Novel : My Precious Iris 4

10 April 2013  
Kategori: Novel

18,568 bacaan 49 ulasan

Oleh : Melur Jelita

Part 4

“ Honey!” panggilan yang sangat ku kenal. Aku menoleh. Aidan berlari ke arah kami. Mama memandang.

“ Mama tunggu dalam kereta…”

Azalea dan Azella mengikut langkah mama, meninggalkan aku menunggu Aidan yang sampai kemudian dengan tercungap-cungap.

“ I’m sorry …please don’t take this to heart…I…”

“ I’ll bear this shame for the rest of my life, do you know that, Aidan? “ aku terus menyerangnya.

“ Honey, whatever I say, will not change what has happened. But please calm down, time will go by, your pain lessens and people are going to forget…”

Aku tersenyum sinis.

“ Tak semudah itu. Selagi darah mummy you yang telah menjadi daging dalam diri I, selagi itulah mummy you akan sentiasa bercakap. Masa tetap berlalu , luka tetap sembuh tetapi jika manusia tak mahu berubah, mereka tetap akan mengungkit. Itu lumrah. Dan berubah itu kerana apa? Bukan hak I nak menentukan niat manusia tetapi I mengharapkan perubahan yang berbentuk satu penghijrahan total yang bermakna satu penyerahan jiwa yang tulus dan taat kepada Allah swt.”

“ Honey, I tau ia tak mudah untuk kita berdua. Tapi janganlah kerana hubungan mummy dan mama you, kita pulak berjauh hati. I dah mengaku salah I…”

“ I pun ada buat salah juga dan I dah maafkan you. Pergilah jumpa mummy dan tunang you. Bye Aidan.”

Aku memusingkan badan dan mula nak melangkah pergi . Lenganku ditarik pantas dan aku menoleh geram. Hampir aku lempang Aidan tetapi airmukanya menyebabkan aku terkedu.

“ You ingat semudah itu, I nak melupakan you? “

Kedua lenganku telah dipaut Aidan dan dia menarik aku lebih rapat ke tubuhnya.

“ You ingat semudah itu hati I nak berubah? “

Aku menatap matanya yang menunduk merenung aku. Tajam, marah dan hampa Bibirku bergerak-gerak nak menjawab tetapi hanya bahasa tanpa suara yang keluar. Aidan semakin menarik aku merapatinya.

“ Jangan lukakan I dengan renungan mata you. We have had enough of this, it should not have been taken out of proportion by the nitty gritty details. In my heart, you will still be my lover till time ends… Jangan pernah merendahkan diri I sama dengan lelaki lain. You takkan faham apa yang I rasa kerana cinta kita hanya dimiliki oleh I seorang. I bahagia dalam derita. I bahagia dalam rindu. I bahagia dalam sepi…I bahagia dalam cinta ini…”

Aku terkelu. Hanya terdaya menatap wajah terlukanya.

“ You patut melupakan…” suaraku terbisik.

“ Cinta kita , hak I. So you tak berhak nak bercakap mengenai hak I. Hak I nak mencintai dan merindui you….” Bisik Aidan semula, tegas.

“ Aidan!” suara keras mummynya menyebabkan aku menoleh. Aidan tetap merenung wajahku. Aku memandang wajahnya dan wajah Datin Rose yang berjalan ke arah kami bersilih ganti.

“ Jangan sentuh perempuan liar itu! “

Aku menoleh ke arah Aidan semula dengan mata yang berkaca. Pedihnya telinga mendengar cacian Datin Rose. Bertambah malu dengan reaksi Dr Eliza yang berjalan di sebelahnya.

“ You heard that? Your mummy will never stop demeaning me because of your love. You have promised to let me go, you should have let your love go too. You are hurting a lot of people. Menerima kebenaran itu pahit tetapi menafikan kebenaran itu lebih pahit or let me make it clearer to you , accepting the truth hurts, denying it hurts even more..Bye Aidan.”

Aku melepaskan diri dari pegangan Aidan dengan kasar. Segera menuju ke kereta.

“ Honey! I will never let you walk away with a broken heart!”

Aidan tetap mengejar dan menarik tubuhku ke arahnya.

“ Why are you so stupid? You shouldn’t have come after me .Apalagi yang you nak jaga sangat hati I? Biarlah I terluka, terhiris dengan kata-kata mummy you. Semuanya memang salah I kerana tidak memiliki cinta seteguh cinta you…”

Dan entah apalagi aku bebelkan sambil menolak tubuh Aidan. Satu , dua pukulan yang keras ke atas kepalaku. Aku direntap kasar dari Aidan sehingga Aidan terlepas pegangannya.

