Cerpen : Warkah Ayah

14 April 2013  
Kategori: Cerpen

7,667 bacaan 7 ulasan

Oleh : qisya alisha

“Setakat sini saja perbincangan kita dengan ini saya menyerahkan tender yang berjumlah 1.2 juta ini kepada syarikat cristal line.”

Semua staff yang berada dalam bilik mesyuarat bangun sambil menepuk tangan .Datuk Mansor yang ada dalam mesyuarat tersebut tersenyum melihat anak buahnya berjaya mendapatkan projek yang diidam-idamkn selama ini.Datuk Mansor menghampiri Daniel yang berbual dengan staf-staf yang lain.Kedatangan Datuk mansor telah di duga oleh Daniel.

“Datuk nampaknya kita dah dapat projek ni.”

“Tahniah Daniel saya bangga dengan kamu kerana berjaya mendapatkan tender ini.”

“Terima kasih Datuk saya harap projek ini akan berjalan dengan lancar.”

“Saya suka dengan kamu Daniel kamu telah menunjukkan contoh kepada pekerja lain dan saya suka kalau kamu saja yang menguruskan projek ini.”

“Terima kasih Datuk kerana memberikan kepercayaan kepada saya,saya akan pastikan projek ini akan siap tepat pada masanya.”

Datuk Mansor meminta diri kerana ada hal yang nak diselesaikan katanya.Selesai saja staf meninggalkan bilik mesyuarat Daniel mengemas semua kertas kerjanya.Dalam sibuk dia mengemas tiba-tiba telefonnya berdering.Tanpa melihat siapa pemanggilnya dia menjawab panggilan tersebut sambil mengemas kertas kerjanya.Kedengaran suara tua dengan sedikit batuk di hawa telinga Daniel.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam Daniel ni ayah kamu tak cuti lagi ke?”

“Ayah Daniel sibuk ni takde masa nak balik sekarang ni ada projek baru Daniel nak siapkannya dengan cepat nanti kalau ada masa Daniel baliklah.”

“Ayah bukan apa ayah rindu sangat kat kamu lagipun ayah tak sihat ni baliklah nak tengok ayah sekejap pun jadilah ayah tak minta apa-apa pun dari kamu.”

“Ayah kan Daniel dah cakap yang Daniel banyak kerja nanti Daniel baliklah.Kalau ayah tak sihat suruh Pak cik Zarul temankan ayah pergi klinik.Kalau duit tak cukup ayah cakap kat Daniel nanti Daniel tambahkan.”

“Takpelah Daniel kalau kamu tak boleh balik nanti ayah ajak Zarul temankan ayah pergi klinik.”

“Yelah ayah Daniel banyak kerja ni assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Pak cik Syukri meletak gegang telefon hatinya menjadi sebak seketika.Kenapalah Daniel mementingkan kerjanya daripada dia yang telah membesarkannya.Pak cik Syukri cepat-cepat membuang perasaan sedihnya.Dia bangun apabila terasa geselan kucing dikakinya.Kucing itulah tempat dia bermanja setelah Daniel melanjutkan pelajaran dulu dia amat sayangkan kucing tersebut sehingga memanggilnya sebagai putih.

****

“Syukri sudahlah tu kau tu bukannya sihat sangat nak menebas kebun ni.Kau upahlah orang untuk jaga kau punya kebun ni.”

“Kau tak faham Zarul kebun nilah yang memberi rezeki dan sumber kehidupan kepada aku dan Daniel anak aku.Kalau takdelah kebun ni takdelah Daniel tu belajar dan berjaya Zarul.”

“Aku bukannya nak melarang kau Syukri tapi tengoklah diri kau tu dengan batuknya dengan lemahnya kalau macam ni baik kau rehat je kat rumah.”

“Aku masih mampu lagi Zarul tak usahlah kau risau pasal aku.”

“Aku cuma nasihatkan kau Syukri.”

Pak cik Syukri terus menebas rumput tanpa menoleh ke pangkin yang di duduk oleh Zarul kawannya.Sambil menebas batuk Pak cik Syukri semakin menjadi –jadi.Dia duduk sekejap dan mengurut dadanya.Zarul yang melihat kelakuan Syukri bangkit dari duduknya dan menghampiri Syukri.Dia memapar Syukri dan membawanya ke pangkin yang di duduk tadi.

“Itulah Syukri aku dah cakap kau tak nak dengar.”

