Novel : Stop Bully! My Love 1

1 April 2013  
Kategori: Novel

3,596 bacaan 4 ulasan

Oleh : HUNLOVE R

Prolog

Kemeriahan banglo dua tingkat itu amat dirasai seisi keluarga pengantin, suasana yang penuh dengan kegembiraan, gelak ketawa dan usik mengusik diantara keluarga dan sahabat handai kepada bakal pengantin yang akan diijab kabulkan dalam masa berapa minit lagi. Kedua-duanya kelihatan sudah bersedia dan telah pun berada di tempat masing-masing. Majlis akad nikah yang akan diadakan selepas solat isyak yang dilakukan secara berjemaah ini, disambut dengan meriah sekali.

Ramai yang memuji, mengutuk dan mengumpat pada masa yang sama. Namun itu semua bukanlah perkara yang perlu dirisaukan oleh pengantin perempuan, tetapi risaunya lebih tertumpu kepada pengantin lelaki yang segak berbaju melayu putih, bersongkok dan bersamping yang duduk tidak jauh darinya, yang ketika ini duduk berhadapan dengan Datuk Yusuf dan tok kadi.

‘Siapa lelaki itu sebenarnya, kenapa dia membenci aku sangat? Siapa dia kepada aku?’ Wawa bertanya pada hatinya. Sebelum ini, dia mengenali lelaki itu sebagai seorang playboy dan bos baru syarikatnya. Kedatangan lelaki itu sebagai CEO baru syarikatnya dan dalam hari yang sama telah melantik Wawa menjadi PA nya secara tiba-tiba.

Dia cuba mencari jawapan diwajah lelaki yang sedang duduk bersila di atas cushion, ‘kenapa dia sanggup berkahwin dengan aku setelah apa yang berlaku 4 hari lepas? Adakah dia ingin terus menyeksa hati aku, menghancur jiwaku dan terus membuli cintaku padanya’. Kejadian 4 hari yang lalu telah membuat maruah dirinya sebagai perempuan yang bertudung labuh kerana Allah jatuh dan dipijak, malunya kepada rakan sepejabat sehingga dia tidak mampu untuk mengangkat wajahnya. ‘Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini, kalau inilah jodoh yang telah ditentukan untukku, aku redha ya Allah!’

Wawa yang memakai jubah pengantin labuh berwarna putih dengan sulaman bunga lace beserta strapless menghiasi jubah hasil tangan Vera Wang. Sentuhan Miss Wang amatlah halus and wise person ever said ‘you don’t alter a Vera to fit you; you alter yourself to fit Vera’. Tudung labuh Ariani yang yang menutupi bahagian dada seperti yang selalu digayakannya apabila keluar dari rumah, beserta veil yang berada di kepala hingga ke bahu kelihatan sungguh anggun apabila digayakan.

Pada waktu itu Wawa terasa mahu menangis apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang menyimpan dendam kepadanya. Lelaki yang membencinya kerana kejadian lapan tahun yang lalu dan lelaki itu membencinya kerana Aiman. ‘Siapa Aiman kepada diri aku? Apa kaitan Aiman dengan lelaki itu? aku tidak kenal siapa Aiman, apa salah aku pada dia?’

Air mata yang di bibir mata hendak mengalir keluar tetapi Wawa masih mampu menahannya. Wawa menguatkan hatinya apabila melihat wajah mama yang tersenyum gembira disebelahnya. Abang hashim yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya dan papa yang tidak sabar menjadi walinya. Wawa mengabaikan perasaan di hatinya, dan melontarkan senyuman kepada tetamu yang hadir meraikan majlis pernikahan dia dan lelaki itu.

Daniel menarik nafas, masanya telah tiba untuk melafazkan kabul. Dia sempat melihat bakal isterinya yang bersimpuh di atas cushion pelamin yang tidak jauh daripadanya. Senyuman plastic terukir di wajah perempuan yang cantik itu. Dia berlagak selamba dan tenang untuk hadir ke majlis ini sebagai pengantin lelaki, bakal suami kepada perempuan itu. Perempuan yang pernah permainkan hatinya, perempuan yang pernah menghancurkan hatonya serta menghina cintanya. Dia menyangkakan semuanya telah berakhir pada 4 hari yang lalu, namun jangkaannya meleset apabila dia mengetahui bakal isterinya adalah perempuan itu, Najwa Safira! Nama yang tidak mungkin dia hapuskan dari kotak memorinya.

“Daniel, kalau ye pun dah jatuh cinta, janganlah tenung bakal isteri Danny tu lama sangat. Janganlah nampak gelojoh sangat,tok kadi tanya dah sedia ke?” Dato’ Rashid berkata dalam nada berbisik, ‘anak aku ni pun, pantang je nampak perempuan cantik, terus sangkut’ tawa di hati cuba ditahan.

