Novel : Antara Cinta dan Persahabatan 2

9 April 2013  
Kategori: Novel

1,880 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Cnsy@roz

Petang itu tepat pukul 4 petang aku dah berada ditempat yang telah dijanjikan. Aku terintai-intai pasangan yang akan aku jumpa tetapi malangnya kelibatnya langsung tiada. Aku mendail semula nombor En.Aizril. “Hello, Assalamualaikum” suara garau menjawab panggilan aku.

“Err,.. waalaikumussalam, boleh saya bercakap dengan En.Aizril? ” ntah apa-apa la aku ni dah nombor dia mesti la dia yang jawab, ah lantak lah. “Ya saya, ada apa ya?” uiks dia pulak yang tnya aku, ntah-ntah aku dah kena tipu tak.

“Maaf mengganggu ada tak secatery encik bagitau pasal appoiment saya dengan encik di Mutiara Cafe” aku berterus terang, walaupun agak gugup ntah betul ntah tidak secetary dia.”Ya ada, awak tunggu di sana, saya dah on the way” lega rasanya. Lebih kurang 30 minit aku menunggu dah jadi macam penunggu dah aishh, tiba-tiba bahu aku disentuh orang. Bila aku berpaling, dup dap dup dap memang sudah ku jangka Aizril yang dimaksudkan adalah yang sama yang aku kenali.

“Sorry lambat sikit, dah lama sampai Liya?” dia menegurku.

“Err,.. awak buat apa kat sini?” tanya aku dengan muka yang agak terkejut. “La, buat apa? kan saya ada appoiment dengan awak ” jelasnya sambil senyum menggoda.

“Erm kira betul la tekaan saya awak ni anak saudara En.Faizal” habis la kali ni boleh ke aku bekerjasama dengan dia. “Yup, saya dah lama tahu, tapi tak salahkan kalau kita bekerjasama”kata Aizril sambil kerutan di dahi.

“Err.. salah” tiba-tiba terpacul dari mulut aku. “Salah? Kenapa?” tanya Aizril dengan wajah yang serious.

“Eh.. takdelah saya bergurau jer” aku mengeluh perlahan, selama ni begitu payah aku nak lupakan dia tup-tup macam ni pulak yang jadi. Kalau dah takdir Tuhan lari macam mana sekali pun kalau dah ditakdirkan jumpa balik nak buat macam mana kan. “Lia, i miss u so much” tiba-tiba keluar perkataan itu dari mulutnya.

“Err.. En.Aizril can we proceed to our discussion” aku dengan gelabah membuka segala fail yang telah sedia aku bawa. Aizril ni tak tahu malu ker tak kira tempat dan masa cakap ikut pakai lepas jer.

“Lia, please hear what i want to say” ishhh,.. ni yang buat aku lemah ni, nampak gaya aku memang tak boleh buat kerja dengan dia ni of course tak menjadi.

“Eh, En. Aizril bukan ker sepatutnya you datang berdua dengan sacetary awak? mana dia? ” aku cuba menarik pemerhatian dia.

“Don’t change the topic Alia” tegas Aizril. Itu satu-satunya sikap yang memang tidak akan berubah sampai bila-bila terlalu suka memaksa dan mengertak.

“I don’t change the topic but please back to our mission, please don’t waste my time” aku bertegas. Ingat dia jer yang boleh gertak aku. Dia kelihatan terkejut mungkin kerana ketegasan yang aku tunjukkan. Selama ini aku hanya menurut segala kehendak dia, but not today!

“Lia, awak berbeza sangat sekarang, semakin garang” dia tersenyum memandang tepat pada mata aku dan sememangnya membuat aku tidak senang duduk.

Setelah selesai perbincangan aku dengan Aizril petang itu, aku terus pulang ke rumah dengan perasaan yang sebal. Aku termenung di sofa memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini, sudah pasti kami akan sering berjumpa memandangkan projek yang akan kami bincang mengambil tempoh yang lama.

“Hah!” sergah Nadia.

“Kau ni kenapalah tak reti nak bagi salam” aku mengeluh. “Kenapa dengan kau ni, sampai aku masuk pun kau tak sedar, kalau perompak masuk pun aku rasa memang dah bermaharajalela la jawabnya” sindir Nadia.

“Kau ni jaga mulut sikit, celupar betul” memang tak sayang mulut si Nadia ni. Aku menceritakan segala apa yang terjadi kepada Nadia dan memang telah ku duga apa reaksi dia bila mendapat tahu macam mulut murai bertanya itu ini.

“Aku rasalahkan aku patut tarik diri daripada projek tu” aku menyatakan hasrat aku kepada Nadia.

“Eh, jangan! Kau ni, kau tak rasa bertuah ker bergandingan dengan lelaki kacak macam tu, kalau aku la tak mungkin aku lepaskan peluang ni ” tak kuduga ayat itu yang terkeluar daripada mulut si Nadia tak membina langsung.

“Dah la, cakap dengan kau ni kan buat sakit hati jela, bukan nak beri pendapat pun” aku terus bangun menuju ke bilik untuk mandi dan solat.

“Haha, weh tu pendapat aku la tu” sambil tersenyum sumbing. Malam itu, sebelum tidur aku terbayang adegan yang terjadi antara aku dengan Aizril petang tadi, benar-benar menyesakkan. Sebelum pulang, aku mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

“Terima kasih En. Aizril, hopefully we can finish this project before next month” sambil tersenyum manis kepada Aizril.

“Of course dear, we can finish it if you always to seem me” kata-katanya mematikan senyumanku. Arghh, kalau beginilah setiap kali bertemu dengannya sudah pasti iman ku akan tergugat. Ya Allah please help me.

Keesokkan harinya, aku ke pejabat dan terus berjumpa dengan En. Faizal untuk memberitahu perkembangan tugas yang diberikan kepadaku.

“Assalamualaikum En. Faizal boleh saya masuk” aku mengetuk pintu terlebih dahulu meminta kebenaran.

