Novel : Saya Merajuk 3 Minit Dengan Awak 2

16 April 2013  
Kategori: Novel

2,237 bacaan 2 ulasan

Oleh : Shikin Roslan

Bab 2

Buuukkkk! satu hentaman yang sederhana kuat menyebabkan El berpaling semula ke arah bunyi tersebut untuk melihat apa yang terjadi. Tiba-tiba, matanya membutang dan mulutnya ternganga kecil. Seakan melihat sesuatu yang mengejutkan. Ya, memang mengejutkan. Kereta aku!! dia menjerit lantas berlari mendapatkan kereta kesayangannya itu.

“Ya Allah, subhanallah walhamdulillah walaillahailallah. Apa dah jadi dengan kereta aku ni!?” terkejut beruk El apabila melihat bahagian depan keretanya itu kemek. Dah macam kerepek yang aku makan semalam dah! lantas dia berpaling melihat seseorang yang sedang berdiri di depannya sambil mengusap-usap keratanya yang hanya kemek sedikit. Fikir kereta dia je? habis kereta aku ni macam mana? Haish!

Terkejut El apabila lelaki itu berpaling ke arahnya. Handsomelah! muka dia ada iras macam pelakon kesukaan aku tu , Aiman Hakim Ridza. Kulit putih, tinggi pula tu. Terpegun aku seketika. Eh eh! apa kau ni El? dia tu mamat yang dah langgar kereta kau! sedarlah El….

“Hey.. Awak!” serentak mereka berkata.

“Biar saya cakap dulu.” jawab El pantas.

“ Ohh no no. Saya yang kena cakap dulu. Awak tahu tak sebab kereta awak ni parking tak betul, kereta saya jadi kemek macam ni? tengok ni!” jawab lelaki itu sambil jari telunjuknya dihalakan ke bahagian keretanya yang kemek itu.

“Hamboih! sedapnyalah awak cakap ya? eh! kereta saya ni lagi teruk tau. Nampak tak? nampak? awak yang langgar kereta saya dulu! saya tak kira, saya nak awak bayar ganti rugi!” marah El tidak mahu kalah. Mana dia mahu bertolak ansur dengan mamat yang ada depan dia ni haa! walaupun muka dia ada iras macam pelakon kesukaannya, namun lelaki tu sangat menyakitkan hatinya. Benci!

“Ewah-ewah.. awak tu yang salah. Parking tak betul! sengaja parking dekat-dekat macam ni. Macam mana kereta saya nak keluar?” muka lelaki itu merenung tepat ke muka El.

Mata El membutang. Apa dia cakap? aku yang salah? parking tak betul? haish.. nak rasa penampar aku ke dia
ni?

“Eh.. mamat poyo yang perasan bagus! awak dengar sini baik-baik. Buka telinga awak lebar-lebar. Awak tu yang salah! awak tiba-tiba langgar kereta saya. Awak tu yang tak pandai bawa kereta! takkanlah awak tak perasan kereta saya? see? siapa yang salah? awak dah tahu, jarak di antara kereta saya dengan kereta awak hampir, yang awak pandai-pandai nak keluarkan juga kereta awak ni kenapa? awak yang sengaja cari masalah tahu tak!?”

Lelaki itu terbungkam. Memang dia sedar akan silapnya. Seharusnya, dia lebih peka untuk mengukur jarak di antara keretanya dengan kereta perempuan itu. Apabila dia berfikir keretanya mampu melepasi antara keretanya dengan kereta kancil milik perempuan itu, lantas dia mencuba untuk keluar tanpa dia sedar bahawa dia telah melanggar bahagian kanan depan kereta kancil itu sehingga nombor platnya retak dan sedikit kemek.

“Saya tak kira, saya nak awak ganti rugi juga sebab awak yang salah! Awak ingat saya beli kereta ni pakai kertas? pakai daun? pakai duit tahu tak? arghh! saya tak peduli. saya nak awak ganti rugi juga! titik noktah!” balas El lagi masih tidak berpuas hati.

