Novel : My Precious Iris 1

5 April 2013  
Kategori: Novel

22,796 bacaan 56 ulasan

Oleh : Melur Jelita

Flashback

Inspekor Ebrahim aka abang pedas
Time rehat. Masing-masing dapat nasi bungkus. Sebotol air mineral. Sebiji epal merah yang besar. Sampai giliran aku, epal merah dah habis. Agak hampa tapi tak apalah. Aku berjalan menuju ke skuad aku tapi tak ada tempat duduk pula. Semuanya duduk bersepah – sepah di tepi jalan. Makan dengan berselera tapi selera aku hilang. Aku letak balik nasi bungkus dan mata masih berharap ternampak sebiji epal merah terselit di mana-mana di celah kotak.

“ Dah habis epalnya dik. Maaflah tak cukup pulak.” Beritahu salah seorang koperal wanita yang bertugas membahagikan makanan.

“ Tak apa kak..”Aku keluar dari pondok bit polis. Berjalan sambil meneguk air mineral di tepi jalan, menghadap lalu lintas yang dah agak lengang.

“ Hey!”

Aku menoleh, serentak dengan itu sebiji epal dicampak kepadaku. Aku menangkapnya pantas. Dia berjalan tegap ke arahku. Tetap tak lekang dengan mata kumpuannya.

“ Kenapa tak makan? “
Tegurnya bila melihat aku masih terkaku.

“ Takut epal ni beracun ? “

Epal itu diambilnya semula dari tanganku. Dilap ke t shirt putihnya, dia gigit dan kunyah. “Tak ada racun. Rangup dan selamat. Enjoy it.”

Epal itu terus ditekan ke mulutku sambil dia berlalu. Aku spontan cepat-cepat memegangnya, takut terlepas. Aku menunduk melihat epal merah di tangan .

********

Ahmad

Pandanganku hala ke tepi tebing. Seperti biasa, ada ramai penjual jagung rebus, telur itik , abc, sate roti berdaging dan air tuak. Air tuak?! Ramai duduk mengerumun penjual air tuak dan seperti ada anak kecil persis Ahmad . Hatiku tertarik untuk mendekat. Aku meninggalkan restoran bot . Langkahku semakin hampir dan mata melilau mencari bayangan Ahmad.

Tiada. Aku beristighfar perlahan. Aku masih belum boleh melupakannya. Dan aku juga tidak mahu melupakannya. Sampai bila-bila. Pandangan mata pelanggan yang lain tidakku hiraukan. Aku berdiri kaku memerhati air tuak dituang dalam gelas buluh . Rasa perit di kerongkong. Kenangan Ahmad mula mendatang. Sampai bila aku tidak akan menjamah air ini? Ingatan kepada Ahmad boleh saja tetapi aku harus kuat. Aku harus minum! Aku ingin buktikan kepada Firman aku dah ok. Aku dah boleh mengatasi keenggananku.

Aku membuat isyarat tangan kepada penjual air tuak ini, seorang lelaki tua. Lelaki tua itu melihat aku atas bawah kemudian menggelengkan kepalanya. Aku hairan. Aku isyaratkan aku ingin meminum dan membelinya. Lelaki tua itu tetap berkeras dan menggoyangkan tangannya. Kenapa? Dia fikir aku tidak ada duit? Aku mengeluarkan purse dan menunjukkan US dollar beberapa keping. Dia tetap menggelengkan kepalanya sambil mulutnya berbunyi Cham! Cham!
Aku semakin hairan.

“ Awak nak minum? ‘Satu suara menegur.

Mataku hala ke wajahnya. Seperti pernah ku lihat di kampung tetapi siapa? Mendengar dia berbahasa Melayu aku lega. Pasti keluarga atau orang kampung Firman. Beberapa orang lelaki berdiri di sebelahnya sambil tersengih-sengih.

‘ Ya…tapi rasanya pak cik ni tak faham apa yang saya cakap. Mungkin dia ingat saya tak ada duit atau dia tak mau duit USD.”

‘ Dia faham..tapi dia fikir awak keseorangan. Saya boleh belikan untuk awak jika awak nak. Satu gelas cukup? “ Senyumnya begitu ramah sekali.

“ Saya nak 3 gelas.”
Kali ini aku betul-betul nak tamatkan phobia aku dengan air tuak. Mukanya berubah riak, terkejut. Tapi kemudian dia tersenyum lebar.

“ Awak memang suka air tuak ?”

“ Ya…” jawabku, tetap terasa pedih. Tetapi aku nekad akan melawan kepedihan itu.