“Tok kadi, saya dah sedia” Daniel berkata dengan penuh yakin, ‘Wawa, sabar ye sayang, aku akan ‘bahagia’kan kau untuk sepanjang hidup di dunia dan akhirat’. Dia sempat memberi senyuman manis kepada Wawa yang hanya kaku memandang wajahnya.

Wawa yang melihat senyuman sinis di wajah itu, membuatkan dia merasa takut tetapi bila dia mengenang kembali, lelaki itulah yang berjaya mencuri hatinya dan lelaki itu juga pernah berjaya membuat hatinya bergetar. Dia pernah rasa bahagia dibuai dengan kata-kata manis lelaki itu, namun lelaki itu juga yang berjaya menghancurkan hatinya ketika hatinya sedang mengharap cintanya dibalas dan disambut.

“Aiman Daniel bin Rashid” Datuk Yusuf memulakan akad.

“Saya” Daniel menjawab. Tidak nafikan dia mula bergegar apabila tok kadi membaca khutbah nikah, ‘cool Danny, you macho man!’

“Saya nikahkan di kau dengan anak saya, Najwa Safira Binti Yusuf dengan mas kahwinnya, seratus ringgit tunai” Datuk Yusuf memlafazkan ijab.

“Saya terima nikahnya, Najwa Safar Binti Yusuf dengan mas kahwinnya, seratus ringgit tunai” Daniel melafazkan kabul dengan tenang.

Wawa terkejut mendengar namanya dilafazkan dengan salah oleh bakal suaminya, kepalanya diangkat pantas dan matanya dihalakan ke arah lelaki itu, ‘dia ni biar betul, aku baru nak feeling-feeling kacau betullah. Tak akan dia tak tahu nama aku kot, aku rasa selalu je dia laung nama penuh aku ataupun dia sengaja nak buli aku ni. Seriously, time akad nikah dia nak kenakan aku!’ mimik mukanya ditahan daripada berubah, ‘senyum Wawa senyum!’

Diana yang terkejut dengan perbuatan lelaki itu, ringan sahaja rasa tangannya untuk dilayangkan ke muka itu, ‘boleh pulak dia nak main-main time macam ini’. Alya menenang Diana yang tengah membara,

“Diana, sabar” lembut Alya menasihatkan sahabatnya. Mereka yang duduk dibelakang Wawa pun turut sama merasa gementar. Pelik, bukan dia orang yang nak kahwin.

Daniel buat wajah selamba badak sumbunya, ‘ceh saja gertak, giler tak ingat nama minah tu. Hai, nasib kaulah Wawa. Sabar ye sayang’.

“takkan nama bakal isteri tak ingat kot! Tak practice ke? Bukan ke walid da bagi tiga hari yang lepas? Hei, Danny, Danny” Dato’ Rashid berkata sambil mengelengkan kepalanya.

Para tetamu yang hadir hanya tersenyum melihat gelagat pengantin lelaki itu. Mungkin nervous sangat kot al-maklumlah darah muda, tak sabarlah tu. ‘Danny tengok kertas yang walid bagi tu malam semalam, nak practice macam mana?’ Danny hanya berkata dalam hatinya.

“dah sedia ke ni? Jangan gementar, Istighfar banyak-banyak” Tok kadi bertanya kembali, Daniel menggangguk dengan mimik muka yang sengaja dibuat ketat.

Wawa yang hanya memasang telinga mendengar lafaz ijab kabul kali kedua, ‘bos, janganlah main-main. Nak marah ke, nak buli ke, nak main-main ke, lepas nilah’ rungutnya dalam hati

“Aiman Daniel bin Rashid” Datuk Yusuf memulakan akad.

“Saya” Daniel menjawab, ‘Danny, ketatkan lagi muka tu, tunjuk kesungguhan’.

“Saya nikahkan di kau dengan anak saya, Najwa Safira Binti Yusuf dengan mas kahwinnya, seratus ringgit tunai” Datuk Yusuf memlafazkan ijab.

“Saya terima nikahnya, Najwa Safira Binti Yusuf dengan mas kahwinnya, satu ringgit tunai” Daniel melafazkan kabul dengan tenang, ‘ops salah lagi, maaf Wawa. Sengaja nak bagi kau berdebar sikit’

Wawa yang mendengar hanya mampu menunduk kepalanya buat seketika. Dia mengetap bibirnya, ‘satu ringgit mas kahwin aku. Kau ingat aku murah sangat! Ya Allah, kenapalah mamat ni sengaja nak buli aku time macam ni, aku punyalah gementar dia boleh buat main-main je? Malunya! Dia tak malu ke?’ Wawa terus mengangkat kepalanya dan memberi pandangan meminta simpati daripada bakal suaminya, ‘janganlah main-main, kalau tak nak kahwin dengan aku kenapa datang sini? janganlah nak malukan aku. Kenapalah mamat ni benci sangat dengan aku, Wawa sabar ye. Bos, tolonglah buat betul-betul’.

