Novel : Dia Seorang Kasanova 1

23 April 2013  
Kategori: Novel

4,738 bacaan 5 ulasan

Oleh : FarhaS

Bab 1

Miasarah, gadis yang comel dan lincah. Sentiasa menjaga penampilan walaupun tidak memiliki teman lelaki. Tetapi, dia tidak pernah merasa yang status ‘single’ itu membuatkan dirinya agak ‘ketinggalan’ berbanding kawan-kawannya yang rata-rata mempunyai teman istimewa tersendiri. Baginya, umur yang baru mencecah 17 tahun belum layak untuk bercinta.

Selesai mengingat kemas rambut nya yang agak tebal itu, Miasarah menuruni tangga rumah banglo 3 tingkat itu sambil menggalas beg sekolahnya. Meskipun memiliki ibu bapa yang kaya, kehidupannya dirasakan sangat sunyi kerana tidak mempunyai adik-beradik.

“Selamat pagi cik Sarah,” sapa pembantu rumahnya ketika melihat Miasarah berada di meja makan. Dengan cekapnya, dia menuangkan air teh dan menghulurkan roti dan jem kepada Mia tanpa di suruh. Itulah rutinnya.

“Bik, Bibik tak rasa sunyi ke duduk rumah sorang-sorang? Ya la, Mia ke sekolah tiap pagi. Bibik tinggal rumah sorang-sorang. Hamper setiap hari pulak tu.” Miasarah bersuara setelah menyapu jem pada rotinya.

“Kalau ikutkan, Bibik boring jugak sebab tak da kawan nak borak sama. Cik Sarah ambil la satu orang lagi pembantu rumah. Ada jugak teman Bibik ni.” Bibik berkata sambil memandang Miasarah dengan pandangan mengusik.

“Ish Bibik ni, ke situ pulak. Okay la Bik, Mia dah lewat ni. Jaga rumah elok-elok tau!” balas Miasarah lalu menggalas beg nya dan terus menuju ke pintu.

Miasarah memandang Pak Mail, driver peribadi keluaganya sebentar lalu memintanya menghantar Miasarah ke sekolah.

Tanpa berlengah, Pak Mail membuka pintu penumpang belakang dan menjemput Miasarah masuk dan terus menghantarnya ke sekolah.

Setibanya di kelas, Mia ligat mencari sahabat karibnya yang bernama Aqilah. Dia memerhatikan susuk tubuh yang amat
dikenalinya dari jauh dan Hah! Jumpa pun. Mia mendekati Aqilah lalu mencucuk pinggang sahabatnya. “Eh mak nenek aku comei giler! Ish kau ni Sarah, jangan buat macam tu lagi tau. Terkeluar saja tidak jantung aku ni kau buat.” marah Aqilah apabila disergah oleh Mia.

“Ala lek lu. Tak baik marah-marah siang hari.” balas Mia tanpa rasa bersalah menyebabkan Aqilah melatah tadi lalu mengambil tempat di sebelah Aqilah. Tidak lama selepas itu, guru matapelajaran Sains memasuki kelas mereka dan memulakan PNP.

“Okay time’s up. Jangan lupa siapkan kerja yang cikgu bagi. Terima kasih semua” kata Cikgu Maria sebelum meninggalkan kelas. “Eh, Miasarah jumpa cikgu kejap ya di bilik guru.” sambung Cikgu Maria sebelum sempat melangkah keluar. Mia hanya mengangguk dan menoleh ke arah Aqilah. “Kau dengar kan? Okay la aku pergi dulu. Nanti jumpa kat kantin” ujarnya lalu bergerak ke bilik guru.

“Sarah, tolong edarkan lembaran kerja ni di kelas ya? Cikgu terlupa tadi nak bagi,” pinta Cikgu Maria kepada Mia.
Mia tersenyum dan mengangguk lalu beredar dari bilik guru. “Ish cikgu ni. Buat suspen je. Ingatkan aku ada buat
something wrong tadi.” keluh Mia sambil membelek lembaran yang diberikan kepadanya sebentar tadi. Tiba-tiba..

“Argh! Apa ni langgar-langgar ora…..” Mia terkedu dan tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Alangkah terkejutnya dia sebaik melihat orang yang baru ‘melanggarnya’ tadi ialah Danial Haziq atau lebih tepat Tengku Danial Haziq yang amat digilai ramai di sekolah.

“Sorry wak, terlanggar awak tadi. Tapi awak tu pun jalan tak pandang depan. Hmm takpe la memandangkan sama-sama salah, biar saya tolong awak okay?” sapa Danial sambil sibuk memungut kertas yang berhamburan itu. Mia yang sedari tadi tercengang segera membantu.

Tanpa di sedari tangan mereka bersentuh dan kepala mereka terhantuk kerana ingin memungut kertas yang sama. Mia terdiam seketika. Begitu juga dengan Danial. Alamak! Kenapa rasa lain macam ni. Mia, jangan buat hal dengan si Playboy satu ni. Cepat tamatkan sesi memungut ni dan tinggalkan dia. Gumam Mia sendiri. Mia segera menghentikan lamunannya dan merampas kertas di tangan Danial. “Wak, thanks la. Saya nak cepat ni bye.” laju saja Mia berkata dengan satu nafas lalu berjalan laju meninggalkan Danial.

