Cerpen : Prototaip Mimpi Si Rama-rama

14 April 2013  
Kategori: Cerpen

9,579 bacaan 35 ulasan

Oleh : Witchzard

Marie Anne bingkas bangkit dari tidurnya. Peluh membasahi dahinya. Dia memandang jam ditepi katilnya. Pukul 3 pagi. Setiap hari seperti itu. Dia terbangun tepat pada pukul 3 pagi kerana dikejut mimpinya. Dia turun daripada katil dan terus ke bilik air. Dia membasuh muka dan melangkah menuju ke meja belajarnya. Dia membuka laptop. Inilah masa yang terbaik untuk dia tulis mimpinya.

Dari ulat jadi kepompong, tidur lena dalam kelongsong, cukup lama kepompong pecah, jadi rama-rama yang indah, rama-rama terbang merata, sungguh cantik aneka warnanya, hisap madu ditaman bunga, tapi sayang hidup tak lama.

Kalau aku pergi apa agaknya yang akan berlaku disini? Kalau aku pergi siapa yang akan menangisi aku? Siapa yang akan merindui aku? Siapa yang benar-benar rasa kehilangan? Siapa yang bersedih dan siapa pula yang gembira? Adakah tanpa aku hidup mereka berjalan seperti biasa ataupun kerana aku hidup mereka tak sempurna seperti sebelumnya?

“Nurdia Yahya!” Aminah memeluk leher Nudia dengan gembira.

“Apasal gembira sangat ni Minah?”

“Happy dapat tengok kau sem ni lagi. Kau kata yang kau nak pindah Melaka. Tak jadi?”

“Tak jadi. Abah aku suruh stay kat sini je sebab tinggal 2 sem je lagi kan? Mana yang lain?” Tanya Nudia menjengukkan kepalanya ke luar rumah. Kalau Minah sudah tiba mesti tak lama kemudian yang lain juga akan tiba.

“Nudia…” Sapa Ecah sambil menarik beg pakaiannya masuk ke dalam rumah.

Nudia memandang satu per satu teman serumahnya pulang setelah hampir sebulan pulang bercuti di kampung halaman masing-masing.

“Dia…” Sapa Alis pula.

“Helooo my friend… long time no see.” Ujar Sabrina sambil tersenyum manis.

“Mana Mira dengan Fazz?” Tanya Nudia apabila tidak melihat kelibat dua lagi teman serumahnya itu.

“On the way dengan teksi lain. Rindu kitaorang tak?” Tanya Sabrina.

“Rindulah sangat.” Ujar Nudia sambil tersenyum.

Dia memang rindukan teman-temannya. Mereka duduk satu rumah. Belajar dikelas yang sama dan mempunyai banyak persamaan. Seronok hidup dengan teman yang sekepala.

Mereka bertujuh keluar makan diwarung yang tak jauh dari rumah sewa mereka. Mereka berbual mengenai banyak perkara.

Alis yang mendengar hanya ketawa. Dia agak pendiam orangnya namun bila diberi bercakap, tak henti-henti pula nanti. Alis terdiam apabila terpandangkan seorang pemuda yang tak jauh dari mereka. Dia terus sahaja menundukkan wajahnya. Dia terasa mukanya merah.

“Kenapa ni?” Tanya Nudia yang perasan perubahan Alis. Dia memandang sekeliling. Dia terus tersenyum apabila terpandangkan pemuda tak jauh daripada mereka.

“Hai Facriz!” Tegur Nudia.

Alis terasa sangat kerdil. Dia rasa seperti mahu menyorok dibawah meja ketika itu. Facriz dan temannya mendapatkan Nudia.

“Hai semua. Gembira nampaknya.”

“As usual. Makan jugak ke?”

“Yup.”

“Join us.”

Alis menendang kaki Nudia namun Nudia buat tak tahu sahaja.

“Okey.” Ujar Facriz sambil menarik meja supaya bersambung dengan meja Nudia. Facriz duduk disebelah Nudia dan berhadapan dengan Alis.