“Alah,sikit je ni aku boleh lagi kerja.”

“Tengok degil betullah kau ni.Daniel tahu tak ni yang kau sakit.”

“Dia sibuklah Zarul aku tak nak kacau dia.”

“Kenapalah kau ni Syukri sepatutnya kau kena bagitahu dia,dia berhak tahu.Takpelah aku bawa kau balik menjadi-jadi aku tengok batuk kau.”

Zarul membawa Syukri pulang Syukri hanya mengikut saja Zarul.Dia sedar yang sakitnya sudah teruk tapi dia tidak suka duduk saja tanpa apa-apa kerja.Dia tidak kisah dengan dirinya kerana bila-bila masa saja dia akan pergi.Hatinya rasa lega kerana sempat pinangkan Nur Ain Syakira untuk Daniel.Bila dia takde sekurang-kurangnya ada orang yang akan menjaga Daniel.

****

“Assalamualaikum Pak cik.”

“Sapa pulak yang panggil ni?”

Pak cik Syukri berjalan menuju ke ruang tamu.pelahan-lahan dia membuka pintu.Tidak diduga rupa-rupanya Ain yang datang dengan membawa bekalan.Sejuk mata Pak cik Syukri memandang Ain.Memang sesuailah Ain untuk anaknya katanya di dalam hati.

“Pak cik ni Ain ada bawakan makanan sedikit untuk Pak cik.”

“Buat susah-susahkan kamu je Ain.Nanti sampaikan salam pak cik kat mak ayah kamu ye.”

“Takde apa Pak cik lagipun Pak cik tak sihat tu yang Ain bawakan makanan untuk Pak cik .Insya allah pak cik Ain akan sampaikan.Kalau takde apa-apa Ain balik dulu Pak cik assalamualaikum.”

“Terima kasih ye waalaikumussalam.”

Pak cik Syukri membawa makanan yang diberi Ain masuk.Inilah rezekinya dia bagikan makanan tu kepada dua satu untuk kucingnya dan satu lagi untuk dirinya.Selesai makan dia mengemas pinggan mangkuk yang kotor.Pak cik Syukri masuk ke bilik dia duduk diatas katil dengan mencapai gambar arwah isterinya.Kalaulah kamu ada Mariam dan kamu lihat kejayaan Daniel tentu kamu gembira.Abang dah cuba didik Daniel sebaik yang boleh tapi abang tak tahu mana silapnya abang sehinggakan abang sakit pun dia tak nak balik.Adakah ini salah abang Mariam terlalu manjakan dia Mariam.

“Assalamualaikum Syukri.”

“Bang senyap je entah-entah dia dah keluar tak.”

“Eh,kamu ni kalau dia dah keluar lama dah aku nampak dia kat kebun tadi ni dah petang Sal takkanlah tak balik lagi.”

“Tapi bang saya peliklah tingkap tak buka tutup je cuba abang buka pintu tu boleh buka ke tak.”

“Ye tak jugakkan saya pergi tengok jap.”

Zarul cuba membuka pintu depan rumah Syukri.Dua tiga kali cuba di buka tapi tidak boleh buka dia pergi ke pintu belakang.Dia melihat tidak berkunci pintu pagar belakang.Dia cuba pulak membuka pintunya.Tidak berkunci katanya dalam hati.Zarul memanggil isterinya yang ada di depan rumah.Salmah segera pergi ke pintu belakang.Zarul terus memanggil Syukri tetapi tiada sahutan didengarinya.Dia segera ke bilik Syukri.Terkejut dia yang Syukri masih belum bangun lagi dari tidurnya.Zarul cuba mengerakkan Syukri.Zarul menundukkan kepalanya dengan menarik sebingkai gambar yang di peluk oleh Syukri.Salmah yang melihat kelakuan suaminya menghampirinya.Dengan nada yang sebak Zarul memberitahu Salmah bahawa Syukri telah meninggal dunia.Salmah turut bersedih dengan apa yang didengarnya.Zarul menyuruh Salmah memanggil orang kampung.Selepas Salmah pergi Zarul ternampak sehelai kertas yang dilipat dengan kemas.Zarul ingin membukanya tetapi tertera nama Daniel dia membatalkan niatnya untuk membacanya dan diletakkan surat itu di dalam laci meja.Zarul cuba menelefon Daniel tapi tidak di angkat dia menelefon untuk kali yang kedua baru panggilan di angkat.

