat Jordan nanti nie?”

“Buat apa akak nak jealous. Abang Izni bukan hak milik akak la. Dia bukan kekasih hati akak ataupun yang akak punya. Ikut hak abang Izni. Dia nak layan ataupun nak berkepit, itu urusan dia.” Kataku. Jawapan itu adalah jawapan yang paling selamat yang aku jawab.

Iskandar mendekati aku dari belakang. Namun aku tak sedar sejak bila dia berdiri di belakang aku. Izni mintak diri untuk memberi peluang abangnya bercakap dengan aku. Izni agak sporting dalam hal macam nie. Dia sokong aje apa yang abang dia buat.

“Betul ke apa yang awak cakap itu?”

“Apa yang saya cakap?” tanyaku. Padahal aku sudah tahu apa yang di tanya itu. Tapi aku malas nak layan sangat. Buat tak tahu sudah. Lagipun dia yang terdengar. Aku bukan nak bagi dia dengar pun.

“Apa yang beritahu kat Izni tu lah? Betul ke? Ataupun hanya saya aje bertepuk sebelah tangan?”

“Kalu yang awak dengar itu, betul lah. Betulkan apa yang saya kata? Is bukan kita dah janji. Kita tak nak bercakap pasal nie.”

“Bila Is dengar semua itu, buatkan Is ragu-ragu.” Katanya dengan teragak-agak. Is tahu Yunie tak suka bercakap akan hal nie. Bukan niatnya ingin memaksa Yunie. Namun hatinya benar-benar ingin tahu.

“Apa yang Yunie rasa Is tak perlu tahu. Biar Yunie aje yang tahu. Is kena faham Yunie. Yunie tak nak terjebak dalam alam percintaan yang tak tahu apa penghujungnya. Yunie hanya ingin mencintai seorang sahaja. Iaitu suami Yunie aje. Fahami Yunie, Is.”

“Is cuba faham Yunie. Namun Yunie seakan-akan tak benarkan Is faham Yunie. Bagi ruang kat Is mengenali Yunie.” Suaranya mendayu aje. Dalam kata-katanya sebentar tadi ada tegasnya.

“Cukup dengan bersahabat dulu. Trial Yunie dah dekat. Bagi ruang untuk Yunie pulak.”

“Ikut aje lah. Letih Is cakap dengan Yunie. Tak pernah nak luah apa yang ada dalam hati. Yunie nak Is berteka-teki dengan perasaan Yunie?” katanya sambil melangkah pergi. Dia pergi berbual dengan kawan-kawannya. Cukup pedih ayat yang Is lontarkan. Cukup untuk menghiris hatiku.

Benarlah kata orang. Cinta itu memedihkan. Cinta itu memerlukan pengorbanan, kesabaran. Biarpun aku mencintainya, bukan masa untk aku berterus-terang. Selagi cita aku belum tercapai, pasti kata-kata cinta tak akan keluar dari bibirku. Cukup dengan aku menyanyanginya.

Aku sekeluarga mohon untuk pulang dengan mama dan papa Is. Mama mengajak aku menginap di sini jika ada masa terluang. Mamanya sangat senang apabila dia akhirnya dapat bertemu dengan kau. Mama Is sudah lama menyimpan hasrat untuk menemui aku. Namun hanya aku menolak dengan baik.

Baik dan lemah lembut. Patutlah anak terunanya meminati nya dalam diam. Pasti ada yang lebih menarik tentangnya. Bisik mama Is dalam hati. Dia senang apabila Is berjumpa dan mencintai seorang perempuan sebaik Ayuni.

Is hanya menghantar Yunie dengan lirikan mata sahaja. Apabila bayangan Yunie sekeluarga hilang dari matanya dia menghampiri kawan-kawannya. Mereka sibuk berbual sampai ke lewat petang. Ada sahaja cerita yang di ceritakan. Selepas satu cerita, satu ceriat pulak yang diceritakan.

Aku kembali ke asrama. Aku mendapat result peperiksaan mid year. Semuanya bagus kecuali subjek sains. Masih belum boleh dibanggakan. Tapi aku bersyukur semua subjek aku marksnya naik.

Izzati masih setia dengan aku. Kami belajar bersama di bilik study. Mata aku semakin berat. Rasanya tak larat nak buka. Aku tengok Izzati masih segar.

“Ti, yunie nak rest jap. Nanti bangunkan Yunie.”

Izzati mengangguk sahaja. Dia betul-betul focus dengan apa yang dibaca.

Kami berdua terlelap sehingga azan Subuh. Aku sendiri tak tahu bila Izzati terlelap. Maybe dia pun mengantuk.

Selepas itu kami berdua bersiap untuk ke masjid. Farah tak ikut kami semalam. Dia tak berapa sihat. Kami ingin dia berehat secukupnya. Takut nanti layu dalam kelas. Kami berdua belum tentu. Nanti dalam kelas pasti mengambil kesempatan untuk tidur masa cikgu tak ngajar.

Penolong kelas, Ahlam mintak tolong dari aku sewaktu aku mintak ke tandas. Ustaz Azhar mintak dia serahkan borang yang dia kutip sebentar tadi. Namun dia sibuk dengan kerja sekolah yang masih belum disiapkan. Aku dengan rela hati membantunya. Lagipun dekat aje tandas dengan bilik ustaz.

“Assalamualaikum.” Kataku sambil tangan aku membuka pintu bilik guru. Aku agak terkejut apabila melihat Iskandar turut berada di bilik itu. Sedang berbual dengan Ustaz Azhar.

“Waalaikummussalam.” Jawab ustaz-ustaz. Ustaz-ustaz tersebut sudah mengenali aku. Aku melihat ustaz Najib tersenyum melihat aku melangkah ke bilik ini. Rasanya sudah lama aku tak melangkah ke bilik ini. Aku terus menuju ke Ustaz Azhar.

“Ustaz ini borang yang ustaz mintak.” Kataku. Aku langsung tak melihat wajah Is. Masih terasa sakit hati ini dengan katanya. Borang-borang itu telah bertukar tangan.

“Semua hadir hari ini?”

“Ya. Ahlam yang sepatutnya hantar. Tapi Ahlam buzy ustaz.”

“Tak kisah la siapa yang hantar. Tak cukup tido ke Ayuni? Tido kul berapa semalam?” tanya ustaz apabila muka aku agak berlainan dari hari-hari lain. Selalunya aku ceria aje. Namun hari nie agak layu sikit.

“Tidur….. pukul 2.30 pagi.” Kataku sambil tergagap-gagap. Aku tak pasti patut ke aku jawab.

“Lewatnya tidur. Mesti study.” Kata us Najib yang turut dengar perbualan aku dengan ustaz Azhar. Aku hanya terseyum. Malas nak mengiyakan.

“Yunie mintak diri dulu.” Kataku

Wajah Is langsung aku tak toleh. Biar dia rasa. Buat aku sakit hati eh? Nanti kau. Aku buat kau sakit hati lagi. Hahahaha. Bisik hatiku. Bukan aku nak buat pun dia nak ke Jordan esok.

Dalam sekelip mata aku bulan puasa sudah sampai ke penghujungnya. Kami akan bercuti seminggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Walaubagaimanapun aku tak dapat beraya sangat. Beberapa hari selepas buka cuti pelajar-pelajar SPM akan menghadapi trial examination.

Sepanjang bulan puasa aku always belajar dengan sir Nik. Dia guru kimia aku. Ada banyak topic yang aku tak boleh faham. Sir pun sedikit sebanyak memberi perhatian kepada aku. Dalam kelas terutamanya.

Aku beraya dengan sederhana saja. Takde mood nak raya sakan. Banyak lagi subjek yang perlu aku buat revision. Biarpun aku dah buat dalam kelas tapi rasanya tak puas hati. Masih ada yang tak faham. Kalu aku tak faham, aku buat peta minda. Lagi senang. Kadang-kadang aku mintak rakan-rakan yang ajar bila dah blur sangat.

Aku dapat ucapan hari raya dari Iskandar melalui email. Kami sering contact melalui email. Kadang-kadang kami skype. Bila boring sangat chatting. Is berkata dia mendoakan aku agar aku buat yang terbaik untuk trial exam nie. Aku pun berkata aku akan buat yang terbaik untuk capai apa yang aku nak.

Trial exam pun sudah sampai harinya. Aku dah mula ketar tangan. Kaki nie macam kaku untuk melangkah ke dewan peperiksaan.

“Ti, yunie dah start berdebar nie. Macam mana doa tadi? Dah lupa nie. Terlalu berdebar.” Bisik aku ke Izzati. Pagi tadi Izzati sempat mengajar aku doa untuk menghilangkan debar. Aku dah tahu doa itu. Nmaun lupa apabila tak di amalkan.

Izzati terus bisikkan doa itu kepada aku. Sedikit demi sedikit debar aku semakin menghilang. Namun masih ketar tanganku.

Ya Allah yang Maha Mengasihi, tolong hambamu yang lemah. Hilangkan rasa debar yang aku rasai ini. Janganlah Kau hilangkan ilmu yang telah kau berikan kepada. Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk menjawab peperiksaan. Permudahkanlah jalan hambamu ini Ya Allah.

Aku terus menerus berdoa. Agar aku boleh dengan tenang. Biarpun ini hanyalah trial, namun aku mahu yang terbaik untuk semua. Masalah yang aku hadapi aku tolak ke tepi. Aku hanya ingin focus kepada exam sahaja. Masalah itu akan aku selesai apabila habis exam SPM.

Tiga minggu berlalu dengan begitu pantas. Minggu trial sudah sampai ke penghujungnya. Tanpa aku sedar, tarikh lahir aku semakin hampir. Terlampau sibuk dengan exam birthday sendiri pun dah lupa. Nak buat macam mana. Tak ada masa nak fikir pasal birthday itu.

Tepat pukul 12.00 tengah malam, semua classmate perempuan aku menyerbu dorm aku. Dia menjerit happy birthday. Terkejut aku. Aku sendiri dah lupa yang hari ini hari jadi aku. Mereka sibuk menyuapkan aku dengan makanan yang mereka bawa dari dorm masing-masing. Mesti mereka dah plan. Izzati hanya tersenyum. Pasti Izzati pun berkomplot dengan mereka.

Waktu rehat mereka tak benarkan sesiapa pun ke kantin. Mereka sediakan sedikit makanan sempena hari jadi aku. Aku terharu dengan apa yang mereka buat untuk aku. Sahabat baik aku memberikan sedikit ucapan untuk aku. Ini tahun terakhir aku bersama denagan mereka. Pasti ini kenangan yang terbaik. Dah banyak kenangan manis yang kami semua ukirkan bersama.

Aku dapat beberapa hadiah dari classmate aku. Belum lagi kawan aku dari kelas lain. Agak banyak. Hanya ucapan terima kasih aku berikan.

Result trial lebih bagus dan baik dari exam yang sebelumnya. Aku betul-betul tak sangka. Aku cuma berharap nanti peperiksaan yang sebenar aku boleh buat seperti atau lebih baik dari exam trial.

Pejam celik pejam celik dah sampai bulan November. Kami hanya menghitung hari untuk ke medan perang. Perang inilah yang akan menentukan hala tuju hidup aku nanti. Debaran di hati aku semakin menjadi-jadi. Setiap malam aku tidur awal pagi. Tidak keseorangan. Dengan dua orang sahabat aku iaitu Farah dan Izzati. Mereka berdua juga merasa debarnya seperti yang aku rasa.

Hari first exam sudah pun menjelma. Tangan aku semakin sejuk. Aku lihat ramai ibu bapa datang untuk memberi semangat untuk anak-anaknya. Mereka sangat beruntung. Dalam hatiku, aku hanya berdoa sahaja yang aku boleh buat sebaik mungkin.

Sebulan berlalu dengan debaran. Kini SPM sudah selesai kami duduki. Pada keesokkannya kelas aku mengadakan jamuan perpisahan di Kota Bharu. Kami menempah di salah satu restoran. Kami pergi dengan menggunakan bas sekolah.

Selepas menjamu selera, kami pergi shopping kat KBMall. Aku sempat membeli beberapa buah novel untuk di baca bagi mengisi masa lapang. Novel yang Is bagi pun belum aku sentuh.

Di KbMall nie aku berpisah dengan classmate aku. Parents aku menjemput aku di sini. Lagipun tak payah la aku balik ke Machang lagi. Boleh terus balik ke rumah. Bilik aku sedang menunggu. Sudah sebulan aku tak pulang ke rumah. Sejak exam SPM hari itu, aku tak balik ke rumah pun. Asyik ibu dengan abah aje yang datang membawa makanan.

Cuti selama tiga bulan ini aku cuba isikan dengan sebaik mungkin. Carta aku paling atas untuk dilakukan ialah belajar kereta dan buat lesen. Selepas itu, aku akan belajar memasak. Hahaha. Aku gelak dalam hati.

Sedar tak sedar aku dah boleh drive kereta. Aku asyik ulang alik dari Kota Bharu ke Machang. Kebanyakkan kawan aku tinggal di Machang. Aku juga sudah boleh memasak masakan yang simple-simple. Segala urusan rumah ibu menyerahkan kepada aku. Sekiranya aku hendak ke Machang, aku akan pastikan semua urusan rumah disettlekan dulu.

Dalam perjalanan ke Machang, telefon bimbitku berdering untuk dijawab. Aku lihat tidak tertera nama. Dengan pantas aku memakai handsfree.

“Assalamualaikum.” Kataku setelah aku menjawab panggilan tersebut.

“Waalaikummussalam. Ayuni?” kedengaran suara lelaki yang pernah aku dengar.

“Ye, saya Ayuni. Siapa itu?” tanyaku dengan sopan.

“Ustaz Wan Saiful. Ayuni apa khabar?”

Aku terkejut. Selamatlah aku boleh mengawal perasaan terkejut aku. Aku drive dengan perlahan sambil menarik nafas sebelum aku menjawab soalan itu.

“Alhamdulillah,sihat. Ustaz?”

“Ustaz sihat jugak. Kat mana nie?”

“Yunie tengah drive ini. Nak ke Machang. Kenapa?”

“Ambil ustaz. Ustaz nak naik kereta yang Yunie drive.” Katanya dengan ketawa. Ketawanya aku dengar biarpun dia cuba menyembunyikan.

“Ambil ustaz kat SKH2. Ustaz tunggu kat bawah. Ustaz tunggu. Ok lah drive carefully.” Katanya. Dia terus mengarah aku tanpa menunggu keputusan aku. Nampaknya aku terpaksa pergi mengambilnya. Biarpun aku tidak ingin berjumpa dengannya.

Sudah lima tahun aku tidak berjumpa dengannya. Aku dengan ustaz terputus hubungan begitu sahaja. Aku rapat dengannya melalui anaknya. Pada mulanya aku tak tahu pun budak itu anak ustaz itu. Namun pada suatu hari, budak itu memanggilnya ayah. Aku sangat-sangat terkejut. Kalau bukan sebab anaknya tak ada masa aku nak rapat dengan dia.

Setengah jam kemudian aku sampai ke SKH2. Aku melihat dia berdiri tegak seperti tiang elektrik. Tanpa dijemput dia terus membuka pintu dan duduk. Dan mengarahkan aku untuk pergi.

“Why you want to see me? How you get my number?” tanyaku memecahkan kebisuan antara aku dengan dia. Dia senyap sahaja setelah menaiki kereta aku. Menghayati pemanduan aku kot.

“Nothing. I got from your friend. Bukannya nak beritahu tukar nombor. Pindah rumah pun tak beritahu.”

“Buat apa nak beritahu? Biar senang your wife attack me?”

Senyuman dia terus hilang bila suara aku mula meninggi. Bukan niat aku. Cukuplah aku yang tahu apa sebabnya.

“Ustaz tahu salah wife ustaz. Maafkan dia. Dia salah faham aje. Lagipun along asyik sibuk sebut nama Yunie aje.”

“Yunie dah lama maafkan dia. Tapi masih terasa sakit hati tau. Tak pasal-pasal along terima akibat. Kesian dia. Dia masih budak.”

“Jumpa along hari ini.” Katanya.

“Tak boleh. Sepatutnya Yunie tak boleh jumpa pun dengan ustaz ini. Yunie dah janji dengan orang lain tau. Tapi kesian bila fikir ustaz nak tunggu Yunie. Kalau bukan sebab Yunie hormat akan ustaz, Yunie tak akan datang tau.”

“Dah janji dengan siapa?”

“Yunie dah janji dengan kawan nie. Ada hal. Kalau tak, Yunie tak datang ke Machang nie. Penat tau. Nak ulang alik.”

“Ustaz nak minum apa? Yunie belanja.” Kataku. Aku sangat rapat dengan ustaz pada suatu ketika dulu.

“Ikut Yunie.”

Ustaz agak kecewa. Maybe dia kecewa dengan apa yang kami bualkan. Aku parking kereta dekat dengan kedai buku. Aku ingin membeli sedikit makanan dan minuman. Rasa dahaga la pulak.

“Air,ustaz.” Kataku sambil menghulur air milo yang aku beli sebentar tadi.

Aku minum air sambil makanan roti yang dibeli. Aku hanya sempat minum air kat rumah selepas selesai mengemas rumah. Tiba-tiba telefon bimbit aku rancak berbunyi minta untuk dijawab. Tertera nama ibu.

“Assalamualaikum, ibu. Ada apa?”

“Waalaikummussalam. Adik kat mana?” kata ibu dengan cepatnya.

“Kat Machang ini. Ada urusan. Kat dah beritahu masa breakfast tadi.”

“Lepas itu balik rumah mak long. Kita tidur kat sana. Ibu bawak la baju adik ini.”

“Kenapa ibu?”

“Selesai aje urusan adik, terus ke rumah mak long tau. Jumpa kat sana. Assalamualaikum.”

Aku menjawab salam ibu. Namun aku pelik. Kenapa tiba-tiba nak ke rumah mak long? Something happen? Aku terus dial nombor kawan aku. Aku mengatakan aku tak dapat sertai mereka. Ada urusan keluarga yang tak dapat di elakkan. Aku turut berjanji akan jumpa mereka esok. Aku sudah lupa yang ustaz masih di sebelah aku. Dia hanya mendengar perbualan aku di telefon.

“Yunie hantar ustaz ke sekolah. Ada apa-apa ke ustaz nak beritahu Yunie?” tanyaku sambil memandu.