“Sem depan korang praktikal kan?” Tanya Facriz sambil memandang Alis yang tunduk bermain permainan didalam telefonnya. Dia tak mampu bertentang muka dengan Facriz langsung.

“Yeah.”

“Dah cari tempat praktikal?” Tanya Johan pula.

“Belum lagi. Tunggu briefing.” Jawab Faznie yang lebih selesa dipanggil Fazz.

“Owh… okey. Alis, awak sihat?” Tanya Facriz.

“Hmmphh…” Hanya itu sahaja yang mampu dijawab Alis. Dia terasa jantungnya bagai mahu tercabut waktu itu.

“Lama tak jumpa awak.”

“Hmmphh…”

“Err… dah order makan ke?”

“Belum…” Pantas sahaja Sabrina bersuara. Maklumlah dah lapar tahap kebulur.

“Waiter sibuk sekejap.”

Johan, teman Facriz mencapai kertas dan pen.

“Ini memudahkan kerja waiter. korang nak makan apa? Makanan dulu.”

“Kuetiaw sup satu.”

“Tom yam ayam.”

“Nasi goreng pataya.”

“Nasi goreng kampung.”

“Nasi paprik.”

“Err… Nasi goreng kampung jugaklah.”

“Nasi goreng cina.” Ujar Facriz dan Alis serentak.

Johan yang sedang menulis memandang kedua mereka. Dia mengangkat keningnya dan kembali menulis. Alis terasa mukanya seperti terbakar. Mana lagi dia hendak meletakkan wajahnya.

“Aku punya nasi goreng usa. Minum?”

“Teh limau ais 2.” Jawab Minah bagi pihak dirinya dan Nudia.

“Milo ais 2.” Jawab Ecah untuk dirinya dan Sabrina.

“Err… horlick ais.” Fazz bersuara kemudian kembali berceloteh dengan Sabrina.

“Kopi-o panas.” Ujar Mira.

“Fresh orange.” Sekali lagi Facriz dan Alis serentak bersuara.

Johan memandang kedua mereka.

“Korang ada chemistrylah. Taste sama.” Ujar Johan sambil menulis air untuknya pula.

Facriz memandang Alis yang tetap dengan permainan didalam telefonnya. Nudia tersengih memandang kedua mereka. Dia ada rancangan untuk mereka berdua.

“Nanti… Ahad ni, nak join pergi tengok movie? Dekat Alor Setar, nak ikut tak?”

Yang lain memandang Nudia. Bila masa pula mereka merancang untuk menonton wayang?

“Hmm… bolehlah kot.”

Sebelum aku pergi, izinkan aku untuk sebarkan cinta dalam hati mereka. Aku mungkin bukan malaikat tapi aku mahu melihat mereka bersama.

Nudia memandang Alis yang ketawa gembira bergurau dengan Talha. Alis tak pernah punya masalah untuk bercakap dengan mana-mana lelaki tetapi bila tiba masa berhadapan dengan Facriz, Alis jadi senyap.

“Sudahlah kau. Membongak je lebih. Jangan ingat aku nak percaya kat kau.” Ujar Alis kepada Talha.

“Betullah. Tok nenek aku asal Korea tau. Aku ni mix-blood.”

“Tak mau caya.”

Alis memandang keluar tingkap kelas. Alis memerhatikan setiap pelajar yang lalu-lalang dihadapan kelas itu. Tiba-tiba Alis mengalihkan pandangannya kearah lain. Nudia memanjangkan kepalanya. Facriz lalu dihadapan kelas mereka. Nudia pantas bergegas ke pintu kelas.

“Facriz!”

Facriz berhenti melangkah.

“Kelas kat sini ke?” Tanya Facriz.

“Yup.”

“Kelas saya kat sebelah je.”

“Owh… macam mana? Jadi tak ahad ni?”

“Jadi. But ada masalah sikit.”

“Apa?”

