Novel : Miss Puyu, Will You Marry Me? 5

17 April 2013  
Kategori: Novel

1,973 bacaan 7 ulasan

Oleh : Cempaka Rembulan

Yuyu melangkah perlahan, macam mana nak buat ni? Geramnya. Aku jumpa mamat tu, aku lesing kasi cacat. Diketuk-ketuk kepala sendiri. Dia risau bukannya apa, kad pengenalannya juga ada di dalam plastik sijil. Ini kalau polis buat road block banteras pendatang tanpa izin, sekali dengan dia masuk dalam.

“Kalau aku kena tahan siap kau mamat. Aku tuduh kau jadi tekong.” Terpandang si budak repsionist yang tersengeh melihatnya, dia hanya mampu tersenyum kelat. Dalam hatinya sempat mengutuk bila terpandang gigi minah tu bersememeh dengan mulut merah. Sampai ke gigi-gigi di taram taruk. Hemm…dunia-dunia.

“Camelia Yusnita!”

“Saya tak bersalah encik, saya orang Malaysia.” Dek kerana terkejut dengan jeritan memanggil namanya secara tiba-tiba dari arah belakang, Yuyu siap mengangkat tangan saperti berikrar. Baru disebut-sebut dah buat operasi? Memang hebat polis Malaysia. Terbayang jeriji besi menanti. Huwarghh..

“Yuyu kan?”

Yuyu membuka perlahan-lahan matanya yang tertutup tadi. Dengan gaya slow motion dia menoleh ke belakang. Berkerut dahinya bila terpandang seorang ‘mak buyung’. Ceh..Ingatkan bapak polisi tadi. Wajah yang comel di hadapannya di renung. Apasal rasa macam pernah tengok?

“Tak kenal?” Wanita yang comel itu bertanya kepadanya. Suara tu macam pernah dengar. Tapi kat mana ye? Dia berfikir sejenak. Kawan universiti? Rasanya bukan. Sejak bila dia ada stok kawan ayu sleeping? Kawan satu sekolah? Di rewind balik memori zaman kanak-kanak rebena. Tak ingat jugak.

“Double C”. Dua patah perkataan yang terlontar dari bibir wanita di hadapannya, membuatkan Yuyu terlompat gembira. Kenal-kenal. Sangat-sangat kenal.

“Camelia.” Di peluk erat tubuh mak buyung di hadapannya. Ya Allah, rindu sangat dia pada wanita itu. Rasanya sudah hampir tujuh tahun mereka tidak berjumpa. Double C, pangilan yang di berikan kepada mereka kerana nama yang sama. Camelia.

“Kenal pun.” Camelia tergelak besar bila tangan Yuyu memegang perutnya. Mesti ada akal nak di bahankannya. Tahu sangat perangai Yuyu yang kreatif dalam mengenakan orang. Dek kerana bersahabat dengan Yuyulah otaknya turut mereng sekaki.

“Apa jadi dengan prinsip tak nak kawin tu?” Yuyu bertanya. Rindunya dia pada Camelia.

“Tak boleh tolak. Jodoh beb. Kau dari dulu tak berubahkan. Caca marba tak sudah-sudah.” Camelia tersengih memandang Yuyu dengan pakaian beraneka corak dan warna.

Teringat masa zaman persekolahan dulu, Dia dengan Yuyu berbeza dua tahun, tetapi usia tak membataskan persahabatan mereka. Mula-mula dulu Yuyu pangil juga dia Kakak, almaklumlah, Yuyu sorang sahaja gengnya yang muda dari yang lain. tapi bila dah lama berkawan dia sendiri melarang Yuyu mengunakan panggilan kakak. Rasa macam pelik pulak.

“Kau tu berubah sangat. Sejak bila pakai tudung ni? Kalau tak sebut Double C tadi memang aku tak cam dah.” Dengan nada kagum Yuyu bertanya.

“Baru jer pakai. Kau tu bila nak berubah? Main sedap kau jer pakai apa pun kan?” Camelia tergelak bila Yuyu menjeling tajam.