“Saja aje. Ustaz dah lama tak tengok Yunie. Bila nak jumpa along?”

“Macam nie la ye ustaz. Ustaz is married. Yunie tak nak ada salah faham lagi. Kalau dulu along yang menjadi mangsa. Cukup hanya setakat itu. Yunie hormat ustaz as my teacher.” Kataku sambil mengeluh.

“Yunie bukan nak ajar ustaz. Ustaz sepatutnya bersyukur. Along asyik call Yunie. Tiap-tiap hujung minggu. Kesian tau. Jangan ingat Yunie tak tahu apa yang berlaku. Cukup.” Kataku. Perkataan ‘cukup’ itu aku tekankan.

“Apa maksud Yunie?”

“ For your information my teacher, your eldest son has my new number. But I ask him to not tell you. Keep it as secret from your whole family. Enough what has happen before this.”

“Kenapa Yunie suruh dia buat macam tu? Yunie tahu tak yang ustaz risau sangat akan Yunie.”

“Sebab Yunie sayangkan ustaz, Yunie buat macam nie. Don’t worry about me. I know how to care myself. You should care your marriange.” Kataku.

Tanpa kami berdua sedar, kami sudah sampai di SKH2. Ustaz mintak diri. Aku pulak hendak menuju ke rumah mak long. Terbayang peristiwa pahit yang berlaku antara aku dengan ustaz Wan. Dah cukup perit. Dah hampir lima tahun hal ini berlaku. Biarlah hanya aku, dia, along dan wife ‘kesayangannya’ sahaja yang tahu.

Ketika aku sampai di rumah mak long, aku lihat semua kereta cousins aku ada. Kenapa nie? Bisik aku dalam hati. Aku menyalami tangan mak long dan cousins perempuan aku. Aku pergi melepak kat rumah Dayah, anak sepupu aku. Kata mak long budak-budak tak boleh masuk campur. Aku pun malas nak ambik tahu.

Aku hanya sibuk membaca novel islamik kepunyaan Dayah. Dayah pulak asyik duk main facebook. Aku malas nak online. Lagipun ramai kawan-kawan aku boleh PLKN. Jadi sunyi sikit facebook itu. Kawan-kawan yang rancak online facebook boleh ke PLKN. Nanti cuti hari raya cina mesti gempak lah facebook. Mereka pasti banyak cerita yang nak diceritakan. Ada jugak lah yang mereka umpat. Pasti ada la yang tak puas hati.

Aku khusyuk sangat baca novel sampai telefon bimbit aku berbunyi tak dengar. Bila disergah oleh Dayah baru aku tahu yang telefon aku berbunyi. Tertera nama along anak ustaz Wan. Aku pasti ustaz dah ceritakan pasal pertemuan aku dengannya kepada along.

Setelah salam aku dijawab, laju betul along menanyakan aku soalan.

“Kak Yunie kenapa tak nak jumpa along?” katanya dengan nada tegas walaupun bunyi merajuk pun ada.

“Along kat mana? Akak datang sekarang.” Kataku. Biarpun aku tak nak, aku kena jumpa. Nanti tak pasal-pasal along cakap kat ibu dia. Nanti kantoi yang aku contact dengan along.

“Kat sekolah lagi. Akak, ayah along nak cakap.” Katanya.

“Jumpa kat KFC Machang. Tak boleh lama tau.” Katanya.

Aku tahu dia tak setuju dengan cadangan terburu-buru aku nie. Namun aku perlu berjumpa dengan along. Dah lima tahun tak jumpa. Rindu nak peluk along. Pasti semakin handsome dia sekarang.

Aku mengajak Dayah untuk menemani aku. Aku tahu dia pun tengah boring. Jadi apa salahnya aku ajak dia. Lagipun kami berdua sudah selesai memasak dan makan. Kiranya dah lunch la.

Aku minta izin dengan parents aku. Begitu jua dengan Dayah. Aku beritahu nak bawak Dayah ronda-ronda kat Machang dan Tanah Merah. Bukan niat nak tipu pun. Tapi malas nak jawab soalan yang bakal diaju oleh mereka.

Aku parking betul-betul depan KFC Machang. Dayah menujukkan muka yang tak faham. Aku beritahunya yang aku perlu jumpa someone kat sini. Aku juga kata nak belanja dia KFC. Namun dengan lembutnya dia menolak pelawaan aku.

Aku dengan Dayah naik tingkat atas. Aku nampak along sedang makan di sisi adik-adiknya. Manakala ayahnya asyik duk perhati anak-anaknya makan. Kaki aku laju melangkah ke arah mereka. Sambil mengheret Dayah. Dayah setia menemani aku biarpun dia belum tahu dengan siapa aku ingin berjumpa.

“Assalamualaikum, along.” Kataku dari belakang.

Dengan pantas along menoleh ke belakang sambil menjawab salamku. Dia terus memeluk aku. Aku mengajak dia duduk di sebelah aku. Ustaz dan Dayah menjadi pemerhati setia. Aku melayan along makan makanan yang di belinya oleh ayahnya. Becok mulutnya bercerita. Kerap kali along memberitahu aku yang dia sangat menyanyangi diriku. Aku juga mengatakan bahawa aku juga sangaaaat saaaangggaaat menyanyangi dirinya.

“Nak minum apa-apa tak?” tanya ustaz ke arah aku dan Dayah.

Aku menjeling ke arah Dayah. Tapi dia menjeling ke arah aku kembali.

“Nak belanja?” tanyaku. Lajunya aje ustaz mengangguk. Itu bermakna dia ingin belanja aku berdua.

“Ok!! Air strawberi ajelah. Dua tau.” Kataku sambil menunjukkan dua dengan tanganku.

Dayah pulak berkenalan dengan dua lagi hero ustaz. Aku bukan tak nak berkenalan. Tapi malaz. Cukup dengan aku melayan kerenah along aje.

Ustaz meletakkan dua bekas air yang dibelinya. Dengan pantas aku mengambil dan menghirup. Rasa dahaga la pulak. Dah lama sangat berbual dengan along. Asyik suapkan dia makanan aje. Along turut menyuruh aku makan. Namun perut aku masih penuh. Tak larat lagi nak sumbatnya.

Ustaz memberi hint yang dia dan anak-anak perlu pulang. Aku menoleh jam yang berada di tangan kanan aku menujukkan hampir pukul tiga. Kira-kiranya aku sudah hampir sejam bersama dengan along. Cepat betul masa berlalu. Sejam itu aku rasa sebentar aje. Belum puas aku mendengar suaranya. Namun apakan daya… Dia bukan keluarga aku. Sayu rasanya melihat along pergi. Bayangannya semakin menghilang.

Aku dan Dayah bergerak balik. Hajatnya nak pergi round Tanah Merah. Lagu di radio sahaja menemani aku dan Dayah. Kami berdua bisu sahaja sejak keluar dari KFC.

“Siapa tadi tu, Yunie? Rapat sangat.” Tanyanya setelah lama kami berdua mendiamkan diri. Sebentar radi masing-masing melayan perasaan.

“Anak ustaz Yunie.” Jawabku dengan ringkas. “Rahsiakan dari sesiapa. Termasuk parents Yunie dan umi Dayah.” Aku sambung kembali berkata.

“Kenapa perlu dirahsiakan? Elok apa rapatkan hubungan silaturrahim.”

Aku hanya mendiamkan diri. Aku malas nak beritahu. Jika aku beritahu seakan-akan aku membuka aib orang. Tak elok dan tak baik. Kita nie sesama muslim. Cukup biar diri aku yang tahu. Cukup aku sahaja yang menanggungnya. Aku tak perlu belas kasihan ataupun simpati sesiapa dengan apa yang berlaku.

Dayah nak round Tanah Merah. Lagipun aku malas nak balik. Baik cuci mata dulu. Setiap kedai jual pakaian dan tudung kami jelajah. Bukan nak beli pun. Saja tengok dahulu. Lagipun sekarang ini tak cukup duit untuk beli.

Sedang kami jelajah kedai, telefon bimbit Dayah berdering. Katanya uminya. Selepas selesai berbual, Dayah cakap umi suruh beli beberapa barang dapur. Katanya nanti umi suruh adiknya mesej. Kami menuju ke kereta. Destinasi kami seterusnya kedai barang dapur. Selesai membeli kami pulang. Asar sudah pun masuk. Solatnya belum lagi.

Sampai aje kami solat asar dahulu. Selepas itu kami join adik-adik bermain dan berbual. Boring etek. Lebih baik kami berbual. Lantas aku ingat. Beberapa orang classmate aku tinggal di sini jugak. Tapi kawasan mana aku tak tahu.

Dengan pantasnya aku menelefon salah seorang teman aku. Kami berjanji nak jumpa di lata. Aku ajak Dayah dan beberapa budak untuk turut join. Tapi dengan pantasnya cousin aku melarang membawa budak-budak. Aku tahu dia yang nak join. Jadi aku menyuruhnya jadi driver. Penat round bandar tadi masih terasa.

Hampir waktu maghrib baru aku pulang. Aku rasa best main kat gigi air. Rindu kepada kawan-kawan semakin membuak. Nak tunggu tiga bulan rasanya lambat. Aku tak pasti yang aku sudah bersedia untuk menerima result.

Malam itu aku tidur dengan Dayah. Aku tidur awal sikit pada malam itu. Rasa penat drive kereta dari Kota Bharu ke Machang. Pastu dari Machang ke Tanah Merah dan sebaliknya. Penat sangat.

“Kau nie memang perempuan kurang ajar kan? Kenapa kau kacau rumah tangga aku? Aku tahulah kau dengan laki aku tu anak murid dengan cikgu. Tapi tak kan lah tengah-tengah malam mesej dan call. Kalau setakat nak hantar mesej assalamualaikum lebih baik tak payah. Kalau sehari tak mesej tak boleh ke?”

“Puan dah salah faham nie. Saya dengan laki puan tak ada apa-apa lah. Saya contact dengan husband pun atas sebab-sebab tertentu.”

“Kau ingat aku nie bodoh ke? Kalau kau tak berhenti ganggu, aku akan cari kau kat sekolah. Aku punya ramai kawan kat sekolah. Kau jangan ingat aku tak berani tau.”

Astafirullahalazim. Dengan bingkasnya aku bangun dari tidur. Kenapa aku ingat hal ini? Kenapa?..?

Ya Allah,aku hambamu yang serba kekurangan. Kau tabahkanlah hatiku untuk menjalani dugaanMu. Janganlah kau berikan dugaan yang berat sehingga aku belum mampu menjalaninya Ya Allah. Kau hilangkan memori yang pahit dari hidup aku. Kau teguhkan imamku. Janganlah kau palingkan hatiku.

Aku terus mengambil ubat penenang yang aku sediakan untuk kecemasan. Sejak hal itu berlaku, aku hanya mampu tidur dengan menelan ubat penenang. Namun sejak aku menghabiskan masa dengan melihat keindahan yang Allah ciptakan dan tidur dengan alunan zikir, sedikit sebanyak membantu aku untuk tidur dengan tenang.

Terasa diriku digoncang. Aku membuka mata sedikit demi sedikit. Mataku masih terasa berat. Rasa tak larat nak bangun. Dayah memberitahu subuh dah masuk. Aku hanya melihat dia menunaikan solat. Bila Dayah selesai, aku pergi ke bilik air. Membersihkan diri untuk solat Subuh.

Bila aku selesai solat, aku lihat Dayah sudah tiada di biliknya. Aku menyarung tudungku sebelum keluar bilik. Aku menuju ke dapur. Aku sempat jenguk bilik adiknya. Adiknya sedang khusyuk solat. Ibu menegur aku dari belakang. Ibu dan abah tidur di rumah mak long. Aku tidur di rumah sepupuku.

“Adik telan ubat ke semalam?” tanya ibu. Tekaannya tepat sekali. Aku hanya mengangguk. Aku malas nak menjawabnya. Setakat menggunakan bahasa tubuh sahaja.

“Mimpi? Bukannya adik dah lama tak mimpi?” ibu bertanya lagi. Kali ini aku hanya mendiamkan diri.

Aku tahu semua ini berpunca dengan pertemuan ustaz pada pagi kelmarin. Aku tahu aku sedang menempah nahas. Namun sampai bila aku perlu lari dari kenyataan. Aku tak mampu lari. Dia adalah orang yang pernah mencurahkan ilmunya kepada aku. Tak akan aku nak lupakan semua itu kerna salah faham tersebut. Dengan ilmu yang dia curahkan walaupun sedikit memberi erti yang besar buat aku.

“Ibu tak suka tau adik ambil ubat. Cuba adik baca alquran kalau mimpi lagi. Ataupun ayat penenang jiwa.”

Pagi itu aku hanya menjamah sedikit sahaja makanan. Hanya untuk alas perut. Sesungguhnya aku tiada selera nak makan. Mimpi itu datang kembali. Aku kembali was-was dengan apa yang aku lakukan. Tak akan lari kenyataan yang dia adalah guruku. Biarpun aku berada di negara orang, aku tak akan lupakan orang yang pernah mencurahkan ilmunya kepada aku.

Selepas ibu dan abah bertolak pulang, aku pula bertolak ke sekolah lamaku iaitu SMKAW. Aku cukup merindu semua yang ada kat sana. Sudah sebulan aku meninggalkan sekolah. Dalam perjalanan ke sana aku sempat singgah membeli kek untuk di bawa ke sana. Tak akan lah aku nak ke sana dengan tangan kosong.

Bila aku memasuki perkarangan sekolah rindu aku semakin memuncak. Lantas aku menelefon ustaz Yuazhar. Aku ada sedikit urusan dengannya. Ustaz berkata dia kat biliknya. Aku tidak memberitahu akan kedatangannya. Aku ingin buat surprise buat ustaz-ustaz.

“Assalamualaikum.” Aku memberi salam dengan ceria aje.

Ustaz Yuazhar dan ustaz Azhar terkejut dengan kedatangan aku. Mereka nampaknya gembira dengan kedatangan aku.

“Ustaz semua apa khabar? Lama tak jumpa.” Kataku lagi. Semua ustaz mengatakan mereka sihat dengan izinNya.

“Yunie ada bawak kek nie. Tapi maaflah. Beli aje. Tak sempat nak buat.”

“Tak sempat atau malaz?” tanya ustaz Najib dengan gelak ketawa. Aku tahu ustaz hanya bergurau.

“Jemputlah makan. Nanti kalau Yunie datang time lunch Yunie bawak makanan berat la ye.”

“Tak payah susah-susah. Bawak kek nie pun dah baik.” Kata ustaz Azhar.

Aku mendekati ustaz Yuazhar. Aku menyerahkan keperluan bilik bahasa Arab yang sudah terlalu lama aku simpan.

“Sayang betul dia dengan ustaz Yu dia tu.” Kata ustaz Najib yang seakan-akan memerli. Tapi sebenarnya dia hanya bergurau.

Aku agak masak dengan perangai mereka semua. Lagipun ini bukan first time aku duduk dalam bilik ini. Aku pernah menghabiskan berjam-jam in this room. Aku pernah lihat ustaz-ustaz ngenak antara satu sama lain. Riuh rendah bilik ini kalu semua ustaz yang terdiri daripada lapan orang kesemuanya.

“Saya nie sayang semua guru saya. Tak kiralah mengajar saya ataupun tak.” Kataku.

“Datang dengan apa?” tanya ustaz Yuazhar.

“Kereta lah,ustaz.”

“Dah dapat lesen?” tanya ustaz Yuazhar dengan terkejut.

“Dah. Tapi baru lagi la. Baru dua minggu. Ustaz nak naik kereta Yunie drive ke?” tanyaku.

“Tak adalah sampai nak naik. Cepatnya.”

Aku menuju ke sofa bilik tersebut. Menolong ustaz memotong kek yang aku bawa tadi.

“Mana ada cepat,ustaz. Yunie dah tinggal sekolah pun dah sebulan lebih. Patut doh la dapat lesen.” Aku berkata dengan yakin.

Telefon bimbit aku berbunyi. Ustaz-ustaz tersenyum. Malu pun ada. Dah lah ringtone lagu jiwang. Terasa panas aje muka.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam. Ustaz nak jumpa.”

Dahlah telefon main redah aje. Mintak nak jumpa pulak. Tak puas hati lagi ke aku bawak naik kereta kelmarin.

“Tak boleh kot. Dah nak balik ke Kota Bharu. My parents dah balik tadi. Tak kan Yunie nak duk lama-lama kat sini. Tak sedap la. Kan dah jumpa kelmarin. Lagipun Yunie penat asyik ulang alik. Drive sendiri pulak tu. Penat tau.” Kataku. Akan ku cari alasan sampai dia mengalah untuk berjumpa dengan aku.

“Yunie kat mana? Ustaz datang ambik Yunie.”

Dengan automatics aku berdiri. Ustaz-ustaz terkejut dengan tindakan aku. Aku sendiri jadi malu dengan tindakan aku. Semua nie sebab ustaz Wan. Tak pasal-pasal aku dapat malu free.

“Tak payah. We meet next time. Yunie banyak kerja kat rumah.” Kataku. Bukan niat aku ingin menipu, tapi ku tak ingin menempah nahas. Cukup dengan pertemuan semalam.

“Yunie??? Pleaz!!” perkataan pleaz itu ditekankan.

“I’m so sorry. Kita skype je lah. Mintak dengan along. Dia always skype dengan Yunie. Next time we talk again. I need to go now. Bye. Assalamualaikum.”

Aku terus meletak telefon bimbit aku. Aku tahu semakin lama aku berbual dengannya pasti aku akan berubah fikiran. Aku nie bukan tetap sangat. Aku terus buat silent handphone aku. Malas nak angkat kalu dia call. Aku sambung berbual dengan ustaz-ustaz. Hampir sejam lebih aku mohon diri. Takut lewat sampai kat rumah.

“Yunie balik dulu. Nanti kalu ada masa free, Yunie datang lagi.”

Aku terus mencari handphone aku. Aku batalkan silent. Aku terus memandu keluar dari perkarangan sekolah. Aku terus memandu balik ke rumah. Aku melihat jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 10.30 pagi. Telefon aku berdering minta untuk dijawab. Aku malas nak angkat. Lagipun tidak tertera nama. Aku pasti sangat siapa pemanggilnya.