Daniel yang tersengih dengan kesalahan yang sengaja dibuatnya memandang kepada Wawa yang memberi pandangan meminta simpati, ‘ye la, ye la, jom kita kahwin. Heh, gertak sikit pun nak cuak. Okey lepas ni lagi senang aku nak buli kau, lagi senang nak buat kau nangis. Sayang! Here’s your hubby come!’

Alya yang tadi cuba menenangkan Diana kini gilirannya untuk naik hot! ‘boleh dia kata mas kawin satu ringgit je pastu siap tersengih, aku luku juga kepala bos aku ni!’Diana menahan Alya daripada berdiri, ‘lagi bahaya kalau ustazah ni mengamuk’.

Aqilah dan suami yang menonton hanya mampu ketawa,

“teruk juga adik awak gelabah, kalau macam tu saya lagi coolkan sayang.” Harris berkata dalam nada berbisik kepada isterinya di sebelah.

“ye la tu, tapi kan abang, saya rasa dia ni macam main-main je la” Aqilah mengesan sesuatu di wajah kedua-dua pengantin.

Dato rashid yang mendengar lafaz kabul oleh bakal menantunya tadi hanya cuma tersenyum, ‘nasiblah kau bakal menantu aku, kalau tak dah lama aku sekeh kepala kau!’ Dato Rashid menahan geram di hati.

Hashim yang berada di sebelah kanan Daniel memberi senyuman, ‘boleh tahan gelebah juga budak ni. ‘Hashim, bila time kau nak kahwin, kau kena ready betul-betul. Jangan gelabah macam budak ni. eh? Dah ada calon ke? heehe’.

Datin Syidah hanya tersumbing, ‘Danny, anak umi, kenapa buat macam ni nak, malu mak, siaplah kamu lepas, umi piat telinga kamu!’. Atul menepuk dahi, ‘buat malu je la abang ni!’

Datin kirana hanya terkejut dengan sifat gelebah bakal menantunya, ‘rupa dah ada, tapi gelabah. Nasib baik dah nak kahwin, kalau tak aku sepak jauh-jauh budak ni, habis lah cucu aku naik gelabah juga’. Dia kemudian mengalih pandangan kesebelah kirinya, kasihan melihat anaknya,

“sabar ye nak, Daniel tengah berusaha tu, doakan dia ye nak” Datin Kirana menenangkan anaknya.

“dah sedia dah? Be a man, jangan gelabah sangat ye” tok kadi memberi nasihat.

“saya dah sedia!” Meninggi sikit suara Daniel lalu dia memberi senyuman manis untuk kali kedua kepada Wawa.

Wawa yang melihat senyuman tesebut menjadi makin gelabah, ‘jangan main-main ye?’

“Aiman Daniel bin Rashid” Datuk Yusuf memulakan akad buat kali ketiga, ‘baik kau buat betul-betul, kalau tak aku sendiri hantar kau balik rumah’.

“Saya!” Daniel menjawab. ‘Wawa, Wawa, yang suka suki terima pinangan dari umi dan walid siapa suruh, tengok sekarang kan dah kena nikah dengan aku’

“Saya nikahkan di kau dengan anak saya, Najwa Safira Binti Yusuf dengan mas kahwinnya, seratus ringgit tunai” Datuk Yusuf melafazkan ijab.

Wawa sudah dimempedulikan cara duduknya, kepalanya sedikit ke hadapan untuk mendengar betul-betul lafaz kabul dari Daniel.

Datin Kirana hanya menepuk belakang Wawa, untuk duduk dalam keadaan sopan sikit, ‘ish, budak ni nampak sangat gelojoh nak kahwin!’

“Saya terima nikahnya, Najwa Safira Binti Yusuf dengan mas kahwinnya, seratus ringgit tunai” Daniel melafazkan kabul dengan tenang.

Lantas suara saksi mengatakan,

“Sah!” Kedengaran suara saksi mengatakan kabul yang dilafazkan oleh Daniel sebentar tadi. Lantas doa dibacakan, memanjatkan kesyukuran kepada ilahi.

