Novel : Minah Jepun + mamat korea 7,8

18 April 2013  
Kategori: Novel

3,150 bacaan 7 ulasan

Oleh : Mien Miena

Bab7

“Papa,mama rasa macam kesian pulak dekat D tu,papa tau kan anak kita tu macam mana.”ucap Puan Liana kepada suaminya di halaman rumah sementara anak dan menantu pulang ke rumah mereka..Malam ni semua keluarga mereka akan berkumpul disebabkan ada hal penting yang akan dibincangkan.

“Papa tak tahu nak cakap macam mana kat anak kesayangan mama tu.Manja tu tak payah nak cakap,merajuk tu satu hal yang lagi papa bimbang sebab dia ni jenis yang degil.”ucap Encik Hakim sambil mengeluh.

“mama memang suka kalau dia jadi dengan Amir tu.Lagipun dia orang tu kenal sejak kecil lagi tapi masalahnya sekarang ni anak papa tu nak terima ke?Papa tau kan sekarang D tu macam mana?lepas tak dapat berita dari budak Amir tu dulu,dia pun macam dah lupakan Amir.”Puan Liana masih dengan kesimpulan yang baru dibuat sambil tangannya ligat mencanting pohon bunga kesayangan anaknya tak lain tak bukan bunga ros.

“Amir pun satu hal,balik nak je terus langsung.D tu baru 18 tahun mama oii entah nak masak air pun belum tahu.”suaminya jelas tidak senang dengan permintaan Amir tapi demi janji yang dibuat sejak dahulu terpaksa mereka ikuti.Suaminya masih dengan akhbar ditangan namun sudah berdiri disebelah isterinya yang sibuk dengan bunga ros.

“Mama takut D tak dapat terima Amir lagipun D tu semua pasal kerja rumah nak tengok dia buat?jawabnya sampai ke tua pun tak sudah-sudah lagi papanya.”Khuatir juga dia dengan anaknya.Nak memasak tu jauh sekali ni yang kemas bilik tidur pun bukan dia sendiri.

“Papa cuba-cuba la cakap dengan Tan Sri tu,mintak tangguh dulu majlisnya.D tu,study pun belum habis lagi.Hidup dia sekarang ni nak enjoy je papa.’’Puan Liana masih risaukan anaknya yang masih belum tahu apa-apa tentang kerja rumah.Maklum sajalah,dia anak bongsu tambahan pula dia ni seorang je anak perempuan.Manjanya terlebih sikit.

‘‘Boleh pening mama macam ni.Mesti anak papa tu meradang.Tahun lepas dia larikan diri balik JEPUN tapi tahun ni ok pun sebab Puan Sri bagi kad jemput dia.Nak jaga hati Puan Sri tu punya pasal dia pergi jugak tapi bila bab kahwin ni,budak D tu mana boleh terima papanya.Dia tu mentah lagi.Nak kahwin,baju dia pun mama lagi yang basuh.’’Encik Hakim memegang kepalanya,kata-kata isterinya ada benar juga.

‘‘Kita cuba dulu cakap dengan anak mama tu,kalau dia tak setuju kita nak buat macam mana lagi.Tapi kita tak boleh nak mungkir janji dulu,salah kita juga mamanya sebab nak sangat jodohkan anak bongsu masing-masing bila dah besar tapi tu la, tak sangka papa si Amir nak buat dalam keadaan mengejut macam ni.’’Suaminya memberi cadangan mengenai
hal yang bakal dibincangkan.

Bunyi deruan kereta menyebabkan mereka berdua menoleh ke arah tempat letak kereta.Kereta Harrier milik Haikal dan isterinya Ainul di parking bersebelahan kereta milik mama dan papanya.Nampaknya orang jauh dah sampai tapi si
Diana ni belum jugak sampai.Nak kata pergi jemput si Danny tu tidak sebab si Hashraf dah sanggup pergi ambik kat KLIA.Ke mana la agaknya.