“ Bagus. Tapi saya rasa satu gelas sudah cukup untuk awak. Silap-silap suku gelas pun awak tak mampu teguk.”
Keningku terangkat. Ada unsur cabaran di situ.

“ Saya biasa minum 3 gelas. Tapi saya yakin 10 gelas pun saya mampu habiskan.”
Mulutnya terlopong dan kemudian dia tergelak besar. Bercakap kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka turut sama
ketawa dan bertepuk tangan riuh. Suara dan gaya mereka mengingatkan aku . Mereka kumpulan pemanah tadi!

Aku mula tak sedap hati. Ingin berundur sebelum lenganku dipaut erat.

“ Nanti dulu sayang. Kita belum habis lagi. Saya belanja awak minum setiap gelas yang awak mampu habiskan. Kita beradu. Siapa paling banyak minum, tanpa muntah dia menang. Jika dia kalah, dia harus tidur bersama orang yang menang. Sebenarnya saya kagum dengan awak. Tak sangka, perempuan dari keturunan Haji Sulaiman minum air tuak yang memabukkan. Tak adalah kau orang ini suci sangat. ’

Aku mengerutkan kening. Air tuak yang memabukkan? Yang aku biasa minum tak mabuk pun. Aku terasa aku telah membuat langkah yang salah. Patutlah pak cik penjual air tuak enggan berjual beli dengan aku. Perkataan Cham yang diulangnya menandakan dia ingin memastikan aku seorang Islam Cham kerana dia mengenali aku dari pakaian. Aku seorang Islam dan orang Islam dilarang meminum minuman yang memabukkan. Di sudut hati kecil , aku berterimakasih kepada pakcik itu. Berterimakasih kepada tudung dan pakaian yang tersarung di badan. Ia melambangkan agama yang aku anuti. Aku dilindungi Allah kerana tudung di atas kepalaku.

******

Part 1
Suasana di luar sepi. Seperti tidak ada perbincangan apa-apa di antara Firman dan papa. Aku mengintai resah. Kenapa dua orang lelaki tersayangku membisu? Macam tak pernah kenal.

“ Angkat air ni , Iris. Hati-hati. Langkah jangan buka panjang-panjang. Tunduk sambil berjalan dan jangan tersengih-sengih. Tunjuk malu sikit …”

Pesan mama cuba ku ikut sebaik yang mungkin. Kekok sikit berbaju kurung dan berkain sarung batik. Pilihan mama agar aku nampak sopan dan kecil langkahku. Kalau kain susun, langkahku besar dan nampak ganas. Iya ya je mama. Padahal selama ini aku berjalan dengan penuh bergaya dan berdiva. Mana ada ganas?

Aku mengekor patuh mama dari belakang. Mama sungguh terpelihara adabnya mengangkat dulang berisi scone dan setnya dengan sopan . Sudah melanggar adat English ni, scone dan set English Tea sesuai untuk minum petang. Tapi mama kata pedulikan. Dia nak tayang koleksi terbaiknya kepada bakal menantu.

Dulang yang ku bawa agak berat. Terlalu berhati-hati menyebabkan berlaku sedikit kocakan. Berlaga cawan dan piring. Nasib baik air teh belum bertuang. Kalau tak, sampai depan Firman , airnya dah tinggal separuh. Bila disuruh menjadi bukan diri sendiri serba tak kena. Sehingga aku yang terlalu menunduk melihat isi dulang yang ku bawa, tersepak hujung karpet dan … aku melayang!

Semasa aku melayang, hanya muka Firman yang aku perhati kerana bila-bila masa aku akan mendarat ke atasnya! Mukanya pun terperanjat habis! Mendongak memandang aku dengan mata yang membulat! Adegan itu sempat aku pause sekejap! Aku sempat berfikir dan membuat pilihan! Jika aku terjatuh ke atas Firman, apa harus aku buat?

a) Berpura-pura pengsan?

b) Berpura-pura mati?

c) Gulung dan bakar karpet itu!

Memalukan umat je! Masa Firman datang minta izin nak kahwin dengan aku ni la, karpet durjana ni nak mendajalkan aku. Seperti yang dijangka, aku mendarat selamat ke atas…Firman? No! dia sempat mengelak dan mukaku tersembam ke atas sofa! Aduh!

“ Ya Allah ! Set aku! ”

Kalau dah perempuan, perempuan juga! Bukan mama sibuk risaukan aku yang dalam keaiban yang amat besar, dia sibuk menerkam set English Teanya .