“Apa kena dengan dia tu? Weirdo. Tapi comel jugak tu.” ujar Danial lalu menuju ke kelasnya.

“Sarah, kenapa lambat sangat? Kan tak sempat nak rehat dengan aku.” ujar Aqilah membuat gaya merajuk. “La, aku tak sengaja la. Tadi aku terlanggar mamat satu ni. Habis berhamburan paper work ni tadi. So, terpaksa la aku pungut one by one.” jawab Mia sambil mengangkat kertas yang diberi oleh Cikgu Maria tadi.

“Mamat mana pulak kau pungut ni?” sindir Aqilah sambil tergelak kecil. “Ish kau ni! Siapa lagi kalau bukan mamat
‘player’ sekolah kita ni? Danial tu la!” jawab Mia acuh tak acuh. Malas dia nak mengenang mamat playboy tu.

“Untung la kau! Hmm cuba la aku yang langgar dia tadi. hmmm…”ujar Aqilah sambil tersenyum miang sendiri. “Wah! bertuah punya badan. Zarif nak letak tang mana? Campak laut ek?” tiba giliran Mia pula menyindir kawan nya sorang ni. Macam-macam hal la kawan baik kesayangan satu ni.

“Wak, awak comei sesangat la awak. Kita suka kat awak. Kita nak kenal awak boleh? Kita nak kawan dengan awak la. Kalau sudi, makan la coklat yang kita bagi kat awak ni tau! Jangan risau, tak de mandrem. Kita ikhlas nak kawan dengan awak.”

Mia hanya berkerut setelah membaca nota lekat pada coklat cadburry blackforest yang dia jumpa di laci meja nya. Bila pulak ada menda ni kat sini? Setahu aku tadi sebelum rehat tak de pun.. siapa la yang tulis ‘natang’ comel ni kat aku siap bagi mende favourite lagi tu. ujar Mia dalam hati. Terdetik di hatinya ingin mengetahui siapa ‘dalang’ di sebalik pemberian ni.

“Hah! Tengah buat apa tu? Baca surat cintew le teww sweet nyer.” sergah Aqilah dari belakang. Mia terkejut lalu segera menyelit nota lekat tadi di dalam buku dan memandang Aqilah seperti tiada apa yang berlaku. “Hah kau rupanya. Aku sangka siapa tadi. Buat suspen je.” balas Mia selamba.

“Eleh! Jangan nak sorok la Sarah oii. Aku nampak nota lekat warna pink tu kau sorok dalam buku kan? Bak sini! Aku nak jugak tau story kau tu.” selamba Aqilah mengambil nota dari buku Mia dan membacanya. Sebaik saja siap membaca nota comel tu, Aqilah segera mengukir senyuman ‘signal’ untuk Mia dan berkata “Dah ada peminat nampak.” Mia hanya tersenyum kelat ke arah Aqilah.

“Kau tak nak tau ke siapa mamat ‘sorok’ ni?” soal Aqilah kepada Mia. Mia tersenyum dan berkata “Perasaan nak tahu tu ada gak tapi tak la membuak-buak. Lagipun macam mana nak kesan mamat ‘sorok’ ni dah la nama tak da.” jawab Mia.

“Yak kan? Hmmm.. Macam mana ya. Let see…” kata-kata Aqilah membuatkan merek berdua mengelamun seketika dan… “Hah! Macam ni, kau cuba letak nota lekat kat laci meja kau sebelum rehat esok. Aku sure sangat dia dating lagi esok nak bagi kau nota comel ni.” cadang Aqilah lalu disambut baik dengan Mia yang otaknya memang ‘sifar’ itu.

Semalam, Mia termimpikan Danial. Dia merasa pelik sebab tiba-tiba mamat ‘player’ tu bole menyinggah dalam tidurnya. Hmmm. Jodoh kot? Eh! Tak mungkin! No way! Gila apa? Mia jangan fikir macam tu sayang diri la Mia oii. Mia sedang membuang Danial jauh dari pemikirannya.

“Cik Sarah, kenapa tak makan lagi? Lewat nanti” ujar Bibik setelah melihat Mia yang mengelamun di siang hari depan rezeki pulak tu. Ish ish. Mia memerhati Bibik sebentar dan kembali mengelamun. “Ya Allah budak ni” Bibik berkata pelahan. “Cik Sarah, tak selera ke? Atau ingat boyfriend?” Mia terus tersentap dari lamunannya dan mencapai roti lalu di makan tanpa jem. Ada-ada je budak ni gumam Bibik sambil menuju ke dapur.

Tiba di sekolah, Mia tidak sabar menunggu waktu rehat. “Amboi! Kau ni aku tengok macam orang angau pun ada. Bunyi loceng nak mula PNP pun belum dah nak rehat. Hmmm. Teruja la tu. Nak balas love letter la katakan” celoteh Aqilah sambil memerhati tingkah kawan satu ni yang senyum dan balik-balik bertanya ‘bila nak rehat ni.’