“ Witch! Tak habis-habis kau goda Aidan!” Datin Rose terus memukul aku dengan beg tangannya. Aku terduduk, membiarkan tanpa merasa sakit. Hanya mata menatap wajah Aidan yang tergamam. Bola matanya segera bulat bila melihat mummynya terus memukul dan memaki aku. Aidan terus menerkam dan menarik aku ke dalam pelukannya. Melindungi dengan tubuhnya setiap pukulan mummynya.

Mata kami bertentangan dalam kelukaan. Air mataku menitis. Menangisi takdir kami. Tidak semudah itu untuk melupa dan melepaskan.

Datin Rose turut terduduk dan menangis teresak-esak. Cuba ditenteramkan oleh Dr Eliza yang kelihatan kebingungan.

“ Witch! You’re not letting him go even when you’re marrying another man?! “

Satu lagi penghinaan dan aku melepaskan diri dari pelukan Aidan. Berjalan longlai meninggalkan mereka .

******

“ Kenapa awak biarkan saja si tua tu kerjakan Iris? Yang Iris ni pun satu, mana pergi habis tae kwan do tu? Kenapa tak bantai dia?! “

“ Sabarlah papanya. Masa tu kami dalam kereta. Tau-tau Iris masuk dengan muka merah .”

Mama cuba menyabarkan papa yang sudah mula nak mengangkat telefon. Muka dan seluruh tubuhku dibeleknya. Azalea dan Azella pun tak duduk diam. Siap mendemah mana tempat yang patut. Aku hanya membisu.

“ Papanya nak telefon siapa? Tak payahlah panjang-panjangkan. Hal budak-budak je.”

“ Hal budak-budak awak kata? Mak budak yang pukul anak awak, awak nak biarkan je?” papa terhenti menekan nombor handphone.

“ Orang tu jiwanya sakit. Kita pun jangan sakit juga. Kalau kita bertindak macam dia , panjang-panjangkan…apa beza kita dengan dia? Sama-sama sakit jiwalah.”

Apalagi yang mama dan papa cakap takku layan. Aku menapak satu- satu ke anak tangga. Mama dan papa terdiam. Masuk ke dalam bilik, aku duduk di tepi katil. Membisu dalam sepi. Entah berapa lama. Kotak anyaman dari rotan aku tarik. Cuba nak hiburkan hati sendiri. Aku membelek lesu keratan kertas warna rerama dan pepatung yang aku gunting beberapa hari lepas. Itu yang aku tekun usahakan sambil menunggu hari. Ia akan dibahagikan kepada tetamu dan mereka akan menulis ucap selamat untukku dan Firman. Tapi ia tetap tak mendamaikan. Aku rindukan Firman. Aku perlukan dia.

Firman…

Panjang umurnya bila nada deringnya masuk. Aku membiarkan lama sebelum menjawab. Cuba menenangkan hati.

“ Assalamualaikum…” suara yang ku nanti.

Aku memejamkan mata, menahan sebak di dada, BB ku rendahkan ke pipi, menahan getaran bibir dan hidung yang panas membara. Tak mahu Firman mendengar nafas sesak piluku.

“ Iris…” suaranya kehairanan di hujung sana.

Aku melepaskan nafas lelah. Cuba menjawabnya dengan tenang. Tetapi lain yang aku nak cakap, lain yang keluar.

“ Firman…saya rindu awak…”

Suaraku bergetar , sebak.

“ Saya juga rindu awak . Iris…kenapa? ” jawab dan soalnya tenang.

“ Tak ada apa. Saya hanya rindu awak. Firman…datanglah sini…”

“ Dah lewat. Lagipun tak elok berjumpa sebelum akadnikah. Sabarlah…seminggu lagi kan.”

“ Firman…bila saya panggil..awak mesti datang.”

Firman terdiam.

“ Firman datanglah sini….saya perlukan awak.”

Aku tak dapat menahan air mata lagi. Sedih dengan nasib diriku. Allah saja yang tahu. Firman membiarkan aku melepaskan rasa pilu sepuas hati. Dia hanya membisu, setia mendengar di hujung sana.

“ Dah ok? “ tanyanya macam tak ada perasaan pulak. Hati lanun!

“ Apa yang ok? “ aku agak geram.

“ Air mata gemuk-gemuk, bulat-bulat…”

“ It’s not funny dan ia tak menghiburkan, ok.” Tiba-tiba saja aku terasa hati. Firman tak macam Aidan. Yang sangat memahami, romantik dan pandai memujuk. Aku mengetuk kepala dengan BB! Kenapalah aku membandingkan mereka berdua?

‘ Aduh! ‘ dia pulak mengaduh!

Aku kehairanan.

“ Apasal pulak yang aduh tu?”

“ Iris ketuk kepala saya dengan BB? “

“ Macam mana awak tahu? “

“ Agak je…”

Firman tertawa kecil dan aku ikut tertawa.