Sampai kat rumah aku, aku terus ke bilik aku. Terus online facebook dan skype. Aku harap sangat yang Is juga juga online. Aku ingin mendengar suaranya. Namun malang sekali dia tidak online skype. Rasa frust sangat.

Handphone aku berbunyi menandakan mesej baru masuk. Mesej dari Izzati.

Brknalan dgnmu ku rasa bhgia
Brsenda dgnmu buat ku lupa sglenya
Brkwn dgnmu satu rhmat drNya
Tapi utk brsmamu ku rasa msthil
Kerna bersmamu hanya ada di TV3 je!!!
Hahaha!!!

Aku tergelak membaca mesej Izzati. Sahabat aku ini sering kali membuat aku gelak ketawa. Ada sahaja mesej yang lucu dia hantar.

Selepas solat zohor aku tidur. Takdea orang kat rumah. Jadi aku tak perlu memasak. Ibu dan abah tak balik. Mereka kata mereka sibuk sangat. Jadi buat apa masak. Tiba-tiba aku rasa badanku digoncang. Pada mulanya perlahan namun semakin kuat sehingga buatkan aku tersedar. Mataku berpinar-pinar. Tak dapat melihat siapakah gerangan yang menggoncangku.

“Addikkk!! Bangun!!” sayup-sayup aje suara. Sudah berapa kali aku mendengarnya.

Aku pun bangun dan melihat ibu berada di sisi aku. Ibu hanya tersenyum.

“Dah solat asar ke belum? Kalau belum solat dulu. Lepas itu turun.”

Aku turun ke tingkat bawah rumah aku. Aku lihat abah sedang membelek majalah. Ibu pula di dapur. Entah bila mereka balik pun aku tak sedar.

“Dah lama abah balik?” tanyaku setelah melabuhkan punggungku di kerusi taman milik kami.

“Tak lama pun. Dah asar pun kami sampai. Bagi salam tak ada yang jawab. Abah pergi ke bilik tengok adik tengah tidur. Tak sampai hati nak bangunkan.”

“Kesian kat ibu kena buat air. Ibu kan penat.” Kataku setelah melihat ibu melangkah ke arah aku dan abah.

“Adik sampai pukul berapa?” tanya ibu setelah menghampiri kami.

“Almost pukul 12.00. Ibu dan abah cakap tak balik. Jadi adik tak masak lah.”

“Is apa khabar?” tanya abah sambil tersenyum. Aku rasa lain macam aje dengan senyuman abah itu. Ada maksud tersirat aje senyuman abah. Bisik hatiku.

“Alhamdulillah, dia sihat. Kenapa abah tanya? Ada apa ke?”

“Saja jah. Sejak dia kat Jordan, tak ada khabar berita pun.”

“Kalau tak silap dua minggu lagi dia exam. Tapi tak tahu lah.”

“Apa hubungan adik dengan Is?” tanya ibu. Air yang aku minum cepat-cepat aku telan. Mujur aku tak tersembur air itu. Apa soalan nie?

“Maksud ibu apa? Bercinta ke?” tanyaku.

“Along dah nak kahwin. Angah pun. Tak lama lagi tinggal lah dua anak dara nie.” Ibu seakan-akan tak mahu menjawab soalan aku. Ibu dan abah seakan-akan menyembunyikan sesuatu daripada aku.

Pada suatu hari aku mendapat panggilan daripada Piji. Dia mengajak aku untuk menemaninya berjumpa dengan keluarga Eda. Piji tahu yang aku sudah mengenali keluarga Eda. Masakan tidak. Aku dengan Eda sudah berkawan sejak sekolah rendah. Biarpun semasa tingkatan empat kami berlainan aliran namun kami masih berkawan. Biarpun kami tidak dapat banyak meluangkan masa bersama.

Nampaknya hubungan Piji dan Eda semakin serius. Aku tumpang bahagia buat dua orang yang istimewa dalam hidupku. Seorang best friend forever. Seorang lagi anak sepupu yang dikasihi.

Aku mintak izin dengan abah untuk menginap di rumah cousin aku pada hujung minggu yang aku janjikan dengan Piji. Abah mengizinkan aku. Aku memandu kereta Myvi ke rumah Piji. Dalam perjalanan, aku mendapat panggilan daripada Is. Aku sangat-sangat gembira. Is menceritakan suasana di sana. Dia mengharapkan aku juga ke sana.

Parents Eda menjemput family Piji ke rumah untuk makan tengah hari bersama. Namun hanya aku, Dayah dan Piji hanya dapat menyertainya. Umi tak dapat ikut pada saat-saat akhir. Ada saudara abah Piji sedang sakit.

Family Eda menyambut kami dengan tangan terbuka. Papa Eda menanyakan beberapa soalan kepada Piji sewaktu makan dan selepas makan. Piji agak tergagap untuk menjawabnya. Biasalah kali pertama berjumpa dengan keluarga Eda. Aku hanya tersenyum. Aku asyik melayan kerenah adik bongsu Eda. Aku suka sangat melihat Eda dan Piji. Secocok dan sepadan. Bagai pinang di belah dua.

Tanpa aku sedari, result SPM bakal keluar. Aku hanya menghitung jam sahaja. Berdebar sangat nie. Aku berbual dengan Is semalam. Dia boleh gelakkan aku pulak. Bukannya nak menghilangkan rasa resah aku. Tapi menambahkan rasa resah aku.

Aku ke sekolah bersama dengan my parents. Sepanjang dalam perjalanan aku hanya mampu berdoa untuk menghilangkan rasa gelisah yang semakin bertambah ini. Aku melihat perkarangan sekolah aku penuh dengan dengan pelajar-pelajar SPM. Mereka juga berdebar seperti aku.

Is turut berdoa untuk aku. Biarpun Is berada di Jordan dia tak pernah putus mendoakan kejayaan aku. Namun dia turut selitkan agar Yunie membuka hatinya untuk Is.

Ya Allah, seandainya sahabatku resah, tenangkan hatinya dengan teduahn makrifah-Mu. Berikan kejayaan padanya di duniaMu juga di akhiratMu kelak. Ya Allah, bukakanlah hatinya buat ku. Menerima cinta ku yang suci kerna MU,Ya Allah. Jika dia bukan jodohku janganlah kau menjauhinya dariku. Kau bahagiakan dirinya. Namun jika dia adalah jodohku, kuatkanlah rasa cinta yang suci ini. Hanya kepadaMu aku meminta pertolongan.

Setiap kali Is mendirikan solat, pasti dia memohon kepada Allah agar suatu hari nanti Ayuni mampu menerimanya. Is redha jika Ayuni bukan miliknya. Is sedar sampai sekarang Ayuni hanya melayan dia seorang sahabat. Tapi dia senang jika itu mampu membahagiakan dia.

Aku sujud syukur. Biarpun tidak mendapat straight A namun aku cukup bahagia. Aku betul-betul tak sangka. Usaha keras aku selama ini dengan bantuan guru-guru dan kawan-kawan aku mampu mendapat result yang baik. Aku meluru ke arah Izzati.

“ Ti, dapat berapa?” tanyaku apabila menghampirinya. Aku lihat ada titisan air yang mengalir di pipinya.

“Yunie!!! I get 8A and 4B. Thnakz yunie because always with me and give support to me. Without you must be I not to get this result.” Katanya sambil teresak-esak menangis.

“This is your hardwork. I’m just give support. I’m your friend. Friends cannot forget friend. Congratulations.”

“About you?”

“9A and 3B. Yunie betul-betul tak sangka. Ingatkan subjek sains dapat C.” Kataku sambil gelak ketawa.

Seramai tujuh orang dapat straight A’s. Salah seorangnya adalah Halif. Classmate aku yang berpindah ke Kedah juga ada di sini. Pada mulanya aku tak perasaan tapi apabila aku di dicubit oleh Izzati. Baru aku perasaan. Aku tidak menegurnya. Setelah berjumpa dengan semua classmate dan guru-guru aku terus pulang ke rumah dengan parents aku. Senyuman terukir di pipi ibu dan abah aku. Berbangga dengan kejayaaan yang aku perolehi.

Telefon bimbit aku berbunyi menandakan mesej baru masuk. Aku sangat-sangat terkejut. Aku tidak menyangka. Orang yang sudah berbulan-bulan tidak mengirimkan khabar berita kepada diriku menghantar mesej kepada diriku. Disampuk hantu ke. Pada mulanya mesej itu aku biarkan. Tapi hatiku menggonjak untuk mngetahui kenapa dirinya menyepi.

TUHAN aturkn antra kita 1 pertemuan… dalam 1 pertemuan dtetapkan 2 hati.. sya dan awak.. Dalam 2 hati TUHAN berikan 3 rasa. Syg,kasih dan kasihan.. Dalam 3 rasa itu diselitkn 4 tujuan.. Brknalan, brtemu, bkrkwn dan bersama.. Dalam 4 perkara itu trsembunyi 5 perkataan. Teman baik selalu di sisi.. Dlm 5 prktaan itu trsembunyi 6 impian.. Syg, kekal, setia, mnegrti, mghargai, mengingati.. Serta dlm 6 perkataan itu trsimpul 7 huruf.. iaitu SAHABAT.. Maafkan Aini. Aini bukan sahabat yang setia. Sepatutnya Aini tak jadikan jarak sebagai pemisah antara kita berdua. Aini tak layak dimaaafkan. Ikut Yunie lah nak buat apa.

Menitis air mataku apabila aku membaca mesej itu. Biarpun hatiku sakit mengenangkan apa yang dia telah lakukan. Namun apakan daya. Dia telah memilih. Aku hanya menurut. Dengan pantas aku membalas. Namun bukan dengan nada yang baik.

Terima kasih kerna julung-julung kalinya aini menghantar mesej kepadaku. Terima kasih kerna masih ingt kat yunie. Biarpun aini telah membuang semuanya. Terima kasih.

Aini ingatkn Yunie masa lepas maye asar. Dengan rasa tak malu, aini pun antr mesej kat yunie. Ikut Yunie lah nak maafkan aini ataupun tidak.

Ingt pulok Aini kat Yunie. Bukannnya Aini dah buang Yunie dari hidup Yunie. Kat ore lain blh pulak Aini hantr msj. Tpi ko Yunie xleh ko. Msa diorang xleh contact Aini, cari Yunie. Kata tu sane Yunie. Tapi bila blh contact xingt ko Yunie. Aini tak tahu apa yang Yunie alami. Kad raya tu Yunie tak mintak. Yunie rasa nak bakar tau. Yunie nak Aini contact dengan Yunie aje. Susah sgt ke?????

Masa mid year exam, result aini teruk sgt. Sampai mak aini tegur aini. Kuat sgt guna handphone.

You juz think about you? Aini xfikir ke kesan kat Yunie. Menyesal tau.

Panggilan ibu mematikan lamunan aku. Cukup terseksa dengan perangai kawan yang pentingkan diri sendiri. Aku bersyukur kerna ada Izzati yang sentiasa menceriakan aku dan selalu memberikan semangat kepadaku. Tanpa Izzati siapakah aku. Hanya insan yang lemah. Aku juga memanjat syukur kepada hadratNYa kerna aku menjadi seorang perempuan yang tidak mudah putus asa dan tidak memandang ke belakang lagi.

Surat tawaran datang setiap hari. Ada juga tawaran daripada luar negara dalam bidang medical. Namun aku tidak mahu ke luar negara. Cukup belajar di dalam negara sahaja.

“Is apa yang patut Yunie pilih eh? Banyak sangat tawaran nie. Pelbagai course pulak tu.” Tanya ku sewaktu aku skype dengannya.

“Jiwa Yunie pilih apa? Dah buat solat istikarah? Parents Yunie?”

“Dah buat solatnya. Parents Yunie kalu boleh nak suruh pilih course medical. Entahlah.”

“Kalu Yunie pilih medical, pasti nak dalam negara je kan?”

“Eeeemmmm. Of course lah. Tak kiro lah course apa pun, Yunie nak dalam negara aje. Is, Yunie nak pilih juru X-ray lah. Biarlah diploma pun. Nanti sambung ijazah. Bez jugak.”

“Pastu bilonya Yunie nak bercinta dengan Is nya?”

Terasa panas aje muka aku. Mujurlah aku nie bukan jenis yang putih melepak. Jika ya, pasti dia mengesan yang aku malu. Aku hanya tundukkan kepala aku.

“Sekarang nie Yunie dah nak masuk U. Jadi boleh la Is tanya.”

“Entah lah Is. Lagipun Is kat sana lima tahun. At least Yunie dah habis ijazah.”

“Yunie, Is betul-betul meminati Yunie. Is tak pernah main-main dalam hal ini. Yunie adalah insan pertama yang berjaya membuka hati Is. Biarpun Is tahu Is bukan insan pertama buat Yunie. Percayalah. Yunie adalah cinta pertama dan terakhir Is.”

“Buat Is, dengar baik-baik apa yang Yunie nak kata. Cinta pertama ataupun tidak bukanlah alasannya. Hanya menjadi ukuran diriku buat bakal kekasihku adalah kejujuran dan kepercayaan. Yunie ingin si dia memahami dan tidak mengongkong diri Yunie. Dan yang paling penting dia mampu menjadi imam buat keluarganya dan menghormati ibu bapa dia serta kekasihnya,” kataku dengan nada lembut tapi berhati-hati.

“Jika itu kata Yunie, adakah Yunie mengiyakan apa yang Is pernah kata?” tanyanya. Dia asyik tersenyum. Senyum lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Jika Is adalah jodoh yang Allah tentukan buat Yunie, Yunie terima. Tapi kena ingat Is. Jika tidak, harapnya tiada perasaan dendam dalam hati.”

Setiap hari aku dengan Is berhubung. Ada sahaja ceritanya. Is jugak cakap ada salah seorang penuntut di sana meminati Kak Ina. Tapi tak berani meluahkan perasaannya. Aku hanya tergelak.

Halif melanjutkan pelajaran di U dan course yang sama dengan Is. Iq pulak menyambung pelajaran dalam course engineer di Amerika. Izzati pulak memilih course pergigian manakala aku memilih course perubatan. Eda memilih course perakaunan.

Setelah tiga tahun belajar, Izzati sekarang ini menjadi doktor gigi di salah sebuah hospital kerajaan. Eda pulak sambung pengajian ke ijazah dan master. Aku masih belajar dalam course yang dipilih.

“Eda nak bertunang la Yunie.” katanya kepadaku ketika makan tengah hari.

“Baguslah. Dengan Piji? Bila?”

“Tarikh nya belum ada. Lagipun Eda kan tengah sambung study nie.”

“Buat cepat-cepatlah. Nanti dikebas orang Piji tu.”

“Ke situ pulak Yunie nie. Yunie pulak bila?”

“Study pun tak abis lagi. Nanti-nanti je la.”

Eda dan Piji bersetuju untuk bertunang pada cuti hari raya cina. Mereka akan bertunang selama sebulan. Piji sekarang sudah bekerja di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur sebagai seorang engineer.

Is sering mengunjungi keluarga aku setiap kali dia pulang ke Malaysia. Memang Is telah mengatakan tujuannya untuk memperisterikan aku setelah dia dan aku menamatkan pengajian. Ibu dan bapa aku tidak menghalang. Lagipun keluarga kami sudah berkenalan buat masa yang lama.

Iqwan telah berkahwin dengan pilihan keluarga. Aku telah menghadiri majlisnya yang diadakan secara sederhana di rumah keluarganya. Iqwan juga telah bekerja di syarikat papanya.

Aku pula sedang sibuk dengan practical dan study. Aku masih ada setahun lagi untuk menamatkan pengajianku. Is sudah menamatkan pengajian dan sedang bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Ina jugak bekerja di hospital yang sama. Ina masih berusaha untuk memikat hati Is. Namun Is tak layan.

Handphone aku berbunyi minta di angkat. Tertera nama Eda. Setelah salam dijawab, aku perasaan suara Eda agak lain. Macam oranng baru lepas menangis.

“Kenapa,Eda?”

“Ex girlfriend Piji datang mengacau. Dia baru lepas serang Eda, Yunie. Apa patut Eda buat?”

“What’s??? Serius??”

“Yunie, Eda tak nak dia kacau tunang Eda. Tolong Eda,Yunie.”

“Let me talk with Piji first. Tenangkan diri dulu.”

Setelah itu, aku menemui Piji. Sebenarnya aku tak nak masuk campur hubungan mereka. namun Eda telah menelefon aku untuk menolongnya. Piji agak terkejut dengan panggilan aku.

“Dah lama tunggu?” tanya Piji setelah melabuhkan punggungnya di hadapanku.

“Tak la lama. Baru beberapa minit aje. Buzy ke?”

“Tak buzy sangat. Ada apa nak jumpa?”

“Piji, honest with me. Piji pernah bercinta ke sebelum nie?”

Piji agak terkejut dengan soalan aku. Dengan pantas dia menggelengkan kepala.

“Ada orang minat kat Piji?”

Dengan perlahan dia menggangguk kepala. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku pasti pasti si perempuan syok sendiri. Orang tak nak, terhegeh-hegeh la. Kumbang bukan seekor. Yang nie tak nak cari lah yang lain.

“Yunie bukan nak masuk campur urusan Piji dengan Eda. Tapi Eda yang call Yunie. Kesian lah. Eda tu kawan Yunie.”

“Kenapa nie Yunie?”

“Bukannnya Eda tak nak call Piji. Tapi dia tak sanggup la. Ada orang pergi kacau Eda. Katanya bekas girlfriend Piji. Apa piji nak buat sekarang nie? Tarikh wedding dah nak hampir tau.”

“Piji rasa biarkanlah dulu. selagi dia tak buat perkara yang merbahaya, selagi itu Piji tak akan buat sesuatu. tapi jika dia merbahayakan Eda, Piji akan buat sesuatu.”

“Piji contact la dengan Eda. Discuss hal nie. Yunie tak boleh lama-lama. Ada kerja.”

Persiapan wedding Piji sudah hampir siap. Tarikhnya semakin hampir. Masalah itu langsung tak mengganggu persiapan kawin mereka. Eda sah menjadi isteri Hafizi dengan sekali lafaz sahaja. Aku tumpang gembira buat mereka.

Setahun sudah berlalu. aku sudah bekerja di Hospital Serdang. Memang mencabar tugas seorang doktor. Is telah masuk meminang aku setelah aku mula bekerja. Kata Is tak boleh tunggu lama-lama. takut dikebas orang.