“Waalaikumussalam, ya silakan” setelah mendapat kebenaran aku terus masuk. Aku benar-benar terkejut ternyata En. Faizal tidak kesorangan Aizril juga ada bersama. Pagi-pagi lagi aku dah kena mengadap dia ishh kacau-kacau.

“I think both of you dah saling mengenalikan rasanya tak perlu lagi nak buat sesi pengenalan” kata En. Faizal sambil tersenyum.

Aku menganggukkan kepala dan tersenyum pahit.

“Aliya, pagi ini kita akan buat meeting pasal projek ini dan Aizril yang akan membentangkannya, so you just prepare mana yang patut dan kalau boleh tolong siapkan proposal” kata-kata En. Faizal benar-benar mengejutkan aku, kenapalah dia tak informkan awal-awal, sempat ke aku nak buat proposal.

“Err.. En. Faizal meeting tu pukul berapa ya?” harap-harap la lambat lagi aku sudah menghitung masa. Aizril hanya diam disebelah aku, mentang-mentang depan uncle dia, berani pulak nak tutup mulut tapi kalau berdua dengan aku gatal bukan main lagi.

“You don’t worry, buat dulu proposal setakat mana yang termampu, tak perlu terlalu formal just department kita sahaja, nanti apa-apa hal i will inform you later” kata-kata En. Faizal melegakan aku, aku akui En. Faizal memang seorang yang bertolak ansur.

“Kalau macam tu saya keluar dulu En. Faizal, En. Aizril” aku berlalu tanpa menoleh kepada Aizril.

Aku bergegas ke tempat aku untuk menyiapkan proposal, sedang aku leka menaip tiba-tiba

“hai sayang!” terdengar suara orang berbisik di telinga dan aku benar-benar terkejut hampir terpelanting pen ditangan aku. Aku terus memandang ke kiri dan kanan melihat staff lain yang tekun bekerja benar-benar melegakan aku. Nanti tak pasal-pasal timbul gossip murahan.

“En. Aizril please!” aku memasamkan muka. Dia dengan selamber menarik kerusi dan duduk disebelah aku. “Lia, semalaman abang tak boleh nak tidur disebabkan sayang tau” katanya dengan wajahnya benar-benar menadahkan wajah aku.

“En. Aizril kenapa dengan you ni, i makin tak faham dengan sikap you, tolonglah sekarang kita di pejabat, kalau orang lain dengar mesti salah anggap nanti awak jugak yang susah” aku meneruskan kerja tanpa membalas renungannya.

“Kenapa abang yang susah, biarlah diaorang, sayang i miss u a lot”. Ya Tuhan siap ber”abg” ber”syg”, seriously aku benar-benar tidak dapat membaca apa yang difikirkan, dah ada tunang tapi still lagi gatal. Lelaki macam ni memang tak boleh buat laki memang kasanova. Aku mengetap bibir tanda geram.

“Pagi-pagi lagi abang datang nak jumpa sayang, rindu nak tengok muka Lia, dah lama abang tunggu, akhirnya Tuhan makbulkan doa abang dan dapat jumpa balik Lia” Aizril memandang aku dengan mata yang redup benar-benar membuatkan aku menggigil. Aku terus bangun untuk membuat salinan fotostat, bila aku kembali Aizril sudah tiada di tempat aku dan benar-benar membuatkan aku lega. Aku terlihat sekeping nota diatas meja

“sayang, abang tunggu di bilik mesyuarat, see you luv” meremang aku bila terbaca nota tersebut. Aku manggumpal kertas tersebut untuk dibuang tetapi aku terasa sayang lalu ku simpan di dalam laci. Sesungguhnya aku memang dah termakan dengan sikap romantisnya. Ahh,.. jangan Lia kau kene ingat dia dah bertunang, jangan rosakkan hubungan orang lain dan akhirnya aku membuang kembali nota tersebut.

Petang itu, aku berjalan ke perhentian bas untuk pulang ke rumah. Hari ini ku rasakan begitu penat bukan kerana kerja tetapi kerana melayan karenah Aizril. Sepanjang perbentangan tadi, matanya tidak lepas memandang aku, kekok sungguh rasanya. Nasib baik dia adalah pembentang, kalau aku jawabnya confirm hancur. Ketika berjalan, tiba-tiba sebuah kereta berhenti berhadapanku. Aku memang begitu kenal si pemilik kereta ni, walaupun keretanya telah berubah tetapi tidak pemiliknya. Tingkap sisi diturunkan,

“sayang, jom I hantar u balik” pelawa Aizril.

“Eh, takpelah En. Aizril, saya dah biasa naik bas. Thanks a lot” aku terus meneruskan perjalanan, tetapi dengan tiba-tiba Aizril keluar daripada kereta dan membuka pintu kereta disebelah penumpang dengan penuh emosi.

“Lia, masuk!” Aizril memaksa aku memasuki kereta, aku rasakan seolah-olah penah lalui detik ini Cuma yang berbezanya situasinya agak berlainan sedikit. “Kenapa awak selalu paksa saya, kalau dulu awak boleh memperkecilkan saya tetapi tidak sekarang!” aku bersikap tegas.

Tanpa diduga dengan tindakan pantas, Aizril telah memegang pergelangan tanganku, kurasakan begitu kuat dan menyakitkan. Oleh kerana tidak mahu menjadi tontonan ramai, aku masuk jua ke dalam kereta dengan linangan air mata.

“Sorry sayang, i tak berniat menyakiti u, tapi Lia u sekarang degil sangat” Aizril meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“I degil or apa bukan urusan u, apa hubungan kita? Sampai u nak kongkong hidup i macam ni ” aku meninggikan suara. Aizril mendiamkan diri tetapi tidak berapa lama selepas itu dia bersuara

“I minta maaf, kalau sikap I agak melampau” suaranya sungguh sayu mungkin kerana rasa bersalah.