Daniel tersenyum bangga, ‘seronoknya buli kau time macam ni. bestnya lepas ni hari-hari aku buli kau. Biarlah hilang cool pun, sebab aku dah kahwin dengan kau. Conclusionnya Wawa, you already be mine’. Dia memandang ke arah isterinya yang tunduk melihat lantai.

Mendengar jeritan ‘sah!’, membuat Wawa menumpahkan air matanya, rasa bahagia dapat bernikah dengan lelaki yang dia cintai dan rasa sedih kerana perkahwinan ini akan menjadi dugaan terbesar buatnya. Bernikah dengan lelaki yang membenci dirinya, tanpa dia mengetahui sebabnya.

Datin Kirana yang duduk di sebelah kanan terus memeluk anak perempuannya, dia menangis kegembiraan. Cita-citanya telah tercapai, ‘tak lama lagi aku akan dapat cucu!’

Selepas itu, Datin Syidah yang duduk di sebelah kiri mendapatkan menantunya memeluk erat,
“welcome to our family, beauty” Datin Syidah membisik kepada Wawa.

Wawa cuba untuk membuat senyuman pada wajahnya. Air mata yang gugur sebentar tadi, gagal dikesatnya, ‘ish, kenapalah aku nangis ni, mesti rosak make-up aku. Ceh, macamlah aku pakai make-up cam si Diana tu’ dia merungut.
Daniel yang berjalan ke arahnya, untuk sesi sarung cincin dan batal air sembahyang. Daniel hanya tersenyum melihat wajah cantik lagi comel itu menunduk, ‘aik, tadi bukan main lagi tengok aku, sekarang tunduk pulak ye? aik? Takkan malu kot?’.

“Wawa, hulur jari kamu tu, Daniel nak sarung cincin” Datin Kirana menegur anak perempuan yang bajet malu-malu kucing.

Wawa yang tersedar terus mengangkat wajahnya, matanya terus bertemu dengan dua mata hazel di hadapannya, ‘dekatnya, janganlah dekat sangat bos, orang tengah malu ni’. Wawa sudah terlupa akan kejadian 4 hari yang lalu, dia kini hanyut dengan kebahagian hari perkahwinan bersama suaminya, Daniel.

“awak, hulur jari awak tu. Saya nak sarung cincin ni, ke awak tak sudi?” Daniel bergurau, ‘biarlah dia Danny, berangan tak sudah. Jangan kacau mood dia. Malam ni kau kenakan dia balik!’
Wawa dengan pantas menghulurkan tangannya, dia malu lagi.

Daniel selamat menyarungkan High-Polished Titanium Ring bertakhta sebiji berlian ke jari runcing milik Wawa. Secara tak langsung dia telah memegang tangan Wawa yang sangat sukar untuk dia sentuh dulu. Kini, dia boleh menyentuhnya sesuka hati. Wawa telah sah menjadi miliknya.

Giliran Wawa menyarungkan cincin High-Polished Titanium Ring di jari suaminya, dia memberi senyuman manis kepada suaminya, ‘ok Wawa, sekarang masanya, dia akan bagi ciuman hangat di dahi kau, tutup mata dan bertenang okey?’.

Daniel yang memerhatikan perilaku Wawa yang menutup matanya, ‘dia minta cium dahi dia lah, Danny. Baiklah sayang’. Dia memegang ubun isterinya dengan tangan kanannya, lalu dia membaca bismillah dan melafazkan doa tersebut,

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padamu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.” Daniel membaca doa tersebut dalam nada perlahan, sekadar mampu didengar oleh isterinya. Ini adalah salah satu sunah nabi yang diajar oleh walid semalam.

Wawa terkesima dengan perbuatan suaminya, dia tidak mampu menahan air mata yang ingin gugur pada saat doa dilafazkan dari mulut lelaki itu. Dia terlupa akan sunah nabi yang pernah disebutkan oleh Alya semalam sewaktu sleepover terakhir mereka bersama-sama, setelah doa habis dilafazkan, dia terus mengambil tangan suaminya dan mencium tangan tersebut dan membaca doa di dalam hatinya,

‘Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing
yang baik di dunia dan akhirat’

“oi kau, tak payahlah cium lama sangat, naik basah belakang tangan aku kena hingus kau” Daniel berbisik di telinga isterinya yang masih mencium tangannya, ‘minah ni agak-agak la sikit, senang betul emo!’.

Wawa yang tersentak dengan teguran bosnya menarik laju wajahnya dari terus berada di tapak tangan lelaki itu, ‘ish, mamat ni pun. Bagilah chance kat aku nak feeling sikit’.

“sesi bergambar!” Jurugambar yang datang dari celah mana entah tiba-tiba menjerit.

