Novel : Love You, Naughty Wife! 1

23 April 2013  
Kategori: Novel

11,725 bacaan 12 ulasan

Oleh : Farah Aini

BAB 1

“Arisha! Bangun! Kamu nak pergi sekolah pukul berapa? Ya Allah, anak dara sorang ni,” Datin Fadhilah menggerakkan bahu Arisha Afima yang masih dibuai mimpi. Arisha menarik selimut yang membaluti tubuhnya. Hari ini hari sukan sekolah. Malas!

“Kalau kamu tak bangun, ibu jirus air nak?” marah Datin Fadhilah. ‘Nama sahaja anak dara, tapi.. adoii..’ bebel Datin Fadhilah di dalam hati. Arisha bangun malas. Matanya ditenyeh perlahan. Mata Arishah dibuka perlahan dan sedikit demi sedikit, matanya meluas apabila melihat jam yang tergangtung di dinding biliknya! “What? Dah pukul 6:50?!” Arisha melompat dari atas katil dan terus masuk ke dalam tandas. Datin Fadhilah tersenyum. “Baru nak kecoh. Dari tadi ibu kejut tak nak bangun,” jerit Datin Fadhilah seraya keluar dari bilik anaknya.

Arisha yang berada di dalam bili air merungut. Dia sekadar mandi-mandi kerbau sahaja. Makulmah, sekolahnya jauh 5KM. mujurlah di Kelantan tidak sesak sangat. Selesai mandi, dia mengenakan pakaian sukan sekolahnya dan mengikat rambutnya ala-ala ekor kuda. Selepas itu dia Solat Subuh dan turun ke bawah.

“Tak mahu makan dulu ke?” “tak mahulah. Dah lewat. Ibu, cepatlah hantar Arisha!” mulutnya diherot. Datin Fadhilah mengambil beg yang berada di atas meja makan dan terus ke pintu depan. Cepat-cepat Arisha memakan kasut sekolahnya.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Enjen kereta dihidupkan. Baru sahaja kereta tersebut keluar dari halaman rumah, Datin Fadhilah sudah menyoal Arisha. “Bile SPM?” “Lagi 8 bulan,” jawab Arisha malas. Apabila memikirkan SPM, kepalanya kusut. SPM SPM! Urkk..

“Owhh .. dah nak dekatlah tu. Kat sekolah belajar elok-elok tau?” soal Datin Fadhilah. Arisha hanya mengangguk malas. Matanya hanya memandang ke luar tingkap.

Akhirnya, sampai juga ke sekolah. Arisha bersalam dengan ibunya dan keluar dari perut kereta.

“Hei Arisha!” jerit seseorang. Arisha kenal sangat dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Ikram, kawan baiknya sejak dari tadika lagi. “Hai. Ikram, kau ada nampak Fisya dengan Linda tak?” soal Arisha. Matanya liar mencari dua sahabt karibnya itu.

Ikram mencebik. Dua orang rakannya jugalah yang dia cari. “Tak,” jawabnya sepatah dan terus masuk ke dalam kelas. Arisha mengerutkan dahi. ‘Aik? Apasal dengan Ikram ni? Tukar angin ke?’ soal hatinya sendiri. Dia mengikut Ikram dari belakang.

“Ha! Ni pun kau berdua, ingatkan dah tak datang sekolah.” Tegur Arisha apabila melihat Linda dan Fisya sedang berborak. Linda membetulkan tudung putihnya, manakala Fisya sibuk mengikat rambutnya. “Mana boleh tak datang. Akukan kena lari nanti,” Fisya tersengih. Fisya memang kuat bersukan. Walaupun kulitnya hitam manis, tapi, Fisya masih cantik. Linda juga suka bersukan, Cuma kulitnya tidak pernah terbakar. Maklumlah, Linda suka pergi ke spa. Arisha? Dia memang dari dulu lagi bencikan sukan. Tapi, entah macam mana dia terpilih untuk lari bersama-sama dengan Fisya. Ini semua gara-gara Fisya. Senang-senang je masukkan namanya di dalam senarai peserta larian tersebut.