“Assalamualaikum ni Daniel ke?”

“Waalaikumussalam ye..sapa ni?”

“Daniel ni pak cik Zarul ada benda yang pak cik nak cakapkan dan pak cik harap kamu bersabar.”

“Apa bendanya tu pak cik?”

“Ayah kamu dah meninggal.”

Tiba-tiba senyap Zarul merasakan kesedihan di hati Daniel dan dia mengharapkan Daniel balik untuk melihat wajah ayahnya buat kali yang terakhir.Zarul meletakkan gegang telefon.Bila Salmah pulang dia bertanya kepada suaminya sama ada Daniel telah di beritahu atau belum tentang ayahnya dan Zarul hanya menganggung.

Daniel terduduk selepas mendapat panggilan dari pak cik Zarul.Dia tidak dapat menahan air mata yang berlinangan bagaikan empangan yang pecah.Faris yang berada di tapak projek bergegas ke arah Daniel yang terduduk dengan kedengaran dia menangis.Faris cuba bertanya kepada Daniel dan menenangkannya.

“Daniel kenapa ni apa yang dah berlaku?”

“Ayah aku Faris…ayah aku..”

“Sabar Daniel kenapa dengan ayah kau.”

“Ayah aku Faris dia dah tinggalkan aku.”

“Sabar Daniel sabar.”

“Aku nak balik Faris kau boleh handle kan projek ni kan.”

“Takpelah Daniel kau baliklah nanti aku tolong uruskan cuti kau.”

“Terima kasih Faris.”

Daniel bersalaman dengan Faris dan terus meninggalkan tapak projek.Dalam fikirannya hanya memikirkan ayahnya saja.Dia tidak dapat menahan kesedihan.Dia cepat-cepat membuka pintu kereta dan memulakan pemanduannya ke kampung.Daniel teringat perbualan dengan ayah tiga hari lepas dan itulah perbualannya yang terakhir.Jauh dari lubuk hatinya terasa penyesalan yang teramat sangat.Maafkan Daniel ayah Daniel lupa segalanya kerana harta dan lupa pada ayah Daniel memang anak yang derhaka.

“Zarul macam mana ni lewat dah ni tak elok kita melambatkan pengebumian.”

“Tok tunggu sekejap boleh tak kejap lagi baliklah Daniel tu.”

“Takpelah kalau dalam tempoh 30 minit Daniel masih tak sampai kita kebumikan jenazah lagipun dah jauh malam.”

“Baiklah tok.”

Zarul tidak duduk diam kerana risau yangDaniel tidak sempat melihat ayahnya sebelum dikebumikan.Masa terus berlalu dan tempoh 30 minit pun berlalu.Zarul tidak dapat berbuat apa-apa tok imam mengarahkan orang kampung mengangkat keranda.Tidak lama cahaya lampu masuk ke halaman dan pemandunya cepat-cepat mematikan kereta.Zarul merasa lega kerana Daniel sampai tepat pada masanya.Tanpa memandang kiri kanan Daniel terus masuk dalam rumah.Dengan pelahan-lahan dia mendekati jenazah ayahnya

“Ayah maafkan Daniel ayah Daniel lupa pada ayah Daniel menyesal ayah Daniel menyesal.”

“Sudahlah tu Daniel sabar banyak-banyak”kata Zarul cuba menenangkan Daniel

“Boleh kita kebumikan sekarang.“

“Silakan tok”kata Zarul

Jenazah dibawa ke kawasan perkuburan.Selesai saja majlis pengebumian semua orang kampung meninggalkan kawasan perkuburan.Daniel masih lagi duduk di kubur ayahnya.Zarul yang melihat Daniel tidak bangun-bangun dari tempat duduknya terus menghampiri Daniel.

“Daniel mari kita balik hari dah jauh malam dah ni.”

“Pak cik kalaulah saya balik masa tu mesti ayah adakan.”

“Daniel kita tak boleh melawan takdir apa yang jadi tu kita tak boleh nak undur.”

Daniel pelahan-lahan bangun dari duduknya dan agar lemah pergerakkannya.Dia hilang kekuatan hanya mengikut ke mana saja pak cik Zarul membawanya.Sampai saja di rumah Daniel duduk diam saja tanpa berkata apa-apa.Zarul yang melihat kelakuan Daniel menghampiri Daniel.

“Kenapa ni Daniel?”

“Takde apa-apa pak cik.”

