Novel : Aku Kau Bersama?! 7

4 April 2013  
Kategori: Novel

3,874 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Anisah Salsabila

Bab 7

Sudah hampir seminggu Azhani menjadi PA kepada Syed Ariff.Sejak seminggu itu jugalah dia diseksa dengan ‘kerja’ daripada bosnya itu.Setiap hari dia membuatkan assignment untuk Syed Ariff dan juga membelikan makanan untuknya.Dia juga diberi amaran supaya datang awal 30 minit sebelum Syed Ariff tiba di pejabat,jika dia datang lambat walaupun untuk sesaat.Dia akan dipotong gaji.

Azhani mengeluh penat selepas selesai membuat assignment untuk Syed Ariff.Kalau macamnila aku setiap hari,lebih baik aku buat kerja untuk Melena.Lagi bagus.Azhani merungut dalam hati.Dia melihat jam di dinding dan menoleh pula untuk melihat pejabat bosnya.kosong?.Mana mamat hampeh tu pergi?.pergi makan kot.Azhani bangun dan menuju ke pantry.Walaupun dia selalu merasa sebal dengan bosnya.Namun sejak akhir ini hatinya selalu berdebar dan merasa tidak keruan apabila bertentang mata dengan bosnya.

Di pantry,Azhani membuat teh ‘0’ untuk dirinya.Kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ni?.Asyik gelabah je depan mamat hampeh tu.Aku jatuh cinta dengan dia ke?!.Ya Allah mintak la jauh-jauhkan.Tak sanggup aku jadi isteri dekat mamat hampeh tu.Tapi,makin hari aku makin teringin pulak nak tengok senyuman dia.Ish,aku fikir benda merepek lagi!.Azhani menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Apa yang geleng-geleng tu?.”

Hampir gugur jantung Azhani apabila menyedari Syed Ariff berada di belakangnya.Eh,bila masa pula mamat ni dekat belakang aku?.”Bo,bos..Apa bos buat dekat sini?.”Azhani menannya dengan kalut.Iee,apa mamat ni buat dekat sini,aku ingat dia pergi lunch.Sudahla kita berdua je dalam pantry.Azhani~jangan fikir benda mengarut.Azhani mengingati dirinya.

Syed Ariff memandang muka Azhani yang kalut.Dia betul-betul suka dengan wajah kalut Azhani.Comel!.Sebab itula dia sering memarahi Azhani untuk melihat wajah kalut itu.Namun,getaran di jiwa Syed Ariff apabila memandang Azhani masih belum ditafsirnya.

Alamak,apasal dia pandang aku macamtu.Aduhh,janganla pandang aku wahai bosku.Boleh cair hatiku.Azhani semakin tidak keruan.Syed Ariff terus berpaling apabila dia tersedar dia memandang muka Azhani terlalu lama.

“Saya cari awakla!.”Suara Syed Ariff sedikit meninggi untuk menutup malunya.

“Cari saya?,kenapa.Saya kan dah siapkan assignment yang bos nakkan tu.”

“Awak lupa ye,bukan tadi saya suruh awak belikan saya minuman kat restoran bawah.Ke buat-buat lupa.”Syed Ariff menjeling ke arah Azhani.Azhani menampar dahinya.Aduh,macam mana aku boleh lupa.Tiba-tiba gelas ditangan Azhani dirampas oleh Syed Ariff.”Sudahla,nak harapkan awak beli sekarang pun lambat.Saya ambil je awak punya.Lain kali fikiran tu janganla lembab sangat.”Kemudian Syed Ariff menghirup teh’o’ itu dan berlalu pergi.Azhani terpinga dengan kelakuan Syed Ariff.’Dia ambil teh yang aku buat.’Tanpa disedari Azhani,hatinya berbunga riang.

Azhani menggenggam sekeping kertas dan pergi ke ruang fotostet.Secara tiba-tiba dia berlanggar dengan seorang lelaki dan kertas di tangannya terjatuh.”Maafkan saya,maafkan saya~”.Kata Azhani lalu ingin mengambil kertas itu di lantai.Tangan mereka bersentuhan namun sempat ditarik oleh Azhani apabila lelaki itupun mahu mengambil kertas itu di lantai.Mata mereka bertentangan.Lelaki itu adalah seorang yang tinggi sama dengan Syed
Ariff namun kulitnya sawo matang.Rupanya boleh tahan!.Kata hati Azhani.