“jom-jom!” Sahutan para hadirin.Sesi bergambar yang dimulakan dengan pasangan pengantin amat ditunggu-tunggu oleh semua orang, ‘masa untuk mengusik!’.

Pelbagai posing telah dilakukan, posing biasa sahaja. Namun apabila jurugambar meminta Daniel memeluk Wawa dari belakang, Wawa terus kaget.

“kau jangan risaulah, aku memang tak hadap dengan perempuan pendek macam kau ni, you not my taste” Daniel berbisik di telinga Wawa lalu menolak permintaan jurugambar yang diupah oleh keluarganya. Wawa terasa sentap dengan kata-kata bosnya aka suaminya, ‘kita tengok siapa yang tak tahan godaan nanti!’ getus hati Wawa.

“Encik, suami saya ni pemalu orangnya. Abang, jomlah tunaikan permintaan dia, kasihan dia tu. Hari ni kan, hari bahagia kita. Jomlah abang.” Wawa memulakan agendanya, dia memaut tangan Daniel dan merengek manja.

“gedik!” Hashim menjerit, ‘ngada betullah, mentang-mentang dah ada suami nak buat aksi tak senonoh depan aku yang masih bujang tratang-tang ni!’.

Daniel yang terpinga-pinga dengan permintaan isterinya, memproses sesuatu di otaknya, ‘oh, kau nak berlakon ye, jom kita berlakon’. Kemudian dia terus menggangguk laju,

“You tangkap gambar betul-betul, okay” Daniel memberi arahan.

Dia terus menarik Wawa yang membelakanginya ke dalam pelukan, Wawa terkejut ‘main kasar mamat ni!’. Wawa terus memegang erat tangan suaminya. Selepas tamat scene posing ala-ala korea peluk dari belakang, Daniel menarik Wawa yang ingin menjarakkan diri daripada lalu mencium pipi isterinya, lama bibirnya melekat di situ. Wawa menjadi patung sebentar.

Klik!

“Okay! This one is the best!” Jurugambar memberi pujian.

“You, sila tangkap yang ni pula!” Wawa memberi arahan kepada jurugambar.

Wawa yang ingin menerkam atau membalas perbuatan Daniel tadi tetapi malangkan tak berbau Wawa terjatuh akibat terpijak gaun pengantin. Namun scene hindustan tercipta, Daniel dengan spontan memaut pinggang ramping isterinya dan hidung mereka bertemu antara satu sama lain.

Klik!

“You guys are daring!” Jurugambar memberi pujian kepada pasangan itu kerana mereka berani bergambar 18sx di khalayak ramai.

“Woohoo!” Atul menjerit melihat aksi bahaya abang dan kakak iparnya, ‘hot ni, by the way apasalahnya aku tengok aksi ni, aku dah 18 tahun ke atas kot. Dah legal’. Datin syidah yang berdiri dekat dengannya menghadiah satu sekehan kepala yang padu,

“Aduh!” Atul menjerit!

Sesi bergambar tersebut diteruskan apabila ada para hadirin yang ingin bergambar bersama pengantin, bermacam ragam tetamu yang ingin bergambar bersama mereka, lebih specific lagi mereka ingin bergambar bersama Daniel kerana rata-rata tetamu yang ingin bergambar bersama mereka adalah perempuan. Ada yang buat aksi berani mati apabila mereka memaut lengan sasa Daniel, dan sudah pasti mengundang kemarahan Wawa.

“Bos, takyahlah bergambar lagi. Saya tengok semua yang berbaris nak bergambar dengan ‘kita’ ni semuanya skandal bos. Tak manis kalau mama, papa, walid, abang Hashim tengok. Umi pun tengah pandang tajam ke sini, lagipun saya dah penatlah” Wawa memujuk suaminya berhenti bergambar bersama skandal baru dan lamanya.

Daniel hanya menggangguk, dia pun sudah penat sebenarnya. Kalau diteruskan, takut umi pulak berceramah 24 jam tanpa henti, tidak sanggup!

“Lee, you can go to shoot picture of the guests present tonight. I’m tired” Daniel berjumpa dengan lelaki yang menjadi jurugambar mereka.

Kedengaran keluhan berat keluar daripada perempuan-perempuan yang ingin bergambar bersama mereka. Wawa yang hanya membuat pekak berlalu ke meja makan sambil menggenggam erat tangan lelaki itu. ‘wei, korang tu kena ingat sikit! Yang korang peluk tu laki aku tau! Laki aku ni pun gatai jugak nak layan!’

Dalam perjalanan, Daniel ligat berfikir rancangannya untuk membuat perempuan di hadapannya menangis untuk hari-hari mendatang, ‘kau tunggu saja, wawa. Kau akan menyesal sebab tak lari waktu akad nikah tadi, menyesal buat selamanya!’.