“ Iris…”

“ Hmmm…”

“ Cuba pandang keluar…”

Aku berdiri malas, berjalan keluar ke balkoni dan memanjangkan leher, melihat sekeliling. Oh papa! Aku hampir terjelepok jatuh!

“ Mama awak call, suruh saya datang.”

Firman berbaring di atas Ninjanya sambil memandang wajahku di balkoni. Aku cepat-cepat ingin turun tetapi suara Firman di BB menghentikan niat hati.

“ Tak payah turun. Kita begini saja. Saling merenung dari kejauhan. Dekat-dekat bahaya. Darah tengah manis nanti lain pulak jadinya.” Usiknya.

Aku tertawa riang. Menghampiri pagar balkoni dan menyandar sambil merenungnya di bawah. Relaks je dia berbaring atas ninjanya. Santai dengan gaya macho dan stylonya.

“ Dah..jangan sedih-sedih…Saya bangga awak dapat bersabar dengan apa yang berlaku tadi. Tapi lain kali, lawan. Jangan biarkan orang belasah tak tentu hala.”

“ Baik punya batu api..’ aku ejek dia. Kami sama-sama tertawa.

“ Saya dapat agak, awak akan jadi menantu kesayangan mama. Habis pasal saya dia cerita kat awak. Siap dengan laporan terkini.”

“ Siapa dapat menahan aura Firman Ebrahim? Anaknya pun tewas apa sangat la mamanya…”

“ Eknya dia..tolak jatuh dari Ninja karang…” Kami tertawa.

“ Dah boleh ketawa dan menjawab..dah ok la tu…saya balik dulu.”

“ Jangan … Saya belum puas …”

“ Kalau nak puas..sampai bila –bila takkan puas..”

Tegas jawapannya. Aku tetap melekap BB kemas di telinga seolah-olah memeluknya erat. Enggan melepaskan.

“ Saya balik dulu? “ bisiknya perlahan di telingaku.

“ Nanti la..’ bisikan balas dariku.

Firman duduk pulak di atas Ninja sambil terus merenungku di atas.

“ Awak tak pujuk saya pun. Awak tak romantik.”

“ Kalau diminta pujuk, mana ada romantiknya.” Kami tertawa lagi.

“ Dah la..saya nak balik. Malam pun dah lewat. Panas telinga saya kat handphone ni.”

“ Awak lanun.”

“ Lanun yang macho.”

“ Lanun sengal.”

“ Lanun yang stylo…”

Hangat hati pulak dengan jawapan selambanya.

“ Pergilah balik. Kita tak puas nak tatap wajah dia. Tak puas nak lepaskan rindu. Sampai hati nak tinggalkan kita.”

“ Iris yang sengal dan angau. Mudah lupa diri dan kejam tahap bini lanun.”

Bini lanun? Sudah beberapa kali dia mengiakan lanun aku. Dia mengaku dirinya lanun juga? Mue he he he

“ Awak tak kesian kat saya ke? Lenguh tengkuk saya mendongak awak di atas, embun jantan dah menitis. Saya demam nanti siapa nak goncang tangan Tuk Kadi? “

Hai laaa.. terlupa pulak. Memang betul kata Firman. Aku kejam dan angau!

“ Ok..balik la…”

Firman mengeluarkan sesuatu dari poket jaketnya. Mataku membesar bila melihat sebiji delima dan sebiji epal merah di tangannya. Ada satu lagi peket buah dikeluarkan dari poket jaket Doraemonnya.

“ Awak nak baling saya dengan buah itu? Mau benjol kalau kena!” keras suaraku di BB. Belum apa-apa aku dah beri amaran. Bukannya boleh kira abang pedas ni. Bukannya dia tau nak fikir kami akan diakadnikahkan dan kebarangkalian dia membenjolkan muka bakal pengantinnya sangatlah besar.

Firman tertawa perlahan.

“ Tau takut juga. Nah sambut! “

Firman membaling delima dan aku menyambut pantas. Besarnya!

“ Itu buah dari syurga. Kawan saya baru balik dari umrah. Saya pesan dengan dia . Saya suka makan semasa kecil-kecil dulu di Arab Saudi. Ia tak sama dengan buah delima di sini. Ia spesel kerana bijinya sangat merah dan jika awak memakannya, bibir awak akan menjadi merah seperti isinya. Ia manis dan berair. Ia juga berbau wangi. Baru betul dengan perumpamaan bibir merah bak delima merekah. Tak perlu lipstick mahal awak tu.”

Firman dah mula melanun. Aku tertawa senang.

“ Mekah boleh tanam buah ke? “

“ Buah delima import la…dari Spain agaknya. Nah…ini pulak! “

Peket itu aku sambut. Buah ceri! Kegemaranku!