My parents telah decided yang wedding aku akan diakan pada cuti sekolah. Abang-abang dan kakak juga bersetuju. Kakak dan Kak Ana, wife along sedang hamil. Kakak sedang mengandung anak sulungnya setelah dua tahun mendirikan rumah tangga. Kak Ana sedang mengandung anak ketiga mereka. Angah sudah mempunyai seorang anak perempuan.

Perkhawinan aku dengan Is berjalan dengan lancar. Ramai sahabat handai datang ke majlis kami berdua. Is juga tidak lupa menjemput Ina ke majlis kami. Aku juga tidak lupa menjemput guru-guru yang telah mengajar aku. Is nak Ina sedar bahawa Is sudah menjadi hak milik orang lain iaitu aku. Aku berasa Ina tidak puas hati melihat persandingan kami. Langsung tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Biarpun aku tahu Is sudah menjadi milikku, tapi entah kenapa aku merasakan bahawa Ina akan tetap berusaha untuk menjadikan Is miliknya jua. Jelingannya pada hari persandingan kami buatkan aku berasa susah hati.

Sekarang ini sudah tiga bulan, aku dengan Is melayari bahtera perkahwinan. Aku mendapat khabar berita daripada Iqwan yang isterinya,Iman sedang mengandung. Namun Iqwan terpaksa ke luar negara untuk menguruskan perniagaan selama sebulan. Iqwan meminta aku menjaga isterinya. Aku dengan Is masing-masing sibuk komitmen kerja.

Aku dan Izzati sering lepak bersama setiap kali aku free. Hanya Izzati masih menunggu puteranya meminang. Menurut Izzati hujung tahun ini, Halif akan masuk meminang. Aku bersyukur kepadanya kerna percintaan Izzati dengan Halif berakhir ke jinjang pelamin.

“Ti, jom teman Yunie. rakan kerja Yunie nak mintak tolong nie. Pleazz!!”

“Is tahu tak yang Yunie nak tubek nie?”

“Of course la tahu. Mengamuk dia kalu dia tak tahu. Jom.”

Aku dengan Izzati terus menuju ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh aku nampak dia sedang menunggu aku.

“Sory la Doktor Umar. Lama ke tunggu?” kataku setelah salam aku dijawab olehnya.

“Tak la lama. Husband tak ikut ke?” tanyanya. Doktor Umar salah seorang rakan sekerja aku.

“Dia kerja lah. Kalau tak pasti dia ikut. Nie saya ajak kawan saya. Izzati.” kataku sambil memperkenalkan Izzati kepadanya.

“Jomlah. Saya tak boleh lama tau. Tak lama lagi husband saya balik.”

Kami menuju ke kedai emas. Umar meminta aku membantu dia memilih cincin untuk majlis perkhawinannya. Dia juga minta aku untuk try cincin yang di beli. Menurutnya jari aku dengan bakal isterinya hampir sama. Aku hanya menurut.

“Yunie, Ti nak ke toilet jap. Tunggu tau.” berbisiknya. Izzati laju melangkah ke toilet yang berhampiran. Tinggal aku dengan Umar memilih barang kemas.

“Umar nak beli satu set ke?” tanya sambil membelek cincin-cincin yang dipilih olehnya.

“Dia tak minat rantai. Kalau gelang tangan baru dia minat. Kalu Yunie macam mana?”

Aku mencuba beberapa cincin yang menepati cita rasa Umar. Namun tanpa Yunie sangka ada mata yang memandang gelagat mereka berdua.

“Is, cuba kau tengok tu. Yunie kan tu?” suara menghasut Is dengar.

Is melihat keakraban isterinya,Ayuni bersama lelaki lain di kedai emas. Siapakah lelaki itu yang sanggup membeli barang kemas. Is membuat andaian tanpa usul periksa. Is mula mendengar hasutan orang ketiga.

Setelah selesai membeli barang kemas, aku dengan Izzati pulang ke rumah. Aku menghantar Izzati ke rumah sewanya sebelum aku pulang ke rumah. Aku betul-betul terkejut apabila kereta Is sudah berada di garaj rumah kami. Kalau tak silap aku yang Is masih belum habis kerja. Kenapalah Is awal?

“Assalamualaikum.. Abang?? Abang??” aku mencari Is setelah melangkah masuk ke rumah. Puas aku mencari rupanya Is sedang berehat di bilik kami. Aku terus membersihkan diri dan mendirikan solat. Aku malas nak ganggu Is. Pasti Is masih letih. aku terus ke dapur menyiapkan minuman petang.

“Sayang ke mana tadi?” soalan Is mengejutkan aku yang leka membuat minuman.

“Kan sayang dah beritahu abang yang sayang nak keluar dengan Izzati. Abang dah lupa ke?”

“Ke sayang lupa beritahu yang sayang keluar dengan lelaki lain??” suara Is mulai serius.

“Apa maksud abang nie?”

“Sayang dah pandaikan tipu abang. sayang ke mana tadi? lelaki mana dengan sayang tadi ha’ah?”

“Abang?? mana ada sayang tipu abang.”

Pang!!

“Aku bagi kau keluar bukan dengan jantan lain tau. Aku bagi keluar dengan kawan kau. Kau dah pandaikan tipu aku. Sia-sia aku percayakan kau.”

“Sampai hati abang!! Memang betul sayang keluar dengan lelaki lain. Tapi Izzati bersama sayang.”

“kau nak tipu aku lagi? Aku nampak dengan mata aku yang kau dengan lelaki itu aje. Mana ada kawan kau tu. Jangn bagi alasan.”

Satu tamparan singgah di pipi aku. Sakit dek tamparan pertama masih terasa, aku menerima tamparan kedua yang lebih kuat. Air mata aku laju mengalir. Tak percaya dalam sekelip mata suami yang aku cintai berubah.

Is keluar rumah tanpa memberitahu aku hendak ke mana. Biarlah dia menenangkan dirinya. Mungkin aku juga silap. Namun kenapa abang sanggup tampar pipi sayang? Sudah hilangkah rasa kasih sayang untuk sayang?

Ayuni kenapa kau buat aku macam nie? Aku sangat mencintaimu. Sanggup kau menduakan aku. Kenapa kau tipu aku? Apa salah aku,Ayuni? Sampai hati Ayuni. Tanpa sedar linangan air mata mengalir dengan laju. Is sangat mencintai Ayuni. hanya pada Ayuni dia sangat mencintainya.

Hampir sebulan selepas kejadian itu, Is langsung tidak menegur Ayuni. Is juga tidak tidur bersama dengan Ayuni. Walaupun begitu, Ayuni tetap menjalani tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Ayuni akan pastikan semua keperluan suaminya yang tercinta tersedia sebelum Ayuni keluar bekerja.

“Zati what should I do now? Is langsung tidak bercakap dengan Yunie. bingung tau.” lauh aku ketika berjumpa dengan Izzati di tempat kerjanya.

“Sabarlah, Yunie. Ujian rumah tangga nie. Biarlah Is tenang dulu.”

“Dah hampir sebulan la Zati. Terseksa tau. Dia buat Yunie macam halimunan.”

“Bersabarlah. Balik dulu la Yunie. Zati ada kerja nie. Nanti kita berbual. InsyaAllah lembut lah hati Is.”

Aku melangkah pergi. Aku kena kuat. Kalu aku tak kuat macam mana aku nak mempertahankan rumah tangga aku. Aku sayang rumah tangga aku.

“Adik!!” suara memanggil semakin kuat.

“Abang Man, buat apa kat sini? Akak mana?” tanyaku kepada satu-satunya abang ipar aku.

“Abang datang nak ziarah kawan nie. Akak adik itu nampak sarat. Padahal baru lima bulan. Katanya malas nak berjalan. Dia stay dengan mak abang. Adik sihat ke tak nie? Adik pulak buat apa kat sini?”

“Adik datang jumpa kawan. Ada hal sikit. Adik sihat aje lah.”

“Sure nie? Ke nak abang hantar? Muka adik pucat tu.”

“Tak apalah abang. Adik bawak kereta. Lagipun abang datang nak ziarah kawan kan. Adik balik dulu.”

Dari tempat letak kereta, dua insan sedang memerhati. Hatinya sakit melihat senyuman Ayuni. Kerna Ayunilah, Is langsung tidak memandangnya.

“Kau nampak tak Ain? Dah ada suami masih lagi berjumpa dengan lelaki lain.”

“Ina, kau jangan beritahu Is.” Ain tahu bahawa lelaki yang berbual dengan Ayuni adalah abang iparnya. Ain sempat berkenalan dengan lelaki itu sewaktu menghadiri majlis perkhawinan Ayuni. Ain percaya sekiranya dia beritahu kat Ina siapa lelaki itu pasti Ina mengatakan bahawa itu semua tipu.

Ayuni sedang menghampiri mereka. Ayuni sedar bahawa dua orang seniornya sedang berbual. Ayuni berharap Ina tidak menegurnya. Namun harapan hancur apabila Ina menegurnya.

“Macam mana dengan perkahwinan kau,Ayuni? Happy?”

“Kak Ina perkahwinan saya sentiasa bahagia.”

“Kau nie kan Ayuni, dah ada suami masih lagi cari lelaki lain.”

“Apa yang Kak Ina cakap nie? Boleh terus terang tak. Saya nak balik rumah nie.”

Kak Ina mula bercakap dengan nada kasar. Kak Ain cuba mengawalnya. namun tingkah laku Kak Ina sudah melampau. Tubuh aku mula di tolak dengan kasar beberapa kali. Aku hampir hilang pertimbangan. Kak Ain memegang tangan Kak Ina untuk mengawalnya. Namun tanpa kak Ain sedar tangan Kak Ina telah menolak aku dengan kuatnnya. Kali ini aku tidak mampu mengimbangi tubuhku. Tubuhku jatuh dengan kuat di atas jalan raya.

“Astaghafirullahalazim, Adik!!” suara yang memanggil aku dengar dengan samar-samar.

Abang Man terus membawa aku masuk ke hospital. Darah sedang mengalir dengan lajunya. Aku sudah tidak sedarkan diri. Abang Man menghubungi Is setelah aku di periksa oleh doktor.

‘Maafkan saya, encik. Isteri encik keguguran. banyakkan bersabar, encik.’ Terniang-niang kata doktor di minda fikiran Is. Macam mana aku nak beritahu Ayuni yang dia sudah keguguran? Bisik hati Is.

Ayuni sedang lena tidur dek kerna ubat bius. Pasti Ayuni sangat kecewa dengan berita ini.

“Is, apa khabar?” tanya Izzati ketika melawat Ayuni.

“Ok.”

“Is, tabahkan diri. Is kena support Yunie tau. Jangan tunjuk yang Is lemah. Lupakan sengketa yang berlaku. Ia hanya akan mengeruhkan keadaan.”

“Macam mana Is nak beritahu Yunie? Dia pasti kecewa.”

“Entahlah Is. Zati tak boleh bagi cadangan. Is, kekerasan tak akan menyelesaikan masalah. Apa yang Is nampak tak semuanya betul. Jangan dengar cakap orang ketiga. Ia mampu hancurkan tau.” Kata Zati sambil melangkah keluar.

Is terlena di sisi Ayuni. Ayuni bermain-main dengan rambut Is. Pasti Is mengamuk jika dia tahu. Is aku sangat merinduimu.

“Sayang dah bangun?” soalannya telah mematikan lamunanku.

“Kenapa dengan saya?”

“Sayang, maafkan abang. Doktor cakap sayang keguguran.”

Dengan serta merta air mata Ayuni menitis. Is dengan pantas memeluk dan berucap kali memohon maaf. Ayuni sangat-sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku. Ayuni tidak berhenti-henti menangis sehingga doktor perlu menyuntiknya. Raut wajah Ayuni semakin pucat. air mata Ayuni membasahi pipi Ayuni disapu lembut oleh Is.

“Assalamualaikum. Macam mana dengan Adik,Is?” tanya kakak setelah melabuhkan punggungnya di sisi Ayuni. Is pula menyalami Abang Man.

“Waalaikummussalam. Ayuni keguguran, kakak.” jawab is dengan teragak-agak. Kakak agak terkejut. pasti adiknya tidak mampu menerimanya.

“Memang nak kena lah perempuan tu. Kalau abang tahulah, abang kerjakan dia.” kata Abang Man dengan geram.

“Maksud abang?” Is tidak faham dengan apa yang di beritahu oleh satu-satunya biras lelaki itu.

“Ada perempuan yang tolak adik. Tapi abang tak tahu lah siapanya. Yang abang kenal tadi Ain. Dia dah cuba nak kawal perempuan tu, tapi entah macam mana Ain tak dapat.”

“Sabarlah Is. Belum ada rezeki. Usaha lagi. Dah beritahu parents Is dan adik?”

“Dah. Is tak bagi dia orang datang. Is nak bawak Ayuni balik ke rumah parents dia lah.”

“Ikut Is. akak nak mintak diri lah. Tak boleh lama-lama. Akak pun dah tak larat sangat nie.”

Setelah Ayuni dibenarkan pulang, Is membawanya pulang ke Kelantan. Dalam perjalanan pulang, Ayuni hanya diam sahaja. Sepatah di tanya, sepatah jualah dia jawab. Is bingung apa yang perlu dia lakukan.

Sampai sahaja di rumah parentsnya, Ayuni terus masuk ke kamarnya. Is bercuti seminggu untuk membantu ibu dan abah menjaga Ayuni.

“Adik dah buat permohonan untuk bertugas di hospital kat Kelantan.” kataku ketika kami sedang makan malam.

Ibu, abah sangat-sangat terkejut. Begitu juga dengan Is. Makanan yang sedang di makan cepat-cepat ditelan oleh Is.

“Is bagi ke?” tanya abah. Abah memandang mereka berdua bersilih ganti.

Selesai sahaja makan, aku terus masuk ke kamar aku. Ibu dan abah berasa aneh dengan tindakan anak bongsunya. Baru-baru ini adik beritahu mereka yang dia suka berkerja kat sana. Kalau boleh tak nak tukar. Adakah puterinya sedang menghadapi masalah dengan Is?

“Sayang pasti dengan apa yang sayang buat nie?”

“Kalau saya tak pasti, saya tak beritahulah. Macam abang jugak. Kalau abang tak pasti tak akan pipi saya nie ditampar. Dua kali.”

“Sayang?”

“Boleh pulak abang panggil sayang? Mana abang sayang selama nie? Hanya setakat tu je kepercayaan abang kat sayang?” tanya ku dengan nada yang mulai meninggi.

“Sayang, abang mintak maaf.”

“Sayang nak tidur. Penat.”

Is tahu isteri tercinta sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi. kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sudah tak boleh diundur.

wahai isteriku tersayang, Ayuni…
maafkan abang,sayang. Maafkan abang sehingga kita kehilangan anugerah ALLAH buat kita. Maafkan abang, sayanng. Abang harapkan sayang tabah dengan ujian ini. Abang memberi keizinan kepada sayang jika sayang ingin bertukar ke Kelantan. Mungkin dengan ini sayang mampu maafkan abang dan lupakan semuanya. Abang balik dulu. Nanti sayanng call abang bila dah habis cuti. Rehat secukupnya.

Air mata yang bertakung sudah mulai menitis.

“Is dah balik ke sana. Bila pulak kamu nie?” tanya abah ketika aku membantunya di taman bunga.

“Abah macam tak suka aje adik kat sini. Cuti adik ada lagikan beberapa hari.”

“Ibu dengan abah bukan tak suka. suka sangat. Kami tak lah sunyi sangat.” kata ibu.

“Ibu, abah biarlah adik kat sini dulu. Sejak bekerja, adik tak boleh cuti tau. Rehat macam nie. Let me enjoy.”

Suara orang memberi salam sayup-sayup sahaja kami dengar.

“Adik, Is datang nie.” kata ibu sambil melaung. Nama yang didengar telah mematikan senyuman aku serta-merta. Abah perasaan tanpa aku sedari.

“Adik masuk dulu.” kataku dengan perlahan.

Ibu menghampiri abah.

“Ibunya, kenapa dengan puteri awk tu?”

“Maksudnya?”

“Saya tengok adik tak senyum pun bila awak cakap Is datang. Adik dengan Is ada masalah ke?”

“Kesitu pulak abah nya. Perasaan awak je kot. Saya tengok ok je.”

Ayuni sedang menyediakan baju yang akan Is pakai sebentar tadi. Ayuni menunggu Is selesai mandi.

“Sayang mesti ada nak cakap kat abang kan? Kalau tak pasti sayang dah keluar.” katanya setelah melihat aku membaca magazine di dalam bilik kami.

“Abang, keguguran saya itu ALLAH dah tentukan. Bukan rezki kita lagi. Jangan salahkan diri sendiri. Saya nak discuss pasal pertukaran saya.”

Is sudah selesai memakai baju dan mengambil tempat disebelah aku. Tangannya disilangkan.

“Sayang pasti nak tukar? Tak kesian kat abang.”

“Saya pasti sangat nak tukar. Saya ditukarkan ke Hospital Besar KB.”

“What?” katanya sambil terkejut.

“Kalau abang izinkan, saya nak cepat tukar. Habis cuti nie terus tukar ke Kelantan. One more things. If you so believe and care of Ina, marry with her. Saya tak suka dia kacau kehidupan saya.”

“Ayuni? Sejak bila abang kata yang abang nak kat dia? Abang tahu dia penyebab sayang keguguran. Tapi abang dengan Ina tak ada apa-apa.”

“Solat,Is.” kataku setelah azan maghrib berkumandang.

Ya Allah, kau berikanlah kebahagiaan kepada perkahwinan aku. Kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa-dosa isteriku, dosa-dosa seisi keluargaku. Kau berikanlah sinar kebahagiaan kepada perkahwinan kami. Ya Allah berkatilah perkahwinan kami. tenangkan hatiku dan isteriku dengan teduhan makrifatMu. lembutkanlah hati isteriku. Lindungilah perkahwinan kami, isteriku dan keluarga kami, Ya Allah.

Begitu sayu doa Is. Is betul-betul berharap yang Ayuni kembali seperti dulu. Ayuni juga mengharapkan Is kembali seperti dulu. Di sebalik pintu, dua orang insan yang saling mencintai menangis. kedua-dua nya tidak mahu mengalah. Tanpa Ayuni sedar, Is sedang berdiri betul-betul di belakangnya.