“kereta Dia muat 5 orang je. Ecah, Minah, Sab dengan Fazz naik dengan Dia. Mira naik dengan kawan dia, nak motor but Alis, dia tak ada trasport. Facriz naik apa ek?”

“Actually nak naik motor but if that case, I’ll drive. Siapa lagi yang tak ada transport?”

“Alis sorang je.”

Facriz memandang jam tangannya.

“Okeylah. Jumpa pukul 9 ahad ni. Facriz jemput Alis kat rumah.” Ujar Facriz sambil masuk ke kelas sebelah.

Nudia tersenyum senang. Rancangannya berjalan lancar.

Alis memasuki kereta Facriz dengan rasa berat hati. Tak sangka pula dia terpaksa naik berdua bersama Facriz.

“Nak kitaorang jalan dulu ke Facriz yang jalan dulu? Kitaorang jalan dulu eh?” Ujar Nudia.

“Okay.” Dia tak ada masalah.

Nudia mendahului jalan. Facriz memandang Alis yang tidak memakai tali pinggang keselamatan. Dia mendekati Alis dan mencapai tali pinggang keselamatan. Facriz membuatkan Alis tak keruan.

“Ni penting. Mana tau apa-apa jadi nanti.”

“hmmphh.”

Facriz mengekori Nudia dari belakang. Dia perasan yang Nudia memandu agak lembab. Nudia memandang cermin pandang belakang dengan senyuman. Dia sengaja memandu perlahan. Biar lambat sampai.

“Alis…”

“hmmph?”

“Tak ada apalah.” Facriz tak jadi meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya. Mereka berdua hanya diam membisu sehinggalah tiba ke destinasi mereka.

Marie Anne memandang hasil penulisannya. Kepalanya sibuk memikirkan antara 2 watak didalam tulisannya itu siapa yang adalah watak utamannya? Nudia ataupun Alis? Dia mula buntu. Siapa agaknya?

“Kau tak tidur ke Mari?” Tanya Tisha kepada Marie Anne yang duduk memandang laptop.

“Aku baru bangun.”

“Cerita lagi? Sambungan ataupun yang baru?”

“Baru.”

“Yang sebelum ni tak habis lagi kau dah buat yang baru.” Temannya itu gila menulis tapi dia pelik berpuluh cerpen dan novel yang ditulisnya satu pun tak pernah diterbitkan. Kenapa agaknya?

“Kali ini lain. Aku rasa watak aku bernyawa.”

“Watak dalam cerita mana bernyawa. Mimpi kau je tu. Kau jangan sampai tak dapat bezakan antara realiti dan fantasi.”

“hmmmphh…”

“Aku sambung tidur.”

Alis memandang kiri dan kanan jalan. Kelemahan utamanya adalah dia tak pandai melintas jalan. Dia ada traumanya sendiri.

“Sampai bila kau nak berdiri dekat situ? Bila kau nak melintas?” Tanya Mira didalam telefon. Dia dan yang lain sudah lepas melintas jalan tapi Alis masih lagi tidak bergerak daripada tempatnya.

“Korang masuklah dulu, beli tiket. Nanti aku susul korang. Korang jangan tunggu aku. Pergilah.” Ujar Alis sambil memandang jalan.

“Okey. Kitaorang masuk dulu.” Ujar Mira sambil mematikan talian.

Alis teragak-agak melintas. Seseorang tertolaknya ke hadapan. Sebuah kereta menghampirinya.

***Streeett*** bunyi brek kereta.

Marie Anne tersedar. Dia memeriksa tubuhnya. Semuanya elok sahaja. Dia meraup mukanya.

“Mimpi…” Ucapnya sendiri. Dia bersyukur dalam hati bahawa kejadian tadi hanya mimpinya sahaja kerana jika tidak pasti tubuhnya hancur diatas jalan.

“Apasallah dengan aku ni?” Tanya Mari sendiri.

Tisha berdiri dimuka pintu dengan berus gigi didalam mulutnya.