“Hubungan kita hanyalah sebagai rakan sekerja, hope lepas ni u jangan ganggu i lagi” aku berkata tanpa memandang wajahnya. Aku masih ingat segala apa yang dia katakan pada aku dulu, aku juga mempunyai maruah dan aku tidak mahu menjadi salah seorang wanita yang tunduk kepadanya nanti dikatakan aku terhegeh-hegeh. Apa yang terjadi dulu membuatkan aku lebih berhati-hati dan aku mengakui bahawa ego aku begitu tinggi terhadapnya.

Selepas kejadian pada petang itu, Aizril sudah jarang menghubungi aku dan juga jarang kelihatan di tempat kerja aku. Aku sendiri memang tidak ambil tahu, aku masih lagi menghormatinya tetapi hanyalah sebagai rakan sekerja dan seandainya dia masih memerlukan khidmat aku, aku tanpa berat hati melakukannya. Suatu hari, En. Faizal mengajak aku keluar minum, pada mulanya aku keberatan tetapi memandangkan dia adalah majikan aku, aku menerima pelawaannya. Sesampai di destinasi barulah aku tahu yang kami bukanlah berdua tetapi Aizril dan tunangnya juga ada bersama-sama. Menyesal sungguh namun apalah daya ku mana mungkin berpatah-balik, aku mengharunginya dengan hati yang sebal.

“Har dah sampai pun” syima menyambut kami. “Sorry uncle terlambat, ada hal sikit tadi ” En. Faizal menyuruh aku duduk dan dalam masa yang sama aku disambut dengan renungan sepasang mata Aizril. Renungan yang menggerunkan, apahal si Aizril ni macam tak suka jer aku datang, kalau tak suka cakap jela. Aku langsung tidak membalas renungannya malahan aku hanya berlagak seperti biasa.

Segala pertanyaan aku terjawab, tujuan pertemuan pada petang itu adalah kerana meraikan tunang Aizril kerana telah dinaikkan pangkat dan ditugaskan ke luar negeri. Aku mengagumi kebolehannya serta keramahan yang ditunjukkan, memang selayaknya Aizril berdamping dengannya. Lelaki mana sanggup melepaskan wanita seperfect itu. Kami menikmati makan petang seperti biasa, walaupun pada hakikatnya tekakku begitu sukar menelan, seleraku mati kerana terpaksa berdepan dengan Aizril, dari pandangan matanya jelas menunjukkan ketidakselesaan dia tapi itu bukan kemahuanku. Setelah segalanya selesai aku mengucapkan tahniah atas kejayaan Syima tanpa memandang Aizril bagiku seolah-olah dia tiada di situ. Aku segera pulang ke rumah memandangkan malam ini Nadia tiada di rumah. Aku ingin berehat sepuas-puasnya dan menikmati hari minggu dengan bermalas-malasan di rumah.

Pada pagi itu, aku terjaga setelah menerima satu sms, dengan mata yang separuh terbuka aku membaca sms dan siapa lagi kalau bukan si Aizril

“morning sayang, selamat menikmati hari minggu, i will see u tomorrow” apa maksud dia ‘see u tomorrow’? bila masa aku bejanji untuk bertemu dia, ntah la malas aku nak melayan masih banyak benda yang perlu aku ambik tahu daripada memikirkan dia. Pagi itu, aku segera menyiapkan segala kerja rumah kerana mengikut perancangan aku ingin keluar membeli segala keperluan dapur untuk sebulan. Ketika asyik membelek-belek barang-barang yang ingin dibeli, tiba-tiba seseorang menegur aku,

“hai Lia, tak sangka kita jumpa di sini, panjang betul jodoh kita kan” siapa lagi kalau bukan Si Aizril. ‘Argghhh, kenapalah hidup aku tidak pernah tenang, takkanlah hari minggu pun aku perlu diganggu oleh bayangan dia’.

“Ermm En. Aizril awak buat apa kat sini?” aku menegur dia acuh tak acuh.

“Kebetulan i dah jumpa u kat sini, boleh la i temankan u lagi pun i nak mintak tolong pilihkan baju untuk i hadiri dinner esok, bolehkan? ” Aizril cuba memancing aku tapi sorry la aku takkan layan.

“Sorry En. Aizril, i rasa tak sempat i’m so sorry, maybe next time ok, saya pergi dulu ya assalamualaikum” aku terus bergegas ke kaunter untuk membuat pembayaran dan ketika di kaunter tanganku masih lagi menggigil gara-gara lelaki itu huh!

Ketika aku leka memasak, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu dari luar rumah, dengan tergopoh-gapah aku menuju ke pintu. ‘Ni mesti si Nadia ni, amboi syok balik kampong ngan pakwe terus lupa aku ya, nanti kau!’. Aku benar-benar terkejut kerana sangkaan aku meleset, orang yang aku sangkakan Nadia, rupa-rupanya si Aizril.

“Eh, encik buat apa kat sini macam mana encik tahu rumah saya?” nasib baik aku sempat menyarungkan tudung kalau tidak memang free la dapat dosa aishh.. Aizril hanya tersenyum dan dengan selamber hendak menjejaki ke dalam rumah aku, tindakan pantas aku menghalangnya.

“Opss, maaf encik tak bagus orang bukan muhrim duduk berdua-duaan dalam rumah ni, lagipun saya tinggal sorang je kat rumah ni, maybe lagi bagus kita bersembang kat kerusi luar tu” aku mengerutkan kening.

“Ops, lupa pulak so sorry, ermm bestnye bau u tengah masak erk? Bolehlah i rasa masakan u kan?” kata-kata Aizril benar-benar memeranjatkan aku. ‘Agak-agak aku lah si Aizril memang dah tak betul, tak tahu malu langsung.’

“Erkk apa encik nak rasa masakan saya? Boleh ke encik telan, masakan saya tak setanding hotel 5 star ” aku tensenyum pahit. ‘Please cepat la balik, habis la hangit masakan aku’ sungguh tidak tenang aku rasakan. “Ala takpe la, selagi u tak bagi i rasa masakan u selagi itu i takkan balik! ” Aizril mengugut aku.

“Eh, kenapa pulak macam tu, ni kalau Syima tahu perangai u macam ni mesti dia kecewa, baru sehari dia ke oversea u dah buat perangai” aku sengaja menyebut nama Syima supaya dia sedar tindakannya adalah salah.