“Pak cik ada benda nak cakap dengan kamu ni.”

“Apa dia pak cik?”

“Ni surat ni untuk kamu pak cik jumpa dekat bawa bantal arwah ayah kamu.”

“Pak cik boleh tak letak dekat atas meja tu nanti saya baca.”

“Kalau takde apa-apa pak cik balik dulu.”

“Terima kasih pak cik.”

Selesai saja semua orang balik Daniel menutup pintu.Dia duduk sekejap dan melihat rumah yang banyak menyimpankan kenangan bersama arwah ayah.Semua kemahuannya ayah pasti akan tunaikan,tidak pernah sedikit pun ayah merungut dan rumah ini jugaklah dia mengenal erti hidup yang sebenar.Dalam dia memerhatikan keadaan rumah dia teringat surat yang di suruh diletakkan diatas meja.Daniel mencapainya dan membukanya.

Kepada anakku Daniel mungkin hidup ayah tidak panjang lagi dan ayah harap Daniel akan jaga diri dengan baik.Ayah bukanlah seorang ayah yang baik kerana tidak dapat memberi kemewahan kepada Daniel tetapi dengan kasih sayang ayah ini dapat memberikan kebahagiaan kepada Daniel.Ayah jugak mengharapkan yang Daniel menerima Ain sebagai isteri Daniel didiklah dia sebaik-baiknya nak.Selama ni ayah tidak pernah mengambil duit yang dikirimkan dan duit itu ayah simpan untuk kegunaan Daniel suatu hari nanti.Ayah jugak ingin mohon maaf kepada Daniel kerana selama ini tidak memberitahu penyakit yang ayah hidapi ayah tak nak Daniel sedih.Adakalanya ayah sedih kerana ayah tidak dapat mendidik Daniel menjadi insan yang baik maafkanlah ayah untuk kali yang kedua kerana tidak dapat menyempurnakan apa yang sepatutnya ayah lakukan sebagai seorang ayah.Ingatlah Daniel setiap apa yang Daniel lakukan pada ayah,ayah tidak pernah ambil hati walaupun terdetik rasa kecil hati tapi ayah membuangnya jauh-jauh.Jagalah dirimu elok-elok anakku.

Menitis air mata Daniel bila membaca coretan terakhir ayahnya.Hatinya menjadi sebak dengan perbuatannya sendiri kerana mengabaikan seorang ayah yang amat menyayanginya.Tidakkah dia terlalu mementingkan kemewahan daripada tanggungjawab sebagai seorang anak.Alangkah berdosanya aku kepada ayahku sendiri.Daniel melipat semula kertas ditangannya dengan berbakikan sisa-sisa tangisannya dia terlena diatas sofa.

***

Bunyi di dapur menjadi riuh bila dua beranak bertemu.Ain dan maknya sibuk di dapur untuk membuat sarapan pagi.Sudah menjadi kebiasaan bagi Ain dan maknya untuk membuat sarapan pagi selepas saja subuh.Ain terpikir untuk buat bekalan untuk abang Daniel.Dia mengambil satu bekal untuk diisikan makanan.Dalam mereka sibuk menyiapkan sarapan Pak cik Harun masuk ke dapur.

“Apa yang riuh sangat ni?”

“Takde apa-apa ayah.”

“Kamu buat apa tu Ain.”

“Ain ingat nak bawa bekalan ni untuk abang Daniel.”

“Kalau kamu pergi tu jaga diri ayah tak nak dengar cerita yang bukan-bukan nanti.”

“Baik ayah Ain pergi dulu.”

Ain melangkah keluar dari rumah.Dia berjalan dengan penuh berhati-hati.Bila sampai setengah jalan tiba-tiba terasa seseorang yang mengikutinya.Ain mempercepatkan langkahnya makin Ain cepat orang yang mengekorinya tetap tidak berputus asa.Sampai di satu laluan secara tidak sengaja Ain terjatuh.Kebetulan Daniel berada di kebunnya dan ternampak Ain yang terjatuh dan berada dalam keadaan takut.Orang yang mengekori Ain ingin menghampirinya tetapi membatalkan niatnya apabila melihat kelibat Daniel yang ingin menghampiri Ain.

“Ain kenapa ni?”

“Ain rasa ada orang mengekori Ain.”

“Abang tak nampak pun sapa-sapa perasaan Ain kut.”

“Tadi ada abang Ain nampak tapi Ain tak tahulah sapa orang tu.”