‘‘ma,pa kenapa duduk kat luar ni ?’’soal Haikal sambil bersalam dengan mama dan papanya.Si isteri masih setia disisi.Bersalaman dengan mertuanya.

‘‘mama dengan papa kat luar sambil-sambil tunggu korang semua sampai.Tunggu adik kamu jugak ni,dari tadi tak sampai-sampai jugak.Ini la sebabnya mama malas sangat nak bagi dia drive,kalau tak pukul 6 jangan harap nak sampai kat rumah.’’terang si ibu kepada anak sulungnya.suaminya hanya menggeleng kepala dengan sikap anak
bongsunya.Bukannya tidak dinasihati tapi tetap jugak buat selamba.

‘‘ala ma,biar je la adik tu.Bukannya dia tak pandai jaga diri.Dah besar pun.’’Haikal cuba untuk menyebelahi adiknya.Isterinya pula tersenyum sahaja dengan telatah suaminya.

‘‘betul apa ma cakap abang tu,D tu bukan budak lagi ma.Dah besar panjang.Agaknya dia siapkan assignment kut dengan kawan-kawan dia.’’sebagai kakak ipar yang baik,dia ingin menyebelahi adik iparnya.Maklum sajalah,dari dulu lagi D tu setuju kalau dia kahwin dengan Haikal.Kiranya ni time untuk balas jasa la pulak.HAHAHA

‘‘Papa,sedap sangat ke teh yang mama buat tu sampai dah tak nak menyampuk kami ni’’gurau Haikal.Niatnya mengusik papanya,bukan tidak tahu papanya tu.Tidak sah kalau tak merasa air tangan si isteri walaupun sehari.

‘‘hish kamu ni,kalau kamu nak tau karl,air tangan isteri ni nikmat.Boleh melegakan semua sistem saraf papa ni.Kamu
patut merasa air tangan Ainul tu.’’papanya kembali menyakat dia.Isterinya dah malu-malu manakala mamanya pula dah tersenyum bangga maklum sajalah papa baru saja memuji air buatan mama.

Kereta Ferrari milik Diana mula mengisi ruangan porch miliknya.Kereta anaknya amat bertuah sebab mendapat parking tersendiri.D mula berlari-lari anak ke arah mama,papa,abang dan kakak iparnya.Dia turut menyertai mereka.Ainul bangun dan mengangkat dulang ke dalam.Membancuh air berperisa oren kepada adik iparnya.

“Wow ni kenapa berkumpul kat luar ni?Tunggu D eh?”ucap D sambil duduk di tempat yang ditinggalkan kakaknya.

“Tunggu adik la.Lama nak boleh balik.Adik pergi mana?”soalan abang Haikal dijawab dengan kerdipan mata yang bertalu-talu.

“Hah abang tanya tu,buat la muka macam tu.”Papa ni mesti nak membebel so better aku ubah topik.

“Ni hah pa,tadi masa D balik.D singgah dekat Carefour lepas tu terserempak pulak dengan kawan D masa kecik.Tu yang lambat sikit.”Memang aku terserempak dengan Syaffiya pun tadi.Kawan baik masa sekolah rendah.Nasib baik dia ingat lagi dekat aku yang cantik ni.

“Nak ubah topik la tu.”mama pula masuk campur.Adui,mama memang tau kalau bab aku nak lari ni.

“Ala pa,ma.Tu D baru je balik nak dekat pukul 7 dah nak bising.Ni kalau D tak balik agaknya mengamuk terus.”gumam D.

“Tak payah nak simpan hasrat tak nak balik.Karang mama dengan papa potong elaun and tarik balik husband awak baru
padan muka.”Papa nak mengamuk suda.Salah mulut aku la ni.

“Okey-okey.Tak aci betul main ugut macam tu.”D memuncungkan mulutnya.Semua ahli keluarga tergelak dengan perlakuan
puteri keluarganya.