“Aku tau apa yang tak kena dengan kau. kau tu obses dengan penulisan kau sampai kau terbawa-bawa dalam dunia nyata. Kau dah makin tak kenal antara dunia fantasi dan alam khayalan. Stoplah Mari, continue your life. Alam fantasi tu tak bawa kemana pun.”

“But the dream looks real to me.”

“Kau tutup laptop kau tu, pergi mandi dan pergi kerja. Kalau kau sendiri kau Mr Ong tu tak suka pekerja dia datang lewat.”

“The dream really looks real. Trust me.”

“Stop it atau aku akan fikir yang kau dah gila.” Ujar Tisha berlalu pergi.

Nudia memandang Alis. Alis hanya diam membisu. Mereka berdua sedang menunggu pemuda yang menyelamatkan Alis keluar daripada bilik rawatan pesakit luar. Facriz mendapatkan Alis.

“Awak okey ke?”

“Hmmphh.” Alis bimbangkan pemuda yang menyelamatkan dia tadi. Harap-harap tak seriuslah kecederaannya.

Pemuda itu keluar 15 minit kemudian.

“macam mana?”

“tak ada apa yang serius. Semuanya okey.”

“Tangan tu…”

pemuda itu melihat tanganya yang berbalut.

“Hal kecik je. Luka ni 3, 4 hari lagi okeylah.”

“Nak kena bayar ganti rugi ke?”

“Ganti rugi? Buat apa? Tak payahlah.” Jonier memandang Nudia. “Dia kawan awak, takkan awak tak tau yang dia ada trauma? Kenapa tak tolong dia melintas jalan?”

“Err… saya tak tau yang dia tak tau melintas jalan.” Ujar Nudia sambil memandang Alis. Sumpah dia tak tau.

“Dia memang tak tau.”

“Nasib baik dia tak ada apa-apa.”

Marie Anne memandang sekumpulan remaja yang berada dikoridor hospital.

“Dr Izzuan ada?” Tanya Mari kepada remaja tersebut.

“Ada kat dalam.” Jawab Jonier.

Alis memandang Marie Anne tidak berkelip. Dia seperti pernah melihat wanita itu sebelum ini.

“Okey, terima kasih.” Ucap Mari sambil tangannya memulas tombol pintu.

“Saya Alis, ni kawan saya Nudia dan Facriz.”

Marie Anne berhenti melangkah. Dia terpaku. Nama-nama itu, nama-nama itu adalah nama-nama dalam ceritanya.

“Saya Jonier. Boleh panggil Jo. Okeylah saya ada kerja lagi. Jumpa nanti.”

“Terima kasih sebab tolong saya.” Ucap Alis.

“Jomlah… yang lain dah tunggu kat luar.” Ujar Nudia menarik Alis mengikutnya.

Mari memandang remaja tadi. Dia memandang setiap satu daripada mereka. Mereka sama dengan gambaran wataknya, nama juga sama. Adakah dia sudah gila atau mimpinya sememangnya adalah kenyataan?

“Mari, masuklah.”

Alis kelihatan terganggu sepanjang perjalanan dia diam berfikir.

“Ada masalah ke?” Tanya Facriz.

“Tak ada.” Jawab Alis. Terlupa pula mamat disebelahnya ini.

“Ada luka kat mana-mana ke?”

“Tak ada.”

Facriz menghela nafas panjang.

“kenapa?”

“sebab sepatutnya saya yang melindungi awak bukannya mamat tadi. Saya yang bawa awak keluar jadi saya yang patut selamatkan awak.”

“kerja tuhan, kita tak tahu.”

Alis memandang ke kiri. Dia lihat pemandu kereta disebelahnya. Lelaki itu turut memandangnya. Lelaki itu menurunkan cermin kereta.

“Nak pergi mana?” Tanya Jonier sambil melirik ke arah Facriz yang seperti tidak gemar melihatnya.

“Balik Arau.”

“Arau? Kebetulan saya nak pergi sana.”

“Kenapa?”

“Saya nak daftar diri. Saya pelajar Uitm Arau.”