Papa dan Firman kelam kabut cuba mengangkatku tapi aku dah bangun dan duduk segera di atas sofa seperti tak terkesan. Di masa yang sama rasa sebal dengan Firman. Sibuk nak mengangkat aku konon, patutnya dia sambut aku masa nak jatuh. Ini dia mengelak pulak! Lepas tu sibuk nak angkat. Berlakon depan bakal bapa mertua. Sekarang dia sedang mengemam bibirnya menahan ketawa. Wacha sama dia!

Aku ditarik naik ke atas. Masuk bilik dan mama menanggalkan baju aku.

“ Masuk mandi sekarang!”

“ Mandi apa? Iris dah mandi.”

“ Mama terlupa nak cakap. Mandi pagi tak dikira. Kalau ada rombongan datang meminang, kena cepat-cepat mandi. Itu
alamat rumahtangga yang bakal didirikan sejuk dan aman damai. Lepas tu baru keluar angkat air. Sebab tak ikut step tu yang sampai tersepak jatuh. Itu alamat yang tak baik.”

“ Mengarut la mama ni. Zaman ni mana pakai lagi Nujum Pak Belalang . Karpet tu yang sengal! Firman bukan datang
meminang, dia…’

“ Jangan banyak cakap. Pergi mandi sekarang!”
Mama tolak aku ke dalam bilik air.

***************

“ Kita makan dulu. Nak cakap apa, tunggu petang sikit. Jangan matahari tegak atas kepala. Tak elok. Alamat rumahtangga panas dan sentiasa bercakaran laki bini.”

Macam-macam la mama ni. Beria dengar ceramah agama tapi pelik-pelik petuanya. Malas nak membantah. Mama isyaratkan
aku melayan Firman makan. Hai laaa…tugas berat. Lomah palo lutut den!

Aku menceduk nasi ke dalam pinggan Firman. Meletak satu sudu sayur bayam goreng, sedikit isi ikan terubuk bakar
dan kuah masak lemak cili padi ketam. Firman makan dengan diam. Aku yang nak melalak melihat lauk itu! Ayam goreng kegemaranku tak ada tapi ikan terubuk bakar, ketam masak lemak cili padi dan kerang masak pindang sangat sangat sangat aku gemar. Mama kejam! ini hujah-hujahnya di dapur tadi. Dia sengaja masak semua lauk itu sebab:

“ Ikan terubuk ni bagus. Ia membuat kita berhati-hati nak makan kerana tulangnya banyak, takut tercekik . Tak boleh gelojoh. Seorang anak gadis yang berhati-hati menarik dan membuang tulangnya kelihatan sangat bersopan dan beradab. Lemah lembut. Mama nak Iris kelihatan begitu depan Firman. Biar Firman nampak kelembutan dan kemanisan
Iris.”

Mama! Uwaaaa. Ketam pulak mama?

“ Ketam sesuai dihidang kerana tujuan yang serupa. Iris akan berhati-hati nak mematah dan mengeluarkan isinya. Tak boleh keluarkan sebarang bunyi , muka mesti tersenyum ..keras dan susah macam mana pun, senyum tu mesti maintain. Ambil isi ketam mesti dengan jari. Hati-hati dan lemah lembut. Jangan gunakan gigi dan mulut seperti yang Iris selalu buat. Jangan menyonyot, mama cubit mulut tu karang! Kalau Iris ikut apa yang mama ajar ni, berebut orang nak buat menantu.”

Ya la tu, mama.

“ Satu lagi, guna satu tangan je . Dilarang menggunakan dua tangan. Baru nampak lagi anggun dan ayu. Kerang pun sama. Gunakan satu tangan je nak keluarkan isinya. Ok sayang? “

Ok mama. Macam mana aku nak makan tanpa bunyi jika berdepan dengan ketam?! Mana boleh nak makan dengan ayu jelita tanpa mematah, menggigit dan menyonyot? Sampai ke sudah aku tak sentuh lauk – pauk itu. Aku hanya menyicah celur keladi rawan dengan air asam. Tak kuasa nak berlemah lembut dan beradab bagai depan Firman. Mana boleh makan ikan terubuk, kerang dan ketam tanpa bertae kwan do? Ia harus dimakan dengan penuh gagah perkasa baru terasa kesedapannya.