“Ala dia kat sana bukannya tahu pun” balas Aizril sambil tersenyum sinis. ‘Hmm memang dasar lelaki!’

“Amboi encik senangnya cakap, nanti kalau saya report siap la u Encik Aizril” aku member amaran kepadanya.

“Report jela ada saya kisah, cepat lah saya lapar ni” dia cuba menagih simpati aku.

“Eee.. Encik ni tak malu betulkan!” geram betul rasa nak meletup jantung aku.

“Yela-yela, encik tunggu kat sini, saya nak masak, jangan encik berani cuba-cuba masuk ke dalam rumah saya faham!” aku sekali lagi memberi amaran keras. Usai memasak aku menghidangkan masakan aku di atas meja dimana Aizril berada, huh! Tak pasal-pasal berkelah kat luar rumah. ‘Kau kene ikhlas Lia, hati aku cuba bersuara’.

“Wahhh.. sedapnya Lia, untung datang tepat pada masanya” dengan besungguh-sungguh dia menyuapkan makanan ke dalam mulut. ‘Uiks sedap sangat ke macam tak percaya pulak’ aku mencuba sedikit untuk merasa dan melihat kebenaran kata-kata Aizril. ‘Ermm bolehlah tahan tapi takde la sedap sangat pun saja la tu nak ambil hati aku’. Aku tidak menyangka hampir satu hari bersama-sama Aizril.

Malam itu sukar bagi aku memejamkan mata kerana memikirkan apa yang terjadi pada petang itu. ‘Arghh, aku tak sepatutnya lembut hati sangat dengan si Aizril tu, apa yang terjadi petang tadi salah benar-benar salah’.

Keesokkan harinya aku menjalankan kerja aku seperti biasa, aku telah bertekad untuk menjauhkan diri daripada Aizril. Aku menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang ditugaskan, dan sehari suntuk di pejabat benar-benar membuatkan aku letih dan mengantuk. Hari ini aku benar-benar lega sekurang-kurangnya aku mendapat privacy tanpa gangguan sesiapa. “Ya Allah penatnya, mana bas ni, time-time aku mengantuk macam ni lambat pulak dia datang” aku mendengus dan menguap beberapa kali tanpa mempedulikan orang-orang disekelilingku. Ketika sedang kusyuk memandang pelbagai jenis ragam manusia di perhentian bas itu, tiba-tiba sebuah kereta BMW hitam berhenti betul-betul dihadapanku, aku berpura-pura tidak melihat dan mengalih pandangan ke tempat lain.

“Lia, sampai hati tak tunggu Ril, merata-rata Ril cari, kenapa awal sangat balik?” Aizril menunjukkan wajah tidak puas hatinya.”Erm, kenapa awak cari saya pulak, saya penat sangat hari ni tu yang balik awal sikit” aku berdolak-dalih. ‘Sorry la Aizril, memang aku sengaja balik awal pun sebab aku tak nak jumpa dengan kau’ hati aku berkompromi takut cakap terus terang nanti terasa hati pulak.

“Awak buat apa kat sini? Pergi la balik, dah lewat ni” aku bersuara berserta senyuman pahit.

“Eh, boleh pulak dia tanya kita buat apa kat sini, kita tunggu awak la, jom la Ril hantar” ajak Airil sambil berdiri menghadap aku. Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong. ‘Kenapa kau tak pernah faham Aizril’ aku melepaskan keluhan yang maha berat.

“Takpelah awak balik la, saya nak tunggu bas, saya dah biasa macam ni” aku menongkat daguku dengan kedua-dua belah tangan sambil menoleh ke kiri dan kanan.

“Tidak! Selagi awak tak ikut saya selagi tu saya akan duduk kat sini, paham!” Aizril meninggikan sedikit suaranya.

“Ikut suka awak la” jangan harap aku nak termakan kata-kata kau, tak nak balik sudah kau duduk lah kat sini. Kami mendiamkan diri beberapa ketika. ‘Keras kepala betul kau ni Aizril’.

“Kenapa lah lambat sangat” aku mendengus. “Baguslah orang ajak balik tak nak, jual mahal” perli Aizril. Aku menjeling ke arah Aizril. “Suka hati saya lah, awak tu yang degil saya suruh balik, awak taknak” aku melempiaskan rasa tidak puas hati dengan kata-katanya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, segala-galanya tidak seperti dirancang banyaknya dugaan hari ini untuk sampai ke rumah. Aizril pula tetap dengan pendiriannya duduk disebelah aku tanpa apa-apa response, dengan pantas aku berlari masuk ke dalam keretanya tanpa sebarang bicara dan menghempaskan pintu sekuat yang mungkin. Aizril yang berada dikuar tersenyum bangga, setiap kali pasti dia yang menang huh!.

“Kuatnya sayang tutup pintu kalau tercabut kita juga yang susah” kata-kata Aizril penuh dengan perlian. Aku mendiamkan diri, aku tidak dapat lagi mengawal perasaan marah aku dan segala-galanya terpapar pada wajah aku yang masam mencuka. Sakitnya hati!. Kami mendiamkan diri sehinggalah sampai di hadapan rumah ku. Aku membuka pintu kereta dan keluar, ikutkan hati mahu saja menghempaskan pintu keretanya sekuat hati namun, aku sedar jasa orang harus dihargai. Aku menundukkan kepala untuk melihat wajahnya.

“Pape pun thanks a lot sudi hantar saya, tapi lain kali awak tak perlu bersusah payah takut nanti tak berbalas budi awak” aku tersenyum pahit.

“It’s ok dear, anything for u, sorry la permintaan u i tak dapat tunaikan coz lepas ni i nak jadi pelindung u” kata-kata Aizril benar-benar membuat aku tidak sedap hati. Arghhh!