Setelah malam menjelang,Hashraf dan Danny pula tiba ketika mereka ingin turun makan malam.Mama dan kak Ainul menyiapkan juadah pada malam itu.

Sebaik masuk ke dalam rumah,Hashraf menuju ke arah adiknya yang sedang sibuk menonton televisyen.Tak lain tak bukan,cerita JEPUN pulak ditontonnya.Memang minah jepun betul budak ni.Hashraf menepuk adiknya yang kelihatan khusyuk dengan drama tersebut.Tiada tindak balas yang diterimanya menyebabkan dia makin berkobar-kobar untuk mengganggu konsentrasi adiknya itu.

‘‘ish,acik.jangan kacau la,orang nak tengok cerita best ni.Badan tu busuk macam kerbau tak mandi 5 tahun tau tak!’’melenting jugak si D ni dengan sikap abangnya yang suka matikan dan hidupkan balik televisyen di didepannya.Hashraf ketawa mengekek.Dia bangun dan naik ke bilik untuk mandi.Si Danny dah lama masuk bilik.

‘‘Adik,pergi panggil abang ngah kat bilik,suruh turun makan.’’arah mamanya.D memandang mamanya meminta 3minit kerana cerita tersebut dah nak habis.Disebabkan mama dah menghampiri dia,terus saja dia naik memanggil abangnya.Bimbang mamanya meletup.Setelah itu,mereka semua menjamu selera.Kalau tak,nak jadi haru cuba la buat.Mereka semua duduk berehat kat ruang tamu.D nak naik bilik tapi mama dan papa memanggilnya untuk menyertai mereka.

Bab8

“D,mama dan papa ada benda nak cakap dengan D tapi kami harap sangat D setuju.”Muka mama dan papa berubah terus.Serba salah je aku tengok.Abang Long dan kak long tak bercakap langsung.Diam seribu bahasa.Abang Ngah pandang aku macam nak cakap sesuatu tapi bibir dia macam kena gam kat gam singa liar je.Pelik!ye memang pelik suasana family dia kali ni.Takkan something serious dah berlaku.Abang Chik diam tanpa kata apa – apa.Selalunya abang aku yang sorang ni takkan diam kalau balik.something serious?Bankrap?Oh tidak!!

“Okay!try to tell me.I will be hear that.”kata D,slow sahaja motion yang dia gunakan.Bukan apa nervous jugak.Mama hanya mengalirkan air mata.Papa pulak diam terkedu.Abang Long dah tergeleng-geleng kepala dia,Kak Long bertugas menenangkan suaminya.Abang Ngah nak datang kat aku tapi abang Long tarik suruh duduk pulak.D dah tak boleh bersabar lagi.

“what happen?why everyone be like this?Am I do something wrong?Tell me!”katanya.

“Adik..”kata abang Ngah.Belum sempat habis bertutur dah dipotong abang long

“Ngah!biar mama dan papa yang cakap.Ni melibatkan masa depan dia.Kita tak boleh campur.”tangkas abangnya menjawab.

“wait..wait.masa depan?La kan D dah cakap yang lepas D habis study kat U nanti,D nak sambung ke overseas.D janji ok?”pujuk D pula.Takkan pasal study jadi drama kut.

“D,D tahukan mama dan papa kahwin sebab family kami yang aturkan tapi kami tetap bahagia.Bercinta lepas kahwin.”kata papanya.Hish papa,masuk bab kahwin pulak.

“Yes I know pa.so what’s the point?D kalau dah ada calon nanti D kenalkan kat papa dan mama k?please don’t worry about that.”Kata D cuba menceriakan suasana.

“kami dah ada calon untuk D dan dalam 3 hari lagi D akan bertunang.”bagaikan halilintar suara mamanya.D ternganga.Aku tak nak!Nonsense betul.Pasti dia orang nak kenakan aku ni.Eii scary!!!!!