********************

Matahari sudah condong . Boleh mula berbincang. Firman dengan tenang meminta izin untuk menikahiku. Dia mengharapkan mama dan papa membenarkannya membuat 3 adat sekaligus kerana keluarganya berada jauh . Majlis merisik, bertunang dan akadnikah dilangsungkan pada hari yang sama, dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Kalau boleh dipercepatkan lagi bagus tapi mungkin prosedur memohon kebenaran untuk bernikah dari pelbagai pihak akan mengambil masa. Jadi Firman target, sebelum sebulan semua urusan selesai dan kami dah jadi suami isteri.
Orang yang ku sangka akan membantah keras tapi bersetuju dengan girang. Tanpa bantahan, mama. Rakan konspirasiku, papa, sangat mengejutkan. Papa menghulurkan sekeping surat. Aku dan Firman terpinga-pinga. Surat wasiat? Surat penyerahan segala asset? Atau surat perlantikan? Ish … takkan papa begitu sayangkan aku, belum apa-apa , Firman dah dilantik sebagai CEO atau ahli lembaga pengarah dalam syarikatnya?

Tapak tangan kananku sudah gatal. Ini alamat nak dapat duit. Harap-haraplah duit betul, karang dapat penampar, naya. Tapak kakiku juga gatal. Itu alamat nak dapat rezeki terpijak. Haraplah betul..jangan dapat penyepak sudah!

“ Sila baca dengan suara yang kuat.”
Kenapa papa lain macam ni? Bukan seperti papa yang ku kenal.

Firman membaca,

“ Ke hadapan bakal suami anak aku…”

Firman terhenti.

“ Teruskan.” Arah papa tegas.

“ Ke hadapan bakal suami anak aku,

Peraturan 1 : Kalau kau sampai rumah aku, jangan kau nak hon sembarangan melainkan kau masuk, tekan loceng dan beri salam. Wajib hadap muka aku dan nyatakan apa hajat ke mari.

Peraturan 2: Jangan kau nak bonceng anak aku lagi melainkan aku duduk di tengah-tengah atau anak aku yang bawa motor, aku duduk di belakangnya. Kau di belakang sekali.

Di sini, Firman terhenti, menutup mukanya dengan surat . Tubuhnya bergegar. Menahan gelak.

Peraturan 3: Kau jangan nak pegang atau cium anak aku, di depan atau di belakang aku. Kau boleh pandang dia, hanya paras muka saja . Jangan mata kau nak merayau lebih-lebih . Kalau mata dan tangan kau tak boleh jaga, aku boleh tolong jagakan.

Memang dapat penampar dan penyepak betul! Bukannya dapat duit. Hai laaa..apahal la ni?

Peraturan 4: Aku rasa kau ni hensem dan popular, tentu ramai perempuan tergila-gilakan kau, aku tak ada hal punya selagi anak aku ok. Tapi selagi kau couple dengan anak aku, kau jangan berani pandang perempuan lain selagi anak aku belum jemu dengan kau atau dia break off dengan kau. Kalau anak aku menangis, aku akan buat kau menangis. Dengan azab yang amat pedih.

Peraturan 5: Kau tentu nak kenal aku dengan lebih dekat. Biasalah nak sembang pasal ekonomi, politik, sukan atau isu semasa. Aku tak berminat nak dengar. Yang aku minat satu saja. Bila kau nak hantar anak aku balik? Jawapan yang aku nak dengar: Awal!

Peraturan 6: Kau mesti pakai protection bila nak bersama anak aku sebagaimana yang dikempen hebat di media massa kalau tak, kau akan kena Aids . Sukacita aku ingatkan di sini, akulah protection untuk anak aku dan jangan kau berani nak sentuh anak aku selagi belum diakad. Niat pun tak boleh! Kerana aku akan mendatangkan azab yang amat pedih ke atas tubuh kau.

Aku dan mama dah saling berpandangan sambil menahan ketawa. Apa ke hal papa ni? Silap orang la nak warning macam ni. Tapi Firman selamba je membacanya cuma kadang-kadang nampak dia menahan gelihati.

Peraturan 7: Sementara menunggu anak aku bersiap, kau jangan nak mengeluh lambat. Kalau kau nak punctual, kau boleh dating mat Komando. Kalau boring menunggu kat luar, sila buat apa yang patut, basuh kereta aku atau cabut rumput.

“ Pa….” Aku mula nak membantah. Firman mendiamkan aku. Dia terus membaca.