Sebulan telah berlalu, akhirnya Syima telah pulang ke Malaysia. En. Faizal mengajak aku bersama-samanya untuk menjemput Syima di airport. Walaupun dengan berat hati, aku tetap menerima pelawaannya untuk menjaga hati. Sesampainya di sana, aku melihat Aizril telah mendahului kami. Wajahnya seolah-olah terkejut dengan kehadiranku dan kelihatan agak gelisah. Kami langsung tidak bersuara, hanya En. Faizal yang mengisi kesunyian pada waktu itu, dari jauh kelihatan Syima melambai-lambai ke arah kami.

“Thanks a lot for all of you kerana bersusah payah menjemput especially for u Alia” aku terharu dengan kata-kata Syima.

“Welcome, how about your life kat sana?” aku membuka bicara dan mata aku sesekali memandang tangan Syima yang melilit di lengan Aizril. Huhu tipu la kalau aku tak rasa pape tapi aku cuba mengawal dan berlagak seperti biasa.

“Ermm,.. i think better kat Malaysia, kat tempat orang takkan sama dengan tempat sendiri ye tak?” kata-katanya sekali lagi mengagumiku. Petang itu, kami meluangkan masa di restoran seafood, berbual sambil menjamu selera. Walaupun begitu sukar untuk menelan, aku berlagak seperti biasa. Setelah segala-galanya selesai, En. Faizal tiba-tiba menawarkan diri untuk menghantar Syima memandangkan secara kebetulan dia mempunyai urusan bersama En. Fauzan iaitu bapa Syima. Aizril pula menawarkan diri untuk menghantar aku ke pejabat dan aku dengan terpaksa menerimanya. “Lia nak balik ofis ker?” tanya Aizril ketika kami dalam perjalanan.

“a’a lah Encik Aizril takkan nak balik rumah pulak baru time lunch ni” aku menjawab dengan hati yang sebal, soalan yang tiada logiknya. “Manalah tau ingat nak balik rumah, saya ok jer boleh cover line” jawab Aizril beserta gelak ketawa. Aku tidak memberi response bagi aku tiada apa yang menarik, dalam fikiran aku hanya ingin sampai cepat.

“Takpe lah Encik Aizril, saya tak nak makan gaji buta pulak, time keje kena lah keje betul-betul, encik sebagai pengurus syarikat pasti lebih tahu procedur syarikat ye x” aku menyindirnya. Aizril mendiamkan diri dan senyuman pahit terukir di wajahnya, maybe terasa hari tapi aku dah tak peduli. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya dia bersuara.

“Lia, I miss u so much” kata-kata nya memeranjatkan aku namun ianya sekadar berlalu begitu sahaja, seolah-olah aku tidak mendengarnya dan sudah pasti langsung tiada response daripada aku. ‘Suka hati kau lah Aizril, cakap sorang-sorang sudah!’. Setelah sampai aku mengucapkan terima kasih dan terus berlalu tanpa memandang wajahnya.

Setelah penat bekerja, aku bermalas-malasan di atas katil. Tiba-tiba aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak aku kenali. Aku teragak-agak menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum” aku memberi salam. “Waalaikumussalam” terdengar suara garau menjawab panggilan tersebut. ‘Aik siapa pulak ni’. “Lia, kau dah tak ingat suara aku sampai hati” aku cuba mengecam suara tersebut namun masih lagi samar.

“Errkk,. Sori yerk siapa ni, tak dapat nak cam lah” memang begini lah aku sukar untuk mengingat.

“Bestfriend kau kat kampung, Johan lah” dia memperkenalkan diri. “ Weh kau Johan haha macam mana lah aku boleh tak cam kau, suara kau macho sangat, lama tak jumpa kau, bila aku dengar suara kau fuhh mesti tuan punye diri hensem kan ” aku benar-benar terkejut menerima panggilan Johan iaitu teman karibku di kampung dan kami memang dari sekolah yang sama. Setelah habis SPM kami membawa haluan masing-masing memandangkan Johan menerima tawaran menyambung pelajaran ke luar negara. Setelah itu, kami tidak berhubung lagi.

“Lia, jom kuar, aku tak sabar nak jumpa kau, banyak benda yang aku nak ceritakan” ajak Johan. “Eh, kau biar betul ajak aku keluar malam-malam, malas lah aku, kalau kau nak kita jumpa esok nak kau belanja hehe” aku menolak pelawaan Johan.

“Ok, sori lah aku lupa kau wanita melayu, maklumlah dah lama duk kat luar kihkih esok kita jumpa ok!,” terdengar gelak ketawa Johan.

“Amboi, berlagak, berapa banyak perempuan kau bawak keluar lain macam jer aku dengar, kau jangan, jadilah lelaki yang membimbing wanita” aku cuba memancing Johan aku tahu sikap Johan dia tidak mudah terpengaruh dan dia seorang lelaki yang bertanggungjawab.

“Eh, kau tolong sikit k, walaupun bertahun aku duk kat sana aku still jaga adab resam aku k, dan apa yang pasti aku just tunggu kau dari dulu tau tiada wanita lain haha” kata-kata Johan langsung aku tidak ambil pusing, dia tidak pernah serius dalam berkata-kata.

“Banyak lah kau punya tunggu, k la aku nak tidur dulu esok kita jumpa k, tapi sebelum tu kita nak jumpa kat mana ni?” aku mendapat kepastian daripada Johan. “Aku amik kau kat rumah jela, nanti kita bincang nak pegi mana boleh?” pelawa Johan.

“Eh, kau jangan nak mengada-ngada, tengok di jiran sebelah rumah aku apa pulak dieorang kata lagipun better kita pegi asing-asing jela, tak bagus berdua macam tu” aku menolak dengan baik tawaran Johan seriously aku tidak selesa keluar berdua dengan lelaki. “Aku kagum la dengan kau, kau betul-betul jaga sampai nak keluar dengan lelaki sebaik aku pun kau teragak-agak” aku mencebik mendegar kata-kata nya.

“Yeke baik? Boleh percaya ke kau ni haha k la aku tidur dulu lah assalamualaikum” aku mengundur diri.

“Haha ok waalaikumussalam” jawab Johan sambil diiringi gelak ketawa.