“HAHA,so funny mama.”D gelak habis,siap tergolek lagi.Keluarga yang lain hanya diam.Tengok je la lagak budak ni.Gelak habis minah ni.

“Kami serius”jawab familynya serentak.Mak aii,terkaku,ternganga dan segala ter berlaku padanya saat itu.Nasib baik
tak terkeluar isi dalam perut.Pundi kentut dia dah bergegar ni menandakan tahap kritikal.Over terkejut punya pasal.

“no..no..no..I don’t believe this!!!no way!!!!Huarghhhhh”jerit D sambil duduk terjelopok.Pantas abang ngahnya menyambar.Dia menolak abangnya.Dia berdiri disisi tangga.Terus menerpa ke arah kunci dan mencapai kunci Ferrari California miliknya.Menangis teresak-esak juga dia.Tidak percaya,mama dan papa sanggup membuatnya begini.BERTUNANG??

Aku muda lagi,tak nak kahwin.Benda tu perkara yang betul-betul scary dalam hidupnya.Please somebody help me now.sOb3,D menangis je dalam kereta.Habis jugak tisu yang dalam keretanya.Nampak macam iklan tisu pulak!

Kereta dipandu dengan laju,dia tahu keadaannya akan membahayakan dia memandu.Destinasinya hanya satu,TAMAN!.Dia duduk dibangku sambil menangis.

“Boleh saya duduk?”satu suara menyebabkan dia terbangun.Terkejut.Doktor otak sempit?buat malu je la aku menangis depan dia.

“Hah?Apa awak buat kat sini doktor otak sempit?awak ikut saya ek?”soalnya bertubi-tubi.Tak kasi privacy langsung la doktor ni.Jelingan dihadiahkan.Dia terus duduk tanpa mempedulikan D disebelah.

“saya bukan doktor otak sempit tapi nama saya Luqman Firdaus nak senang panggil Luq saja.Satu hal lagi,saya tak
ikut awak la,dari tadi saya kat sini.”jawab lelaki itu.

“Ada saya tanya nama awak?saya tak kisah la dengan nama awak!!”soal D dengan loyar buruknya.Benci betul dengan
doktor sebelahnya sejak doktor otak sempit yang telah menyamar menjadi PAK HARIS.

“memang awak tak kisah tapi saya yang kisah sebabnya yang awak panggil otak sempit tu saya.Ada paham?”soalnya
kepada D.Geram jugak dengan minah ni.Orang nak berbaik-baik dia pulak yang sombong,kalau tak disebabkan bapa saudaranya yang suruh datang cari budak ni kat sini,tak ada makna dia datang kat sini.Dah la dia belum sempat jumpa si Amir yang baru balik.

“Okay la,sorry.Nama awak Luqman kan?saya D.”jawab dia,kesian pulak tengok kat mamat doktor ni.Pakai baju kerja lagi ni,baru balik la tu.Ni mesti kes kuciwa ngan awek tu yang cari port kat sini.

“D??pendek gila nama awak?”tidak percaya dengan nama si gadis.Dia pandang gadis di sebelahnya.Cantik jugak minah ni.Tanpa make up pulak tu.Eh!dia menangis la.Woowowo,aku nak buat apa ni?kesian pulak.alalala bucuk-bucuk,jangan nangis.ok tak??

“nama saya Nur Diana Mika Shan.Family panggil D sebab nak senang.Luq,awak ni tengah kuciwa ke?”soal D.Dia amat memerlukan kawan buat masa sekarang ni.Luq mengangkat keningnya sambil memandang D.Budak ni macam tengah frust je,ni kes asam boi tinggal la ni.

“kuciwa?huh,saya ni memang tengah kuciwa la.Saya nak pikat minah ni tapi susah la D.Saya betul-betul ikhlas dengan dia.Saya sanggup tinggalkan perangai playboy kalau dia setuju jadi awek saya.Siap nak kawen tau”kata Luq bersungguh-sungguh ingin menceriakan suasana.Kalau tak silap,D la budak perempuan dengan perempuan yang pakai tudung tu.Ala gadis pekat manis tu.