“Ayat kau, tak menahan aku dengar. Beb, Jom pergi minum.” Yuyu terus terlupa tentang temuduga., Lagi pulak, nak temuduga apanya. Satu sijil pun tak ada. Teringatkan sijil, terus dia terbayang muka mamat biadap tu. Isyy..buat panas hati.

“Lupa nak tanya, kau buat apa kat Twin Holding tu?” Camelia bertanya sambil mengacau-ngacau minuman. Tadi masuk sahaja ke pejabat dia berselisih dengan Yuyu. Wajah itu langsung tidak berubah. Baby face. Sebab itu dia boleh ingat tentang Yuyu.

“Aku nak temudugalah. Tapi tak jadi.” Yuyu menyedut minuman rakus. Sejuk air nescafe ais bagaikan membelai kembali hatinya yang panas membara.

“Lah apasal pulak? Kau nak temuduga jawatan apa?”

“Setiausaha. Alah ada hal sikit tadi. Entah mamat putus urat saraf mana ntah, curi aku punya sijil. Jumpa dengan aku siaplah mamat tu.”

“Dia curi sebab memang pencuri atau sebab kau buatkan dia jadi pencuri?” Camelia tidak pedulikan jelingan mata Yuyu yang tajam merenung wajahnya. Tak payah cakap sekali tengok dia dah tahu. Mesti Yuyu cari pasal punyalah.

“Kau ni sokong aku ke sokong si pencuri tu? Tahu tak hukum mencuri tu apa?” Yuyu menjegilkan mata ke arah Camelia. Wah, lepas ni banyaklah orang nak jadi penyamun kalau selalu dapat sokongan.

“Tahulah. Yelah mamat tu yang salah. Kau yang betul. Aku sokong kau.” Wajah Camelia beriak penuh semangat. Dalam hati mengeletek ketawa bila muncung Yuyu makin panjang.

“Kau ni memang tak ada semangat setia kawan….” Kata-kata Yuyu terhenti. Matanya di kecilkan. Macam kenal jer lelaki tu. Tu bukan mamat kurang adap tu ke? Wah siap tukar baju bagai. Ingat aku tak cam? Ini Yuyulah. Walaupun mata tak sebesar mana tapi dia tak rabun tahu. Pantas dia bangun. Sasaran sudah di kenal pasti. Air nescafe yang masih bersisa di usung sekali.

“Weh, kau nak pergi mana tu?” Camelia gelabah. Takkan tegur sikit dah merajuk? Sejak bila Yuyu yang hati keras bak kerikil tu jadi mudah sentap? Kalut dia bangun mengikut langkah Yuyu.

Camelia kaku. Membulat matanya bila Yuyu menuang air ke atas kepala suaminya. Diulang, SUAMI dia. Apacer ni? Wah ni memang dah melampau. Ingat suami kesayangan dia tu sinki ke? Lengan baju di sinting sedikit. Geram. Kawan apa kawan. Suami lebih penting. Syurga tuu..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Miss Puyu, Will You Marry Me? 5”
  1. Za says:

    Erk,.ni kes salah org ke mmg kembar seiras? Tak sabar nak tggu next n3,..

  2. Honey says:

    best2. x sabar nak tunggu nxt n3.

  3. eyna says:

    owesome!!! apa yang jadi lepas ni ye? x sabar nak tunggu next cpter.

  4. Say N says:

    best kak,, Baru sudah menjelajah blog tadi. tak sabar nak tunggu pertarungan Hasif n Yuyu. Hak3

  5. Aliah Mohd Salleh says:

    Ceriter ni kelakar sangat.Ini satu dari ciri2x keistimewaan ceriter ni.Bahasanya simple menarik dan cantik.Cerita sangat mengujakan .Best.

  6. pencinta cerpen says:

    Say N apa blognye??

  7. cempaka rembulan says:

    pencinta cerpen : http://cempakarembulan89.blogspot.com/

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"