——————————————————————–
Bab 1

Lapan tahun yang lalu….

‘Hujan lebat…. cancel lagi plan petang ni. Baru ingat nak lepas rindu pada teman tapi mesra aku’ tangis hati Aiman

Ini mesti kerja Mak Enon yang duduk rumah corner sana. ‘Yelah, pagi hari lagi dah melolong nyanyi lagu fevret dia, ‘Izinkanku Pergi’, ni mesti kes merajuk dengan Pak Saad lagi la ni. Melepas, melepas. Dalam banyak-banyak hari, kenapalah hari ni jugak nak hujan. Astaghfirullahaladzim! Hujan rahmat ni. Syukur Ya Allah’ dalam keluh kesah sempat juga Aiman panjatkan kesyukuran.

“Tunggu apa lagi, baik aku sms dia dan cancel ‘dating’ petang ni. Kalau tak sms, keluar pula teknik silat cekak dia tu, tengok je tudung litup macam perempuan melayu terakhir tapi brutal bhai.” Aiman berkata-kata sendiri
Aiman berlalu ke meja belajarnya yang berselerak dengan buku-buku rujukan; Biologi, Kimia, Fizik, ‘tak sanggup aku nak tengok benda alah ni semua, tutup cepat’ pantas tangannya menutup semua buku-buku di atas mejanya. Dikerling pada bingkai gambar terletak kemas di hujung penjuru meja belajar, gambar keluarganya ketika berada di Australia. Gambar yang berlatar belakangkan Sydney Opera House Building diambil semasa bercuti di sana.

Wajah umi dan walid yang ceria sentiasa memenuhi ruang mindanya. Wajah kakak dan adik perempuan yang sentiasa menghuru-harakan rumah. ‘Heh, hidup aku sentiasa di penuhi dengan jeritan, pekikan dan leretan kaum hawa dalam erti kata lain, aku kiranya da immune sangat dengan kaum jenis ni’ dia tersenyum sendiri bila mengingat nasibnya.

Tapi bukan gambar ni yang ingin ditatap pada ketika ini tetapi gambar yang berada di belakang bingkai tersebut. Gambar yang disorok kemas oleh Aiman. Gambar perempuan yang bertudung litup, cun tapi brutal! Gambar perempuan yang berposing maut dengan memberi tabik hormat. Gambar ni diambil secara senyap-senyap sewaktu hari kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syarifah Melati tahun lepas.

Perempuan itu menjadi ketua koman untuk pasukan Kadet Remaja Sekolah pada waktu tu. Pada masa itu semuanya, menjadi model yang tak berbayar, berbagai posing maut dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah gambar yang diambil akan dijadikan kenangan dan disemat indah dalam memori mereka. Aiman juga turut tidak melepaskan peluang mengambil gambar gadis idamannya sebagai gambar pembakar semangat.

Bagi Aiman melihat wajah gadis pujaannya yang bukan main kencang lagi seperti berada di track lumba lari membuat dia bersemangat untuk belajar. Manalah tau kan kot-kot dapat flying paper dek melihat wajah pujaan hatinya itu. ‘Kalau kantoi dengan umi ni, mampus aku! sebagai langkah berjaga-jaga, aku terpaksalah sorokkan gambar buah hati aku ni pada belakang bingkai gambar keluarga aku. ye lah, kalau ada jodoh, dia pun jadi salah satu keluarga aku jugaklah atau kata lain sebagai isteri aku. huhu!’

Kenangan pada 5 tahun lepas mengamit memori Aiman, pertama kali bertentang mata dengan gadi pujaan hati Najwa Safira bin Datuk Yusuf…

“Woi! Aku cakap siapa yang tarik tudung aku tadi hah!” seorang perempuan melaung kuat di kantin. Geram apabila tudung yang tadinya cantik tersangkut di kepalanya ditarik oleh malaun mana entah yang tak tahu erti zakat fitrah.

‘woi, papa aku setiap kali puasa bayar zakat fitrah kot!’ jerit hatinya. Niat hati nak control ayu di sekolah barunya punah setelah dia dikacau! Di sekolah rendah dulu, dia terkenal sebagai pembuli, kalah anak jantan sekolah tu. Dia ketua pembuli. Setiap kali pembuli lain nak membuli budak, perlulah minta perkenan dia. Manalah kot-kot budak yang mereka nak buli tu saudara mara dia, kan tak pasal-pasal dia kena hambat dengan papanya yang garang macam singa kat rumah tu. Terbayang rotan. Terus dia menggeleng kepala.