“Sayang!!” panggilan tersebut telah mengejutkan Ayuni. dengan pantas,Ayuni menyekat air mata sebelum membasahi pipi.

“Ibu ajak turun makan.”

“Jomlah. Sayang tak nak makan ke?”

Kami berdua berjalan turun beriringan. Abah tersenyum melihat puterinya gembira dengan suaminya. mereka tidak pernah bercinta. Tetapi mereka selalu contact. ungkapan cinta tak pernah keluar dari bibir adik mahupun Is.

“Abah,ibu, Ayuni dah dapat tukar ke Hospital KB. Habis cuti nie dia akan bertugas kat sana.” kata Is setelah masing-masing diam seribu bahasa.

“Tak pe ke,Is? sorang kat sini. Sorang kat sana. Kesian kat Is.” kata ibu dengan nada yang agak sedih.

“Tak apa.” kata Is. Biarpun mulutnya merelakan, hatinya dengan keras membantah. Berjauhan dengan isteri tercinta pasti menyiksakan.

“Ikut kamu berdua. Pasti kamu dah berbincangkan.” kata abah.

Aku mengikut Is pulang ke KL. Aku perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum bertukar. Pakaian kerja aku perlu aku ambil. Aku juga memaklum kepada Zati dan Eda akan pertukaran aku. Mereka sangat terkejut. Pelbagai soalan diajukan kepada aku. Ketika aku sedang mengemas, Is bertanya lagi.

“Sure ke nie???”

“Abang kalau tak nak bagi cakap aje. Dah banyak kali tau abang tanya nie.”

“Bukan tak nak bagi. Abang bagi.” katanya sambil mengeluh. Jika ini mampu membantu memulihkan keadaan Is sanggup lakukan.

Aku menyalami tangan Is sebelum bertolak ke Kelantan. Biarpun hati ini sedih meninggalkan suami tercinta sendirian tapi ini mungkin jalan terbaik untuk kami berdua. Aku tahu dirimu jua tahu yang aku sangat mencintaimu Is.

Dua bulan sudah berlalu. Aku senang dengan tempat kerja baru aku ini. Rakan-rakan kerja juga banyak membantu aku untuk menyesuaikan diri. Kerja disini juga banyak dan agak mencabar. Sepanjang dua bulan, Is sering ulang alik. Is akan balik rumah setiap kali hujung minggu. Tapi tak selalu. kadang-kadang hampir tiga minggu tidak bertemu muka. Call pun jarang-jarang.

“Saya tengok adik semakin gembira aje stay kat sini. Dia tak nak ke jenguk husband dia kat sana?” tanya abah kepada ibu pada suatu petang.

“Entahlah. Adik buzy aje. Is pun tak cakap apa-apa pun. Adik kalau cuti ke rumah mertua dia.”

“Is tak balik ke minggu nie?”

“Entahlah. Adik tak pernah cakap apa-apa pun. Kalau Is balik tahu-tahu terpacul kat depan pintu.”

“Awak nasihatkanlah adik tu. Kesian kat Is tu. Macam mana makan minum dia. Tak kan lah Is aje yang ulang alik.”

“Nanti saya nasihat kat adik tu. Dah la. Adik dah balik tu.”

Ayuni turut membantu abah dan ibu di taman pada petang itu. Ayuni tersenyum dan gelak dengan ibu ketika abahnya membuat lawak. Ayuni teringat zaman-zaman dia remaja dulu. Dia pasti meluangkan waktu membantu kedua ibu bapanya. Bergelak ketawa bersama-sama.

Telefon bimbit aku berdering minta dijawab. Tertera nama Halif sebagai pemanggil. Halif sudah bekerja di hospital yang sama dengan Izzati.

“Assalamualaikum. Yunie kat mana?” tanya Halif

“Kat rumah ibu lah. Kenapa pulak nie? Macam cemas aje.” tanyaku setelah aku menjawab salam.

“Aku sebenarnya tak boleh beritahu kau tau. Tapi aku kesian sangat.”

“Apahalnya? Cakap aje lah.”

“Aku nak cakap lah nie. Aku harap kau boleh datang ke KL tau. Secepat mungkin. Is kena tahan kat wad. Dia demam panas.” katanya dengan berhati-hati.

“Astaghafirullahalazim. Kenapa Is tak call Yunie? Yunie akan ke sana.”

Setelah panggilan itu ditamatkan, aku terus mengemas pakaian untuk ke sana. Abang kenapalah abang tak beritahu sayang? Sampai kena masuk wad pun tak nak beritahu sayang?

“Ibu, abah, nak ke KL nie. Is kena masuk wad. Demam panas.” kataku dengan tergesa-gesa. Ibu dan abah jugak terkejut dengan apa yang aku beritahu. Abah berpesan supaya berhati-hati sewaktu memandu. Sepanjang perjalanan aku berdoa agar Is cepat sembuh. Aku tak sanggup kehilangan abang.

Aku sampai ke hospital sewaktu azan subuh berkumandang. Aku mengerjakan solat terlebih dulu. Aku berdoa agar Is cepat sembuh dan memberi sinar kebahagiaan kepada perkahwinan kami. Aku terus menuju ke bilik Is. Semalam Halif sempat memberitahu Is nombor bilik dan hospital Is.

Pintu bilik hospital Is aku buka dengan perlahan-lahan. Takut Is terjaga. Namun aku sangat-sangat terkejut. Aku melihat Is sedang mendirikan solat di tepi katil. Is berpaling ke arah aku setelah selesai solat. Dia terkejut dengan keberadaan aku di situ. Aku terus menyalami tangannya. Tangannya terasa sangat panas. Demamnya belum kebah. Bisikku dalam hati.

“Macam mana sayang tahu?” tanyanya setelah berbaring di katil pesakit.

“Eeeemmm. Halif beritahu sayang semalam. Dia call. Kenapa tak beritahu sayang?” kataku dengan perlahan.

“Abang tak nak sayang risau. Tengok lah nie. Sayang drive sorang-sorang. Abang risau sayang drive sorang.”

“Abang fikr sayang tak risau pasal abang. makan ke? minum ke? Pakaian macam mana? Sayang risau sangat. Tolonglah jangan abang buat sayang macam nie lagi.” kataku sambil meitis air mata.

“Ish.. Saaayyaaannng!! Jangan lah menangis. Abang demam je kan. Bukan apa pun.” katanya sambil memeluk tubuhku.

“Kalau demam biasa tak akan abang kena tahan kat wad. Abang janganlah buat macam nie.”

Pelukan Is semakin kuat. Is sempat membisikkan yang dia amat merindui dan mencintai aku. Aku hanya tersenyum. Aku sangat merindui lafaz-lafaz cinta yang Is ucapkan.

Nurse masuk untuk menjalankan tugasnya. Sebentar lagi doktor akan datang periksa Is. Sebelum itu, Is kena makan. Aku menyuapkan bubur ke Is. Namun setelah beberapa suap Is menolak. Katanya telah kenyang.

Setelah seminggu Is ditahan kat wad, Is dibenarkan pulang. Hubungan kami kembali seperti dahulu. Is minta maaf kerna membuat spekulasi tanpa usul periksa.

Pada sebelah malamnya Is membawa aku dinner di sebuah restoran mewah dan romantik. Is memberikan sejambak bunga ros ketika aku melabuhkan punggung ke kerusi di restoran.

“Khas buatmu, sayang.” kata Is sambil menyerahkan jambangan bunga dengan berlutut. Akku berasa tersipu-sipu menerima jambangan bunga tersebut.

“Rasanya nie adalah first present kan sejak kita kawin.” kataku sambil tersenyum

“Anything for you my love.”

Kami menjamu selera dengan western food. Is telah membuat tempahan tanpa pengetahuan aku. Bila dia membuat tempahan aku sendiri tak tahu. Padahal baru tengah hari tadi dia boleh keluar wad.

Keesokkan kami bertolak pulang ke Kelantan. Destinasi pertama kami rumah keluarga Is.

“Kamu berdua nie tak nak pergi honeymoon ke? Kerja je memanjang. Mintaklah cuti. Pergi honeymoon. Dalam negara kalau tak nak pergi jauh-jauh. Mama & papa boleh sponsornya. Cakap aje nak ke mana.” kata mama setelah kami berdua sampai.

“Mama, mereka berdua baru aje sampai. Penat pun tak habis lagi. Dah macam-macam soalan tanya.” kata papa yang melarang isterinya terus bertanya kepada kami berdua.

“Ma,pa bukannya kami tak nak pergi honeymoon. Tapi tak boleh lagi. Sekarang nie tengah buzy. Nanti-nanti aje.”

“Itu je lah alasan kamu. Is, kamu jangan lupa. Majlis pertungan Izni tu. Jangan tak hadir pulak. Merajuk lah adik kamu tu kalau kamu tak ada. Tak pasal-pasal mama yang kena pujuk.” kata mama sambil mengingati kami akan majlis Izni yang berlangsung sebulan lagi.

Izni bakal bertunang dengan pilihan mama dan papa. Menurut Is, Izni jatuh cinta pandang pertama setelah diperkenalkan oleh papa dan mama. Mereka belajar dalam course yang sama tapi berlainan universiti.

Aku kembali bertugas seperti biasa. Pelbagai kerenah pesakit yang aku temui. Ada yang takut jarumlah. Nak mengorat nurse pun ada. Ketika aku makan tengah hari, telefon bimbitku berbunyi.

I’m miss u so much my love.

Me too.

Abang selalu mengingati namamu di hatiku, sayang.

Aku tergelak. Tak sangka Is jugak seorang yang romatik.

begitu jua dengan dirimu abang.

Setiap saat abang merindumu. Asyik nampak muka sayang aje. Tengok dinding pun nampak muka sayang. Lambat betul hujung minggu. Tak sabar nak jumpa sayang.

Abang nie. Sabarlah. Focus lah masa kerja. Nanti salah tulis pulak.

“Asyik betul msj. Saya kat depan awak nie pun awak tak perasaan, doktor Ayuni.” suara tersebut telah mematikan senyuman aku. aku kembali kepada dunia nyata.

“Doktor Hafiz… Husband saya msj. Biasalah.” kataku sambil tersenyum.

“Macam mana dengan kerja?”

“So far so good. Doktor Hafiz buat apa kat sini?”

“Saya datang nak memasak. Rasa macam laparlah pulak. Tak sedar pulak dah masuk waktu lunch.” katanya dengan menjeling aku.

Aku nie pun satu. Nie kan kafetaria. Mestilah orang datang nak makan dan minum. Tak akanlah datang nak memasak pulak. aku hanya tersengih. Rasa malu aje. Aku hanya menundukkan muka.

“Saya nak kembali ke bilik saya. Selamat menjamu selera.” kataku dengan tersenyum. Aku melangkah dengan pantas meninggalkan dia keseorangan.

“Kenapa sayang tak cakap yang ibu dan abah tak ada? Boleh abang balik awal.” katanya setelah sampai di rumah ibu petang tadi. Ibu dan abah menginap di rumah along setelah kakak iparku selamat melahirkan anak lelaki.

“Sebab tulah sayang tak nak beritahu. Kerja kat hospital bukan sikit, abang tercinta. Orang lain pun nak cuti jugak. Lagipun masa ibu dan abah tak ada sayang buat overtime. Tak lah terperuk kat rumah aje.”

Is sudah mendekati aku yang sibuk melipat kain. Tangannya sedang merangkul kemas tubuhku. Bibirnya mendekati pipiku. Aku berasa satu ciuman dari suamiku di pipi.

“Abang janganlah kacau. Sayang tengah lipat kain nie.”

“Sayang bagilah chance kat abang. Seminggu tak tengok sayang. Asyik dengar suara aje.”

Aku hanya membiarkan tangannya merangkul tubuhku. Dia asyik menonton televisyen. Mukanya dijatuhkan di bahu. Lama-kelamaan pautannya semakin longgar. Rupa-rupanya dia telah terlena. Aku biarkan sahaja sehingga aku selesai melipat semua kain. Aku mengangkat kepalanya dan meletakkannya di ribaku.

Aku mengambil kesempatan melihat setiap pelosok raut wajah suamiku ini. Mukanya bersih dan putih. Macam baby face pun ada. Mungkin disebab itulah aku terpikat dengannya. Mukanya suci bersih. Aku bersyukur yang dia menjadi pendamping hidupku.

Is mengendong Ayuni setelah sedar dari tidur. Rasa kesian kepada Ayuni yang menyandar di sofa itu. Ayuni langsung tidak sedar. Tidurnya langsung tidak terusik dengan perubahan tempat. Malah semakin lena tidurnya. Is teringat sewaktu dia dan Ayuni tengah bergaduh. Ayuni tertidur di ruang tamu rumah menunggu kepulangan Is. Biarpun dia tengah bergaduh, tapi hati kecilnya tidak sanggup melihat Ayuni tidur di sofa. Tiada keselesaan.

Pagi itu, Is menyediakan breakfast. Dari awal lagi Is melarang Ayuni membantunya. Dia pasti boleh melakukannya. Aku yang berada di ruang tamu berasa tak sampai hati. Kalau ibu tahu, pasti aku kena marah la.

“Abang, belum siap lagi ke?” tanyaku setelah lama menunggu.

“Yang… jap la. Nak hidang je nie.”

Aku menuju ke meja makan. Is memasak nasi goreng beserta telur goreng. Is jugak membuat jus tembikai. Nampak macam sedap aje. bisik aku dalam hati.

“Dah la,abang. Sayang kemas pasni. Jom makan. Sayang dah lapar nie.”

“Anything for you,my love.”

Dia mencedokkan makanan ke dalam pinggang aku. Begitu jua dengan aku. Suamiku sudah bersusah payah memasak buatku. Apa salahnya layan dia. Macam anak raja. Aku tergelak dalam hatiku. Ha ha ha!!!

Eeemm.. Sedap jugak masakan dia nie. Kalau macam nielah, aku nak dia masakkan buatku setiap hari. Tak payah makan kat luar. Ha ha ha. Aku tersenyum aje. Melihat suamiku makan dengan selera menandakan dia sangat lapar.

“Yang… Sedap tak masakan abang?” tanyanya setelah melihat aku hanya menguis makanan di dalam pinggangku.

“Sedap sangat. Kalau macam nielah kan, abang ajelah memasak selepas nie. Sayang boleh berehat.”

“Boleh aje. Anything for you my wife.”

Aku mengemas semua perkakas yang digunakan. Is jugak membantu aku. Bukan membantu sebenarnya. menyibuk aje lah. Tak senang aku nak mengemas. Ada aje yang diusiknya. Tanganku dipegang dengan kemas biarpun aku sedang membasuh semua perkakas ini. Selepas itu, aku menyidai pakaian di ampaian. Handphone yang berada di kocek aku berbunyi.

Izzati
Salam,yunie. cam ne dgn Is? Ok? Nak beritahu nie. Kak Ina nak berkahwin dgn pilihan family dia. Katanya hujung bulan nie.

Ye eh? Akhirnya b’temu jua dy dgn pemilik hatinya. Hahaha.

Kau dgn Is macam mana?

Semakin rapat. Dia kat umah aku nie. Ti bila lagi?

Sebab tulah Ti msj nie. Ti nak ke rumah Yunie minggu depan. Nak mintak tolong teman pergi beli kerperluan kawin nie.

Hahahaha. Pasal tu ke. Anytime. Tapi oyak awal2 la. Mana thu kan.

No problem. I will call u to confirm date n time my friend. Ok lah. Nx time kita msj lagi.

“Tersenyum je sayang nie. Ada good news ke?” tanya Is setelah melihat aku asyik tersenyum aje. Bila dia di belakang aku, aku pun tak perasaan. Tubuhnya hampir aku langgar.

“Izzati mintak sayang teman kan dia beli barang kawin. Bolehkan?” tanya. Muka Is berubah. Aku menyambung kembali ayatku. “Not today my beloved husband. Maybe next week. She will call me to confrim the date and time.” Kataku sambil ketawa.

“Saja eh nak test abang?” tangannya sudah mula menggatal ke pinggangku.

“Abang, sayang nak sidai kain nie. Jangan lah kacau.” Kataku dengan lembut.

“Sayang, Ina invite kita ke wedding dia hujung bulan nie. Sayang nak pergi tak?” tanyanya setelah lama mendiamkan diri. Is teragak-agak sewaktu menanyakan kepadaku.

“Kalau abang pergi, sayang pergilah. But if that day I’m not work.” Kataku.

“Tak boleh ke kalau kita tak pergi? Abang malas nak tengok muka dia.”

“Abang setiap orang melakukan kesilapan. Silap Ina kerna dia sangat mencintai abang. Sekarang nie dia dah mendirikan masjid. Apa salahnya kita meraikannya.”

Aku memeluk tubuhnya yang sedang duduk di tangga dapur. Is seakan-akan tidak setuju dengan apa yang aku beritahu. Menurut Is selepas kejadian yang menimpa aku,Ina terus mengelakkan diri daripada berjumpanya.

“Lupakan semua itu,abang. Ujian buat kita. Perkara dah berlaku dah pun. Jangan simpan dendam. Ina itu baik orangnya.” aku memujuk. Is juga dikenali dengan perangai degilnya. Mama pernah beritahu yang bila Is dah kata itu yang dia nak buat, dia akan buat sampai dia dapat. Begitu juga kalau dia tak nak. Dia akan berusaha jugak.

“Tengoklah.” katanya. Muka nya masam mencuka. Aku pun menarik mulutnya sampai dia mengadu kesakitan. Aku juga tonyoh hidungnya.

“Sakitlah sayang.”

“Dah lah. Abang lupakan semua itu. Dah jom tolong sayang memasak. Ibu dan abah balik hari ini.” kataku sambil mengheret tangannya ke dapur.

Is membantu aku memasak. Namun dia hanya mendiamkan diri. Aku pun malas nak ajak dia berbual. Ibu dan abah sampai di rumah ketika aku memasak. Is yang menyambut mereka di depan pintu rumah. Is bercakap dengan abah di ruanng tamu sambil menunggu makanan di hidangkan. Ibu pulak ke biliknya untuk menukar pakaian.

Abah banyak menanyakan tentang kerja Is. Is hanya menjawab apa yang abah tanya. Selesai aje makan, Is terus masuk ke bilik. Mungkin masih marah dengan apa yang aku katakan. Aku akan pastikan merobohkan benteng kedegilannya.