“Mana Ikram? Tak nampak pun,” Linda tersenyum memandang Arisha. Gadis kacukan Melayu-Korea. Ayahnya orang Melayu, manakala ibunya orang Korea yang sudah memeluk Agam Islam sebelum Arisha lahir lagi. Dia tahu sedikit sebanyak mengenai Arisha. “Entah. Kenapa tanya? Kau suka dekat dia ke?” soal Arisha sambil tersenyum.

“Ish! Bukan aku, tapi kau!” Linda tergelak besar. Fisya menekup mulut menahan gelak. Terbeliak mata Arisha apabila mendengarnya. “Hish! Tolonglah, SPM tak lepas lagi, dah nak couple. Nanti kawin, aku couplelah,” Arisha menjeling Linda sekilas. “Mana ada orang couple masa kawin!” Fisya mencelah.

“Couple masa kawin lagi bagus. Boleh sentuh-sentuh,” Arisha menjongket kening seraya tersengih. “Nak kawin dengan saya ke?” Ikram tiba-tiba muncul. Terkejut Arisha apabila mendapati Ikram sedang tersenyum itu. Handsome! Ikram memang terkenal dekat sekolah sebab mukanya yang handsome. Merah muka Arisha dibuatnya. “Mana adalah. Ehh.. jom turun. Dah nak pukul 7:30 ni,” Arisha menarik tangan Linda dan Fisya.

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Tepat jam 8 pagi, acara sukan sekolah dimulakan. Peserta-peserta nampak begitu bersemangat. Arisha duduk di atas rumput sambil meneguk air mineral yang baru sahaja dibeli di kantin. Fisya dan Linda sedang dibuk berlatih di hujung padang. Mereka bertiga berada di dalam pasukan rumah kuning.

Fisya menegur Arisha yang sedang termenung. “Arisha, jomlah berlatih. Kau kan kena lari juga nanti! Jom,” tangan Arisha ditarik kasar. Terkejut dibuatnya Arisha. “Sakitlah Fisya,” rungut Arisha. “ehh? Sorrylah. Tak sengaja,” Fisya melepaskan tangannya.

“Ha.. kalau lengan aku ni tercabut tadi macam mana? Tak larilah aku,” Arisha tergelak kecil. Fisya mendengus kecil. “Wahai lengan Arisha, janganlah kau cabut, nanti siang buat sup tulang kan baru tahu!” Fisya mengenakan Arisha.

Mereka berdua tergelak besar. Tangan Arisha membetulkan rambutnya yang sedang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Ikram menghampiri Fisya, Linda dan Arisha yang sedang berborak sambil melakukan senaman. “Hi bakal isteri,” Ikram mengusik. “Siapa? Linda?” soal Arisha tanpa nada. Dia sedikit rimas dengan kelakuan Ikram walaupun Ikram ialah kawan baiknya dari kecil lagi. Ikram mencebik. Dia sudah lama sukakan Arisha. Sejak dari darjah 6 lagi. Tapi, Arisha hanya menganggapnya sebagai kawan baik.

“Bukan Lindalah! Awaklah Arisha,” Ikram mengenyitkan matanya. Arisha mengetap bibir. “Hish.. SPM tak lepas lagi, ada hati nak mengorat girlfriend aku. Aku silat baru tahu!” Fisya menjeling Ikram seraya tergelak.

“Silat konon. Apa-apa jelah,” Ikram mendekati Arisha dan berbisik ke telinga Arisha. “One Day, you’ll be mine” terkejut Arisha apabila mendengar kata-kata Ikram. Pipinya yang putih gebu itu mula merah. Ikram berlalu pergi.

Linda mendekati Arisha apabila melihat muka kawannya sudah merah. “Kenapa ni Arisha? Kau tak sihat ke? Apa yang Ikram cakap tadi?” Linda menyoal bertubi-tubi. Arisha hanya mengelengkan kepalanya. “Arisha, turn kita ni. Cepatlah!” jerit Fisya kepada Arisha. Cepat-cepat Arisha berlari ke arah Fisya yang sudah mahu ke tengah padang.

20 minit kemudian..

“Arisha! Fisya! Dapat nombor berapa?” soal Linda sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas rumput di tepi khemah. “Nombor 3 je,” jawan Fisya lemah. Dia meneguk beberapa kali air mineral tersebut. Letih betul tadi! Rasa nak tercabut je tulang-tulang ni.