‘mak aih, bapak kuat dia menjerit’ Aiman melihat sekujur tubuh yang tinggi 5 kaki plus minus macam tu la yang kini membelakanginya. Badan pendek, suara kuat belajar dari kak Ning ke? Speaker kat disko pun kalah, bro. ‘awal-awal dah tunjuk tanduk, minggu depan tunjuk belang, next week orentasi pulak tu! Memang cari nahas betul si pendek ni dengan senior. Tengok tu geleng-geleng kepala macam orang setengah tiang!’ gumam hati Aiman.

“aku cakap keluar la!” Wawa mula melilau mencari malaun yang mencari pasal dengannya. Lalu matanya terlekat pada mamat yang memakai cermin mata, rambut tersisir rapi ke sebelah kanan, butang baju sampai tingkat atas dan neck tie pulak macam mencekik!

“kau ke?! Hah!” laju kakinya melangkah dan mencekak kolar baju milik mamat skema.

Aiman yang ternyata terkejut dengan tindakan si pendek meroyan yang tetibe je menarik kolar bajunya. Dia tidak mampu menutur apa-apa, angguk pun tidak , geleng pun tidak. Cuma matanya ralit memandang wajah bidadari yang merenung tajam ke arahnya. ‘Mata dia bulat, hidung dia comel terletak, pipi dia merah, dan bibir dia. Argh jantung aku sakit la. Eh, astaghfirullahhaldzim! Apa yang aku merepek ni?’

“cantik” perlahan Aiman menutur namun masih dapat di tangkap oleh telinga Wawa yang tersimpan dalam tudung miliknya.

“woi aku tanya kau ni, bukan aku suruh kau puji aku. ngok!” Wawa cepat melepaskan kolar baju mamat skema tu. ‘ish, mata dia cantik la. Hazel eyes’ desis hati Wawa.

Lalu dua orang perempuan datang menerpa dan menenangkan Wawa yang masih tak berpuas hati dengana malaun yang menarik tudung seterusnya menghancurkan cita-citanya untuk menjadi pelajar perempuan yang ayu dan memerlukan lelaki macho untuk melindungi dia daripada sebarang ancaman padahal dia dah khatam taekwondo siap ada black belt 3 dan, siap ada silat cekak pulak tu.

‘eh, mendelah aku masih berangan, sekarang ni misi aku sms wawa secepat mungkin. Nanti dia tuduh aku mungkir janji. Aku tak nak dia marah’ gumam hati lelakinya. Gambar wawa diselit kembali dibelakang frame gambar keluarganya dan diletak semula pada tempat asalnya. Handphone Nokia 6111 terletak di atas meja dicapai dan lincahnya menaip mesej kepada wawa dan send.

SMS :
———————————————————————-
Budak skema:
“Wei, petang ni cancel lagi la. Nak hujan ni. Huhu =.=”
———————————————————————-
“Hoi Mesej SAMPAI!!!!” suara amuk bergema, handphone Wawa berbunyi! Kasar nada dering mesej Wawa ni.

‘Mak ai, sapa la yang mesej ni. Wawa mengambil handphone Samsung s advance yang berwarna merah bernyala. Owh, Aiman rupenye. Nama sebenar Aiman … apa ek? Aku pun tak tahu. Haha. Apa lagi budak skema ni nak, bukan kata nak jumpa sat lagi ke? Tak sabor benor-benor le mamat ni. Dengan tenang Wawa membuka mesej yang baru sampai.

“Apa? Cancel?!” Jerit Wawa macam speaker nak pecah. Ini yang tak boleh blah ni, suka suki dia je nak cancel. Dia ingat aku ni takde kerja lain ke? selain nak menghadap muka skema diatu. ‘Tak boleh jadi ni!’ Wawa mencari nombor Aiman, mana ni? Hah jumpa, ‘budak skema’ lalu menghubungi.

Ringtone nokia berkumandang, Aiman boleh mengagak siapa yang menghubungi dia pada waktu ini. Tidak lain dan tidak bukan gadis brutal pujaan hatinya, Najwa Safira Bitin Yusuff aka Wawa. Tanpa berfikir panjang, Aiman mengangkat panggilan tersebut.

“Kenapa kau nak cancel perjumpaan petang ni!? Suka suki je kau nak cancel, kau ingat aku takde projek yang perlu di siapkan ke?!”

‘Amboi, salam takde pastu cakap main ambush je. Tak beradab betul la perempuan ni. apa nak buat dia jugak yang kau dok angau Aiman oii.’

“maaf la, tempat aku hujan lebat la. Lagipun aku takde transport nak pegi sekolah. Lain la kalau kau nak jemput aku”, Aiman tersengih sendiri. Malu.