Akhirnya, waktu yang di tunggu pun tiba. Mia segera meletakkan nota lekat di laci meja dan berlalu ke kantin dengan Aqilah. Mia langsung tak jamah makanan dan senyum sendiri sepanjang rehat. Tadi sibuk tanya bila nak rehat. Sekarang sibuk tanya bila nak bunyi loceng masuk kelas.

‘Kring Kring’

Laju Mia menarik tangan Aqilah menuju ke kelas setelah bunyi loceng kedengaran. Setibanya di kelas, Mia menncari sesuatu di laci meja dan menjumpai nota kecil yang ‘baru’ terlekat elok pada buku teksnya. “Qila! Dia balas la wei!” ujar Mia sebaik sahaja mendapatai nota lekat baru yang dipercayai dari mamat ‘sorok’ kelmarin.

“Apa dia tulis? Meh la aku nak baca gak!” Aqilah berkata sambil sibuk melihat nota kecil itu. Mia tidak mengendahkan dan terus membaca dengan penuh minat. Setelah selesai, dia tersenyum sendiri dan berada di awang-
awangan.

“Ish budak ni! Orang minta tak nak bagi.” selamba Aqilah merampas nota itu dari tangan Mia dan membacanya.
Awak, saya happy la wak. Awak balas surat saya. Siap letak nota extra untu saya balas. Tak panjang boleh saya tulis ni wak. Maklumla rehat tak panjang. Saya nak awak tau, saya bukan niat sengaja nak ‘sorok-sorok’ ni. Saya nak tengok awak ikhlas tak kawan dengan saya. Saya nak awak ikhlas kawan dengan saya tanpa mengetahui siapa saya dan kehidupan peribadi saya. Macam ni lah, baik kita buat macam sekarang ni buat sementara waktu. Maksud saya, kita berhubung guna memo pad ni. Nanti setelah saya yakin, dan awak yakin dengan saya, kita boleh face to face kan? Nice tak idea saya?? K la wak. Kita nak stop ni. Bye. Take care. Oh ya, malam ni saya muncul dalam mimpi awak. Kot. Hehe

“Mia.. Mia..Hmmm budak ni angau tak ke sudah ni. M.I.A.S.A.R.A.H ! kau dah kenapa ni? Ish teruk la!” serentak itu Mia tersentap dari lamunan yang agak panjang. “Aku pun suka lah cara dia ni. Nampak sangat dia ni baik dan ikhlas.” ujar Mia selamba.

“Nak approach girls ni kena ada cara man. Mesti tau dia tu jenis yang comel-comel ke, manja-manja ke, brutal ke, baru senang nak atur.” ujar Danial si ‘player’ menurunkan ilmu kepada kawan-kawannya Ilham dan Zufar. Mereka sekadar mengangguk sepanjang perbualan bersama Danial mengenai ‘taktik pikat awek’ memandangkan Danial dalam proses mencairkan ‘orang baru’ yang dia temui sebelum ini.

Zufar dan Ilham telah mencabarnya dua hari yang lalu. Mereka mencabarnya untuk memikat gadis yang belum pernah bercinta. Means, nak berlakon jadi ‘first love’ untuk gadis malang itu.

“Korang jangan nak cabar aku sangat la wei. Sampai masa aku break dengan dia depan korang kay!” dengan penuh semangat Danial memberitahu sahabatnya.

Genap seminggu mereka berbalas-balas nota. Mia merasakan inilah masa yang sesuai untuk dia berjumpa si pemilik
nota comel ini. Setelah menulis hasrat hatinya, dia melekatkan nota itu di laci mejanya dan berlalu ke kantin bersama Aqilah.

Seorang pelajar lelaki memerhatikan mereka berlalu dari jauh. Setelah bayangan tubuh itu hilang, dia segera memasuki kelas itu dan mencapai nota yang ditulis oleh Mia. Dia tersenyum sendiri kerana terlalu gembira. Dia mencapai nota lekat Mia dan mencoret sesuatu. Setelah berpuas hati, dia meninggalkan nota itu di situ bersama sehelai sapu tangan berwarna biru miliknya.

Awak betul ni dah ready? Kita okay je ni. Kalau macam tu, habis sekolah awak tunggu saya kat pondok cendawan tau. Bawa sapu tangan saya ni sekali ya wak. Tapi saya harap awak ikhlas dan tak terkejut nanti tengok muka saya. Maklumlah, hensem sangak kan. Hehe. K la wak, kita babai dulu. Bye wak.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Dia Seorang Kasanova 1”
  1. baby mio81 says:

    best ada blog x.

  2. secret says:

    best! ^^ Next part jebal?

  3. aisy says:

    jmput lha ke blog saya http://sayaaisy.blogspot.com/

  4. FarhaS says:

    Jom baca follow up cerita ni(Dia seorang Kasanova) di http://hanyasekadartesting.blogspot.com/

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"