Novel : Benci Tapi Rindu 28

5 April 2013  
Kategori: Novel

9,528 bacaan 4 ulasan

Oleh : NIERASHIDA

28

“Zu, kita kahwin”

“What?”

“Kita kahwin. Saya dah fikir masak-masak”, tutur Idham penuh yakin. Tidak mahu tangguh-tangguh lagi.

“Kahwin? Tak mungkin”

“Sampai bila kita nk hidup macam ni?”

“Sampai bila-bila. Lagipun, saya hanya nak berkawan dengan awak. Tak lebih dari tu” Selamba saja dia berkata lalu menyedut jus tembikai.

Penuh sopan Idham meletakkan sudu dan juga garpu di pinggan. Wajah Zurina yang manis itu ditatap lembut. “Saya tak kisah kalau awak perlukan masa. Ambillah seberapa banyak masa yang awak nak” Tenang sekali raut wajah Idham.

Zurina diam. Idham tidak seperti selalu. Jika tidak, pasti akan mengundang pergaduhan antara mereka. Tapi, berbeza pula kali ini. Raut wajah Idham kelihatan sungguh tenang. Kata-katanya pula tidak menyakitkan hati lagi.

“Awak okey tak ni?”

Zurina hanya mengangkat bahu. “Tak perlulah awak tunggu saya. Buang masa saja Id”

“Tak apalah. Selagi awak tak terikat dengan sesiapa, saya tetap akan tunggu awak. Itu janji saya pada awak. Jangan risau, saya takkan desak awak lagi. Biarlah hati awak terbuka dengan sendiri”, ujar Idham lalu menyambung makan.

Zurina makin hairan dengan sikap Idham yang tiba-tiba berubah. Idham di depannya ternyata berbeza sangat-sangat. “Awak okey tak ni Id”

“Okey je. Kenapa tanya macam tu?”

“Saja”, jawabnya sepatah lalu senyuman diukir hambar.
“Umi kirim salam pada awak”

“Umi? Girlfriend awak ke?”

Tawa Idham kedengaran juga. “Apalah awak ni, umi tu mak sayalah”

“Oh. Macam mana dia tahu tentang saya?”

“Dia terjumpa gambar awak masa kemas bilik saya. Maaflah kalau ambil gambar awak cara curi-curi” Hati Idham mula serba salah.

Hanya senyuman kecil lahir di bibir Zurina. “Tak apalah. Kata kat umi, waalaikumussalam”

Idham sekadar mengangguk dan meneruskan suapannya.

“Terima kasih Id”, ucap Zurina.

“Kenapa?”

“Sebab faham saya”, balasnya tenang.

“Tak apa Zu. Kalau ada jodoh saya dengan awak tak kemana” Senyuman gadis kesayangannya dibalas penuh rasa kasih.

Zurina turut membalas senyuman Idham. Dia menyambung semula makan. Entah kenapa hatinya tenang kala ini. Mungkin juga layanan Idham yang agak sukar diduga pada hari ini. Dia buntu dengan jalan hidupnya…

********

“ASSALAMMUALAIKUM”

“Waalaikumussalam”, jawab Datin Sofea sudah gembira.

“Mama sibuk ke?”

“Mana ada sibuk. Haikal mana?”, tanya Datin Sofea mencari kelibat Haikal.

“Abang Haikal kat office mama. Hari ni, Ila ambil cuti separuh hari. Rindu kat mama dengan papa. Tu yang datang ni” Tubuh Aqilah sudah terhenyak di sofa.

“Siapa hantar Ila ni?” Sudahlah kelibat Haikal pun dia tidak nampak. Kelibat teksi pun dia tidak nampak juga.

Aqilah tersenyum penuh makna. “Cuba mama teka?”

“Kamu naik bas ke datang sini?”

“Bukanlah. Ila datang dengan ni”, tutur Aqilah lalu mengeluarkan segugus kunci. Biasalah orang perempuan. Semuanya ada tergantung pada kunci kereta. Dengan keychain la, teady bear la. Tapi, bukan dia tau yang gantungkan. Semuanya Haikal yang buat. Comelnya Haikal!

“Amboi, dah ada kereta? Mama tak nampak pula”

“Hehehe…Ila park kat luar sana. Mana mama nak nampak. Abang Haikal yang hadiahkan”

“Sukalah tu dapat kereta. Jangan nak buat drift pula”, pesan Datin Sofea.

“Mana papa?” Aqilah cuba menukar topik perbualan. Faham sangat dengan pesanan umpama sindiran yang tercetus di mulut mama kesayangannya.