“Sudahlah Ain mari abang tolong Ain.”

Daniel memegang tangan Ain untuk membangunkannya.Daniel melangkah ke kebunnya semula Ain yang dibelakangnya mengekorinya.Daniel mengarahkan Ain duduk di pangkin saja kerana takut mendatangkan fitnah orang kampung.Daniel meneruskan kerjanya semula.Ain meletakkan bekalan yang di bawa diatas pangkin.Dia memandang sekeliling kebun pisang yang pada asalnya diusahakan pak cik Syukri.

“Kenapa Ain datang sini?”

“Sebenarnya Ain nak bagi bekalan ni dekat Abang.”

“Ain abang bukan tak suka Ain datang tapi kebun ni jauh dari pandangan orang.Abang tak nak sesuatu yang buruk terjadi.”

“Abang bukan orang jenis macam tu kan.“

“Ain tak kira ye atau tak kita berdua je di kebun ni.Ain cuba faham keadaan abang bukan nak marah Ain tapi tak sesuai Ain ada dekat kebun ni.Kita takde ikatan yang sah.”

“Ain nak hantar bekalan ni je abang salah ke?”

“Memanglah tak salah tapi jangan terlalu kerap.”

“Ain balik dululah abang.”

“Ain abang hargai apa yang Ain buat takpelah abang hantar Ain balik.”

****

“Assalamualaikum!..”

“Waalaikumussalam.”

“Eh Ain lama tak jumpa Ain dah semakin cantik.”

“Kau nak apa Lokman datang rumah ni mak dan ayah aku takde kau balik je.”

“Janganlah sayang aku datang ni nak tengok kau bukan nak jumpa mak ayah kau.”

“Kau tak faham bahasa ke aku dah tunang dengan abang Daniel.”

“Oh abang Daniel nanti kau satu masa nanti aku akan pastikan yang kau akan menyesal sebab memilih Daniel.”

Lokman berlalu dengan hatinya yang sangat amarah bila mendengar nama Daniel di sebut.Dia akan terus berdendam selagi Daniel masih ada dekat kampung ni.Walaupun dulu mereka pernah bersahabat tapi sekarang semua tu tak penting sekarang ni dia musuh.Satu hari nanti kau akan keluar jugak dari kampung ni baru kau tahu langit tinggi ke rendah.

“Daniel pak cik tengok lama kau duduk kampung ni kau ambil cuti panjang ke?”tanya pak cik Zarul.

“Takdelah pak cik saya ingat nak berhenti kerja”jawab Daniel menoleh seketika kepada pak cik Zarul.

“Kenapa pulak bukankah kerja kamu bagus kenapa nak berhenti kamu fikir panjang Daniel sekarang ni kerja susah nak dapat nanti kamu nak kerja pe?”

“Bukan macam tu pak cik saya fikir nak duduk kampung je nak uruskan kebun pisang arwah ayah saya ni.”

“Habis tu macam mana dengan rumah kamu dekat Kuala Lumpur tu?”

“Saya ingat nak sewa je dekat orang sekurang-kurangnya takdelah rumah tu terbiar.”

“Baguslah macam tu Daniel arwah cukup sayang dengan kebun ni,walaupun dia sakit dia tetap datang ke kebun ni.”

Bila dengar saja nama arwah ayahnya disebut Daniel menjadi sebak.Mungkin inilah yang diharapkan oleh arwah ayahnya dulu.Dia teringat dulu dia selalu main kapal terbang kertas buatan ayahnya dia pangkin walau penat macam mana pun ayah tak pernah merungut tapi ayah tetap tersenyum melayan kerenah aku yang sangat aktif ketika itu.Aku masih ingat lagi senyuman ayah yang amat manis sekali dan sangat tulus.Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman amin.

****

Ramai penduduk kampung berkumpul di warung pak Siak.Murah rezeki pak Siak awal –awal pagi lagi ramai penduduk kampung bersarapan di warungnya.Tidak menang tangan pak Siak melayan pelanggannya.Pak cik Harun dan Pak cik Zarul ada bersama di warung tersebut.Mereka berbual kosong sehinggalah terdengar cerita yang kurang menyenangkan di meja sebelah mereka.

“Mail kau nak tahu tak sebab apa Daniel tu tak nak balik kampung dulu sebabnya dia jual dadah sebab tu dia hidup mewah lepas tu tak nak balik kampung manalah tahu ayahnya tahu kena tangkap pulak”

“Mana kau tahu ni?”

