Novel : Saya Merajuk 3 Minit Dengan Awak 1

8 April 2013  
Kategori: Novel

3,890 bacaan 5 ulasan

Oleh : Shikin Roslan

Melilau El mencari kelibat Arash. Dia sudah berjanji dengan kekasihnya itu untuk berjumpa di restoran tempat biasa mereka yang terletak di Jalan Ampang. Mereka memang sering makan dan meluangkan masa bersama di situ. Lagi pula, restoran itu terletak berhampiran dengan hospital tempat El bekerja. El merupakan seorang doktor yang bekerja di Hospital Ampang, manakala kekasihnya itu merupakan seorang jurutera.

“Mana dia ni? Lambatnya. Tak akan dia lupa kot. Janjinya pukul 2.30 petang. Ni dah nak pukul 3.31 petang dah ni. Haish!” El tertanya-tanya. Resah riak wajahnya sambil tertinjau-tinjau memandang ke arah pintu masuk kafe itu.

El menghembuskan nafas lega. Dia melihat Arash sedang datang menghampirinya sambil tersenyum bukan main ‘manis’ lagi. Nak menggodalah tu? desis hatinya.

“Sorry, I mintak maaf okay? Ada kerja sikit tadi. Janganlah marah, eh? Eh?” pujuk Arash manja apabila melihat wajah El yang sudah pun masan sambil mengeluarkan ‘muncung’nya yang sedepa itu.

“I tunggu you dah hampir satu jam satu minit tau.” jawab El pura-pura merajuk. Dia suka melihat Arash memujuknya. Dengan gayanya yang ‘so sweet’ itu, ditambah lagi ketampanan wajah yang dimiliki Arash mampu membuatkan dia cair. Ehh.. fikir apa aku ni? Akukan tengah merajuk dengan dia. Apalah kau ni El! sempat dia bermonolog dalam hati.

“Satu minit tu pun nak sebut. Apalah you ni. Iyalah.. iyalah.. I yang salah. Sorry ya?” Arash sudah membuat wajah simpatinya. Alahai.. tak sanggup aku melihatnya..

“Okay. I maafkan tapi I nak you belanja I makan.” ujar El bersahaja.

“Kalau fasal makan, laju aje you ni. Tak takut jadi chubby ke?” Arash tertawa kecil. El tidak mempedulikan kata-katanya. “Alright, I belanja. You dah lapar sangat ke ni?” tanya Arash.

El mencebik bibir. Cerdik pula soalan dia ni.. perli El dalam hati.

“I lapar sangat nak mati dah ni.” jawab El selamba.

Kedengaran suara Arash mentertawakannya.

“Okay.. okay. I orderkan untuk you. Kesian pulak orang tu nak mati dah kalau tak makan. Kejab, ya?” ujar Arash seraya memanggil waiter.

HANYA pandangan hampa dilemparkan setelah melihat kereta Arash yang sudah pun hilang dari pandangannya. Ingatkan dia nak hantar aku balik sekali. Huh.. hampeh punya boyfriend! Rungut hatinya. Namun, kata-kata Arash masih terngiang-ngiang di kepalanya. Dia dapat merasakan perubahan sikap kekasihnya itu. Sejak belakangan ini, dia banyak berubah. Biasanya Arash akan memanggilnya ‘Baby’. Tetapi sekarang, tidak tersebut perkataan itu lagi. Malah dia hanya memanggil El dengan namanya sahaja. Kenapa ya? Entah mengapa hatinya dilanda keresahan seketika.

“Sorry El, I dah lambat ni. I ada kerja nak dibuat. I pergi dulu ya? Bye.” jawab Arash, lalu menuju ke keretanya. El hanya mengangguk.

El terdiam mengingatkan kata-kata Arash tadi. Pelik dengan sikap Arash yang sudah seperti tidak sama dengan Arash yang dikenalinya dulu. Arash yang pandai menggoda, manja, romantik, dan prihatin dengannya. Namun, dia tidak boleh berfikir negatif tentang Arash. Dia harus percaya dengan lelaki itu. Tekad hatinya.

“1.. 2.. 3..” ujar Emir sambil menekan punat kamera Canon EOS 300D miliknya. “Okay, beres..” kata Emir kepada modelnya sambil menunjukkan ibu jarinya.

“Ziqri, tolong edit gambar ni. Aku nak rehat sekejab.” pinta Emir kepada salah seorang sahabatnya yang
sedang berdiri di sebelahnya sambil memberikan cameranya itu lalu mengatur langkah untuk duduk di sofa.

