Novel : Aku Bukan Hana Tajima! 11

18 April 2013  
Kategori: Novel

1,786 bacaan 2 ulasan

Oleh : Rosebud

Bab 11

Geng Powerpuff girls meluru mendapatkan Hana sejurus dia keluar dari bilik Encik Fong, ketua department HR. Diaorang ni, tak bagi peluang langsung. Laju je.

“Nana, oh Nana.”

Panggil Rin penuh irama. Hana pura-pura tak dengar. Suka hati jiran dia je nak panggil aku Nana. Aku Hana la! ‘H’ bukan ‘N’! Langkah yang diatur dipercepatkan. Tak kuasa nak dengar gosip terkini.

“Hana!”

Jerit mereka serentak dengan harmoni. Ambil kelas koir ke apa budak 3 ekor ni. Hana menggaru kepala. Perlahan tubuhnya dipusing lambat-lambat, menghadap geng Powerpuff girls yang sudah terpacak memandangnya dengan penuh rasa teruja.

“Gapo dia?”

“Kau buat apa dengan PA anak bos dalam pantry lunch tadi?”

“Ohh mentang-mentang lunch, ingat takda siapa dalam ofis ehhh?”

“Haa haaa kantoi alaa leh!”

Hana tampal muka belacan. Apa yang diaorang merepek ni? “Buat apa? Mana ada aku buat apa-apa. Haa korang jangan nak buat sesi Melodi dengan aku eh. Cili mulut korang kang.” Jari telunjuk dilurus ke arah mereka bertiga.

Punyalah selama ni Hana menjaga reputasinya. No skandal, no dirty talks. Clean. Tiba-tiba, datang malaun ungka tu, tak pasal-pasal si Powerpuff girls turun mata kat aku pulak. Tak boleh jadi ni!

Pinat menarik senyum meleret. “Eleh Hana, penyu bertelur beranak–pinak. Kau buat-buatlah tak nak.”

Eh mak aih. Berpantun pulak kau. Kang aku bersyair kang. “Amenda penyu penyu ni. Mana ada penyu kat kilang ni. Eh aku dengan si PA tu takda apa-apa eh. Korang jangan nak buat cerita.” Hana menjegilkan mata.

“Habis apa kau dengan dia buat dalam pantry tadi? Haaa..” Rin memeluk tubuh. Operasi mengserkap jarang bermula.
Hana terdiam. Dalam pantry? Oh peristiwa bubble bath tu ke?

Hek.

“Korang ni macam baru semalam kenal aku. Kan aku ni memang muka pantry. Korang pulak, sekor-sekor muka penyibuk.” Wajah Rin dan Pinat ditenyeh kuat. Joy ketawa mengekeh. Nasib baik aku tak kena tenyeh sekali.

Rin dan Pinat dah tarik muka kuali hangus. Pipi terasa perit ditenyeh Hana si pemegang tali pinggang hitam calit putih dalam silat. Jangan bawak main. “Tadi masa lunch, kitaorang nampak kau pegang PA anak bos tu. Bukan main mesra lagi Na. Ada apa-apa ke? Ceritalah. Janji, kitaorang takkan kecoh-kecoh. Kitaorangkan sayang kau.” Joy menyiku Rin dan Pinat supaya mengangguk sekali. Masing-masing mengangkat tangan kanan tinggi melangit.

“Oh sayang. Kalau sayang, takdanya korang menghendap aku!” Herdik Hana geram. Sayang konon. Piirah!

“Mana ada hendap kau. Kitaorang tak sengaja. Terskodeng. Apa yang dah jadi? Ceritalaaaaa!” Gesa Rin sambil menggoyang-goyang lengan Hana. Muka comel ditampal. Hana berdengus.

“Sibuklah korang ni. Mana ada apa-apa. Aku terkejut je time tu, sebab tu aku terpegang dia. Itu je. Bukan sengaja pun. Kau ingat aku ni desperate sangat ke nak pegang lelaki tak tentu pasal?” Hana menolak Rin jauh-jauh. Rimas betul.

Pinat mencubit lengan Hana geram. “Tak desperate konon. Kau tu cariklah boyfriend cepat Na. Susah sangat, tackle je PA anak bos tu. Dahlah hensem gila, tinggi, PA anak bos pulak tu. Hana, kau kalau dapat dia, sama je macam kau dapat anak bos. Nanti kau boleh take over company ni. Lepas tu, kau boleh naikkan pangkat kitaorang. Haa, amacam? Ok tak idea aku?”

“Hangguk kau ok! Tak ok langsung! Ke laut! Hei, sampai mati pun aku tak nak kat si ungka tu tau tak!” Jerit Hana menyinga. Sebalnya hati bila dikaitkan dengan si ungka tu.

“Siapa si ungka tu?”

Gulp. Powerpuff girls sudah terkebil-kebil. “Hana, kitaorang kena jumpa sultan Brunei ni. Nanti nanti kita borak lagi ye. Balik dulu. Bye!” Bagai lipas kudung mereka bertiga memecut pergi. Hana memejamkan mata. Kurang asam betul laa budak tiga ekor ni. Macam ni kata sayang aku?