“Aku dengarlah orang kl bercerita ni sekarang dia nak duduk kampung ni tak tahulah tercemarlah kampung ni dengan dadah.”

“Betul jugak tu kesian betul dekat Ain tu nak kahwin dengan pengedar dadah.”

“Kalaulah aku jadi ayah Ain tu dah lama aku putuskan je pertunangan dia ialah nanti bila kahwin dapat anak macam-macam penyakit..hahaha…”

Pak cik Harun yang dengar perbualan mereka terus bangun dari kerusi dan terus keluar dari warung Siak.Pak cik Zarul yang berada di situ tidak dapat menghalang pak cik Harun.Pak cik Harun berasa sangat marah dan kemarahannya tidak dapat di bendung lagi.Dia menghala jalan ke rumah Daniel.Dia tidak sangka yang Daniel berbuat begitu patutlah dia lama tak balik kampung ni rupanya jual dadah dan nak duduk kampung ni nak rosakkan anak-anak kampung.

“Daniel! Daniel! Keluar kau jangan nak main-main dengan aku,aku kata keluar!”

“Pak cik kenapa ni?”

“Kau jangan nak tanya aku kenapa mulai hari ini aku akan putuskan pertunangan kau dan Ain Syakira.”

“Pak cik kenapa ni nak putuskan pertunangan kami kalau ada masalah kita boleh bincang.”

“Aku tak nak bincang dengan orang jual dadah.”

Terkejut Daniel bila dengar pak cik Harun kata dia pengedar dadah.Tidak terfikir Daniel yang orang kampung menfitnahnya tanpa usul periksa.Selepas pak cik Harun memarahi Daniel dia terus berlalu dengan rasa marah di dalam hatinya.Daniel terduduk bila dituduh pengedar dadah dia hampir menitiskan air mata.Ya Allah apakah salah aku sehinggakan orang kampung menfitnah aku sebegini rupa.Kau berilah ketabahan di dalam hatiku ini untuk menempuhi dugaanmu ini.

****

Daniel pergi ke kebunnya seperti biasa walaupun ramai orang kampung memandang serong kepadanya tetapi bukan semua yang memandang hina padanya.Dia tidak mempedulikan orang kampung yang penting dia tidak buat benda terkutuk tu.Dalam sibuk Daniel menebas kebunnya tiba-tiba Ain muncul dengan sayup tangisannya.

“Sampai hati abang memutuskan pertunangan kita.Apa salah Ain abang sehingga abang sanggup memutuskan pertunangan kita?”

“Ain mungkin kita dah takde jodoh ramai lagi lelaki lain yang sesuai untuk Ain.”

“Ain tak nak yang lain Ain nak abang.Abang cakap abang apa salah Ain?”

“Ain tak salah dah memang kita takde jodoh.”

“Abang tipu abang tipu Ain tak percayakan abang lagi Ain benci abang.”

“Ain dengar apa yang abang nak cakap ni…”

Belum sempat Daniel menghabiskan percakapannya Ain pergi meninggalkannya.Daniel berhenti buat seketika runsing fikirannya memikirkan apa yang berlaku tadi.Adakah apa yang dicakapkan tadi patut atau memberitahu perkara sebenarnya.

“Daniel..Daniel..kesian kau aku tengok tunang lari hahahah…dulu lagi aku dah cakap hidup kau takkan bahagia duduk dekat kampung ni tapi kau degil tak nak dengar tengok sekarang apa dah jadi.”

“Lokman kau dah balik.”

“Ops..nanti dulu sapa Lokman aku bukan kawan kau lagi kau tu musuh aku.Ini aku datang ni sebab kesian dengan hidup kau kenapa kau tak mati je ikut ayah kau kan aman ops..terlepas cakap pulakkan.”

“Memang itu yang kau nak kan Lokman baik aku mati daripada aku hidup.Kenapa kau tak boleh nak maafkan aku Lokman besar sangat ke dosa aku dekat kau.”

“Tidak semudah itu Daniel aku nak maafkan kau aku nak kau terseksa seperti mana aku rasa dulu.Disebabkan kau lah hidup aku musnah aku dah takde apa-apa.Apa yang aku impikan semuanya kau dah ambil aku jadi macam ni sebab kau,kau lah punca segala-galanya.”