Arisha pula sedang mengurut kakinya dengan minyak yang dibawa. Fisya tersenyum apabila melihat kawannya itu. “Arisha, kau suka dekat Ikram ke?” “Ish! Kau nikan Fisya. Mana ada. We just a friend! Besfriend forever,” laju kepala Arisha digelengkan.

“Ha’ah. Yelah tu. Jangan harap aku nak percaya,” Fisya tersengih. Linda tergelak besar apabila mendengar perbualan mereka bertiga. “Orang tengah hangat bercinta, macam mana nak mengakukan?” usik Linda. Arisha menjeling Linda. Nak je dia simbat penutub botol itu. Mujurlah dia ni baik orangnya.

“Weh, aku haus lagilah, jom pergi kantin,” ajak Arisha. Fisya memandang ke arah lain, begitu juga Linda. Maksudnya, tidak mahu ikutlah tu. Arisha mendengus. Dia sudah masak sangat dengan perangai dua orang kawan baiknya. Di juga macam itu. Sama sahaja.

Dia bangun dan terus menuju ke kantin. Baru sahaja hendak melangkah keluar dari padang, dia terdengar suaranya dipanggil. “Ikram lagi..” katanya perlahan. “Arisha, nak pergi mana? Ni topi kau. Aku lupa nak bagi semalam. Thanks pinjamkan,” topi bewarna hitam diberi. Arisha tersengih. ‘Tak panaslah aku hari ni,’ kata hati kecilnya.

Laju sahaja tangan Arisha mengambil topi tersebut seraya dipakai. “Temankan aku pergi kantin,” ajak Arisha. Ikram mengangguk sahaja. Dia pun memang hendak ke kantin sekolah. Baru sahaja selesai aktiviti lompat jauh tadi.

Sedang sibuk berbual dengan Ikram, tiba-tiba bandannya dilanggar seseorang. “Aduh.. sakitnya,” Arisha menggosok belakangnya. Matanya dibuka perlahan. Seorang budak perempuan dalam lingkuan 13 tahun jatuh terduduk. Arisha kasihan melihat budak itu.

“Adik, tak apa-apa ke? Ada luka tak?” “Tak ada. Ermm.. sorry akak. Saya tak sengaja langgar tadi,” dia memohon maaf. “Its ok. Apa nama adik? Berapa umur?” Arisha menolong budak itu bangun.

“Nama saya Nia. Umur 13 tahun. Baru je dekat sini,” dia membetulakan tudung putihnya. Arisha tersenyum. “Nama akak Arisha. 18 tahun,” Arisha memperkenalkan dirinya. Ikram hanya memandang mereka berdua.

Arisha menolong Nia yang berjalan terjengket-jengket itu ke kerusi yang berdekatan. “Nia! Nia!” jerit seorang lelaki yang sedang berlari mendapatkan budak perempuan itu. ‘Siapa dia ni? Pak we dia ke?’ soal Arisha. Sekarang ini, budak umur 8 tahun pun dah pandai couple. Inikan budak berumur 13 tahun.

“Abang! Saya dekat sini,” jerit Nia sambil melambaikan tangannya. “Pergi mana tadi? Kan Abang suruh tunggu dekat kantin!” marah lelaki itu. ‘Abang rupanya. Hurmm… tapi, tak pernah nampak pun. New student maybe. Look like.. 18..maybe’ ngomel Arisha di dalam hati.

Nia menundukkan kepalanya. “Sorry abang. Tadi adik nak tengok kawan adik lompat tinggi. Dah tak sabar. Abanglah lewat sangat!” Nia mencebik. Lelaki itu menjeling perempuan yang berada di sebelah adiknya.

“Abang, ni Kak Arisha. Dia tolong adik tadi. Adik terjatuh. Kak Arisha, ini abang Nia. Namanya Khazwan Iskdandar Daniel. Panggil je Khazwan,” Nia memperkenalkan abangnya kepada Arisha. Arisha tersenyum ke arah Khazwan. Handsomenya! Nampak cool je!