“Saja nak tukar topiklah tu. Papa kamu pergi suraulah. Dah nak masuk zohor pun. Dah makan ke?”

“Belum lagilah mama. Mak Jah mana? Rindulah kat Mak Jah”

“Mak Jah ada kat dapur. Tengah siapkan makan tengah hari”

“Ila nak kacau Mak Jah kejaplah mama. Mak Jah tu kalau Ila balik, dia bukan perasan. Asyik sibuk dengan kerja saja”, bebel Aqilah bingkas bangun.

Datin Sofea sudah menggeleng kepala berkali-kali. Sikap Aqilah dari dulu hinggalah sekarang, tidak langsung berubah. Ada saja sifat nakal dalam diri intan payungnya itu.

Sebaik saja kaki Aqilah mencecah dapur, dengan langkah perlahan dia merapati Mak Jah. Lalu, pinggang Mak Jah dicuit.

“Oii anak ikan berlari anak rusa menari…Eh, amboi….Ehehhh”

Aqilah ketawa terbahak-bahak.

“Ya Allah, kamu rupanya. Mak Jah ingatkan siapalah tadi. Lain kali, bagi salam dulu. Buatnya Mak Jah sakit jantung macam mana?”

“Opss, maaf. Assalammualaikum Mak Jah”

“Hah, waalaikumussalam. Bila sampai?”

“Baru saja sampai” Tubuh Aqilah menyandar di kabinet dapur.

“Tak perasan pula Mak Jah”

“Macam mana nak perasan kalau asyik fokus pada kerja saja. Mak Jah masak apa tu? Macam sedap je baunya”

“Mak Jah masak tom yam campur, ikan bakar, sambal belacan, ulam-ulam. Kenapa, lapar ke?”

Aqilah menghampiri makanan yang masih terdapat di atas dapur. “Hmm, sedapnya. Terliur pula Ila tengok”

Mak Jah tersenyum senang. Hatinya senang melihat keceriaan yang terpancar jelas pada raut wajah anak majikannya. “Mana Haikal?”

“Abang Haikal kat office. Kejap lagi sampailah tu. Kami tidur sini malam ni. Esok pagi dah nak bertolak balik Kedah”, terang Aqilah sempat lagi mencubit sedikit isi ikan bakar.

“Hah, dia ni kalau datang dapur asyik nak kacau Mak Jah je. Bukan nak tolong”, sergah Datin Sofea yang muncul di muka dapur.

Aqilah ketawa kecil. “Sekali sekala mama. Bukannya selalu pun. Sedaplah ikan bakar sumbat sambal ni”

“Kalau dah sedap, belajar daripada pakar”, celah satu suara.

“Hah Haikal, dah sampai pun. Kamu pun ambil cuti juga ke?”, tanya Datin Sofea.

“Tak adalah mama. Haikal masuk balik pukul tiga nanti. Papa mana?” Tangan Datin Sofea dikucup lembut.

“Papa kamu ke surau”

“Kalau macam tu, Haikal pergi surau dululah”, pinta Haikal sempat menjeling ke arah isterinya yang sedang sibuk meratah ikan. Dilihat, Aqilah tidak memandang ke arahnya langsung. Sejak pagi tadi Aqilah seakan-akan cuba menjauh diri darinya. Segaris senyuman terlakar di bibirnya. Dia terus berlalu dari situ.

“Tengoklah tu, Haikal datang bukannya dia nak layan”, tegur Datin Sofea pening dengan perangai Aqilah. Sekejap okey, sekejap lain pula jadinya.

“Ala, kan Abang Haikal nak pergi surau. Ila tengah syok ratah ikan ni”

“Ya Allah, habislah ikan aku” Mak Jah agak terkejut lihat ikan yang hampir tinggal tulang.

Mata Datin Sofea turut membutang memandang Aqilah.

“Hehehe…..Sorry”, ucap Aqilah sambil menggigit jari.

“Bertuah punya anak. Sudah, pergi naik atas. Salin baju tu. Mama nak tolong Mak Jah. Kita bakar lagi seekorlah Jah oiii”, tutur Datin Sofea membuat Aqilah dan Mak Jah ketawa.

Ila, Ila….apalah nak jadi…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Benci Tapi Rindu 28”
  1. Azwa Wawa ^^ says:

    Gantung nya.. sda la lma next entry nya..
    Kac pnjang2 buleh?

  2. Aisyah says:

    ceritanya seru tapi endingnya kok menggantung??

  3. mayola says:

    Gantung??endingnya ada

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"