“Abang, apa salah ke kita hadir ke majlis Ina tu? Dia hadir masa majlis kita.” kataku sambil mengemas pakaian Is. Petang nanti Is akan bertolak balik ke KL. Is masih mendiamkan diri. Aku mendekatinya. Memeluk tubuhnya.

“Memang tak salah kita hadir ke majlis tu. Tapi sayang…. Abang benci tengok muka dia.”

“Kita ini sesama muslim. Tak akanlah nak menbenci sesama muslim. Maafkanlah kesalahannya,bang. Dia dah insaf.”

Belum sempat aku meneruskan percakapan aku, telefon bimbitku berdering.

Aku hampir pengsan dengan berita yang aku baru terima. Aku bergegas minta Is menghantar aku ke hospital KB. Is hanya menurut. Aku cemas dengan keadaannya. Aku terus menuju ke ruangan kecemasan. Dari jauh aku lihat keluarganya sedang menunggu.

Is sudah mengenali mereka sewaktu majlis perkahwinan kami dulu. Aku juga beritahu apa yang pernah terjadi antara aku dengan ibu Adnin suatu masa dahulu. Begitu juga dengan keakraban aku dengan Adnin. Aku juga dah menganggap Adnin sebagai seorang adik. Dia juga menganggap aku sebagai seorang kakak. Dia selalu menceritakan masalah yang dihadapinya dulu. Tak kira lah dengan study ataupun dengan kawan-kawan. Aku dijadikan tempat meluah perasaan baginya. Aku tak kisah. Selagi dia menghormati aku.

“Apa yang terjadi kat Adnin,ustaz Wan?” tanyaku setelah menyalami dan bertemu isterinya buat kali pertama. Ini merupakan pertemuan pertama aku dengan wifenya. Wifenya agak terkejut dengan kehadiran aku di sini.

“Dia accident Yunie. Masih kat dalam.” jawabnya dengan tersendu-sendu.

“Yunie masuk tengok.” kataku kepada ustaz. “Abang duk kat sini dengan ustaz ye. Sayang masuk ke dalam sekejap.” kataku setelah Is menghampiri aku.

Aku masuk ke dalam dan melihat Doktor Hafiz sedang merawatnya. Aku menanyakan keadaan pesakit tersebut. Menurut Hafiz, tangan Adnin perlu dijahit. Lukanya agak dalam. Dia kehilangan banyak darah. Keadaannya dah mulai stabil.

“Ayuni kenal ke pesakit nie?” tanyanya sambil kami berdua melangkah keluar.

“Kenal dan sangat rapat. Sejak dia kecil lagi kami kenal.” kataku.

Doktor Hafiz menerangkan keadaan Adnin kepada familynya. Aku lihat ustaz Wan dan wifenya mengangguk kepala menandakan mereka faham dengan apa yang diberitahunya.

“Doktor Ayuni?” tegurnya.

“Doktor Hafiz rupanya. Saya kenalkan ini husband saya.” kataku sambil memperkenalkan Is kepada rakan sekerjaku.

Aku turut mengikuti family ustaz yang memasuki bilik Adnin. Aku lihat nurse masih melihat tangan Adnin yang dijahit.

“Nurse dah siap jahit?” tanyaku setelah menghampiri nurse yang sedang bertugas.

“Dah siap,doc.”

“Thankz.” kataku dengan senyuman.

Aku menyarung sarung tangan untuk melihat keadaan luka Adnin. Aku nampak wife ustaz Wan tidak selesa dengan tingkah laku aku. Namun aku biarkan.

“Macam mana boleh jadi macam ini,ustaz Wan?” tanyaku sambil membelek keadaan Adnin.

“Entahlah. Bila Yunie bertugas di sini? Bukannya kat Serdang?” tanyanya dengan muka berkerut.

“Sakni doktor dah beritahu kan yang luka adnin nie agak dalam. Kena jaga-jaga. Dah beberapa bulan. Yunie yang tak nak Adnin beritahu ustaz.”

Muka ustaz terus berubah. Dia faham sangat bila aku beritahu ayat macam itu.

“Rasanya ini kali pertama kita bertemu, Puan Mimi. Saya Ayuni. Selamat berkenalan.” kataku. Muka terus berubah bila aku beritahu nama penuhku. Aku pasti nama aku masih ada dalam ingatannya.

“Eeeemmm. Kamu dah jadi doktor rupanya.”

Aku hanya tersenyum. Malaz nak bercakap panjang. Aku hanya berbual dengan ustaz Wan sahaja. Lama kelamaan semakin ramai saudara yang hadir. Adik-adik Adnin pun turut hadir. Pandangan saudara ustaz Wan dan wifenya ke arah aku lain semacam aje. Macam nak marah pun ada. Aku tak tahu apa yang wifenya berbisik kepada saudaranya pun aku tak tahu. Selagi aku tak buat salah, kenapa aku harus takut. Adnin masih belum sedarkan diri.

“Doktor Ayuni.” panggil doktor Hafiz ke arah aku.

Saudara yang ada berpaling ke arah aku. Aku yang sedang berbual dengan ustaz berjalan menuju ke arahnya. Hafiz meminta aku menerangkan kepada keluarga Adnin tentang pemeriksaan yang akan dijalankan. Mahu ke tak aku terpaksa menerangkan kepada keluarga Adnin. Lagipun waktu aku bertugas sudah bermula. Is yang menemaniku disuruh pulang. Dia akan bertolak ke KL tak lama lagi.

Aku menerangkan tentang pemeriksaan yang akan dijalankan setelah Adnin sedar. Aku tahu ada beberapa saudaranya termasuk wifenya tidak senang dengan keberadaan aku di situ. Namun demi tugas apakan daya. Aku tidak boleh memilih siapa yang bakal menjadi pesakit aku.

“Kamu ke yang akan merawat Adnin?” tanya Puan Mimi.

“Buat masa sekaarang ini, yup. Saya akan memantau kesihatan anak puan. Jangan risau,puan. Saya tahu membezakan antara kerja dengan personal.” kataku.

Aku kembali bertugas seperti biasa. Setelah Adnin sedar, aku kembali ke biliknya untuk memeriksa keadaannya. Adnin senang sangat melihat aku. Orang yang masih berada di bilik itu termasuk ibunya terkejut dengan keakraban aku dengan Adnin.

“Best lah kak Yunie jadi doktor abang.”

“Abang kena cepat sembuh tau. Baru ibu dan ayah tak risau. Tengok apa dah jadi. Your parents so worried about you.” kataku.

Adnin menundukkan kepala apabila aku berkata demikian. Mungkin dia berasa menyesal. “Akak, abang Is mana?” tanyanya.

“Abang Is bertugas kat KL. Akak aje bertugas kat sini. Kenapa?? Rindu kat abang Is eh?” kataku sambil tersenyum.

“Abang rindu dua-dua. Kat abang Is pun rindu. Kat kak Yunie lagi rindu. Lepas wedding akak hari itu, kita kan tak pernah bertemu. Skype pun tak.” katanya dengan sedih.

“Akak buzy la. Bukan tak nak skype dengan abang. Tapi akak betul-betul buzy. Maafkan akak.” katanya sambil tanganku menyusun lima jari. Abang hanya tersenyum. Dia juga mengangguk kepala menandakan dia sudi memaafkan aku. Aku terus keluar setelah selesai memeriksa keadaan Adnin.

“Abang kenal dengan perempuan itu?” tanya Puan Mimi setelah kelibat aku hilang dari pandangannya.

“Kenallah. Dia kan anak murid ayah. Kenapa, ibu?” tanya abang dengan muka poyonya. Adnin pun buat-buat membelek majalah yang berhampiran.

Abang tahu apa yang telah terjadi antara ibunya dan Kak Yunie. Kehilangan kak Yunie yang tidak dapat dihubung selama hampir setahun setelah meninggalkan SKH2 telah diceritakan setelah abang menjejak kaki ke universiti tahun lepas. Kehilangannya telah merisaukan abang dan ayahnya. Kak Yunie contactnya setelah setahun menyepikan diri. Ketika itu abang baru masuk Darjah dua. Masih kanak-kanak yang tidak faham urusan orang dewasa. Akhirnya telah terjawab ke mana hilangnya Kak Yunie selama setahun setelah beberapa kali di desak oleh abang. Kak Yunie keberatan ingin menceritakannya. Namun desakan abang semakin menjadi-jadi. Pelbagai cara abang gunakan untuk mengetahui hal sebenar.

“Tak ada apa-apalah. Abang berehat ye.”

Adnin dijaga oleh ibunya sepanjang dia dirawat di sini. Ayahnya harus mengajar dan menjaga adik bongsu. Setiap kali aku memeriksa Adnin, setiap kali itulah muka benci ditunjukkan kepadaku. Adnin pula asyik bercerita setiap kali aku datang memeriksanya. Sejak Adnin masuk hospital baru sekali aku bertemu dengan ustaz.

Syif aku bertugas sudah tamat. Aku berjanji dengan Izzati yang aku akan menemaninya untuk membeli barang kawin. Izzati akan mengambil aku di hospital. Lagipun sekarang ini aku jarang drive sendiri. Kadang-kadang abah akan menghantar aku.

“Ayuni???” ada suara memanggil aku dari belakang. Aku menoleh dan melihat seorang perempuan yang memanggil aku.

“Puan Mimi. Ada apa?” tanyaku setelah dia menghampiriku.

“Boleh kita bercakap sekejap?”

“Macam inilah puan. Bukan saya tak nak, tapi saya ada janji dengan kawan. Dia datang ambil saya sekejap lagi.”

“Sekejap pun tak boleh?”

“Maaflah puan. Kawan saya dah sampai. Maybe next time we can talk. Saya mintak diri dulu.”

Aku bersyukur yang Izzati sampai tepat pada waktunya. Apa yang akan terjadi jika Izzati lambat? Pasti aku kena berbual dengannya. Biarpun peristiwa itu sudah lama berlaku tapi aku masih belum melupakannya. Aku menemani Izzati membeli beberapa barang kahwin.

“Yunie pergi tak wedding Kak Ina?” Izzati bertanya sewaktu dalam perjalanan pulang. Izzati akan menginap di rumah aku malam ini.

“Entahlah,Ti. Is tu macam tak nak pergi. Dah macam-macam Yunie cakap kat dia. Tapi dia tetap dengan keputusan dia.” kataku dengan sayu.

Izzati juga aneh dengan perangai Is. Maybe Is masih marah dengan kejadian yang menimpa Ayuni beberapa bulan yang lalu. Sepatutnya Is lupakan semua itu. Kak Ina dah berubah. Namun perasaan orang kita tak tahu.

Ibu dan abah gembira akhirnya Izzati akan menamatkan zaman bujangnya. Ibu juga sudah lama tidak menemui Izzati. Kali terakhir ibu berjumpa dengannya ketika majlis perkahwinan aku dulu.

“Bakal suami umur berapa?” tanya ibu.

“Umur 26 jugak,ibu.” jawab Izzati dengan malu-malu.

“Sebaya. Mesti sekolah sama ini.”

Izzati hanya mengangguk kepala. Dia malu-malu untuk menjawabnya. Mukanya sudah mulai merah. Hahahaha! Aku gelak dalam hati.

Awal-awal pagi lagi Izzati bertolak pulang. Izzati ingin singgah di rumah keluarga Halif. Katanya ada urusan. Selepas Izzati bertolak, aku juga bertolak ke tempat kerja. Kali ini aku pergi dengan kereta sendiri. Malas nak menyuruh abah hantar. Sampai aje kat hospital aku menjalankan tugas seperti biasa. Tak lah buzy. Namun biasalah seorang doktor.

“Doktor, ada orang nak jumpa.” kata seorang nurse kepada aku. Aku yang fokus kepada kerja kau sedikit terganggu dengan apa yang nurse beritahu. Aku mengangguk kepala menandakan aku bersetuju untuk berjumpa dengan orang tersebut.

Aku agak terkejut. Orang tersebut adalah Puan Mimi iaitu isteri ustazku dan ibunya Adnin.

“Harapnya saya tidak mengganggu kamu bertugas.”

“Tak lah puan. Saya sekarang ini tak lah buzy sangat. Ada apa yang boleh saya bantu puan? Jemput duduk.”

“Saya harap kamu tidak tersinggung dengan apa yang saya nak cakap ini.”

“Saya pun harap puan terus terang aje. Saya tahu kehadiran saya tidak disukai puan. Sejak hari pertama puan mengetahui semuanya.” Kataku dengan menyindir.

“Saya dapat tahu yang kamu rapat dengan anak saya. Sejak bila lagi?”

“Let me be honest with you. Saya tahu selama ini puan salah faham dengan saya. Saya mendiamkan diri dan menghilang selepas apa yang terjadi. Namun itu tak bermakna saya mengeyakan apa yang puan tuduh saya. Cukup setakat itu sahaja puan tuduh saya. Jujur saya cakap dengan puan, hilang respect saya pada puan.

Aku menarik nafas sebelum kembali berkata. Aku sempat mengerling ke arahnya. Nampaknya dia sedang panas dengan apa yang baru aku katakan.

Saya dengan Adnin always berhubung melalui skype. Kadang-kadang melalui handphone. Tanpa pengetahuan puan dan juga ustaz Wan. Saya yang mintak dia rahsiakan. Kami berhubung sejak dia berumur sembilan tahun. Your husband merangkap ustaz saya kembali berhubung sejak lapan tahun yang lepas. Itupun setelah dia menghubungi saya dulu. Rasanya cukup setakat itu sahaja puan tahu. Lagipun saya dah berkahwin. Saya bahagia dengan perkahwinan saya. Saya jemput ustaz dan Adnin ke wedding saya. Namun dengan syarat puan tidak hadir bersama. Cukup dengan apa puan dah buat kat saya. Buatkan saya sangat membenci puan.” kataku dengan nada marah.

“Kalau puan dah tiada apa-apa silakan keluar. Saya ada urusan.”

Aku berasa kesal dengan apa yang terjadi antara kami berdua. Biarpun kami belum mengenali antara satu sama lain sebelum ini, cukup membuat aku bencinya. Kata-katanya sudah cukup menyakitkan hati aku. Tidak layak dia menghukumi aku tanpa memeriksanya. Siapakah dia yang perlu menghukumi aku? Apa hak dia memarahi aku?

Aku sakit hati bila mengingati perkara tersebut. Seperti aku ini tiada perasaan. Aku ini macam boneka yang boleh disembur dengan pelbagai kata-kata yang menyakitkan hati. Sejujur-jujurnya aku tidak mahu bertemu muka dengannya. Cukup!!!!

Aku menerima panggilan daripada ustaz Wan yang mengatakan ingin bertemu denganku di resoran berhampiran selepas aku tamat kerja. Aku menerima pelawaannya. Bukannya tidak boleh menolak tapi aku yang tidak mahu menolak pelawaan. Aku juga ingin tahu apa yang ingin dikatakan oleh ustaz Wan kepadaku. Aku sengaja datang awal daripada ustaz Wan.

“Dah lama sampai?” Tanya ustaz setelah sampai.

“Tak lah. Yunie sengaja datang awal. Ustaz nak order apa? Yunie belanja.” kataku kepadanya. Mukanya nampak keletihan dan kepenatan.

“Ustaz nak beritahu something kat Yunie. Yunie jangan terkejut tau.” Kata ustaz setelah ustaz order makanan.

“Apa dia?” Kataku sambil menghirup minuman aku.

“Ustaz jumpa dengan Aini. Kawan Yunie. Dia nak jumpa Yunie.”

Aku tersentak dengan apa yang baru dia beritahu aku. Ustaz mengenalinya melalui facebook. Ustaz tidak tahu apa yang pernah terjadi antara aku dengan Aini.

“Sekejap lagi dia sampai.” Dia menyambung kembali ayatnya.

“Yunie lupalah ustaz. Yunie ada hal. Nanti kita jumpa la ye.” Aku terus melangkah pergi dari tempat tersebut. Aku tidak ingin bertemu dengannya. Biar apa pun aku tidak ingin menemuinya.

Aini datang dan melihat ustaz Wan keseorangan. Aini berasa pelik. Dia seharusnya bertemu dengan Ayuni dan juga ustaz Wan. Bukannya bertemu dengan ustaz Wan seorang.

“Ayuni mana ustaz?” tanya Aini setelah mengambil tempat bertentangan dengan ustaz.

“Dia dah balik. Katanya ada urusan. Nampaknya Ayuni masih tidak ingin bertemu dengan Aini. Apa yang berlaku lapan tahun dulu??? Ceritakan kat ustaz. Mana tahu ustaz boleh tolong.”

Aini pun menceritakan apa yang terjadi antaranya dengan Ayuni pada lapan tahun dulu. Sejak berlaku hal itu,Ayuni tidak ingin bertemu dan menegurnya. Sewaktu mengambil result pun Ayuni beredar tanpa menegurnya. Biarpun dalam hatinya yang paling dalam, dia merasa kecik hati. Namun mungkinkah ni akibat dia mementingkan diri sendiri. Dia redha dengan apa yang telah berlaku.

Aini sekarang bertugas seorang pensyarah di UiTM. Aini terserempak dengan ustaz seminggu yang lalu setelah lama tidak berhubung.

“Apa kata Aini pergi berjumpa dengannya kat hospital?” cadang ustaz kepada Aini.

“Takut dia semakin marah. Kalau dia tak nak jumpa hari ini maksudnya dia masih marah dengan Aini.” kata Aini dengan sedih.

“Ustaz tak boleh tolong Aini dalam hal ini. Tapi ustaz akan cuba. Aini pun tahu yang Ayuni macam mana.”

Aini berpisah setelah setengah jam berborak dengan ustaz Wan. Aku melihat Aini pergi dari restoran tersebut. Dengan serta merta air matanya menitis. Aku mengakui dia betul-betul tidak boleh memaafkan dengan apa yang telah Aini lakukan. Kali terakhir aku melihatnya adalah sewaktu ambil result SPM lapan tahun yang lalu. Sudah lama aku tidak melihatnya. Aku sengaja tidak pergi dari restoran itu. Aku masih berada di dalam kereta yang aku parking berhampiran dengan restoran tersebut. Aku ingin melihat wajah yang mementingkan diri sendiri itu. Namun aku berasa kecik hati dengan apa yang ustaz buat. Kenapa ustaz perlu buat macam ini? Kenapa tak cakap dari awal-awal lagi?