“Hey.. Awak ingat kereta saya ni sihat walafiat ke? kereta saya pun kemek. Salah awak juga sebab parking tak betul.” akhirnya dia bersuara semula kerana tidak mahu kalah dengan gadis yang berada di hadapannya.

“Tak nak! awak salah , awaklah yang bayar!” nada suara El meninggi sedikit.

“Awak!”

“Awaklah!”

“Awak! awak! yes you!” balas lelaki itu sambil menunding jarinya ke arah El.

El mengetap bibir. Hish! Geram pulak aku dengan mamat poyo ni!

“Saya cakap awak , awaklah mamat poyo!” jerit El. Sempat dia menjelirkan lidah ke arah lelaki yang dia gelarkan ‘Mamat Poyo’ itu.

“Haa!? apa awak panggil saya? Selamba badak awak je panggil saya poyo eh? hish, minah ni! Geram pula aku.” Lelaki itu mula mengetap bibir nenahan geram.

“Ada saya kisah? suka-suki sayalah nak panggil awak apa. Memang awak tu poyo pun!”

“Awak….” belum sempat mamat poyo itu membalas, seorang pengawal telah datang menghampiri mereka.

“Kenapa ni ? dari tadi saya dengar bunyi bising. Ada apa-apa masalah ke encik dan cik ni?” Tanya pengawal itu kepada kami.

“Dia langgar kereta saya….” El pantas menjawab.

“Ehh, apa pulak saya? Awak tu yang parking tak betullah!” jawab lelaki itu tidak mahu mengalah.

Eeiii! geram pula aku dengan mamat poyo perasan bagus persasan betul ni! haa.. hambik! terkeluar semua gelaran untuk kau!

“Encik, cik. Perkara ni boleh dibawa berbincang.” saran pengawal itu tetapi tidak kami endahkan seolah-olah dia tidak wujud di situ.

“Saya cakap awak yang salah, awaklah! ish!”

“I said you!”

Eleh! nak speaking-speaking pula mamat poyo ni! karang aku cakap bahasa Korea, pengsan terus kau! menyampah!

“Awaklah! awak! awak! awak!” balas El dengan geram.

“Encik, cik, saya……” namun, belum sempat pengawal itu menghabiskan ayatnya, kami serentak memotongnya dek terlalu bengang.

“Apa!?” jawab mereka serentak dengan nada yang agak tinggi kepada pengawal itu.

“Macam ni encik, cik. Saya rasa hal ni boleh settle. Lebih baik kamu berdua ni ikut saya. Kita settle dekat pondok pengawal itu ya?” kata pengawal itu sambil jari telunjuknya menunjukkan arah pondok pengawal yang dimakksudkan itu.

“Nama encik dan cik ni siapa?” tanya pengawal yang bernama Ahmad itu setelah kami mendapatkan tempat duduk di dalam pondok pengawal itu.

“Saya Emir Arsyad.” jawab Emir seraya tangannya bersalaman dengan tangan Encik Ahmad..

Ohh.. Emir Arsyad nama mamat poyo ni sebenarnya. Hati El berkata.

“Saya Elzrisa Aqira. Panggil saya El je.” balas El bersahaja.

Elzrisa Aqira? erm, cantik juga nama dia. Tapi orangnya? MasyaAllah…. hanya Allah yang tahu.

“Begini Encik Emir, Cik El. Sebenarnya dalam hal ini, kamu berdua bersalah. Bukan saya mahu membela salah seorang daripada kamu berdua tapi ini adalah kewajiban saya. Encik bersalah kerana tidak memerhatikan kereta yang diparking di belakang kereta Encik Emir. Tanpa sedar, Encik Emir telah pun melanggar kereta Cik El ni. Cik El pula bersalah kerana cik meletakkan kereta cik ditempat yang sempit seperti itu. Jadi, secara tidak langsungnya, kamu berdua bersalah dalam hal ini.” panjang lebar Encik Ahmad terangkan.

“Haa!?” kata-kata Encik Ahmad itu membuatkan El serta Emir itu sedikit terjerit.

