Novel : Saya Merajuk 3 Minit Dengan Awak 3

24 April 2013  
Kategori: Novel

7,817 bacaan 7 ulasan

Oleh : Shikin Roslan

Bab 3

Puan Elia berasa hairan melihat anak perempuannya pulang dengan menaiki teksi. Kenapa pula anak aku tu balik naik teksi? mana kereta kecil kesayangan dia tu? tak akan kena rompak kot? pelbagai tanda tanya muncul dalam kepala Puan Elia.

“El, Kenapa balik dengan teksi? mana kereta, El?” tanpa salam, lantas mamanya menyoal persis seorang polis yang sedang menyoal siasat suspek.

“Waalaikumussalam, ma” perli El. Puan Elia sudah mengetap bibir.

“Janganlah marah, ma. El gurau aje. Kereta El hantar bengkel. Tadi ada orang langgar kereta El. Tapi, El dah minta duit ganti rugi dah. Tu yang El bawa pergi bengkel tu. Orang bengkel tu cakap satu minggu dah boleh siap dah. Terpaksalah El naik teksi. Ni semua fasal mamat poyo tulah!” El membuat muka bengang apabila mengingatkan insiden yang berlaku antara dia dengan mamat poyo tu.

“Ya Allah, kena langgar? macam mana boleh jadi macam tu? siapa pula mamat poyo tu? hmm.. dahlah, yang penting El tak ada apa-apa. Risau mama tau.” jelas kelihatan riak wajak Puan Elia yang kerisauan.

“Panjang ceritanya, ma… tiga hari tiga malam pun tak habis.” teringat dia ketika berlawan mulut dengan mamat poyo itu tadi. Geram!

Puan Elia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Iyalah. Haa.. ni dah solat Asar belum? dah nak dekat habis waktu dah ni.” ujar mamanya.

“Nak pergi solatlah ni. El naik dulu eh, ma?” Puan Elia hanya mengangguk. El sudah mengatur langkah.

ARGHHH!!! El menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Dia betul-betul geram dengan lelaki itu. Ya, mamat poyo tulah, siapa lagi? mahu sahaja dia kemekkan lagi kereta mamat poyo itu. Kemek sikit pun nak kecoh bukan main! huh.. hatinya benar-benar bengang. Aku berharap sangat hari ni hari pertama dan hari terakhir aku bertemu dengan mamat poyo yang perasan bagus tu! doa El dalam hati. Mengingatkan tentang insiden itu sahaja membuatkan dia geram tahap gaban. Sabar El.. sabar.. ni dugaan untuk kau. Lebih baik kau solat, berdoa supaya hati kau tenang. Sempat dia bermonolog sendiri. Redo ajelah…

USAI solat Asar, dia mencapai telefon bimbitnya. Dia mencari nama yang ingin ditelefonnya lalu menekan punat hijau.

Setelah beberapa saat, akhirnya panggilannya dijawab. Terasa eletrik mengejutkannya apabila mendengar suara itu. Ini nombor Arash kan? Aku tak buta lagi kan? Aku rasa aku tekan nombor Arash tadi. Siapa pula perempuan yang sedang berada dalam talian? bermacam-macam soalan menggangunya.

“Err.. ni nombor Arash kan?” tanya El dengan nada yang kebingungan.

“Ohh, you nak cakap dengan Arash ya? okay, I panggilkan. Arash.. someone call you.” suara manja perempuan itu memanggil Arash jelas kedengaran. Eeii.. geli aku..

“Hello? yes, ada apa?” jawab Arash ringkas.

“Ini Elzrisa Aqira Binti Arfa bercakap. Kenal kan?” perli El. Namun, hatinya masih tertanya-tanya siapakah perempuan yang bercakap tadi?

“Ohh.. you, I ingat siapalah tadi.” jawab Arash dengan nada yang sedikit terkejut tetapi cuba berlagak tenang.

“Siapa yang angkat call I tadi?” pantas El menyoal.

“Err.. itu assistant I. Kita orang jumpa klien tadi. I suruh dia pegangkan handphone I sekejab sebab tadi I pergi tandas.” bohong Arash.

El mendiamkan diri seketika. Handphone pun nak suruh assistant pegangkan ke? boleh percaya ke ni? hatinya mengeluh kecil.

“Ohh iyakah? tapi hari nikan hari minggu. You kerja juga ke? I baru teringat nak ajak you keluar. Kitakan dah lama tak keluar jalan-jalan. Selalu keluar makan aje.” ucap El perlahan. Mulalah kita nak merajuk ni….

“Sorry but I can’t. I really busy now. Lain kali ajelah ya?” jawab Arash. “Okaylah, I ada kerja ni, see you.” belum sempat El membalas, Arash terus mematikan panggilannya.
El mula memuncungkan mulut. Haish! aku tak balas lagi, dia dah matikan dulu. Siapa punya boyfriendlah ni? malu rasa nak mengaku… sempat dia mengutuk kekasihnya sendiri.

“Siapa tu? girlfriend you tu ke?” tanya Rania sebaik sahaja panggilan itu dimatikan. Sejak tadi dia hanya setia mendengar perbualan antara Arash dengan ‘girlfriend’nya itu daripada A sampailah ke Z. Pandai juga Arash ni menipu…. Rania berkata dalam hati.

“Hmm.. tapi you jangan risau, I tengah cari masa yang sesuai untuk putus dengan dia. Tak lama lagi… tunggu I eh?” Pujuk Arash dengan manja apabila melihat wajah Rania yang sudah masam mencuka. Dia tahu, Rania inginkan mereka cepat-cepat berpisah agar dia dapat bersama dengannya.

“Okay.” balas Rania perlahan lantas dia menganggukkan kepalanya dengan persaan yang terpaksa.

Arash hanya tersenyum.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Saya Merajuk 3 Minit Dengan Awak 3”
  1. noranis arina says:

    not bad

  2. elysya says:

    best, takda blog ke ?

  3. FarhaS says:

    Jom baca karya terbaru Farha di http://hanyasekadartesting.blogspot.com/

  4. Ummi Kalsom says:

    not bad,

  5. Azura jamaluddin says:

    Jom follow blog kita itsaboutmylifeloveit.blogspot.com

  6. qaisara says:

    review la blog kalau sudi :)
    http://cikzyra.blogspot.com/

  7. Shikin Roslan says:

    Elysya : Thanks. Hmm, blog? Dalam proses. In Shaa Allah, nanti saya beritahu, okey? :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"