“ Saya tau awak suka. Makan ceri itu bayangkan muka saya…ia berbentuk love, lambang cinta dan kesucian seorang dara.”

Aku hanya mampu terkekeh ketawa dengan kata-katanya. Aku menunggu-nunggu pulak dia membaling epal merah. Tapi dia hanya melambung-lambungnya sambil tersenyum mendongak kepadaku.

“ Firman…” aku pulak yang tak sabar.

“ Nak juga? “

Aku menggangguk laju. Dia hanya tersengih. Melihat epal merah di tangan dan memandang aku di atas, silih berganti.

“ Cepatlah Firman…”

Tersengih lagi. Tau aku tak sabar lagi dilambatkannya. Epal merah dikucup dan digigitnya. Ia dilambung tinggi dan aku menangkapnya pantas. Berdebar melihat kesan gigitannya. Rasa lain macam. Bisikannya di BB membuatkan rama-ramaku terkulai layu.

“ Sealed with a kiss…bitten with a love”

Aku tak mampu bersuara. Firman , awak sungguh kejam! Suka sangat meriuhkan rerama!

“ Berdiri diam-diam…” arahan selanjutnya.

Firman mengambil gambar aku dengan handphonenya kemudian dia mim mim sin. Aku terkejut melihat hasil gambar itu. Cepat aku mendongak ke atas. Bulan penuh.

“ Sedari tadi saya asyik membandingkan kecantikan awak dengan bulan. Bulan pun tersipu malu kerana sinar wajah awak mengalahkan sinarannya. Masya Allah…”

Rama-ramaku dah menggelepar, jatuh seekor demi seekor ke dasar perut seperti disumpit sumpitan beracun.

‘ Iris…awak hanya bulan untuk saya…saya tak mahu awak dikongsi dan ditatap oleh ramai lelaki. Kepada mereka, awak adalah matahari , sinarnya membuatkan setiap mata silau sebelum sempat memandangnya.”

Oh papa! Ayat menaga Firman! Aku tak faham tetapi aku suka!

Dengan kata-kata itu Firman menderum laju sambil mengangkat sebelah tangannya , melambai aku dari belakang. Aku memerhati bahagia sehingga dia hilang dari pandangan mata. Kembali menunduk sambil menatap gambar dalam BB. Wajah yang bersebelahan dengan bulan, terang dan bercahaya. Cuma wajahku agak samar-samar. Bagaimana pula Firman boleh menyatakan wajah ku lebih bercahaya dari bulan? Dia yang angau!

Epal merah aku gigit . Kemanisan dan kerangupannya menyebabkan aku terawang-awang sampai ke bulan dan menari di celah – celah awan gebu. Terasa seperti dikucup dan digigit Firman! Purr meowww…




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

49 ulasan untuk “Novel : My Precious Iris 4”
  1. shadibo says:

    smpai 4 je ke? aiyooOo… sakit jiwa tgok smbongan cita iloveu stupid tu kat pasaran..tp……….. xdpt beli dulu…low bget! huhaaa! frust nyerr..~

  2. nor says:

    Wajib beli ni….

  3. farah says:

    sweet sngat …. suke3

  4. mama zu says:

    salam.. tahniah kak melur.. saya dah beli ketiga-tiga novel.. tapi tak puas hati kesudahan citer MPI ni.. tak faham.. tapi saya dah jatuh cinta ngan firman dan hilman.. agak-agaknya artis lelaki kat malaysia ni ada tak yg boleh jadi abg pedas…..

  5. nor says:

    buat mama zu…pupus dah rasanya lelaki cam hilman dan firman tu….tp memang betul pn..jatuh cinta dengan watak kedua-dua hero tu…cik melor bila nak keluar buku baru…

  6. Angel Heaven says:

    5 ????? to MelurJelita

    Quite an abrupt ending. But still a good story though…

    So informative…
    So educational…
    So brilliant…
    So creative…
    So innovative…
    So divas…
    So pedas…
    So Iris…
    So Melur Jelita!!!!

    Can’t wait for your 4th one………..

  7. Angel Heaven says:

    5 ????? to MelurJelita

    Quite an abrupt ending. But still a good story though…

    So informative…
    So educational…
    So brilliant…
    So creative…
    So innovative…
    So divas…
    So pedas…
    So Iris…
    So Melur Jelita!!!!

    Can’t wait for your 4th one………..

  8. intan says:

    bez gler my preciuos iris ni..sker watak hilman dlm novel pertama n firman..xsabar nk bli bku ni..smge kak melur jelita tlis novel y meletops lg..thanz..

  9. umairumairah says:

    …dah jatuh cinta dengan Firman… <3

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"