“Maafkan saya sebab saya rasa saya yang terlanggar awak dulu.”Lelaki itu meminta maaf.

“Eh,bukan salah awak.Salah saya jugak.”Kata Azhani sambil tersenyum.Lelaki itu bagaikan terpanar melihat senyuman Azhani.”Kalau macamtu takpelah,saya minta diri dulu.”Azhani meminta diri untuk pamit.Namun,tiba-tiba lelaki itu bersuara.”Eh,nanti dulu.”Lelaki itu menahan Azhani.”Ye,kenapa?”.Azhani pelik.”Err,,boleh saya tahu nama awak.”pertanyaan lelaki itu membuatkan Azhani terkejut dan dia tersenyum.”Oh,baiklah.Nama saya Nur Azhani.”Hati lelaki itu berbunga gembira.Nur Azhani.Lelaki itu mengingatkan nama itu di dalam otaknya.”Nama saya Harris,selamat berkenalan”.Lelaki itu memperkenalkan dirinya pula.”Terima kasih,saya minta diri dulu.”Kemudian Azhani berlalu pergi.Ekor mata Harris tidak lepas memandang pemergian Azhani.Aku rasa aku dah jatuh cinta.Kata Harris di dalam hatinya.

Daripada dalam pejabat.Azhani dapat melihat bosnya sedang menunggunya di dalam pejabat.Dia tunggu aku ke?.Azhani mula membuka pintu penjabat.Alangkah terkejutnya dia secara tiba-tiba Syed Ariff terpacul di depan mata.”Bos,kenapa bos kat depan pintu ni?.Terkejut saya tau.”Azhani mengurut-urut dadanya.Syed Ariff mencebik.”Yang awak lambat sangat fotostet benda ni kenapa,saya nak cepat ni tau!”.Marah Syed Ariff lalu merampas kertas di tangan Azhani dan pergi ke meja pejabatnya untuk meneruskan kerja.Azhani mencebik.Aku mana ada lambat sangat.Azhani menggumam di dalam hati.”Daripada awak mengutuk saya dalam hati,baik awak siapkan assignment dekat atas meja tu.”Kata Syed Ariff dengan nada tinggi.Sudah tau sangat perangai minah ni.Azhani terkejut.Ish,lelaki ni boleh baca fikiran aku ke?.Azhani meluru ke di meja yang dimaksudkan oleh bosnya.Ya allah,banyaknya assignment aku kena buat.Lelaki ni betul-betul nak susahkan hidup aku!.Azhani mengeluh manakala Syed Ariff pula tersenyum melihat wajah murung Azhani.

“Bos,saya siapkan kerja ni dekat meja saya ye.”

“Buat dekat sini je.”Kata Syed Ariff tanpa memandang Azhani.

“Tapi kenapa?”.

“Saya kata buat,buat jer la.Awak ikut arahan saya sekarang!.”Mula meninggikan veto suaranya.

“Baiklah..”.Azhani berkata lemah dan terus menyiapkan assignment itu di meja.Semasa Azhani membuat kerja,Syed
Ariff sempat mencuri pandang kepada Azhani.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia suka melihat wajah Azhani.Azhani pula perasan ada mata yang memandangnya terus berpaling kepada bosnya.Sudah dia agak bosnya sedang merenungnya.Kenapa bos pandang aku ni?.Kata Azhani dalam hati.

“Bos,kenapa pandang saya macam tu?”.Syed Ariff yang tersedar terus melarikan pandangannya di atas kertas kerja.”Saya tenung frame dekat belakang awak tu.Bukan awak.”Kata Syed Ariff sambil membuat kerja.Kontrol macho tapi sebenarnya malu!.

“oohh..”.Kemudian Azhani terus menyambung kerjanya.Azhani,tak mungkin bos pandang engkau,sedarla sikit!.Azhani menafikan perasaanya sendiri.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"