Keesokkan harinya, aku bertemu dengan Johan di Piramid Square, seperti mana yang telah dijanjikan. “Assalamualaikum” aku terdengar suara menyapa dari belakang. Setelah aku berpaling hampir terngaga aku melihat penampilan Johan yang begitu jauh berbeza, andai dulu Johan adalah seorang budak yang gempal dan agak comot. Kini telah berubah menjadi jejaka yang bekerjaya dan bentuk badan yang begitu menarik memang menjadi igauan setiap gadis, kecuali aku huhu.

“Tutup sikit mulut kau tu, hensem sangat ke aku sampai salam aku pun tak terjawab tengok aku macam nak telan”. Johan tersenyum memandang aku.

“Eh lupa plak waalaikumussalam wah kau Johan hampir tak perasan aku, macam mana kau boleh berubah hensem macam ni sekali” aku masih lagi dengan wajah terkejut.

“Ooo.. dulu kira tak hensem la ya?” Johan mencebik. “Haha takde la just kurang sikit jer, eh jom lah kata nak belanja aku makan, aku dah lapar ni” aku mengorak langkah. “Kau ni baru jumpa aku dah ingat makan mentang-mentang dulu aku gemuk” Johan bersuara.

“Eh takde lah kau ni ada-ada jela, ok sekarang kau nak pegi mana aku ikut je ok?” aku mengekori Johan. Ketika kami sedang bergelak ketawa, tiba-tiba aku terserempak dengan Aizril dan Syima. Kelihatan mereka baru sahaja keluar dari pawagam. Amboi semenjak Syima pulang langsung tidak menhubungi aku tapi bagus lah sekurang-kurangnya hidup aku lagi tenang tanpa kehadirannya. Baru sahaja aku mengajak Johan menukar arah laluan tiba-tiba kedengaran suara Syima memanggil namaku.

“Eh Encik Aizril, Syima kebetulan pulak” aku cuba berbasi-basi walaupun pada hakikatnya aku yang terlebih dahulu menyedari. Aku memperkenalkan Johan kepada mereka berdua. Pandangan Aizril pada aku benar-benar sinis namun dia tetap menghulurkan salam kepada Johan.

“Nice to meet u, u all berdua dari mana?” Aizril bersuara. “Kami baru saja sampai dan belum tahu hala tuju” balas Johan sambil tersenyum memandangku. Aku membalasnya dengan senyuman yang pahit. “Jom lah join kitaorang, kita pergi makan” pelawa Syima.

“Eh takpe-takpe, takkan kami nak ganggu u all berdua pulak, lagipun kami belum lapar ” aku menolak pelawaan Syima.

“Erm,.. diorang nakkan privacy u jer yang tak faham” kedengaran suara serius Aizril sambil melepas pandang kea rah lain. Kelihatan seperti marah tapi kenapa, ah aku peduli apa.

“Sori, lupa pulak ok lah enjoy urself ok, kitaorang mintak diri dulu” Syima menyilang tangan Aizril dan terus berlalu. Aku dan Johan berlalu, kami mendiamkan diri seketika. “Uiks, tetiba senyap tadi bukan main macam mulut murai” Johan menyiku aku.

“Eh, takde papelah aku tengah duk pikir ke mana nak pegi ni kau pun satu bagi lah idea” aku cuba menangkis kata-kata Johan. Tiba-tiba aku menerima satu sms “Lia, sape lelaki tu? Nak ke mana? Langsung tak bagi tau kan, nape tak bagi tahu nak keluar boleh Ril temankan, balik cepat tau ;-(” siapa lagi kalau bukan si Aizril , apa pulak alasannya tiba-tiba aku nak kena bagitau kemana aku nak pergi ntah la tak faham aku, aku membiarkan sms tersebut tanpa membalas. Setelah puas berjalan tepat pukul 4 petang aku meminta diri. Kami bercadang untuk membuat temu janji lagi tapi ntah lah sekadar merancang. Ketika sedang memandu pulang tiba-tiba kedengaran telefon bimbit ku berbunyi dan dengan tegesa-gesa aku melihat pemanggilnya. Huh! Aizril lagi apa la yang dia nak.

“Assalamualaikum” aku memulakan bicara. “Em waalaikumussalam, ada kat mana?” itu soalan pertama daripada mulutnya.”Ontheway pulang ke rumah kenapa ya Encik Aizril?” aku menjelaskan kepadanya.

“Daripada pagi tadi Lia keluar dengan lelaki tu sekarang baru balik?” Aizril mendengus.

“Err.. so, kenapa ya Encik Aizril?” aku bertanya dengan nada yang agak tidak puas hati. “Emm.. xde pape lah,..” terdengar suara sayu Aizril dan dia terus menamatkan talian.

“Eh stop macam tu jer, kurang asam betul” aku mengomel sendiri. Setelah itu aku menerima satu lagi sms, ‘hati-hati, take care’ siapa lagi daripada Aizril semestinya huh!

Setelah 6 bulan berlalu, tempoh kontrak pekerjaan aku di Syarikat En. Faizal telah pun tamat. Aku sangkakan tempoh aku bekerja di sana akan dipanjangkan lagi namun sebaliknya yang terjadi kerana menurut En. Faizal aku ditugaskan ke syarikat lain yang merupakan rakan kongsi Syarikat En. Faizal. Apa boleh buat barangkali perkhidmatan aku tidak begitu memuaskan sehingga aku ditugaskan ke syarikat lain.

“Mulai bulan depan awak akan ditugaskan ke syarikat Aizril” bagai batu menghempap kepala bila En. Faizal menyatakan ayat itu. “Har? Tapi kenapa saya ditugaskan ke sana, saya minta maaf seandainya ada kekurangan pada perkhidmatan saya dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala tunjuk ajar encik selama ini” aku menunduk menutup keresahan di hati.