Keesokkannya Adnin dibenarkan keluar hospital. Adnin sempat pergi menemui aku di bilikku. Aku hanya tersenyum kepadanya. Kepala aku tengah serabut pasal wife ustaz Wan dan Aini. Aku berpesan kepada Adnin agar berhati-hati dan selalu menjaga kesihatan. Adnin sekarang menuntut di UIAM dalam course asasi undang-undang.

“Kau nie kan memang tak fahamkan dengan apa yang aku katakan. Apa yang aku suruh kau buat ha’ah? Kau nak sangat ke kat laki aku tu ke? Kau tunggu aku bercerailah. Ikut kau lah buat apa selepas ini.”

Panggilan ibu telah mematikan lamunan aku. Is sampai di rumah aku. Aku hanya tersenyum. Esok merupakan majlis pertunangan Izni. Is balik untuk menghadiri majlis tersebut. Sejak seminggu yang lepas iaitu selepas perbualan aku dengan Puan Mimi kata-katanya pernah diucapkan kepadaku sentiasa bermain di minda fikiran aku. Entah kenapa. Aku berasa sangat sakit hati bila mengenangkan hal itu.

“Kenapa dengan sayang nie? Macam ada masalah je. Ceritalah kat abang.”

“Bang, wife ustaz Wan datang berbual dengan sayang kat hospital. Sayang tak boleh la tengok muka dia. Sakit hati.”kataku dengan sebak. Air mataku mengalir dengan laju membasahi bahagian bahu baju Is.

“Sayang… perkara itu dah lama berlaku. Jangan ingat lagi. Bawakkan bersabar,sayang.” kata Is. Dia berusaha memujuk aku.

Tangisan aku semakin kuat. Aku juga tidak sedar bila aku tertidur. Bila aku sedar yang aku masih berada di dalam pelukannya. Lengannya menjadi bantalku semalam. Patutlah lena betul aku tidur semalam. Aku tidur dalam pelukan suamiku yang tercinta. Is tersenyum bila dia tersedar.

Kami sekeluarga bersiap untuk ke rumah Is. Majlis itu dibuatkan secara sederhana. Hanya menjemput keluarga terdekat dan jiran tetangga. Itu pun menurut mama. Tapi family mama dan papa besar jugak. Pasti meriah lah. Aku melihat Izni didandan oleh kawannya. Izni anggun dengan pakaian baju kurung moden berwarna biru muda yang ditempah oleh mama. Izni tersenyum.

Selepas majlis selesai, kami bertolak pulang. Aku bertugas awal pagi esok. Is berehat selama dua hari sahaja.

“Abang memang tak nak pergi ke wedding Ina?” tanyaku ketika aku sedang bersiap ke tempat kerja.

“Tengoklah dulu,sayang. Abang tak boleh janji. Selepas ini, abang sibuk. Abang jugak tak balik tau minggu depan. Tak apa kan sayang?”

“Sayang okay je. Abang nak sayang ke KL ke?”

“Tak apa lah. Lagipun kerja sayang pun tak menentukan kat sini. Kesian kat sayang.”

Aku menyalami tangannya sebelum ke tempat kerja. Seperti biasa pasti suami mencium aku di dahi dan pipi. Aku juga menciumnya di pipi.

Selama seminggu aku tidak bertemu dengan Is. Pasti dia betul-betul sibuk. Call aku pun jarang diangkat. Namun dia tidak pernah melupakan untuk menghantar msj kat aku setelah melihat panggilan yang tidak dijawab.

I’m always with you. Only u in my heart. I’m love you so much. no one can replace you in my heart. I love you until I die. Juz with you, I’m fallen love my beloved wife. Take care and keeps good meals.

kerana SAYANG terbitnya CEMBURU
kerana CINTA jadinya KELIRU
kerana KASIH adanya RINDU
aku SETIA padamu yang SATU.
I’m love you,DARLING

Itu antara mesej yang dihantar kepada aku. Aku membaca berulang-ulang kali msj romantik yang dihantar buatku. Bukan sekali dia menghantar sepanjang seminggu ini. Berkali-kali. Namun aku juga merinduimu. Ingin memelukmu.

Aku berhenti mengelamun setelah namaku dipanggil oleh seseorang. Ketika itu aku dalam perjalanan ke kafeteria hospital. Aku berpaling dan terkejut. Orang itu melambai-lambai ke arah aku.

“Ganggu ke?” tanya Aini

“Saya nak pergi makan lunch.”

“Boleh tak nak join?” tanyanya. Aku mengangguk kepala. Biarpun aku berat mengangguk.

“Maafkan Aini datang secara mengejut.” katanya setelah kami berdua selesai mengambil makanan dan minuman.

“Eeemmm… It’s okay.”

“Aini datang sebab Yunie tak datang jumpa Aini hari itu. Kenapa Yunie tak datang? Marah Aini?”

“Boleh cakap apa yang kamu ingin katakan. Saya buzy nie. Kalau tak ada hal penting kita boleh jumpa hari lain.” kataku tanpa melihat wajahnya. Nada suaraku agak lain.

“Yunie? Maafkan Aini apa yang telah terjadi. Bukan Aini niat buat semua itu.”

“Apa yang awak dah buat kat saya? Maafkan saya. Saya tengah buzy ini. Saya mintak diri dulu.” Aku melangkah laju ke arah bilik ku. Seperti air matanya yang laju menitis setelah meninggalkan tempat tersebut. Meninggalkan dia dalam kesedihan. Aku tahu aku tidak harus lari. Namun aku tidak mampu menghadapinya lagi. Cukup selama ini aku menanggungnya seorang diri.

Is sedang menghadapi masalah. Disebabkan itulah Is tidak pulang berjumpa dengan Ayuni minggu ini. Kawan perempuan,Qaseh Sofia yang pernah belajar bersama datang menemuinya dan menagih cinta darinya. Qaseh sudah sedia maklum yang Is sudah mendirikan rumahtangga dengan pilihannya. Namun cintanya semakin kuat selepas terserempak dengan Is dua minggu yang lalu. Hampir setiap hari Qaseh datang menemui Is di hospital. Is tidak suka dan selesa dengan apa yang Qaseh buatkan.

“Apa yang Qas buat ini? Qas dah tahukan. Saya dah ada isteri.” Kata Is sewaktu menemuinya pada waktu makan tengah hari.

“Qas tahu yang Is dah ada isteri. Tapi mananya isteri Is? Tak pernah pun Qas nampak. Lagipun Is masih ada tiga kouta lagi. Apa salahnya Qas nak jadi yang kedua nya?”

“Apa Qas? Kau nie memang dah gila. Aku tak cakap pun kat kau yang aku nak jadikan kau yang kedua. Hati aku hanya untuk isteri aku sahaja. Hanya untuk dia seorang. Tak ada yang keduanya.” tegas Is. Is berlalu pergi. Makanan yang di pesan langsung tidak sempat Is menjamah.

Muka Qas terus berubah. Aku akan dapatkan kau,Is. Aku akan pastikan tidak kira macam mana caranya. Baik ataupun buruk. Pastikan Is dalam genggaman aku. Jaga kau,Is. Bisik hati Qaseh.

Is bertolak ke Kelantan setelah habis waktu bekerja. Rindu Is terhadap isterinya berkobar-kobar. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan isterinya.

“Ingatkan Is tak balik minggu nie. Adik dah tidur.” kata ibu menghidangkan makanan untuk Is.

“Awalnya,bu. Selalunya tak pun.” Kata Is dengan aneh.

“Ibu dan abah pun tak tahu la,Is. Sejak semenjak nie, dia always mengelamun. Balik kerja pun moyok je.” kata abah.

“Masalah kerja kot,abah. Nanti Is tanya.”

Pintu dikuak. Hanya lampu tidur yang masih menyala. Ayuni masih lena. Namun pipinya basah dengan air mata. Aneh!! Ayuni tidur dengan linangan air mata. Pasti ada sesuatu yang terjadi yang menyebabkan Ayuni menangis. Kesian isteriku. Pasti berat dia menanggung. Keluh Is.

Selesai mandi, Is lihat Ayuni sedang termenung di balkoni. Nampaknya termenung jauh aje. Pasti Ayuni tersedar ketika Is sedang mandi.

Bahu aku dicuit mematikan lamunan aku.

“Kenapa nie sayang?” Dengan nada perlahan Is bertanya kepada isterinya.

“Tak adalah. Abang,sayang rindu kat abang.” Ayuni terus memeluk tubuh suaminya itu. Air mata yang bertakung mula menitis.

Dahu Ayuni diangkat perlahan-lahan. Makin galak air mata Ayuni menitis. Is memeluk Ayuni semakin kuat. Pasti Ayuni sedang menghadapi saat-saat sukar. Mungkin Ayuni belum sedia menceritakan kepadanya. Menangislah isteriku tercinta. Bisik Is dalam hati.

Sejujurnya Is tak sanggup melihat isterinya menangis. Dia juga terasa pedihnya hati. Kelemahannya tak boleh melihat isteri dan wanita yang penting menangis. Ayuni lena dalam pelukan Is. Tangisannya berhenti setelah matanya menutup. Air yang membasahi pipi Ayuni disapu dengan lembut.

Ayuni sedang berehat di pondok kecil di halaman rumahnya. Ibu dan abah pelik dengan perangai puteri bongsunya itu. Is juga aneh dengan Ayuni. Tak pernah Ayuni berperangai sedemikian. Biarpun sewaktu dia dengan Ayuni sedang bertengkar.

“Sayang kenapa nie? Ada terjadi sesuatu ke?”

“Eeeemmmm. Tak ada apa-apalah. Penat aje.”

“Penat??? Sayang tipu abang eh?? Tak kan lah penat sampai menangis?”

“Something happen kan? Honest with me,love. Ibu dan abah pun risau. Tak kesian kat dia orang ke?” Is menyambung kembali bertanya. Kali ini dia duduk bertentangan denganku.

“Eeerrrr. Abang ingat lagi tak yang sayang pernah cerita pasal kawan sayang,Aini?”

“Kenapa dengan dia?? Bukannya sayang dengan dia dah lama tak berhubung?”

“Dia datang ke hospital. Jumpa sayang.” Kataku dengan sedih.

“Habis tu,kenapa? Sayang belum maafkan dia?”’ serkap Is.

“Abang pun tahukan macam mana sayang lepas apa yang terjadi. Bukannya sayang tak maafkan dia. Tapi sayang belum boleh tengok muka dia. Sayang akan ingat balik apa yang terjadi disebabkan dia.” berjela aku berkata.

“Yaanng…setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Redha lah dengan apa yang telah terjadi. Bukan sayang mahupun dia menginginkan hal itu terjadi.”

“Jom shopping. Boleh lah sayang lupakan semua itu.” Katanya sambil mengheret aku untuk bersiap.

Aku keluar shopping bersama Is. Ibu dan abah tersenyum melihat telatah aku. Senyuman aku juga sudah mula terbit. Tak lah moyok aje. Kami membeli beberapa helai baju. Kami bukannya nak shopping pun. Asyik keluar masuk kedai aje. Cuci mata melihat barang-barang. Kami jugak beli hadiah untuk my sister in law and my sister. Mereka berdua sudah selamat menyambut kehadiran orang lahir. My sister akan sampai petang nanti untuk berpantang. Esok,… aku dan Is akan melawat kakak iparku di rumah ibunya.

Sejak kakak sampai di rumah, aku asyik berkepit dengan orang baru. Anak perempuan tersebut dinamakan Mimi Alisya. Pipi Mimi sangat tembab. Aku suka menyentuh pipinya. Abang iparku tergelak dengan tindakan ku

“Adik bila lagi? Dah hampir setahun kan kahwin?” Tanya kakak setelah aku mendekatinya pada malam itu. Is yang mengekoriku tadi menundukkan kepala. Dia terus beredar dari bilik kakak.

“Belum ada rezeki,kak. Lagipun yang gugur hari itu pun masih segar dalam ingatan.”

“Bukan maksud kakak nak adik ingat hal itu. Lagipun hal itu dah berlaku. Biarkanlah. Usahalah lagi.”

“Kenapa adik mintak balik ke Kelantan?”Tanya abang Man.

Aku hanya tersenyum. Biar aku dengan Is sahaja yang mengetahui sebabnya. Aku masuk ke bilik. Is sibuk dengan laptop. Mungkin dia berasa sedih dengan soalan kakak tadi. Mungkin dia masih rasa bersalah.

“Jangan terasa dengan apa yang kakak tanya.” kataku.

Matanya masih setia menghadap laptopnya. Langsung tidak berganjak. Namun aku biarkan saja dia dengan kerjanya.

Esoknya aku dengan Is bertolak ke rumah ibu mertua along. Soalan sama jugak diajukan kepada aku dan Is. Is hanya tersenyum. Is diamkan diri. Aku yang layan semua soalan yang diajukan. Along tidak ada. Along bekerja hari itu.

Is dan abang Man bertolak bersama. Is hanya diamkan diri. Pasti dia sedang berperang dengan perasaannya. Biarpun dia menafikan dia rasa bersalah namun wajahnya menunjukkan segala-galanya.

Aku bertugas seperti biasa. Usai sahaja waktu bekerja, aku bersiar-siar di taman berhampiran. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku selesai semuanya. Masalah aku dengan Aini. Dah cukup selama ini aku mendiamkan diri. Menyembunyikan apa yang aku rasakan.

Telefon bimbit aku berdering. Aku mendapat tahu yang Eda dan Piji berada dirumahku. Aku bergegas ke keretaku.

“Maaf. Maafkan saya. Saya nak cepat nie. Maafkan saya.” kataku setelah terlanggar seseorang. Aku pun pergi begitu sahaja.

Orang itu pun masih terkejut. Terkejut dengan orang yang dilanggar. Wajah yang dia rindui. Tiga tahun dia mencari orang itu.

“Kenapa tak cakap?” tanyaku kepada Eda dan Piji setelah sampai di rumah.

Eda akan menjadi pensyarah di UiTM di kampus KB. Piji pulak mendapat tawaran menyambung pelajaran di luar negara. Piji tidak boleh membawa Eda bersama memandangkan Eda sedang mengandung. Lagipun Eda tidak mahu melepas peluang yang telah datang kepadanya. Piji meminta izin daripada ibu dan abah untuk memberi Eda tinggal bersama kami sementara rumah yang mereka bina siap dibina. Ibu dan abah memberi keizinan kepada Piji. Piji akan berlepas ke luar negara dua minggu lagi.

SMS baru masuk di telefon bimbit Is. Pantasnya Is membuka.

melihatmu membuatku merasa gelisah…
hatiku tdk tenteram tanpa mlihat wajahmu..
bgitu ku ingin menjadi pemilik hatimu…
Akan ku pastikan kau menerima cintaku…
Dari kekasih mu: Qaseh Sofia

Is rasa ingin mencampak telefonnya. Namun dia memendamkan niat itu. Qas memang dikenal dengan kedegilannya di U dulu. Is menyangka kedegilannya berkurang seetelah bergelar seorang doktor. Namun sangkaannya meleset. Qas pernah meluahkan cintanya kepadaku sewaktu pengajian kami dulu. Namun dengan sopan dia menolak cinta Qas. Qas tetap berusaha mendapat cintanya walaupun cintanya ditolak. Pernah kawannya beritahu aku yang Qas akan pastikan dia dapat apa yang dia nak. Keluh Is mengingati peristiwa lama.

Pasti Ayuni berasa cemburu jika dia membaca SMS itu. Pantasnya dia delete msj itu. Dia tidak mahu ada perasaan sedemikian dalam hati Ayuni.

Dua minggu kemudian, Piji berlepas ke luar negara. Eda nampaknya berat melepaskan pergi Piji. Eda melepaskannya pergi dengan linangan air mata. Is sudah tahu hal ini. Dia bersetuju dengan tindakan ibu dan abah. Kesian jika Eda harus berulang-alik dari rumah ibunya di Machang ke KB untuk mengajar.

Is sudah mulai rapat dengan Qas. Hal ini berlaku setelah Is tidak sengaja terlanggar Qas ketika ingin keluar parking. Qas mendapat kecederaan kecil di tangan dan kakinya. Is sering keluar dengan Qas selepas waktu kerja. Kadang-kadang keluar makan malam. Semua ini tanpa pengetahuan Ayuni. Is pun sudah mula jaarang balik ke Kelantan. Alasannya sibuk bekerja. Namun yang sebenarnya Is keluar jalan dengan Qas. Tanpa pengetahuan Is, kejadian langgar hari itu dirancang oleh Qas. Untuk memikat hati Is. Qas tahu yang Is mudah sangat rasa bersalah.

Ayuni mendapat arahan untuk menghadiri seminar di Kuala Lumpur selama seminggu. Ayuni tidak memberitahu Is. Hajatnya ingin membuat kejutan buat suaminya. Ayuni telah plan bersama dengan Izzati. Izzati akan membantunya.

Pada hari kedua,seminar habis awal daripada hari sebelumnya. Ayuni menelefon Izzati untuk menemaninya membeli sedikit barang untuk memasak untuk Is.

Is pula sedang menemani Qas membeli-belah. Is langsung tidak mengetahui kehadiran Ayuni ke Kuala Lumpur. Qas merayu-rayu menemaninya untuk membeli-belah. Lagipun Is tidak bekerja hari tersebut.

Izzati mengajakku menemaninya membeli sedikit barang sebelum membeli barang keperluanku. Sedang membantu Izzati memilih, aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenal. Aku perhati dengan baik-baik. Bukan main terkejut, orang itu adalah suami aku sendiri. Suamiku bersama dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut memegang tangan suamiku. Namun suamiku cuba menepis. Adakah sebab ini suamiku jarang pulang? Adakah dia dengan perempuan itu mempunyai hubungan istimewa?

“Jom,Yunie. Kita pergi beli barang kau pulak.” Arah Izzati setelah dia selesai membayar.

“Tak jadilah,Ti. Yunie baru ingat yang Is kerja overtime hari nie. Yunie lupa. Maaf,Ti. Hantat Yunie balik ke hotel.” kataku.

Hatiku remuk apabila melihat Is dengan perempuan itu. Biarpun aku belum tahu siapa perempuan itu, namun cukup membuat aku cemburu. Siapakah dia yang ingin memegang tangan suamiku? Tak tahu kah yang dia sudah mempunyai seorang isteri? Resah hatiku bila melihat gelagat dua orang makhluk Allah tadi.