Peraturan 8: Tempat-tempat yang dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada
rumput atau apa-apa tempat yang boleh duduk-duduk atau baring-baring. Tempat-tempat yang tak ada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat-tempat yang gelap. Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan, menari atau bersukaria. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai mini skirt atau hotpants. Tempat yang sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantik, cium-cium tu elakkan. Movie pasal siksa kubur, azab neraka atau hari kiamat sangat digalakkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-sekali menipu anak aku apalagi aku. Aku tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku bekas perisik komando. Kalau aku tanya apa, kau hanya ada satu peluang je. Bercakap benar. Tak ada yang tak benar melainkan benar belaka. Kat belakang rumah aku, ada tanah 3 ekar, kalau aku ikat kau kat pokok atau kau hilang dalam hutan tu, tak ada siapa nak tanya. Jangan main-main dengan aku.

Peraturan 10: Kau patut takut dengan aku. Lebih baik kalau sangat-sangat takut. Aku ni dok teringat lagi peristiwa Bukit Kepong. Jadi kalau orang datang rumah aku, bersembang senyap-senyap di depan rumah, aku mulalah cuak. Nanti aku suruh guard aku tembak sebab aku ingat komunis mana la ni. Nanti dah habis dating, buka pintu kereta, angkat tangan tinggi-tinggi dan jerit kuat-kuat’ Saya hantar anak Tuan pulang” Lepas tu terus blah. Jangan nak berlama-lama dengan anak aku. Jangan harap nak goodnite kiss atau hugs and kisses. Kalau kau ternampak kilauan di tingkap rumah aku, itu ialah teropong senapang sniper aku.

Aku dan mama tak dapat menahan lagi. Kami tergelak sampai nak terkucil. Hanya Firman yang mengemam bibirnya, menahan sedaya upaya. Muka papa serius!

Peraturan 11: Sangat digalakkan dating dalam rumah saja, di ruang tamu dengan aku duduk di tengah-tengah. Isu yang boleh dibincangkan bebas kecuali isu yang membangkitkan hawa nafsu atau merangsang syahwat. Lebih afdhal, semasa berbual , kau urut betis aku.

Peraturan 12 : Kau kena adakan pemeriksaan kesihatan yang ketat sebab aku nak pastikan kau sihat, kuat dan bebas dari sebarang penyakit. Aku nak kau tiptop untuk anak aku kerana anak aku sangat tiptop..segala ratu di dunia semua TKO dengan anak aku.

Peraturan 13 : Kau jangan jadikan anak aku hamba abdi . Jadikan dia sebagai ratu . Jangan suruh dia memasak atau buat kerja rumah. Itu tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Tapi kalau dia nak buat, tak apa.

Peraturan 14: Kau jangan jatuhkan tangan kau ke atas anak aku. Kalau kau ada apa-apa aduan tak puas hati dengan anak aku, sila beri laporan. Aku akan ajar anak aku.

Peraturan 15 :Kau jangan harap nak madukan anak aku , kenyit mata kat perempuan atau simpan perempuan lain. Kalau aku tau, kau buat macam tu, kau boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia. Amaran paling keras, kau jangan
buat anak aku menangis sedih, menangis gembira , tak apa.

Peraturan 16: tertakluk kepada perubahan dan mood aku. Bila-bila masa aku boleh tambah atau ubah isi perjanjian ini.

Jika kau setuju, sila sign dan turunkan sepuluh cap jari tangan kau. Jika tak setuju, kira hajat kau, aku tolak . Muktamad. Segala rayuan, surat menyurat, telefon menelefon, emel mengemel dan twiter metwitter takkan dilayan.

Sekian,

Dari bakal bapak mertua kau yang belum tentu jadi.
Copypaste dari ustaz Nasharuddin , Azalea dan Azella.

Copypaste tu yang tak menahan. Sekali lagi aku dan mama tergelak keras. Azalea dan Azella jadi rakan sekutu papa pulak!

*************




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

56 ulasan untuk “Novel : My Precious Iris 1”
  1. ain says:

    huh, ILUS best ! nak my precious iris !

  2. tulip says:

    Mmg best thap!! sukany ~

  3. ima says:

    i like!!! novel puan penuh ngan pengisian, xkosong.. pnoh ngan ilmu.. nak tnya,, my precious iris ni sambungan i love u stupid ke? ker i love u stupid ni smbungan dripada my precious iris… nak sgt dapatkan dua2 novel ni..

  4. nurul nabihah says:

    ending novel my precious iris kurang faham?

  5. alia says:

    due2 novel ni mmng bes.. i love you stupid n my precious iris.. tapi ending my precious iris kurang faham..sebab bukan ke firman mati tp ending die ngan firman..

  6. Best ceta novel MJ..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"