“Really? Kebetulan saya pelajar uitm arau jugak.”

“Bolehlah awak tunjukkan jalan.”

“Boleh…”

“Why not you hop in my car?”

“Wait…” Alis memandang Facriz. “Saya turun sini. Saya balik dengan Jo.”

“Awak tak kenal dia.”

“Memang tak kenal dia tapi saya tau dia baik. Dia selamatkan nyawa saya.” Ujar Alis sambil membuka pintu kereta. Dia masuk ke dalam kereta Jo.

“Alis!!!” Panggil Facriz tapi Alis tidak mengendahkannya.

Mari memusingkan kerusinya. Dia mula pening dengan ceritanya sendiri. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan melalui cerita ini? Cerita tak kesampaian ataupun perhubungan disetengah jalan?

“God help me!”

Dia masih lagi teringat remaja yang dia temui siang tadi. Siapa agaknya mereka? Adakah itu semua hanya kebetulan sahaja?

Nudia bengang. Dia menutup pintu kereta dengan kasar. Aminah terkejut melihat perubahan sikap Nudia. Apa yang tak kena? Siapa yang telah buatkan Nudia bengang?

“Kenapalah perempuan tu bodoh sangat? Kenapa?”

“Kau marah pasal apa? Pada siapa?” tanya Minah sambil menekan suis kipas.

“Alis!”

“kenapa dengan dia?”

“Aku susah payah pasangkan dia dengan Facriz tapi dia boleh berkepit dengan hero dia tu.”

“Dia tak mintak kau buat macam tu kan?”

“But she love him and he love her.”

“Mana kau tau.”

“I know la.”

“Biarlah dia yang tentukan hidup dia sendiri.”

“But Facriz sesuai untuk Alis. They match together.”

“Ketentuan tuhan. Soal hidup ni kita hanya mampu merancang tapi DIA yang tentukan. Remember that.”

Nudia terdiam. Dia ingin sangat melihat Alis dan Facriz bersama.

Nudia lihat Alis ketawa gembira disisi Jonier. Mereka nampak serasi bersama. Alis melambai Nudia.

“Nudia tak sukakan saya kan?” UjarJonier kepada Alis.

“kenapa cakap macam tu?”

“She never smiles when she met me.”

“Bad mood kot. Wrong timing.” Bisik Alis.

“Nampak Facriz?” Tanya Nudia sambil mencari-cari kelibat Facriz.

Alis menggelengkan kepalanya.

“We suppose met here now.”

“Dia ada kerja kot.”

Nudia memandang Jonier. Dia sangat berharap yang Jonier hilang dari pandangan matanya.

“Sorry Alis. Saya ada kelas in 10 minute. I see you later.”

“Yeah, sure. See ya.” Ujar Alis melambaikan tangannya kepada Jonier.

Sebaik sahaja Jonier pergi barulah Facriz muncul.

“Sooryy… jumpa lecturer tadi.”

“Its okey.”

“Let’s settle our problem.”

“Our problem? Kau maksudkan masalah kau dengan Facriz kan? Kenapa ada aku pulak?”

“Its involve you. Speak Facriz.” Aran Nudia. Dia tak kira, dia mahu segalanya selesai dengan pantas. Dia tak mahu Jonier mendahului apa yang telah direncanakannya.

“I love you, Alis. I really love you and i meant it.”

Alis kaku memandang Facriz.

“Leave Jonier and please accept me.”

“Kenapa saya nak tinggalkan Jonier? Saya takkan tinggalkan dia.” Kata-kata Alis itu menunjukkan Alis menolak cinta Facriz kepadanya.

“I’m the one who love you most.”

“Okey, sorry. I actually hate this lovey-dovey thing. So, see ya.” Ujar Alis ingin melarikan dirinya.

“Alis… face me please. Said that you didnt love me. Please say that you hate me.”

Alis memandang Facriz tepat ke matanya.

“Fine, i hate you.” Ujar Alis sambil berlalu pergi.