“Okay!” jawab Ziqri pantas. Danial menghampiri Emir.

“Haii.. Emir, kau ni aku tengok macam ada masalah aje?” soal Danial.

Emir terdiam. Macam mana pula mamat seorang ni boleh tahu? hatinya berkata.

“Tak ada apa-apalah bro. Penat aje ni kut.” bohong Emir.

Ziqri sudah memasang telinga.

“Ha’ah. Macamlah baru semalam aku kenal kau. Aku tahulah kau ada problem. Ceritalah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau kan?” Danial cuba memujuk Emir.

Kedengaran Emir mengeluh kecil. Mengingatkan permintaan daddynya itu membuatkan dia tidak tentu arah.

“Emir, daddy nak Emir kahwin dengan anak kawan daddy yang juga merupakan rakan kongsi daddy di pejabat. Daddy dengan kawan daddy tu dah lama berniat untuk menjodohkan kamu berdua.” kata-kata Encik Taufiq membuatkan Emir terjerit kecil.

“Haa!? kenapa tiba-tiba ni, daddy? Emir tak ready lagilah. Emir nak focus pada kerja Emir dulu. Malaslah nak fikir fasal benda ni semua.” balas Emir tanda tidak setuju dengan permintaan Encik Taufiq.

“Sebenarnya Emir masih fikir soal Liyana lagikan? dahlah Emir. Dari dulu lagi daddy tak berkenan dengan dia tu. Tapi Emir sayang sangat dengan dia. Tengok apa dia buat dekat Emir? dia tinggalkan Emir untuk pergi London semata-mata untuk mengejar cita-citanya menjadi model yang berjaya. Lepas tu, dia curang dengan Emir. Cuba Emir buka hati Emir untuk perempuan lain. Daddy yakin Emir akan bahagia dengan anak perempuan kawan daddy ni. Dia cantik, baik pula tu. Emir mesti suka.” Encik Taufiq cuba meyakinkan anak lelakinya.

“Betul kata daddy tu Emir. Mummy pun setuju kalau Emir kahwin dengan anak kawan daddy tu. Emir tu bukan muda lagi. Dah dua puluh tujuh tahun dah.” celah Puan Atira setelah sekian lama mendiamkan diri.

Emir terdiam sejenak memikirkan kata-kata daddy dan mummynya. Argghh!! Kenapalah daddynya harus berbahas lagi soal Liyana di depannya? dia sudah lama melupakan perempuan itu. Sejak Liyana memutuskan hubungan mereka lagi.

“Bagi Emir masa . Emir tak boleh bagi jawapan sekarang.” balas Emir pendek.

Encik Taufiq dan Puan Atira hanya mengangguk.
Emir menceritakan semuanya kepada rakannya itu dari mula hinggalah ke garisan penamat.

“Haa.. macam itulah ceritanya…” suara Emir mendatar.

kedengaran suara Danial dan Ziqri mentertawakannya. Emir berdengus kasar.

“Sorry bro, tergelak pula. Alahh.. mungkin betul apa yang daddy dan mummy kau katakan tu. Ada baiknya kau pertimbangkan. Siapa tahu perempuan tulah jodoh kau? kan Ziqri kan?” jawab Danial sambil tersenyum sumbing ke arah Emir lalu berpaling ke arah Ziqri yang sedang menghadap laptopnya ‘tanda’ meminta sokongan.

Emir menjeling.

“Tak lama lagi, makan nasi minyaklah kita ni.” balas Ziqri pula sambil ketawa.

Emir tidak mempedulikan rakan-rakannya itu. Serabut kepalanya memikirkan hal itu.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Saya Merajuk 3 Minit Dengan Awak 1”
  1. Shikin Roslan says:

    Cerita ini telah saya olah sedikit. Kalau kau baca, di sini http://shikinroslan97.blogspot.com/

  2. Shikin Roslan says:

    Cerita ini telah saya olah sedikit. Kalau kau baca, di sini http://shikinroslan97.blogspot.com/

    Terima kasih :)

  3. Shikin Roslan says:

    Cerita ini telah saya olah sedikit. kalau nak baca, di sini http://shikinroslan97.blogspot.com/

    Terima kasih :)

  4. aqeela says:

    sya suka crta nie…menarik…

  5. Shikin Roslan says:

    Thank you, Aqeela. Tapi cerita ni saya dah olah biar nampak lagi menarik. In Shaa Allah, nanti saya akan masukkan dalam blog.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"