Novel : Bodyguardku Sayangku 1

15 April 2013  
Kategori: Novel

897 bacaan 4 ulasan

Oleh : nadeya

1

“Kau dah fikir masak-masak ke Raina” Noni seakan tidak percaya dengan kata-kata sahabat baiknya itu.takkan sampai macam tu sekali.dah tak ada kerja lain ke dalam dunia ni?

“betul la Cik Noni oii..aku dah fikir masak-masak..sampai garing dah..aku perlukan kerja sekarang ni..” ujar Raina penuh yakin..

Hari ini dia telah membuat satu keputusan yang amat serius dalam hidupnya untuk menjadi seorang bodygourd..dia amat memerlukan pekerjaan buat masa sekarang untuk menyokong kestabilan hidupnya..dia tidak mahu asyik menyusahkan mak dan abang-abangnya.Tambahan lagi bapanya sudah lama meninggal dalam satu kemalangan jalan raya.Oleh itu dia sudah bertekad unuk menjadi seorang bodyguard walaupun hanya sementara.

“kau lupa ke yang kau tu perempuan” sergah Noni di telinga raina

Raina melarikan kepalanya sedikit untuk mengelakkan telinganya menjadi mangsa suara si Noni..mau rabak telinga ni..

“kau ni gila ke?? Mesti la aku ingat yang aku ni perempuan.apa kau ingat perempuan tak boleh kerja bodyguard ni..abis tu mak cik kat depan rumah kita ni okey jer jadi mak guard.” Raina memuncungkan bibirnya ke arah rumah mak cik Rokiah di hadapan rumah mereka..

“aku pelik la dengan kau ni..dalam banyak-banyak kerja kat dunia ni..benda alah tu jugak kau pilih..” Noni menyekeh kepala raina geram

“sakit la mangkuk” Raina mengosok kepalanya

“tengok tu..baru buat macam tu dah sakit,,macam mana kau nak jadi bodyguard nanti raina..” Noni sudah memulakan sesi ceramahnya

Raina menjulingkan matanya ke atas..bising betul la mak nenek ni,,dah nak mula la tu jadi lecturer tak berbayar kat rumah ni.. Raina memintal-mintal hujung kusyen kecil tanpa mempedulikan noni yang sedang menjalankan ceramahnya itu..fikirannya menerawang ke tempat lain..

Mesti mak dan abang-abangnya terkejut babun punya la dengan keputusannya itu..tapi itu tidak akan membuatkan dia merubah keputusan yang telah dibuat..dia sudah nekad untuk menjayakan misinya untuk menjadi seorang bodyguard..apa-apapun Nur Qistina Raina kau kena jugak jadi bodyguard walau apa pun terjadi..Raina bangun dari sofa dan menjerit untuk memberi semangat pada dirinya..
“raina boleh!!!!” jeritnya kuat sambil mengangkat tangannya ke atas..Noni yang sedang khusyuk membebel terkejut melihat perlakuan kawannya itu..

“hoi Raina..aku duk nasihat kat hang..hang pulak buat-buat tak dengaq lepas tu menjerit macam beruk ni kenapa?” bebel Noni bengang..

Raina hanya tersengih comel merenung ke arah Noni sambil mengigit jarinya..Comel sekali perlakuannya itu..Noni yang sedang mencekak pinggang di peluk erat..

“kau jangan la marah aku Noni..aku tengah bagi semangat kat diri aku ni…nak harapkan kau bagi semangat memang tak la kan..” Raina sengih

Noni menjengilkan matanya.Bertuah punye kawan,,kutuk aku ek?

“amboi kau Raina,..mulut aku cili-cili karang baru kau tahu..” Noni mencebikkan bibirnya menyampah

Raina hanya ketawa melihat kelakuan sahabatnya itu.Memang mereka sangat akrab,,di situ ada Noni disitu juga la muka Raina akan terpampang.Dah macam belangkas pun ada.Sehinggakan ada yang mengelarkan mereka lesbian.Terutama sekali si Julia yang sering mencetuskan pergaduhan dengan Raina..Entah mengapa si Julia sangat membenci Raina.Setahu Raina dia tidak membuat apa-apa kesalahan pun terhadap wanita yang tinggi lampai itu..

Teringat dia tentang pergaduhan mereka pada minggu lepas..Bukan main panas si Julia tu bila Noni membalas dengan berani setiap kata-katanya.Julia memang terkenal dengan sikapnya yang selalu ingin menang itu.Si Noni pun bukan main lancang membalas kata-kata Julia itu..memang Noni pantang apabila ada orang yang suka masuk campur dalam urusannya.Terutama sekali musuhnya si Julia.Dia memang dah lama geram dengan minah lampir tu.kalau ikut kan hati mau sahaja dia menarik rambut Julia yang diwarnakan kuning keperangan itu.Maklumla anak orang kaya la katakan.

“Noni kau ingat tak perempuan yang gaduh dengan kau hari tu?”

“perempuan mana ni?” Tanya Noni kurang faham
“ala..yang rambut karat tu..” ujar Rania seraya membulatkan matanya

Noni ketawa berdekah-dekah mendengar jawapan rakannya itu.
“yang si Julia tu ke? Kenapa kau Tanya?”

“tak ada la..dia tu hot kan”
“hot la sangat..pakai baju macam tak cukup kain,parents dah kaya tapi pakaian macam pengemis” Noni naik bengang apabila teringatkan sikap jengkel Julia itu..

“kau jangan la emosi sangat Noni.aku Tanya je la” pujuk Raina perlahan..nampaknya benci benar si Noni ni dekat Julia tu..ni yang hot ni..

“malas la aku cakap pasal minah lampir tu..dah la aku nak naik mandi..melayan kau sampai bila tak abis” ujarnya seraya mengangkat punggung. Jadinya aku pula yang kena marah..Raina terus bangun mengekori langkah Noni ke bilik…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Bodyguardku Sayangku 1”
  1. mujahid says:

    best

  2. lieya says:

    best jew novel nie..

  3. best nih…tak sabar nak tunggu kisah seterusnya…

  4. ALIAHMOHDSALLEH says:

    Buat permulaan cerita menarik tetapi belum hook pembacakerana pembaca masih blur tentang apa yang ingin disampaikan oleh penulis.Tetapi pembaca akan tetap ingin menunggu bab seterusnya.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"