Novel : Idolaku My Friend??? 6

17 April 2013  
Kategori: Novel

789 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : MIYAZAKI ELISYA

Bab 6

Kelihatan ramai pelajar yang berasak-asak melihat notis yang baru ditampal pada papan kenyataan di Fakulti Bahasa dan Linguistik. Syaza juga tidak ketinggalan untuk melihat isi kandungan notis tersebut. Setelah keadaan beransur lengang barulah dia melihat ke arah papan kenyataan.

KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI

Tarikh : 8-16 FEBRUARI 2011

Acara yang dipertandingkan :

BOLA SEPAK, TAKRAW, BOLA TAMPAR, BOLA KERANJANG, FUTSAL, SOFTBOL, BADMINTON, TENIS, SKUASY, SILAT & TAEKWONDO

Mata Syaza tertumpu pada perkataan bola tampar. Hatinya melonjak keriangan. Sudah lama dia tidak bermain bola tampar yang menjadi kepakarannya sejak zaman persekolahan lagi. Kali terakhir dulu pun dia main semasa tahun pertama sebagai wakil fakultinya. Bila sudah masuk tahun kedua jadual kuliahnya yang padatmenyebabkan dia terlepas peluang untuk menyertainya. Kemudian, dia mengorak langkah menuju ke gazebo di mana Syaida berada.

“Syaida, kau dah baca belum notis terbaru tu?” Tanya Syaza sejurus dia duduk di gazebo yang berdekatan dengan papan kenyataan tadi.

“Erm….dah. Pasal SAF tukan? Aku tahu…..mesti kau nak masuk. Kau kan suka bab-bab bersukan ni,” ujar Syaida pula.

“Memang aku nak masuk pun. Aku nak masuk bola tampar. Dah lama kot aku tak main dan gunakan skill-skill aku tu.” Beria-ia Syaza memberitahu.

“ Masuk jelah…..aku sokong kau dari luar je. Aku tahu kawan aku ni memang terer main.”Syaida menyokong keinginan Syaza yang dah kempunan nak main bola tampar. Syaida hanya tersenyum melihat Syaza yang sudah bersemangat hendak menyertai kejohanan tersebut. Nampaknya, dia dah lupa pasal Nizam haritu. Aish…baguslah. Bisik Syaida sendirian.

“Eh, nanti kau temankan aku pergi daftar kat bilik seminar tu ye? Lepas kuliah kita pukul 10 ni?”

“Okay….no hallah.” Tersenyum Syaza mendengar jawapan Syaida. Hasratnya untuk menyertai Kejohanan SAF kali ini akan tercapai.

Suasana dalam bilik seminar hingar-bingar dengan kehadiran pelajar yang ingin mendaftar untuk kejohanan SAF itu nanti. Syaza pula masih tercari-cari kaunter untuk mendaftar namanya dalam senarai pemain bola tampar.

“Syaza, aku pergi duduk atas tu dululah. Sesak sangat…aku dah tak tahan panas ni. Kau pergilah cari kaunter tu. Nanti kau cari aku kat atas tu tau,” ujar Syaida sambil mengipas-ngipas tangannya dan berlalu menuju ke tempat duduk paling atas dalam bilik seminar itu. Syaza hanya mengangguk.

Dalam kesesakan yang melanda, mata Syaza akhirnya tertumpu pada sekeping cardboard yang tertulis bola tampar. Apalagi, laju sahaja langkahnya menuju ke arah cardboard tersebut.

Tanpa membuang masa, jari Syaza ligat menulis nama penuhnya dalam borang yang disediakan. Tiba-tiba, ada suara yang menegurnya.

“Eh,Syaza. Kau masuk bola tampar?” Syaza berpaling ke arah suara tersebut. Sekilas segaris senyuman terukir dibibirnya.

“Oh, Fahmi. Ingatkan siapalah tadi. Mestilah masuk. Tahun lepas dah tak masuk.Nak juga merasa main sebelum graduate ni,” balasSyaza pula sambil tersenyum nipis.

Fahmi merupakan sepupunya sebelah mak. Memandangkan ibu bapa Fahmi telah lama meninggal dunia, dia dibesarkan oleh atuk dan nenek mereka hinggalah dia mengambil keputusan untuk tinggal di asrama semasa di tingkatan empat. Kadang-kala, Fahmi akan bertandang ke rumahnya di hujung minggu bagi menghabiskan masa cutinya. Dari situlah mereka menjadi rapat hinggalah sekarang.