Ya Rabbi, aku titipkan rindu buat suamiku. Jadikanlah dia hamba yang selalu menghembuskn nafas-nafas iman islamMu… Jadikan dia soleh yang mendapat kasih sayangMU. Jadikan dia muslim yanng sentiasa menjaga izzah addinMU… Ya Allah, sayangilah, berkatilah dan masukkanlah dia dalam jannahMU… Jika dia ingin menduakan aku, tabahkanlah hatiku, Ya Allah… Jangnlah kau palingkan imanku hanya kerna seorang lelaki. ..Ya Rabbi, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadMU… Ya Allah, mudah-mudahan aku berjaya mengharungi dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman… Moga aku dan suamiku berjaya di dunia dan di akhirat…

Kali ini aku berdoa akan suamiku dan cintaku. Aku harus tabah dengan ujian ini. Aku tidak boleh mudah melatah dengan hanya kerna keakraban mereka yang aku lihat sebentar. Aku tidak boleh membuat sebarang spekulasi tanpa usul periksa.

Aku kembali ke Kelantan setelah seminggu aku menghadiri seminar. Is juga balik ke rumah minggu tersebut.

“Kenapa sayang tak beritahu kat abang yang sayang ada seminar kat KL? Boleh abang jumpa sayang kat sana.”

“Abang, seminarkan. Lagipun jadual seminar itu padatlah. Tak sempat nak jumpa sesiapa tau abang.” Tipu ku kepada Is. Aku jugak menyuruh Izzati merahsiakan yang aku sempat bersiar-siar di KL sepanjang seminar itu berlangsung.

Is berasa lega kerana Ayuni tidak mengetahui hal sebenar. Is tidak ingin Ayuni tahu pasal keakrabannya dengan Qaseh Sofia. Sekiranya Ayuni mengetahuinya pasti Ayuni tidak mahu mempercayai.

Is langsung tidak mengetahui yang isterinya sudah ternampaknya dengan seorang perempuan. Ayuni berlagak tenang di hadapan Is. Namun sebenarnya Ayuni ingin bertanya dan memarahi Is akan tentang perempuan itu. Ayuni tidak mahu mengeruhkan keadaan. Ayuni pasti ada sebab yang terbaik kenapa suaminya menyorokkan hal ini daripadanya. Kepercayaan Ayuni kepada Is sedikit demi sedikit berkurang. Biarpun hatinya ingin mempercayainya.

Setiap kali Is mandi, setiap kali itulah Ayuni memeriksa inbox handphone Is. Inbox itu dipenuhi msj daripad seorang perempuan yang bernama Qaseh Sofia. Perempuan itu merayu-rayu Is untuk menemaninya makan malam dan membeli-belah. Tidak cukup dengan itu, msj-msj cinta juga dihantar kepada Is. Hatiku semakin panas. Ingin aje aku menyerang Is dan perempuan itu. Namun bukti kukuh belum berada di tanganku. Sekiranya aku mempunyai bukti kukuh pasti aku akan menyerang mereka.

Is lena tidur di atas katil yang empuk. Aku yang berada disebelahnya masih belum boleh melelapkan mataku. Terbayang akan kemesraan Is dengan perempuan itu. Aku bermain dengan anak-anak rambut yang menutupi mukanya. Memang kasih sayang Is tak pernah kurang kepadaku. Tapi adakah Is akan menduakan aku? Adakah kerna jarak yang memisahkan kami sekarang ini? Adakah dia lupa yang aku sangat mencintainya?

Aku harus tenang menangani masalah ini. Jika aku salah percaturan, perkahwinan aku yang menjadi mangsa. Aku tidak mahu perkahwinan aku menjadi hancur. Eda juga membantu aku dalam menangani masalah ini. Dia dan Izzati memberi motivasi aku kepada untuk terus mempertahankan rumah tanggaku.

Sewaktu seminar berlangsung, aku berjumpa kembali dengan senior di universiti dulu iaitu Muhd Hisyam Ardani. Aku pernah menyelamatkannya daripada kemalangan. Dani berkata dia puas mencari aku di setiap pelosok universiti. Namun aku tidak dijumpai. Aku hanya tersenyum. Dani juga beritahu yang dia sudah bertunang dengan pilihan orang tuanya. Dani mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang aku pernah berikan kepadanya dulu. Dani juga memberitahuku yang dia selalu datang ke hospital tempat aku bertugas untuk bertemu dengan seorang temannya. Aku tidak sempat menanyakan siapakah temannya.

Sekarang ini Adnin sering menghubungi aku. Untuk bertanya khabar. Dani jugak datang menemui aku jika dia datang menemui kawannya. Rupa-rupanya Doktor Hafiz adalah rakan baiknya. Hafiz juga terkejut akan perkenalan kami. Doktor Hafiz merupakan lulusan luar negara. Dani pulak same university with me. Hafiz tidak menyangka.

“Doktor, ada orang nak jumpa.” beritahu nurse ketika aku berada di bilikku. Seingat aku tiada appoiment hari ini.

Dani datang melawat kawannya sambil datang membawa berita gembira. Ada seorang perempuan menyusul masuk selepas Dani.

“Ini tunang saya, Qaseh Sofia. Kami datang ini nak jemput Ayuni and husband datang ke majlis kami. Bulan depan.” kata Dani. Wajah perempuan itu masih mekar dalam ingatanku. Dialah perempuan yang bersama dengan suamiku hari itu.

Qaseh leka memerhati gambar yang berada di atas mejaku. Matanya langsung tidak berkelip memandangnya.

“Who is this?” tanya Qaseh kepadaku.

“This is my husband.” kataku dengan senyuman.

Qaseh terkejut dengan apa yang aku beritahu. Mungkin dia tidak menyangka aku ini isteri Iskandar. Namun inilah realiti. Aku ini isteri sah kepada Iskandar.

Qaseh hanya diam seribu bahasa. Hanya aku dan Dani berbual rancak. Macam-macam cerita yang diceritakan. Qaseh mulai nampak tidak selesa akan kerancakan kami berbual. Selepas itu, Dani meminta diri. Katanya masih banyak tempat yang perlu mereka singgah.

Rupanya perempuan itu sudah bertunang. Kenapa dia perlu menggoda suami orang ini? Nak kata Dani nie tak handsome,handsome jugak.. Nak kata bukan orang kaya, Dani itu anak tan sri. Apa kurang nya Dani pun aku tak tahulah. Pasti Dani rasa kecewa jika dia mengetahui hal itu.

Aku mengambil cuti selama seminggu untuk bersama dengan suamiku di KL. Ini semua idea Eda dan Zati. Katanya untuk tengok pastikan kegiatan Is di sana. Aku hanya mengikut idea mereka. Ibu dan abah juga menyokong aku. Kata mereka tak akanlah Is je yang berulang-alik. Kalau bab menantu, ibu dan abah pasti menyongkong lah.

Sampai sahaja di rumah kami di sana, Is masih belum pulang dari tempat kerja. Kedatangan aku di rahsiakan daripada Is. Aku ingin membuat kejutan buatnya. Aku mengemas rumah dan menyediakan makan malam. Aku cuma hanya boleh mengharapkan dia tidak keluar dengan perempuan itu.

Is sampai di rumah setelah aku selesai memasak. Is agak terkejut dengan kehadiran aku di rumah itu.

“Yang, buat apa kat sini? Tak beritahu abang pun?”

“Datang melawat abang. Sayang sengaja mintak cuti. Nak spend time dengan suami sayanglah. Abang pergi mandi dulu. Selepas itu kita makan bersama.”

Is pergi mandi. Sebelum mandi, aku nampak dia berbual di telefonnya. Nampak wajah kecewa. Biarpun aku tidak mengetahui dengan siapa dia berbual tapi aku boleh agak. Pasti perempuan yang bernama Qaseh Sofia itu. Nampaknya mereka semakin akrab. Adakah Is tidak tahu akan status Qaseh?

Kami makan malam bersama. Hanya berdua. Always kami makan bersama my parents. Is rancak bercerita. Aku mengajak Is jalan-jalan memandangkan esok Is off day. Is hanya mengikut apa yang aku ingin. Ha ha ha ha!! Aku gelak dalam hati. Aku akan pastikan Is sepenuhnya menjadi milikku.

Kami berdua pergi shopping. Banyak tempat yang jelajah. Kebanyakkan keperluan aku yang dibeli. Eerrr. Bukannya Is tak nak beli untuk nya tapi Is kata bajunya masih baru dan banyak. Jadi aku membeli keperluanku. Sepanjang kami berjalan, kami sentiasa berpegangan tangannya. Macam orang sedang bercinta. Kami bagaikan di zaman remaja.

Sedang kami menjamu selera, datang seorang perempuan menghampiri kami. Pada mulanya aku tidak perasaan akan kehadirannya. Namun wajah Is mula berpeluh-peluh. Menandakan gelisah.

“You… you buat apa kat sini?” suara manja mematikan selera makan aku.

“I tengah makan dengan wife I nie. Jom join.” pelawa Is.

Perempuan itu mengambil tempat di sebelah Is. Aku dah agak pasti perempuan tak sedar diri.

“You nie bukannya tunangnya Dani? Apa hubungan you dengan husband I?”

“Dani mana,sayang?”

Perempuan itu mula gelisah. Mungkin dia lupa yang aku ini isteri Is.

“Alaaa. Abang dah lupake? Sayangkan dah cerita. Dia jemput kita ke wedding dia bulan depan. Tunangan dia yang duk sebelah abang tuuuu.” katanya sambil menyindir. Perempuan itu tidak senang duduk. Tak sesuai langsung dengan bertudung.

“Qas, you tak beritahu I pun pasal nie?”

“Sebab itulah I nak jumpa you nie. Nak jemput.”

“Yeke? Bukannya you dah tahu yang Is nie husband I? You dah tengokkan gambar wedding kami. So why you always hang out with my husband?”

Qaseh tidak mampu menjawab. Lidahnya kelu dan tidak boleh menjawab. Tidak lama kemudian dia beredar dari tempat kami dengan geram. Aku pun mengajak Is pulang. Geram dengan perempuan itu. Is sedar akan aku sedang marah.

“How you know her?” tanyaku kepada Is setelah sampai di rumah.

“She is my friend at college. Why?”

“Kawan??? Tak akanlah sampai berpegangan tangan?”

“What?”

“I saw you with her when I came for seminar. I want to surprise you. But I’m surprise with you.”

“Sayang kenapa tak tanya?”

“Sayang bagi abang untuk bercerita kepada sayang. Tapi abang langsung tidak cerita pun kat sayang. Sampai dia hantar msj cinta? Siapa dia dengan abang?”

“Sayang check handphone abang?”

“Bukan maksud sayang tak percaya kat abang. Cukuplah dengan apa yang Ina pernah buat dulu. Sayang tak sanggup lagi. Sayang bagi masa untuk abang terus terang dengan sayang. Tapi harapan sayang berkecai. Abang langsung tidak bercerita kepada sayang.” kataku dengan linangan air mata.

“Abang salah… Bukan abang tak nak cerita kat sayang.. Tapi cukuplah dengan Ina buat. Qaseh tidak akan buat sesuatu yang diluar batas. Jangan menangis,sayang.”

Aku tidak langsung tidak berkata. Aku masuk ke dalam bilik dan menguncikan diri dalam bilik. Ketukan yang berkali-kali dengan pujukan tidak mampu mencairkan hatiku. Biarpun bukan ini yang aku rancang. Tapi akhirnya terbongkar jua.

Keesokkan terdapat sejambak bunga ros di atas meja makan bersama dengan breakfast. Kertas kecil yang diselitkan menarik perhatianku. Lantas aku membacanya.

Jika aku di beri kesempatan, pasti akan ku tunaikan segalanya..Namun jika kesempatan itu tiada,maafkanlah aku. Tapi percayalah hanya kau dihatiku untuk selama-lamanya. Maafkan abang. Abang tidak menyangka sayang dah tahu dan marah akan hal ini. Maafkan abang,sayang.

Air mataku menitis. Aku tahu Is tidak sengaja namun apakan daya aku sangat marah akan perempuan itu. Langsung tidak sedar diri.

Tengah hari itu, aku menyiapkan makan tengah hari. Biarpun belum pasti Is akan pulang, namun aku tetap ingin menyediakannya. Is pulang ketika jarum jam menunjukkan dua petang. Aku terlena menunggu Is pulang.

“Saaayyaanngg!! Sayanng!! Sayang!! Bangun.”

Aku bangun dan melihat Is masih lengkap dengan berpakaian kerja.

“Jom makan. Sayang dah siapkan.”

“Abang mandi dulu.” Kata Is sambil mengusap kepalaku.

“Sayang panaskan makanan dulu.”

Kami makan dengan tenang. Seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Aku ingin melupakan apa yang terjadi semalam.

“Kita pergi makan angin sayang. Esok kita bertolak. Boleh tak?”

“Ke mana?”

“Pulau Perhentian. Abang nak kita lupakan apa yang terjadi.”

Aku hanya mengangguk kepala. Aku juga ingin percutian ini mengembalikan saat-saat romantis kami. Aku mahupun Is ingin melupakan apa yang telah terjadi. Cukup dengan apa yang telah terjadi.

Sekembalinya kami dari percutian, semua masalah dan sengketa telah diselesaikan. Is sudah berbaik dengan Ina. Qaseh pulak hanya akan menjadi kawan sahaja. Tiada lebihnya.

Is juga telah dapat bertukar ke Kelantan. Same hospital dengan aku. Is plan untuk membina rumah di atas tanah yang diberi oleh papanya buat kami berdua. Is ingin reka sendiri rumah tersebut. Aku hanya menurut.

Iman selamat melahirkan sepasang puteri sebulan yang lalu. Eda juga selamat melahirkan seorang putera yang hensem macam papanya beberapa hari yang lalu yang diberi nama Muhd Hayri Khalish. Eda dalam proses berpantang di rumah ibunya di Machang. Eda juga memberitahuku yang umi Piji datang menjenguknya jarang-jarang. Aku tumpang gembira buat mereka.

Aku juga telah disahkan mengandung oleh doktor. Sudah empat minggu. Awal kehamilan aku menghadapi morning sickness. Is mengawal pergerakkan aku. Doktor memberitahu aku yang kandungan aku lemah dan harus berhati-hati. Di sebabkan itulah Is mengwal pergerakkan. Kadang-kadang membuat aku rasa tidak selesa dengan perhatiannya.

Majlis perkahwinan Izzati yang berlangsung lima bulan yang lepas berjalan dengan lancar. Kini dia sudah bergelar isteri kepada Halif. Kini kandungan aku sudah memasuki lapan bulan. Pergerakkan aku agak terbatas.

Rumah tanggaku diserikan dengan kehadiran orang baru, seorang puteri. Is dan aku bersepakat memilih nama Nur Aina Afiqah buat puteri kami.

Rumah kami siap dibina. Ini merupakan kali pertama Aina menyambut hari jadinya yang ke tiga di rumah sendiri. Aina sudah mendapat adik lelaki beberapa bulan lepas yang bernama Muhd Amir Nizam. Amir merenyek ketika dalam pangkuan along. Is sibuk melayan puteri kami. Dia sangat seronok menyambut hari jadi nya. Dia juga memperoleh banyak hadiah. Aku mengambil Amir daripada pangkuan along. Tidurnya terganggu dek keriuhan majlis. Namun aku tidurkannya di bilik kami. Aku menyuruh bibik memerhati putera kami tidur sambil membuat kerja di dapur.

Hubungan aku dengan Aini semakin baik. Begitu juga dengan Puan Mimi. Semua ini berkat usaha Is. Dia berusaha untuk membaiki hubungan aku dengan Aini dan Puan Mimi. Biarpun dia tahu siapa yang salah. Namun dia ketepikan semua itu. Aku betul-betul bersyukur dia menjadi suamiku.

“LANGIT takut kehilangan BINTANG. LAUT takut kehilangan OMBAK. MENTARI takut kehilangan SINARNYA. Begitu jua abang takut kehilangan SAYANG. Thankz sayang. Semua ini sangat abang hargai dan bersyukur.” Bisik Is di telingaku.

Aku bersyukur sangat. Berkat kesabaran aku dan Is kami dikurniakan dua orang anak. Merekalah penyeri hidup kami. Terima kasih Allah kerna memberikan kami anak-anak yang comel dan soleh,solehah.

TAMAT




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Cerpen : Bermakna Buatmu”
  1. haru haru says:

    tak baca sampai habis pun sebenarnya. tengok gitu2 jer sebab tak larat nak baca. panjang bebenor.nak tegur sikit. english memang broken. kalau tak pandai sangat, tak perlu nak masukkan ayat2 english tu. lagi okey kut daripada berterabur. pastu ayat2 lak berbelit-belit. pening nak baca. dah tu gabung macam rojak petis. perkataan nie> ni. tak perlulah tambah huruf e kat belakang tuh. macam sms jer. lagi satu thankz>thanks. sejak biler ada perkataan thankz dalam english language ni? banyak lagi kesalahan ejaan cuma malas jer nak taip lebih2. good luck for the next story..

  2. Aida says:

    Tak larat nak baca habis. Apa2 pun tahniah kerana berjaya hasilkan cerpen panjang mcm ni. Semoga dapat hasilkan karya dgn lebih baik pada masa akan datang! ^__^

  3. Mazyannye says:

    saya hampir berhenti membaca selepas seperempat daripada cerita ni. Alhamdulillah habis baca juga cerpen ni, panjang sangat macam novel pula.

    Ada bakat cuma perlu tingkatkan penggunaan bahasa, dan ejaan yang lebih tepat. Setuju dengan Haru Haru, memang macam taip sms atau update facebook je ayat-ayat dia ni. English dia pula…Memang hancur, sambil baca tu sempat juga buat komen(sebab baca dgn adik). Satu lagi, jalan cerita okey cuma kadang-kadang lembab kadang laju. Macam kat awalan cerita dia ni, masa belajar kat sekolah menengah kalau dalam novel boleh sampai bab 6-7 sudah. Pengakhiran cerita pula terlalu ringkas.

    Biasanya saya baca cerpen tak sampai 15 minit dah habis baca dah. Tetapi yang ini saya habiskan masa 1 jam lebih. Apa-apa pun semoga berjaya dan teruskan menulis. Banyakkan membaca buku, novel atau majalah kecuali buku-buku komik.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"