“Aku tak buat semua tu Lokman kenapa kau tak percaya aku kau kawan baik aku takkan aku nak hancurkan hidup kau.”

“Aku tak peduli tu semua yang penting aku puas melihat kau derita.”

****

“Darus kau tak kisah ke kawan dengan aku,aku ni kan pengedar dadah.”

“Sapa cakap kau pengedar dadah aku tahu kau kena fitnah Daniel.”

“Aku malas nak fikir Darus sapa yang fitnah aku lama-lama senyaplah orang kampung.”

“Aku tahu sapa yang fitnah kau Daniel.”

“Biarlah Darus dah tiga bulan dah tapi orang kampung bercerita pasal aku lagipun aku takde bukti nak tuduh orang.”

“Kau kena tahu jugak Daniel.”

“Kau kenapa Darus kau ada sembunyikan sesuatu dari aku ke?”

“sebenarnya..sebenarnya..”

“Sebenarnya apa?”

“Sebenarnya masa sekolah dulu aku lah punca kau dan Lokman bergaduh maafkan aku Daniel.”

“Apa yang kau merepek ni.”

“Aku tak merepeklah sebenarnya kotak rokok tu aku yang letak dekat dalam beg Lokman padahal aku tahu yang kau dah buang kotak tu.Aku cemburu sebab ke mana-mana saja kau mesti dengan Lokman aku rasa macam aku disisihkan maafkan aku Daniel.”

“Ya Allah Darus aku dan Lokman tak pernah sisihkan kau Darus tak pernah sama sekali.”

Darus tidak habis-habis salahkan dirinya atas perbuatannya yang dulu.Daniel bagaikan tidak sanggup melihat dirinya.Daniel bangkit dan cuba menenangkan Darus.Walau apa sekalipun Darus perlu meminta maaf kepada Lokman itu adalah cara terbaik dan pergaduhan yang sekian lama berlalu mungkin boleh dijernihkan.

****

Lokman sibuk membaiki kenderaan yang di hantar clientnya.Dalam kesibukkan Lokman membaiki dia ternampak kelibat kenderaan yang memasuki bengkelnya.Dia menjenguk seketika dan bila melihat Daniel yang keluar dari kenderaan tersebut dia terus berpaling dan mengarahkan pekerjanya yang lain menguruskannya.Setelah pekerjanya menerima arahan dia terus menghampiri Daniel dan Darus.Darus terus masuk ke dalam bengkel tanpa mempedulikan pekerja Lokman.

“Lokman we need to talk.”

“Bincang apa Darus yang kau bawa mamat ni apasal aku menyampah betul dia datang bengkel aku ni kalau nak betulkan kereta tu pergilah tempat lain.”

“Penting ni Lokman kau perlu tahu jugak.”

“oklah tapi bukan dekat sini.”

Lokman dengan rasa berat hati terpaksa mengikut Darus.Kalau bukan disebabkan kawan mahu jugak dia belasah Darus kerana menganggu kerjanya.Daniel yang memerhati dari jauh mengukir senyuman bila melihat Darus berjaya memujuk Lokman.Muka Lokman tidak pernah senyum bila bertembung muka dengan Daniel.Mereka singgah di sebuah kedai dan memilih meja yang berdekatan dengan jalan raya.Setelah order makanan Darus memulakan bicara setelah hampir sejam mereka membisu.

“Dah lamakan kita tak makan semeja macam ni.”

“Darus aku ikut kau bukan nak makan semeja dengan mamat ni cakaplah apa yang kau nak cakap sebenarnya kata penting sangat.”

“Sebenarnya Lokman aku nak minta maaf dekat kau pasal yang kau kena gantung sekolah tu..”

“Apa kau cakap ni Darus ni semua disebabkan mamat nilah aku kena gantung kenapa kau pulak,ke dia ugut kau supaya tak nak mengaku kesalahan dia.”

“Lokman aku yang bersalah Lokman kotak tu aku yang masukkan dalam beg kau sebab aku cemburu tengok kau dan Daniel rapat aku rasa macam disisihkan.”