Fahmi mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia. Budak engine tu. Hu…hu…. Dia juga merupakan seorang ahli sukan. Sejak sekolah menengah sudah banyak pertandingan yang disertainya.

“Apa kau buat kat sini? Kau ada kuliah ke kat fakulti kita orang ni?” Syaza memulakan kata.

“Haah…..kelas BI. Eh, asal kau tak masuk hah, tahun lepas? Ingatkan kau dah bersara dah dari main bola tampar ni.” Fahmi menyoal lagi sambil mereka jalan beriringan menuju ke tempat duduk Syaida tadi.

“Alah…..tahun lepas busylah. Subjek tahun dua kan banyak. Tak nak aku gadaikan pointer aku semata-mata nak masuk game tahun lepas. Sekarang ni dah kurang sikit subjek tu yang aku berani nak join tu.” Panjang lebar Syaza memberitahu. Fahmi hanya mengangguk mendengar cerita Syaza. Tiba-tiba matanya terpandangkan Syaida yang duduk di barisan belakang mereka.

“Oh,hai Syaida. Kau temankan Syaza daftar ea? Kesian kau penat-penat tunggu dia kan?” Fahmi menegur Syaida ramah sambil tersenyum.

Syaida juga turut tersenyum.“ Haah, terpaksalah aku temankan dia ni. Kalau tak, tak ada siapa lagi dah yang boleh temankan dia,” balas Syaida seakan-akan memerli. Syaida sememangnya sudah kenal benar dengan sepupu Syaza tu. Sikap Fahmi yang mudah mesra menyebabkan Syaida mudah berkawan dengannya.

“Aih, dah jumpa geng nampak. Siap boleh perli-perli aku lagi,” sampuk Syaza. Ada nada merajuk pada suaranya. Syaida dan Fahmi memandang antara satu sama lain sambil tersenyum nipis.

“Ala Syaza, takkan kau jeles kot. Aku geng dengan kau jelah. Ye tak Syaida?”Syaida hanya menjongketkan bahu. Tidak mahu masuk campur.

“ Eleh, takde maknanya aku nak jeles-jeles ni. Eh, kau masuk sukan apa kali ni Mi?” Syaza menukar topic perbualan.

“Oh…aku daftar nak masuk futsal dengan takraw. Macam biasalah…tapi tak tahulah…kenalah turun latihan.”

“ Ek? Bila latihannya start hah? Aku terlupa pulak nak Tanya tadi. Sebab kaulah. Kau tegur, aku terus lupa nak tanya,” balas Syaza berpura-pura marah. Matanya dikerlingkan ke arah Fahmi.

“Eh, salah aku pulak. Aku tahulah kau terkesima dengan muka kacak aku ni kan? Ha….ha…” Bangga Fahmi menutur sambil mengusa-usap dagunya. Syaza dan Syaida sama-sama buat muka macam nak termuntah. Geli hati mendengar kata-kata Fahmi itu. Ceh, angkat bakul sendiri je taunya. Rungut Syaza dalam hati. Tapi, dia memang handsome kot. Macam muka Aidil Zafuan pun ada.Bisik Syaida pula.

Fahmi mencebik melihat gelagat dua wanita itu. Dia menyilangkan tangan ke dada dan menyandarkan badannya ke kerusi, berpura-pura merajuk.

“Woi. ” Syaza mencucuk lengan Fahmi. “takkan merajuk kot. Gelilah tengok lelaki merajuk. Udah-udahlah tu. Cepatlah beritahu aku bila pemilihannya,” sambung Syaza lagi.

“ Yelah….kau ingat senang ke lelaki nak merajuk. Dia hanya merajuk depan certain perempuan je tau,” balas Fahmi pula. Syaza hanya mencebik melihat tingkah sepupunya sambil menggelengkan kepalanya.

“ Latihan tu start hujung minggu ni. Kau punya latihan bola tampar tu kat padang bola tampar fakulti kau ni.” Fahmi menyambung kata-katanya yang terhenti tadi. Syaza hanya mengangguk faham sambil mulutnya membuat bentuk ‘o’.

“Eh,korang ada kelas lagi ke lepas ni?” tiba-tiba Fikri bertanya. Dia memandang Syaza dan Syaida silih berganti.

“Takde,tapi nanti pukul 2.30 ada. Kenapanya?” Syaza bertanya hairan. Dia mengerutkan dahi apabila Fahmi membisikkan sesuatu kepada Syaida. Syaida hanya mengangguk faham. Syaza memandang pula wajah sawo matang milik Syaida meminta penjelasan. Syaida hanya membalas pandangan Syaza dengan senyuman.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"