Facriz terduduk. Nudia tergamam. Dia yakin yang Alis cintakan Facriz sebelum ini. Takkan sekelip mata sahaja rasa cinta itu hilang? Ia amat mustahil.

Mahu sahaja Marie Anne menghantukkan kepalanya ke atas meja. Apa yang tak kena dengan dirinya. Dia adalah Nudia ataupun Alis? Yang mana satu patut dia jiwai wataknya? Yang mana satu patut dia sinarkan wataknya? Rasanya dia tak patut mengangungkan mimpinya itu. Ia semakin memburukkan pemikirannya.

Alis memandang Jonier yang menghadiahkan senyuman kepadanya. Ahh… tampannya jejaka itu ditambah pula dengan senyuman memikat kalbu. Mau tak tidur seminggu dibuatnya.

“Tak tau apa kena dengan Nudia. Apa yang dia fikir? Apasal dia senang-senang nak jodohkan saya dengan Facriz tu? Ingat saya hingin ke dengan Facriz tu? Sorrylah.”

“Takkan sikit pun awak tak suka Facriz tu?” Tanya Jonier sekadar menguji Alis.

“Well… i admitt before this I have a little feeling for him but that is before…”

“You met me right?” Sambung Jonier.

Alis tersenyum. Dia akui lelaki itu punya tarikannya yang tersendiri. Dia rasa Jonier lebih baik daripada Facriz.

“Actually I really dont remember why I like him before.” Ujar Alis sambil cuba mengingat kembali sebab dia menyukai Facriz.

“Tak payah ingatlah. Buat semak kepala je.”

Nudya memandang Alis dan Jonier dari jauh. Dia mengetapkan bibirnya. Ada sesuatu mengenai Jonier yang membuatkan dia mencurigai Jonier. Siapa Jonier yang sebenarnya?

“Mustahil perasaan suka Alis pada Facriz hilang macam tu aje.” Bisik Nudya pada dirinya sendirinya.

Sekali lagi. Dia akan mulakan semuanya sekali lagi. Dia yakin rancangannya menjadi. Nudya menarik tangan Alis. Mereka ingin melintas jalan. Alis terasa darahnya naik ke kepalanya. Kereta dikiri kanan meluncur dengan laju. Dia terasa bagai membunuh diri.

“Nudya!!! Kau buat apa ni?!!” Jerit Alis. Terasa bagai nyawanya bakal hilang bila-bila masa sahaja.

“Ikut jelah.”

“Nudya… kau nak mati pun jangan bawak aku sekali.”

Nudya berhenti ditengah jalan yang penuh dengan kenderaan yang menyusur laju. Dia melepaskan pegangannya.

“Nudya…” Alis mula panik. Takkan Nudya mahu meninggalkan dia ditengah jalan itu? Nudya mahu membunuhnyakah? Apa salahnya? Apa dosanya kepada Nudya?

Nudya meninggalkan Alis. Dia meninggalkan Alis seorang diri ditengah jalan. Kenderaan yang lalu-lalang membunyikan hon, ia semakin membuatkan Alis ketakutan. Air matanya jatuh berjuraian. Dia berdoa dalam hati semoga ada seseorang datang menyelamatkannya.

Sebuah kereta berhenti disebelahnya. Facriz keluar daripada perut kereta dengan pantas. Dia menarik tangan Alis dan membawa Alis masuk ke dalam kereta. Dia memandu dan perlahan berhenti ditepi jalan.

“Macam mana awak boleh ada kat tengah jalan tu? Apa kau buat? Apa yang awak cuba nak buktikan?” Tanya Facriz. Dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu bagaimana bimbangnya dia apabila melihat Alis berdiri ditengah jalan yang penuh dengan kereta.

“I dont know, i dont know.” Ujar Alis dengan tubuhnya menggigil. Dia langsung terlupa mengenai Nudya.

“Its okey. Awak dah selamat. Calm down. Awak takkan apa-apa selagi saya masih ada.” Ucap Facriz cuba menenangkan hati Alis.

Alis menganggukkan kepalanya.