Lokman berang dengan apa yang didengarnya dia bangkit dari kerusi dan terus menuju kearah Daniel.Daniel tidak dapat mengelak bila di tarik Lokman.Lokman menolak Daniel sehingga dia jatuh di tepi jalan.Daniel cuba bangun tapi belum sempat dia bangun Lokman terlebih dahulu memukulnya.Lokman terus memukul Daniel tanpa memberi peluang dia bercakap.Darus yang melihat keadaan yang tidak diinginkannya itu cuba meleraikan mereka tapi dia di tolak Lokman.Tolakkan Lokman menyebabkan Darus berada di tengah jalan.Daniel ternampak sebuah kereta yang meluncur laju menuju jalan Darus berdiri.Daniel menjerit tetapi Darus tidak berganjak dari tempat dia berdiri.Daniel menepis Lokman dan terus berlari ke arah Darus untuk menolaknya.Malangnya Daniel tidak sempat untuk mengelak kerana kereta tersebut telah hampir dan melanggarnya.Lokman dan Darus yang melihat terkejut melihat tindakan Daniel.Penglihatan Daniel semakin kabur dan dia terus tidak sedarkan diri.

****

Hampir 2 minggu Daniel masih belum sedarkan diri.Keadaan Daniel teruk sedikit dibahagian kepala disebabkan hentakkan yang kuat di kepalanya.Melihat keadaan Daniel Lokman rasa bersalah.Dalam tempoh itu jugaklah Lokman cuba membersihkan nama Daniel atas perbuatannya yang menfitnah Daniel.Lama kelamaan fitnah tersebut hilang dan timbul rasa simpati orang kampung terhadap Daniel.Sebulan selepas kejadian Daniel menujukan tanda sedar dari koma.

Sepanjang berada di hospital Daniel di jaga pak cik Zarul dan adakalanya Ain datang menjaganya.Perkembangan kesihatan Daniel semakin baik dan Daniel boleh menguruskan dirinya sendiri.Daniel berterima kasih kepada orang yang menjaganya di hospital.Semasa hari Daniel keluar dari wad hanya Ain seorang yang datang menemaninya.

“Ain sorang je ke yang datang?”

“Ain sorang je yang datang abang yang lain sibuk.”

“Ayah Ain tak marah ke dekat abang?”

“Tak sebab ayah dah tahu apa yang di dengar itu semuanya fitnah.”

“Terima kasih Ain kerana sudi jaga dan teman abang.”

“Takpe abang hari ni hari abang esok lusa mana tahu hari Ain pulak.”

“Ain marah dekat abang ke?”

“Tak abang Ain tak marah dekat abang.”

“Kalau di putar semula boleh tak Ain berikan abang peluang kedua untuk menebus kesilapan abang.”

Ain tidak bercakap apa-apa dan terus berlalu.Daniel merasakan mungkin dia ada peluang untuk memikat kembali hati Ain.Dulu arwah ayah yang meminang Ain untuknya dan kali ni dia sendiri yang akan meminang semula Ain untuk dirinya.Kini baru dia tahu kenapa ayahnya mahu Ain menjadi suri hidupnya.Ada sesuatu yang tidak ada pada orang lain iaitu keikhlasan hatinya.Terima kasih ayah kerana ayah Daniel lebih mengenali erti hidup dan menjadi lebih matang daripada sebelum ini.Bersemadilah ayah dengan tenang dan Daniel berdoa supaya ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman amin…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Cerpen : Warkah Ayah”
  1. mujahid says:

    Assalamualaikum penulis. Best cerita awak. Pada mula cerita nampak macam cerita biasa. Tapi awak kreatif menjadikan ia menarik.

  2. miz'syaidrus says:

    salam..
    terharu jap ngan cite ni..
    benar la kata org..’kasih syg ibu ayah m’bawa ke syurga’..
    TQ writer :)

  3. pening says:

    penulis..boleh tak kalau next cerita awak letak tanda baca yg betul? cerita dah ok,tapi disebabkan ayt yg bersambung2,jadi susah nk baca..anyway, keep it up..:)

  4. DaFiNa LuRve says:

    terbaikkkk…suke cite nie..sedih+happy!! thumbs up! good job writer!keep it up! :)

  5. n0rsas90 says:

    menarik jalan cerita awak ni…
    tapi, maaflah ye saya menegur…
    banyak tanda baca dan ayat awak yang salah….kalau awak boleh betulkan untuk karya yang seterusnya, pasti lebih ramai yang berminat untuk terus membaca karya awak…
    Anyway, keep it up dear… =)

  6. miss tea pot says:

    jln cerita best… tpi penanda baca kureng sikit… asyik ter’langgar’ je time bace… =)
    btw, keep up the good work…

  7. diwaagaran says:

    buat kerja sekolah

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"