“awak kuciwa sebab tu?takder la teruk sangat Luq,saya ni,baru 18 years old,18 you know tapi lagi 3 hari dah nak bertunang Luq.”kata D.Dia menyambung semula tangisanya tapi tisu dah habis so luq dengan baik hatinya mendermakan handkerchiefnya kepada D yang cute ni.Hehehe.Bau wangi je,mesti mamat ni basuh guna downy passion.hahaha,sempat lagi kau pikir tu semua D !

“Mak aii biar betul D!muda gila nak jadi bini orang tu.Habis tu yang awak datang sini sebab kuciwa jugak la ni.Asam boi awak tu umur berapa D?”soal Luq.Kesian jugak kat minah ni.Muda-muda dah kena kahwin.kesian.

“asam boi?”saya bukan cakap pasal asam la luq.Apa kes ni tiba-tiba ada asam boi ni.

“hehehe,asam boi tu singkatan yang saya cipta untuk boyfriend”kata Luq sambil tersengih.Aku sekeh jugak mamat ni.Aku ingat air asam boi.Terliur jugak aku ni nak minum air asam boi.

“saya tak tahu Luq,saya tak pernah kenal dia.Never know about him.Family yang aturkan Luq.I’m really frustrated with them.How could they do like this to me.”sambil menangis-nangis D melepaskan emosinya berserta meluahkan masalah yang ditanggungnya kepada Luq.

“saya rasa,kalau kita sebagai anak hanya mampu menurut kemahuan ibu bapa kita selagi tidak menjadi kesalahan.Kalau awak nak mama dan papa awak bahagia,berkorbanlah demi orang tersayang.Kawan saya pun ada jugak mengalami masalah seperti ini tapi demi mummynya,dia sanggup melepaskan cita-citanya dan menerima cadangan mummynya.Tujuan hanya satu D,ingin membahagiakan orang yang telah penat lelah menjaga kita dari kecil.Awak mungkin tidak tahu bagaimana rasanya kehilangan ibu bapa tapi saya dah rasa semua tu.Pedih yang teramat sangat D.

“maafkan saya luq,saya tak berniat nak lukakan hati awak”kata D mula bersalah.Tahu jugak la pasal luq ni anak yatim piatu.Semua ni Pak Haris yang kasi stori mori.hehehe

“tak pe,saya tak salahkan awak.dahlah jom balik.Saya follow awak kat belakang”kata Luq.aku hanya mengangguk.Tenang jugak dapat luahkan isi hatinya.Patutla mamat ni jadi doktor,memang bernas ayatnya.Sebijik macam Dato’ Dr Fadhilah kamsah.HAHA !!

Teringat pulak aku masa kecik – kecik dulu,abang amir yang selalu pujuk aku dengan hadiahkan Lolipop dan bear.Bestnya kalau dapat putarkan balik waktu ke zaman budak budak.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Minah Jepun + mamat korea 7,8”
  1. izzati says:

    Citer ni best giler,klu ada sambungan dia lagi best!

  2. aja says says:

    best sesangat novel nie,writer novel nie cpt la smbg kisah nie,~jebal~hmm tngh merayu nie.x sabar nk 2ggu plot2 crita y akan datang antara D’ n Amir nanti…

  3. alyaninadia says:

    best novel ni,tak sabar nak tunggu sambungan, kalau dijadikan buku mesti best.

  4. ain says:

    kenape blog xbole bukak ? da bnyak kali saye cube tapi xbole jugak .

    pape pun daebak . hee

  5. ain says:

    kenape blog xbole bukak . tapi cite ni terbaik ar .

  6. FarhaS says:

    Jom baca update terbaru (3&4) Dia Seorang Kasanova di http://hanyasekadartesting.blogspot.com/

  7. ~*ZaLyLa HaRyH*~ says:

    ade blog x??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"