Selepas tarik nafas dan hembus nafas sebanyak lima kali, Hana memberanikan diri memusingkan tubuhnya, menghadap si
empunya suara. Sepasang sneakers berwarna putih dipandang tanpa niat.

“Siapa si ungka tu?” Soalan yang sama diulang lagi.

Hana mengagahkan diri untuk mendongak. Matanya bertemu dengan sepasang mata Daim. Mak aih, tajamnya. Nasib baik aku dah pasang pendinding awal-awal.

“Nak tahu siapa?”

Daim memeluk tubuh. Muka innocent Hana direnung lama. Selamba je perempuan ni. Aku cekik karang. “Siapa?”
Hana membuka langkah, memberi isyarat kepada Daim supaya mengikutnya berjalan ke arah kawasan cubicle, ke meja Kak Mida. Daim pada mulanya malas nak melayan, tapi bila hatinya tak tahan nak tahu siapa ungka yang heboh disebut-sebutkan satu ofis, dia pun ikutkan saja perempuan tu. Tiba-tiba Hana berhenti berjalan. Laju tubuhnya dipaling menghadap Daim.

Kening dijungkit, isyarat bertanya, ‘Apasal kau berhenti?’

Gadis itu menepuk dahi dengan muka-muka sekali. Dahinya berkerut. “Alamak, saya lupa saya ada meeting dengan ni.

Ha macam ni, awak jalan je straight, nampak meja Kak Mida tu kan? Ha depan meja dia, awak belok kanan. Dah belok tu, awak pandang belah kiri awak. Haa, kat situ awak nampak la si ungka yang famous amous tu. Ok?” Sambil tangannya sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri, Hana bersungguh-sungguh memberi arah.

Daim sekadar mendengar tekun, sesekali dia mengangguk. Tanda faham. “Ok tak? Faham?” Hana bertanya lagi bila
melihat muka lost lelaki tu. Daim angguk. “Faham la. Walaupun cara kau explain macam budak tak cukup makan je.

Tapi tengok kau, macam terlebih makan pulak.” Matanya scan Hana dari bawah ke atas kemudian ke bawah balik. Hana cepat-cepat menutup dadanya dengan kedua tangan.

Daim tergelak sakan. Gila punya perempuan. Ingat aku ni pervert sangat ke? “Eh buta warna, takda benda pun aku
tatap kat badan kau tu. Badan kalau macam Angelina Jolie, berbaloilah jugak mata aku memandang. Ni buat kasi pedih mata je.”

Hana menghembus nafas kuat-kuat. Sakitnya hati hempedu aku dengan si ungka babun ni. “Babuncit punya mamat!” Tak semena-mena kaki Daim ditendangnya. Terus dia meraung kesakitan. Daim terlompat-lompat, cuba mengimbangi badan sambil mengurut kaki kanannya yang sakit ditendang Hana.

“Kau gila he perempuan?” Tengking Daim. Tangan masih laju mengurut. Sakit tu. Kaki besi ke apa perempuan ni.

“Ha’ah! Memang aku gila pun!” Balas Hana tak nak kalah oktafnya sebelum melangkah pergi. Padan muka kau ungka! Berani carik pasal dengan jaguh kampung.

Daim terloncat-loncat, mencari kerusi berdekatan. Sebaik saja dia melabuhkan punggung di atas kerusi, terus seluar jeans yang dipakainya dilipat. Nak tengok, ada kesan lebam ke tak kat kaki. Kalau ada, memang aku saman perempuan gila tu.

Huh, tak lebam la pulak. Daim menghela nafas panjang. Separuh menyesal pulak carik pasal dengan si buta warna tu. Tak pasal-pasal dapat Street fighter kick percuma macam tu je kan. Nasib baik tengah takda orang. Ramai yang dah balik. Kalau tak, malu oi. Anak jantan kena sepak dengan perempuan.

Ha, apa tadi direction yang perempuan gila tu bagi? Belok kanan, lepas tu tengok kiri. Daim bangun perlahan-lahan.

Sakit di kaki makin surut. Langkah diatur ke arah meja Kak Mida.

“Ok, ni meja Kak Mida. Lepas tu belok kanan.” Kakinya membelok ke kanan. Ok, dah belok dah. Lepas tu buat apa?

‘Dah belok tu, awak pandang belah kiri awak.’ Kata-kata Hana bermain di kepala. Kepalanya terus dipaling ke arah kiri.

Daim tergamam. Matanya tajam melihat pantulan wajahnya di cermin setinggi 5 kaki yang tergantung pada dinding di belah kirinya.

‘Haa, kat situ awak nampak la si ungka yang famous amous tu.’ Suara Hana bergema di gegendang telinganya.
Jadinya… Aku laa si ungka tu?

Asbestos punya perempuan! Argh!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Aku Bukan Hana Tajima! 11”
  1. FarhaS says:

    Jom baca update terbaru (3&4) Dia Seorang Kasanova di http://hanyasekadartesting.blogspot.com/

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"