Buat seketika kami berdua diam. Tidak tahu hendak berkata apa. Arghh.. apa kesengal sangat aku ni? ni
semua sebab aku nak cepat sangatlah tadi. Main parking aje sebab tempat parking yang lain sudah penuh. Terpaksa dia meletakkan keretanya di belakang kereta BMW milik lelaki itu. Sempat juga dia mengutuk dirinya sendiri . El..
El.. tapi mamat poyo tu pun bersalah juga. Tak akan aku nak minta maaf dulu kut? haish! jatuh martabat aku kang. Haih! apa kau nak buat ni, El? sempat El bermonolog dalam hati.

“Hmm.. okaylah. Saya pun malas nak panjang-panjangkan hal ni. Ni, saya bayar. Cukup kan? saya rasa cukup dah tu. Kereta awak kancil aje kut.” Dengan selamba dan tak bersalahnya Emir berkata begitu setelah beberapa minit mereka sama-sama mendiamkan diri lalu menghulukan wang sebanyak dua ratus ringgit.

Dia hina kereta kancil aku? sakit pula hati kita ni. Haish! Emir Arsyad a.k.a mamat poyo ni memang nak kena terajang ni! kau belum kenal lagi aku siapa. Mentang-mentanglah kau pakai kereta BMW. Aku pilih kancil pun bersebablah. Memang ada sebab mengapa El memilih kereta kancil. Hal ini disebabkan, dia lebih suka dengan kereta yang kecil saiznya. Baginya, kereta yang bersaiz kecil ini comel. Terbaikkan jawapannya? ya, itulah Elzrisa Aqira. Nampak sahaja garang, ego, keras kepala, namun di hatinya penuh dengan kelembutan.

Pengawal itu hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat dua orang manusia di hadapannya kini. Menarik perhatian sungguh mereka ini. Sempat pengawal itu mentafsir sesuatu.

“Nah! Ni duit ganti ruginya!” jawab El agak kasar.

“Haa.. lima puluh ringgit aje awak bagi!?” membutang mata Emir melihat wajah selamba milik gadis yang bernama Elzrisa Aqira itu.

El mencebik tanda meluat dengan mamat poyo yang berada dihadapannya. Dia ni datang dari planet mana
entah! getus hatinya.

“Dah tu, awak nak berapa banyak lagi? kemek dekat kereta awak tu sikit aje pun. Lagipun, awakkan kaya? kan?” El tersenyum sinis.

Terbungkam Emir seketika.

“Ehh minah ni. Mana cukup ni! kalau untuk kereta kancil awak tu pun tak lepaslah! awak tahu tak ka…..” belum sempat dia berkata lebih, El pantas berlalu dari situ. Dia sudah tidak peduli. Asalkan dia sudah dapat wang
ganti rugi, cukuplah.

“Terima kasih ya, Encik Ahmad dan thank you so much Encik Emir a.k.a Mamat Poyo” ucap El seraya memandang Encik Ahmad lalu berpaling ke arah Emir yang sudah mengetap bibir menahan geram. Lantas, dia berlalu pergi dari situ.

Terkebil-kebil Emir dibuatnya. Lalu, dia mengucapkan terima kasih kepada Encik Ahamad dan meminta izin untuk pulang.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Emir tidak henti memikirkan kejadian yang baru menimpanya tadi. Lantas dia berdengus. Geram betul aku dengan minah tu! haih, hari ni hari paling malang untuk aku. Kalaulah aku tahu, benda ni yang akan jadi, tak adanya aku mahu keluar rumah hari ini. Baik aku duduk diam-diam dalam bilik. Lagi bagus daripada aku harus berurusan dengan perempuan tak penting tu. Tapi.. muka dia tu cantik juga eh? cute.
Eh eh! apa yang kau fikir ni Emir? jangan cakap yang kau dah mula suka dekat minah yang kuat membebel dan garang mengalahkan singa tu? ohh, semestinya NO! hatinya menidakkan.

Namun, dalam hati mereka masing-masing mengharap agar mereka tidak akan bertemu lagi. Huh! minta dijauhkan…..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Saya Merajuk 3 Minit Dengan Awak 2”
  1. dayang says:

    Sngt best

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"