Nudya tersenyum melihat Facriz menyelamatkan Alis. Itu sahaja cara untuk membuatkan Alis jatuh cinta pada Facriz semula. Dia hanya perlu bermula dimana hati Alis hilang. Jonier menghampiri Nudya.

“I really curious who are really are you? Angel? Cupid? Some witches?” Ujar Jonier. Dia tidak tahu siapa Nudya sebenarnya. Nudya telah menghancurkan rancangannya. Yang pasti Nudya bukan sebarangan orang.

“None of it. I’m just human. Unlike you, demon.” Ujar Nudya berlalu meninggalkan Jonier.

Akhirnya dia tahu siapa Jonier. Suatu makhluk yang menyukai perpisahan, perpecahan dan kebencian.

Alis mencapai satu buku dari dalam kotak barangan lamanya. Dia membelek diari tersebut. Ia diari miliknya 3 tahun lepas. Alis membelek diari itu dan matanya terhenti pada bahagian paling belakang diari itu. Dia rasa dia pernah mendengar nama Nurdia Yahya tapi dia tidak ingat dimana.

“Kenapa?” Tanya Facriz apabila melihat Alis tidak bergerak.

Alis menunjukkan nama didalam bukunya.

“Do you remember anyone with the name Nurdia Yahya?”

Facriz mengerutkan dahinya kemudian dia menggelengkan kepalanya.

“Maybe just someone that you met.”

“I don’t remember anyone on this name but it’s weird that i have her name in my diaries. She might be someone important to me.”

Facriz tersenyum sendiri. Dia memeluk Alis. Dia mengucup pipi Alis. Sayangnya pada Ailis hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia takkan melepaskan Ailis pada sesiapa.

“Maybe you just figure out our child name and wrote it on your diaries.”

“okey… it might be right.” Ujar Alis sambil meletakkan diari itu kembali ke tempatnya. “Okey honey, we need to move now before me given birth here.” Ujar Alis sambil berjalan berhati-hati keluar menuju ke kereta mereka. Bila-bila masa sahaja dia akan melahirkan anak sulungnya.

Marie Anne menekan butang terakhir. Akhirnya ia siap. Tapi cerita itu kelihatan pelik. Macam tak logik dek akal je.

“Who actually Nurdia Yahya? Who actually Alis?” Tanya Tish sambil membaca cerita yang ditulis Mari.

“Bila masa kau muncul?”

“we just a fiction character. Kita mampu buat apa yang kita nakkan.”

“Nurdia Yahya just a butterfly who lives to spread her beuty to the world and then died. Her life is short but meaningful to other.” Jawab Marie Anne.

-Prototaip Mimpi Si Rama-Rama-

The stories just blow off from my head. I dont really know why I write this kind story. It just for fun only. Never take this story seriously.

Sincerely,

Gizmo Going Mad




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

35 ulasan untuk “Cerpen : Prototaip Mimpi Si Rama-rama”
  1. noorul says:

    haram jadah nak faham… tu ayat yg mula2 singgah kat benak… pi sy rewind bce cter ni 3kali u know… now, perghh, fantantic story maaa… gud job

  2. Witchzard says:

    Assalamualaikum…
    Kepada reader yang tak faham penulisan saya ni saya mintak maaf banyak-banyak.
    Cerita ni saya tulis satu malam je. Cerita ni adalah ilham dari mimpi saya. saya garapkan jadi cerpen.
    Tak sempat nak edit kasi cantik sikit.

    TERIMA KASIH sebab sudi komen. Saya akan perbaiki cara penulisan saya.

  3. myna crazzy says:

    ekkkk kite x bape nak phm
    bce skali,dua kali x phm jgak..bce kali ketiga bru phm ckit2
    best lah jugak citer ni

  4. Az53 says:

    Smart !
    Cite yg laen dr yg laen..
    Keep it up..
    Good job writer..
    I love your story!!

  5. ar rayyan says:

    T…. mmbuat org brfkr… lain dr yg lain… gud job

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"