‘Walawei.. mamat skema ni, siap mintak jemput bagai ingat dia tuan putera. Gedik!’

“ala, rumah kau bukan jauh sangat pun dari sekolah. Buat acara larian pecut 400m ke sekolah. Aku tak peduli kau mesti ada kat sekolah dalam 5 minit lagi, kalau tak you never know what waiting for you tomorrow”ugut Wawa kepada mamat skema yang sengal lagi gedik!

Mak aih, dah keluar dah kata-kata puaka Wawa.

“Ok ok. Sekejap lagi aku sampai. Tunggu ye. Huhu. Jangan marah”

Panggilan dimatikan, Wawa tersenyum dengan ugutan diberi kepada mamat skema yang sengal dan mengangkat thumbs up kepada dua orang dihadapannya.Misi berjaya.

‘Adoii, hujan lebat giler ni. Nak guna payung ke tak? Belasah je la. Tapi nanti demam pulak kena hujan’ Getus hati Aiman. ‘Arghh! Demi Wawa, lautan api pun aku sanggup redah. Eh! bukan ke aku reti berenang. Huhu. Ayuh Aiman, pujaan hati kau telah menunggu. Wait for me Wawa sayang!’ Beg galas dihujung bilik biru yang kemas lagi bersih diragut dan sweater diambil dan disarung terus pada tubuh kedingnya. Nekad bro!

Sepantas kilat, Aiman meredah hujan dengan niat tidak mahu Wawa menunggunya terlalu lama di sekolah. Dengan keadaan mengah, dia mengerling jam di tangan, dia berjaya sampai ke sekolah dalam masa 4 minit 56 saat. Kaca mata yang basah dek hujan dilap sedikit dengan baju t –shirt yang kering disebalik sweaternya. Matanya melilau mencari tubuh Wawa di kantin sekolah tanpa menghirau keadaan dia yang basah kuyup. ‘Mana Wawa sayang ni? Tadi kata 5 minit ni batang hidung yang comel dia pun tak nampak. Sabar Aiman, sabar, tarik nafas dan lepas’ getus hati Aiman.
Lantas telefon di poket dicapai dan mencari nama kekasih gelap, Wawa

“Tut tut tut….”

‘Mana Wawa ni?Ada orang jawab la’ Aiman tersenyum sendiri. Jantungnya berdebar sekali mahu bercakap dengan perempuan brutal itu. dia tidak mampu mengawalnya.

“Maaf nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi. Tut tut tut….”
‘Call lagi sekali, mungkin dia tak dengar phone dia berbunyi kot’ pantas jari mendial kembali nombor phone wawa.

“Tut tut tut….”

Aiman menunggu panggilannya diangkat, namun hampa sekali lagi apabila kakak operator yang menjawabnya.

“Maaf nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sekali lagi. Tut tut tut….”

‘Ler, kenapa kakak operator je yang angkat panggilan aku ni. Mana wawa ni? Tak pe, kita tunggu lagi ye. Dalam 10 minit lagi, kalau takde kita call balik Think positif then you’ll be positive person!’ Aiman cuba pujuk hati untuk tidak berburuk sangka.

Aiman terus berlalu ke tandas untuk mengemaskan rambutnya yang tidak terurus akibat daripada hentaman air hujan. Dalam perjalanan, otaknya memproses tajuk perbualan untuk dibualkan bersama wawa.

‘ok, 10 minit telah berlalu. Jom call balik’ dia menghubungi kembali nombor telefon Wawa.

‘kak operator lagi! Takpe-takpe, kita tunggu je dalam 10 minit lagi’ Aiman memujuk hati.

Dua jam telah berlalu, Aiman melangkah pulang ke rumah dengan langkah yang longlai. Kepala yang pening tak tertanggung. Wawa masih tidak menjawab panggilannya. ‘Mungkin dia ada hal kat rumah’ pujuk hati Aiman.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Stop Bully! My Love 1”
  1. Nuristab says:

    kepada semua pembaca,

    saya nak bagitahu yang prolog dan bab 1 ada sedikit rombakan, harap semua dapat buka laman blog saya untuk baca new version of bab 1 ek..

    buka blog ni, http://sexywrite.blogspot.com/2013/03/stop-bully-my-love-bab-1-new-version.html

    selamat membaca :D

  2. suka baca says:

    menarik. teruskan menulis.

  3. Jecques says:

    Hehe cerita y menarik..xsbr nk tgu next n3..g0od j0b!

  4. Nuristab says:

    terima kasih ^_^ teruskan menyokong karya saya. saya ni baru terjun dalam bidang penulisan :D

    tq
    xoxo

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"