“Awak jangan salah anggap di atas pertukaran awak itu, awak pekerja yang berpotensi Cuma saya mahu awak akan didedahkan dengan kemahiran baru sepanjang awak berada di sana nanti” jelas En. Faizal. “Ooo.. erm apa-apa pun terima kasih sekali lagi, Insyaallah saya akan cuba melakukan yang terbaik” aku cuba menerima segala-galanya dengan seadanya walaupun berat di hati untuk menerima suasana kerja di tempat baru apatah lagi behadapan dengan si Aizril haru-haru.

Esok merupakan hari pertama aku bekerja di syarikat Aizril. Aku mula membayangkan bagaimana hari-hari yang akan aku lalui andai setiap hari aku perlu mengadapnya arghhh!.

“Lia, apsal kau ni termenung jer aku tengok ada problem ker? Ni tak lain tak bukan pasal Aizril la tu” tegur Nadia.

“Kau ni memang kawan yang bagus la memahami betul tau-tau jer apa yang aku pikir ek” aku membalas sambil melempar kan sebiji bantal yang berada di tangan aku. “Of course ler, harap aku tak jadi tukang tilik jer, aku tau sangat apa yang ada dalam kepala kau tu tak payah nak kelentong coz dari dulu memang itu jer problem kau benda yang sama ye tak” Nadia menyambut bantal sambil mencebik. “Pandai-pandai je kau ni takde lah” pandangan aku tidak lepas daripada televisyen walaupun hanyalah dengan pandangan yang kosong.

“Dah la kau jangan lah pikirkan sangat pasal tu, just go throught your life, niat kau hanya nak bekerja kan, jangan tukar niat dah ler” kata-kata Nadia benar-benar buat aku tidak senang hati.

“Eh, tak sayang mulut kau kan suka hati jer! Dah la aku nak tidur” aku menjeling Nadia dengan pandangan yang geram. “Ai, tak sabar Nampak nak jumpa bos baru” gelak Nadia.

“Arghh!” dengan tindakan drastik jari aku mencubit pehanya. “Aduh Lia..” berkerut wajahnya menahan sengatan berbisa aku. ‘padan muka!’.

Pagi itu aku bertolak awal ke pejabat baru, berdebar-debar jangan cakap la dada aku hampir nak meletup. Aku cuba beristifar dalam hati untuk menenangkan hati. Sesampai di sana, aku sangkakan aku paling awal tetapi hakikatnya “assalamualaikum, hai Lia” suara garau menyapa aku dari belakang. “Waalaikumussalam” aku tersentak sambil mengurut dada. ‘Terkejut aku’.

“Awal En. Aizril datang, saya ingat saya paling awal.” Aku berlagak seperti biasa.

“Ermm biasanya memang saya paling lewat tapi hari ni oleh kerana hari yang paling istimewa saya sanggup bangun awal, tak sabar nak datang kerja, tidur pun tak lena tau” aik macam tu pulak.

“Apa yang special sangat tu En. Aizril sampai nak tidur pun lena” aku membalas sambil membetulkan handbag aku.
“Adalah, jomlah masuk dulu, welcome to our company dear” pulak dah taraf VIP punya cuma takde karpet merah je kalau tak confirm aku dah blah lain macam jer ni.

“I nak tunjukkan tempat baru u, jom” dia berjalan mendahului aku. ‘Erm boleh tahan besar jugak macam best jer huhu’.

“Sila duduk my princess” sambil menarik kerusi aku. “Eh, jangan macam ni En. Aizril naik segan pulak saya” aku tersipu-sipu. “Anything for u” kata Aizril sambil tersenyum.

Hari-hari yang aku lalui di tempat baru amat menyesakkan.. apa tidaknya masing-masing terlalu serius dengan kerja sampaikan masa untuk beramah mesra pun tiada.. baru la aku tahu sikap sebenar Aizril bila di pejabat huh.. serius yang teramat sampai terbawak-bawak hingga ke pihak bawahan.. hai kalau macam ni berterusan boleh stress aku… ketika asyik termenung tiba-tiba…. “Alia, tolong saya siapkan report ni, kalau boleh petang ni ergent!, kalau ada apa-apa yang tidak faham tanya saya” arah Aizril. ‘Amboi aku tak sempat cakap apa-apa lagi, macam tu jer bagi arahan, apa boleh buat kalau dah pekerja bawahan’.

Kerja yang ditugaskan segera dilangsaikan.. tidak sabar menunggu jam 5.. masing-masing seperti cacing kepanasan ke sana ke mari.. mengejar masa untuk menyiapkan kerja di saat-saat akhir.. mata ku kerdipkan beberapa kali untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih.. kadangkala aku rasa agak stress bekerja di sini berbanding di tempat lama.. ntah lah mungkin dah ditakdirkan.. sabar lah Alia mungkin ini satu dugaan.

‘Kringgg’ ketika kusyuk menyiapkan kerja telefon disisi berdering.. ‘memang tak ada orang lain la ni sapa lagi kalau bukan big boss’.. “Hello” aku menjawap acuh tak acuh kerana terlampau letih… “Macam mana report saya? dah siap..” tanya Aizril.. “A’a sikit lagi encik,.. give me 15 minute,.. harap bersabar..” aku mnjawab dengan perasaan yang agak sebal..

“ok.. take ur time,.. but make sure ptg ini jugak ok?”… “ok encik.. Insyaallah andai nafas ini belum berhenti..” aku menbalas.. “hai lain macam je bunyinya..” kedengaran dia ketawa.. “erm ada apa-apa lagi encik… boleh saya continue kerja saya..”…. “ops.. sorry coz waste ur time..”.. dengan segera aku meletakkan telefon.. ‘nampak gaya tidak kesampaian hajat aku untuk balik on time’..

“Ya Allah penatnya,.. tidow sekejap ok jugak ni” Alia melelapkan mata.. oleh kerana mengingatkan kerja yang belum selesai, matanya tidak terlelap.. berderau darahnya ketika mengangkat kepala Aizril kelihatan berdiri tegak dihadapannya. ‘Macam mana aku tak sedar ni’.

“Maaf En. Aizril, saya tertidur” aku menundukkan kepala. Aizril tersenyum memandangku. “It’s ok.. rindu betul saya kat awak..” kata Aizril sambil tersenyum.. ‘Dah start dah mamat ni’. Alia terus menyiapkan kerjanya tanpa menghiraukan Aizril.