Khazwan membalas senyuman Arisha. Ikram yang melihat aksi senyum tersebut membuatkan hatinya sakit. Geram betul! “Saya Ikram, boyfriend Arisha,” sengaja Ikram menguatkan suara apabila menyebut perkataan boyfriend. Terkedu dibuatnya Arisha apabila mendengar perkataan tersebut. Dia memberi isyarat mata agar Ikram menarik balik kata-kata itu. Ikram membuat muka 10 sen.

“Owhh.. awak berdua ni umur berapa? Macam pelajar SPM,” Khazwan menukar topik. “Ha’ah. Saya dengan Ikram memang nak ambil SPM tahun ni. Awak? New student ke?” soal Arisha. Tergelak besar dibuatnya Khazwan apabila mendengar soalan Arisha.

Merah muka Arisha apabila melihat Khazwan ketawa tanpa sebab. ‘salah ke soalan aku tadi? Alahai..’ hatinya mengomel. “Arisha, saya dah 24 tahunlah. Nak SPM buat apanya.” Khazwan menahan gelak. “Ehhh? Saya manalah tahu. Sorry,” Arisha mengetap bibir. Malu!

“Dahlah gelak. Kesian dekat awek aku. Over je lebih,” Ikram memandang Khazwan tajam. “Haha.. oklah. Saya dah nak balik ni. Nia duduk dengan Kak Arisha ye? Lagipun sama rumah sukan. Abang ada hal. Arisha, take care my lovely sister ok? Bye!” belum sempat Arisha memberi kata putus, Khazwan sudah pergi.

“Nia, jom pergi kantin. Akak nak beli airlah,” ajak Arisha. Tiba-tiba, Nia menghulurkan sebotol air mineral kepada Arisha. Kebetulan pula dia memang beli dua pun.

Mereka bertiga bergerak ke padang sekolah. “Ehh? Anak mana kau bawak balik ni?” sindir Linda. “Jahatlah kau ni! Dia ni Nia, adik kepada..kepada.. err.. kawan aku! Kebetulan pula dia sekolah kat sini,” bohong Arisha. “owhh.. Ikram? Masam je muka? Baru lepas hilang anak ayam ke?” soal Linda selamba.

Ikram tidak menjawab. Dia masih ingat lagi senyuman yang diberikan oleh Arisha kepada Khazwan. Selama dia berkawan dengan Arisha, inilah kali pertama dia nampak Arisha tersenyum begitu. Senyuman yang cukup menawan dan menggoda.

Selepas itu, Ikram meninggalkan mereka berempat di situ. “Comelnya Nia ni. Macam muka orang Korelah!” puji Fisya. Memang muka Nia macam muka orang Korea. “Datuk dengan nenek orang Korea. Ibu dan ayah pun sama. Saya ni orang Korea, tapi dibesarkan di Malaysia,” “Owhh…. Korea-Islam lah ni?” Fisya menyoal.

“Yes! Ibu dengan ayah Nia memeluk Islam sebelum saya dengan abang lahir lagi,” jawab Nia. Fisya mengangguk. “hurm.. dah nak pukul 1 petang ni. Rasanya ada lagi kot aktiviti sukan. Aku nak balik dululah! ” Fisya memandang Arisha.

“Ok babe! Aku nak tunggu abang dia jap,” “Ok babe! Jangan kena culik sudah!” usik Fisya. “Betul tu.. maklumlah, tuannya cantik,” Linda pula yang mengusik Arisha. Geram dibuatnya Arisha apabila diusik seperti itu.

Apabila kelibat Linda dan Fisya sudah hilang, Arisha memimpin tangan Nia menuju ke tempat kereta diletakkan. “Arisha! Tunggulah..” Ikram menjerit memanggil namanya. Arisha berhenti dan memalingkan mukanya ke arah belakang.

“Owhh.. Ikram! Ada apa?” “Arisha…” mata Ikram merenung tajam mata Arisha. Arisha hanya menanti. “Aku tak nak kau dekat dengan lelaki lain selain daripada aku. Walaupun dengan abang budak ni,” kata Ikram dengan nada yang cukup tegas.

Anak mata Arisha dijuling ke atas. Dia tersenyum sinis. “Kau siapa nak halang aku? Kita bukan ada apa-apa hubungan pun!” Arisha mengeraskan suaranya. “Tak ada hubungan? Haha.. kau tu girlfriend akulah Arisha!” Ikram separuh menjerit. Arisha membuntangkan matanya. “What? Since when? Bila pula aku jadi girlfriend kau ha?” marah Arisha. Dia sudah tidak larat melayan karenah Ikram yang selau cuba meraih hatinya. Dia tidak suka cara itu. “For the first time we meet at your mother house!” tegas suara Ikram.

“Huh! I don’t care anything. From now, you are noy my bestfriend anymore! I hope you understand!” Arisha mengajak Nia pergi. Nia terkejut apabila melihat situasi tersebut.

Tiba-tiba, Arisha terdengar bunyi hon dari arah belakang. “Arisha! Kau nak culik adik aku ke ha?” usik Khazwan. “Ish.. mana adalah. Aku.. ehh… saya cari awaklah tadi,” suara Arisha mula lembut. Yelah, takkan tiba-tiba nak marah Khazwan pula. Bukannya dia ada buat salahpun.

“Thanks to be my younger sister babysiter. Nah upah,” Khazwan menghulurkan not RM50. “ehh.. its ok. Saya ikhlas,” Arisha menolak. “Kalau awak ikhlas, saya pun ikhlas,” Khazwan tersenyum sampai menampakkan lesung pipitnya. ‘Huh! Pandai betul mamat ni,’ bebel hatinya. Tangannya mengambil duit tersebut dan mengucapkan terim kasih.

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

“Arisha.. ibu nak cakap sikit ni,” suara Datin Fadhilah perlahan menegur anak tunggalnya. Dia memeluk Arisha seraya menangis teresak-esak. “Ibu dengan ayah outstation selama 5 tahun dekat Jepun. Ibu tak pasti berapa kali akan balik ke sini,” sungguh, beliau tidak sanggup meninggalkan anaknya seorang diri.

Terkejut dibuatnya Arisha apabila mendengarnya. “Bi..bila ibu dengan ayah pergi?” “4 hari sebelum Arisha SPM. Lagi 3 bulan Arisha SPM kan? Jadi…” Datin Fadhilah mengetap bibir. Tidak mampu untuk bersuara. Arisha hanya menanti.

“Ibu nak kawinkan kamu sebelum kamu SPM,” dengan sekali nafas, Datin Fadhilah memberitahu. Terkejut dibuatnya Arisha apabila mendengarnya. Rasa nak pengsan, pitam, marah, sedih, kecewa. Semuanya ada!

“But.. ibu, saya masih muda,” “memang kamu masih muda sayang. Tapi, siapa nak jaga kamu nanti? Semua family kita dekat luar negara. Kamu nak jaga diri sendiri? Kamu tu, masak magi pun tak pandai!”

“Arisha tumpanglah Fisya atau Linda. Please ibu,” Arisha membuat muka kasiha. Datin Fadhilah menggeleng. “Muktamad! Jangan susahkan orang!” beliau berlalu pergi. Arisha mengetap bibir. Kenapa ibunya buat dia macam ini?

Kakinya lemah menuju ke katil. Dia membaringkan badannya di atas katil. Matanya tidak boleh ditutup. “Siapa suami aku nanti eh?” soalnya dengan nada suara yang rendah. Tanpda disedari, dia sudah terlelap.

p/s: Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang tidak seberapa ini! ^^ Kalau ada kesalahan ejaan ataupun kurang menarik, saya minta maaf. kalau boleh, tinggalkan komen anda. Saya masih JUNIOR dalam dunia penulisan. Segala komen anda akan sayan terima secara positif.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Love You, Naughty Wife! 1”
  1. eminda says:

    jgn campur adukkan bahasa inggeris,banyak sangat kesalahan.

  2. alina zulaikha says:

    adoy, awat sy duk bce novel dlm p2u lebh kureng je cter.. kahwin pksa sblm spm?? sy yg nak spm ni pun tak der la gatabgai g nak khwin.. harap writer jgn tpngaruh sgt dgan nvel yg ada kat pasaran tu.. lgpn, 6t jd trend pulak kat budak zaman skrg nak kahwin awal, bljr ntah kmana…
    but, nice try…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"