“Hello, awak dengar tak apa yang saya cakap?” tegur Aizril. “Ya encik saya dengar so?” Alia membalas. “Awak tak rindukan saya?.. rindu betul saya saat kita dikampus” Aizril memandang Alia dengan tenungan yang sukar ditafsirkan.

“terima kasih untuk rindu encik Aizril tapi saya tak layak menerimanya, baik encik simpan saja untuk orang yang tersayang” balas Alia. Dia sudah muak mendengar kata-kata lelaki itu.

“Ok encik, saya dah siapkan kerja saya, kejap lagi saya hantar ke bilik” Alia berlalu dengan wajah yang muram kerana kepenatan tanpa menghiraukan kehadiran Aizril.

“Alia, sampai bila awak akan dingin dengan saya, tak bolehkah kita berkawan seperti dulu” kata Aizril dengan wajah yang penuh pengharapan. “Ntah la encik, biarlah hubungan kita sekadar pekerja dengan majikan. Saya tak nak menimbulkan sebarang syakwasangka nanti” biarlah segala kenangan lalu menjadi kenangan.

Hari ini genap sebulan bekerja di syarikat Aizril, aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti beberapa hari untuk pulang ke kampung untuk menjenguk keluargaku di kampung. ‘Harap-haraplah mood big bos hari ni ok, kalau tidak kempunanlah aku nak balik kampung’ dengan berselawat Alia melangkah ke bilik Aizril membawa surat cuti untuk ditandatangan.

“Assalamualaikum, En, Aizril.. ermm encik busy tak? can i take your time?” tutur Alia dengan berhati-hati.

“waalaikumussalam,.. yup Alia, just coming,.. anything for you” ujar Aizril sambil tersenyum.

Alia berdiri di depan Aizril sambil menghulurkan surat cuti. “Surat apa ni?” tanya Aizril dengan wajah yang berkerut.

“Ermm surat cuti encik, saya ingat nak mintak permission untuk cuti tiga hari nak balik kampung” ujar Alia.

“Hai,mengejut jer, nak balik kahwin ker? jangan macam tu Alia, kempunan saya nanti.” kata Aizril dengan wajah yang serius.

“Eh, ada pulak macam tu, kalau saya nak kawin mesti saya jemput encik, encik kan bos saya” pintas Alia. Tingkah Aizril memang sukar untuk ditafsirkan. Kadangkala serius dan kadangkala bergurau senda. ‘Ntah la, biarkan lah asalkan dia bahagia’. “Bila awak nak balik? dengan apa?” tanya Aizril. ‘Eh, lebih-lebih pulak dia ni’ gerutu Alia.

“Err.. rr.. tak sure lagi encik.” jawab Alia teragak-agak. Sebenarnya perancangannya untuk pulang ke kampung memang agak mengejut. ‘Aku nak jawab apa, nak cakap balik dengan bas, tiket pun belim beli lagi’.

“Kalau macam tu, saya ikut awak baliklah boleh saya kenal dengan kampung awak dan bakal bapa mertua saya sekali” senyum Aizril. ‘Ah, sudah’ Alia memikirkan response yang patut diberikan, nanti kalau teroverkan, dia cakap aku perasan pulak.

“He.. he.. pandai encik bergurau. Isu saya balik dengan apa tak jadi masalah pandailah saya iktiarkan nanti, ermm… macam mana ya encik? cuti saya diluluskan or tidak?” soal Alia.

“Lulus.. tapi dengan syarat saya ikut awak balik ke kampung…” Azril menjungkitkan keningnya. ‘Ah.. sudah…’ Alia mengerutkan dahinya. ‘Tak boleh jadi ni asyik aku je yang kena ikut kepala dia’ Alia benar-benar tidak berpuas hati. “Kalau macam tu saya berhenti kerja terus jela, kalau encik tak beri saya cuti” Alia sudah nekad, Aizril memang melampau. ‘Buat apa nak ikut aku balik kampung tak pasal-pasal apa tanggapan orang kampung’ gerutu Alia sambil melangkah menghampiri pintu. “Eh, nak ke mana tu, sampai terus nak berhenti kerja, pasal awak nak balik kampung, saya masih boleh pertimbangkan tapi kalau nak berhenti kerja, sorry i tak benarkan” pintas Aizril.

“Mak, cakaplah kat ayah tu sudah-sudah la bekerja, ayah tu dah la sakit, pasal duit mak ayah jangan risau nanti pandailah Alia iktiarkan, lagipun sekarang Alia kan tengah bekerja” Alia meluahkan kerungsingan di hati. “Alah, Alia ingat ayah dengar ke cakap mak, dia mana boleh duduk tanpa buat apa-apa, tak apa lah Alia, lagipun kerja kampung bukan berat sangat pun. Pandai-pandailah mak jaga ayah kamu tu, kerja kamu tu macam mana” tanya ibu Alia.

“Kerja ok, tapi majikan Alia tu problem sikit, sebenarnya majikan Alia tu kawan Alia masa study dulu” jawab Alia.

“Baguslah kalau macam tu, bolehlah dia tengok-tengokkan kamu, kalau dah saling kenal apa masalahnya” jawab emak. ‘Emak memang tak tahu perkara sebenar, biarlah segalanya menjadi rahsia’.

Aizril membalikkan tubuh ke kiri dan ke kanan,.. ‘Kenapalah susah sangat nak melelapkan mata ni..’ semenjak beberapa hari ni,. hidupnya agak sedikit tidak tentu arah, hanya dia sahaja yang tahu apa penyebabnya. Aizril segera bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat tahajjud.. hanya itu yang dapat memberi ketenangan kepadanya,.. salah satu doa yang tidak pernah ditinggalkan adalah untuk memiliki Alia,.. dia memohon kepada Allah s.w.t supaya membuka pintu hati Alia untuk menerimanya suatu hari nanti,.. hanya itulah harapannya,..

Continued




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"